ekonomi masyarakat india

14

Click here to load reader

Upload: malar-muthiah

Post on 21-Jun-2015

979 views

Category:

Travel


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi masyarakat india

Ekonomi Masyarakat India

Page 2: Ekonomi masyarakat india

•Pembangunan ekonomi tamadun India pasti tidak dapat lari daripada melihat akan peranan persatuan-persatuan perdagangan dan perindustrian (Sreni).•Organisasi perdagangan dikatakan telah wujud sejak zaman Vedik lagi.•Ini diperhebatkan lagi terutama di zaman Buddha, kerana kebanyakan kota-kota di India mempunyai persatuan-persatuan seumpama itu yang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang meliputi semua jenis perdagangan dan perindustrian.

Ekonomi Masyarakat India

Page 3: Ekonomi masyarakat india

• Menurut teks Buddha, di kota Rajagraha sahaja didapati lapan belas persatuan pedagang-pedagang seperti persatuan tukang kayu dan persatuan tukang logam.

• Persatuan-persatuan ini mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai Elder (Jyesthaka) yang dibantu oleh satu majlis yang terdiri daripada anggota-anggota yang berpengalaman.

• Jawatan ketua biasanya dijawat oleh seseorang yang paling kaya di kalangan mereka dan diwarisi turun-temurun.

Page 4: Ekonomi masyarakat india

• Persatuan-persatuan ini mempunyai lambang dan panji-panji tersendiri yang dikurniakan melalui piagam diraja.

• Terdapat juga di kalangan persatuan ini mempunyai anggota tentera yang bertanggungjawab memberi perlindungan kepada anggota persatuan masing-masing.

• Persatuan-persatuan ini mempunyai mahkamah sendiri untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan anggotanya dan mempunyai kuasa menyelesaikan setiap pemasalahan sosial di kalangan ahlinya.

Page 5: Ekonomi masyarakat india

• Persatuan seperti ini penting kerana persatuan ini mempunyai dana yang banyak bagi menjalankan aktiviti dan membantu ahlinya seperti meminjam wang dan menyimpan wang mereka.

• Dana2 ini juga digunakan untuk memberi derma bagi tujuan keagamaan dan persatuan2 ini berperanan sebagai bank, menerima deposit dan memberi pinjaman kepada pedagang2 dan orang2 perseorangan yang lain.

Page 6: Ekonomi masyarakat india

• Pembangunan ekonomi India dari aspek penggunaan mata wang.

• Mata wang terawal yang digunakan di India diperbuat daripada perak dan gangsa.

• Penggunaan sistem mata wang India berkemungkinan dipelajari daripada orang Parsi.

• Setiap mata wang mereka mempunyai bentuk yang tidak sekata, namun mempunyai lambang di raja dan tanda-tanda kawalan pegawai dan pedagang tempatan.

Page 7: Ekonomi masyarakat india

• Selain daripada perak dan gangsa, mata wang India diperbuat daripada plumbum dan emas.

• Selain daripada mata wang, amalan meminjam wang dan riba amat berleluasa di kalangan masyarakat India.

• Melalui Rig Veda dan Dharma Sutra, suatu penetapan kadar faedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan hutang dan gadai janji diperkenalkan.

Page 8: Ekonomi masyarakat india

• Kadar faedah pinjaman terjamin telah ditetapkan sebanyak 1 ¼ % sebulan atau 15% setahun.

• Walaubagaimanpun secara praktikalnya, kadar faedah tersebut adalah jauh lebih tinggi dari yang telah ditetapkan.

Page 9: Ekonomi masyarakat india

•Undang-undang Manu telah menetapkan kadar faedah yang berlainan.•Bagi pinjaman tidak terjamin mengikut kelas penghutang atau kasta iaitu Brahman 24%,Kshatriya 36%,Vaisya 40% dan Sudra 60% setahun.•Raja juga bertindak memberikan pinjaman kepada para petani dengan tujuan menggalakkan aktiviti pertanian dan pengairan.•Selain itu,kuil-kuil besar turut memberi pinjaman di samping pinjaman-pinjaman oleh golongan profesional yang dikenali sebagai ceti.

Page 10: Ekonomi masyarakat india

•Lazimnya ceti ini terdiri daripada pedagang yang kaya-raya dan mengetuai persatuan-persatuan pedagang.•Salah satu daripada sumber ekonomi utama di Zaman Maurya ialah cukai.•Terdapat pelbagai jenis cukai seperti cukai levi yang dikenakan ke atas para petani yang dikenali sebagai Bhaga.•Mereka dikehendaki menyerahkan satu perenam daripada hasil pertanian kepada raja.

Page 11: Ekonomi masyarakat india

•Terdapat cukai-cukai lain seperti Bali(cukai keagamaan),Kara(penyerahan sebahagian hasil buah-buahan dan bunga kepada kerajaan),Senabhakta(tanggungjawab penduduk kampung membekalkan makanan kepada tentera yang melalui wilayah mereka) dan Hiranya(cukai yang dibayar dalam bentuk tunai).•Selain itu,kerajaan juga mengenakan cukai perairan dan cukai persatuan pedagang.

Page 12: Ekonomi masyarakat india

• Pembangunan ekonomi India juga meliputi aspek perdagangan maritimnya. Ini berlaku sebelum Zaman Gupta.

• Sejarah telah membuktikan bahawa terdapatnya hubungan antara India Selatan dengan negara China terutama setelah hubungan perdagangan dengan negara Barat seperti dengan Empayar Rom kian merosot.

• Perdagangan dengan negara China juga meningkat disebabkan terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap barangan seperti rempah, permata, minyak wangi dan beberapa barangan lain.

Page 13: Ekonomi masyarakat india

• Selain itu, perdagangan maritim di India meningkat pada masa tersebut memandangkan mereka mempunyai kemahiran dan teknologi dalam pembinaan kapal.

• Zaman selepas kerajaan Maurya pula, hubungan perdagangan melalui jalan laut telah bermula kira –kira pada abad pertam Masihi.

• Misalnya pada tahun 2 Masihi, Raja Pandya telah menghantar dutanya ke Rom dengan disertai oleh seorang wali yang bernama Sramancarya.

Page 14: Ekonomi masyarakat india

• Ini diikuti dengan misi-misi lain oleh raja-raja India pada masa itu.

• Hubungan perdagangan maritim ini telah membuktikan bahawa orang Barat pada masa itu amat memerlukan banyak barangan dagangan dari India seperti rempah ratus, bedak wangi, permata dan termasuk beberapa barangan keperluan asas yang lain seperti gula, beras, dan minyak sapi.

• Perdagang-perdagang India pula telah mengimport barangan seperti emas, tembikar dan kaca yang dihasilkan dari Barat.

• Selain itu, India turut mengimport mata wang emas dan Perak dari Rom.