dva orang tawanan · 2017. 4. 22. · lompat atas kuda betina itu melainkan sa-orangsahaja yang...

10
DVA ORANG TAWANAN di-Urjtmahkan ka-bahasa Mtlayu oleh AHMAD MURAD BIN NASRUDDIN i Daripada Chlnta "The Wooden Horse" Harangan ERIC WILLIAMS FED ERA L PUB LIe AT ION S LIM I TED' 111 PUDU ROAD - KUALA LUMPUR

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DVAORANG TAWANAN

    di-Urjtmahkan ka-bahasa

    Mtlayu oleh

    AHMAD MURAD BIN NASRUDDIN

    i

    Daripada Chlnta

    "The Wooden Horse"

    Harangan

    ERIC WILLIAMS

    FED ERA L PUB LIe A T ION S LIM I TED'111 PUDU ROAD - KUALA LUMPUR

  • DALAM TEMPAT TAHANAN

    DALAM Peperangan Dunia Yang Kedua dahulu,rarnai-Iah juga 'askar-'askar British yang telahdi-tawan oleh orang-orang Jerman, musoh mereka itu,dan di-tahan dalam beberapa tempat tahanan. Suatudaripada-nya di-namakan Stalag-Luft III, dudok-nyarli-tengah-tengah hutan pokok pine dalam .TajahanSilesia di-negeri Jerman itu: Maka tempat tahananStalag-Luft III itu berpagar dua lapis keliling-nyadcngan kawat berduri dan jarak antara suatu lapisdengan lain delapan kaki: tinggi-nya dua belas kaki.

    Ada pun rumah-rumah tempat tinggal orang-orangtawanan itu di-dirikan di-tengah-tengah kawasantempat tahanan itu. Di-keliling pagar itu sa-belahluar-nya ada beberapa lampu terpasang dan beberapabuah balai tempat 'askar berkawal, tiap-tiap sa-buahbalai ada dua orang pengawal, lengkap dengansenapang jentera (machine gun) masing-rnasing sertalampu suloh. Pada malam hari lampu-Iampu sulchitu di-pusingkan menghala merata-rata tempat dalamkawasan itu kerana melihat kalau-kalau ada orangtawanan yang choba hendak berlepas diri atau melaku-kan sa-suatu perbuata,n yang melanggar undang-undangt~mpat tahanan itu.

    Sa-lain daripada dua lapis pagar yang tersebuttadi, ada di-rentangkan juga keliling kawasan itu,

  • !.le',oo. 01 1~1("-~1OW"'''' (lO'l ~(UtGAI. ..-,..1JI,... '''o/O • ...c.. ~'"Of~,.OfllClM ' .. f(IlIf.~TaA.Ol

    K~T~RANGAN

    2

    Guard Bo:rWire

    Trip Wire

    Vaulting Horseshowing bags of Sand

    Section of Tllnnel-

    showing one nlan in

    Vertical Shaft pull-

    ing bacll basin of

    Sand from Man in

    fore-most Bulge

    Balal PingawafPagarKawat langkah

    Kuda Bitina, mi.nunjokkan bun-tll·buntll birislpaslr sidangti.gantong

    Lubang d a I a mtanah Itu, danminunJokkan..·o.ang sidangbirlutut di.lu-bang tigak nm-bll minarok ba.lak bosan birlslpasI. darl n-oranll lalll yanlldl • huJonlllubang Itu.

  • sa-beIah dalam-nya, suatu lagi kawat bhduri, sa-kakitinggi-nya dan tanah dan lima belas kaki jauh-nyadari pagar itu, di-namakan "kawat langkah." Tidakdi-benarkan orang-orang tawanan itu melangkah ataumenyeberangi "kawat langkah" itu keluar darikawasan tempat tahanan mereka. Barang siapamelanggar undang-undang ini ia akan di-tembak oleh'askar-'askar Jerman yang sedang berkawal di-Iuar itu.

    Di-antara orang-orang tawanan yang ramai di-tempat tahanan Stalag-Luft III itu ada dua orangpegawai tentera British, sa-orang bernama LieutenantPeter Howard yang telah di-tawan oleh 'askar Jermandalam Afrika dan sa-orang Jagi ia-Iah Captain JohnClinton. Kedua mereka itu bersahabat baik.

    Pada suatu hari dalam musim bunga tahun 1943,kelihatan-lah Lieutenant Peter Howard sedang berdiridi-dalam kawasan tempat tahanan yang tersebut sambilmenyelok kedua belah saku seluar-nya. Sa-bentar lagidatang Captain John Clinton sahabat-nya tadi men-dapatkan dia, dan sa-telah berbual-bual sa-ketika lama-nya, maka kedua-nya pun bersiar-siar-Iah dalamkawasan itu.

    Sambil bersiar-siar itu maka 'mereka pun mem-bicharakan-lah chara-chara-nya yang dapat merekamelepaskan diri, kerana itu-Iah sua~u perkara yangselalu di-perbinchangkan oleh sakalian orang-orangdalam tempat tahanan itu.

    Maka kata Captain John Clinton, "Ada satu jalansahaja yang boleh kita melepaskan diri, ia-itu kita galisatu lubang di-sini tetapi jangan jauh daripada kawatini," sambi! menunjok pada "kawat langkah" yangdi-rentangkan keliling kawasan itu.

    "Oh, membuat lubang itu aku tidak sanggup, "

    3

  • jawab Peter, "Kerana tempat-tempat yang dekatdengan "kawat langkah" itu sangat langgak, mudahkelihatan kapada pengawal-pengawal yang sedangberkawal di-dalam balai itu dan juga kapada kedua-dua orang yang sedang berkawal di-Iuar pagar. Danlagi sa-telah di-gali lubang, bagaimana pula hendakdi-buangkan pasir-nya?"

    Apabila mendengar jawapan Peter itu, maka Johnpun terdiam sa-jurus lama-nya sambiI berfikir danterus berjalan juga.

    Kemudian berkata Peter lagi, "Tetapi padafikiran-ku, John, tentu-Iah ada juga ikhtiar kita bagimembuangkan pasir itu dengan tidak sa-tahu pengawal-pengawal itu."

    "Ya, benar," jawab John, "sekarang elok-lahkita chari suatu benda yang boleh di-buat penyungkupatau penutup pasir itu supaya tidak kelihatan kapadapengawal-pengawal itu. Ada suatu benda yang bolehkita gunakan. £ngkau ingat-kah masa kita di-sekolahdahulu ada suatu benda dalam bilek senaman(gymnasium) di-perbuat daripada kayu di-namakan"kuda betina" ia-itu untok melompat dan menunggangbalek di-atas-nya?"

    "Ingat" jawab Peter.

    "Itu-Iah benda-nya yang akan kita buat sekarangdan bawa keluar ka-tempat lapang tiap-tiap hari danbermain-main di-atas-nya. Di-sabelah bawah kudabetina itu biar berongga supaya sa-sa-orang bolehmenggali tanah di-bawah-nya ketika orang-orang lainmelompat di-atas-nya."

    "Bagaimana hendak di-buangkan pasir itu sa-telahdi-gali lubang?" kata Peter bertanya.

    4

  • "Kita terpaksa membawa-nya balek ka-rumahtempat tinggal kita bersama-sama dengan kuda betinaitu tiap-tiap hari. Kita gunakan-Iah buntil (kit bag)atau sa-umpama-nya untok mengisi pasir itu."

    "Kuda itu hendak-Iah di-buat kukoh hetul, John."

    "Oh, perkar itu mudah sahaja, boleh-Iah kitaikhtiarkan. "

    * * •

    M~MBUAT KUDA B~TINA

    T 1ADA berapa lama lepas itu maka di-buat-Iah olehmereka suatu kuda betina yang di-katakan itu;tinggi-nya empat kaki enam inehi, dan tapak-nya limakaki panjang dan tiga kaki lebar. Dinding-nya yang

    \

    di-kiri kanan itu di-perbuat daripada papan nipis yangberlapis; papan itu di-perolehi daripada peti barang-barang yang di-kirim kapada mcreka oleh PersekutuanSengkang Merah (Qed Cross). Di-bahagian atas kudabetina itu di-Iapek dengan tilam serta kain lembutsupaya tidak sakit apabila melompat di-atas-nya. Rainini pula di-ambil daripada peti-peti cigarette yang di-kirim dari England untok orang-orang tawanan denganmelalul Sengkang Merah itu juga.

    Ada empat lubang di-buat pada dinding kiri kanankuda betina itu ia-itu dua lubang di-tiap-tiap suatudinding. Besar-nya lubang itu ia-Iah empat inehipanjang dan tiga inchi lebar. Jadi-nya apabila di-ehuehokkan dua batang kayu melalullubang-Iubang itu,maka kuda betina itu dapat-Iah di-pikul oleh empatorang dan di-bawa ka-mana suka.

    5

  • John telah menyediakan poster sabagai i'lanmengatakan bahawa pelajaran senaman (gymnastic)akan di-adakan tiap-tiap petang dalam tempat tahananitu. Beberapa orang tahanan yang tahu sadikit-sadikitberchakap Jerman Wah di-pileh untok melayanberchakap dengan soldadu-soldadu Jerman yang sedangmengawal itu serta menerangkan kapada merakabahawa ada pun senaman melompat-Iompat di-atas kudabHina itu ia-Iah suatu kegemaran orang-orang Inggeris.

    Tiada berapa hari lama-nya lepas itu kelihatan-Iahsuatu pasokan orang-orang tahanan itu berjalan dalamsuatu barisan dan berhenti dekat dengan kawat langkahitu. Mereka berpakaian seluar pendek. Empat orangya:tg kuat sa-kali antara mereka, memikul kuda bHinaitu di-bawa ka-tempat itu. J{emudian pasokansenaman itu pun berbaris-Iah dan melompat di-ataskuda betina itu H~pas sa-orang sa-orang di-bawaharahan sa-orang sa-orang daripada orang-orang tawananitu juga sa-bagai kHua pasokan itu. Berbagai-bagai- "-lah jenis lompat dan tunggang balek yang di-Iakukan ~oleh mereka di-atas kuda bHina itu dengan tidakberhenti-henti hingga pengawal-pengawal yang mula-mula-nya seronok memerhatikan pennainan itu punberasa jemu. melihat-nya dan mengubahkan peman-dangan mereka ka-tempat lain pula.

    Boleh di-katakan kesemua-nya ahli-ahli dalampasokan senaman itu pandai bermain dan melompat-lompat atas kuda betina itu melainkan sa-orang sahajayang lemah sadikit. Gaya ia melompat itu pun burokbenar nampak-nya. Tiap-tiap kali apabila ia chobamelompat dan tidak lepas, ia di-tertawakan olehsakalian orang-orang tawanan itu. Tetapi makin iadi-tertawakan itu maka sa-makin kuat lagi 'azam-nya

    6

  • hendak melompat dengan jaya-nya saperti orang-oranglain itu juga. Oleh itu ia pun choba-lah melompatlagi. Sa-kali ini entah bagaimana-kah salah langkah-nya maka ia pun jatoh terjerumus atas kuda itu hinggaterbalek-lah benda itu. Jadi-nya kelihatan-Iah kapadapengawal-pengawal yang maseh melihat permainan ituakan bahagian dalam kuda betina itu ia-itu kosongsahaja, tidak berisi apa-apa. Maka oleh ahli-ahlipasokan senaman itu pun di-angkat dan di-betulkan-nya-lah balek kuda itu. Kemudian mereka punmula! bermain sa-mula.

    Sa-telah penat bermain itu maka mereka punmemikul dan membawa-lah kuda betina itu balek ka-tempat makan (canteen) mereka. Pada keesokanhari-nya di-bawa-nya pula keluar kerana bermain itu;demikian-lah kerja mereka tiap-tiap hari.

    * * *

    MENGGALI LUBANG DALAM TANAH'

    PADA suatu hari kira-kira sa-minggu lama-nyalepas mengadakan pasokan gymnastic itu, makakelihatan-lah Peter dengan John berjalan-jalan keliling"kawat langkah" itu.

    "Jarak antara tempat kita melompat dengan kawatlangkah itu ada kira-kira 45 kaki" kata Peter sambilberjalan itu, "dari kawat langkah ka-pagar itu pula adakira-kira 30 kaki. Jadi semua-nya 75 kaki; kemudianlebar pagar itu pula 8 kaki; jadi-Iah 83 kaki panjangsemua-nya. Kita mesti keluar sa-kurang-kurang-nya30 kaki dari pagar itu kerana takut kalau-kalau nampakoleh pengawal-pengawal itu. Jadi-nya hendak-lah

    7

  • kita rnenggali lubang dalarn tanah itu kira-kira 113 kakisernua-nya. Itu pun kalau lubang itu lurus betu!.Kalau ada batu atau akar dalarn tanah itu, terpaksa-Iahkita rnernesong atau rnenyirnpang sadikit. Oleh itukatakan-Iah panjang-nya lubang dalarn tanah yanghendak cli-gali itu 120 kaki sernua-nya".

    "Ya betul kata engkau itu" jawab John.

    Pada petang itu Peter telah rnenyediakan keping-keping papan yang di-lekangkan clari-pada petibarang-barang, ia-itu untok rnengarnpu dan rnenahan-kan tanah yang di-sa-belah atas clan di-kiri kananlubang yang akan di-gali oleh mereka itu supaya tanahitu tidak runtoh atau rebak.

    John pula telah mernbuat dua belas karong ataubuntil daripada kaki seluar panjang yang telah di-potongdi-buat seluar pendek kerana boleh di-katakan ramai-lah daripada orang-orang tawanan itu yang lebeh sukarnemakai seluar pendek daripada seluar panjang.

    Changkok-changkok pun ada-Iah juga di-sediakanmereka untok menggantongkan karong-karong itu di-sabelah dalarn kuda betina rnereka. Sa-lain daripadaitu di-buat mereka dua lubang kechil di-tanah, suatulagi di-sabelah hadapan-nya, sa-bagai tanda supayakuda itu terletak tepat betul pada ternpat-nya tiap-tiaphari.

    * * *M~NGGALI LUBANG DANM~MBUANGKAN PASIR·NYA

    TIAP-TIAP hari di-bawah-Iah rnereka kuda bHinaitu ka-ternpat biasa. Pada suatu hari kuda itukelihatan berat sahaja dan orang-orang yang rnernikul-

    8

  • nya pun berjalan huyong-hayang sambi! mcrekameletakkan kuda itu pada tempat-nya kemudianmereka pun muIai-lah bennain di-atas-nya.

    John Wah sedia ada di-dalam kuda betina itu. Iamasok ka-dalam-nya ketika kuda itu sedang Mndakdi-bawa orang keluar ka-tempat senaman itu.Bersama-sama-nya di-bawa-nya karong-karong tadiserta sudip Iepa, ia-itu suatu jcnis sudip yangdi-gunakan oleh tllkang batu bagi meratakan cement.

    Maka sambil ahIi-ahli pasokan gymnastic meIom-pat-Iompat dan bertunggang balek di-atas kuda betinaitu, John pun mllIai-lah menggali Iubang di-tanah danmemasokkan pasir hitam yang di-atas itu ka-dalamkotak yang di-bawa juga bersama-sama-nya, danmemasokkan tanah liat yang di-bawah itu di-dalamkarong yang di-perbuat daripada kaki-kaki seluar itu.

    Maka di-dalam kuda bctina itu amat-lah panas.John pun m111ai bcrpeloh. Sa-telah menggali Iubangsa-berapa dalam yang dapat pada hari itu, makadi-tutup-nya-lah mulut Iubang itu dengan sa-kepingpapan dan di-atas papan itu dan juga c1i-serata tempatyang di-liputi oleh kuda betina itu, di-taborkan-nyapasir menutupi segala bekas-bekas tapak kaki danjari-nya itu. Kemudian di-panggil-nya Peter perlahan-lahan mengatakan kerja-nya pada hari itu telahsiap. Sa-bentar Iagi kelihatan-lah empat orangdaripada ahli-ahli pasokan gymnastic itu memikul kudabetina itu dengan JaIm dan karong-karong yang berisipasir di-dalam-nya, di-bawa balek ka-tempat makanrnereka. Serta sampai John pun keluar-lah dan pasiryang di-dalam karong-karong itu pun di-taborkan-Iaholeh mereka merata-rata tempat di-kawasan tempatmakan itu.

    9

    COVER PAGETITLE PAGEDALAM TEMPAT TAHANANMEMBUAT KUDA BETINAMENGGALI LUBANG DALAM TANAHMENGGALI LUBANG DAN MEMBUANGKAN PASIR-NYA