ebook menulis novel 30 hari

22

Click here to load reader

Upload: educattic-mind

Post on 24-May-2015

1.720 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook menulis novel 30 hari

Hak Cipta Terpelihara © www.EducatticMind.com

Page 2: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 2

Bagaimana Menulis

Sebuah Novel Dalam

Masa 30 Hari

Bagi Penulis Sambilan Mahupun Sepenuh Masa!

Oleh:

ZAHIRUDDIN ZABIDI

www.kalamkhalifah.com

Page 3: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 3

Educattic Mind Resources (002000549-W),

31-4-2, Jalan 3/50,

Diamond Square Business Center,

Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

+603-40234641

E-mel: [email protected]

Web: www.educatticmind.com

Facebook: http://facebook.com/EducatticMind

Hakcipta © Zahiruddin Zabidi 2011

Edisi Pertama 2011

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku

ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,

rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Educattic Mind Resources.

Editor: Mohd Zulfadli ([email protected]), Cik Mal ([email protected])

Grafik: Nurulhayati (Minisitelicious)

Muka Taip Teks: Arial

Saiz Taip Teks: 11/20

Diterbit dan diedarkan oleh: Educattic Mind Resources

Page 4: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 4

Dedikasi kepada:

Allah, Tuhanku.

Nabi Muhammad, nabiku.

Umi dan Abi, kedua orang tuaku.

Umi Mawar dan Wardah Humairah, isteri dan anak gadisku.

Emak dan Ayah, kedua mertuaku.

Adik-adik kandung dan iparku.

Seluruh ahli keluargaku.

Seluruh muslimin dan muslimat pencinta kebenaran.

Khususnya para pembaca yang bijaksana.

Tanpa kalian semua,

Zahiruddin Zabidi bukanlah apa-apa dan siapa-siapa sampai bila-bila.

Terima kasih atas segala-segalanya.

Allahumma jam'ana haza jam'an marhuma watafarruqa mim ba'dihi tafarruqan

ma'suma, rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanatan wakin

'azabannar.

Amin ya Rabbal alamin.

Page 5: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 5

Isi Kandungan

KATA PENGANTAR

BAB 1 PENGENALAN DAN PEMILIHAN

• Pengenalan 12

• Tema 14

• Latar 14

• Watak 15

• Perwatakan 15

• Plot 16

• Sudut pandang 17

Kenali Jenis-Jenis Novel 18

• Novel Popular 18

• Novel Remaja 19

• Novel Sejarah 19

• Novel Islam 19

• Novel Politik 20

• Novel Sains Fiksyen/Fantasi 21

• Novel @ Buku cerita kanak-kanak 21

Bagaimana Saya Bermula? 22

Mengorak Langkah 27

Page 6: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 6

Mengapa Saya Menulis Novel 28

• Buya Hamka 28

• Puan Ainon Mohd dan PTS 31

• 10 Penulis Terkaya Dunia 33

Memahami Diri Sendiri 34

• Analisis SWOT 37

Memahami Syarikat Penerbitan 40

Memahami Keperluan Pembaca 43

Tetapkan Pilihan 46

BAB 2 PERANCANGAN DAN

PELAKSANAAN

Perkongsian pengalaman penulis 49

Pemetaan karya 51

Contoh pemetaan karya 54

Bermula 64

Page 7: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 7

30 hari pasti siap 66

KJ Method 69

• Proses novel Rabiatul Adawiyah 69

• Proses Nian Hati Salsabila 71

BAB 3 TIP-TIP PENTING

Kita Pasti Boleh 74

RUJUKAN

Page 8: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 8

Pengantar

Assalamualaikum warahmatullah,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Selawat

dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ahli keluarga

dan seluruh sahabat Baginda serta tabiin dan tabi tabiin selepas zaman

Baginda.

Alhamdulillah, ini adalah naskhah ebook pertama dan saya mengambil

keputusan bagi menerbitkannya bersama Educattic Mind selepas

beberapa perkiraan. Educattic Mind saya gambarkan sebagai PTS di alam

maya dari sudut falsafah dan prinsip dan saya yakin mereka akan

menjadi gergasi dunia penerbitan ebook sebagaimana PTS menjadi

gergasi penerbitan buku fizikal dalam masa 10 tahun sahaja.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulfadli dan Cik Mal selaku editor dan

pengasas kepada penerbitan digital dunia baru ini. Sementelah mereka

juga adalah rakan seguru saya yang sama-sama mengambil manfaat

daripada puan guru kami iaitu Puan Ainon Mohd, pengerusi kumpulan

syarikat PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang

guru sekaligus mentor kepada saya dalam dunia penulis, mereka adalah

Puan Ainon Mohd sendiri dan Dr Haji Faisal Tehrani. Jujurnya kebanyakan

isi dalam buku ini adalah tumpahan perkongsian ilmu daripada dua tokoh

yang hebat ini. Saya sekadar memasukkan garapan pengalaman sebagai

penulis kemudiannya.

Ebook ini adalah rakaman pengalaman saya sebagai seorang murid,

penulis dan editor. Walaupun hanya berumur kurang dua tahun dalam

dunia penulisan, saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh para penulis

dan tokoh hebat, ini menyebabkan sedikit sebanyak saya juga menerima

tempias mereka.

Page 9: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 9

Benarlah sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah melalui tamsilan

berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Dan dunia

penulisan fizikal mahupun digital punya kelebihannya masing-masing.

Ini adalah percubaan pertama saya dan perkongsian ini diharap dapat

memberi serta mencetuskan rasa mahu yang membara kepada khalayak

pembaca agar dapat menjadi seorang novelis yang membawa kalimah

tauhid dan kalimah haq. Yang pastinya dunia dakwah penulisan kreatif

ini amat luas dan besar pengaruhnya kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, saya sedang membangunkan modul bagi bengkel

penulisan kreatif khususnya novel sambil direntaskan dengan kaedah

dakwah. Harapan saya, di sana akan lahir lebih ramai Syed Abul Hasan

Ali An-Nadwi, Syed Qutb, Syeikh Najib Khailani. Begitu juga menjadi

pelapis kepada sasterawan agama Nusantara seperti Hamka, Tok Kenali,

Syeikh Daud al-Fathani, Jalaluddin ar-Rumi, Nuruddin ar-Raniri, Syed

Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

Penulis senior pada hari ini juga sudah perlu ada pelapisnya, antara yang

menonjol sifat agama dalam karya mereka adalah Cikgu Abu Hasan

Morad dan Pak Nora. Kemudian pada generasi baru kita ada Dr Haji

Faisal Tehrani, Ustaz Zaid Akhtar, Ustaz Azman al-Kurauwi, Ustaz A.

Ubaidillah Alias, Ustaz Kyusri Amyza, Puan Nisah Haron, Cikpuan Salina

Ibrahim dan ramai lagi.

Harapan saya, ebook ini menjadi pencetus kepada semangat penulis

muda bagi terus giat menulis agar nanti korpus penulisan kreatif tanah

air tidak lelap dan gersang daripada karya-karya yang tinggi mutu dan

nilai perbahasan agama sekali gus menjadi panduan dan ikutan penulis-

penulis yang akan datang.

Page 10: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 10

Sekian, terima kasih. Selamat membaca dan menulis.

Yang benar,

ZAHIRUDDIN ZABIDI

www.kalamkhalifah.com

[email protected]

013-9698869

Page 11: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 11

BAB 1

PENGENALAN

DAN PEMILIHAN

Page 12: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 12

Kamus Dewan edisi-4 mentakrifkan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa,

biasanya panjang dan kompleks, berkaitan dengan pengalaman manusia dan

kelakuan sosial.

Dalam dapatan wikipedia edisi bahasa Melayu

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Novel), novel ditakrifkan sebagai cerita kesusasteraan

yang ditulis seseorang penulis. Novel diterjemahkan sebagai cerita panjang atau

'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang mudah dikenali. Plotnya berdasarkan

permulaan, konflik dan peleraian. Novel biasanya mengisahkan seseorang watak

dan watak sampingan dalam bentuk yang panjang. Tebal dan panjang novel ini amat

diambil kira. Cerita pendek akan dipanggil 'cerpen'.

Dalam wikipedia edisi bahasa Indonesia pula yang beralamat di

http://id.wikipedia.org/wiki/Novel, novel adalah sebuah karya fiksi prosa yang tertulis

dan naratif; biasanya dalam bentuk cerita. Penulis novel disebut novelis. Kata novel

berasal daripada bahasa Italia novella yang berarti "sebuah kisah, sepotong berita".

Novel lebih panjang (setidaknya 40,000 patah kata) dan lebih kompleks

daripada cerpen, dan tidak dibatasi keterbatasan struktural dan metrikal sandiwara

atau sajak. Umumnya sebuah novel bercerita tentang tokoh-tokoh dan kelakuan

mereka dalam kehidupan sehari-hari, dengan menitik beratkan pada sisi-sisi yang

aneh dari naratif tersebut.

Novel dalam bahasa Indonesia dibedakan daripada roman. Sebuah roman

alur ceritanya lebih kompleks dan jumlah pemeran atau tokoh cerita juga lebih

banyak.

Merujuk kepada definisi di atas kita boleh faham bahawa novel adalah

sebuah cerita dikarang panjang.

Ramai penulis bermula dengan menulis cerpen sebelum menulis novel,

dalam masa sama ramai juga penulis cerpen tidak pernah dapat menyelesaikan

novel pertama mereka. Menjadi kebiasaan penulis novel tidak menghadapi masalah

besar apabila mahu menulis sebuah cerpen.

Page 13: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 13

Dalam konteks Malaysia, cerita pendek yang menjadi skema kepada

penulisan adalah sebanyak tujuh hingga sepuluh muka surat dengan langkau dua

baris. Manakala bagi sebuah novel kebiasaan adalah 200 muka surat dan ke atas

mengikut jenis, keadaan dan kehendak penerbit.

Teori dan praktis penulisan novel dan cerpen sama sahaja. Yang

membezakan adalah panjang dan pendek jumlah patah perkataan sekaligus helaian

kertas yang digunakan. Jadi, bagi seseorang individu yang mahu menjadi penulis

yang prolifik, mereka wajar menguasai kedua-dua jenis genre penulisan ini.

Secara asasnya sebuah novel perlu mempunyai beberapa elemen dan

bentuk yang seakan sudah ditetapkan sekalipun ia sebenarnya adalah teori janaan

daripada barat berdasarkan sebuah buku yang dikarang oleh ahli falsafah terkenal

iaitu Aristotle. Pengkajian terhadap naskhah tulisan Aristotle itu kemudiannya

menelurkan teori Puitika Aristotle yang menjadi indikator dan bahan ukur sesebuah

karya.

Mengenai bentuk, Islam tidak mempunyai masalah selagi mana ia tidak

melangkaui batas syarak dan akidah. Namun berkenaan dengan asas, isi cerita dan

matlamat penulisan, ia secara keras perlu tidak boleh membatasi al-Quran dan

hadis.

Kebiasaan dalam sebuah novel perlu ada:

� Tema

� Latar

� Watak

� Perwatakan

� Plot

� Sudut pandang

Page 14: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 14

Tema

Tema adalah asas ataupun tujuan cerita. Banyak tema boleh diambil, sebagaimana

tema cinta sentiasa menjadi nombor satu sebagai pilihan penulis.

Selain daripada tema cinta Uda dan Dara ataupun Romeo dan Juliet, tema-

tema suci seperti tema kasih sayang kekeluargaan, hubungan anak dan ayah, adik-

beradik, kasih sayang antara suami dan isteri adalah lebih menarik dan dekat

dengan pembaca.

Sebagaimana contoh novel fenomena Lasykar Pelangi karangan Andrea

Hirata yang membawakan tema kesungguhan, ketekalan dan perjuangan dalam

pendidikan begitu memberi kesan kepada bukan sahaja rakyat dan kerajaan

Indonesia, malah dunia juga mengiktiraf ia sebagai karya hebat.

Sebagai permulaan pilih tema yang biasa dan dekat dengan kita. Tema cinta

pun tidak mengapa namun biarlah cinta diredhai Allah dan bukan cinta nafsu di hati

semata. Tema kasih sayang dan kekeluargaan serta persahabatan juga amat

disyorkan.

Latar

Bagi menghidupkan suasana dalam cerita dan mampu menarik para pembaca

seolah-olah berada bersama dalam karya tersebut maka latarnya ditulis dan

digambarkan dengan begitu rinci. Inilah yang dipegang oleh penulis yang beraliran

realisme.

Namun di sana, ada satu pendapat di mana latar tidak perlu digambar dengan

begitu teliti kerana ia memberatkan dan melelahkan pembacaan dan penulisan

namun tidak memberikan sebarang makna kepada pembaca.

Latar wajar diceritakan dengan sederhana dan selebihnya kita serahkan

kepada pembaca bagi mengimaginasikan sendiri latar tersebut berdasarkan

Page 15: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 15

beberapa gambaran-gambaran ringkas yang diberikan oleh penulis. Cara ini akan

memudahkan penulis dan meringankan pembaca.

Watak

Watak adalah karakter penting dalam sesebuah cerita kerana mereka adalah paksi

kepada cerita. Makanya dari awal sebelum proses penulisan bermula, watak-watak

yang bakal berada dalam novel tersebut wajar terlebih dahulu dibayangkan dan

ditetapkan peranannya. Sama ada mereka itu antagonis ataupun protagonis.

Menjadi amalan penulis mapan menulis pada catatan khusus mengenai

watak dan perwatakan. Kemudian mereka merujuk kepada catatan tersebut agar

tidak berlaku sebarang percanggahan dalam penceritaan.

SN Arenawati dikatakan antara sasterawan yang paling tekal dalam menulis.

Apabila semua bahan sudah dikumpul beliau akan berkurung di satu tempat dan

akan menulis tanpa henti kecuali perlu. Pada dinding tempat beliau menulis, akan

ditampal penuh dengan kertas nota termasuk mengenai watak dan perwatakan

dalam novel tulisan beliau.

Dr Haji Faisal Tehrani juga melakukan perkara yang sama semasa menulis

novel Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu. Kedua novel itu disiapkan dalam

masa sebulan sahaja dengan mengurung diri dalam apartmentnya.

Perwatakan

Perwatakan merujuk kepada segala hal berkaitan watak seperti rupa paras, bentuk

fizikal tubuh badan, warna kulit termasuk juga sifat dan sikap watak. Malas, rajin,

tabah, penyabar, penyantun dan sebagainya. Pendek kata kelebihan dan

kekurangan watak yang membezakan dirinya dengan watak lain.

Page 16: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 16

Ia wajar direkodkan agar penulis tidak tertukar watak lantas menyebabkan

percanggahan dalam cerita yang bakal dikarang. Oleh itu, ia wajar ditulis secara

khusus dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Plot

Sebab dan akibat perlu ada kelogikan iaitu sesuatu peristiwa yang berlaku

punya sebab musabab jelas dan bukan tiba-tiba berlaku, menyebabkan pembaca

tertanya-tanya apakah sebab kejadian yang berlaku tersebut.

Plot juga boleh dikaitkan dengan dua elemen di bawah:

Konflik

Bagi menghidupkan suasana dalam cerita, konflik-konflik akan dicipta bagi

menimbulkan persoalan, mengapa dan kenapa, sebab dan akibat.

Konflik biasanya adalah ujian-ujian atau peristiwa yang menyebabkan dan

melibatkan watak-watak dalam cerita, seorang pengarang yang pandai bermain

dengan konflik akan berjaya menyebabkan pembaca berasa tidak bosan dan

sentiasa berasa ingin tahu apa yang berlaku selepas berlaku sesuatu konflik.

Dalam sesebuah novel tidak semestinya hanya perlu ada sebuah konflik, ia

mungkin terjadi banyak konflik dalam sesebuah cerita.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan karangan Sasterawa Negara (SN) Prof

Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah mengenai sekeluarga petani yang

tinggal di kampung Banggol Derdak, mereka hidup dalam keadaan serba

kekurangan namun gembira sehinggalah Lahuma, watak utama dalam novel

tersebut tersepak buluh yang tertinggal dalam sawah sehingga kakinya ditusuk

sembilu yang menyebabkan kakinya membengkak sehinggalah dia mati

membusung.

Page 17: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 17

Konflik tersebut mengakibatkan Lahuma akhirnya meninggal dunia. Ini

menimbulkan konflik seterusnya iaitu isteri kepada Lahuma dan ibu kepada anak-

anak itu menjadi gila dek kerana kematian Lahuma.

Peleraian

Peleraian adalah pengakhiran cerita yang menentukan bahawa mesej yang mahu

dibawa itu sampai atau tidak. Ia boleh menjadi pengakhiran yang gembira, juga

boleh jadi pengakhiran yang sedih.

Kadang-kadang ia dibiarkan tergantung dan terserah kepada penonton

membuat kesimpulan sendiri.

Sudut pandang

Ada tiga jenis sudut pandang dalam penghasilan novel iaitu:

• Sudut pandang pertama : Aku, saya, kita, kami, ambo, kawe....

• Sudut pandang kedua : Dikau, awak, kamu, dia....

• Sudut pandang ketiga : Penama (watak dalam karya)....

Nota: Kesemua elemen dalam di atas akan dibincangkan dalam bab Pemetaan

Karya.

Page 18: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 18

Kenali jenis-jenis novel

Sebelum memulakan sesuatu penulisan novel, kita terlebih dahulu perlu tahu dan

jelas apa yang mahu kita tulis. Benarlah kita mahu menulis novel, akan tetapi novel

juga mempunyai jenis-jenisnya yang tertentu sebagaimana yang dikelaskan oleh

para cendekiawan dan sarjana sastera.

• Novel popular

• Novel remaja

• Novel sejarah

• Novel Islam

• Novel satira

• Novel fantasi dan sains fiksyen

• Novel kembara/ travelog

Ini adalah senarai kasar jenis-jenis novel yang dinyatakan oleh para sarjana sastera

di Malaysia. Kita akan melihat secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan

novel-novel ini. Pengkelasan atau pelabelan ini dibuat bagi memudahkan para

sarjana dan pengkritik sastera menjalankan tanggungjawab mereka.

Novel popular

Ada juga yang memanggil kelompok novel ini sebagai novel picisan. Pada

pandangan penulis, jika kena dengan caranya ia tidak menjadi picisan. Picisan pada

pandangan penulis adalah apabila isi kandungan penceritaan mereka tidak patuh

syariat dan banyak babak-babak mungkar. Antara ciri sebuah novel picisan adalah:

• Moral mudah.

• Dipenuhi pandangan peribadi yang disangka sebagai falsafah.

• Disuntik dengan sedikit elemen psikologi.

• Trivia – pembebasan realiti dan bersifat khayalan.

Page 19: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 19

• Aspek struktural.

• Bertujuan memenuhi kehendak persekitaran.

• Kreativiti tersekat.

• Menganggap pembaca adalah pembeli semata-mata.

• Acuan yang sama/ klise.

• Terpisah daripada akar agama, budaya dan bangsa.

• Bersifat kontemporari/ hiburan semata-mata.

Novel Remaja

Terbahagi kepada dua kategori:

1. Remaja awal, bermula daripada usia 13 tahun hingga 17 tahun.

2. Remaja akhir, 17 hingga 25 tahun.

Novel Sejarah

1. Menulis kembali dengan menukar watak, peristiwa dan jalan cerita.

Menggunakan kaedah interteks.

2. Menulis semula berdasarkan butiran sejarah asli.

3. Kaedah berinteraksi dengan tokoh, temu bual, rakaman dan sebagainya.

Novel Islam

Definisi bagi novel Islam ini amat luas dan banyak pula (Mohon rujuk Shahnon

Ahmad - Teori Sastera Islam, Affandi Hasaan - Gagasan Persuratan Baru, Dr Shafie

Abu Bakar - Teori Takmilah). Namun secara ringkasnya novel Islam adalah sebuah

Page 20: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 20

novel sarat ilmu-ilmu Islam seperti akidah, fikah dan sebagainya sebagai tema, jalan

cerita dan membina watak-watak yang menjadi qudwah (contoh tauladan).

Begitu juga tiada plot-plot babak mungkar diceritakan dengan terperinci dan

tiada perkataan-perkataan lucah sekalipun mahu menggambarkan realisme sesuatu

peristiwa.

Antara novel yang kuat bercirikan perbincangan dan latar agama adalah

novel Imam karangan SN Datuk Abdullah Hussein.

Tidak semestinya sebuah novel yang dikatakan novel Islam itu perlu

mempunyai watak ustaz, ustazah, latar Mesir, Madinah, Jordan dan sebagainya. Itu

adalah kosmetik bagi mengindahkan novel Islam tersebut.

Selagi mana sesebuah karya itu tidak melangkaui batas ketetapan akidah dan

syariat, insya-Allah ia diterima sebagai novel Islam walaupun hanya memaparkan

cerita biasa dengan tema biasa serta jalan cerita biasa.

Novel Politik

Pemerhatian penulis mendapati apabila seseorang penulis menulis sebuah novel

politik mereka akan menulis novel satira mengenai politik tersebut.

Novel satira politik terbahagi kepada dua jenis iaitu:

• Satira Juvenalia - kasar

• Satira Horatia - sedikit lembut

(Nota: Novel “Shit” tulisan SN Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah

daripada jenis Satira Juvenalia dan ia merupakan novel paling laris dalam sejarah

dengan cetakan sebanyak 3 juta naskhah; tidak termasuk yang dicetak rompak).

Page 21: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 21

Novel Sains Fiksyen / Fantasi

Novel yang menggarapkan ceritera berkaitan logik dan teori sains, kadang-kadang

bersifat futuristik. Novel sebegini akan bertambah hebat apabila digabungkan

dengan elemen fantasi seperti “Star Wars” dan seumpanya.

Di Malaysia novel jenis ini masih kurang mendapat tempat di kalangan

pembaca khususnya remaja. Kebanyakan remaja lebih selesa dengan membaca

komik atau nomik.

Novel @ Buku cerita kanak-kanak

Buku ringkas, penuh ilustrasi berwarna-warni dengan tema mudah serta menjadikan

pengajaran baik sebagai tujuan penulisannya. Pasarannya luas namun tidak diberi

perhatian oleh para penulis dan penerbit.

Dewan Bahasa Pustaka (DBP) juga mengatup bahagian sastera kanak-kanak

dan remaja suatu masa dahulu. Akhir-akhir ini para penerbit seperti PTS, Galeri

Ilmu, Mustread dan Alaf 21 galak dan berlumba-lumba menerbitkan kembali buku

cerita atau novel kanak-kanak ini.

Ini membawa maksud peluang penulis-penulis di luar sana bagi menulis karya

kanak-kanak semakin luas.

Page 22: Ebook menulis novel 30 hari

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 22

Dapatkan versi penuh ebook ini.

Klik>> http://www.educatticmind.com/ebook-novel