edu m1 isl

3

Click here to load reader

Upload: shawhwa

Post on 22-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: EDU M1 ISL

EDU M1 ISL

Permainan Tradisional

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan.

Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga masyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu!

TEROMPAH GERGASI

Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan-perayaan atau pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanak-kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang atau hingga 5 orang dalam satu pasukan.

Page 2: EDU M1 ISL

EDU M1 ISL

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebabgai weiqi di dalam bahasa Cina. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapti telah mula dimainkan abad ke-4 selepas Masihi di China. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.