ebisnes siri 1

77

Upload: halim-alwi

Post on 08-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e bisnes

TRANSCRIPT

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Jana RM10 Pertama

    Menerusi Internet!

    Membongkar Kaedah Terbukti Berkesan Untuk

    Menjana Pendapatan Secara Online!

    eBisnes Siri 1 - Perkhidmatan

    Terbitan Pertama:

    Nov 2012

    Ditulis Oleh:

    Amirol Zolkifli

    Diterbitkan Oleh:

    Profit Internet Solutions (NS0035799-X)

    Diedarkan oleh:

    eBisnes.com

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    PENTING!

    Sebelum anda bergerak jauh membaca

    kandungan ebook ini Pastikan anda

    telahpun mendaftar sebagai pengguna VIP

    Kelebihan menjadi pengguna VIP:

    Menerima kemaskini ebook ini secara PERCUMA.

    Menerima SIRI sambungan ebook ini secara PERCUMA.

    Menerima bonus @ hadiah secara PERCUMA.

    Menerima tips - tips tambahan dan terkini tentang kaedah

    buat duit di internet, juga secara PERCUMA .

    [ Klik Di Sini Untuk Pendaftaran VIP

    Pengguna Ebook Ini Secara PERCUMA! ]

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Ebook ini adalah merupakan produk PERCUMA

    Anda diberi kebenaran untuk menyebarkan dan mengedarkan produk ini kepada sesiapa

    sahaja dengan syarat:

    SYARAT & TERMA

    Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk mematuhi

    syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini diterbitkan oleh Amirol Zolkifli

    dibawah naungan syarikat Profit Internet Solutions (NS0035799-X) dan dilindungi

    dibawah Akta Hak Cipta 1987. Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju

    dan mengakui untuk mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini.

    Pengguna adalah dibenarkan untuk menyebar dan mengedarkan produk ini kepada

    sesiapa sahaja dengan syarat keadaan asal produk ini tidak diubahsuai.

    Pengguna TIDAK dibenarkan untuk menyalin ulang mana mana bahagian dalam

    produk ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan atau perbuatan

    mengubahsuai, menyalin, meniru dan mengambil mana mana maklumat atau bahagian

    di dalam produk ini tanpa kebenaran penerbit sama ada secara sengaja ataupun tidak

    sengaja akan menyebabkan hak pengguna akan terbatal serta merta. Tindakan saman juga

    boleh dikenakan kepada pengguna yang melanggar syarat dan terma penggunaan produk

    ini.

    Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam produk

    ini adalah dilindungi oleh hak cipta atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah

    mematuhi segala syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    PENAFIAN

    Pihak penerbit dan pengedar telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan informasi

    dan material yang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu produk ini dicipta

    namun tiada jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan dapat

    digunapakai selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut perubahan

    masa.

    Pihak penerbit dan pengedar tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat

    yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung atau

    tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informasi di dalam produk ini.

    Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna sama ada dari

    segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana ia adalah bergantung

    kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab

    sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan kandungan di dalam

    produk ini.

    Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam kegiatan

    khidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk

    kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan. Tujuan utama material

    yang disediakan adalah untuk perkongsian informasi dan hiburan semata - mata.

    Informasi yang dibekalkan tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak sama ada

    yang masih hidup mahupun yang telah mati.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Pendahuluan

    Celoteh Penulis

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca ebook (electronic-book) ini.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah mendapatkan ebook

    yang saya sediakan ini sama ada anda menerimanya atas saranan daripada rakan

    rakan anda, ataupun menjumpainya secara tidak sengaja sewaktu merayau

    rayau di internet.

    Saya percaya bahawa tujuan anda membaca ebook ini hanya satu sahaja,

    iaitu ingin mengetahui cara - cara, langkah langkah dan juga kaedah

    bagaimana untuk menjana pendapatan menerusi internet.

    Sebelum saya berceloteh dengan lebih panjang, izinkan saya memperkenalkan diri

    saya terlebih dahulu... (Saya pasti anda mungkin tertanya tanya, SIAPA kah

    gerangan penulis ebook ini? )

    Nama saya adalah Amirol Zolkifli. Saya telah menjalankan

    perniagaan menerusi internet sepenuh masa sejak tahun 2006.

    Pelbagai produk telah saya keluarkan sama ada untuk pasaran

    tempatan dan juga di pasaran antarabangsa.

    Antara produk - produk terbitan saya di pasaran tempatan

    (Malaysia) adalah

    seperti Sistem

    Affiliate Lite, Sistem

    Autoresponder,

    Panduan Minisite,

    Tutorial Pembinaan

    Laman Web

    Shopping Cart, Sistem Borang dan pelbagai lagi produk berasaskan tutorial,

    applikasi dan sistem web.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Saya juga mengusahakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan web

    hosting, pembangunan laman web dan turut melakukan pelbagai aktiviti

    pemasaran internet seperti mempromosikan produk - produk affiliate, menjual di

    platform laman web seperti Mudah.my, Fiverr.com, Amazon.com, menjadi

    pengedar produk orang lain dan sebagainya.

    (Antara notifikasi "jualan", "keuntungan" dan "komisyen" yang saya terima dari

    pelbagai aktiviti perniagaan internet)

    Anda boleh search nama saya menerusi Google.com untuk melihat rekod

    aktiviti saya sejak tahun 2006. Saya serahkan kepada "hasil carian" daripada enjin

    carian Google untuk anda menilai kredibiliti saya.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Untuk makluman anda, saya memulakan perniagaan menerusi internet bermula

    dengan asas IT yang KOSONG. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang

    IT dan langsung tiada sebarang pengalaman dalam melakukan sebarang urus

    niaga menerusi internet.

    Saya tamat pengajian dari IPTA dalam bidang kejuruteraan awam pada tahun

    2005 namun pada hari ini, saya merupakan seorang usahawan dan juga peniaga

    menerusi internet yang menyediakan, mencipta dan menghasilkan pelbagai

    produk berasaskan teknologi maklumat.

    Jadi saya percaya bahawa sekiranya anda mempunyai latar belakang yang sama

    seperti saya, iaitu tiada kemahiran dan pengalaman dalam bidang IT, jangan

    risau anda juga akan tetap mampu untuk menjalankan perniagaan menerusi

    internet sama seperti saya NAMUN dengan syarat, anda haruslah mempunyai

    minat, kesungguhan dan kesanggupan untuk mempelajari perkara perkara baru

    SETIAP hari.

    Sebelum saya mengakhiri celoteh saya ini, saya terlebih dahulu dahulu ingin

    memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penyampaian maklumat

    yang disediakan, sama ada dari segi bahasa, struktur ayat ataupun ejaan

    perkataan yang digunakan. Kandungan ebook ini tidak disemak oleh mana mana

    badan professional. Ebook ini ditulis secara terus mengikut ayat - ayat yang lahir

    dari minda saya

    Akhir kata, selamat membaca dan selamat mengaplikasikan apa yang saya

    kongsikan di dalam panduan ini!

    Ikhlas daripada,

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Pengenalan

    Asas Buat Duit Di Internet

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Ebook ini dihasilkan adalah bertujuan untuk berkongsikan kepada anda tentang

    beberapa idea model perniagaan yang boleh dilakukan di internet sama ada secara

    sambilan ataupun sepenuh masa.

    Misi utama terbitnya ebook ini pula adalah untuk membantu anda menghasilkan

    sekurang kurangnya RM10.00 yang pertama dari internet.

    Di dalam ebook ini, saya hanya akan berkongsikan tentang model perniagaan

    internet yang agak mudah untuk dilaksanakan sahaja. Fokus saya di dalam

    ebook ini adalah untuk memastikan anda mampu melaksanakan apa yang

    dikongsikan tanpa dihalang dengan keperluan tertentu seperti perlu menguasai

    kemahiran membina laman web ataupun menggunakan perisian / tools yang

    canggih yang sering digunakan oleh kebanyakan usahawan internet yang sudah

    pakar.

    Pendek kata, ebook ini amat sesuai untuk golongan pembaca yang baru sahaja

    ingin mengenal dunia perniagaan internet dan masih belum lagi berjaya menjana

    pendapatan menerusinya.

    Perlu diingat bahawa perniagaan yang boleh diusahakan menerusi internet

    merangkumi banyak jenis, bidang dan cabang. Apa yang saya kongsikan di dalam

    ebook eBisnes Siri 1 ini adalah sebahagian kecil sahaja bentuk perniagaan yang

    boleh anda laksanakan dengan segera.

    Selepas membaca apa yang terkandung di dalam ebook ini, saya amat

    menyarankan anda untuk segera mengaplikasikan salah satu kaedah buat duit

    yang diterangkan. Ingat, FOKUS kepada satu (1) jenis perniagaan sahaja terlebih

    dahulu sehingga anda menerima hasilnya sebelum mencuba yang lain.

    Jika anda terlalu ghairah untuk mencuba semuanya, saya khuatir anda akan

    berasa kecewa kerana tidak dapat memperolehi keputusan yang diinginkan.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Model Perniagaan Internet

    Untuk menjana pendapatan di internet menerusi perniagaan, maka sudah

    tentulah kita perlu menawarkan sesuatu yang diperlukan dan dikehendaki oleh

    pengguna - pengguna internet.

    Tidak dinafikan juga terdapat sumber sumber lain yang boleh dilaksanakan

    untuk menjana pendapatan secara online, iaitu seperti pelaburan saham menerusi

    institusi perbankan dan pertukaran matawang asing (forex). Namun di dalam

    ebook ini kita hanya akan memfokuskan kepada model perniagaan yang boleh

    dijalankan dengan kos modal yang paling minimum.

    Secara asasnya, anda memerlukan produk atau perkhidmatan yang boleh

    ditawarkan kepada pengguna internet untuk aktiviti dagangan (jual dan beli).

    Produk merangkumi 2 bentuk iaitu:

    1. Produk fizikal; dan

    2. Produk digital

    Produk fizikal adalah bermaksud produk yang kita boleh pegang, sentuh, lihat,

    rasa, guna dan wujud di hadapan mata kita.

    Sebagai contoh produk fizikal adalah seperti baju,

    tudung, komputer, telefon bimbit, kek, kasut, cermin

    mata dan sebagainya.

    Sebaliknya, produk digital pula adalah produk yang

    tidak boleh kita pegang, sentuh ataupun rasa.

    Kadang kala boleh dilihat dan kadang kala tidak

    dapat dilihat.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Contoh produk digital adalah seperti:

    1. Ebook (dokumen seperti yang anda

    sedang baca ini).

    2. Video (tutorial, rakaman,

    dokumentari dan sebagainya).

    3. Audio (music, ucapan, interview dan

    sebagainya).

    4. Grafik (gambar foto, desain).

    5. Perisian / Applikasi (seperti windows

    8, permainan computer, android etc).

    6. Laman web.

    Dan banyak lagi.

    Anda boleh lihat pelbagai macam produk yang dijual pada laman web seperti

    www.lelong.com.my, www.ebay.com, www.amazon.com, www.mudah.my dan lain

    lain laman web yang popular. Itu tidak termasuk lagi laman web usahawan

    usahawan internet yang begitu banyak di internet.

    Seterusnya cara lain untuk menghasilkan pendapatan secara online adalah dengan

    menawarkan kemahiran, pengalaman ataupun kepakaran kita menerusi

    perkhidmatan yang boleh kita laksanakan untuk mana mana pengguna yang

    memerlukannya.

    Sebagai contoh jika anda mempunyai suara yang lunak merdu, anda mungkin

    boleh menawarkan perkhidmatan untuk menyanyi atau juga menjadi voice

    over bagi pengguna yang memerlukannya (kebiasaannya syarikat / usahawan

    internet).

    Bidang perkhidmatan terlalu luas skopnya dan merupakan satu lubuk duit yang

    amat besar kerana ia amat diperlukan oleh kebanyakan pengguna internet.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan / peniaga internet)

    Apa yang dapat kita simpulkan di sini adalah, untuk menghasilkan pendapatan di

    internet, kita perlu menjual sesuatu kepada pengguna yang memerlukannya.

    Yang menariknya dalam melakukan jualan di internet ini, kita tidak perlu untuk

    bersua muka dengan pelanggan pelanggan kita.

    Mereka akan membuat pembelian berdasarkan penerangan yang kita berikan pada

    laman web sama ada dalam bentuk penulisan ataupun menerusi video sahaja.

    Malah kita juga berpotensi untuk mendapat pelanggan yang datangnya dari

    seluruh pelusuk dunia!

    Saya percaya pada ketika ini, anda mungkin telah sedar bahawa banyak perkara

    yang boleh anda laksanakan di internet untuk menjana pendapatan. Cuma sekali

    lagi saya ingin berpesan, sentiasa FOKUS kepada satu - satu perkara yang hendak

    dilaksanakan terlebih dahulu sehingga anda menerima hasilnya sebelum beralih

    arah ke peluang yang lain. Tanpa fokus, kita akan menemui kegagalan.

    Jadi untuk itu, jom kita lihat apakah perkara - perkara yang boleh anda buat

    dengan segera supaya ia dapat menghasilkan duit ke dalam akaun bank anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Model Perniagaan

    Internet

    Perkhidmatan

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Perkhidmatan (Servis)

    Dalam siri 1 ebook ini, saya hanya akan membincangkan beberapa idea

    perkhidmatan yang boleh anda laksanakan dengan segera sejurus selepas anda

    selesai membaca ebook ini.

    Menawarkan perkhidmatan / servis berdasarkan kemahiran dan kepakaran kita

    kepada pengguna internet adalah merupakan salah satu cara terpantas untuk

    menjana pendapatan di internet.

    Kita boleh menjana pendapatan dari serendah rendah harga bermula dari

    RM10.00 sehinggalah kepada ribuan ringgit dalam tempoh masa yang singkat

    sahaja JIKA apa yang ingin kita tawarkan tersebut amat diperlukan oleh pengguna

    pengguna internet yang lain.

    Antara kategori perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah merangkumi:

    1. Pengurusan admin (Administration / Support)

    2. Komunikasi dan Pemasaran

    3. Khidmat Nasihat (Konsultant)

    4. Terjemahan (Translation)

    5. Penulisan (Copywriting / Journalism)

    6. Teknologi Maklumat (Web Development, Programming etc)

    Untuk itu, jom kita lihat apakah idea perkhidmatan yang mudah untuk anda

    laksanakan bermula pada hari ini juga.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    1 Penterjemah (Translator)

    Adakah anda mahir dalam beberapa bidang bahasa? Jika ya, maka ini mungkin

    salah satu bentuk perkhidmatan yang boleh anda tawarkan di internet.

    Sebagai contoh, pemilik website A memerlukan seseorang untuk menterjemahkan

    artikel bahasa Inggeris sebanyak 10,000 patah perkataan kepada bahasa Melayu.

    Jadi beliau memerlukan penterjemah (translator) untuk melaksanakan tugas ini.

    Sekiranya anda mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam tugasan sebegini,

    maka dengan mudah anda akan dibayar sekurang kurangnya RM15.00 untuk

    setiap 500 patah perkataan yang diterjemah!

    Persoalan: Berapakah potensi pendapatan menerusi perkhidmatan ini?

    Potensinya tidak terhad. Kebiasaannya penterjemah mengenakan caj sekitar

    RM0.03 RM0.10 untuk setiap perkataan yang diterjemah. Minimum terjemahan

    yang biasa diambil kebiasaannya sekitar 300 patah perkataan.

    Persoalan: Ada ke permintaan untuk perkhidmatan seperti ini?

    Sudah tentu ada. Perkhidmatan seperti ini SENTIASA mendapat permintaan

    daripada pengguna internet terutamanya pemilik website, pencipta produk digital

    (seperti video, ebook) dan sebagainya. Hal ini adalah kerana kandungan tersebut

    akan mereka gunakan pada laman web mereka ataupun pada produk produk

    yang akan mereka pasarkan.

    Contoh permintaan khidmat terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

    daripada pengguna pengguna internet.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh permintaan daripada pengguna)

    (Contoh permintaan daripada pengguna)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh permintaan daripada pengguna)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Bagaimanakah bentuk tawaran yang perlu saya lakukan kepada

    mereka yang memerlukan perkhidmatan ini?

    Langkah yang pertama, anda perlu sediakan portfolio.

    Maksudnya adalah, anda WAJIB menyediakan contoh contoh (sample) hasil

    kerja yang dilakukan untuk bakal pelanggan menilai kualiti hasil kerja anda.

    Bagi menyediakan portfolio terjemahan ini, anda boleh dapatkan artikel artikel di

    internet dan kemudian terjemahkan artikel tersebut.

    Sebagai contoh, untuk portfolio perkhidmatan terjemahan bahasa Inggeris ke

    Bahasa Melayu, anda boleh ikut langkah ini:

    1. Layari ke http://ezinearticles.com/. Cari sekurang kurangnya 3 5 artikel

    yang menarik yang akan anda terjemahkan kepada bahasa Melayu.

    2. Lakukan terjemahan sebaik mungkin untuk setiap artikel yang dipilih.

    Pastikan segala maksud ayat baru yang diterjemah tidak lari daripada

    maksud ayat sumber asal.

    3. Anda kini sudah memiliki portfolio yang boleh dipersembahkan kepada

    bakal pelanggan anda menerusi pengiklanan yang akan dilakukan.

    Nota: Pastikan untuk setiap artikel yang anda jadikan contoh untuk terjemahan,

    sumber asal artikel iaitu maklumat dari mana artikel diambil haruslah dimasukkan

    ke dalam artikel yang diterjemah.

    Contoh ayat yang boleh anda gunakan untuk memaklumkan bahawa portfolio

    anda dibuat berdasarkan rujukan yang anda pilih.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Sumber asal rujukan: http://ezinearticles.com/?Ebook-Writing---Find-Your-Writer-

    in-Local-Area&id=3581112

    Tujuan sumber rujukan dimasukkan adalah untuk memastikan hak milik sumber

    asal artikel tersebut adalah terpelihara.

    Untuk servis terjemahan bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, buat masa ini

    saya belum ketemu lagi laman web direktori yang menempatkan artikel artikel

    menarik. (Mungkin saya sendiri akan sediakan laman web sebegini kelak )

    Jadi untuk mendapatkan sumber artikel bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan

    kepada bahasa Inggeris untuk dijadikan sebagai rujukan bagi portfolio anda, ikut

    langkah langkah berikut:

    1. Layari ke http://google.com. Pada kotak carian (search box), masukkan

    perkataan seperti berikut: artikel + tajuk artikel (Contoh: artikel

    perkahwinan).

    2. Cari artikel yang anda perlukan daripada senarai laman web yang terpapar.

    Pilih artikel yang mempunyai jumlah patah perkataan sekitar 500 sahaja.

    3. Hubungi pemilik laman web yang menerbitkan artikel berkenaan dan

    kemukakan kepada beliau adakah anda boleh menterjemahkan artikel

    tersebut ke dalam bahasa Inggeris untuk tujuan koleksi portfolio anda?

    4. Maklumkan kepada pemilik web bahawa anda akan memasukkan sumber

    rujukan iaitu alamat (link) laman web beliau pada portfolio anda dan

    kemudian tawarkan kepada beliau artikel tersebut secara percuma.

    5. Setelah selesai melakukan terjemahan, berikan artikel yang telah

    diterjemahkan tersebut secara percuma kepada pemilik asal dan kemudian

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    minta jasa baik beliau memberikan review atau testimonial beliau

    terhadap hasil kerja anda.

    6. Jika beliau gembira dengan hasil kerja anda, maka anda sudahpun memiliki

    portfolio yang baik bersama sama testimonial pemilik yang boleh

    membantu meyakinkan bakal pelanggan perkhidmatan terjemahan anda

    kelak.

    (Contoh carian artikel bahasa Inggeris di laman ezinearticles.com)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh carian artikel bahasa Melayu menerusi Google.com)

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan seperti ini?

    Untuk menawarkan perkhidmatan yang anda sediakan, anda haruslah berada di

    lokasi yang mempunyai ramai pengguna internet berkumpul terutama sekali di

    komuniti komuniti usahawan dan peniaga yang menjalankan perniagaan secara

    online.

    Antara lokasi untuk anda mula memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan

    yang anda jalankan adalah menerusi ruangan forum.

    Contoh forum forum yang popular di Malaysia yang mempunyai ramai pelawat

    setiap hari adalah seperti di:

    www.wangcyber.com

    www.carigold.com

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    www.bicarajutawan.com

    www.mesra.net

    mforum.cari.com.my/forum.php

    forum.lowyat.net

    www.jiwang.org

    www.bincang.net

    www.wanitamelayu.com

    Diatas adalah senarai kecil lokasi dimana anda boleh memperkenalkan diri dan

    perniagaan yang anda jalankan.

    Peraturan dan perkara PENTING yang perlu anda tahu JIKA ingin melakukan

    promosi di forum adalah:

    1. Anda perlu mendaftar sebagai ahli di forum yang terlibat dan perkenalkan

    diri di ruangan perkenalan dalam forum.

    2. Anda haruslah aktifkan diri terlebih dahulu dalam forum seperti membantu

    rakan rakan forum yang lain dalam menjawab persoalan mereka atau

    memberikan idea / tips tips tertentu.

    3. Elakkan daripada terlibat dengan perbalahan dan kontrovesi yang sedang

    berlaku di dalam forum.

    4. Elakkan juga daripada berbicara tentang topik topik yang boleh mencetus

    kemarahan pengguna lain, isu isu politik, agama mahupun kondem pihak

    lain.

    5. Selepas beberapa tempoh anda mengaktifkan diri, perkenalkan perniagaan

    atau perkhidmatan yang anda jalankan pada ruangan yang betul.

    Kebiasaannya, setiap forum ada menyediakan ruang (sub-forum) yang

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    membenarkan anda mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan yang anda

    miliki.

    AMARAN: Elakkan daripada terus menerus melakukan promosi dan promosi tanpa

    henti di forum kerana anda mungkin akan disekat (banned) oleh pemilik forum.

    Lakukan promosi di tempat yang betul dan baca segala peraturan yang ditetapkan

    oleh pihak forum.

    Melakukan promosi secara membuta tuli boleh menyebabkan kredibiliti anda dan

    perniagaan yang dijalankan tercalar. Malah pengguna forum juga akan berasa

    tidak selesa dengan kehadiran anda kelak.

    (Contoh tajuk iklan di Forum)

    (Contoh tajuk iklan di Fiverr.com)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh iklan perkhidmatan terjemahan yang dibuat oleh penterjemah)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh iklan perkhidmatan terjemahan yang dibuat oleh penterjemah)

    Bagaimana? Saya percaya pada saat ini, anda sudahpun mendapat gambaran dan

    idea untuk menjana pendapatan menerusi internet dengan menawarkan khidmat

    terjemahan kepada pengguna yang memerlukan khidmat ini.

    Untuk itu, jom kita lihat idea yang seterusnya tentang perkhidmatan yang boleh

    ditawarkan kepada pengguna pengguna internet.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    2 Document Editor

    Tukang edit dokumen? Bunyinya agak lucu . Namun ia adalah salah satu

    perkhidmatan yang mendapat permintaan ramai di internet. Kebiasaannya, kerja -

    kerja editor ini merangkumi aspek aspek berikut:

    1. Kemaskini kandungan dokumen seperti menyusun atur ayat seperti

    membina perenggan ayat.

    2. Memasukkan gambar dalam dokumen mengikut cerita dan kandungan ayat.

    3. Mencantikkan rupa paras (layout) dokumen daripada kosong kepada lebih

    menarik seperti mempunyai corak corak khas tertentu (anda boleh lihat

    pada bahagian atas setiap halaman ebook saya ini )

    4. Mengemaskini susunan jenis tulisan (font), saiz tulisan, warna tulisan dan

    juga jarak antara perkataan (space).

    5. Menukar format dokumen daripada .doc / .docx kepada format .pdf

    Khidmat seperti ini tidak memerlukan anda fasih dalam apa jua bahasa. Anda

    hanya perlu tahu bagaimana untuk menggunakan perisian seperti Microsoft

    Word ataupun OpenOffice untuk melakukan tugasan seperti ini.

    Persoalan: Berapakah potensi pendapatan menerusi perkhidmatan ini?

    Potensinya tidak terhad. Kebiasaannya caj yang boleh kita kenakan adalah sekitar

    RM10.00 untuk dokumen semaksimum 50 halaman muka surat.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Ada ke permintaan untuk perkhidmatan seperti ini?

    Sudah tentu ada. Sama seperti servis terjemahan, perkhidmatan seperti ini

    SENTIASA mendapat permintaan daripada pengguna internet terutamanya

    penerbit produk digital seperti video, ebook, website dan sebagainya. Hal ini

    adalah kerana mereka mungkin tidak sempat untuk melakukan kemaskini

    terhadap dokumen yang dimiliki akibat perlu menumpukan perhatian kepada

    bahagian lain yang lebih penting untuk perniagaan yang mereka jalankan.

    Berikut adalah contoh permintaan yang diperolehi dari laman penyedia

    perkhidmatan yang popular di internet iaitu Fiverr.com:

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Apa yang anda lihat diatas adalah bukti pertanyaan dan tempahan daripada

    bakal pelanggan. Rajah dibawah pula adalah bukti pembayaran yang diterima

    oleh penyedia perkhidmatan (tim saya) iaitu USD5.00 (~RM15.00) untuk setiap

    satu kerja.

    Persoalan: Bagaimanakah yang perlu saya lakukan kepada mereka yang

    memerlukan perkhidmatan ini?

    Sama seperti perkhidmatan yang pertama, anda perlu sediakan portfolio.

    Gunakan konsep dan langkah - langkah yang sama seperti yang saya terangkan

    pada perkhidmatan pertama. Cuma anda perlu lakukan langkah langkah

    tambahan berikut:

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    1. Susun atur artikel dalam format yang menarik seperti menyusun perenggan

    ayat untuk mudah dibaca dan jarak diantara setiap perkataan. Saya syorkan

    anda untuk lihat bagaimana susun atur isi kandungan buku buku yang

    anda miliki. Ikut konsep yang sama.

    2. Masukkan grafik grafik yang berkaitan dengan tajuk artikel. Cari gambar

    percuma yang boleh diperolehi dari laman web seperti www.sxc.hu,

    www.iconarchive.com, www.penclipart.org. Walaubagaimanapun, pastikan

    anda membaca syarat dan terma penggunaan gambar yang ingin

    digunapakai terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana, kebanyakan gambar

    mempunyai hak cipta terpelihara dan tidak boleh digunakan sesuka hati.

    (Contoh gambar percuma yang boleh digunakan untuk tujuan commercial)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    3. Jika pengguna tidak menyatakan apakah jenis dan saiz tulisan yang harus

    digunakan, maka anda boleh menetapkan jenis tulisan seperti Times New

    Roman, Arial atau Verdana. Untuk saiz tulisan, tetapkan sekurang

    kurangnya 12px.

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan seperti ini?

    Sama juga seperti penerangan sebelum ini, anda haruslah berada di lokasi yang

    mempunyai ramai pengguna internet berkumpul terutama sekali di komuniti

    komuniti usahawan dan peniaga yang menjalankan perniagaan secara online.

    Dengan berada di kalangan komuniti seperti ini, ia akan memudahkan anda untuk

    memperkenalkan apakah perniagaan dan perkhidmatan yang anda sediakan.

    Seterusnya, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di laman penyedia

    perkhidmatan yang popular seperti di:

    www.fiverr.com (International Bayaran dalam bentuk USD)

    www.zeerk.com (International Bayaran dalam bentuk USD)

    www.murahnya.my (Malaysia Bayaran dalam bentuk RM)

    Laman fiverr.com adalah laman yang paling popular di pasaran antarabangsa

    untuk pengguna mencari freelancer yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan

    yang diperlukan.

    Untuk murahnya.my, iaitu penyedia perkhidmatan dari Malaysia, saya tidak

    pernah lagi mencuba perkhidmatan mereka, jadi saya tidak dapat memberikan

    komen tentangnya. Anda boleh cuba di sana sekiranya anda lebih senang

    berurusan dengan pelanggan dari Malaysia sahaja.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Jadi untuk mula mengiklankan perkhidmatan yang anda tawarkan, ikut langkah

    langkah berikut:

    1. Daftar pada salah satu laman diatas. Dalam contoh ini, saya syorkan anda

    mendaftar pada fiverr.com.

    2. Selepas mendaftar, cari menu Seller Create a New Gig

    3. Isikan maklumat iklan perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Penerangan

    yang diberikan HARUSLAH lengkap untuk memudahkan bakal pelanggan

    mengetahui apa yang akan mereka dapat jika tempahan dibuat daripada

    anda.

    Saya amat mengesyorkan anda untuk memberikan sesuatu yang unik yang

    berbeza daripada penyedia perkhidmatan yang lain. Sebagai contoh dalam kes

    idea dokumen editor ini, anda mungkin boleh menawarkan kepada mereka untuk

    menjadikan sesetengah teks (ayat) seperti tajuk setiap halaman dalam format

    grafik. Contohnya seperti ini:

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Grafik diatas saya buat menggunakan fungsi Word Art di dalam Microsoft Office.

    Jika anda mahir dalam menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop,

    GIMP, maka anda boleh gunakan perisian tersebut untuk tujuan khas penghasilan

    grafik.

    Berikut adalah contoh maklumat iklan yang boleh dimasukkan pada ruangan

    Fiverr:

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Sekali lagi ini saya berpesan, pastikan anda memasukkan maklumat perkhidmatan

    anda dengan lengkap dan jelas tentang apakah perkara dan skop kerja yang akan

    anda laksanakan.

    Pastikan kerja kerja yang akan anda jalankan adalah berbaloi untuk

    dilaksanakan dengan pendapatan yang akan anda terima iaitu sebanyak USD4

    (sekitar RM12.00). Walaupun pada iklan diletakkan caj adalah sebanyak USD5,

    namun pihak Fiverr.com akan mengenakan caj sebanyak USD1 (~ RM3) terhadap

    anda untuk setiap tempahan yang dibuat oleh pelanggan pelanggan anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Jadi saya sarankan kepada anda supaya menawarkan perkhidmatan untuk kerja

    kerja yang boleh dilaksanakan dengan cepat yang mungkin mengambil masa

    semaksimum 2 jam sahaja untuk satu satu tugasan.

    Setelah anda selesai memasukkan maklumat iklan dan menyimpan maklumat

    iklan (save), anda akan dapat melihat paparan seperti berikut sekiranya tiada

    masalah yang wujud pada iklan anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Anda kemudiannya boleh melihat senarai iklan yang anda masukkan menerusi

    menu Seller My Gigs

    Rekod iklan anda akan kelihatan seperti berikut:

    Anda boleh preview (lihat) iklan anda yang telahpun aktif (LIVE). Aktif bermaksud,

    pengguna pengguna di Fiverr.com sudah boleh menjumpai iklan anda

    berdasarkan carian yang akan mereka lakukan mengikut maklumat tag yang

    dimasukkan pada iklan dan juga kategori iklan yang anda pilih.

    Iklan anda akan kelihatan seperti berikut:

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Contoh tempahan yang diterima dan proses urusan diantara seller (kita) dan

    buyer (yang menempah perkhidmatan kita). (Sesetengah maklumat saya terpaksa

    hitamkan untuk tujuan privacy.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    PENTING: Sekiranya anda menerima order iaitu tempahan daripada pelanggan,

    anda HARUS menguruskan tempahan tersebut secepat mungkin. Sekiranya anda

    tidak menyiapkan tugasan yang ditempah dalam tempoh yang diberikan (iaitu

    berdasarkan tempoh yang anda sendiri tetapkan), maka rating anda mungkin

    akan menjadi teruk. Ini boleh menyebabkan kredibiliti anda tercalar.

    PENTING: Pastikan sewaktu anda ingin menghantar tugasan yang dibuat, anda

    haruslah menekan menu Deliver Work pada ruangan urusniaga tempahan yang

    anda terima daripada pelanggan yang terlibat. Sekiranya anda tidak mengirimkan

    tugasan tersebut menerusi fungsi ini, ia tidak akan dikira sebagai kerja siap

    (completed). Walaubagaimanapun, pastikan anda menggunakan fungsi ini hanya

    apabila mengirimkan tugasan yang telah benar benar siap (final work).

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Untuk segala tempahan yang anda terima, boleh dilihat pada menu Seller

    Manage Sales.

    Berikut adalah paparan rekod tempahan yang akan anda terima.

    Berikut adalah paparan tentang rekod jumlah keuntungan yang anda terima dan

    yang boleh dibawa keluar ke akaun PayPal anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    NOTA: Untuk menerima pembayaran dalam bentuk matawang USD atau menerusi

    kad kredit, anda memerlukan akaun PayPal (www.paypal.com). Segala dana (duit)

    yang masuk ke dalam akaun PayPal, boleh dibawa keluar ke mana mana akaun

    bank anda kerana PayPal dan Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun bekerjasama

    dalam perkara ini.

    Saya memohon maaf kerana tidak dapat menerangkan proses proses untuk

    membuka akaun PayPal dengan lengkap kerana ia akan membuatkan ebook ini

    lari dari fokusnya, iaitu untuk memberikan tips dan panduan tentang cara untuk

    menjana pendapatan RM10.00 anda yang pertama di internet.

    Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkenaan bagaimana untuk

    membuka akaun PayPal anda, maka anda boleh rujuk maklumat tutorial di:

    http://usahaniaga.com/tutorials/

    atau anda boleh dapatkan panduan Lengkap tentang cara cara menggunakan

    akaun PayPal di:

    http://takeurl.com/paypalmalaysia

    NOTA: Akaun PayPal adalah merupakan salah satu perkara yang penting dalam

    melakukan urus niaga di internet. Jadi saya amat menggalakkan anda untuk

    membuka akaun PayPal dengan segera.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    3 Memberi Komen (Review) dan Testimonial Produk

    Ini adalah salah satu perkhidmatan yang turut mendapat permintaan dikalangan

    usahawan dan peniaga internet. Ini adalah kerana mereka memerlukan

    maklumbalas daripada pengguna awal terhadap produk produk BARU yang

    mereka akan pasarkan bagi tujuan untuk:

    1. Meningkatkan kualiti produk mereka.

    2. Mendapatkan testimonial pengguna.

    Selain itu juga, pemilik produk mahukan review dilakukan terhadap produk yang

    akan dijual adalah kerana mereka mahu meningkatkan lagi kepercayaan bakal

    pelanggan mereka yang lain.

    Bakal pelanggan mereka sudah tentu akan lebih berasa yakin sekiranya produk

    yang mereka ingin beli tersebut telahpun dimiliki oleh pengguna lain yang

    memberikan maklumbalas terhadap keberkesanannya.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh permohonan review yang diperlukan oleh bakal pelanggan terhadap

    produk yang mereka mahu beli)

    Persoalan: Apakah skop komen / review yang diberikan?

    Kebiasaannya, apabila kita ingin melakukan review terhadap sesuatu produk,

    perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam review yang diberikan adalah:

    1. Penerangan tentang produk (apa yang ditawarkan dan diperolehi oleh

    pengguna).

    2. Kelebihan tentang produk.

    3. Kekurangan tentang produk.

    4. Kesimpulan tentang penggunaan produk (rating).

    5. Saranan kepada pemilik untuk tambahkualiti produk.

    Walaubagaimanapun, memberi review sesuatu produk bukanlah satu kerja yang

    mudah. Kita tidak boleh melakukan tugas ini sambil lewa sahaja kerana ia boleh

    menjejaskan potensi jualan produk yang sebenar sekiranya review yang diberikan

    tidak tepat.

    Kita haruslah menggunakan produk tersebut terlebih dahulu untuk satu satu

    tempoh masa yang diperlukan. Setelah mengenalpasti segala kelebihan dan

    kekurangan produk, maka barulah kita boleh menyediakan review yang terbaik

    untuk produk tersebut.

    Berikut adalah contoh review yang baik yang diberikan oleh Tuan Rizal Razali

    (seorang pensyarah).

    http://komenebook.com/sistem-affiliate-lite-satu-pembaharuan-untuk-

    usahawan-internet/

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    http://komenebook.com/pakej-lengkap-perniagaan-internet-dah-tak-perlu-

    hadiri-bengkel-ke/

    http://komenebook.com/pendedahan-berani-ebookteknik-manipulasi-

    sistem-kewangan-di-malaysia-tiada-apa-apa-yang-istimewa/

    Jika anda baca review yang diberikan oleh Tuan Rizal, anda akan dapati bahawa

    setiap review yang diberikan mempunyai alasan dan penerangannya yang

    tersendiri. Kesemua review yang diberikan adalah berdasarkan daripada

    pengalaman beliau menggunakan produk yang terlibat.

    Persoalan: Berapakah potensi pendapatan yang boleh diterima?

    Potensi pendapatan adalah bergantung kepada tahap professional anda.

    Semakin lengkap review yang diberikan, maka semakin tinggi potensi pendapatan

    yang dapat anda jana bermula dengan serendah rendah RM10.00 caj sehingga

    boleh mencecah ke ratusan ringgit.

    Persoalan: Bagaimanakah bentuk review yang boleh dilakukan?

    Anda boleh memberi review menerusi dua (2) cara iaitu:

    1. Penulisan Sesuai untuk memberi penerangan yang lengkap dan jelas

    tentang produk. Kebiasaannya review akan diletakkan pada laman web

    sendiri (seperti blog), atau di forum.

    2. Video Sesuai untuk menunjukkan sesuatu ciri ciri yang ada pada produk

    terutama sekali produk fizikal ataupun produk digital berupa perisian

    (software).

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Kebiasaannya kita akan memberi review menerusi penulisan dan video disediakan

    sebagai bonus untuk review tersebut.

    Persoalan: Bagaimana untuk menyediakan perkhidmatan ini?

    Langkah yang pertama, anda perlu sediakan portfolio.

    Sama seperti sebelum sebelum ini, anda perlu ada contoh (sample) hasil kerja

    review yang dilakukan untuk bakal pelanggan menilai kualiti hasil kerja anda.

    Anda boleh melakukan review terhadap apa sahaja produk yang anda miliki.

    Sebagai contoh, jika anda ketika ini sedang menggunakan telefon pintar Samsung

    Galaxy S3, maka lakukan review terhadap penggunaan telefon tersebut

    berdasarkan pengalaman anda sendiri.

    Atau jika tidak, anda mungkin boleh tulis review berkaitan ebook yang saya

    berikan secara percuma ini sebagai portfolio anda yang pertama?

    Anda boleh menyediakan review pada dokumen (seperti Microsoft Word).

    Sediakan sekurang kurangnya 3 review produk yang berlainan bentuk (seperti

    produk fizikal dan digital) untuk dijadikan portfolio anda.

    Sekiranya anda benar benar berminat untuk terlibat dalam bidang review produk

    ini, saya amat menyarankan agar anda untuk membangunkan laman web khas

    bagi tujuan tersebut. Bina blog menggunakan perkhidmatan percuma seperti

    www.blogspot.com.

    Walaubagaimanapun, sebaik baiknya jika anda ingin kelihatan lebih

    professional, maka binalah laman web blog menggunakan alamat web anda

    sendiri seperti www.webreviewanda.com. Anda boleh dapatkan tutorial dari laman

    web http://www.sistemblog.com bagi tujuan ini.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Mengapa laman web penting?

    Hal ini adalah kerana jika anda mempunyai laman web khas yang dibangunkan

    bagi tujuan menulis review, anda bukan sahaja boleh buat duit daripada

    perkhidmatan review tersebut, malah anda juga boleh buat duit daripada

    program affiliate produk yang boleh anda sertai.

    Untuk maklumat anda, program affiliate adalah merupakan satu bentuk program

    kerjasama diantara pemilik produk dan juga agen affiliate. Dengan menjadi

    agen affiliate terhadap produk yang bakal di review tersebut, anda boleh meraih

    komisyen untuk setiap produk yang terjual menerusi link affiliate anda.

    Pendek kata, anda berpeluang untuk menerima pendapatan dari pelbagai sumber!

    NOTA: Penerangan lengkap tentang program affiliate ini akan saya kongsikan

    pada ebook eBisnes Siri 2.

    Jika anda tidak yakin bagaimana untuk menulis review, anda boleh melihat

    bagaimana orang lain melakukan review terhadap produk produk lain yang ada

    di internet.

    Taipkan sahaja perkataan seperti berikut di enjin carian Google Produk + review.

    Sebagai contoh kaspersky 2013 review.

    Perhatikan review yang disediakan berdasarkan perkara perkara berikut:

    1. Apa yang menarik pada produk tersebut.

    2. Apa kekurangan pada produk tersebut.

    3. Perbezaan produk tersebut dengan produk lain (jika wujud).

    4. Manfaat yang akan diperolehi daripada produk tersebut.

    5. Kaedah rating yang diberikan.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh carian review berkaitan produk tertentu)

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan ini?

    Sekiranya anda telah selesai menyediakan portfolio yang diperlukan, maka

    promosikan perkhidmatan anda mengikut langkah langkah yang sama seperti

    yang saya terangkan pada penerangan sebelum ini. Tiada perbezaan dari segi

    aktiviti promosi yang perlu dilaksanakan. Hanya jenis perkhidmatan yang

    ditawarkan sahaja berbeza.

    (Contoh iklan perkhidmatan review di Fiverr.com)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    4 Penulis Artikel / Ebook

    Di internet, segala - galanya melibatkan penulisan. Sedangkan anda mahu

    bersembang (chat) dengan kenalan kenalan anda pun, penulisan diperlukan.

    Maka dengan ini sudah tentulah anda boleh buat duit dengan perkhidmatan

    penulisan yang boleh ditawarkan kepada pengguna pengguna internet. Jika anda

    perasan, kesemua aktiviti perkhidmatan yang saya kongsikan sebelum ini tidak

    lari daripada skop penulisan.

    Persoalan: Berapakah potensi pendapatan menerusi perkhidmatan ini?

    Potensi pendapatan adalah bergantung kepada jumlah patah perkataan yang

    ditulis. Bagi penulisan artikel, kebiasaannya potensi pendapatan adalah sekitar

    RM10 RM15 untuk satu artikel yang mempunyai 500 patah perkataan.

    Bagi penulisan ebook pula, kebiasaannya caj adalah sekitar RM100 untuk

    sekurang kurangnya 10 muka surat ebook yang mengandungi sekitar 3000

    patah perkataan dan gambar gambar berkaitan dengan topik yang ditulis.

    Persoalan: Ada ke permintaan untuk perkhidmatan seperti ini?

    Ada! Sama seperti perkhidmatan sebelum sebelum ini, khidmat ini SENTIASA

    mendapat permintaan daripada pengguna internet terutamanya bagi pemilik

    laman web dan pencipta produk digital seperti ebook.

    Artikel kebiasaannya digunakan pada laman web seperti blog. Pemilik blog akan

    memasukkan artikel artikel yang diperolehi pada blog post untuk para pelawat

    blog membaca artikel artikel tersebut.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Ada juga yang menggunakan artikel sebagai bahan untuk kandungan email

    (newsletter) yang dikirimkan kepada pelanggan ataupun sebagai isi kandungan

    sebahagian daripada buku / ebook yang dihasilkan.

    Pendek kata, permintaan untuk khidmat penulisan artikel ini adalah sangat tinggi

    kerana RAMAI pemilik web atau penci tidak berkesempatan untuk menyediakan

    bahan bacaan buat pelanggan pelanggan mereka.

    Jika anda berkebolehan untuk menulis artikel di dalam bahasa Inggeris dengan

    baik, maka potensi anda untuk buat duit di internet adalah lebih BESAR! Hal ini

    adalah kerana anda boleh mendapatkan pelanggan dari serata pelusuk dunia yang

    sanggup membayar perkhidmatan anda dengan harga yang sangat lumayan!

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Apakah skop topik penulisan yang boleh saya lakukan?

    Topik penulisan adalah bergantung kepada permintaan dan keperluan pelanggan.

    Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda menawarkan khidmat

    penulisan artikel berkaitan dengan minat anda sendiri. Hal ini adalah supaya ia

    akan memudahkan anda untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

    Sebagai contoh, jika minat anda adalah berkaitan dengan penggunaan telefon

    pintar, maka anda boleh tawarkan perkhidmatan penulisan artikel berkaitan

    telefon pintar sahaja.

    Jika anda tidak mempunyai sebarang minat tentang sesuatu topik, ia akan

    menyukarkan sedikit proses penulisan artikel kerana anda perlu membuat kajian

    terhadap topik yang diminta oleh pihak pelanggan.

    Persoalan: Bagaimana untuk menyediakan perkhidmatan ini?

    Seperti biasa, sediakan portfolio.

    Siapkan sekurang kurangnya 3 5 artikel (lebih kurang 500 patah perkataan

    setiap satu artikel) untuk dijadikan contoh.

    Topik? Tulis berdasarkan minat, hobi atau kemahiran anda. Jika anda ingin

    mendapatkan contoh bagaimana artikel ditulis, lihat sahaja format dan konsep

    artikel yang disediakan seperti di:

    http://ezinearticles.com/ (Bahasa Inggeris)

    http://blog.smartusaha.com/ (Bahasa Melayu)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Seterusnya, jika anda ingin mencari idea untuk menyediakan isi isi penting

    dalam penulisan artikel anda, gunakan enjin carian Google.com sebagai sumber

    rujukan anda.

    Sebagai contoh, jika pelanggan meminta anda untuk menyiapkan artikel tentang

    tips kehamilan, maka anda boleh ikut langkah langkah berikut untuk mencari

    idea penulisan:

    1. Layari ke http://ezinearticles.com/ dan http://www.wikipedia.org/. cari

    artikel berkaitan tajuk artikel. Contoh: kehamilan (pregnancy).

    2. Dapatkan beberapa isi isi penting berkaitan dengan topik yang ingin ditulis

    daripada laman web tersebut.

    3. Sekiranya idea masih tidak mencukupi, gunakan enjin carian Google.com

    untuk mendapatkan maklumat tambahan.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    AMARAN: Anda boleh merujuk isi isi penting daripada sumber artikel yang

    menjadi rujukan anda. Walaubagaimanapun, jangan sesekali meniru atau

    menyalin bulat bulat artikel yang berkenaan. Anda haruslah menulis

    berdasarkan pemahaman anda sendiri tentang topik yang berkenaan.

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan ini?

    Sekiranya portfolio sudahpun disediakan, maka ikut sahaja kaedah promosi seperti

    yang saya terangkan sebelum ini. Gunakan ruangan forum dan juga tempat

    pengiklanan seperti di fiverr.com, murahnya.my dan sebagainya bagi

    mempromosikan perkhidmatan anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh iklan khidmat penulisan)

    NOTA: Menerusi khidmat penulisan yang menyediakan artikel atau ebook,

    sebenarnya anda berpotensi untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi jika

    kandungan penulisan tersebut dijual sebagai lesen Private Label Rights (PLR).

    Informasi tentang PLR ini akan diceritakan dengan lebih lanjut pada ebook eBisnes

    Siri 3. Jadi pastikan anda telahpun mendaftar sebagai pelanggan VIP ebook ini

    untuk mendapatkan siri sambungan ebook ini yang seterusnya kelak.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    5 Pereka Grafik Web (Web Designer)

    Salah satu bidang yang sentiasa mempunyai pelanggan tanpa henti adalah dengan

    menjadi seorang pereka grafik untuk laman web.

    Persoalan: Apakah skop grafik yang dilaksanakan dan potensi pendapatan?

    Antara perkara perkara yang menjadi tugasan pereka grafik web adalah:

    1. Membuat desain bagi rupa bentuk laman web. Potensi pendapatan adalah

    bermula dengan serendah RM50.00 sehinggalah ke ribuan ringgit.

    2. Desain ecover buku, CD, DVD, logo dan sebagainya. Potensi pendapatan

    juga bermula dengan serendah RM10.00 sehingga ke ratusan ringgit.

    3. Desain bahan pengiklanan seperti banner, flyers, kad bisnes dan

    sebagainya. Potensi pendapatan sekitar RM10.00 dan keatas.

    (Contoh rekaan grafik untuk e-cover)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh rekaan grafik untuk header laman web minisite)

    Persoalan: Ada ke permintaan untuk perkhidmatan seperti ini?

    Ya, sememangnya ada dan boleh dikatakan jika anda terlibat dalam perkhidmatan

    ini, anda berpeluang untuk mendapat pelanggan hampir SETIAP HARI.

    Anda boleh buat kajian di forum forum keusahawanan internet seperti di

    www.wangcyber.com (Malaysia) atau www.warriorforum.com (International)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    dimana seringkali terdapat permintaan dan tawaran khidmat melakukan desain

    untuk laman web dan juga produk produk milik usahawan internet. Mereka

    (pereka grafik) tidak pernah putus putus menerima tempahan daripada

    pelanggan.

    Persoalan: Bagaimanakah yang perlu saya lakukan kepada mereka yang

    memerlukan perkhidmatan ini?

    Sediakan portfolio.

    Sekiranya anda berminat untuk menceburi perkhidmatan rekaan grafik laman web

    ini, maka perkara pertama yang perlu anda tahu adalah bagaimana untuk

    menggunakan perisian Adobe Photoshop. Ini adalah perisian WAJIB yang perlu ada

    untuk seseorang pereka grafik laman web.

    Anda boleh membuat pembelian perisian tersebut dari kedai kedai komputer

    berhampiran dengan anda.

    Seterusnya, gunakan laman web www.youtube.com untuk mendapatkan tutorial

    tentang penggunaan perisian Photoshop.

    Ada sesetengah kerja desain dapat dipermudahkan dengan penggunaan fungsi

    action script pada Photoshop. Action script ini adalah satu fungsi dimana pada

    peringkat awal, pencipta action script telah merekod segala proses pembinaan

    sesetengah ciptaan grafiknya.

    Jadi apabila selesai proses rakaman kerja kerja desain tersebut dari awal

    sehingga akhir, maka akan terhasillah action script. Seterusnya, designer lain

    boleh menggunakan action script tersebut pada perisian Adobe Photoshop mereka.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Dengan hanya melakukan desain di peringkat awal sahaja (iaitu menyiapkan corak

    pada template utama), designer boleh terus memproses template tersebut kepada

    rupa bentuk desain yang dikehendaki mengikut bentuk yang akan dihasilkan oleh

    action script. Proses penukaran template awal kepada bentuk akhir desain hanya

    akan mengambil masa dalam beberapa saat sahaja!

    (Contoh penukaran template kepada bentuk e-cover bekas DVD)

    Berikut adalah action script yang boleh diperolehi:

    1. e-Cover

    http://www.ecoverproduk.com

    http://www.diyecover.com

    2. Tutorial dan Action Script Pelbagai Pilihan

    http://www.psdcovers.com

    http://www.actionuser.com

    http://photo.tutsplus.com/articles/post-processing-articles/100-free-

    photoshop-actions-and-how-to-make-your-own/

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Saya syor kepada anda untuk fokus kepada satu betuk desain sahaja terlebih

    dahulu. Anda boleh bermula dengan mengambil desain seperti e-cover produk

    atau Facebook Timeline Cover.

    Selepas anda mahir melakukan desain, maka luaskan lagi skop khidmat desain

    anda untuk rekaan grafik yang lain pula.

    Antara contoh rekaan grafik yang menarik sebagai perkongsian:

    http://www.hongkiat.com/blog/creative-facebook-timeline-covers/

    (Facebook Timeline Cover)

    http://www.minisitegraphics.com/portfolio.html (Rekaan grafik minisite dan

    ecover produk)

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan ini?

    Sekiranya portfolio sudahpun disediakan, maka ikut sahaja kaedah promosi seperti

    yang saya terangkan sebelum ini. Gunakan ruangan forum dan juga tempat

    pengiklanan seperti di fiverr.com, murahnya.my dan sebagainya bagi

    mempromosikan perkhidmatan anda.

    NOTA: Jika anda benar benar yakin dengan kebolehan anda, hubungi saya dan

    saya kita boleh bekerjasama untuk perkhidmatan ini

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    6 Web Developer

    Laman web terdiri daripada pelbagai jenis seperti minisite, shopping cart,

    blog, portal, forum, iklan dan sebagainya.

    Antara jenis laman web yang popular yang sering mendapat permintaan daripada

    pengguna terutamanya usahawan internet adalah pembinaan minisite, blog dan

    forum.

    Persoalan: Berapakah potensi pendapatan menerusi perkhidmatan ini?

    Potensi pendapatan adalah tidak terhad. Kebiasaannya kos pembangunan

    sesebuah laman web yang lengkap dan professional boleh bermula dari RM100

    dan ke atas. Semakin kompleks laman web yang ingin dibangunkan, maka

    semakin tinggi caj yang boleh dikenakan.

    Untuk pemasangan blog yang asas sahaja menggunakan script Wordpress

    boleh bermula dari RM10.00 dan akan mencecah kepada ribuan ringgit mengikut

    fungsi tambahan yang ingin dimasukkan ke dalam blog tersebut (sebagai contoh

    fungsi untuk shopping cart).

    Persoalan: Bagaimana dengan permintaan terhadap perkhidmatan ini?

    Seperti biasa, sudah semestinya ada!

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh contoh permintaan perkhidmatan berkaitan pembinaan web)

    Itu adalah sebilangan kecil sahaja permintaan bagi khidmat membina laman web.

    Antara peluang lain yang wujud dalam perkhidmatan ini adalah, kita turut boleh

    membuat lelongan terhadap laman web yang telah kita bina menerusi laman

    lelong seperti www.flippa.com

    Pengguna boleh membida (bid) laman web yang telah kita bina dan diakhir

    lelongan, laman web tersebut berpotensi untuk dijual dengan harga yang tinggi!

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Contoh laman web yang berjaya terjual di Flippa.com)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Bagaimanakah yang perlu saya lakukan kepada mereka yang

    memerlukan perkhidmatan ini?

    Portfolio

    Yang pertamanya, anda sendiri perlu memiliki laman web khas untuk perniagaan

    atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

    Caranya mudah sahaja, bina laman web menggunakan perisian Wordpress dan

    masukkan maklumat perkhidmatan yang anda tawarkan.

    Sekiranya anda mahu mempelajari bagaimana untuk membina laman web, maka

    dapatkan tutorial seperti berikut:

    1. www.panduanminisite.com

    2. www.sistemblog.com

    3. www.kedaijualan.com

    4. www.kedaijualan.com/opencart/

    Tutorial tutorial diatas sangat membantu anda untuk memahami proses proses

    membangunkan sesebuah laman web.

    Saya syorkan anda untuk menguasai satu (1) kemahiran terlebih dahulu untuk

    permulaan bagi menyediakan khidmat ini. Kemahiran bina laman web yang paling

    penting untuk dikuasai pada masa kini adalah pembinaan laman web

    menggunakan platform Wordpress. Hal ini adalah kerana perkhidmatan ini sering

    mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengguna internet.

    Pada masa sekarang, sistem laman web Wordpress bukan sahaja digunakan untuk

    blog, namun ia juga boleh dibangunkan sebagai sebuah laman web forum,

    shopping cart, social, buletin dan sebagainya.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Pendek kata, jika anda mampu menguasai penggunaan Wordpress, maka anda

    berkemampuan untuk buat duit dengan mudah.

    (Maklum balas daripada salah seorang pelanggan saya yang mempelajari kaedah

    kaedah membangunkan laman web menggunakan system Wordpress)

    Persoalan: Bagaimana nak mempromosikan perkhidmatan ini?

    Sama seperti sebelum ini, gunakan ruangan forum dan juga tempat pengiklanan

    seperti di fiverr.com, murahnya.my dan sebagainya bagi mempromosikan

    perkhidmatan anda.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Malah anda juga boleh melakukan promosi di laman Facebook.com untuk

    mendapatkan pelanggan. Yang penting, sertai komuniti / Fan Page / Group yang

    mengumpulkan ramai usahawan dan peniaga internet. Dengan cara ini anda

    mudah untuk mencari pengguna yang memerlukan khidmat anda.

    TIPS: Jika anda ingin mengumpul portfolio sambil buat duit, maka tawarkan

    khidmat pembinaan laman web dengan kos yang paling minimum. Sebagai contoh

    khidmat pemasangan blog Wordpress + theme Wordpress + plugin Wordpress

    dengan kos serendah RM10.00 yang mungkin terhad untuk 4 atau 5 orang

    pelanggan sahaja. Kemudian naikkan harga ikut harga pasaran iaitu sekitar

    RM100.00 untuk setiap satu pemasangan sistem Wordpress yang asas.

    Kemudian minta mereka untuk berikan maklumbalas (feedback) terhadap hasil

    kerja anda. Gunakan maklumbalas mereka sebagai testimonial yang boleh

    dipersembahkan kepada bakal pelanggan yang seterusnya.

    (Contoh contoh iklan untuk perkhidmatan membina laman web)

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    7 Orang Tengah

    Salah satu cara yang paling mudah untuk anda menjana pendapatan di internet

    adalah dengan menjadi orang tengah.

    Jika anda perhatikan kesemua idea perkhidmatan yang saya terangkan diatas, ia

    memerlukan anda untuk terlibat dalam melakukan kerja yang ditempah oleh

    pelanggan.

    Walaubagaimanapun, anda sebenarnya tidak perlu sekalipun untuk melakukan

    kerja kerja terlibat. Anda hanya perlu bekerjasama dengan mereka yang

    telahpun pakar dan mahir dalam bidang masing masing bagi mempromosikan

    perkhidmatan mereka.

    Pendek kata, anda bertindak sebagai pengurus dan pegawai pemasaran yang

    mendapatkan tempahan daripada pelanggan. Dan seterusnya segala tugasan

    tempahan yang diterima daripada pelanggan diserahkan kepada pakar yang

    bekerjasama dengan anda.

    Persoalan: Apa yang perlu saya buat sebagai orang tengah?

    Pemasaran.

    Ya, tugas anda hanya perlu melakukan pemasaran terhadap perkhidmatan yang

    ingin anda pasarkan. Konsep pemasaran adalah sama sahaja seperti yang saya

    terangkan sebelum sebelum ini. Anda perlu aktif di laman web yang

    mengumpulkan komuniti pengguna terutamanya daripada golongan usahawan dan

    peniaga internet.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Bagaimana saya boleh bermula untuk orang tengah?

    Yang pertama, fikirkan apakah bentuk perkhidmatan yang ingin anda tawarkan

    kepada bakal pelanggan anda kelak.

    Kita ambil contoh, katakan anda membuat keputusan untuk menawarkan

    perkhidmatan membina laman web. Jadi langkah yang seterusnya adalah anda

    perlu mencari web developer yang sanggup bekerjasama dengan anda.

    Dimana nak mula mencari web developer?

    1. Forum

    Seperti biasa, anda perlu pergi ke forum untuk melihat senarai freelance yang

    menawarkan khidmat pembinaan laman web.

    Hubungi mereka. Jika mampu, sediakan proposal yang jelas dan lengkap untuk

    bekerjasama. Nyatakan hasrat anda untuk membantu beliau mengembangkan lagi

    perniagaan yang beliau jalankan.

    Jika freelancer yang pertama anda hubungi tidak berminat dengan proposal anda,

    maka cari freelancer yang kedua dan seterusnya.

    2. Laman freelance / outsourcing

    Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan freelancer dari laman seperti

    www.fiverr.com untuk mendapatkan khidmat kerja dengan kos yang rendah.

    Sebagai contoh, jika anda mempromosikan perkhidmatan memasang blog

    Wordpress dengan caj sekurang kurangnya RM50.00, maka apabila anda

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    menerima tempahan daripada pelanggan, anda boleh pula mengupah freelancer

    dari Fiverr.com dengan caj USD5.00 sahaja.

    Jadi keuntungan bersih anda adalah sebanyak RM50.00 USD5 (RM15.00) =

    RM35.00!

    Antara senarai laman freelance yang boleh anda dapatkan khidmat freelancer

    adalah seperti di:

    www.fiverr.com

    www.zeerk.com

    www.freelance.com

    www.odesk.com

    www.vworker.com

    3. Facebook Group / Page

    Sama konsep seperti Forum, anda boleh menyertai group / fanpage yang

    mempunyai ramai pengusaha dan peniaga internet. Ada dikalangan mereka mahir

    dalam bidang teknikal. Jadi anda boleh bekerjasama dengan mereka untuk

    perkhidmatan yang akan ditawarkan.

    Antara Group di Facebook yang boleh anda sertai adalah seperti:

    1. Persatuan Usahawan Internet Malaysia

    http://www.facebook.com/groups/persatuanUIM/

    2. Kedai Kopi IM

    http://www.facebook.com/groups/kedaikopiIM/

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Apakah perkara penting yang perlu saya tahu untuk menjadi

    orang tengah?

    Yang pertama, sebaik baiknya anda harus mempunyai laman web perkhidmatan

    anda sendiri. Elakkan daripada menggunakan laman web hak milik freelancer.

    Ini adalah bertujuan untuk membolehkan tempahan berlaku menerusi anda dan

    bukannya secara terus ke pihak freelancer. Wang yang dibayar oleh pelanggan

    haruslah masuk ke akaun anda terlebih dahulu.

    Jika boleh, pastikan segala khidmat kerja yang dibuat haruslah mempunyai

    brand anda. Elakkan daripada menggunakan brand hak milik freelancer.

    Kebiasaannya untuk setiap kerja yang dibuat, sebagai contoh desain, pihak

    perekacipta akan meletakkan ayat seperti Designed By: Brand Beliau.

    Anda sudah tentu tidak mahu brand hak milik orang lain menjadi popular bukan?

    Malah jika brand freelancer yang diletakkan untuk setiap hasil kerja yang

    dilaksanakan, potensi untuk anda kehilangan pelanggan adalah tinggi!

    Hal ini adalah kerana pihak pelanggan tersebut mungkin dikemudian hari akan

    membuat tempahan secara terus terhadap freelancer yang bekerjasama dengan

    anda tanpa mereka berhubung dengan anda terlebih dahulu.

    Ini sudah tentu menjadi satu kerugian di pihak anda kerana kehilangan pelanggan

    ulangan (repeat customer).

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Persoalan: Bagaimana dengan pembayaran dari pelanggan dan kepada

    freelancer?

    Untuk perkara ini, kebiasaannya untuk projek yang melibatkan kos yang rendah

    (iaitu dibawah RM1000), kita boleh minta pembayaran penuh daripada pelanggan.

    Untuk projek yang bernilai tinggi (RM1000.00 RM5000.00), kita boleh meminta

    deposit sekurang kurangnya 50% daripada kos keseluruhan projek.

    Untuk projek yang melebihi RM5000.00, maka anda boleh meminta pembayaran

    mengikut peringkat bagi pembangunan web yang terlibat.

    Jadi untuk pembayaran kepada pihak freelancer pula, kita boleh membuat

    pembayaran sekurang kurangnya 50% ke 80% daripada pembayaran yang kita

    terima.

    Persoalan: Apakah yang perlu saya lakukan untuk bermula?

    Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda memerlukan laman web khas untuk

    memasarkan perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

    Bangunkan laman web anda terlebih dahulu. Jika anda memerlukan perkhidmatan

    web hosting, dapatkan di www.profithoster.com

    Selepas selesai membangunkan laman web, maka cari pula freelancer yang ingin

    bekerjasama dengan anda. Jika kedua dua perkara ini selesai dan lengkap,

    maka mulakan aktiviti promosi anda terhadap perkhidmatan yang ditawarkan

    mengikut kaedah yang telah diterangkan pada idea idea sebelum ini.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Penutup

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan

    SEKARANG?

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Tahniah saya ucapkan kerana telah meluangkan masa anda sehingga ke halaman

    ini. Ini membuktikan bahawa anda benar benar ingin mengetahui bagaimana

    untuk menjana pendapatan di internet.

    Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang ini?

    1. Rileks dan tenangkan fikiran.

    2. Fikirkan apakah minat, kemahiran dan pengalaman yang anda ada sekarang

    ini yang boleh anda tawarkan kepada pengguna internet.

    3. Berdasarkan daripada perkara tersebut, buat keputusan dengan memilih

    hanya satu (1) perkara sahaja yang akan dilaksanakan dalam tempoh 1

    bulan ini.

    4. Ambil tindakan dengan SEGERA terhadap keputusan anda. Jangan

    bertangguh kerana ia akan membuatkan anda menjadi malas dan akhirnya

    akan terus meninggalkannya. Ikut langkah langkah yang telah saya

    terangkan.

    Sekiranya anda perasan, kesemua prosedur dan langkah langkah yang

    telah saya kongsikan adalah merupakan satu blueprint yang boleh

    digunapakai untuk apa jua bidang perkhidmatan yang ingin anda tawarkan

    di internet.

    5. Bertahan untuk sekurang kurangnya 2 bulan bagi bidang yang dipilih.

    Pastikan anda melakukan pemasaran dengan bersungguh sungguh dan

    dapatkan hasil daripada usaha yang dijalankan.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    6. Jika selepas tempoh tersebut anda bercadang untuk beralih arah kepada

    bidang yang lain atau ingin mengembangkan lagi skop perkhidmatan yang

    ditawarkan, maka anda boleh melakukannya.

    Apa yang telah saya kongsikan adalah sebahagian kecil sahaja bidang

    perkhidmatan yang boleh dilaksanakan di internet. Yang sebenarnya terlalu

    banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan menerusi

    penyediaan perkhidmatan.

    Anda boleh mendapatkan idea idea skop bidang perkhidmatan yang boleh

    dilakukan dengan cara melihat apakah keperluan dan permintaan pengguna

    pengguna internet.

    Seterusnya anda juga boleh melihat apakah perkara perkara yang ditawarkan

    oleh kebanyakan freelancer yang ada di internet.

    Sebagai contoh jika di laman web www.fiverr.com, anda boleh melihat pelbagai

    macam perkhidmatan yang disediakan. Malah ada perkhidmatan yang jika kita

    lihat sesetengah freelancer tawarkan, adalah satu perkhidmatan yang sangat lucu!

    Walaubagaimanapun tetap wujud pengguna - pengguna yang menggunakan

    perkhidmatan tersebut!

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    (Senarai contoh contoh perkhidmatan yang unik dan kreatif )

    Selongkar laman web Fiverr.com dan dapatkan idea tentang apa perkhidmatan

    yang ingin anda tawarkan. Kemudian segera ambil tindakan dan sentiasalah

    melakukan promosi terhadap perkhidmatan anda.

    Saya yakin dan percaya anda pasti akan mampu untuk menjana RM10.00 yang

    pertama dari internet.

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Akhir kata, saya doakan semoga anda akan sukses dalam apa jua tindakan yang

    akan anda ambil selepas ini.

    Jika anda menerima ebook ini tanpa mendaftar sebagai pengguna VIP, saya amat

    menggalakkan anda untuk membuat pendaftaran VIP sekarang juga kerana saya

    akan mengirimkan siri sambungan ebook ini dari semasa ke semasa. Untuk

    pendaftaran VIP, anda boleh lakukan di:

    http://www.ebisnes.com/rm10/

    Seterusnya, anda juga boleh LIKE ruangan Facebook ebook ini di:

    http://www.ebisnes.com/facebook/

    Sebarang pertanyaan atau apa jua perkara berkaitan ebook ini boleh dikemukakan

    di ruangan komen Facebook ebook ini.

    Salam sukses!

    Sumber Saranan

    www.profithoster.com

    www.panduanminisite.com

    www.sistemblog.com

    www.kedaijualan.com

    www.kedaijualan.com/opencart/

    www.takeurl.com/paypalmalaysia/

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Adakah Anda Nak Dapat

    RM10.00 Bermula Pada

    Hari Ini Juga?

    Tawaran Ini KHAS Untuk

    Pembaca eBook Ini Sahaja

  • Hak Cipta Terpelihara eBisnes.com. All Rights Reserved Worldwide

    Anda Kini Berpeluang Untuk Menjana RM10.00 Secara

    Berterusan Dengan Cara Mengedar Dan Menyebarkan eBook Ini Secara PERCUMA Kepada Kenalan Kenalan Anda

    Bermula Pada Hari Ini Juga!

    Bagaimana jika saya katakan bahawa anda berpeluang untuk menjana RM10.00

    anda yang pertama menerusi ebook percuma ini? Ya, benar Bermula dari hari ini

    juga, anda sudah boleh buat duit secara online dengan cara mengedar, memberi

    dan berkongsi ebook percuma ini kepada sesiapapun yang anda mahu Tak perlu

    menjual dan tak perlu memaksa sesiapapun untuk membeli apa - apa

    Tak percaya dengan apa yang saya katakan?

    Klik di sini HANYA JIKA anda benar benar SERIUS nak

    dapatkan RM10.00 anda yang pertama dari internet

    (AMARAN! Kalau tak serius, jangan klik dan buka link diatas okay? )