ekonomi dagangan

5
Ekonomi Dagangan ► Maksud ekonomi dagangan 1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah. 2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar. 3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang. 4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. 5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah. 6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah. 7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah. 8. Melibatkan lebihan pengeluaran. ► Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu. i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan ► Jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu. i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah

Upload: rusniza-binti-sidik-ros

Post on 12-Apr-2017

3.952 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi dagangan

Ekonomi Dagangan

► Maksud ekonomi dagangan

1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah.

2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.

3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang.

4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.

6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah.

7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah.

8. Melibatkan lebihan pengeluaran.

► Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan

► Jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.

i) Ubi Kayu ii) Tebuiii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah

Page 2: Ekonomi dagangan

► Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.

2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.

4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.

5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.

6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

Page 3: Ekonomi dagangan

► Sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.

1) Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke -9 lagi.

2) Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.

3) Antara pembesar yang mempunyai lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat di Selangor dan Datuk Kelana Putera,Datuk Bandar dan datuk Muda Linggi,di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan).

4) Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.

5) Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.

6) Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.

7) Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke -19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.

8) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.

9) Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada mereka.

10) Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.

11) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.

Page 4: Ekonomi dagangan

12) Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.

13) Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan

yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.

14) Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.

15) Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.

16) Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.

17) Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.

18) Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.