eem513

24
BAHAGIAN A DEFINISI Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif. 1

Upload: amirulamir

Post on 08-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: EEM513

BAHAGIAN A

DEFINISI

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang

pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia

ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran

terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance

based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran 

motivasi.

Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan

pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan

pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap

persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran

autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi

yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang

relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.

 Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian  pengetahuan atau keahlian

pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-

kanak  mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas

atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

1

Page 2: EEM513

Domain Kognitif

Pada dasarnya Kognitif adalah keupayaan intelektual pelajar dalam berfikir, menegtahui dan

menyelesaikan masalah. Menurut Bloom, segala usaha yang berkaitan dengan aktiviti otak

adalah termasuk dalam ranah kognitif. Ranah kognitif berkaitan dengan kemampuan berfikir,

termasuk didalamnya kemampuan menghafal, memahami, mengaplikasi, menganalisis,

mensintesis, dan kemampuan menilai Dalam ranah kognitif itu terdapat enam aspek atau jenjang

proses berfikir, mulai dari jenjang terendah sampai dengan jenjang yang paling tinggi.

Berikut adalah kenam jenjang ranah kognitif:

1. Pengetahuan (Knowledge) Adalah kemampuan seseorang untuk mengingat-ingat kembali

(recall) atau mengenali kembali tentang nama, istilah, idea, formula-formula, dan sebagainya,

tanpa mengharapkan kemampuan untuk menggunkannya. Pengetahuan atau ingatan di sebut

sebagai proses berfikir yang paling rendah.

2. Pemahaman (Comprehension) Adalah kemampuan untuk mengerti atau memahami sesuatu

selepas sesuatu itu diketahui dan diingat. Dengan kata lain, memahami adalah mengetahui

tentang sesuatu dan dapat melihatnya dari pelbagai segi. Seseorang pelajar dikatakan memahami

sesuatu apabila ia boleh memberikan penjelasan atau memberi penerangan yang lebih terperinci

tentang hal itu dengan menggunakan kata-katanya sendiri.

3. Aplikasi (Application) Adalah keupayaan menggunakan atau menerapkan materi yang sudah

dipelajari pada situasi yang baru dan menyangkut penggunaan peraturan dan prinsip. Penerapan

merupakan tahap kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada pemahaman.

4. Analisis (Analysis) Adalah kemampuan untuk memperincikan atau menghuraikan suatu bahan

atau keadaan mengikut bahagian-bahagian yang lebih kecil dan mampu memahami hubungan di

antara bahagian-bahagian atau faktor-faktor yang satu dengan faktor-faktor lain.

5. Sintesis (Synthesis) Adalah kemampuan berfikir yang merupakan kebalikan dari proses

berfikir analisis. Sisntesis merupakan suatu proses yang menggabungkan bahagian-bahagian atau

unsur-unsur secara logik, sehingga menjelma menjadi suatu pola yang yang berstruktur atau

berbentuk pola baru.

2

Page 3: EEM513

6. Penilaian (Evaluation) Adalah merupakan jenjang berfikir paling tinggi dalam ranah kognitif

dalam taksonomi Bloom. Penilian / penilaian disini merupakan kemampuan untuk membuat

pertimbangan terhadap suatu keadaan, misalnya jika seseorang dihadapkan pada beberapa

pilihan maka ia akan mampu memilih satu pilihan yang terbaik sesuai dengan disandarkan atau

kriteria yang ada.

Domain tidak Afektif

Ranah afektif adalah ranah yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Ranah afektif termasuk watak

perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai. Beberapa pakar mengatakan bahawa

sikap seseorang dapat diramalkan perubahannya bila seseorang telah mempunyai kuasa kognitif

tahap tinggi. Ciri-ciri hasil belajar afektif akan kelihatan pada peserta didik dalam pelbagai

tingkah laku.

Ranah afektif menjadi lebih terperinci lagi ke dalam lima peraturan, iaitu:

1. Penerimaan (Receiving / Attending) Penerimaan atau Receiving adalah kepekaan seseorang

dalam menerima rangsangan (stimulus) dari luar yang datang kepada dirinya dalam bentuk

masalah, situasi, gejala dan lain-lain. Termasuk dalam jenjang ini misalnya adalah: kesedaran

dan keinginan untuk menerima rangsangan, mengawal dan menyeleksi gejala-gejala atau

rangsangan yang datang dari luar. Receiving atau attenting juga sering di beri pengertian sebagai

kemahuan untuk memperhatikan suatu aktiviti atau suatu objek. Pada jenjang ini peserta didik

dibina agar mereka bersedia menerima nilai atau nilai-nilai yang di ajarkan kepada mereka, dan

mereka mau menggabungkan diri kedalam nilai itu atau meng-identifikasikan diri dengan nilai

itu.

2. Tanggapan (Responding) Tanggapan atau Responding mengandung arti "adanya penyertaan

aktif". Jadi kemampuan menanggapi adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk

mengikut sertakan dirinya secara aktif dalam fenomena tertentu dan membuat reaksi terhadapnya

salah satu cara. Jenjang ini lebih tinggi daripada jenjang receiving.

3. Penghargaan (Valuing) Menilai atau menghargai artinya memberikan nilai atau memberikan

penghargaan terhadap suatu aktiviti atau objek. Dalam kaitan dalam proses belajar mengajar,

pelajar disini tidak hanya mau menerima nilai yang diajarkan tetapi mereka telah berkemampuan

3

Page 4: EEM513

untuk menilai konsep atau fenomena, iaitu baik atau buruk. Bila suatu ajaran yang telah mampu

mereka nilai dan mampu untuk mengatakan "itu adalah baik", maka ini bererti bahawa pelajar

telah menjalani proses penilaian.

4. Pengorganisasian (Organization) Mengurus atau mengatur ertinya mempertemukan perbezaan

nilai sehingga terbentuk nilai baru yang universal, yang membawa pada perbaikan umum.

Mengatur atau mengatur merupakan pengembangan dari nilai kedalam satu sistem organisasi,

termasuk didalamnya hubungan satu nilai denagan nilai lain., Pemantapan dan perioritas nilai

yang telah dimilikinya

5. Karakterisasi Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) Ini

lebih merujuk kepada watak dan daya hidup sesorang. Tujuan dalam kategori ini ada

hubungannya dengan kekerapan peribadi, sosial dan emosi jiwa. Yaitu kepaduan semua sistem

nilai yang telah dimiliki oleh seseorang, yang memberi kesan kepada pola personaliti dan tingkah

lakunya. Nilai itu telah tertanam secara konsisten pada sistemnya dan telah mempengaruhi

emosinya. Pada jenjang ini peserta didik telah mempunyai sistem nilai yang mengawal tingkah

lakunya untuk masa yang lama, sehingga membentu ciri-ciri "pola hidup" tingkah lakunya

menjadi lebih konsisten, menetap dan lebih mudah dijangka

4

Page 5: EEM513

BAHAGIAN B

Cara untuk menilai seorang pelajar adalah berdasarkan band seseorang pelajar. Band merupakan

tahap penguasaan murid. Antara Band 1 sehingga Band 6, Band 6 merupakan band yang paling

tertinggi manakala Band 1 adalah band yang paling terendah. Pernyataan standard adalah

prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Pelajar perlu menguasai

setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap descriptor

membuktikan bahawa pelajar telah menguasai semua standard kandungan pembelajaran band

berkenaan. Namun pelajar boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum

menguasai setiap descriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Sukatan

Pelajaran. Deskriptor pula merupakan pernyataan mengenai tingkah laku terperinci yang boleh

diperhati dan diukur dalam menilai prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses PdP. Dokumen kurikulum digunakan oleh

guru untuk mengajar. DSP dicipta untuk menjadi panduan untuk guru bagi menambahbaik

Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Evidens terbahagi kepada dua bahagian iaitu evidens (murid) dan evidens (bahan). Evidens

(murid) merupakan pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang

diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Evidens (bahan) merupakan bahan atau

apa-apa bentuk bukti yang ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses.

Bahan evidens juga akan disimpan dalam dua fail yang berbeza iaitu Fail Perkembangan Murid

(FPM) dan Fail Showcase (FS). FPM adalah fail yang menyimpan evidens perkembangan

pembelajaran murid. Seorang murid akan mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens

semua matapelajaran dan setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan

Murid (RPM). RPM pula hendaklah diletakan dihadapan evidens setiap mata pelajaran. FS pula

merupakan fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata

pelajaran dalam sebuah kelas atau semua kelas dalam seluruh tingkatan berkenaan. FS juga

hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens

5

Page 6: EEM513

Laporan dan Analisis data Beljit Kaur

Latar belakang murid

Penilaian telah dilakukan ke atas Beljit Kaur. berumur 6 tahun. Beljit merupakan seorang

kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak nakal. Sukar untuk mendengar

suaranya. Walaupun pendiam, Beljit pandai bergaul dengan rakannya. Sikapnya agak lasak jika

sedang bermain.

Nilai perkembangan diri

Berikut merupakan skor nilai perkembangan diri yang diperolehi hasil daripada

pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Pengiraan markah:

(26 + 10 + 12 + 16 + 6 + 1 + 2 + 0)

( 71 )

Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Beljit telah menguasai band 3

iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah :

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya

berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan.

Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kerajinan

6

JUMLAH MARKAH

X 100 = MARKAH KESELURUHAN

X 100 = 79%90

Page 7: EEM513

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan

berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang

ikhlas.

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam

pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Kejujuran

Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Baik Hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan

dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

Berterima Kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu

jasa, sumbangan atau pemberian.

7

Page 8: EEM513

Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai

kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan

perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan

pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang

berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi

panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang

pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran dan

penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan

perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara

menyeluruh.

Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan

dalam membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,

afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat membuat

pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan keberkesanan pengajaran guru, mengenalpasti

kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancang dan mengubah suai aktiviti pengajaran

bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan murid.

Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap perkembangan murid yang hampir.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas

dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan. Dari

sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid

dalam kelas secara efektif.

Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik

mereka. Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan

semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam mengalakkan

perkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang diperolehi guru

boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian

dengan tahap keupayaan murid sama ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang

digunakan atau perlu memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran

8

Page 9: EEM513

yang mampu membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain, guru perlu

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika keputusan dapatan tidak

memberansangkan atau menganalisis semula iventori yang digunakan sama ada terlalu sukar

atau terlalu mudah untuk tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat Merancang dan

melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

9

Page 10: EEM513

BAHAGIAN C

Pengenalan

Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau

etika telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan

yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam

hubungan antara individu. Justeru kaedah pengajaran juga bersifat fleksibil dan ia memberikan

kesan kepada keadaan dan penerimaan murid.

Maka pengajian psikologi tentang moral yang juga perlu sebagai psikologi moral bagi meluaskan

kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia untuk membuat

pertimbangan moral sebagai agen moral yang bertanggungjawab seterusnya memilih kaedah

yang difikirkan terbaik bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini membolehkan kita

menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap tindakan sosial individu terhadap orang lain

dalam institusi sosial dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid-

murid. Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin ‘moralis’ yang

bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu,

perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-

santun dan sebagainya.

Moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan

patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara

individu. Kaedah pula merupakan aspek cara pengunaan penyampaian pelajaran kepada murid

agar mereka dapat menerima pelajaran dengan selesa dan berkesan. Bagi tugasan ini saya

memilih pendekatan analisis ini.

10

Page 11: EEM513

RASIONAL PEMILIHAN

Rasional pemilihan kaedah ini adalah kerana ia mudah diikuti oleh murid-murid disamping

beberapa situasi atau keadaan yang menyebabkan saya tertarik untuk memilih kaedah ini.

Diantaranya ialah :-

Kebolehan Membuat Penaakulan

Berdasarkan penggunaan kaedah ini murid-murid dapat berfikir sebagai seorang yang matang,

terbuka, analsis dan tidak mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Sesuai dengan

pandangan Suriati Puteh dan C.T. Goh (1995), menyatakan bahawa "kebolehan membuat

penaakulan ialah sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti

nyata serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara.” Ini bermakna kaedah ini

mampu membawa murid menggunakan pemikiran mereka dengan mengemukakan pandangan

tanpa terpengaruh dengan orang lain berdasarkan dapatan mereka.  

Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka

Tan Lee Lee dan rakan-rakan (1994) menakrifkan keupayaan berfikir logik dan terbuka sebagai

sikap dan pandangan yang boleh diterima akal serta munasabah. Pertimbangan adalah

bergantung kepada keadaan. Pemikiran yang logik dan terbuka dapat memupuk sikap-sikap

bersabar, bertanggungjawab, berani, jujur dan berpengetahuan luas dalam diri seseorang. Orang

yang bersikap terbuka mudah menerima pandangan, pendapat dan teguran orang lain.

Pendekatan Analisis

Ia bersifat rasional maka keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan dapatan logic dan

munasabah yang mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas. Ia mendorong murid untuk

berfikir aktif tentang masalah-masalah moral dan dalam membuat keputusan-keputusan moral. Ia

dilihat sebagai perkembangan berfikir dalam membuat pertimbangan moral, dari suatu peringkat

yang lebih rendah menuju suatu peringkat yang lebih tinggi (Elias, 1989) tujuan yang ingin

dicapai adalah untuk membantu murid dalam membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks

berdasarkan kepada nilai yang lebih tinggi serta mendorong murid untuk membincangkan

alasan-alasannya ketika memilih nilai yang betul.

11

Page 12: EEM513

Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”.  Pendekatan ini  menawarkan suatu

proses  berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai

dalam  menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada penggunaan

pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Pendekatan yang dipelopori oleh L.

Metcalf, D. Oliver dan J. P. Shavers (1971) mengemukakan kaedah ini sebagai satu cara

memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai

seperti isu berkaitan dengan polisi awam seperti keselamatan negara, dadah, hak individu dan

alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang

releven sebelum membuat sesuatu keputusan. Metcalf mencadangkan supaya dibuat perbezaan di

antara nilai-nilai objek dengan nilai pandangan.

Nilai-nilai objek boleh didefinisikan sebagai perkara yang bernilai yang dipegang oleh

seseorang, manakala nilai pandangan pula adalah satu standard dimana seseorang menilai

sesuatu perkara. Metcalf mengatakan bahawa nilai-nilai pandangan merupakan:

(a) Penilaian seseorang terhadap sesuatu;

(b) Dilahirkan samada dalam bentuk positif, negatif atau neutral; dan

(c) Boleh dikelompokkan mengikut sudut-sudut pandangan seperti aestatik, moral, ekonomi,

kebijaksanaan dan lain-lain.

Pendekatan ini merupakan satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan

teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan

pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu

keputusan. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.

(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri kedalam situasi

sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat

12

Page 13: EEM513

PROSES PEMBINAAN FORMAT

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebiasaan pengajaran dan pembelajaran adalah

bersifat dari mudah ke susah justeru dalam konteks analisis nilai seseorang akan didedahkan

kepada maklumat-maklumat tertentu dan  selebihnya diputuskan oleh murid dengan bimbingan

guru. Prosedur atau langkah-langkah dalam aplikasi kaedah ini adalah jelas iaitu bermula dengan

:-

Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

Pengajaran dimulakan dengan mengenalpasti masalah iaitu dengan cara melihat sesuatu isu yang

diberikan seperti mengapa gejala merokok berlaku. Input maklumat diberikan dan dalam konteks

ini pengembangan ilmu pengetahuan murid-murid akan terbina melalui input maklumat yang

diberikan tadi. Pada masa ini murid-murid hanya akan mendapat input maklumat berkaitan rokok

baik buruk perkara ini masih belum diputuskan oleh mereka lagi.

Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

Bahan maklumat yang diperolehi akan menjadikan mereka mengumpul maklumat sebagai fakta

kepada isu yang dikemukakan dalam pada masa yang sama maklumat tadi akan menjadi panduan

kepada mereka dalam membuat keputusan.

Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

Bahan fakta yang relevan itu tadi akan dianalisis satu persatu dan dijadikan sebagai bahan untuk

membuat keputusan secara teratur. Dalam hal ini murid-murid telah bersedia untuk membuat

keputusan berdasarkan pengumpulan maklumat yang diperolehi tadi.

Menguji keputusan dan merumus

Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang

melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral dan

sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun

bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi

pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.Setelah semua bahan maklumat dikumpulkan

maka murid-murid akan membuat keputusan tersendiri sama ada perkara itu baik atau tidak.

13

Page 14: EEM513

Dalam hal ini keputusan yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi

seterusnya dirumuskan oleh mereka sendiri dengan yang demikian kita akan dapat

mengembangkan fikiran mereka dan mengajar mereka untuk mencapai keputusan yang baik.

Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru

boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang

memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh

diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen

dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid

dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan

evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah

ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.

Eviden

Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk

mengumpul maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan

murid. Pendekatan ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia

diperhatikan.

Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk

tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja. Evidens yang mahu dilihat ialah yang

menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian murid dari segi pengetahuan,

kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan melalui

KSPK.

i.   Tingkah laku

a. Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid:

i. Mengurus diri.

ii. Bermain bersama rakan.

iii. Membuat kolaj dalam kumpulan.

iv. Menyelesaikan masalah bersama rakan.

v. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

14

Page 15: EEM513

ii.  Interaksi

Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti berikut :

i. Bacaan.

ii. Nyanyian.

iii. Main peranan.

iv. Bersoal jawab.

v. Aktiviti berkumpulan (projek, persembahan)

vi. Interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran.

vii. Dengan diri sendiri (imaginary friend).

iii.   Proses dan Hasil Kerja Murid

Contoh proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah:

I. Lukisan

II. Buku kecil

III. Buku skrap

IV. Kraf tangan

V. Lembaran kerja

VI. Membuat model menggunakan bongkah

MEREKOD

Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik.

Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan

nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan,

kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan

keadilan. Berdasarkan StandardPrestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti

tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan

guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen

yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti berikut:

15

Page 16: EEM513

a)     Senarai Semak

b)     Rekod Anekdot.

c)     Rekod Berterusan (Running Record)

MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau rekod

berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai

murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat

adalah seperti berikut:

I. Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.

II. Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam

Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur,

kemahiran mendengar dan kemahiran menulis

III. Menganalisis hasil kerja murid.

Rumusan

Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya

menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh

menulis huruf‘. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan

semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti

refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran

kendiri.

16

Page 17: EEM513

Rujukan

HKEAA. (2007a). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics  

Education Key Learning Area (S4-6) Hong Kong: Curiculum Development Council &

Hong Kong Examinations and Assesment Authority

K.L. Yong, Z.A.S. Ismo (2014). Lembaran Pentaksiran PBS Mathematics Form 2. Penerbitan

Ilmu Bakti Snd. Bhd. Petaling Jaya.

Lembaga Peperiksaan, (2011). Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Putrajaya, Malaysia.

Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Cetakan 2012. Lembaga 

Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Zulhelmi Zulkpli (2013). Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan/sedang

dijalankan di Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara Hong Kong dan

Carribean.  Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.

17