elemen celik kewangan 2015 (ju math)

17
SULIT 1 SULIT ELEMEN-ELEMEN DAN STANDARD CELIK KEWANGAN Elemen Celik Kewangan (CK) yang dicadangkan ialah: CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi) CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai) CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan) CK4 - Simpanan dan Pelaburan (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan) CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit) CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan) STANDARD CELIK KEWANGAN CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya - Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan Sekolah Rendah Sekolah Menengah 1.1 Menerangkan peranan wang. Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: membezakan jenis wang (duit syiling dan wang kertas). mengenal pasti nilai setiap jenis mata wang Malaysia. mengira mata wang Malaysia termasuk duit syiling dan wang kertas. menerangkan perbezaan antara ‘barangan’ dengan ‘perkhidmatan’. Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: mengenal pasti mata wang yang berbeza bagi setiap negara. membandingkan nilai mata wang Malaysia dengan mata wang negara lain. menjelaskan bagaimana wang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menukar mata wang Malaysia ke mata wang negara lain. menjelaskan bagaimana inflasi boleh mempengaruhi nilai wang dan kuasa membeli. mengenal pasti jenis sistem pertukaran yang lain (sistem barter, perdagangan). Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menganalisis jenis mata wang yang berbeza, bagaimana mata wang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. menganalisis bagaimana wang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain. mengira harga sebenar barangan setelah mengambil kira diskaun atau cukai, jika berkenaan, sebelum membayar. membuat pengiraan yang perlu untuk menyemak resit dan memantau perbelanjaan mereka. 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif. Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menyenaraikan sumber pendapatan murid sekolah. Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menyatakan pelbagai sumber pendapatan serta sumber alternatif (daripada pekerjaan atau hadiah) ibu bapa, ahli keluarga, jiran, rakan-rakan. Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menjelaskan perbezaan antara pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha (contohnya hadiah, dividen). mengenal pasti sumber pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha (contohnya pulangan daripada pelaburan, faedah simpanan atau pendapatan sewaan). Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menganalisis dan memberi contoh tentang pelbagai pendapatan (contohnya elaun, gaji, komisen, faedah, pendapatan kasar dan bersih) dan sumber lain (contohnya aset kewangan, harta tanah, dan bayaran pindahan) dan bagaimana semua ini boleh digunakan sebagai pendapatan yang diperoleh. 3.12.2014

Upload: tiyeesan

Post on 12-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

math

TRANSCRIPT

  • SULIT

    1

    SULIT

    ELEMEN-ELEMEN DAN STANDARD CELIK KEWANGAN

    Elemen Celik Kewangan (CK) yang dicadangkan ialah:

    CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya

    (Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi)

    CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan

    (Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai)

    CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan

    (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan)

    CK4 - Simpanan dan Pelaburan

    (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan

    kekayaan)

    CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang

    (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan

    kredit)

    CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

    (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan)

    STANDARD CELIK KEWANGAN CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya

    - Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    1.1

    Menerangkan peranan wang.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: membezakan jenis wang

    (duit syiling dan wang kertas).

    mengenal pasti nilai setiap jenis mata wang Malaysia.

    mengira mata wang Malaysia termasuk duit syiling dan wang kertas.

    menerangkan perbezaan antara barangan dengan perkhidmatan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti mata wang yang berbeza bagi setiap negara.

    membandingkan nilai mata wang Malaysia dengan mata wang negara lain.

    menjelaskan bagaimana wang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menukar mata wang Malaysia ke mata wang negara lain.

    menjelaskan bagaimana inflasi boleh mempengaruhi nilai wang dan kuasa membeli.

    mengenal pasti jenis sistem pertukaran yang lain (sistem barter, perdagangan).

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menganalisis jenis mata wang yang berbeza,

    bagaimana mata wang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

    menganalisis bagaimana wang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

    mengira harga sebenar barangan setelah mengambil kira diskaun atau cukai, jika berkenaan, sebelum membayar.

    membuat pengiraan yang perlu untuk menyemak resit dan memantau perbelanjaan mereka.

    1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    menyenaraikan sumber pendapatan murid sekolah.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menyatakan pelbagai sumber

    pendapatan serta sumber alternatif (daripada pekerjaan atau hadiah) ibu bapa, ahli keluarga, jiran, rakan-rakan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan perbezaan antara pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha (contohnya hadiah, dividen).

    mengenal pasti sumber pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha (contohnya pulangan daripada pelaburan, faedah simpanan atau pendapatan sewaan).

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menganalisis dan memberi contoh tentang

    pelbagai pendapatan (contohnya elaun, gaji, komisen, faedah, pendapatan kasar dan bersih) dan sumber lain (contohnya aset kewangan, harta tanah, dan bayaran pindahan) dan bagaimana semua ini boleh digunakan sebagai pendapatan yang diperoleh.

    3.12.2014

  • SULIT

    2

    SULIT

    CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (samb.) - Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    1.3

    Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menghubungkaitkan jenis pekerjaan

    dengan pendapatan yang diperoleh.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti pelbagai pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat dan pendapatan yang berkaitan.

    membezakan antara kerjaya dan pekerjaan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: mengaitkan bagaimana pilihan

    kerjaya, pilihan pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan keadaan ekonomi dapat mempengaruhi pendapatan.

    mengaitkan permintaan terhadap kemahiran tertentu dengan kuasa pendapatan individu.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menganalisis kaitan antara pelbagai kerjaya dgn matlamat pendapatan peribadi.

    mengenal pasti matlamat kerjaya dan mewujudkan pelan dan jadual waktu untuk mencapainya, termasuk keperluan pendidikan/latihan, kos dan kemungkinan hutang yang ditanggung.

    1.4 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pendapatan boleh guna.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

    -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menjelaskan maksud dan tujuan

    cukai. mengenal pasti jenis-jenis cukai lain

    (contohnya cukai kerajaan, cukai jualan, cukai pintu dll.).

    memberi contoh bagaimana kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan komponen yang

    biasanya ditolak daripada gaji kasar.

    memberi contoh manfaat yang

    diterima pekerja dan menerangkan

    mengapa manfaat itu boleh

    dianggap sebagai suatu bentuk

    pampasan.

    mengira pendapatan kena cukai sebuah keluarga dan mengaitkan cukai yang dibayar oleh seorang pekerja dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mengenal pasti pelbagai jenis

    potongan wajib ke atas gaji dari segi tujuan dan kesannya terhadap pendapatan semasa dan pendapatan masa hadapan pekerja.

    menjelaskan bagaimana pengecualian/jenis potongan gaji dapat mengurangkan pendapatan kena cukai.

    1.5 Menerangkan cara menggunakan instrumen kewangan yang berlainan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

    -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti pelbagai cara membuat pembayaran dan instrumen yang digunakan (tunai, kredit, cek, kad kredit, kad debit dan kad prabayar).

    menerangkan bahawa bayaran bukan tunai masih memerlukan dana yang mencukupi.

    membandingkan kos menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: membandingkan kebaikan dan

    keburukan kaedah pembayaran yang berbeza, seperti kad simpanan nilai, kad debit, kad kredit dan kaedah pembayaran dalam talian.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti pelbagai opsyen transaksi kewangan dalam talian bagi membeli, membuat pembayaran, pemindahan dana dll.

    menerangkan tanggungjawab menggunakan instrumen kewangan seperti akaun semasa, kad debit dan kad ATM.

    1.6 Menjelaskan bagaimana pendapatan memberi kesan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

    -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan bagaimana pendapatan mempengaruhi keputusan perbelanjaan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    mengkaji bagaimana pendapatan mempengaruhi keputusan perbelanjaan dan gaya hidup.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menganalisis bagaimana kos sara hidup boleh mempengaruhi pendapatan sebenar, keputusan perbelanjaan dan gaya hidup.

    menjelaskan kesan inflasi kepada kuasa membeli.

  • SULIT

    3

    SULIT

    CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan

    - Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai

    CK Standard Pembelajaran

    Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    2.1

    Membuat keputusan kewangan secara bertanggungjawab.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: membincangkan perihal

    wang sebagai sumber terhad dan menghubungkaitkan keputusan menyimpan dengan kos melepas.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menyenaraikan contoh keputusan kewangan dan akibat daripada keputusan tersebut.

    mengenal pasti cara untuk menjadi seorang murid yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan kewangan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri untuk menjadi

    seseorang remaja yang bertanggungjawab terhadap kewangannya.

    menerangkan pentingnya sikap bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan peribadi.

    membandingkan sikap orang ramai yang berbeza-beza dalam mengendalikan urusan kewangan.

    memberi contoh manfaat yang diperoleh oleh individu yang bertanggungjawab terhadap kewangannya dan sebaliknya kos yang terpaksa ditanggung jika gagal berbuat demikian.

    menerangkan bahawa sikap/nilai seseorang terhadap wang boleh memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti keputusan kewangan yang perlu dibuat pada setiap peringkat kehidupan.

    memberi contoh sikap bertanggungjawab yang boleh membawa kesejahteraan kewangan sepanjang hayat.

    menerangkan bagaimana sikap dan nilai individu mempengaruhi keputusan kewangan masing-masing.

    membincangkan kepentingan etika bagi pelbagai keputusan kewangan peribadi.

    menjelaskan bagaimana tingkah laku yang tidak beretika memberi kesan negatif terhadap masyarakat secara keseluruhan.

    2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    memberi contoh situasi di mana maklumat kewangan dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: membuat analisis dan menilai maklumat

    kewangan dan iklan. mengenal pasti sumber maklumat produk

    kewangan (contoh:dalam talian, media dan bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap sumber maklumat tersebut.

    menerangkan bagaimana desakan daripada rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja.

    menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan merupakan fakta atau pendapat.

    menerangkan strategi persuasif yang digunakan oleh rakan sebaya, media dan perniagaan untuk mempengaruhi masyarakat (dalam membuat keputusan).

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menilai maklumat kewangan daripada sumber tertentu, sama ada ianya objektif dan terkini.

    mengenal pasti pelbagai jenis penipuan kewangan terkini, termasuk penipuan dalam talian.

    mengenal pasti maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan berdasarkan senario tertentu.

    memberi contoh bagaimana faktor luaran, seperti teknik pemasaran dan pengiklanan dapat mempengaruhi keputusan berbelanja bagi individu yang berbeza.

    menganalisis keputusan yang dibuat oleh pengguna dan membezakan antara fakta dan pendapat.

  • SULIT

    4

    SULIT

    CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (samb.)

    - Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai

    CK Standard Pembelajaran

    Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    2.3

    Menjelaskan secara ringkas mengenai undang-undang utama perlindungan pengguna.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menerangkan hak dan

    tanggungjawab pengguna.

    membandingkan polisi pemulangan barangan di kedai berdekatan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan kepentingan

    menyimpan dokumen kewangan dan jenis-jenis perlindungan untuk pelajar.

    menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi perlindungan pengguna serta peranan yang dimainkan.

    menyenaraikan contoh-contoh penipuan kewangan dan penyelewengan yang dilindungi di bawah undang-undang perlindungan pengguna.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menjelaskan kepentingan undang-

    undang dan dokumentasi bertulis bagi melindungi pengguna.

    mengenal pasti agensi dan badan kerajaan yang boleh membantu pengguna dalam menyelesaikan masalah/pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan.

    2.4 Huraikan/jelaskan bahawa kontrak adalah ikatan perjanjian.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

    -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan mengapa orang ramai perlu membuat ikatan kontrak.

    membezakan antara kontrak bertulis dengan kontrak lisan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan kegunaan kontrak. mengenal pasti syarat-syarat yang

    mesti dipenuhi apabila membuat ikatan kontrak.

    mengenal pasti faktor yang perlu di pertimbangkan apabila membuat ikatan kontrak, seperti kadar faedah, skor kredit, reputasi, dan/atau rujukan daripada pihak yang terlibat.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan situasi di mana kontrak bertulis diperlukan.

    memeriksa contoh kontrak untuk komponen yang penting dan bermakna.

    mengenal pasti hak dan tanggungjawab semua pihak yang membuat ikatan kontrak (contohnya sebagai pinjaman pendidikan, kontrak telefon bimbit, pinjaman kereta).

  • SULIT

    5

    SULIT

    CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    3.1

    Membuat keputusan kewangan secara sistematik dengan mengambil kira pelbagai alternatif dan kesan yang akan dihadapi.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    menerangkan duit yang disimpan dapat memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan.

    menerangkan pelbagai cara penjimatan (air, elektrik dan telefon).

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: membuat keputusan kewangan

    secara sistematik termasuk simpanan, perbelanjaan dan derma.

    menghubungkaitkan wang ialah sumber yang terhad dengan kepentingan menguruskan wang secara berhemat untuk memenuhi kehendak dan kepentingan masa hadapan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menghasilkan pelan peribadi yang

    merangkumi simpanan, perbelanjaan, derma, dan pelaburan yang konsisten dengan matlamat kewangan masing-masing.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    membuat satu pelan kewangan peribadi bagi seorang remaja yang tinggal berasingan daripada keluarga.

    menganalisis bagaimana perubahan yang berlaku ke atas pekerjaan/ pendapatan, kadar inflasi dan kehidupan peribadi boleh mempengaruhi keputusan kewangan.

    menggariskan proses pengubahsuaian pelan kewangan bagi mengikut perubahan dalam dana.

    menganalisis dan memberi contoh bagaimana keputusan yang dibuat pada hari ini boleh mempengaruhi peluang masa hadapan.

    3.2 Kebolehan untuk menetapkan matlamat berdasarkan kehendak dan keperluan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    mentakrifkan matlamat. mengenal pasti matlamat peribadi

    masing-masing. mengenal pasti matlamat sesuatu

    kumpulan/pasukan. mentakrifkan kehendak dan

    keperluan. mengatur `keperluan' dan' kehendak

    peribadi' mengikut keutamaan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: membezakan antara matlamat

    jangka pendek dan jangka panjang. mengenal pasti langkah-langkah

    dalam proses penetapan matlamat.

    menghasilkan matlamat yang mempunyai jangka masa dan boleh dicapai.

    menerangkan perbezaan antara keperluan dan kehendak.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menjelaskan kepentingan penetapan

    matlamat, bagaimana untuk mengutamakan matlamat tersebut, dan keperluan untuk matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

    menjelaskan kaitan antara penetapan matlamat dengan pencapaian.

    menghasilkan matlamat mengikut keutamaan `keperluan' dan `kehendak' yang spesifik, realistik, dan boleh diukur.

    mengenal pasti perbelanjaan sebagai keperluan atau kehendak.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: membuat keputusan secara

    sistematik bagi menetapkan matlamat kewangan jangka pendek (enam bulan) dan jangka sederhana (enam bulan hingga 1 tahun).

    menilai peranan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam menentukan kejayaan kewangan.

    menilai kesan penetapan matlamat dalam kejayaan kewangan peribadi.

    menjelaskan perbezaan antara keperluan dan kehendak.

    menganalisis keperluan dan kehendak diri sendiri dalam menentukan kepentingan (keutamaan).

    mewujudkan rancangan untuk mencapai keperluan dan kehendak yang penting.

  • SULIT

    6

    SULIT

    CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    3.3 Menyediakan pelan perbelanjaan dan simpanan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    membincangkan bagaimana murid menggunakan wang saku mereka.

    mengenal pasti kesan terhadap pelbagai cara penggunaan wang saku.

    menyediakan bajet harian.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: membuat pertimbangan serta

    keputusan untuk berbelanja. membandingkan manfaat dan

    akibat daripada setiap keputusan kewangan.

    menyediakan bajet mingguan dan bulanan.

    menerangkan konsep pelan perbelanjaan.

    menerangkan faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila menentukan keputusan berkaitan perbelanjaan.

    memahami bahawa setiap keputusan berbelanja mempunyai kos melepas.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menerangkan betapa pentingnya menyimpan rekod perbelanjaan dan simpanan.

    menerangkan faktor yang mempengaruhi tabungan dan pelan perbelanjaan.

    membuat bajet peribadi yang seimbang merangkumi pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan derma.

    membuat pelan bagi mengumpul wang/dana untuk kegunaan semasa kecemasan atau perubahan dalam kehidupan peribadi.

    menghuraikan kepentingan bajet dan matlamat peribadi dalam proses simpanan/pelaburan.

    menerangkan dan menghitung faedah dan fi yang berkaitan dengan pelbagai bentuk perbelanjaan, hutang dan simpanan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mengenal pasti dan menjelaskan faktor

    yang mempengaruhi corak perbelanjaan.

    menerangkan konsep bagi merangka pelan perbelanjaan yang boleh mendorong seseorang itu berbelanja mengikut kemampuan.

    menilai pelan perbelanjaan yang mendorong jumlah pendapatan sentiasa melebihi perbelanjaan.

    menerangkan kepentingan pengubahsuaian matlamat mengikut peringkat umur serta penyediaan pelan persaraan dan harta tanah.

    3.4 Menyediakan satu sistem untuk menyimpan rekod kewangan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    menunjukkan keupayaan untuk merekod perbelanjaan dan simpanan harian.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menunjukkan keupayaan untuk menyimpan rekod perbelanjaan dan simpanan harian.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menyediakan diari perbelanjaan peribadi.

    menerangkan pentingnya menyimpan rekod kewangan yang tepat.

    mengenal pasti akaun kewangan. menerangkan kemungkinan wujudnya fi

    dan caj pada mana-mana akaun. menerangkan betapa pentingnya

    menyimpan rekod yang tepat.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mempraktikkan kemampuan untuk

    menyelaraskan rekod urusan perbankan peribadi dengan rekod yang disediakan oleh institusi kewangan.

    membezakan antara akaun yang membayar pulangan/faedah dengan akaun yang tidak membayar pulangan/berfaedah.

  • SULIT

    7

    SULIT

    CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.) - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    3.5 Menggunakan kemahiran untuk membuat keputusan berbelanja yang berhemat.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menentukan setiap barangan

    sebagai keperluan atau kehendak sebelum berbelanja.

    membandingkan harga setiap barang yang sama di dua buah kedai yang berlainan.

    membandingkan harga bagi barang yang sama tetapi buatan yang berlainan di kedai yang sama/berlainan/berbeza.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: membandingkan kebaikan antara

    menyimpan dengan berbelanja. menerangkan kesan berbelanja ke

    atas simpanan. mengenal pasti tabiat kendiri

    terhadap simpanan dan perbelanjaan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menerangkan kebaikan sekiranya seseorang itu bijak dan jimat berbelanja.

    membandingkan harga barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan nilai terbaik untuk wang.

    menjelaskan kesan jangka pendek dan jangka panjang jika berbelanja berlebihan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    membuat perbandingan harga bagi setiap keputusan berbelanja.

    menggunakan teknik membuat keputusan secara sistematik dalam setiap keputusan berbelanja.

    memahami sesuatu pembelian mungkin akan susut nilai dengan peredaran masa (kereta, barang kemas) manakala pembelian yang lain boleh meningkat nilainya (rumah).

    3.6 Menyediakan perancangan kewangan peribadi.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: memberi contoh aset keluarga.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan perbezaan antara

    aset dengan liabiliti serta memberi contoh bagi kedua-duanya.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: membincangkan faktor-faktor yang

    mempengaruhi nilai bersih. menghasilkan penyata aliran tunai

    daripada kajian kes yang ringkas.

  • SULIT

    8

    SULIT

    CK4 - Simpanan dan Pelaburan

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan

    kekayaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    4.1 Membincangkan bagaimana simpanan/pelaburan dapat membantu ke arah kesejahteraan kewangan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    memberi sebab-sebab setiap orang perlu menyimpan wang.

    memberi contoh bahawa wang disimpan untuk mendapatkan keperluan dan kehendak masa hadapan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menerangkan kaitan di antara kepentingan menyimpan dengan pencapaian matlamat kewangan.

    menerangkan bagaimana perbelanjaan perlu dikurangkan bagi menambahkan simpanan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    menerangkan bagaimana simpanan dapat membantu untuk mencapai matlamat .

    menerangkan kepentingan dana kecemasan.

    menerangkan simpanan merupakan prasyarat untuk melabur.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mengenal pasti dan membandingkan

    strategi simpanan, termasuk `membayar diri anda dahulu, menggunakan potongan gaji dll.

    menghasilkan definisi `kekayaan berdasarkan nilai peribadi, keutamaan dan matlamat.

    4.2 Menerangkan bagaimana simpanan/pelaburan dapat membantu meningkatkan kekayaan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menerangkan faedah/pulangan

    yang diterima jika menyimpan di institusi kewangan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: mengenal pasti pelbagai cara untuk

    menyimpan. membezakan maksud simpanan

    dan pelaburan. memberi contoh satu jenis

    simpanan dan pelaburan dan menerangkan bagaimana nilai simpanan dan pelaburan tersebut bertambah dari semasa ke semasa.

    menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh bertambah atau berkurangan.

    mengira faedah mudah dan faedah kompaun dan menerangkan kelebihan faedah kompaun.

    menyediakan pelan simpanan berdasarkan matlamat yang dibuat.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan secara ringkas

    bagaimana pelaburan dapat meningkatkan kekayaan dan membantu memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

    menerangkan perbezaan antara pelaburan dengan simpanan dari segi potensi risiko dan pulangan.

    menjelaskan nilai masa wang dan menerangkan bagaimana sejumlah wang yang kerap dilaburkan dari semasa ke semasa bertambah secara eksponen.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menghitung jumlah deposit yang terkumpul berdasarkan masa dan kadar pulangan yang berbeza dan kekerapan pengkompaunan.

    membuat keputusan secara sistematik bagi menentukan masa untuk melabur wang tunai yang tidak diperlukan untuk perbelanjaan jangka pendek atau semasa kecemasan.

    menggunakan peraturan 72 untuk menganggarkan masa atau kadar faedah yang diperlukan untuk menggandakan sejumlah wang.

    merangka pelaburan berkala bagi mengumpul wang untuk membeli sebuah komputer baru.

    menjelaskan kesan inflasi terhadap nilai simpanan/pelaburan.

    menerangkan bahawa harapan untuk meraih keuntungan daripada perjudian bukanlah cara yang bijak untuk membina kekayaan.

  • SULIT

    9

    SULIT

    CK4 - Simpanan dan Pelaburan (samb.)

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan

    kekayaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    4.3 Membuat penilaian dan perbandingan pelbagai alternatif pelaburan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    menerangkan perbezaan di antara menyimpan wang di dalam tabung dengan di institusi kewangan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menyenaraikan kebaikan menyimpan/melabur wang di institusi kewangan.

    mengenal pasti pelbagai pilihan menyimpan/melabur.

    membuat perbandingan antara kelebihan dan kelemahan pelbagai alternatif pelaburan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: mengenal pasti jenis-jenis akaun

    simpanan di bank. mengenal pasti institusi kewangan di

    Malaysia dan membandingkan kadar faedah bagi akaun deposit yang berlainan.

    mengenal pasti pelbagai jenis pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan membandingkan faedah/pulangan yang diterima.

    mengenal pasti tahap risiko yang berkaitan dengan sesuatu pelaburan.

    menerangkan perbezaan di antara stok, bon dan amanah saham sebagai alat pelaburan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menjelaskan bagaimana faktor yang

    berbeza mempengaruhi kadar pulangan pelaburan.

    menerangkan produk kewangan yang sesuai bagi mencapai matlamat kewangan yang berbeza, iaitu akaun bank untuk simpanan dan sekuriti (debentur, saham, unit amanah) untuk pelaburan.

    menjelaskan kesan perkembangan dalam pasaran yang pelbagai, terhadap harga saham dan lain-lain simpanan dan pelaburan.

    membandingkan strategi bagi simpanan dan pelaburan dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah yang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat kewangan.

    membandingkan potensi pelbagai pelaburan, contoh: stok, bon dan harta tanah, koleksi dan logam berharga.

    4.4 Memahami kaitan antara risiko dan pulangan pelaburan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menjelaskan sesuatu yang

    dipinjam mungkin dikembalikan atau tidak.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menerangkan bagaimana nilai

    sesuatu pelaburan boleh bertambah.

    menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh berkurangan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan perbezaan di antara

    pelaburan dengan simpanan dari segi potensi risiko dan pulangan.

    menerangkan kepentingan bajet dan matlamat peribadi dalam proses melabur.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: membandingkan tahap risiko, pulangan

    dan kecairan pelbagai jenis pelaburan. mengenal pasti opsyen pelaburan dan

    potensi pulangan. menjelaskan konsep pengumpulan

    kekayaan.

  • SULIT

    10

    SULIT

    CK4 - Simpanan dan Pelaburan (samb.)

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan

    kekayaan

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    4.5 Menerangkan bagaimana membuat keputusan untuk membeli dan menjual pelaburan.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: membuat perbandingan

    pulangan simpanan deposit di beberapa buah institusi kewangan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: mengenal pasti pelbagai sumber di

    mana pelabur boleh mendapatkan maklumat untuk membuat pilihan pelaburan.

    mentafsirkan sebut harga pasaran kewangan saham dan dana bersama.

    membandingkan sejarah kadar pulangan saham atau dana bersama.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    menganalisis proses dan kaedah pembelian dan penjualan pelaburan.

    menjelaskan manfaat daripada pemurataan kos ringgit dan mengira purata kos sesyer bagi pelaburan yang menggunakan strategi sedemikian.

    menjelaskan tanggungjawab mengenai usaha wajar sebelum melabur dan tanggungjawab untuk memantau dan menguruskan pelaburan seperti saham dan unit amanah.

    4.6 Menyelidik bagaimana agensi yang mengawal selia pasaran kewangan melindungi pelabur.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) -

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menerangkan bagaimana insurans

    deposit melindungi penyimpan/pelabur.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menerangkan struktur Pasaran Kewangan

    dan Modal dan peranan peserta pasaran dan agensi pengawalseliaan yang berbeza.

  • SULIT

    11

    SULIT

    CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan

    kredit

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    5.1

    Memahami konsep kredit dan mengenal pasti pelbagai jenis kredit termasuk faedah dan kos masing-masing.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti kredit merupakan alat kewangan yang asas.

    menerangkan mengapa penggunaan kad kedit merupakan satu cara berhutang.

    menerangkan perbezaan harga barangan sekiranya membayar secara kredit dan secara tunai.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menghuraikan kebaikan dan kelemahan penggunaan kredit.

    menerangkan mengapa institusi kewangan memberi pinjaman.

    mengenal pasti pembiayaan melalui kredit yang biasa dibuat oleh pengguna.

    mengenal pasti situasi yang rasional untuk menggunakan kredit.

    menerangkan peranan faedah ke atas kredit.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menjelaskan cara mengira

    keseluruhan kos pinjaman menjelaskan bagaimana kadar

    faedah dan tempoh pinjaman mempengaruhi kos bayaran keseluruhan sesuatu kredit.

    menjelaskan kelebihan membayar secara tunai dan secara kredit.

    memahami jenis hutang yang ditanggung oleh pengguna.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: membandingkan syarat dan kadar

    pinjaman bagi menentukan pilihan terbaik. mengenal pasti hutang untuk menjana aset

    berbanding dengan hutang untuk keperluan perbelanjaan.

    mengenal pasti kesan pinjaman kepada pelan kewangan peribadi, seperti kereta, pelajaran, kad kredit, pembelian yang besar.

    5.2 Mengenal pasti pengurusan kredit secara bertanggungjawab.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    membincangkan maksud kredit.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menjelaskan kegunaan kredit. mengenal pasti masa/situasi yang

    sesuai untuk menggunakan kad kredit.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: mengenal pasti pengeluar-pengeluar

    kad kredit yang sedia ada dan ciri-cirinya (kadar faedah, yuran tahunan, had, sistem ganjaran).

    menjelaskan cara penggunaan kad kredit yang betul dan salah.

    menjelaskan bagaimana penggunaan kad kredit boleh memberi kesan yang baik atau buruk pada bajet.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    membuat perbandingan tawaran kad kredit, pinjaman segera dan tawaran pengenalan yang berbeza (kadar pengenalan, fi permulaan dan fi tetap yang rendah).

    menjelaskan ciri-ciri kad kredit, termasuk yuran tahunan, caj kewangan, cukai kerajaan dan insentif.

    menjelaskan kesan jika seseorang itu membuat pembayaran minimum, pembayaran lewat dan yuran lewat.

    membincangkan kesan yang mungkin akan di alami akibat mengambil kredit secara mudah.

  • SULIT

    12

    SULIT

    CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang (samb.)

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan

    kredit

    CK Standard Pembelajaran Utama

    Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    5.3

    Menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai peminjam dan bagaimana untuk mengekalkan kepercayaan kredit.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat:

    menerangkan bahawa setiap barang yang dipinjam harus dipulangkan.

    menerangkan akibat yang akan ditanggung jika tidak memulangkan barang yang dipinjam.

    mengenal pasti bahawa seseorang tidak patut meminjam wang sekiranya keadaan tidak memaksa.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menerangkan langkah yang harus diambil untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakan sekiranya kita merosakkan barang peribadinya yang dipinjam.

    menjelaskan pentingnya untuk membayar hutang.

    menerangkan akibat tidak membayar hutang.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menjelaskan bahawa peminjam perlu

    mempunyai aset untuk digunakan sebagai cagaran dalam membuat pinjaman.

    menghuraikan bahawa setiap hutang perlu dibayar dan pentingnya untuk membayar hutang.

    menjelaskan kebaikan membayar hutang tepat pada masanya.

    menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai peminjam dan pemberi pinjaman.

    menjelaskan konsep penilaian kredit.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat:

    membincangkan pentingnya tingkah laku yang beretika dalam membina kepercayaan.

    menjelaskan kepentingan untuk mewujudkan rekod kredit yang positif.

    menerangkan kepentingan laporan kredit kepada peminjam dan pemberi pinjaman.

    mengenal pasti langkah-langkah untuk menyemak skor kredit diri sendiri dan membuat pembetulan jika perlu.

    5.4 Menerangkan cara mengelak daripada perangkap hutang dan menangani masalah kredit.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) -

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti tanda-tanda dan akibat hutang yang berlebihan.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mengenal pasti kesan hutang kepada

    pelan kewangan peribadi. mengenal pasti langkah-langkah yang

    perlu diambil untuk menilai kedudukan kredit dan memahami tindakan susulan yang perlu diambil.

    mengenal pasti cara untuk mengelak daripada masalah pembayaran balik hutang.

    menjelaskan tindakan yang perlu diambil oleh pengguna bagi membebaskan diri daripada perangkap hutang.

  • SULIT

    13

    SULIT

    CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

    - Pelajar akan dapat meningkakan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

    CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    6.1 Mewujudkan strategi bagi perlindungan identiti.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menerangkan apakah maksud

    identiti. menerangkan bahawa setiap

    orang mempunyai identiti.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    menyenaraikan jenis maklumat peribadi yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan akibat yang akan berlaku jika anda mendedahkan maklumat peribadi.

    menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kecurian identiti kewangan peribadi.

    mengenal pasti cara mengawal maklumat peribadi.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menjelaskan kepentingan melindungi

    maklumat peribadi. menyenaraikan tindakan yang boleh

    diambil oleh seseorang bagi mencegah kecurian identiti.

    menghuraikan masalah yang timbul apabila seseorang menjadi mangsa kecurian maklumat peribadi.

    mengenal pasti kesan teknologi atas keselamatan peribadi.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mengenal pasti bagaimana

    kecurian maklumat peribadi secara tidak sah boleh berlaku.

    mengenal pasti maklumat peribadi yang penting dan tidak boleh dikongsikan dengan pihak yang tidak berkenaan.

    membezakan kegiatan yang betul daripada yang salah.

    6.2

    Mengenal pasti jenis risiko yang biasa dihadapi dan cara asas pengurusan risiko.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat:

    memberi contoh risiko yang biasa dihadapi di dalam dan di luar rumah.

    membuat analisis bagaimana mengelakkan atau mengurangkan pelbagai risiko - berdasarkan kajian kes yang melibatkan murid seperti aktiviti berbasikal dll.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: membincangkan hubungan antara risiko

    dengan insurans. menyenaraikan kesan kerugian dari segi

    kewangan dan bukan kewangan.

    menyenaraikan contoh strategi pengurusan risiko.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: mencadangkan insurans yang

    sesuai dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh golongan remaja.

    6.3

    Menerangkan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) -

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: menyenaraikan barangan isi rumah

    yang berharga. menerangkan bagaimana barangan

    berharga mungkin rosak atau hilang dan cara untuk melindungi barangan tersebut.

    mengenal pasti implikasi kerugian kewangan dan bukan kewangan.

    menerangkan kepentingan insurans dapat mengurangi bebanan akibat kemalangan, sakit, kematian dll.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat: menyenaraikan ancaman utama kepada

    pendapatan isi rumah dan aset keluarga. menerangkan maksud dan kepentingan

    insurans/takaful. menerangkan bahawa insurans merupakan

    alat untuk mengurus risiko. menerangkan bahawa takaful ialah kaedah

    perkongsian risiko dalam kalangan peserta skim takaful.

    menilai keperluan individu dan keluarga terhadap perlindungan insurans/takaful menggunakan analisis kos melepas.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: memberi contoh beberapa jenis

    insurans/takaful dan mengenal pasti keperluan yang sesuai bagi setiap jenis.

    menentukan pelbagai opsyen bagi mengurangkan premium yang perlu dibayar.

  • SULIT

    14

    SULIT

    CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (samb.)

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

    CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    6.4 Menjelaskan jenis-jenis perlindungan bukan insurans.

    Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun) Murid dapat: menjelaskan bagaimana nota

    bertulis, e-mel, atau panggilan telefon antara sekolah dan rumah boleh membantu mencegah daripada menerima maklumat yang salah.

    memahami peranan orang dewasa dalam menyediakan keselamatan.

    Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun) Murid dapat: memahami kepentingan dokumen

    bertulis dan jenis-jenis perlindungan yang terdapat untuk pelajar.

    menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi perlindungan serta peranan yang dimainkan.

    Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun) Murid dapat:

    mengenal pasti jenis dokumen yang boleh berfungsi sebagai perlindungan undang-undang.

    menjelaskan potensi bahaya akibat penggunaan dokumen yang tidak sesuai atau kehilangan dokumen.

    Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun) Murid dapat: menjelaskan pentingnya undang-

    undang dan dokumen bertulis dalam melindungi individu.

    mengenal pasti jenis dokumen yang digunakan oleh individu untuk mengelakkan daripada kerugian peribadi dan kewangan.

    menganalisis jenis perlindungan yang ada dan kesesuaian penggunaannya.

  • SULIT

    15

    SULIT

    KANDUNGAN PENGETAHUAN CELIK KEWANGAN

    CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya - Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa: wang ialah alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. mata wang Malaysia terdapat dalam bentuk syiling dan wang kertas. mata wang syiling dan kertas Malaysia mempunyai pelbagai denominasi dan setiap

    denominasi mempunyai nilai yang berbeza. setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza. setiap negara mempunyai nilai mata wang yang berbeza berbanding dengan ringgit

    Malaysia. sumber pendapatan seseorang boleh diperoleh melalui gaji dan sumber-sumber lain

    seperti upah, perniagaan, elaun dan hadiah. pekerjaan yang berlainan mempunyai pendapatan yang berlainan. kebiasaannya, mereka yang berjawatan dan bergaji tinggi mempunyai kelayakan yang

    tinggi. pekerja boleh meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana pendapatan dengan

    memperoleh pengetahuan baru, kemahiran dan pengalaman.

    orang ramai perlu membayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan. kerajaan menggunakan cukai sebagai sumber hasil. pengguna mempunyai pilihan untuk membuat bayaran sama ada menggunakan wang

    tunai, cek, kad kredit, kad debit dan kad prabayar.

    bayaran secara kredit adalah lebih mahal berbanding dengan secara tunai. pendapatan menjejaskan perbelanjaan dan gaji bersih seseorang.

    Murid akan tahu bahawa:

    mata wang Malaysia boleh ditukar ke mata wang negara lain. mata wang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. jumlah potongan gaji/upah perlu diambil kira dalam menentukan jumlah gaji bersih seseorang. wang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain. terdapat pelbagai sumber pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha

    (contohnya hadiah, dividen). inflasi mengurangkan kuasa beli mata wang. kos sara hidup boleh mempengaruhi keputusan berbelanja dan gaya hidup seseorang. manfaat yang diterima oleh seseorang itu boleh dianggap sebagai suatu bentuk pampasan.

    pendapatan seseorang menggambarkan pilihan pekerjaan dan kerjaya, taraf kelayakan akademik dan kemahiran.

    upah atau gaji pekerja bergantung kepada kemahiran dan kelayakan akademik, sumbangan kepada masyarakat dan permintaan terhadap kemahiran atau kelayakan yang dimiliki.

    setiap pekerja dan pemilik perniagaan yang layak, bertanggungjawab untuk membayar cukai atas pendapatan seperti upah atau gaji dan keuntungan daripada perniagaan milik sendiri kepada kerajaan.

    setiap orang yang mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan perlu membayar cukai.

    pengecualian/jenis potongan gaji dapat mengurangkan pendapatan kena cukai seseorang.

    CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan

    - Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa:

    setiap keputusan untuk menyimpan mempunyai kos melepas. setiap keputusan kewangan harus dibuat secara sistematik dan tersusun. pengguna yang berhemat akan membuat perbandingan antara manfaat yang akan

    diperoleh dengan kos yang ditanggung, bagi setiap pilihan perbelanjaan sebelum membuat sesuatu keputusan.

    maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan boleh didapati melalui pelbagai sumber.

    orang ramai mengikat kontrak bertulis dan kontrak lisan.

    Murid akan tahu bahawa: pilihan yang dibuat semasa membuat keputusan kewangan mempunyai faedah, kos dan kesan

    pada masa hadapan. pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum berbelanja bagi mendapatkan nilai yang

    terbaik bagi wang mereka. pengguna yang bijak tidak akan bergantung kepada kenyataan dalam iklan semata-mata untuk

    mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan. murid harus menerima hakikat bahawa kedudukan kewangan masa hadapan setiap individu

    merupakan tanggungjawab masing-masing. sikap dan nilai seseorang mempengaruhi keputusan kewangan yang dibuat. khidmat nasihat kewangan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti perunding kewangan

    professional, buku dan Internet. faktor-faktor seperti model peranan (role model), dan desakan rakan sebaya mempengaruhi corak

    perbelanjaan.

    tingkah laku yang tidak beretika memberi kesan negatif terhadap masyarakat secara keseluruhan. orang ramai mempunyai hak dan tanggungjawab apabila mengikat kontrak. penipuan kewangan wujud dalam pelbagai bentuk yang berlainan, termasuk penipuan dalam talian.

  • SULIT

    16

    SULIT

    CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa: langkah pertama ke arah menetapkan matlamat kewangan ialah mengenal pasti keperluan dan

    kehendak dan menyenaraikannya mengikut keutamaan. wang merupakan sumber yang terhad, sedangkan kehendak seseorang tidak terhad. terdapat pelbagai cara penjimatan (contohnya air, elektrik). bajet merupakan pelan supaya pendapatan digunakan secara efektif dan teratur. Ia termasuk pelan

    untuk simpanan, perbelanjaan, derma dan menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. setiap keputusan berbelanja mempunyai kos melepas. setiap keputusan berbelanja mempengaruhi simpanan. membuat perbandingan ketika membeli-belah dapat membantu orang ramai mendapat nilai terbaik bagi

    wang mereka. bayaran secara tunai dan kredit mempunyai kos melepas masing-masing. orang rami perlu mengetahui perbezaan antara matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan boleh

    mewujudkan matlamat yang tepat pada masanya dan boleh dicapai.

    Murid akan tahu bahawa: bajet merupakan alat untuk mengenal pasti pendapatan dan perbelanjaan ,

    termasuk penjimatan bagi membantu orang ramai hidup dalam batas pendapatan masing-masing.

    kunci utama dalam membina kekayaan ialah berbelanja kurang daripada pendapatan.

    sesuatu pelan kewangan peribadi harus meliputi komponen berikut: matlamat kewangan, penyata nilai bersih, rekod pendapatan dan perbelanjaan, pelan insurans, pelan simpanan dan pelaburan dan bajet.

    menghasilkan matlamat perlu mengikut keutamaan keperluan dan kehendak'yang spesifik, realistik, dan boleh diukur.

    perubahan yang berlaku ke atas pekerjaan/pendapatan, kadar inflasi dan kehidupan peribadi boleh mempengaruhi keputusan kewangan.

    membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai menetapkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka sederhana.

    CK4 - Simpanan dan Pelaburan

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan

    kekayaan

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa: orang ramai menyimpan wang untuk keperluan

    masa hadapan. menyimpan wang dalam tabung merupakan satu

    bentuk simpanan. Menyimpan dalam akaun simpanan dan melabur dalam bon simpanan adalah cara untuk memperoleh wang daripada pendapatan yang tidak dibelanjakan.

    wang yang disimpan/dilaburkan dalam institusi kewangan adalah lebih selamat. Nilai wang tersebut akan bertambah disebabkan faedah atau pulangan yang dibayar oleh institusi kewangan.

    nilai simpanan dan pelaburan boleh bertambah.

    Murid akan tahu bahawa: simpanan merupakan sebahagian daripada pendapatan yang disisihkan bertujuan untuk kecemasan dan memenuhi keperluan

    matlamat jangka pendek. pelaburan merupakan cara untuk menjana pendapatan yang lebih untuk kegunaan masa hadapan. dana untuk pelaburan ialah daripada pendapatan semasa yang tidak dibelanjakan. setiap jenis pelaburan masing-masing mempunyai potensi kadar pulangan, kecairan dan tahap risiko yang berbeza. kebiasaanya terdapat perhubungan positif antara pulangan purata tahunan dengan pelaburan dan risiko. faedah kompaun ialah faedah yang dibayar atas pelaburan asal dan faedah yang diterima pada tahun sebelumnya. inflasi mengurangkan pulangan daripada pelaburan dan nilai simpanan. peraturan 72 merupakan cara untuk membantu pelabur membuat anggaran tempoh yang diperlukan bagi menggandakan wang

    pelaburan mereka.

    membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai menentukan masa untuk melabur wang tunai yang tidak diperlukan bagi perbelanjaan jangka pendek atau semasa kecemasan.

    pelabur boleh mendapat maklumat tentang pelaburan daripada pelbagai sumber. terdapat pelbagai cara pembelian dan penjualan pelaburan. kekayaan akan bertambah dengan kekerapan pelaburan, tempoh masa dan pengkompaunan. kepelbagaian (diversification) merupakan teknik yang dapat mengurangkan risiko dengan memperuntukkan pelaburan di dalam

    pelbagai portfolio dan kategori. pemurataan kos ringgit mengurangkan kos pelaburan dalam tempoh masa tertentu dan menggalakkan pelaburan secara tetap. agensi seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti mengawal selia institusi perbankan dan syarikat pelaburan bagi

    mengelakkan penyelewengan kewangan.

    insurans deposit melindungi penyimpan/pelabur. pelbagai perkembangan dalam pasaran mempunyai impak terhadap harga saham dan lain-lain simpanan dan pelaburan.

  • SULIT

    17

    SULIT

    CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan

    kredit

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa: kredit merupakan salah satu daripada alat kewangan yang asas. pembelian secara kredit melibatkan kos yang lebih tinggi berbandingkan secara

    tunai kerana peminjam harus membayar balik wang yang dipinjam beserta dengan faedahnya sekali.

    peminjam mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik setiap pinjaman.

    peminjam bertanggungjawab membayar balik pinjaman seperti yang dijanjikan, supaya mereka wajar dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan kredit pada masa hadapan.

    Murid akan tahu bahawa: membandingkan kos dan faedah membuat bayaran secara kredit merupakan kunci utama untuk

    membuat keputusan berbelanja yang bijak. bagi setiap jumlah pinjaman dan kadar faedah, semakin lama tempoh pinjaman, semakin rendah

    bayaran bulanan, semakin banyak pula jumlah terkumpul bayaran kredit yang perlu dibayar. pengguna boleh memilih untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada pelbagai sumber. Biro Kredit pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan

    menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

    meminjam lebih daripada kemampuan untuk membayar akan mengakibatkan peminjam menghadapi masalah pemilikan semula barangan atau menerima notis garnisan.

    pemajakan, pembelian secara kredit dan sewa beli mempunyai terma, kontrak dan kos yang berbeza. dengan membuat bayaran minimum, tempoh yang diambil oleh pengguna untuk menjelaskan hutang

    kad kredit akan menjadi lebih lama dan jumlah kos juga meningkat disebabkan kadar faedah yang tinggi.

    memahami terma dan syarat kad kredit dapat membantu mengawal kos bayaran kad kredit. pengguna yang menghadapi beban hutang yang banyak mempunyai pelbagai opsyen, termasuk

    berunding dengan institusi kewangan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman. Sekiranya menghadapi jalan buntu, pengguna boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

    laporan kredit yang negatif akan memberi kesan kepada urusan kewangan anda di institusi kewangan pada masa hadapan.

    CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

    - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

    Pengetahuan Celik Kewangan

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Murid akan tahu bahawa: semua orang mempunyai 'identiti'. kecurian identiti berlaku apabila maklumat peribadi (seperti kad pengenalan, kad

    kredit, kad ATM dan lain-lain) dicuri dan digunakan untuk tujuan jenayah. setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai risiko. risiko tidak dapat dielakkan sama sekali. Walau bagaimanapun, risiko dapat

    dikurangkan melalui pembelian insurans. takaful merupakan alternatif kepada konsep insurans dan ia berdasarkan prinsip

    Syariah. insurans dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung akibat

    kehilangan harta benda, kemalangan, kematian dan kecacatan anggota badan. terdapat pelbagai jenis perlindungan bukan insurans yang disediakan untuk

    pelajar.

    Murid akan tahu bahawa: strategi pengurusan risiko merangkumi pengelakan dan kawalan risiko, dan pemindahan risiko melalui

    pembelian insurans. transaksi dalam talian boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada pencerobohan privasi dan

    pencurian identiti. undang-undang dan peraturan diwujudkan untuk melindungi pengguna daripada pelbagai amalan

    yang tidak beretika dan penyalahgunaan kuasa oleh institusi kewangan. orang ramai membeli insurans bertujuan memindahkan risiko kerugian kewangan kepada syarikat

    insurans. terdapat pelbagai jenis insurans termasuk insurans kesihatan, penjagaan jangka panjang, hilang

    upaya, empunya rumah/penyewa, insurans motor, insurans hayat dan insurans liabiliti. insurans menyediakan jaminan kewangan dan ketenangan fikiran dan ia bukan bertujuan menjadikan

    seseorang itu lebih baik berbanding sebelum berlaku kerugian. insurans memberi manfaat pada sesuatu pelan kewangan kerana ia membantu mengurangkan beban

    kewangan individu.