ekonomi - kewangan-bank

26
Komponen Bekalan Wang Bekalan wang boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu wang secara sempit, wang secara luas dan wang secara sangat luas. 1

Upload: nur-az

Post on 21-Jun-2015

582 views

Category:

Economy & Finance


0 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi - Kewangan-bank

Komponen Bekalan Wang

 

Bekalan wang boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu wang secara sempit, wang secara luas dan wang secara sangat luas.

1

Page 2: Ekonomi - Kewangan-bank

1. Wang secara sempit  

Bagi ahli-ahli ekonomi, bekalan wang secara sempit disebut M1, yang meliputi dua bentuk wang : mata wang dan deposit permintaan.

  (a) Mata wang dalam edaran. Ia meliputi

hanya pemegangan wang syiling dan wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

2

Page 3: Ekonomi - Kewangan-bank

• Wang syiling dikeluarkan dalam bentuk logam tertentu seperti nikel dan gangsa.

Di Malaysia, wang syiling terdapat dalam nilai muka 5 sen, 10 sent 20 sen dan 50 sen.

Di samping itu terdapat juga wang syiling yang mempunyai nilai muka yang besar tetapi ia lebih merupakan keluaran khas untuk tujuan peringatan.

3

Page 4: Ekonomi - Kewangan-bank

Komponen wang syiling hanya merupakan bahagian yang kecil daripada keseluruhan bekalan mata wang yang ada. • Misalnya pada tahun 1975

peratusnya cuma 5.9% dan pada tahun 1996 juga kecil tetapi meningkat iaitu 10.3% .

4

Page 5: Ekonomi - Kewangan-bank

(b) Deposit permintaan sektor swasta. Ia merupakan deposit semasa orang persendirian dan sektor swasta di bank-bank perdagangan yang boleh dikeluarkan melalui penggunaan cek.

Ia juga dikenali sebagai wang bank (cek). Dari segi kecairan, mata wang dan cek mempunyai taraf kecairan yang sama.

Kedua-duanya dapat digunakan secara langsung dalam urus niaga harian.

 5

Page 6: Ekonomi - Kewangan-bank

2 Wang secara luas

Bekalan wang ini disebut M2, atau mudah tunai sektor swasta, yang meliputi M1 dan separuh wang.• Separuh wang pula

meliputi: 6

Page 7: Ekonomi - Kewangan-bank

(a) Deposit tabungan dan tetap sektor swasta di bank perdagangan (tidak termasuk Bank Islam) dan Bank Negara.

  (b) Sijil Bank Negara Malaysia yang

dipegang oleh sektor swasta.

(c) Sijil Boleh Niaga yang dipegang oleh sektor swasta.

7

Page 8: Ekonomi - Kewangan-bank

• Deposit tabungan dan tetap serta sijil-sijil yang dipegang, tidak di terima dalam urus niaga, tidak seperti mata wang dan deposit semasa, sebaliknya ia terpaksa ditukar dahulu kepada wang tunai.

Oleh itu ia lebih sesuai sebagai penyimpan nilai kerana sifatnya yang hanya dapat memenuhi sebahagian daripada fungsi wang maka ia dinamakan separuh wang atau wang hampir

8

Page 9: Ekonomi - Kewangan-bank

3. Wang secara sangat luas  

Bekalan wang ini disebut M3, yang komponennya meliputi:

(a) M2

(b) Deposit tabungan dan deposit tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan bank (kerajaan), iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan Bank Islam.

 9

Page 10: Ekonomi - Kewangan-bank

Di samping separuh wang, terdapat nama lanjutan bagi komponen bekalan wang ini yang dinamakan separuh wang secara luas.

Ini meliputi komponen separuh wang ditambah dengan deposit tabungan dan tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan bank, iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan juga Bank Islam (iaitu komponen b dalam M3).

10

Page 11: Ekonomi - Kewangan-bank

Keadaan di Malaysia Semasa

Arah aliran bekalan wang sempit di Malaysia menunjukkan kecenderungan relatif deposit semasa (cek) telah bertambah.

Sebaliknya mata wang pula telah mula berkurangan melalui masa. Misalnya, bekalan deposit semasa telah bertambah daripada 50.8% pada tahun 1990 kepada 71.9% pada tahun 2000.

11

Page 12: Ekonomi - Kewangan-bank

STRUKTUR INSTITUSI KEWANGAN

Umumnya sistem kewangan yang wujud dalam ekonomi negara pada hari ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu sistem urusan bank dan sistem pengantara kewangan bukan bank (Bank Negara Malaysia, 1979: 61).

12

Page 13: Ekonomi - Kewangan-bank

SISTEM URUSAN BANK

Sistem urusan bank mengandungi tiga jenis institusi kewangan, yang kegiatannya di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia sendiri, Bank Perdagangan dan Institusi kewangan bukan bank yang terdiri daripada bank saudagar, syarikat kewangan, pasaran wang dan tukaran asing serta rumah diskaun.

13

Page 14: Ekonomi - Kewangan-bank

Bank Negara Malaysia

Bank Pusat di Malaysia dikenali dengan nama Bank Negara Malaysia. Di negra-negara lain, Bank Pusat dikenali dengan pelbagai nama.

• Misalnya di Amerika Syarikat dikenali sebagai Federal Reserve Bank, di Sweden, England dan Kanada mengambil nama negara masing-masing iaitu Bank of Sweden, Bank of England dan Bank of Canada.

14

Page 15: Ekonomi - Kewangan-bank

Sebelum Bank Negara ditubuhkan, urusan bank perdagangan di Malaysia adalah tertakluk di bawah Ordinan Syarikat 1948.

Walaupun Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1959 namun kuasanya untuk mengeluarkan mata wang hanya diperoleh pada tahun 1967.

 

 

15

Page 16: Ekonomi - Kewangan-bank

• Bank Negara adalah bank kerajaan kerana ia ditubuh dan mewakili ,kerajaan dalam mencorakkan perkembangan ekonomi negara.

Ia diberi tanggungjawab untuk mengawal dan mengatur kegiatan-kegiatan badan kewangan, mengawal penciptaan wang oleh sistem bank, dan mengawasi kegiatan memberi pinjaman yang dilakukan oleh bank perdagangan dan badan kewangan lain.

• Fungsi-fungsi utama Bank Negara Malaysia

ialah : 16

Page 17: Ekonomi - Kewangan-bank

1. Mengeluarkan mata wang. Antara fungsi penting Bank Pusat adalah mencetak wang kertas dan syiling.

Bank Negara Malaysia mula diberi kuasa mencetak mata wang pada bulan Jun 1967.

Sebelum itu, kuasa mengeluarkan mata wang dijalankan oleh Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo.

Unit mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara ialah ringgit Malaysia yang terdiri daripada 100 sen, yang sebelumnya dikenali sebagai dollar dan cent.

•  17

Page 18: Ekonomi - Kewangan-bank

2. Menjaga nilai ringgit. Untuk menjaga kestabilan ringgit di luar negeri, Bank Negara telah menyimpan sebahagian besar sandaran rizab luar negeri.

Pada 1992, rizab luar Bank Negara telah berjumlah lebih RM40,000 juta.

18

Page 19: Ekonomi - Kewangan-bank

3. Bertanggungjawab terhadap dasar kewangan.

Bank Negara bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bekalan wang dan kredit mencukupi bagi memenuhi permintaan ekonomi dalam negeri, tanpa melalui cara-cara yang menekan.

Ia mengawal jumlah wang dan pengeluaran kredit bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan.

19

Page 20: Ekonomi - Kewangan-bank

 

4. Menjadi bank dan penasihat kewangan kerajaan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Negara kepada kerajaan seakan-akan sama seperti yang biasanya dijalankan oleh bank perdagangan kepada pelanggan mereka. Ia menyediakan kemudahan seperti berikut :

20

Page 21: Ekonomi - Kewangan-bank

(a) Mengurus akaun-akaun kerajaan dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan cek, membuat pembayaran bagi pihak kerajaan, melaksanakan perniagaan pertukaran wang asing kerajaan.

21

Page 22: Ekonomi - Kewangan-bank

(b) Sumber wang kepada kerajaan bagi menampung sebarang kekuranggan dalam belanjawan kerajaan. Kemudahan ini diberi dalam bentuk pinjaman sementara yang perlu segera dibayar balik.

 

(c) Mengurus hutang kerajaan dari segi mendapatkan pinjaman, syarat dan masa pinjaman.

22

Page 23: Ekonomi - Kewangan-bank

5. Bank kepada institusi kewangan swasta. Bank Negara menjadi bank kepada bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan dan lain-lain institusi.

(a) Menjadi pemeriksa bank dan bukan bank, dari segi dasar pemberian kredit, rancangan pelaburan, kedudukan harta, kualiti pengurusan dan pematuhan terhadap berbagai-bagai keperluan.

23

Page 24: Ekonomi - Kewangan-bank

(b) Bertanggungjawab menguruskan lesen bank dan bukan bank sebelum memulakan perniagaan.

 

(c) Berperanan sebagai penyimpan akaun-akaun bank perdagangan dan juga syarikat-syarikat kewangan, seperti :

24

Page 25: Ekonomi - Kewangan-bank

 

(i) Akaun rizab berkanun yang dikenakan kepada semua bank perrdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan yang bertujuan untuk kawalan kewangan.

(ii) Akaun penjelasan yang khusus dikenakan terhadap bank perdagangan, bertujuan untuk membuat penyelesaian dan penjelasan antara bank dalam urusan cek harian mereka.

25

Page 26: Ekonomi - Kewangan-bank

 

(d) Menerima lebihan wang tunai bank perdagangan. Di samping menyenangkan, ia juga membolehkan bank-bank beroperasi dengan peganggan wang tunai yang kecil.

 (e) Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan dan syarikat -syarikat kewangan dengan menawarkan kemudahan pinjaman terakhir dalam bentuk kredit sementara atau mendeposit. .

  26