e-fatwa anak tak sah taraf

8
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf di capai pada 17 September 2015 Anak Tak Sah Taraf Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: a. Anak Tak Sah Taraf ialah: 1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. 2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. Anak Luar Nikah 1. Jika seorang bayi dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. 2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. 3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya. 4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau menbintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang meyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. Status Penwartaan: Diwartakan Tarikh Diwartakan: 12 Jan, 2002 Nombor Rujukan: [JMKNNS 209(01) 914/1; PU/ NS(JB)5/2001] Akta/Enakmen: N,S.P.U. 2

Upload: yan-ml

Post on 24-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

TRANSCRIPT

Page 1: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf

di capai pada 17 September 2015

Anak Tak Sah TarafMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang

bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan

seperti berikut:

 a. Anak Tak Sah Taraf ialah: 

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan

syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.  

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin

(setubuh).

b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa

yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi

mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Anak Luar Nikah1. Jika seorang bayi dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan

kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut

diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak

bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram

dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak

tersebut.

3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya. 

4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau menbintikan mana-mana bayi

di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang meyebabkan kehamilan ibunya yang

melahirkan anak tersebut.

Status Penwartaan:  DiwartakanTarikh Diwartakan:  12 Jan, 2002Nombor Rujukan:  [JMKNNS 209(01) 914/1; PU/ NS(JB)5/2001]Akta/Enakmen:  N,S.P.U. 2

Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Page 2: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

Bil

Tajuk Bil. JKFTarikh Keputusan

1 Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)Muzakarah Kali Pertama

28 Jan, 1981

2Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah

Persidangan Kali Ke-3

21 Jan, 1971

Fatwa Negeri Berkaitan: 

Bil Tajuk Negeri PenwartaanTarikh Keputusan

1 Anak Tak Sah Taraf Melaka Diwartakan 14 Oct, 2005

2 Anak Luar NikahNegeri Sembilan

Diwartakan 12 Jan, 2002

3 Anak Angkat Dan Anak Luar Nikah Pulau PinangTidak Diwartakan

10 Oct, 1986

4 Anak Tak Sah Taraf SarawakTidak Diwartakan

22 Jul, 2000

5 Anak Tak Sah Taraf SarawakTidak Diwartakan

6 Sep, 2005

6 Anak Tak Sah Taraf Terengganu Diwartakan 19 Dec, 2004

7Hukum Menukar Nama Dan Mem ‘BIN’ kan Nama Anak Tak Sah Taraf

JohorTidak Diwartakan

21 Jan, 2009

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang

bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah).

Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti

dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Page 3: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar NikahPersidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Hukum Menukar Nama Dan Mem ‘BIN’ kan Nama Anak Tak Sah TarafTarikh Keputusan: 

 21 Jan, 2009

Keputusan: 

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 24 Muharram 1430 bersamaan 21 Januari 2009

telah membincangkan mengenai Hukum Menukar Nama Dan Mem ‘BIN’ kan Nama Anak Tak Sah Taraf.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

1. Membuang nama Muhammad yang tercatat di dalam Mykid Muhammad Revanza Leriano Ooi       (050421-

01- 1441) adalah tidak dibenarkan demi menjaga maslahat pegangan agama Islam anak tersebut pada masa

akan datang.

2. Muhammad Revanza Leriano Ooi juga tidak boleh di “bin” kan kepada Omar kerana dia adalah anak tak sah

taraf mengikut hukum syara’.  

3. Dicadangkan nama anak tersebut ditulis dengan nama Muhammad Revanza Leriano Ooi Maula Omar”.

بالصواب أعلم والله 

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad PengenalanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang  Menggabungkan Nama Anak angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan. Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya.

Page 4: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

Melaka

Anak Tak Sah Taraf Munakahat

Tarikh Keputusan: 

 14 Oct, 2005

Keputusan: 

 

Anak Tak Sah Taraf ialah:-

(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada

persetubuhan Syubhah; dan

(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak

bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri

tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Keterangan/Hujah: 

 

• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:

اش� �ف�ر� �ل ل �د �و�ل �ل . ا

Maksudnya:“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)

• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.

• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:

1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.

Page 5: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.

3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.

• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.

1. Firman Allah subhanahu wata`ala:

ا } ه�ر� ش� ون� ث ـ� �ل ث ه و�ف�ص�ل ه { و�ح�م�ل

Maksudnya:“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah Al-Ahqaf 46:15)

2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:

�ن� } ع�ام�ي ف�ى ه { و�ف�ص�ل

Maksudnya:“Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman 31:14)

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan (masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya, iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.

• Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya “Rawa’i` Al-Bayan” menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu `Abbas berkata kepada `Uthman: “Perempuan ini, jika dia menentang kamu dengan kitab Allah, kamu akan kalah.”

Allah berfirman:

ا } ه�ر� ش� ون� ث ـ� �ل ث ه و�ف�ص�ل ه { و�ح�م�ل

Maksudnya:“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah Al-Ahqaf 46:15)

Firman Allah selanjutnya:

ض�اع�ة� } الر" �م" ت ي ن� أ اد� ر�

� أ �م�ن� ل �ن� �ي �ام�ل ك �ن� �ي ح�و�ل �د�هن" و�ل� أ ض�ع�ن� ر� ي �د�ت �و�ل { و�ال

Maksudnya:“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah 2: 233)

Page 6: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan. Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.

• Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab “Tafsir Al-Maraghiy” turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6 bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.

Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab “As-Sirah” meriwayatkan daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:

“Ada seorang lelaki dari kalangan kami yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya, “Mengapa kamu menangis? Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia. Kemudian Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut kehendakNya.” Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka `Uthman pun menyuruh wanita itu direjam. Apabila perkara itu didengar oleh `Ali, beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: “Apakah yang kamu lakukan?” `Uthman pun menjawab: “Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.” `Ali pun berkata kepadanya: “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” “Tentu”, jawab `Uthman. `Ali pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu wata`ala berfirman: “Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama 30 bulan.” FirmanNya pula: “... selama enam bulan penuh.” Kamu dapati bakinya hanya enam bulan. Kemudian `Uthman pun berkata: “Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari wanita itu.” Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk menerima hukuman.” Ma`mar pun berkata: “Demi Allah, tidak ada gagak yang serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi persamaan anak itu dengan bapanya.” Ketika ayahnya tahu, beliau pun berkata: “Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.”

Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.

• Oleh yang demikian, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu daripada Asma’ullah Al-Husna.

Page 7: E-fatwa Anak Tak Sah Taraf

Status Penwartaan: 

 Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 

 27 Oct, 2005

Nombor Rujukan: 

 PMM/0020 Jld.6

Akta/Enakmen: 

 M.P.U. 42