edisi november 2019 jpm...9 november 2019 – kontinjen jabatan perdana menteri sekali lagi telah...

18
Edisi November 2019 Majlis Hari Inovasi Kecemerlangan JPM 2019 yang merupakan satu usaha untuk menyemarakkan pembudayaan inovasi dan kecemerlangan di kalangan warga JPM ke arah menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai sebuah perkhidmatan awam yang disegani di persada antarabangsa telah diadakan dengan jayanya. Program yang dianjurkan pada setiap tahun ini juga dapat dijadikan sebagai platform untuk memberi pengiktirafan kepada Jabatan/Agensi JPM dan warganya yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada pengurusan, penghayatan inovasi, sosial serta sukan. Dengan adanya platform sebegini, idea-idea baharu yang kreatif dan berimpak tinggi dapat di manifestasikan bagi membantu Kerajaan untuk mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik dan responsif demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara selaras dengan konsep Rahmatanlil Alamin. YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah hadir merasmikan majlis yang penuh gilang gemilang ini. Turut hadir adalah YBhg. Tan Sri Dr Ismail bin Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tahniah kepada yang telah dinobatkan sebagai pemenang dan penerima anugerah inovasi dan kecemerlangan pada HIK JPM 2019 ini. Semoga dengan penghargaan yang diberikan ini akan terus menjadi pendorong untuk memberikan sumbangan idea-idea baharu yang boleh dikembangkan dan seterusnya menghasilkan inovasi yang bermanfaat untuk perkhidmatan awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2019 sama ada secara langsung atau tidak langsung yang dilaksanakan secara kolaboratif di antara JPM dan agensi di bawahnya. Pendekatan penganjuran secara kolaboratif ini telah mencerminkan komitmen tinggi jabatan dan agensi untuk terus memupuk dan menyemai sifat kreatif dan inovatif.

Upload: others

Post on 20-Feb-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

Edisi November 2019

Majlis Hari Inovasi Kecemerlangan JPM 2019 yang

merupakan satu usaha untuk menyemarakkan

pembudayaan inovasi dan kecemerlangan

di kalangan warga JPM ke arah menjadikan

Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai sebuah

perkhidmatan awam yang disegani di persada

antarabangsa telah diadakan dengan jayanya.

Program yang dianjurkan pada setiap tahun ini juga

dapat dijadikan sebagai platform untuk memberi

pengiktirafan kepada Jabatan/Agensi JPM dan

warganya yang telah mencapai kecemerlangan

dalam pelbagai bidang sama ada pengurusan,

penghayatan inovasi, sosial serta sukan. Dengan

adanya platform sebegini, idea-idea baharu yang

kreatif dan berimpak tinggi dapat di manifestasikan

bagi membantu Kerajaan untuk mengukuhkan

sistem penyampaian perkhidmatan awam yang

terbaik dan responsif demi kesejahteraan rakyat

dan kemakmuran negara selaras dengan konsep

Rahmatanlil Alamin.

YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri telah hadir merasmikan

majlis yang penuh gilang gemilang ini. Turut hadir

adalah YBhg. Tan Sri Dr Ismail bin Hj Bakar, Ketua

Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Dato’ Hj.

Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad Timbalan Ketua

Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan

Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Jabatan

Perdana Menteri.

Tahniah kepada yang telah dinobatkan sebagai

pemenang dan penerima anugerah inovasi dan

kecemerlangan pada HIK JPM 2019 ini. Semoga

dengan penghargaan yang diberikan ini akan terus

menjadi pendorong untuk memberikan sumbangan

idea-idea baharu yang boleh dikembangkan dan

seterusnya menghasilkan inovasi yang bermanfaat

untuk perkhidmatan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada

semua pihak yang terlibat dalam menjayakan

sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM

2019 sama ada secara langsung atau tidak langsung

yang dilaksanakan secara kolaboratif di antara JPM

dan agensi di bawahnya. Pendekatan penganjuran

secara kolaboratif ini telah mencerminkan komitmen

tinggi jabatan dan agensi untuk terus memupuk dan

menyemai sifat kreatif dan inovatif.

Page 2: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

8 November 2019 – Seramai 80 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Jabatan Perdana Menteri

telah memeriahkan Program Tadika Attack@Library JPM bertempat di Perpustakaan JPM,

Lobi B1, Kompleks B. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak Tabika

Kemas JPM ke Perpustakaan dengan lebih dekat.

Di samping itu, program sebegini dapat memberikan pendedahan berkenaan fungsi dan

peranan perpustakaan serta membiasakan kanak-kanak ini dengan perkhidmatan yang

ditawarkan khususnya yang melibatkan perkhidmatan seperti sirkulasi (peminjaman dan

pemulangan bahan bacaan) agar dapat membudayakan amalan membaca dalam kehidupan

kanak-kanak ini.

Melalui pendekatan ini, Kanak-kanak Tadika yang terlibat telah diberi pengisian dengan

pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti Sesi Library Info, Sesi Kepenggunaan, Pertandingan

Mewarna dan juga Sesi Kesihatan. Selain itu, turut juga diadakan Sesi Zumba iaitu salah satu

aktiviti pengenalan terhadap kepentingan bersukan di kalangan kanak-kanak.

Tahniah dan syabas Seksyen Perpustakaan, JPM di atas penganjuran program yang sangat

bermanfaat ini.

Page 3: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di

Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1441H di

Axiata Arena, Bukit Jalil dan diketuai oleh YBhg. Dato’ TKSUK, JPM.

Pada majlis ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan

Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta KDYMM SPB Raja

Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat

pada sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 yang bertemakan ‘Negara Rahmah Ummah

Sejahtera’.

Majlis ini juga turut dihadiri YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana

Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berserta

pasangan, YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 8,000 peserta daripada 101 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta,

badan berkanun, badan beruniform dan penuntut institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah

menyertai perarakan yang bermula 7.45 pagi.

Page 4: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

10 November 2019 – Bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint

18, kanak-kanak Taska dan Tabika JPM telah diceriakan dengan permainan sukaneka yang

dapat memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang baik antara mereka.

Program Sukaneka yang diadakan pada setiap tahun adalah untuk membentuk sikap dan

amalan yang positif di kalangan kanak-kanak dengan menunjukkan disiplin yang tinggi dan

sekaligus dapat menjadikan kanak-kanak akan lebih aktif dan produktif. Elemen ini sangat

penting bagi mengiktiraf kebolehmampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Semua yang terlibat terutamanya anak-anak taska dan tabika JPM yang hadir dilihat sangat

bersemangat dan ceria sepanjang karnival ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada

guru-guru di atas kerjasama yang diberikan dalam merancang dan mengurus aktiviti dalam

merealisasikan program sukaneka ini berjalan dengan lancar.

Page 5: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

Pemukiman Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perdana Menteri & Jabatan/Agensi

Di Bawah JPM Beri Impak Positif Kepada Para Peserta

Buat julung kalinya Program Pemukiman Pegawai Perhubungan Awam JPM dan

Jabatan/Agensi di Bawah JPM telah dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat,

JPM selama tiga (3) hari bermula 13 hingga 15 November 2019 bertempat di

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi, Selangor

dengan penglibatan seramai lebih 40 orang Pegawai Perhubungan Awam dari

Jabatan/Agensi di bawah JPM.

Penganjuran program pemukiman ini bertujuan untuk memperkemas serta

memantapkan strategi komunikasi mahupun penyampaian maklumat

organisasi kepada stakeholder dan kumpulan sasar sejajar dengan

program-program komunikasi strategik dan perhubungan awam yang

menjadi medium penting dalam menjayakan hebahan penyampaian

maklumat Kerajaan kepada kumpulan sasar menerusi medium

landskap komunikasi yang pelbagai.

Program ini juga dijadikan sebagai medan untuk berkongsi

pandangan, percambahan idea dan pengenalpastian isu dan cabaran

serta mencadangkan penyelesaian menerusi sesi ceramah dan

kerjasama strategik dari jabatan dan agensi yang dijemput iaitu Lembaga

Tabung Haji (yang menguruskan sesi komunikasi krisis), PETRONAS yang

menguruskan sesi urus tadbir korporat, Institut Penyiaran dan Penerangan

Tun Abdul Razak (berkongsi ilmu mengenai Mobile Journalisme). Langkah ini

merupakan satu langkah penjimatan kos secara efektif serta mengoptimumkan

perbelanjaan berfokus.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan Roziah binti

Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM di atas kesudian untuk

hadir bagi menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para

peserta.

Page 6: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

KURSUS PEMANTAPAN

ORGANISASI –

MAMPU MEMBENTUK

BUDAYA KERJA

BERPASUKAN

Bahagian Sumber Manusia, JPM telah menganjurkan

Kursus Pemantapan Organisasi selama 3 hari

bermula 15 hingga 17 November 2019 di Agrotek

Garden Resort, Hulu Langat, Selangor. Penglibatan

seramai 30 orang peserta ini bertujuan untuk

menyemai sikap kerjasama antara warga JPM dan

mewujudkan semangat kekitaan dan bersatu demi

mencapai objektif organisasi.

Melalui platform kursus ini juga, warga JPM

dapat membentuk budaya kerja berpasukan

yang merupakan antara elemen sikap positif bagi

mewujudkan ekosistem intelektual yang meriah, segar

dan dinamik. Budaya kerja berpasukan memberi

penekanan kepada sinergi, kesatuan matlamat,

kepimpinan yang mementingkan musyawarah dan

tindakan yang mengambilkira keupayaan semua ahli

kumpulan bagi menghasilkan transformasi.

Para peserta dapat mengambil peluang untuk

menimba ilmu dan pengalaman yang diberikan

dan menggunakan dengan sebaik mungkin apabila

kembali di pejabat nanti. Adalah menjadi harapan

agar semua warga JPM sentiasa dalam usaha

dan kegigihan untuk menjadi sebahagian daripada

penyumbang ke arah kesejahteraan rakyat. Tidak

kira sama ada peringkat pegawai ataupun kakitangan

sokongan, kuasa pada usaha dan semangat ini

adalah amat penting dan relevan dalam memastikan

amanah yang dipikul ini dikecapi oleh semua

peringkat.

Tahniah kepada semua kerana berjaya menghadiri

kursus ini!

Page 7: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

Lanai Baca Jabatan Perdana Menteri –Sudut Bacaan Baharu Bagi Warga JPM

20 November 2019 – Lanai Baca JPM yang telah dirasmikan oleh oleh YBhg. Dato’ Hj. Hasnol

Zam Zam bin Hj. Ahmad merupakan inisiatif JPM untuk menyediakan kemudahan yang

menyokong pembudayaan amalan membaca dalam kalangan warganya. Ianya dilaksanakan

dengan mewujudkan Sudut Bacaan di ruang utama yang dikenalpasti menjadi tumpuan warga

Jabatan Perdana Menteri di samping Perpustakaan utama yang beroperasi di Aras 1, Blok

B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Lanai Baca JPM juga ditubuhkan berdasarkan buah fikiran daripada YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM yang menginginkan kemudahan sudut bacaan disediakan

untuk warga JPM dan pengunjung memanfaatkan masa menunggu dengan membaca bahan

bacaan santai yang disediakan. Di samping bahan bacaan santai, sudut ini dilengkapi dengan

perabot yang terdiri daripada kerusi (stools/bench), coffee table dan rak bahan bacaan yang dihias secara minima dan memberi keselesaan kepada pengguna.

Jabatan Perdana Menteri secara berterusan menyokong pelaksanaan Dekad Membaca

Kebangsaan bagi tempoh 2021 sehingga 2030. Ia dizahirkan melalui pelaksanaan pendekatan

baharu yang lebih mantap dan agresif serta kepelbagaian program untuk menarik warga JPM

mencintai dunia pembacaan dan memupuk pembudayaan membaca.

Jom warga JPM sama-sama memeriahkan Lanai Baca JPM!

Page 8: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

INNOTRIP KE MEDIA PRIMA BERHADPENCETUS IDEA KREATIF DAN INOVATIF BAGI WARGA JPM

Sebagai penutup kepada HIK JPM 2019,

Program Innotrip (Innovation Trip) telah

dilaksanakan pada 21 November 2019

di Media Prima Berhad. Program ini

bertujuan meningkatkan pengetahuan

warga kerja JPM berkaitan inovasi yang

disediakan di tempat yang dilawati supaya

dapat diaplikasikan ke dalam prosedur

dan sistem kerja di jabatan, bahagian

dan agensi masing-masing. Pemilihan

Media Prima Berhad sebagai agensi

penanda aras kerana kreativiti dari segi

pemasaran, penyiaran dan juga keupayaan

membangunkan modal insan sebagai aset

syarikat.

Dengan penglibatan seramai 26 orang

peserta ke Media Prima ini diharapkan

dapat membentuk jalinan kerjasama

strategik yang erat antara agensi Kerajaan

dan swasta seterusnya dapat dijadikan

platform dalam mencetuskan idea-idea

yang kreatif dan inovatif dalam aspek kerja

demi meningkatkan kualiti dan produktiviti

organisasi.

Page 9: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

KETUA SETIAUSAHA NEGARA, KETUA PERKHIDMATAN

KERAJAAN DAN MEDIA BERHIMPUN DI PERTANDINGAN BOLING

23 November 2019 – Seramai 120 orang wakil media dan 40 pegawai Kerajaan telah

menyertai pertandingan boling “KSN-Media Strike Challenge 2019” di Sunway Mega

Lanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan

Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara dengan didahului balingan

pembukaan.

Program anjuran bersama UKK, JPM dan MAKSAK ini merupakan platform mengeratkan

hubungan di antara YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri,

Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Perkhidmatan serta MAKSAK dengan

pengamal media sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan oleh organisasi

media kepada JPM.

Program yang buat julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang baik

dan menggalakkan daripada pihak media cetak, elektronik dan portal. Secara tidak

langsung dapat memartabatkan peranan media yang sangat relevan sehingga kini

bagi membantu kerajaan dalam menyebarkan pelbagai program dan maklumat yang

dilaksanakan untuk manfaat seluruh lapisan masyarakat. Sehubungan itu, YBhg.

Tan Sri KSN dalam ucapan beliau juga menyeru agar agensi kerajaan perlu sentiasa

mempunyai hubungan yang baik dengan media untuk menyebarkan maklumat penting

kepada masyarakat.

Page 10: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

TEMA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN TKSUK BERSAMA

WARGA JPM BAGI BULAN NOVEMBER 2019

27 November 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Warga JPM bagi

bulan November 2019 yang diadakan di Auditorium Blok B1, JPM kali ini telah dihoskan

bersama oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat

dan Unit Integriti dengan tema “Integriti Di Hati”. Ia bersempena bulan integriti yang

diraikan pada setiap bulan November selain turut selari dengan matlamat dan aspirasi

YAB Perdana Menteri yang menekankan nilai-nilai integriti.

Bertepatan dengan tema pada perhimpunan kali ini, warga JPM telah diberi perkongsian

ilmu yang dapat memberi manfaat ke arah pengukuhan dan penghayatan “Integriti Di

Hati” dari YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Governans,

Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Pada majlis perhimpunan yang terakhir bagi tahun 2019 ini, YBhg. Dato’ TKSUK juga

menasihatkan kepada semua agar memberi tumpuan akan urusan-urusan yang perlu

diselesaikan dengan segera. Antaranya adalah KPI, Sasaran Kerja, modul-modul di

dalam sistem HRMIS, pengurusan kewangan dan pengurusan cuti yang sistematik.

Sesi perkongsian ilmu dari wakil Setiausaha Bahagian juga turut diperkenalkan

untuk pertama kali pada perhimpunan ini. Semoga sesi perkongsian ilmu ini bakal

menjadi tradisi warga JPM dalam pertukaran idea, pengalaman dan ilmu bersama

Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian.

“Integriti Di Hati”“Integriti Di Hati”

Page 11: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

27 November 2019 - Warga JPM diraikan dengan

penuh gilang-gemilang pada Majlis Malam

Apresiasi JPM 2019 di MZ Garden Hall, Bangi

sebagai tanda penghargaan di atas pencapaian

yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019.

Majlis ini juga diadakan sebagai platform untuk

warga JPM saling bergaul mesra antara warga

dari pelbagai latar belakang, skim dan gred. Di

samping mengeratkan silaturrahim, semangat

kerja berpasukan dalam kalangan Pegawai

dan Kakitangan JPM dapat dipupuk melalui

program kumpulan dan lapangan dalam

suasana yang santai.

Kemeriahan Malam Apresiasi tersebut diwarnai

dengan tema ‘Colour Block’ yang telah

menonjolkan bakat-bakat terpendam warga

JPM menerusi persembahan bakat nyanyian

dan tarian daripada lapan Bahagian dan

gabungan antara Bahagian di JPM.

Syabas dan tahniah kepada tenaga penggerak

daripada Badan Kebajikan dan Sukan JPM

bersama rakan-rakan strategiknya iaitu Kelab

Bukit Perdana, MAKSAK dan PUSPANITA

Cawangan Kecil JPM serta semua AJK

yang komited memastikan kelancaran dan

kemeriahan majlis ini.

–WADAH PEMANTAPAN“SENSE OF BELONGING”

KEPADA JPM

Page 12: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

Kanak-Kanak Taska / Tabika JPM

Tarikh : 28 November 2019 (Khamis)

Tempat : Dataran Kompleks B, Putrajaya

28 November 2019 - Program Sambutan Maulidur Rasul 2019 anjuran Pengurusan Taska

Puspanita JPM di Dataran Kompleks B, Putrajaya telah memberi ruang kepada kanak-kanak

di Taska/Tabika JPM untuk merasai pengalaman sebenar dan bukan sekadar pembelajaran

di dalam kelas sahaja. Kajian oleh pakar kanak-kanak membuktikan bahawa pembelajaran

secara langsung dengan persekitaran memberikan impak positif kepada diri kanak-kanak.

Sehubungan itu, program seperti ini dipilih sebagai program ilmiah yang memberi kesan baik

kepada semua pihak. Semangat kerjasama yang dipupuk dalam program ini diharap dapat

merealisasikan objektif program.

Selain itu, dengan pelaksanaan sambutan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan

kecintaan, pengetahuan dan ingatan murid terhadap Nabi Muhammad S.A.W. yang telah

menyampaikan seruan Islam pada masa lalu serta dapat melahirkan generasi khairul ummah

yang mampu meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Sambut Majlis Maulidur Rasul 2019

Page 13: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

WARGA BAHARU JPMBAGI BULAN NOVEMBER 2019Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan Selamat Datang kepada warga kerja baharu Jabatan Perdana Menteri bagi bulan November 2019. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puandapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang Jabatan Perdana Menteri dan terus unggul dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti.

SAKILA BINTI ABDUL KHALID

Penolong Akauntan W29 (KUP)

Bahagian Akaun

Tarikh Lapor Diri: 14 November 2019

AHMAD WAFIUDDIN BIN

HARUN

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Bahagian Sumber Manusia

Tarikh Lapor Diri: 4 November 2019

NORHAFIDA BINTI MHD IZANI

Penolong Pegawai Tadbir N32

Bahagian Sumber Manusia

Tarikh Lapor Diri: 4 November 2019

NUR SYAFIQAH FAZIANA BINTI

ISMAIL

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tarikh Lapor Diri: 2 November 2019

AHMAD SYARIZAD BIN

MOHD SOBRI

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Bahagian Dasar Dan

Perancangan Strategik

Tarikh Lapor Diri: 2 November 2019

AHMAD SYARIZAD BIN

MOHD SOBRI

Pembantu Operasi N11

Bahagian Akaun

Tarikh Lapor Diri: 4 November 2019

SITI NAJIHAH BINTI

SHEIKH AHMAD

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Bahagian Pembangunan

Tarikh Lapor Diri: 2 November 2019

Page 14: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

JABATAN PERDANA MENTERI

Page 15: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

ANUGERAH INOVASI JPM 2019

KATEGORI

ICT

KATEGORI

NON-ICT

TEMPAT KETIGA

NAIB JOHAN

JOHAN

“Aplikasi MySPR Daftar”

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

“Sistem E-lelong”

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

“Pengurusan Projek Khas yang Efisien melalui Sistem e-Khas 2.0”Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM

TEMPAT KETIGA

NAIB JOHAN

JOHAN

“Brilliant Wheels”

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“Walk Stop Talk : Six Hour Quarter Million Messages”

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Bahagian Pendidikan Masyarakat

“Relau pelupusan Al-Quran Berteknologi Tinggi Hijau (R-PAQ)”

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

KATEGORI PEMBENTANGAN TERBAIK

ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC) 2018

ANUGERAH JABATAN PALING INOVATIF (AI DAN KIK) JPM 2019

ANUGERAH PERDANA JABATAN PERDANA MENTERI

“Adjustable Body Support Device (ABSD)”

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Tawau (Benop)

PUAN AMYLISA BINTI BAJURI

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

ENCIK NIK MOHD FITRA BIN WAN JAFFAR

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Page 16: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

PERTANDINGAN MENCIPTA MONTAJ

HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JPM 2019

ENCIK AZMIL BIN ABDUL RAHMAN

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU)

ANUGERAH PENCAPAIAN SUKAN DAN

SOSIAL JPM 2018ANUGERAH PENGURUSAN JPM 2018

Anugerah Olahragawan JPMAnugerah HRMIS

Anugerah Kelab Kebajikan dan Sukan

Terbaik JPM

Anugerah Peneraju e-Perolehan

Anugerah Olahragawati JPM Anugerah Pengurusan Projek Terbaik

Anugerah Pasukan Terbaik JPMAnugerah Pusat Gaji Terbaik

Anugerah Khas Pencapaian Sosial (Individu)

Anugerah Penambahbaikan Pengurusan

Kewangan

ENCIK MOHD HELMI BIN HARON

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan

Kerajaan

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Jabatan Perdana Menteri

Kelab Kebajikan dan Sukan MAMPU

Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Mahkamah Persekutuan Malaysia

CIK JAMALIAH BINTI LATIN

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Projek Kompleks Mahkamah

Kota Bharu, Kelantan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(BHEUU)

Pasukan JPM Paddlers

(Dragon Boat Team JPM)

Jabatan Perdana Menteri

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),

Jalan Elmu

PUAN SITI KHADIJAH BINTI JADAM

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Jabatan Bantuan Guaman Kedah

PERTANDINGAN HORIZON BAHARU

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019

KATEGORI

PRIMER

PENAMBAHBAIKAN

TEMPAT KETIGA

NAIB JOHAN

JOHAN

“Sistem Maklumat Agihan Zakat (SMAZ V2.0)”

Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan (MAIWP)

“Intan Event Management Gateway (IEMG)”

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), JPA

“Pengurusan Bagasi Jemaah haji di Stesen Berlepas

Tanah Air (OHTA) Mengambil Masa yang Lama”

Lembaga Tabung Haji Negeri Kelantan

Page 17: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

KATEGORI

PRIMER

PENCIPTAAN

TEMPAT KETIGA

NAIB JOHAN

JOHAN

“X-Savior Compress Device (X-CD)”

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Cawangan Pulau Pinang

“Public Alert and Warning for Flood Monitoring (PWS)”

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Cawangan Johor

“My Progress Monitoring System (MyPromise)”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

KATEGORI

HIBRID

TEMPAT KETIGA

NAIB JOHAN

JOHAN

“Kolaborasi Strategik MAIWP-JBGWP bagi Skim

Bantuan Guaman Syarie Baitulmal”

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan

Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan (JBGWP)

“Multi-Safejac”

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Cawangan Perak dan

Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

“Aplikasi Smart Mesra Ibadah (ASMI)”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

ANUGERAH KIK HARAPAN

“Mengurangkan Jemaah Haji Dan Umrah Tersasar Dari Lokasi”

Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu

Page 18: Edisi November 2019 JPM...9 November 2019 – Kontinjen Jabatan Perdana Menteri sekali lagi telah melibatkan diri di Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat

JABATAN PERDANA MENTERI

Diterbitkan oleh:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Aras -1 Blok B8Jabatan Perdana Menteri

Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PutrajayaMalaysia

www.jpm.gov.my

Jab.PerdanaMenteri

@jpmgov_

jabatanperdanamenteri