ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

25
atmc enterprise ©

Upload: wmmuzaffar

Post on 27-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

atmc enterprise ©

Page 2: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

2

ATMC ENTERPRISE

Ebook yang diterbitkan khas oleh ATMC ENTERPRISE

Ebook ini merupakan satu medium bagi pihak kami berkongsi ilmu pengetahuan dan memberi inspirasi kepada orang ramai

Pesan kami, jangan malu untuk menuntut ilmu kerana pelaburan yang paling untung adalah pelaburan ilmu.

“Buang ego buat duit, buat ego buang duit”

Page 3: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

3

ATMC ENTERPRISE EBOOK

Edisi Pertama, Feb 2015

ATMC ENTERPRISE © 2015

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak ATMC ENTERPRISE ®

Penulis :

Aidi Safaruddin

Penerbit :

002365643-D

ATMC ENTERPRISE

Kuala Lumpur

Page 4: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

4

Teknik Mudah

Menulis Ayat

Jualan Ketahui teknik mudah untuk mencairkan hati pembaca

ayat jualan anda.

Page 5: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

5

Kandungan. M/S

Apa itu pengiklanan

Fokus pada pelanggan, bukan pada anda.

Utamakan kelebihan produk bukan ciri-ciri

Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya

Tunjukkan bukti yang cukup serta bina kepercayaan.

Penggunaan USP.

Tulis surat jualan yang mudah di baca.

Gunakan struktur AIDA dalam surat jualan anda.

Strategi terhad

Penutup

Page 6: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

6

PENDAHULUAN

PEND

Apa itu pengiklanan?

Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh diibaratkan seperti

menari dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh diibaratkan seperti

memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.

Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.

Pengiklanan bermaksud menjual.

Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda

beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut.

Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual

kepada pembaca surat khabar tersebut.

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu

tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita

ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu ditulis.

PENDAHULUAN

Page 7: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

7

Jadi, matlamat kita dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang

benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak

ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik

B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala

yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun,

jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A

dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau

mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-

mata.

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D

untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu

tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia

berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa

untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang

benar-benar berkesan, saya rasa itu hanya akan membazirkan masa anda.

Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik

promosi yang telah terbukti berjaya. Di sini, ada 8 teknik yang kita boleh

gunakan untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Page 8: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

8

Teknik Pertama: Fokus pada pelanggan, bukan

pada perniagaan anda.

Anda tahu, saya rasa sungguh rimas jika ada seseorang datang kepada saya

untuk menjual sesuatu dan ayat pertama yang keluar dari mulutnya adalah

maklumat mengenai syarikatnya.

Assamualaikum encik, saya datang dari syarikat ABC dan boleh saya tahu

nama encik? Syarikat saya sudah enam tahun beroperasi.

Anda tahu tak? Saya rasa menyampah jika disapa sebegitu kerana saya tidak

ada banyak masa. Saya rasa lebih baik untuk jurujual tersebut memulakan

perbualan dengan menerangkan secara telus mengenai produk yang ingin di

jual. Orang putih kata, Straight to the point.

Page 9: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

9

Assalammualakum encik, Nama saya Auzan dan saya ingin memperkenalkan

produk terbaru dari syarikat saya iaitu Vakum mudah alih.

Kan lebih senang, jika saya berminat, saya akan terus mendengar, jika tidak,

saya akan kata

Maaf, saya tidak berminat.

Situasi di atas sama sahaja ketika anda ingin menulis ayat jualan, ayat jualan

haruslah memberi fokus pada pelanggan. Ketika seorang pelanggan

membaca flyers atau pengiklanan anda, mereka akan tertanya di dalam hati,

‘Apa faedahnya produk ini pada aku?’. Soalan ini anda perlu jawab dengan

pantas.

Oleh itu, anda boleh lihat ayat jualan produk digital di internet, headlines

mereka akan menerangkan dengan tepat dan menarik apa yang produk

mereka lakukan. Contohnya,

Ketahui dengan jelas bagaimana saya menjana pendapatan 100 USD sehari

dengan hanya duduk di hadapan komputer 20 minit sehari.

Apabila seseorang membaca ayat di atas, mindanya mula ligat untuk berfikir

dan mungkin dia akan membeli produk tersebut. Namun, selepas anda

menulis ayat headlines yang menggiurkan seperti di atas, pada rangkap

pertama surat jualan terus anda memperkenal diri anda.

Page 10: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

10

Anda perlu ingat, ayat jualan haruslah fokus pada pelanggan atau pembeli

bukan fokus pada anda.

Untuk bahasa Inggeris, penggunaan perkataan you mungkin nampak sesuai

untuk merapatkan antara anda dan pelanggan anda. Bagi bahasa Malaysia,

anda tidak boleh guna perkataan engkau atau awak sebagai alat komunikasi

kerana walaupun ia bersifat peribadi, ia tidak nampak seperti professional.

Untuk bahasa Malaysia, adalah lebih baik untuk gunakan perkataan anda

sebagai alat komunikasi.

Apabila anda menulis ayat jualan, pastikan anda sentiasa memikirkan apa

yang pelanggan mahu dengar bukannya apa yang anda mahu pelanggan

anda dengar dan baca. Fokus pada pelanggan dan berikan mereka

keselesaan.

Page 11: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

11

Teknik kedua : Utamakan kelebihan produk bukan

ciri-ciri.

Teknik kedua dalam menulis ayat jualan adalah menulis secara menyeluruh

kelebihan-kelebihan produk anda. Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan

sebagainya haruslah dihuraikan pada bahagian akhir surat jualan atau dalam

bahagian soal jawab mengenai produk anda.

Ketika menulis surat jualan, anda perlu utamakan kelebihan produk yang

anda jual. Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada

produk anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.

Sepanjang surat jualan, ceritakan dengan nada yang sangat poyo mengenai

produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda semuanya

perlu dimasukkan walau sekecil mana kelebihan itu.

Page 12: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

12

Teknik Ketiga : Mainkan emosi si pembaca

sepenuhnya.

Teknik ketiga adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si

pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda

tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh

membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.

Jangan lakukan perkara di bawah :

Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad

ini.

Page 13: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

13

Lakukan perkara di bawah:

Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan

canggih.

Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan

lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu

apa faedah produk ini kepada mereka.

Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan

sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh

gunakan ayat di bawah.

Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda

dengan badan baru yang anda miliki.

Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli

tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan

kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.

Page 14: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

14

Teknik Keempat : Tunjukkan bukti yang kukuh

serta bina kepercayaan.

Pada teknik pertama, saya menyatakan adalah tidak bagus untuk anda

menceritakan mengenai anda tetapi lebihkan fokus pada pelanggan anda.

Namun, ia adalah terhad kepada perkara yang tidak perlu. Untuk menarik

pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti dan bina

kepercayaan dari si pembeli.

Page 15: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

15

Antara teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk anda

adalah seperti di bawah:

1. Sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan terdahulu dan sentiasa

meminta mereka memberi pendapat mengenai produk anda. Selepas

itu, anda boleh masukkan pendapat mereka di dalam surat jualan anda.

2. Sentiasa ada testimoni untuk produk anda. Berikan contact para

testimoni untuk memberi gambaran kepada pembaca iklan anda

bahawa testimoni tersebut adalah betul dan bukannya di buat-buat.

3. Pastikan setiap testimoni ada gambar masing-masing.

4. Tunjukkan bukti bahawa anda adalah pakar dalam bidang produk yang

anda jual.

5. Dapatkan testimoni dari seorang pakar dari pihak lain tetapi berada

dalam bidang yang sama. Contohnya, jika anda menjual ubat kuruskan

badan, dapatkan pandangan atau testimoni dari seoarang pakar

makanan.

6. Masukkan bilangan orang yang membeli. Contohnya, produk ini sudah

terjual sebanyak 300 unit dalam masa 2 hari. Ayat seperti ini akan

menyebabkan si pembaca untuk berfikir, tidak mungkin 300 orang yang

membeli sebelum ini adalah bodoh, sudah tentu produk ini berkesan.

7. Berikan jaminan bahawa jika produk yang anda jual tidak berkesan,

anda akan pulangkan wang mereka. Untuk menerbitkan lagi rasa yakin,

nyatakan anda sanggup untuk mengembalikan wang mereka dua kali

ganda dari harga asal.

8. Masukkan seorang selebriti di dalam ayat jualan anda. Katakan anda

menjual produk komputer, masukkan testimoni seorang selebriti sama

ada atlit, ketua kampung, ahli politik, artis atau sesiapa sahaja yang

terkenal.

Page 16: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

16

9. Dapatkan kata-kata dari seorang yang berjaya. Contohnya, anda

menjual produk perniagaan internet, masukkan kata-kata irfan khairi

mengenai perniagaan internet di dalam ayat jualan. Jika anda menjual

produk kuruskan badan, dapatkan kata-kata dari pemenang big loser

dan masukkan ke dalam ayat jualan anda. Mengambil kata-kata dari

orang yang berjaya akan menerbitkan perasaan kesal di dalam hati

pelanggan jika mereka tidak membeli produk dari anda.

Selain perkara di atas masukkan juga data mengenai produk anda. Jika anda

mengikut apa yang di sarankan di atas, pelanggan akan menganggap produk

anda adalah segala-segalanya atau ia juga boleh menyebabkan mereka

berfikir produk anda terlalu baik untuk dipercayai.

Untuk itu, anda perlu masukkan secara jelas apa yang produk anda mampu

sumbangkan. Apabila mereka membeli nanti, mereka akan rasa puas kerana

mereka sudah tahu apa yang mereka beli.

Page 17: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

17

Teknik Kelima : Penggunaan USP

Guna sepenuhnya USP dalam surat jualan anda. USP bermaksud Unique

Selling Point. Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan

mereka dengan menjadikan produk anda unik.

Cara untuk menjadikan produk anda unik:

Harga murah – Jadikan produk anda murah dari pesaing anda. Harga murah

tidak bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh

membuat pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi untuk di

beli. Contohnya jadi produk anda berkualiti dan tetapi di jual dengan harga

yang lebih kurang sama dengan pesaing anda yang menjual produk yang

kurang kualitinya.

Page 18: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

18

Kualiti produk yang terjamin – Produk yang berkualiti seperti berkesan,

tahan lama dan mudah untuk di gunakan memang sentiasa menjadi rebutan

pelanggan. Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa

produk anda adalah terbaik dari segi kualiti. Masukkan data-data kajian anda

dan kelulusan dari pihak berwajib.

Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang – jika anda menjual secara talian,

tawarkan penghantaran percuma ke hadapan rumah. Jika produk yang anda

jual rosak, tawarkan produk baru untuk mereka. Perkhidmatan selepas jualan

memang jarang di tawarkan secara serius oleh mana-mana perniagaan. Jadi,

anda boleh jadikan ini sebagai senjata untuk menjadikan produk yang anda

jual adalah unik. Masukkan ia di dalam surat jualan anda.

Eksklusif – tunjukkan di dalam surat jualan bahawa produk yang anda jual

adalah sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih

sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.

Page 19: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

19

Teknik keenam : Tulis surat jualan yang mudah

untuk di baca.

Gunakan font dan warna yang sesuai untuk memastikan surat jualan yang

anda tulis akan di baca oleh pelanggan anda. Tulisan headline haruslah lebih

besar dari biasa kerana pembaca akan membaca headline anda 5 kali lebih

banyak dari surat jualan anda. Untuk itu, mudahkan pembaca untuk membaca

ayat headlines.

Gunakan bullets untuk huraikan kelebihan-kelebihan produk yang anda jual.

Gunakan juga grafik yang cantik dan sesuai untuk mencantikkan surat jualan

anda. Letakkan harga dengan jelas kerana selepas mereka membaca

headlines, mereka akan mahu tahu berapa harga produk yang anda jual.

Selepas itu, mereka akan mula mencari kelebihan-kelebihan produk yang

anda jual.

Anda perlu susun surat jualan anda dengan cantik dan tersusun supaya apa

yang anda mahu sampaikan akan sampai kepada si pemabaca untuk

pelanggan.

Page 20: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

20

Teknik ketujuh : Gunakan struktur AIDA dalam

surat jualan anda.

AIDA adalah terdiri daripada:

Attention- Perhatian

Interest- Minat

Desire - Keinginan

Action – Tindakan.

Page 21: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

21

Untuk memaksimakan keuntungan anda melalui pengiklanan yang melibatkan

ayat jualan. Anda perlu ikut susunan teknik ayat jualan yang sudah terbukti

keberkesanannya iaitu teknik AIDA.

Pada permulaan ayat jualan, anda perlu dapatkan perhatian si pembaca untuk

terus membaca. Kemudian tanamkan minat untuk si pembaca untuk terus

membaca apa yang anda tulis dan apa yang anda promosikan.

Selepas itu, ayat jualan haruslah memainkan emosi si pembaca seperti yang

saya nyatakan dalam teknik kedua untuk menimbulkan keinginan membeli

produk yang anda jual. Ketika ini, anda seharusnya memainkan perasaan si

pembaca pada tahap maksimum. Jadikan mereka faham bahawa hidup ini

terlalu singkat untuk mereka tidak memiliki produk yang anda jual.

Pada bahagian akhir, tumpukan perhatian untuk menulis ayat jualan yang

mampu membuat si pembaca untuk melakukan tindakan sama ada membeli,

telefon anda atau apa sahaja tindakan yang anda cadangkan.

Page 22: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

22

Teknik Kelapan: Strategi terhad.

Senjata paling utama untuk memaksa pelanggan atau si pembaca melakukan

tindakan adalah dengan memanipulasikan strategi terhad. Ada beberapa

perkara yang boleh anda terhadkan. Perkara tersebut adalah

1. Hadkan bilangan produk

Masukkan di dalam ayat jualan anda bahawa produk yang di jual

adalah terhad dan mungkin akan habis pada bila-bila masa. Berikan

mereka satu perasaan istimewa jika mereka memiliki produk yang anda

jual itu kerana ia bersifat terhad.

Page 23: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

23

2. Hadkan masa

Hadkan sesuatu harga pada masa tertentu atau hadkan pengeluaran

produk pada masa tertentu. Reka satu alasan yang munasabah untuk

anda hadkan masa anda.

3. Had untuk tawaran terhad.

Berikan satu tawaran untuk si pembaca membeli produk dari anda

tetapi ia adalah terhad. Katakan anda menjual ebook mengenai affiliate.

Untuk merancakkan jualan anda boleh emel kepada pakar affiliate yang

lain untuk memberi satu ebook untuk di jadikan bonus terhad. Tawarkan

mereka untuk mengiklankan ebook mereka di bahagian bonus dan

semua pembeli produk anda perlu opt-in di website pakar affiliate

tersebut untuk menerima ebook. Tawaran dari pakar affiliate yang lain

boleh meningkatkan jualan untuk produk anda. Jika anda menjual

kereta, mungkin anda boleh tawarkan tayar percuma secara terhad.

Page 24: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

24

Page 25: ebook teknik mudah ayat jualan.pdf

Teknik Mudah Ayat Jualan

25

PENUTUP

Ayat jualan yang menarik tidak boleh ditiru tetapi ia perlu di buat. Jika anda

tanya kepada copywriter terhebat di seluruh dunia, tiada satu pun yang tahu

bagaimana hendak menulis ayat yang tepat. Mereka hanya mencuba,

mencuba dan mencuba.

Namun, ada persamaan di antara ayat jualan iaitu ia ditulis berdasarkan

sesuatu. 8 teknik yang ditekankan di dalam ebook ini adalah nadi untuk

menghasilkan ayat jualan yang mantap dan hebat. Saya harap anda pelajari

sesuatu darinya.

Akhir kata, terima kasih kerana telah membaca keseluruhan ebook ini. Maka,

besarlah harapan saya agar segala ilmu yang dikongsikan dapat difahami

dengan sebaiknya dan memberikan manfaat yang besar kepada anda.

Tahniah juga kepada para pembaca ebook ini kerana anda telah mengambil

satu langkah ke hadapan dalam usaha anda meningkatkan pelaburan ilmu

anda.

Semoga segala informasi dan ilmu yang disampaikan memberikan anda satu

semangat baru untuk berjuang menjadi usahawan hebat dan capai impian

anda.

-TAMAT-