ebooktarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“berjihad di...

25
Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada: EbookTarbiyah.Com

Upload: truongdang

Post on 04-May-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Terima kasih kerana memuat turun sampelebook daripada:

EbookTarbiyah.Com

Page 2: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

BAB 1: “BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menyatakan amalan-amalan mulia yangdisebutkan oleh hadis ini.

3. Menjawab persoalan tentang perbezaanriwayat berkenaan amalan terbaik.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 3: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Teks Hadis

:عن عبد اهللا بن مسعود رضي اهللا عنه قال Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu,

beliau berkata:

:صلى الله عليه وسلم سألت النبي

Aku telah bertanya kepada Nabi SAW:

.الصالة على وقتها: أي العمل أحب إلى الله؟ قال

“Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”

.بر الوالدين : ثم أي؟ قال : قال

Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?”Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”

.الجهاد في سبيل الله : ثم أي؟ قال : قال

Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”

ثني بهن ولو استـزدته لزادني: قال .حدBeliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadaku

tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambahlagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”

رواه البخاري (Riwayat Bukhari).

Page 4: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Periwayat Hadis:

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu merupakanseorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat.

Beliau menyertai Perang Badar dan semua perangbersama Rasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Solat pada Waktunya

Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunyasecara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu.

Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baikdan lebih mulia.

Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwahradhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أفضل األعمال الصال ة في أول وقتها“Amalan yang terbaik ialah solat pada awal

waktunya.”

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)

Page 5: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

2. Berbakti kepada Ibubapa

Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuatbaik, melakukan perkara yang elok sertamenggembirakan mereka.

Sebab turunnya ayat di atas ialah:

Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnahbinti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telahbersumpah tidak akan bercakap kepada Saadselama-lamanya, sehingga beliau kufur denganagama (Islam yang baru dianuti)nya.

Ibunya berkata; “Kamu pernah mendakwa bahawaAllah telah menyuruh kamu supaya berbuat baikkepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu!Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dariIslam)!”

Seperti firman Allah SWT:

. / 0 21 3 4 5 6 7 8 9 : ; < >=

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat)kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jikakeduanya memaksamu untuk mempersekutukanAku dengan sesuatu yang tidak adapengetahuanmu tentang itu, maka janganlahkamu mengikuti keduanya…”

(Al-Ankabut 29: 8)

Page 6: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Lalu turunlah ayat, “Dan Kami wajibkan manusia(berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Danjika keduanya memaksamu untuk mempersekutukanAku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmutentang itu, maka janganlah kamu mengikutikeduanya…”

(Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi)

Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, danperintah agar kita mentaati keduanya walaupunmereka masih kafir.

Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukandalam suruhan mensyirikkan Allah SWT sepertitindakan ibu Saad RA itu.

Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:

.ال طاعة ألحد في معصية اهللا إنما الطاعة في المعروف

“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakaiAllah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam

melakukan perkara yang baik.”

(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)

Page 7: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

ال طاعة لمخلوق في معصية الخالق “Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam

menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta.”

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumiberbuat baik kepada rakan-rakan mereka, sepertiyang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan SohihMuslim.

Seorang penyair Arab telah berkata;

“Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamumenemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telahmenderhakai bapamu jika kamu tidak berbuatdemikian.”

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

Q SR T “… bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepadakedua ibubapamu…”

(Luqman 31: 14)

Mengenai ayat ini, Sufyan bin ‘Uyainah telah berkata;

“Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia…

Page 8: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

…telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yangberdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, makadia telah berterima kasih kepada mereka.”

3. Berjihad di Jalan Allah

Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalahberjihad bagi mempertahankan tanah air dantempat tinggal, sehingga kita dapat beribadahkepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri,keluarga, maruah dan harta kita).

Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapadisebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantungkepada berbuat baik kepada ibubapa.

Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepadaibubapa adalah meminta keizinan mereka untukberjihad.

Biasanya orang berpandangan berbuat baik baikkepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagaimembalas budi ibubapa yang membesarkan merekasejak kecil.

Namun, dengan mendahului berbuat baik kepadaibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telahmemperingatkan kita tentang fadhilat yang besardalam perbuatan tersebut.

Page 9: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Kelebihan jihad di jalan Allah SWT sepertifirman-Nya dalam Al-Qur’an:

o p q r s t u v w x y zHai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku

tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkankamu dari azab yang pedih?

¤¥ £ ¢ ¡ ے ~ { | }¦ § ¨ © ª « ¬

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulahyang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

® ¯ ° ± ² ³ ´ µ ¶ ¸ ¹ º » ½¼ ¾ ¿ À Á

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu danmemasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ketempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulahkeberuntungan yang besar.

 ÄÃ Å Æ Ç È ÊÉ Ë Ì ÍDan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepadaorang-orang yang beriman.”

(As-Saff 61: 10-13)

Page 10: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberimakan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang palingdisukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dansebagainya.

Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis inibahawa amalan yang paling baik dan yang palingdisukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalamwaktunya.

Jawapan Nabi SAW berbeza kerana:

Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya.Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan,keinginan dan kesesuaian bagi mereka.

Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalanberkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripadaamalan yang sama di masa yang lain.

Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik,kerana ia adalah jalan kepada melaksanakanamalan-amalan lain. Ia juga membolehkanpelaksanaan amalan-amalan tersebut.

Kenapa terdapat perbezaan amalanyang disukai oleh Allah SWT dalambeberapa hadis Nabi SAW?

Page 11: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solatlebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, padaketika berkongsi kesusahan dengan orang yangterdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat.

Atau sebab lain adalah, kerana perkataan afdhalbukanlah dimaksudkan sebagai amalan yang terbaik,tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antaraamalan-amalan terbaik.

Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialahamalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan olehanggota badan seperti solat, zakat, haji dansebagainya).

Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yangdiriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, “Amalanmanakah yang paling baik?” Lalu Baginda SAWmenjawab: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan apa?”Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalanmanakah pula?” Baginda SAW menjawab, “Haji yangmabrur.”

(Riwayat Bukhari)

Page 12: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranantarbawi seperti berikut:

1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solatfardu Subuh.

2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada keduaibubapa.

3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala danmelakukan persediaan mental, pemikiran danfizikal untuk tujuan murni ini.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

Page 13: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

BAB 2: “LARANGAN BERJIHAD TANPA

IZIN IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin duaibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad.

3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapatkeizinan dua ibubapa sebelum menyertainya.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 14: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Teks Hadis

هما، قال :عن عبد اهللا بن عمرو بن العاص رضي اهللا عنـDaripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

أجاهد؟: قال رجل للنبى صلى الله عليه وسلم Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya,

“Bolehkah aku pergi berjihad?”

.نـعم : ألك أبـوان؟ قال : قال Baginda SAW bertanya kembali, “Adakah kamu masih

mempunyai kedua ibubapa?” Dia menjawab, “Ya.”

.ففيهما فجهد : قال Lalu Baginda SAW bersabda, “Oleh itu, berjihadlah pada

mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamudalam berkhidmat dan meredhakan mereka).”

رواه البخاري ومسلم

Riwayat Bukhari dan Muslim.

14Tarbiyah Made Easy!!

Page 15: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma,anak-beranak ini merupakan dua orang sahabatRasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad?

Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin ‘Amrubin al-‘Ash RA berkata, “Seorang lelaki telah datangkepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAWuntuk berjihad.”

Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapatmengatakan beliau adalah Jahimah bin al-‘Abbas as-Salami radhiallahu ‘anhu.

2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua?

Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembalikepada lelaki itu, “Adakah kedua ibubapa kamumasih hidup?”

Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanyamasih hidup.

15Tarbiyah Made Easy!!

Page 16: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja

Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyaikedua ibubapa, maka berusahalah denganbersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuatbaik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnyaperbuatan itu menyamai kelebihan berperangmenentang musuh.

Hadis ini menunjukkan perkara yang sama sepertihadis daripada Abu Said radhiallahu ‘anhu katanya:

Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman keMadinah, dan meminta izin untuk berjihad). LaluNabi SAW bertanya kepadanya, “Adakah ibubapakamu masih ada di Yaman?” Dia menjawab, “Ya.”

Baginda SAW bertanya lagi, “Adakah mereka telahmengizinkan kamu (untuk berjihad)?” Diamenjawab, “Belum.”

Baginda SAW bersabda, “Pulanglah, lalu minta izinkepada mereka. Jika mereka mengizinkan,berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepadamereka (dan jangan keluar berjihad).”

(Riwayat Ahmad)

16Tarbiyah Made Easy!!

Page 17: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkinterbunuh atau tercedera akan menyusahkan keduaibubapanya.

Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa:

Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakanberbanding jihad.

Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkandengan izin ibubapanya.

17Tarbiyah Made Easy!!

Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkankeizinan kedua ibubapa lelaki itu untukberjihad?

Page 18: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihadyang hukumnya Fardu Kifayah.

2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untukmenyertai jihad yang hukumnya Fardu ‘Ain.

3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengancara yang baik, sekalipun mereka berada dalammaksiat atau kufur.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

18Tarbiyah Made Easy!!

Page 19: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

BAB 3: “LARANGAN MELAKNAT KEDUA

IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalamhadis ini.

3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalanyang boleh membawa kepada dosa besar.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 20: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Teks Hadis

هما، قال :عن عبد اهللا بن عمرو بن العاص رضي اهللا عنـDaripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

:قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم Rasulullah SAW bersabda:

إن من أكبر الكبائر أن يـلعن الرجل والديه “Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah

seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”

يا رسول الله وكيف يـلعن الرجل والديه؟ : قيل Lantas seseorang bertanya,

“Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu bolehmelaknat ibubapanya sendiri?”

.يسب الرجل أبا الرجل فـيسب أباه ويسب أمه : قال

Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapaorang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki

ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.”

رواه البخاري ومسلم وأبـو داود والتـرمذي Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi

20Tarbiyah Made Easy!!

Page 21: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma,anak-beranak ini merupakan dua orang sahabatRasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnyaantara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itumelaknat ibubapanya sendiri.”

Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itumempunyai tahap-tahap yang berbeza dansabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Inimerupakan pandangan majoriti para ulama.

Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakanantara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besardosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satubentuk penderhakaan.

Ia juga merupakan perbuatan buruk dalammembalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satutindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hakmereka berdua.

21Tarbiyah Made Easy!!

Page 22: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya?

Lantas seseorang bertanya, “Ya Rasulullah,bagaimanakah seseorang itu boleh melaknatibubapanya sendiri?”

Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidakmunasabah bahawa seseorang anak akan melakukanperbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Inikerana sifat semulajadi manusia yang normalenggan melakukannya.

Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkanbahawa biasanya si anak itulah yang menjadi puncakepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun diatidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri.

3. Memaki Ibubapa Orang Lain

Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memakibapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya.Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pulamemaki ibunya.”

Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi puncakepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahajamerupakan antara sebesar-besar dosa besar, makamelaknat dan memaki mereka sendiri secara jelasadalah lebih berat.

22Tarbiyah Made Easy!!

Page 23: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Dalam Fathu al-Bari, al-Hafiz Ibnu Hajr menyebutbahawa Ibnu Batthol berkata;

“Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedahSaddu az-Zara’I (iaitu menghalang jalan atau puncayang boleh membawa kepada perkara haram).”

Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatuperkara yang haram, adalah haram dilakukan,sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukanperkara haram.

Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT:

¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ے ~ { |§ ¨

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yangmereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamumencercanya), mereka akan mencerca Allah secaramelampui batas tanpa sebarang pengetahuan…”

(Al-An’am 6: 108)

23Tarbiyah Made Easy!!

Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikaedah hadis ini dalam hukum-hakamagama?

Page 24: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjualpakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akanmemakainya. Begitu juga haram menjual jus angguratau lainnya kepada orang yang diyakini akanmenggunakannya untuk membuat arak.

Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammadbin Abi Hamzah berkata:

Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hakkedua ibubapa.

Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orangitu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidakmembalas, tetapi biasanya dia akan membalasseumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Pelajar boleh meminta penjelasan gurunyamengenai kata-kata yang tidak jelas baginya,seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut.

Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar.

Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya(anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal,sekalipun cabang itu mengatasi asalnya denganbeberapa sifat.

Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripadasebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebihhebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidakdimiliki oleh ibubapanya.

24Tarbiyah Made Easy!!

Page 25: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../uploads/ebooks/kitab_al_adab_3_bab_pertama.pdf“Berjihad di jalan Allah.” . ... Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 / . >=< ;:9 876 “Dan

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Hendaklah kita menutup segala punca yang bolehmembawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa,sekalipun kita tidak berniat begitu.

2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal,fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya.Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memakiibubapanya sendiri.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

25Tarbiyah Made Easy!!