ekonomi masyarakat india

14

Click here to load reader

Upload: malar-muthiah

Post on 02-Jul-2015

1.929 views

Category:

Travel


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi masyarakat india

EkonomiMasyarakat India

Page 2: Ekonomi masyarakat india

•Pembangunan ekonomi tamadun India pastitidak dapat lari daripada melihat akan perananpersatuan-persatuan perdagangan danperindustrian (Sreni).•Organisasi perdagangan dikatakan telah wujudsejak zaman Vedik lagi.•Ini diperhebatkan lagi terutama di zamanBuddha, kerana kebanyakan kota-kota di India mempunyai persatuan-persatuan seumpama ituyang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dalampelbagai bidang meliputi semua jenisperdagangan dan perindustrian.

Ekonomi Masyarakat India

Page 3: Ekonomi masyarakat india

• Menurut teks Buddha, di kota Rajagrahasahaja didapati lapan belas persatuanpedagang-pedagang seperti persatuan tukangkayu dan persatuan tukang logam.

• Persatuan-persatuan ini mempunyai ketuamereka sendiri yang dikenali sebagai Elder (Jyesthaka) yang dibantu oleh satu majlis yang terdiri daripada anggota-anggota yang berpengalaman.

• Jawatan ketua biasanya dijawat olehseseorang yang paling kaya di kalanganmereka dan diwarisi turun-temurun.

Page 4: Ekonomi masyarakat india

• Persatuan-persatuan ini mempunyai lambang danpanji-panji tersendiri yang dikurniakan melaluipiagam diraja.

• Terdapat juga di kalangan persatuan inimempunyai anggota tentera yang bertanggungjawab memberi perlindungankepada anggota persatuan masing-masing.

• Persatuan-persatuan ini mempunyai mahkamahsendiri untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan anggotanya dan mempunyai kuasamenyelesaikan setiap pemasalahan sosial dikalangan ahlinya.

Page 5: Ekonomi masyarakat india

• Persatuan seperti ini penting kerana persatuanini mempunyai dana yang banyak bagimenjalankan aktiviti dan membantu ahlinyaseperti meminjam wang dan menyimpanwang mereka.

• Dana2 ini juga digunakan untuk memberiderma bagi tujuan keagamaan danpersatuan2 ini berperanan sebagai bank, menerima deposit dan memberi pinjamankepada pedagang2 dan orang2 perseoranganyang lain.

Page 6: Ekonomi masyarakat india

• Pembangunan ekonomi India dari aspekpenggunaan mata wang.

• Mata wang terawal yang digunakan di India diperbuat daripada perak dan gangsa.

• Penggunaan sistem mata wang India berkemungkinan dipelajari daripada orangParsi.

• Setiap mata wang mereka mempunyai bentukyang tidak sekata, namun mempunyailambang di raja dan tanda-tanda kawalanpegawai dan pedagang tempatan.

Page 7: Ekonomi masyarakat india

• Selain daripada perak dan gangsa, mata wangIndia diperbuat daripada plumbum dan emas.

• Selain daripada mata wang, amalanmeminjam wang dan riba amat berleluasa dikalangan masyarakat India.

• Melalui Rig Veda dan Dharma Sutra, suatupenetapan kadar faedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan hutang dangadai janji diperkenalkan.

Page 8: Ekonomi masyarakat india

• Kadar faedah pinjaman terjamin telahditetapkan sebanyak 1 ¼ % sebulan atau 15% setahun.

• Walaubagaimanpun secara praktikalnya, kadarfaedah tersebut adalah jauh lebih tinggi dariyang telah ditetapkan.

Page 9: Ekonomi masyarakat india

•Undang-undang Manu telah menetapkan kadarfaedah yang berlainan.

•Bagi pinjaman tidak terjamin mengikut kelaspenghutang atau kasta iaitu Brahman 24%,Kshatriya 36%,Vaisya 40% dan Sudra 60% setahun.

•Raja juga bertindak memberikan pinjamankepada para petani dengan tujuan menggalakkanaktiviti pertanian dan pengairan.

•Selain itu,kuil-kuil besar turut memberi pinjamandi samping pinjaman-pinjaman oleh golonganprofesional yang dikenali sebagai ceti.

Page 10: Ekonomi masyarakat india

•Lazimnya ceti ini terdiri daripada pedagang yang kaya-raya dan mengetuai persatuan-persatuanpedagang.

•Salah satu daripada sumber ekonomi utama diZaman Maurya ialah cukai.

•Terdapat pelbagai jenis cukai seperti cukai leviyang dikenakan ke atas para petani yang dikenalisebagai Bhaga.

•Mereka dikehendaki menyerahkan satu perenamdaripada hasil pertanian kepada raja.

Page 11: Ekonomi masyarakat india

•Terdapat cukai-cukai lain seperti Bali(cukaikeagamaan),Kara(penyerahan sebahagian hasilbuah-buahan dan bunga kepadakerajaan),Senabhakta(tanggungjawab pendudukkampung membekalkan makanan kepada tenterayang melalui wilayah mereka) dan Hiranya(cukaiyang dibayar dalam bentuk tunai).

•Selain itu,kerajaan juga mengenakan cukaiperairan dan cukai persatuan pedagang.

Page 12: Ekonomi masyarakat india

• Pembangunan ekonomi India juga meliputiaspek perdagangan maritimnya. Ini berlakusebelum Zaman Gupta.

• Sejarah telah membuktikan bahawaterdapatnya hubungan antara India Selatan dengan negara China terutama setelahhubungan perdagangan dengan negara Barat seperti dengan Empayar Rom kian merosot.

• Perdagangan dengan negara China jugameningkat disebabkan terdapatnyapermintaan yang tinggi terhadap baranganseperti rempah, permata, minyak wangi danbeberapa barangan lain.

Page 13: Ekonomi masyarakat india

• Selain itu, perdagangan maritim di India meningkat pada masa tersebutmemandangkan mereka mempunyaikemahiran dan teknologi dalam pembinaankapal.

• Zaman selepas kerajaan Maurya pula, hubungan perdagangan melalui jalan lauttelah bermula kira –kira pada abad pertamMasihi.

• Misalnya pada tahun 2 Masihi, Raja Pandyatelah menghantar dutanya ke Rom dengandisertai oleh seorang wali yang bernamaSramancarya.

Page 14: Ekonomi masyarakat india

• Ini diikuti dengan misi-misi lain oleh raja-raja India pada masa itu.

• Hubungan perdagangan maritim ini telahmembuktikan bahawa orang Barat pada masa ituamat memerlukan banyak barangan dagangandari India seperti rempah ratus, bedak wangi, permata dan termasuk beberapa barangankeperluan asas yang lain seperti gula, beras, danminyak sapi.

• Perdagang-perdagang India pula telahmengimport barangan seperti emas, tembikardan kaca yang dihasilkan dari Barat.

• Selain itu, India turut mengimport mata wangemas dan Perak dari Rom.