ejaan betul

13
1 BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 6) YANG SALAH YANG BETUL CATATAN (Surat Rxxx Ixxxx bin Sxxxxxxx, bertarikh 28 Oktober 2009) Y. Bhg. YBhg. Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y. Mike Granatt adalah seorang pakar… Mike Granatt, pakar… Tidak perlu ada kata penegas adalah. Tengahari Tengah hari Tengah hari, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia. Sekiranya tuan ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia. Ayat asal tidak gramatis. (Surat Mxxx. Nxxxx bin Axxxx, bertarikh 27 Oktober 2009) Y.Bhg. YBhg. Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y. karenah kerenah Dieja dengan vokal e.

Upload: whv185

Post on 31-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EJAAN BETUL

1  

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 6)

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN (Surat Rxxx Ixxxx bin Sxxxxxxx, bertarikh 28 Oktober 2009)

Y. Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y.

Mike Granatt adalah seorang pakar…

Mike Granatt, pakar…

Tidak perlu ada kata penegas adalah.

Tengahari

Tengah hari

Tengah hari, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia.

Sekiranya tuan ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia.

Ayat asal tidak gramatis.

(Surat Mxxx. Nxxxx bin Axxxx, bertarikh 27 Oktober 2009)

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y.

karenah

kerenah

Dieja dengan vokal e.

Page 2: EJAAN BETUL

2  

(Surat Suzanie Adina Mat Saat, bertarikh 27 Oktober 2009)

profile

profil

Jika ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

Latarbelakang

Latar belakang

Latar belakang, kata majmuk, dengan demikian dieja terpisah.

b.p:

b.p.

Tanda noktah, bukan noktah bertindih, selepas konsonan p.

(Surat Kxxxxxxxxx Rxxxx, bertarikh 29 Oktober 2009)

Yg. Bhg.

YBhg.

Ejaan yang tepat YBhg.

Di hadiri

dihadiri

Hadir, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

…pada 29 November 2009 ini Perkarangan Surau Muhammadi Angkasapuri.

…pada 29 November 2009 di Perkarangan Surau Muhammadi Angkasapuri.

Ayat asal tidak gramatis.

Page 3: EJAAN BETUL

3  

…mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Yg. Bhg. Dato’.

…mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada YBhg Dato’.

Kata sendi dari untuk tempat dan waktu Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan dan asal kejadian.

Sk

s.k.

Dieja dgn huruf kecil dan ada tanda noktah.

(Surat Kxxxxxxxxx Rxxxx, bertarikh 2 November 2009)

Y.Bhg.

YBhg.

Ejaan yang tepat YBhg.

Di arah

diarah

Arah, kata kerja jadi dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

Urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

ditalian

di talian

Di berfungsi sebagai kata sendi. Dengan demikian dieja terpisah.

fax

faks

Jika ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

Sk

s.k.

Perlu ada noktah selepas s dan k.

Page 4: EJAAN BETUL

4  

(Surat Nxxxx Wxxxxxxx binti Axxxxxxx, bertarikh 2 November 2009)

SUB MODUL

SUBMODUL

Rujuk Edaran Bil. 1, muka surat 3.

Di arah

Diarah

Arah, kata kerja jadi dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

Sub Modul

Submodul

Rujuk Edaran Bil. 1, muka surat 3.

Tengahari

Tengah hari

Kata majmuk, dieja terpisah.

Di ucapkan

Diucapkan

Ucap, kata kerja jadi dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

Persembahan Power Point dalam Mesyuarat Pengurusan KPKK

Penguatkuasa

Penguat Kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah. Apabila kata majmuk menerima awalan dan akhiran, barulah dieja sebagai satu perkataan.

Page 5: EJAAN BETUL

5  

cenderong

cenderung

Hukum Keselarasan Vokal Vokal e (pepet) padanannya u Vokal e (taling) padanannya o

Di cadangkan

dicadangkan

Cadang, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

membelanggu

membelenggu

Kesilapan mengeja.

Di war-warkan

Diuar-uarkan

Ejaan yang tepat uar-uar. Uar-uar, kata kerja jadi dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

analisa

analisis

Istilah yang tepat ialah analisis.

10,000.00 bibles

10, 000 bible 10 ribu bible

Tidak perlu tanda noktah.

Pertukaran ugama

Pertukaran agama

Yang tepat a-g-a-m-a.

urusetia

Urus setia

Urus setia kata majmuk,dengan demikian dieja terpisah.

faksimili

faksimile

Perkataan ini berakhir dengan vokal e

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

Page 6: EJAAN BETUL

6  

karenah

kerenah

Yang tepat k-e-r-e-n-a-h

Sebagai mana

sebagaimana

Dieja satu perkataan.

Keluar negara

Ke luar negara

Dalam negara, luar negara – menunjukkan tempat. Dengan demikian ke berfungsi sebagai kata sendi dan dieja terpisah.

Penghawa dingin

Penyaman udara

Istilah yang tepat ialah penyaman udara.

PA System

Sistem Siar Raya

Sekiranya ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

(Surat Xxxx Xxxxxxxx, bertarikh 24 November 2009)

Adalah dimaklumkan bahawa…

Sukacita dimaklumkan bahawa… atau Dengan ini dimaklumkan bahawa…

Kata penegas adalah, dalam banyak hal tidak perlu ada.

Oleh yang demikian, mohon kebenaran Y.Bhg. Dato’…

Oleh yang demikian, saya memohon kebenaran YBhg Dato’…

Ayat asal tidak gramatis.

Di maksudkan

dimaksudkan

Maksud, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.

Page 7: EJAAN BETUL

7  

Diatas

Di atas

Atas, menunjukkan arah jadi dieja terpisah. Di berfungsi sebagai kata sendi.

Diatas segala kerjasama Y.Bhg. Dato’ amatlah dihargai.

Kerjasama YBhg Dato’ amatlah dihargai. Atau Kerjasama daripada YBhg Dato’ amat dihargai.

Rujuk Edaran Bil. 1, muka surat 2.

s.k

s.k.

Perlu ada tanda noktah selepas konsonan k.

Minit Mesyuarat JKPAK Bil. 3/20009

Dari masa ke semasa

Dari masa ke masa atau Dari semasa ke semasa

Kata yang sama diulang. Contoh: Dari tahun ke tahun Dari setahun ke setahun Dari bulan ke bulan Dari sebulan ke sebulan

urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

Bagi Sektor Kebudayaan,untuk suku tahun ketiga semua Bahagian dan Jabatan tidak membuat pelupusan kecuali Perpustakaan dan

Bagi Sektor Kebudayaan, untuk suku tahun ketiga semua Bahagian dan Jabatan tidak membuat pelupusan kecuali Perpustakaan dan Perbadanan Kemajuan

Yang mana kata tanya, bukan kata hubung. Dengan demikian yang

Page 8: EJAAN BETUL

8  

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang mana hasil pelupusan adalah seperti berikut:

Kraftangan Malaysia yang hasil pelupusan adalah seperti yang berikut:

tepat ialah kata hubung yang.

digunapakai

diguna pakai

Kata majmuk yang menerima awalan sahaja. Dengan demikian dieja terpisah.

Mesyuarat mengambil maklum ke atas kekurangan bilangan Pegawai Aset di Jabatan/Agensi. Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Tahunan Pegawai-Pegawai Aset dengan Perbendaharaan yang mana telah dimaklumkan kepada JPA untuk tindakan.

Mesyuarat mengambil maklum akan kekurangan bilangan Pegawai Aset di Jabatan/Agensi. Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Tahunan Pegawai-Pegawai Aset dengan Perbendaharaan dan telah dimaklumkan kepada JPA untuk tindakan.

Kata sendi yang tepat ialah akan. Kata hubung yang tepat ialah ‘dan’. Yang mana ialah kata tanya dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

diperolehi

diperoleh

Yang tepat ialah diperoleh.

ubahsuai

ubah suai

Ubah suai , kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

kemaskini

kemas kini

Kemas kini, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

LAIN-LAIN JABATAN

JABATAN-JABATAN LAIN

Hukum D-M Yang diterangkan ialah Jabatan. Yang menerangkan ialah lain.

Page 9: EJAAN BETUL

9  

HAPUSKIRA

HAPUS KIRA

Hapus kira, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

(Surat Fuxxxxx Cxx Axx, bertarikh 23 November 2009)

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y.

online

dalam talian

Sekiranya ada istilah dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan ke atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Ayat asal tidak gramatis.

S.k

s.k.

Perlu ada tanda noktah selepas konsonan k. Konsonan s, huruf kecil.

(Surat K.Xxxx Xxxxxx, bertarikh 16 November 2009)

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu ada tanda noktah selepas konsonan Y.

Page 10: EJAAN BETUL

10  

di E-Melkan

die-melkan

Memadai dieja dengan huruf kecil.

(Minit mesyuarat JPKA, bertarikh 10 November 2009)

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu ada tanda noktah.

Y.M

YM

Tidak perlu ada tanda noktah.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

…paling lewat ialah pada bulan Mac…

…paling lewat adalah pada bulan Mac…

Rujuk Edaran Bil.1, muka surat 6.

Bagi Pelan Dasar Kreatif Negara ianya perlu disiapkan…

Bagi Pelan Dasar Kreatif Negara, ia perlu disiapkan…

Tidak ada kata ganti ianya dalam BM.

Semua jabatan juga diminta supaya berusaha kepada mencapai prestasi…

Semua jabatan juga diminta supaya berusaha untuk mencapai prestasi…

Ayat asal tidak gramatis.

Sebutharga

Sebut harga

Sebut harga, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

Page 11: EJAAN BETUL

11  

Tindakan harus diambil bagi meminta pembekal-pembekal mengemukakan invois dengan segera bagi dibuat bayaran.

Tindakan harus diambil untuk meminta pembekal-pembekal mengemukakan invois dengan segera bagi urusan pembayaran.

Ayat asal tidak gramatis.

kebelakang

ke belakang

Belakang menunjukkan arah. Dengan demikian dieja terpisah. Ke berfungsi sebagai kata sendi.

ePerolehan

e-Perolehan

Ejaan yang tepat, ada tanda sempang.

membaikpulih

membaik pulih

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan, hanya apabila menerima awalan dan akhiran.

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

Setiausaha Bahagian Kewangan meminta supaya jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dengan penggunaan Akaun Amanah Kebudayaan supaya memberi maklumbalas ke atas pindaan Arahan Amanah (Trust Deed) yang akan dibuat.

Setiausaha Bahagian Kewangan meminta jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dengan penggunaan Akaun Amanah Kebudayaan agar memberi maklum balas terhadap pindaan Arahan Amanah (Trust Deed) yang akan dibuat.

Ayat asal tidak gramatis. Maklum balas, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah. Terhadap, kata sendi yang lebih tepat.

Page 12: EJAAN BETUL

12  

Pihak ASWARA meminta supaya baki peruntukan dalam Akaun Amanah Akademi Seni Kebangsaan dipindahkan kepada ke dalam Kumpulan Wang ASWARA.

Pihak ASWARA meminta supaya baki peruntukan dalam Akaun Amanah Akademi Seni Kebangsaan dipindahkan kepada/ke dalam Kumpulan Wang ASWARA.

Guna salah satu sahaja, sama ada kepada atau ke dalam.

Pihak ASWARA juga diminta membuat tindakan susulan dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkenaan dengan urusan pinjaman pelajaran pelajar-pelajar ASWARA bagi membiayai pengajian di ASWARA.

Pihak ASWARA juga diminta membuat tindakan susulan dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) tentang urusan pinjaman pelajaran pelajar-pelajar ASWARA untuk membiayai pengajian di ASWARA.

Penggunaan kata sendi bagi dan untuk: Bagi lazimnya disusuli dengan kata nama (KN). Untuk lazimnya disusuli dengan kata kerja (KK). Contoh: Bagi pembiayaan (KN) Untuk membiayai (KK) Bagi pembangunan (KN) Untuk membangunkan (KK) Bagi pelaksanaan (KN) Untuk melaksanakan (KK)

Semua ketua-ketua jabatan

Semua ketua jabatan

Semua, kata jamak. Dengan demikian kata yang menyusul tidak perlu diulang.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.

E-mail

e-mel

Jika ada ejaan dalam BM, eloklah kita mempopularkannya.

Page 13: EJAAN BETUL

13  

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:

DATO’ ADILAH BINTI SHEK OMAR Pengarah IPPTAR Bertarikh: 26 November 2009 Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011