ramadhan 1437h / 2016 memahami & memenuhi zakat anda · lembah kedamaian adalah bahagian yang...

24
RAMADHAN 1437H / 2016 MEMAHAMI & MEMENUHI ZAKAT ANDA SOALAN Bagaimana Zakat anda membantu penerimanya? DI DALAM EDISI INI Lembah Kedamaian Muslim Yang Baik, Insan Yang Baik Permulaan Untuk Dakwah Sedikit Bantuan, Jauh Kesannya Asas Zakat DARUL ARQAM SINGAPURA MCI (P) 088/05/2016

Upload: vankhanh

Post on 09-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ramadhan 1437h / 2016

memahami & memenuhi zakat anda

soALAnBagaimana Zakat anda

membantu penerimanya?

di dALAM edisi ini

Lembah KedamaianMuslim Yang Baik, insan Yang Baik

Permulaan untuk dakwahsedikit Bantuan, Jauh Kesannya

Asas Zakat

daRul aRqam singapuRa

mci (p) 088/05/2016

“Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebutkan nama Tuhannya

serta mengerjakan solat (yang khusyu’).”- Penterjemahan al-Qur’anAl-A’laa (Yang Tertinggi)

87:14-15

kandunganPENYUNTING PENGELOLAAishah Hussein

PENYUNTINGNur Fadhilah Wahid

PENULISNur Fadhilah Wahid Nur Shafiqah Sapiee

PENTERJEMAHFitri Zuraini

ARAHAN SENINur Fadhilah Wahid

PENCETAK Print Dynamics (S) Pte Ltd

PENERBITMuslim Converts’ Associationof Singapore (MCAS)Darul Arqam Singapore32 Onan Road, The Galaxy, Singapore 424484T: 6348 8344 | F: 6440 6724E: [email protected]

Purify diterbitkan setiap tahun oleh MCAS. Majalah ini mengandungi beberapa nama-nama Allah dan terjemahan al-Quran. Harap jangan dibuang ke dalam tong sampah. Sila simpan, potong, atau kitar semula majalah ini. Terima kasih.

PernyataanPenerbit dan Editor tidak menerima apa-apa liabiliti bagi kesilapan atau pengecualian yang mungkin berlaku dan apa-apa kesan yang timbul daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam majalah ini. Pandangan yang dinyatakan tidak semestinya menggambarkan pandangan Penerbit dan Editor.

Hak Cipta© 2016 MCAS. Hak cipta terpelihara. Kandungan penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara, sama ada secara keseluruhan, atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis oleh penerbit.

p03. lembah Kedamaian

p06. Fiqh untuk Wanita

p08. muslim yang Baik, Insan yang Baik

p10. menghargai seni dan Budaya permulaan Islam di masjid abdul gafoor

p12. permulaan Untuk dakwah

p14. menjalin persahabatan yang Unik

p16. meningkatkan semangat

p18. sedikit Bantuan, Jauh Kesannya

p20. asas Zakat

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahun ini, Alhamdulillah, MCAS (Darul Arqam Singapura) melancarkan sebuah majalah tahunan baru, Purify, sebagai satu cara untuk mendekati masyarakat dengan maklumat terkini mengenai kepentingan Zakat, pengagihannya, dan kesannya kepada penerima-penerima.

Memikul tanggungjawab untuk mengumpul dan mengagihkan Zakat dengan penuh integriti, Darul Arqam - sebagai satu unit - sentiasa dan akan berusaha untuk terus berkhidmat dan mendukung masyarakat serta membantu untuk merapatkan Saudara-Saudara Baru dengan masyarakat Islam. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah Al-Taubah (09:71), “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.“

Diberkati dengan rukun Islam yang ketiga yang membantu masyarakat berkembang sambil menyucikan harta dan mereka yang terlibat, Darul Arqam mampu untuk bergerak ke hadapan di samping meneruskan untuk mengalu-alukan semua untuk mendekati Islam dalam persekitaran kami yang selamat dan mesra.

kata penghantarMelalui usaha kami bersama, sambil dibiayai dengan sumbangan Zakat, kami berkongsi mesej Islam yang aman serta berharap untuk menyumbang dalam segi penyucian hati dan jiwa semua yang terlibat dalam sistem Zakat kami. “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat),” Allah (SWT) berfirman dalam Surah Ash-Shams (91: 09-10).

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan sumbangan Zakat anda di Darul Arqam. Kami mengharapkan sokongan anda yang berterusan dan kepercayaan anda dalam perjuangan kami, serta kemajuan kami dalam mengalu-alukan lebih ramai ke arah Islam, di samping memastikan Zakat diagihkan di kalangan lapan Asnaf. Kami berharap anda menikmati edisi pertama Purify, sambil anda membaca dan memahami kesan Zakat anda pada penerima-penerima.

Kami doakan agar anda dan orang tersayang diberkati dalam bulan Ramadhan ini. Semoga ALLAH (SWT) menerima segala amalan positif kami, Ameen.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Edwin Ignatious M @ Muhd FaizPresidenMCAS (Darul Arqam)

حيم حمن الر بسم الله الر

Lembah Kedamaian adalah bahagian yang ketiga dari 4-siri ceramah percuma bertemakan Cinta. Ianya menggambarkan rahmat dan kasih sayang yang mendalam Pencipta kita untuk kita dan bagaimana kita boleh mencontohi cinta yang ditunjukkan oleh Rasulullah (SAW) kepada sesiapa di sekeliling dan juga yang di luar jangkauan kita.

z

Mungkin kebanyakan dari 150 yang hadir di ceramah Lembah Kedamaian

(Valley of Peace) kendalian Ustaz Fizar Zainal, membawa bersama mereka harapan yang sama seperti

Lembah KedamaianAlina* yang berusia 28 tahun - untuk mencari ketenangan disebalik “keresahan jiwanya”.

Di dalam dunia yang serba pantas hari ini - ramai seperti yang diutarakan Ustaz Fizar, hidup dalam keberantakan bukan kedamaian; resah dan tidak dapat mengurus hati yang berkecamuk setelah melalui ujian Allah (SWT).

Daripada melihat ujian ini sebagai cara untuk mendekati diri kepada-Nya, ramai memilih ianya sebagai halangan, berputus asa dalam perjalanan. Penawarnya: Untuk menilai ujian dari sudut Islam, fahamilah bahawa ubat pahit akan membuat seseorang lebih baik.

“Tukar perspektif anda. Jika anda mampu mengubah cara menilai sesuatu, perkara yang dinilai akan juga berubah,” nasihat Ustaz Fizar.

“Jalan menuju kebaikan adalah pahit.”

03

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa

diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab

(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.”- Penterjemahan dari al-Qur’an

Al-Hadid (Besi) 57:22

penceraMaH Ustaz Fizar ZainaltarikH 08 April 2016

1) Berhenti membesar-besarkan sesuatu perkara: Perhatikan pemikiran anda, bertenang, dan jangan benarkan ego anda untuk berkata.

2) Belajar untuk menerima: Pesan pada diri anda yang Allah (SWT) adalah sebaik Hakim, dan Dia tahu tentang diri anda lebih dari diri anda sendiri.

3) Jangan terlibat dalam permainan menuding jari: Berfikiran baik terhadap Allah (SWT) dan ciptaan Nya.

4) Belajar untuk redha: Semakin lama anda mepunyai fikiran dan emosi dalaman yang negatif, maka semakin jauh anda memberi peluang diri anda untuk meraih kedamaian.

5) Mengalu-alukan perubahan: Hayati pengembaraan yang Allah (SWT) telah amanahkan dalam kehidupan anda.

6) Jangan membuat perbandingan: Berbuat demikian adalah tidak adil kepada ketentuanNya (Qada’ dan Qadar).

Enam Langkah Untuk Memupuk

Kedamaian Dalam Diri

Menurut Ustaz yang sentiasa mengukir senyuman itu, ujian adalah salah satu cara Allah (SWT) membentuk diri kita supaya menjadi lebih baik.

Dengan ujian ini, kita dapat diberi peluang, dinilai keimanan, diperbetul keadaan hati, dilindungi dari kesesatan, disempurnakan jiwa, dan sekali gus sebagai inspirasi dan motivasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Walau ada yang menyatakan ujian yang dihadapi terlalu berat untuk mereka, Ustaz Fizar menekankan bahawa semua orang mampu mencapai keamanan dalam diri mereka, selagi mereka terus berkeyakinan utuh dan berfikiran baik terhadap rancangan yang Allah (SWT) aturkan untuk mereka.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;

sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid; Besi, 57:22)

Bagi mereka seperti Alina yang sentiasa mencari kedamaian dalam kehidupan, Ustaz Fizar telah berkongsi enam perkara yang telah terbukti berkesan, InsyaAllah.

05

Fiqh untuk Wanita adalah kursus mingguan empat bahagian bertujuan untuk memperkenalkan undang-undang yang terdapat dalam Syariah khusus untuk diamalkan oleh kaum wanita, seiring dengan undang-undang yang sedia ada yang menjejas kehidupan seharian mereka.

z

Mengajar Fiqh - aplikasi Undang-Undang Syariah – dalam bilik yang penuh

dengan wanita dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat adalah

satu usaha yang mencabar, dengan setiap pelajar memasuki kelas dengan perspektif sendiri dan kefahaman yang didasarkan dari pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai Islam.

Sebagai contoh, seorang wanita yang dilahirkan dalam Islam, mendapati perintah wajib untuk solat lima kali tepat pada waktunya memang mudah, sekiranya mereka dibesarkan untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, seorang saudara baru mungkin mendapatinya amat sukar kerana ia memerlukan satu penyesuaian pada jadual waktu dan prioritas dirinya,

Fiqh untuk Wanita

06

penceraMaH Ustazah Siti Wahidah RedzwantarikH 23 April – 14 Mei 2016

dan juga pemahaman orang yang berdamping dengannya.

Jadi bagaimana saudara baru boleh mengelakkan diri daripada merasa tertekan dengan kewajipan-kewajipan yang harus dipatuhi sekarang?

Ustazah Siti Wahidah Redzwan, tenaga pengajar bagi kursus Fiqh Untuk Wanita, berjaya berkongsi nasihat yang berguna untuk mengupas teka-teki ini: “Perlunya mengamalkan ilmu yang ada. Tapi bila beramal, ianya secara berperingkat, dan seseorang melalui peringkat-peringkat itu seiring dengan peningkatan kebolehan masing-masing.”

Apabila memperkenalkan pelajaran ini, Ustazah Wahidah berkongsi dengan pelajar mengenai kedudukan Fiqh dalam Pengetahuan Islam, bahawa ia adalah salah satu daripada pelbagai bidang pembelajaran Islam seiring dengan Tauhid, Akhlaq, Sirah dan banyak lagi. Beliau juga menjelaskan bahawa Fiqh itu sendiri adalah satu subjek yang luas yang merangkumi banyak cabang pelajaran seperti Fiqh bagi Individu, Fiqh untuk Perkahwinan, dan Fiqh untuk Urus Niaga.

“Walaupun kebanyakan kaedah-kaedah Fiqh ditujukan bagi kedua-dua lelaki dan wanita, terdapat beberapa peraturan yang penting untuk wanita mengetahuinya kerana ia khusus melibatkan wanita. Apa yang ditekankan dalam kursus ini adalah satu pelajaran khas untuk memperlengkapkan setiap Muslimah,” ujar Ustazah yang

mempunyai ijazah dalam bidang Fiqh (Usul Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bagi Rasyidah yang berusia 17 tahun, mendengar penjelasan Ustazah Wahidah mengenai pelbagai peraturan dalam Fiqh dan bagaimana hanya dengan satu tindakan mungkin boleh dikaitkan dengan hukum yang sedia ada, bergantung kepada keadaan, ianya telah menyedarkan dirinya betapa dalam dan luasnya ilmu agama daripada apa yang beliau ketahui sebelum ini.

“Saya telah mendaftar untuk kursus ini kerana ibu saya; beliau mahu saya mempelajari tentang agama, dan saya melakukannya untuk beliau. Tetapi setelah saya duduk untuk belajar, saya sedar bahawa saya melakukan ini untuk diri sendiri - untuk menjadi insan yang lebih baik dan belajar untuk mendalami kepercayaan saya,” Rasyidah menyingkap.

Kursus ini merangsang setiap peserta bukan hanya untuk meningkatkan ilmu Fiqh, tetapi ianya juga untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Sekiranya renungan oleh Rashidah boleh dijadikan sebagai kayu ukur, mungkin ia tidak terlalu awal untuk menilai kejayaan kursus ini!

07

Muhd Fitri Khamis dan Sandy Cheng, kedua-duanya 28 tahun, adalah sepasang kekasih sejak zaman muda remaja yang telah berkahwin tahun ini bersama kehadiran keluarga terdekat dan rakan-rakan. Kedua-dua Fitri dan Sandy - yang mengambil nama Kamilah setelah memeluk Islam di Darul Arqam - mendaftar kelas percuma pengenalan Islam di Darul Arqam dalam usaha mereka untuk mempelajari Islam bersama sebagai pasangan.

z

S: Mengapa anda memilih untuk memulakan perjalanan pembelajaran anda di Darul Arqam?

FITRI: Sandy sentiasa bertanya kepada saya mengenai Islam, sama ada ianya tercetus

dari perihal acara seperti bulan Ramadhan atau dari sifat ingin tahu beliau sendiri. Oleh itu, saya merasakan yang terbaik untuknya adalah dikenalkan kepada Darul Arqam, di mana saya percaya pegawainya lebih terdedah kepada mereka dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama. Lebih-lebih lagi, sebahagian daripada mereka adalah saudara baru, lantas memudahkan bagi Sandy kerana mereka dapat mengaitkan lebih baik jawapan kepada soalan-soalannya.

SANDY: Saya pertama kali diperkenalkan dengan Darul Arqam oleh seorang rakan di polyteknik, kemudian saya membuat kajian mengenainya menerusi lelaman sesawang dan mengambil keputusan untuk menghadiri kelas pengenalan, untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam. Ia telah mencetuskan minat saya dalam agama ini dan saya mendaftarkan diri untuk kursus Permulaan tentang Islam dan kelas Solat.

S: Bagaimana dengan menghadiri kelas dapat membantu anda berdua dalam memahami agama?

FITRI: Sejujurnya, ternyata banyak yang tidak saya tahu dan saya telah banyak mempelajari semula ketika meluangkan masa di Darul Arqam. Darul Arqam telah membantu saya untuk menjawab persoalan ‘mengapa’ dalam tindakan yang saya lakukan setiap hari sebagai seorang Muslim, yang merupakan perkara paling penting yang disentuh selain menangani persoalan apa, bila, dan bagaimana.

Jadi saya kembali semula kepada perkara asas seperti kenapa wujudnya Islam dan mengapa hanya ada satu Tuhan, dan tiada tuhan-tuhan lain selainNya dan bahawa Muhammad adalah rasulNya. Seolah-olah seperti asas ya? Tetapi percayalah, saya tidak dapat menjawab apabila Ustaz mengajukan soalan-soalan tersebut. Sebagai seorang dewasa yang sepatutnya telah mempunyai pendedahan dan pengetahuan Islam selama ini, saya sentiasa dalam keadaan takut dan bimbang jikalau tidak dapat menjawab soalan-soalan ‘asas’ apabila saya menemuiNya satu hari nanti.

Muslim Yang Baik, Insan

Yang Baik

08

SANDY: Sebelum ini saya adalah seorang berfikiran bebas walaupun saya sentiasa percaya wujudnya Tuhan, hanya saya tidak pasti akan “Tuhan yang mana satu” untuk dipercayai. Saya berpendapat kelas-kelas Islam di Darul Arqam bermunasabah dan membuat saya percaya kewujudan akhirat dan pada Allah.

Walaupun kelas di Darul Arqam adalah mengenai Islam, saya merasakan bahawa cara penyampaiannya adalah sangat objektif dan berteraskan fakta kerana saya tidak merasa terdesak untuk memeluk agama Islam atau terpengaruh sepanjang kursus. Cara penyampaian sedemikian telah banyak membantu saya untuk membuat kesimpulan saya sendiri dan sebahagian dari asatizah juga telah banyak membantu menjawab beberapa persoalan-persoalan yang saya ada.

S: Apakah kenangan yang diperolehi sepanjang perjalanan itu?

SANDY: Secara jujur, saya amat menggemari kelas solat yang dikendalikan Cik Joriah. Saya tidak pernah solat sepanjang hidup saya, tetapi cara beliau mengajar sangat berkesan sehingga saya dapat menunaikan solat selepas hanya beberapa sesi pelajaran.

Banyak yang beliau ajarkan kepada kami dalam kelas, bukan sahaja yang asas, tetapi beliau berhujah di sebalik setiap gerakan dalam solat. Saya merasakan bahawa gabungan kelas solat dan pengetahuan sedikit yang saya perolehi dari kursus-kursus asas yang lain telah membantu saya menjadi lebih dekat kepadaNya.

S: Bagaimana anda berdua melihat perjalanan rohani anda bersama? FITRI: Saya berharap kami berdua akan menjadi Muslim yang lebih baik. Sebabnya saya tidak pernah melihat seseorang yang menjadi Muslim yang lebih baik dan tidak menjadi insan yang lebih baik. Dan apabila kami berdua menjadi insan yang lebih baik, sudah tentu kami akan menjadi pasangan yang lebih baik kerana kami sentiasa akan mengikis yang buruk dan menggandakan kebaikan.

Sebagai contoh, kini Sandy sentiasa mengingatkan saya untuk menunaikan solat. Saya jarang menunaikan solat apabila saya di luar rumah sebelum ini, tetapi setelah beliau memeluk agama Islam, kami menjadualkan aktiviti kami di sekitar waktu solat atau cuba untuk mengadakannya di tempat yang tersedianya ruang solat.

Beliau mungkin tidak sedar bagaimana perkara ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap saya. Saya amat bersyukur kepadaNya kerana telah menunjukkan cahaya Islam kepada Sandy dan dalam dirinya. Dan saya percaya ini hasil dari kelas solat yang beliau hadiri di Darul Arqam sebelum ini.

09

Seramai 80 orang peserta program Menghargai Seni dan Budaya Permulaan Islam telah mengunjungi Masjid Abdul Gafoor pada 24 April 2016.

“Banyak yang telah saya pelajari mengenai Islam semenjak memeluknya sebulan lalu, menerusi lawatan ke masjid-masjid di Singapura. Sebagai contoh, pelbagai adab di masjid - yang dibolehkan dan yang dilarang - dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Islam.

“Saya amat senang kerana ia membolehkan saya beramah-tamah dengan saudara Muslim yang lain, dan kita dapat berkongsi dan belajar daripada satu sama lain - saudara baru dan yang dilahirkan dalam Islam.

“Setiap perjalanan adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan, kerana saya dapat meluaskan jaringan sokongan dan teman-teman saudara baru yang tinggal berjauhan daripada keluarga.”

- Balqis A. Haris, 36

Menghargai Seni dan Budaya Permulaan Islam di Masjid Abdul Gafoor

11

permulaan untuk dakwah

Modul ketiga dari lapan bahagian Program Latihan Kesedaran Dakwah (Dawah Awareness Training Programme) bertujuan untuk menyediakan peserta dengan prinsip-prinsip umum dakwah bila berhadapan orang-orang dari berlainan kepercayaan dengan soalan-soalan tentang Islam dan Muslim.

z

penceraMaH Ustaz Saif-ur-RahmantarikH 16 April 2016

Pada sesi selama tiga jam, Ustaz Saif-ur-Rahman mengajar pada bakal pendakwah

bagaimana untuk menangani dan menganalisa hujah-hujah yang dibuat terhadap Islam dengan meneliti stereotaip, prejudis dan diskriminasi tersirat yang wujud di dalam hujah-hujah tersebut.

Dengan menganalisa hujah-hujah ini, lapisan-lapisan yang

12

menyelubungi setiap soalan boleh dikupas. Ia membolehkan pendakwah untuk menyelidiki langsung pada persoalan pokok, yang mendatangkan kesan yang teramat pada penyoal. Dengan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan jiwa orang yang bertanya, pendakwah dapat memenuhi keperluan si penyoal.

Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk perbincangan, di mana mereka kemudiannya ditugaskan untuk mengemukakan jawapan kepada soalan-soalan sukar yang ditanya oleh bukan Muslim.

Sebahagian daripada ini - juga ditanya oleh mereka yang dilahirkan Muslim – seperti “Jika Tuhanmu benar wujud, mengapa Dia tidak menghalang kematian orang yang baik”, dan juga pendapat bahawa “Islam adalah agama yang ganas dan disebarkan melalui pedang”.

“Anda harus mendekati soalan-soalan ini, pertama sekali, dengan menghubungkan kepada penyoal sebagai seorang insan, sebelum menyentuh dengan terperinci tentang Islam,” nasihat Ustaz Saif-ur-Rahman. Butir-butir terperinci mengenai Islam, katanya, hanya akan mengelirukan mereka yang bertanya.

Para pendakwah kemudiannya dilatih untuk memberi ucapan ringkas bagi menangani kemusykilan tentang Islam. Jangkamasa yang singkat untuk mereka membuat

persiapan dan menyampaikan ucapan terbukti penting dalam memupuk keupayaan mereka untuk menyampai jawapan yang bijak dan fasih, bila keadaan memerlukan.

Salama, salah seorang peserta, berkata, “Kursus hari ini, terutama perbincangan berkumpulan, adalah sangat bermanfaat. Ia membantu kita berfikir bagaimana untuk menjelaskan perkara yang kita sudah tahu tentang Islam, kepada mereka yang tidak mengetahuinya.”

Menurut Ustaz Saif-ur-Rahman, apa yang penting untuk inisiatif dakwah yang baik adalah untuk memberi kunci dan membuka pintu untuk mereka yang bertanya tentang Islam. Pendakwah tidak perlu memaksa Islam kepada pendengar, atau mengira bilangan mereka yang memeluk Islam dalam jangkauan mereka.

Sebaliknya, apa yang penting ialah risalah Rasulullah (SAW), sesungguhnya hidayah hanya di tangan Allah (SWT).

13

S: apakah titik permulaan anda menjadi seorang Befriender?

ZULAIKHA: Saya bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sewaktu ayah saya mengajar

di Darul Arqam. Apabila saya menemani ayah, saya mendapati bahawa ramai saudara baru begitu berhasrat untuk belajar bagaimana untuk solat, dan banyak persoalan yang mereka ada.

Disebabkan saya mempunyai latar-belakang Madrasah, Alhamdulillah, saya dapat ke hadapan dan membantu mereka dalam perkara ini. Secara

tidak rasmi pada mulanya, dan kemudian 5 tahun yang lalu, secara rasmi sebagai seorang Befriender.

Pada saya, Befriender diperlukan segera jika dibandingkan dengan guru-guru, kerana ramai saudara baru memerlukan sokongan dan persahabatan pada peringkat awal, lebih daripada yang lain. Sebenarnya ramai dari mereka berpegang pada agama Islam walaupun menghadapi kesulitan selepas bertukar agama, kerana mereka didampingi Befriender. Kita menjadi salah seorang yang paling penting dalam kehidupan mereka!

S: apakah sifat-sifat yang seorang Befriender perlu miliki?

ZULAIKHA: Yang paling penting adalah keikhlasan dan kasih sayang - ini yang mudah dirasai oleh saudara baru, atau sesiapa sahaja. Befriender juga perlu banyak belas ihsan; ya, sukar untuk kita bayangkan keadaan mereka kerana kita dilahirkan Muslim, walaubagaimanapun kita perlu cuba yang terbaik. Sokongan berterusan juga sangat penting kerana ia meningkatkan kepercayaan dan ikatan antara kita

Zulaikha Muhammad Salleh (42) telah aktif sebagai sukarelawan Befriender untuk saudara baru sejak 2006. Dalam jangkamasa 10 tahun, beliau telah membimbing ramai saudara baru yang tidak terkira setelah mereka masuk ke alam yang baru, memperkenalkan mereka kepada Islam, dan dalam beberapa kes, menjadi satu-satunya sumber sokongan pada tempoh yang mencabar dalam perubahan kehidupan mereka.

z

Menjalin persahabatan

Yang unik

14

dengan saudara baru. Mengetahui cara untuk berhadapan dengan saudara baru memerlukan tahap pengetahuan ilmu Islam dan pengalaman tertentu, tetapi Darul Arqam menyediakan kelas untuk mereka yang bersedia untuk belajar.

S: ia seperti memerlukan pelaburan masa yang banyak.

ZULAIKHA: Tidak sama sekali! Apa yang diperlukan adalah sedikit waktu makan tengahari atau makan malam secara rawak, satu atau atau dua mesej yang ringkas untuk meneruskan perhubungan. Befriendee [saudara baru] dan saya biasanya memastikan waktu-waktu lapang kami, bagaimana untuk berbincang secara terbuka diantara satu dengan lain.

S: apakah perkara yang terbaik menjadi Befriender?

ZULAIKHA: Tanpa ragu, perhubungan yang terjalin. Befriendee rasmi saya yang pertama adalah seorang saudara baru daripada Filipina yang tidak mempunyai keluarga di Singapura.

Sejak saya mengenalinya 10 tahun yang lalu, beliau telah menghadiri kesemua majlis Hari Raya atau perhimpunan agama keluarga saya, sehingga kesemua ahli keluarga saya yang dekat dan jauh mengenalinya! Dan ianya amat indah melihat beliau menjalani perubahan dalam

“Beliau tidak mempunyai keluarga di sini, dan apabila waktu berlalu, saya menjadi saudara kepada dia, seperti dia kepada saya.”

beberapa tahun ini daripada tidak mengenakan hijab sehingga memakainya, menghadiri pelbagai kelas untuk mendalami agama Islam. Perhubungan ikhlas yang terjalin antara Befriender dan Befriendee adalah sesuatu tidak seperti yang lain, Alhamdulillah.

15

Baru-baru ini, Darul Arqam telah menganjur ceramah motivasi bagi para penerima bantuan kewangannya. Dihadiri lebih dari 20 orang, termasuk warga emas dan anak-anak kecil, ceramah tersebut bertujuan untuk meningkatkan semangat dan menemani serta mempersiapkan mereka pada waktu-waktu yang sukar.

z

Mesej keseluruhan sesi ceramah adalah penerimaan pada Qada’ dan Qadar, dan

pada masa yang sama, mencari jalan keluar dari putaran kemiskinan. Ustaz Hanapi Kassim, seorang kaunselor yang pernah berurusan dengan banduan penjara, berkongsi mengenai pengalamannya bila bersama mereka.

Menurut Ustaz Hanapi, amatlah penting untuk menerima kehendak Allah (SWT) agar hadirin dapat menyedari kedudukan mereka disisiNya dan penguasaanNya sebagai Pencipta. Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan supaya jangan bersifat mengalah bila menghadapi sesuatu dalam kehidupan. Ustaz Hanapi mengingatkan hadirin mengenai

kebesaran sifat-sifat Allah (SWT) iaitu Rahman dan Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ceramah tersebut juga menekankan peri penting ilmu untuk seseorang mengeluarkan diri dari putaran kemiskinan. Kata Ustaz Hanapi, ilmu adalah kunci kepada kejayaan, namun ilmu tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan usaha dan ketabahan apabila menimba ilmu untuk mempertingkatkan diri daripada kesusahan. Ustaz Hanapi berkongsi pentingnya manusia untuk berfikir dan bagaimana kebolehan ini sebagai penentu taraf insan bila dikaitkan dengan malaikat dan haiwan.

Ain*, salah seorang peserta yang hadir dalam ceramah ini, berkongsi tentang masalahnya bila berhubung dengan anak-anaknya berkaitan kerja sekolah harian mereka disebabkan kekurangan ilmunya. Disebabkan itu, beliau bimbang anak-anaknya akan terus berada dalam putaran kemiskinan. Beliau bersetuju yang beliau harus lebih proaktif untuk menimba lebih banyak ilmu demi anak-anaknya.

Ceramah ini berakhir dengan sesi perkongsian oleh hadirin mengenai kesusahan masing-masing, sambil Ustaz Hanapi menggalakkan mereka untuk mengambil langkah yang lebih bermatlamat ke arah peningkatan diri untuk mereka keluar dari kesusahan.

Meningkatkan Semangat

penceraMaH Ustaz Hanapi KassimtarikH 24 APRIL 2016

Ilmu adalah kunci kejayaan

16

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah

yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan

sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati

dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.”

- Penterjemahan dari al-Qur’anAl-Imran (Keluarga Imran)

03:27

Shabana Muhammad Iqbal (24) dan abangnya yang kurang upaya dari segi mental, Mohammad Ilfan (26), adalah dua daripada ramai yang mendapat bantuan kewangan daripada Darul Arqam melalui Zakat.

z

Kehidupan Shabana berubah secara mendadak apabila kedua-dua ibu bapanya

meninggal dunia pada tahun 2013: “Bayangkan kehilangan kedua-dua ibu dan bapa anda dalam jangka waktu lima hari di antara mereka?”

Sedangkan ramai yang seusianya sudah bermula bekerja, Shabana - seorang graduan ITE yang dahulu terpaksa meninggalkan impian diploma untuk menjaga ibunya yang sakit ketika itu - kini menjadi penjaga sepenuhmasa abangnya, Ilfan, yang kurang upaya.

Sejak tiga tahun yang lalu, inilah pekerjaan yang Shabana laksanakan dengan penuh bangga dan kasih sayang, walaupun kehidupannya sendiri dikorbankan. Walaupun Ilfan berusia dua tahun lebih tua daripada Shabana, beliau mempunyai cara permikiran dan

kebolehan seseorang yang berusia tiga tahun. Tanpa bantuan Shabana, perkara yang mudah untuk orang lain - seperti pergi ke tandas – hampir mustahil bagi Ilfan.

“Seluruh jadual saya berkisar pada abang saya kerana beliau bergantung sepenuhnya kepada saya. Satu-satunya masa lapang untuk saya adalah apabila beliau pergi ke sekolah antara 10:30 pagi hingga 3:00 petang, namun itulah juga masa saya gunakan untuk membeli barang runcit, mengurus keperluan rumah, dan menyediakan makanan dan perubatan apabila beliau pulang,” kata Shabana.

Apabila ditanya sama ada ianya adalah satu kesulitan baginya, Shabana terus tersenyum sambil berkata, “Saya tidak akan namakannya satu kesulitan kerana saya sayang abang saya. Cuma ada juga hari-hari ... lebih sukar daripada yang lain; saya juga merasa ketegangan. Saya hanya berumur 24 tahun; saya juga ingin melanjutkan pelajaran, bekerja, berdikari.

“Walaubagaimanapun, saya tidak boleh meninggalkan abang saya bersendirian di rumah kerana beliau tidak dapat menjaga dirinya

SEDIKIT BANTUAN, JAUH KESANNYA

18

sendiri. Tetapi, Alhamdulillah. Kami hidup dengan apa yang kita dapat dari Zakat, dengan apa yang Allah (SWT) berikan kami.”

Bagi seseorang yang tidak dapat bekerja dan punya tanggungan, Shabana mendapati Zakat yang diterima dari Darul Arqam banyak membantu untuk menampung keperluan seharian. Dengan wang itu, beliau mampu untuk membeli keperluan asas untuk mereka berdua, dan membayar bil rumah. Pada masa lapangnya, Shabana membuat kueh dan menjualnya untuk menambah sedikit pendapatan.

“Kos barangan semakin mahal, dan apa yang dahulunya bercukupan, ianya tidak lagi waktu ini. Saya perlu lakukan sesuatu dari rumah untuk menambah apa yang kita perolehi, walaupun ianya sedikit,” Shabana jelaskan.

Shabana tekankan bahawa, selain membantu beliau dan abangnya dari segi kewangan, Darul Arqam juga terus memberi sokongan kepada mereka berdua. “Encik

Anis dari Bahagian Pembangunan Saudara Baru sangat baik. Beliau bukan sahaja bertanya perihal saya dan abang, beliau juga berkongsi perkara-perkara mengenai Islam dengan saya. Begitu juga Cik Noormala,” Shabana mengulas.

Di penghujung temuduga, Shabana mempunyai satu mesej terakhir sebagai penghargaan untuk disampaikan: “Setiap kali kami menerima bantuan kewangan, kami amat menghargainya dan kami berdoa untuk semua yang menyumbang kepada Zakat.

Malah, kami benar-benar bersyukur kerana Allah (SWT) telah menghantar mereka [pembayar Zakat] untuk membantu kami. Dengan sumbangan mereka, saya dan abang mampu untuk menguruskan kehidupan kami dengan sedikit lebih baik daripada sebelumnya. Ia tidak mudah untuk meminta bantuan, dan kami sentiasa berhati-hati bagaimana kami belanjakannya.

Sekali lagi, terima kasih.”

Sabar adalah paling penting dalam

menghadapi ujian dari Allah (SWT)

19

menjernihkan diri daripada sifat tamak & kedekut

manfaat memberi zakat

Diberi bila-bila masa pada bulan Ramadhan sebelum solat Hari Raya

fitrahDiberi bila-bila

masa sepanjang tahun apabila Nisab

& Haul dicapai

harta

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga, dimana sebahagian kekayaan wajib dikongsi sepertimana yang ditetapkan oleh Allah (SWT).

TERDAPAT 2 BENTUk ZAkAT

asaszakat

Peringatan bahawa anda adalah pengurus kekayaan, bukan pemilik

mengurangkan bebanan masyarakat

menggalak kesyukuran & belas kasihan

sYarat-sYarat zakat

Hanya muslim diwajibkan untuk berzakat

Pemilik sepenuh harta mampu memberikan Zakat tanpa ditandingi orang lainHarta harus mencapai Nisab* bila-bila masa dalam tempoh setahun Hijrah (Haul)Harta yang melebihi Nisab* telah dikekalkan untuk sekurang-kurangnya 1 tahun Hijri

20

8 asnaf penerima zakat

PARA fAkIRtiada cara untuk menampung keperluan harianPARA mISkINtidak mencukupi untuk menampung keperluan harian

*Nisab = nilai pasaran bagi 85g emas

berapa Yang perlu Diberi?

menggunakan contoh zakat atas simpanan**, salah satu kaedah di

bawah boleh digunakan

*Wang yang disimpan di dalam semua jenis akaun simpanan (termasuk simpanan tetap dan akaun semasa)

2.5% didarab dengan baki tahunan terendah anda, ATAU

2.5% didarab dengan baki bulanan terendah anda, ATAU

2.5% didarab dengan baki terakhir apabila tamat Haul

1 mUHARRAm1436H

1 mUHARRAm1437H

1 REjAB1437H

1 SyAABAN1437H

1 SyAWAL1436H

2 SyAWAL1437H

PARA RIQABmemerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran mereka

PARA GHARImINberhutang dan memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan asasPARA IBNUSSABILadalah pengembara yang terkandas dalam perjalanan yang dibenarkanPARA fISABILILLAHberjihad pada jalan Allah untuk masyarakatPARA mUALLAf Dahulu adalah seorang bukan-Islam yang kini telah memeluk IslamPARA AmILmengumpul Zakat sebagai seorang pegawai yang dilantik (termasuk perbelanjaan admin)

21

Seorang lelaki Badwi telah datang kepada Nabi (SAW) dan berkata, “Beritahu aku akan perbuatan yang akan memasukkan aku ke dalam syurga, sekiranya aku melakukannya.”

Nabi (SAW) berkata, “Sembahlah Allah dan jangan yang lain selain dari Dia, tunaikan solat (lima waktu) yang telah diwajibkan dengan sempurna, tunaikan Zakat yang wajib, dan berpuasa di bulan Ramadhan.”

Si Badwi menjawab, “Demi Allah, dalam TanganNya adalah nyawaku, tidak akan aku lakukan lebih daripada ini.”

Apabila si Badwi beredar, Nabi (SAW) berkata, “Sesiapa yang mahu melihat ahli syurga, maka lihatlah pada orang ini.”

Diriwayatkan Abu Zur’aSahih Bukhari (1397)