elektronik

13
KAEDAH KOTAK INGATAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID TINGKATAN 2KK1 Oleh NOOR HAFIZA BINTI MD OMAR SMK TAMAN PUTRI, JLN SRI PUTRI 1/16, TMN PUTRI, 81000 KULAIJAYA 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau Kemahiran Teknikal. Pada pengalaman saya, topik ini adalah topik yang agak sukar bagi murid-murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu dikenalpasti. Sewaktu menyemak latihan murid Tingkatan 2KK1, didapati hampir kesemua murid tidak dapat menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen elektronik berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan betul. Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi rupa sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kesukaran murid adalah pada mengaitkan nama dan simbol bagi komponen atau fungsi. Kalau mereka betul dari segi nama dan rupa, mereka akan melakukan kesilapan dalam menentukan simbol atau fungsi komponen tersebut. Dalam pentaksiran PBS yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan dengan komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab ” susah maa cikgu, itu simbol susah mau ingat..” Guru selalu menyuruh mereka supaya mengingat

Upload: fiza-omar

Post on 19-Jun-2015

440 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

elektriktronik

TRANSCRIPT

Page 1: Elektronik

KAEDAH KOTAK INGATAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID

TINGKATAN 2KK1

Oleh

NOOR HAFIZA BINTI MD OMAR

SMK TAMAN PUTRI,JLN SRI PUTRI 1/16, TMN PUTRI,

81000 KULAIJAYA

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU

Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh

semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau

Kemahiran Teknikal. Pada pengalaman saya, topik ini adalah topik yang agak sukar bagi murid-

murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu dikenalpasti. Sewaktu

menyemak latihan murid Tingkatan 2KK1, didapati hampir kesemua murid tidak dapat

menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen elektronik

berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan betul.

Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi rupa

sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kesukaran murid adalah pada mengaitkan nama dan simbol

bagi komponen atau fungsi. Kalau mereka betul dari segi nama dan rupa, mereka akan

melakukan kesilapan dalam menentukan simbol atau fungsi komponen tersebut. Dalam

pentaksiran PBS yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan dengan

komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab ” susah maa

cikgu, itu simbol susah mau ingat..” Guru selalu menyuruh mereka supaya mengingat kesemua

maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat penting untuk subtajuk

yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik. Tambahan pula, mereka

semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran Teknikal, yang mana mereka

akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian Pilihan Kemahiran Teknikal pula.

Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa untuk murid mengingat dan

mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut.

Page 2: Elektronik

Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi

untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul

pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak mampu membantu mereka? Apakah

kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?

Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah

yang sama.

Pada tahun sebelum ini, penggunaan kaedah ’sentuhan’ yang dibina sendiri oleh guru telah

dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan

yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik

ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen

elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai

subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan

bergambar’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian

oleh murid-murid termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, diperbuat dari bahan

apa, cara penyambungan dan sebagainya dalam topik Elektronik, fokus hanya diberi kepada

empat aspek sahaja iaitu nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal

ini kerana keempat-empat aspek ini penting bagi murid untuk menguasai subtopik yang sukar

iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar’. Antara kesilapan murid-murid

sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah :

i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol

ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau

namanya.

iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau

simbolnya.

iv. Kesilapan meletakkan komponen pada board pada masa Amali Elektronik.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini

memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang

merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti

Page 3: Elektronik

menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian

Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu

murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan

menggunakan kaedah ’kotak ingatan’, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan

mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari.

Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat

ditingkatkan melalui kaedah ini..

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik murid-

murid Tingkatan 2KK1 menggunakan kaedah ‘roda ingatan’.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik.

3.2.2 Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen

elektronik.

3.2.3 Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen

elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen.

3.2.4 Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik.

3.2.5 Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik ’kotak

ingatan’.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 19 orang murid Tingkatan 2KK1 yang terdiri daripada 6 orang

murid Melayu, 3 orang murid India dan 10 orang murid Cina.

Page 4: Elektronik

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Sebanyak 5 aktiviti dirancang untuk membantu meninggatkan kemahiran menginggat

dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

i. Aktiviti 1 – Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik

a. Saya telah meminta murid-murid menyenaraikan kesemua komponen-

komponen elektronik dalam buku nota.

b. Murid-murid diminta menyebut kesemua nama-nama komponen

tersebut dengan sebutan yang betul dan jelas.

c. Murid-murid merujuk buku teks untuk mendapatkan nama komponen

tersebut.

d. Berikut adalah nama komponen yang perlu diketahui oleh murid-murid :

1) LED (Diod Pemancar Cahaya)

2) Perintang Tetap

3) Perintang Boleh Laras

4) Suis Togel

5) Suis Tekan

6) Kapasitor Berkutub

7) Kapasitor Tidak Berkutub

8) Transistor

9) Buzer

ii. Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen

a. Saya telah menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong dan

yang berukuran lebih kurang 4x4 cm setiap satu komponen dan diberikan

kepada setiap murid.

b. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab menentukan nama komponen

bagi setiap rajah dan ditulis pada sebelah belakang rajah.

c. Nama dan ejaan boleh dirujuk dalam aktiviti 1.

d. Rajah sebenar komponen adalah seperti berikut :

Page 5: Elektronik

iii. Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen

a. Saya menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong

berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid.

b. Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan

rajah komponen dan disusun secara berpasangan.

c. Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol yang

diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan menulis nama

komponen-komponen elektronik tersebut.

d. Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.

Page 6: Elektronik

iv. Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen

a. Saya telah menyediakan fungsi-fungsi kesemua komponen yang telah ditaip

ringkas dalam satu kertas A4.

b. Saya mengedarkannya kepada murid-murid dan guru bersama-sama

menentukan nama komponen berdasarkan fungsi yang diberi.

c. Saya meminta murid menulis nama komponen diatas kotak setiap fungsi.

Contoh : Fungsi Komponen Elektronik (KAPASITOR)

v. Aktiviti 5 – Membina grafik `KOTAK INGATAN’ MENGIKUT STESYEN

a. Saya menyediakan satu grafik ‘kotak ingatan’ berukuran A4 dan diberikan

kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik kotak

ingatan bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 1 – Borang Kotak Ingatan)

b. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap

helai di Stesyen A.

c. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua pada

setiap helai di Stesyen B

d. Murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada sukuan ke- tiga

di Stesyen C

e. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ke-empat di Stesyen

D.

f. Saya mengedarkan setiap stesyen sebotol gam. Setiap stesyen hanya

dibenarkan seorang murid sahaja.

g. Setiap murid mempunyai 9 helai grafik kotak ingatan komponen elektronik.

Murid akan menggunakan ‘kotak ingatan’ sebagai nota. (Rujuk Lampiran 2 –

Contoh Kotak Ingatan ).

Saya telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9 helai

kotak ingatan itu di rumah. Saya memaklumkan kepada mereka supaya

membawa kotak ingatan pada kelas yang akan datang.

Menyimpan cas elektrik Melepaskan cas yang disimpan apabila diperlukan

Page 7: Elektronik

vi. Ujian Pos

a. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah, saya

telah menjalankan Pentaksiran PBS sekali lagi.

b. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam

masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan pentaksiran yang lalu, tetapi

dibuat sedikit perubahan terhadap susunan soalan. (Rujuk Lampiran 3 –

Pentaksiran PBS).

c. Kemudian guru menyemak jawapan yang diberikan pelajar untuk melihat

keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

data awal

1 minggu

2 Menulis Proposal Kajian 1 minggu

3 Merancang tindakan secara individu 1 minggu

4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 :

Menyenaraikan semua nama komponen

elektronik

1 minggu

5 Melaksanakn tindakan – Aktiviti 2 :

Mengenalpasti semua rupa sebenar

komponen elektronik

1 minggu

6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 :

Mengenal pasti simbol komponen

elektronik

1 minggu

7 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 4 :

Membina grafik kotak ingatan

1 minggu

8 Ujian Pos – Pentaksiran PBS kali kedua 1 minggu

9 Refleksi Kajian 1 minggu

10 Menulis Laporan Kajian 2 minggu

11 Pembentangan dapatan kajian untuk

makluman panitia/sekolah

1 minggu

Page 8: Elektronik

7.0 KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI × HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A4 3 × RM 11.00 RM 35.002 Kertas Laminate 2 × RM 15.00 RM 30.003 Print Out Bahan RM 50.004 Fotostate Bahan RM 10.005 Buku Catatan Guru 1 × RM 2.00 RM 2.00

JUMLAH RM 125.00

Page 9: Elektronik

8.0 LAMPIRAN

i. LAMPIRAN 1 - BORANG KOTAK INGATAN

NAMA :______________________________________ TARIKH : ________TINGKATAN : ________________________

Lengkapkan ‘KOTAK INGATAN’ anda dengan mengisi tempat kosong mengikut sukuan yang dibina.

SUKUAN PERTAMA SUKUAN KEDUA

(NAMA KOMPONEN) (RUPA SEBENAR KOMPONEN)

SUKUAN KETIGA SUKUAN KEEMPAT

(SIMBOL KOMPONEN) (FUNGSI KOMPONEN)

Page 10: Elektronik

ii. LAMPIRAN 2 - CONTOH KOTAK INGATAN (hasil kerja murid)

NAMA :______________________________________ TARIKH : ________TINGKATAN : ________________________

Lengkapkan ‘KOTAK INGATAN’ anda dengan mengisi tempat kosong mengikut sukuan yang dibina.

SUKUAN PERTAMA SUKUAN KEDUA

(NAMA KOMPONEN) (RUPA SEBENAR KOMPONEN)

LED

SUKUAN KETIGA SUKUAN KEEMPAT

(SIMBOL KOMPONEN) (FUNGSI KOMPONEN)

Tukar arus elektrik kepada cahaya Sebagai penghias barangan elektrik

Page 11: Elektronik

iii. LAMPIRAN 3 - UJIAN POS (PENTAKSIRAN PBS)