dunia adalah sebuah apartmen

22
WACANA “DUNIA ADALAH SEBUAH APARTMEN” karya DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN Pembicaraan Pemikiran Melayu dalam cerpen : Sahabat, Menjadi Tua & Dalam Kabus. AI NA NABI LA BI NTI AHMAD | 21123031 APN 4132 KARYA & MASYARAKAT DR . SHAMSUDI N OTHMAN

Upload: aina-nabila-ahmad

Post on 14-Jul-2015

1.115 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dunia adalah sebuah apartmen

WACANA “DUNIA ADALAH SEBUAH APARTMEN”

karya DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN

Pembicaraan Pemikiran Melayu dalam cerpen :

Sahabat, Menjadi Tua & Dalam Kabus.

AI NA NABI LA BI NTI AHMAD | 21123031

APN 4132 KARYA & MASYARAKAT

DR. SHAMSUDI N OTHMAN

Page 2: Dunia adalah sebuah apartmen

LATAR BELAKANG ANWAR RIDHWAN

Merupakan Sasterawan Negara yang ke – 10.

Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di

Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949.

Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)

dari Universiti Malaya.

Kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana

Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah

(Ph.D)(1998).

Bekerja dan akhirnya bersara pada tahun 2005

dengan jawatan Pengarah Penerbitan DBP dan

kini merupakan Dekan Fakulti Penulisan

ASWARA.

Page 3: Dunia adalah sebuah apartmen

Terkenal sebagai seorang novelis dan penuliscerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hariTerakhir Seorang Seniman memenangi HadiahNovel Gapena-Yayasan Sabah, 1979.

Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangiHadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah PerjalananTerakhir (1971), Dunia adalah SebuahApartmen (1973), Sesudah Perang (1976) (edisibahasa Rusia oleh Victor Pogadaev 1996)dan Dari Kiev ke Moskova (1992).

Karya beliau yang diilham dan disiapkan diJepun pada tahun 2001 berjudul NaratifOgonshoto memenangi Hadiah SasteraPerdana Malaysia 2000/2001.

Page 4: Dunia adalah sebuah apartmen

ANUGERAH & PENCAPAIAN :

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan

Terakhir (1971)

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah

Sebuah Apartmen (1973)

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah

Perang (1976)

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran.

Hadiah Karya Sastera Malaysia -

Cerpen Sahabat (1982)

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi

Tua (1983)

Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran

Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir

Seorang Seniman (1979)

Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus

Anugerah Sasterwan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009

Page 5: Dunia adalah sebuah apartmen

PENGENALAN

Dunia Adalah Sebuah Apartmen, kumpulan

cerpen Sasterawan Negara Anwar Ridhwan

yang memuatkan 20 buah cerpen yang

memaparkan pelbagai

tema, persoalan, sejalur dengan gelora

perjalanan sejarah tanah air.

Tiga cerpen utama dipilih bagi

membicarakan persoalan psikologi Melayu

yang terhimpit antara budaya, persekitaran

dan pemikiran Barat dengan penekanan jati

diri bangsa melalui penelitian cerpen

Dalam Kabus, Sahabat dan Menjadi Tua.

Page 6: Dunia adalah sebuah apartmen

Ketiga-tiga cerpen ini antara lain

memperlihatkan konflik jiwa anak-anak

Melayu yang berada dan selepas pulang

dari negara Barat. Mereka terjebak

antara pengaruh Barat dan jatidiri

bangsa yang telah lama berakar di

dalam diri.

Kekeliruan dan desakan pengaruh Barat

cuba diredakan dengan nilai moral dan

keagamaan yang tinggi dimana cuba

diterapkan oleh pengarang secara halus,

sinikal dan berkesan.

Page 7: Dunia adalah sebuah apartmen

Pengarang antara lain menonjolkan sikap beberapawatak Melayu yang digambarkan sebagai kacanglupakan kulit. Watak-watak lebih gemar menjadiorang Barat berbanding berpijak di bumi yang nyata; menjadi Melayu.

Ketiga-tiga cerpen ini melalui pelbagai cubaan dangelombang hidup (suka duka) ketika di rantauansehingga mempengaruhi aspekfizikal, persepsi, emosi,motivasi, ingatan dankhayalan, personaliti, perlakuan, pemikiran, weltanschauung(world view) norma, sosial dan budaya Melayumereka.

Setiap tindakan yang diambil dan tingkah laku yang dibuat melambangkan inisiatif untuk menghadapirisiko, dan keberanian untuk mengatasi risiko itu. Inisiatif dan keberanian ini digerakkan olehnaluri, keperluan, desakan dan motivasi masing-masing.

Page 8: Dunia adalah sebuah apartmen

SINOPSIS CERPEN “SAHABAT”

Cerpen “Sahabat” mengisahkan pengalaman dankehidupan suka duka dua orang pelajar yang menuntut diAmerika Syarikat. “Aku” ialah mahasiswa di UniversitiNew York dan Ismail pula ialah mahasiswa di UniversitiColumbia. Tanpa pengetahuan awal “Aku”, Ismail telahmembawa isterinya bersama. Mereka telah menyewasebuah apartmen dua bilik di tingkat dua di 104th Streetkepunyaan seorang usahawan Melayu yang bernamaYaakob (Mr Jacob).

Yaakob telah lama bermastautin di New York. Selepastiga bulan berada di rantauan, “Aku” dan Ismail terpaksaberhadapan dengan Yaakob yang amat tegas danberpegang pada perjanjian kontrak hitam dan putih.Harapan untuk mendapatkan belas ihsan danpenangguhan daripada Yaakob ternyata meleset. Alasanbahawa mereka lambat menerima biasiswa daripadaMSD (Malaysia Students Department) di Washingtonuntuk membayar sewa apartmen tidak diterima Yaakob.

Page 9: Dunia adalah sebuah apartmen

Cerpen “Sahabat” memperlihatkan latarkejiwaan yang hebat pada watak “Aku” dengan Yakoob. Dua orang watak Melayuyang berbeza umur danpemikiran, berjumpa dalam takdir; menetap di tempat yang sama di New York.

- “Aku” terlalu kagum denganYaakob, seorang usahawan dan memilikibangunan pangsapuri sendiri keranaYaakob adalah orang kampungnya, timbulrasa bangga di dalam diri

“ Aku” dan tanpa sedar Yaakob di New York bukanlah Yaakob yang dikenalinyadahulu,di kampung. Yaakob secaratotalnya berubah menjadi orang Inggeriscelup di New York.

Page 10: Dunia adalah sebuah apartmen

Keeogan dan sikap sombong Melayu yang telahberjaya di rantauan terhadap orang sebangsanyaditunjukkan pengarang melalui watak Yaakob.

-“Aku” pergi berjumpa dengan Yaakob dua kali untukmeminta Yaakob agar menangguhkan bayaransewanya bagi bulan ketiga kerana MSD diWashington belum menghantar duit. Ketikaitu, “Aku” dihina oleh Yaakob dengan panggilananak kampung. “Aku” dan sahabatnya, Ismail terpaksa akur dengan perintah Yaakob yang menyuruhnya membuat kerja-kerja mengikisbangunan dan mengecatnya semula. Pada ketikaitu juga “Aku” dan Ismail disuruh berpakaian buruk, malah lebih buruk daripada hamba abdi.

- “Aku” yang tidak tahan dengan sikap tidakbertimbangrasa Yaakob, mengatakan bahawaYaakob bukan orang Melayu.

Page 11: Dunia adalah sebuah apartmen

Kesusahan pelajar Melayu di rantauan.

- “Aku” dan sahabat baiknya Ismail sertaisteri Nuriah menghadapi kesusahandalam kewangan apabila tidak dapatmembayar sewa pada tarikh yang ditetapkan. Dalam pada yang sama, Nuriah hampir melahirkan anak, dan inimembuatkan rasa tidak senang hatinyapada Ismail yang tidak merancang halkeluarga dengan baik.

- Ismail pula digambarkan sebagai seoranglelaki yang tidak memikirkan masa depan. Berkahwin dengan Nuriah dan bakalmenimang cahaya mata. Tetapi tidakmempunyai kewangan yang kukuh. Kesusahan ini antara lain terpakasa dipikulbersama “Aku“.

Page 12: Dunia adalah sebuah apartmen

Kelemahan jati diri Melayu pada watak

Yaakob.

- Yaakob tidak bangga dengan nama

asalnya lalu menukar kepada Jacob

bagi memperlihatkan keInggerisan di

dalam dirinya.

- Berbalik kepada latar diri

Yaakob, Yaakob dahulunya bersekolah

di sekolah Inggeris dan berkawan

dengan orang Cina di kampungnya dan

barangkali, kehidupannya dahulu sudah

diamalkan secara stail Inggeris.

Page 13: Dunia adalah sebuah apartmen

SINOPSIS CERPEN “DALAM KABUS”

CERPEN “Dalam Kabus” karya Anwar Ridhwanmemancarkan kegelisahan jiwa bekas pekerja lombong besikepunyaan sebuah syarikat perlombongan dari AmerikaSyarikat bernama Mazlan. Kegelisahan jiwa yang menghantuifikiran Mazlan dan pekerja yang lainnya itu adalahdisebabkan tindakan majikan menutup lombong tersebut.Persoalan kelembapan ekonomi muncul dari awal hinggaakhir cerpen ini terutama setelah lombong besi itu ditutup.Mazlan gusar menghadapi kemerosotan ekonomi itu apabilamengenangkan masa depan anak lelakinya yang sedangmenuntut di North Carolina State University, diRaleigh, Amerika.

Mazlan dan keluarganya mengamalkan cara hidup Barat.Pengaruh ini bukan saja jelas digambarkan dalam hal yangberhubungan dengan perhiasan rumah, makanan sehari-hari,permainan malah dalam hubungan kekeluargaan.Kegelisahan jiwa Mazlan dan pekerja-pekerja lain berakhir dipenghujung plot cerpen apabila Mazlan menjumpai sejenisbatu (permata) yang bernama serpentin yang cukup bernilaidi puncak sebuah bukit yang terletak tidak jauh daripadapenempat pekerja-pekerja lombong itu.

Page 14: Dunia adalah sebuah apartmen

Cerpen ini memperlihatkan pengaruh barat yang begitu jelas digambarkan dalam kelurga Mazlanberhubungan dengan perhiasan rumah, makanansehari-hari, dan permainan malah dalam hubungankekeluargaan. Sejak Mazlan, Minah dan anaknyaSalmah (Sally) tinggal di penempatan itu merekamengikut rentak menyediakan makanan caraAmerika.

Mereka mula mengenali sirloin steak dan mulamengenakan apron sewaktu menyediakanmakanan. Dalam konteks pakaian pula merekamula mengamalkan wangi-wangian yang berjenama atau brand dan mahal sepertiBrut, Madams Rochas, Christion Dior dan Eu daCologna. Semuanya ini tidak akan menjadi amalankeluarga Mazlan, sekiranya Mazlan kekal seorangnelayan. Dalam lingkungan keluarga pula merekatidak lagi mengamalkan panggilanayah, ibu, sayang tetapi bertukar kepadapapa, mummy, dan darling.

Page 15: Dunia adalah sebuah apartmen

Pengarang juga menggambarkan

betapa bekas pekerja lombong besi

yang pernah menikmati hidup mewah

kira-kira sepuluh tahun itu

juga, melupakan permainan

tradisional, sebaliknya bertukar

kepada permainan badminton, tenis

dan karom.

Terselit juga sikap orang Melayu pada

wakti itu yang boros atau tiada

berhemat dalam perbelanjaan pada

masa mewah dan tidak ada

kesedaran untuk menabung atau

menyimpan sewaktu kesusahan.

Page 16: Dunia adalah sebuah apartmen

Dalam Kabus juga menunjukkan orang Melayujuga mampu berjaya dan mengubah hidupbangsa sekiranya berusaha dan bekerjabersungguh-sungguh. Dalam cerpen ini pentingmelihat pemikiran orang Melayu harus beradapada tahap yang positif dan melihat ke hadapan.

- Mazlan dahulunya bekerja sebagai buruh selama10 tahun dan selalu memikirkan masa depankeluarganya apabila tempat perlombongan sudahditutup kerana tidak ada lagi bijih besi yang bolehdilombong. Akhirnya dia menemui satu sejenisbatu (permata) yang bernama serpentin yang cukup bernilai di puncak sebuah bukit yang terletak tidak jauh daripada tempat pekerja-pekerja lombong, dan terbukalah pintu rezekibuatnya dan sahabat-sahabat lain apabilalombong besi menjadi lombong jed.

Page 17: Dunia adalah sebuah apartmen

SINOPSIS CERPEN “MENJADI TUA”

Mengisahkan tentang watak Hasan yang belajar di luar

negara, University Of New York. Walaupun berada agak

lama di Manhattan , Hasan sentiasa terimbau zaman kecil

suatu ketika dahulu di tanah air.

Hasan kemudian mula mengenali seorang gadis berkulit

putih bernama Laura apabila menghadiri kelas Critics On

The Art. Mereka bersahabat dan akhirnya menjadi rapat.

Sehinggalah pada suatu ketika, Hasan seakan terikat

dengan budaya barat apabila terlalu rapat dengan Laura.

Hasan mula keluar ke restoran-restoran mahal, menonton

pertunjukan seni yang mahal, berciuman, berpegangan

dengan Laura seolah tidak ada batasan antara mereka.

Sampai suatu masa, Laura menyatakan rasa cintanya

pada Hasan. Hasan berbelah bahagi untuk menerima

Laura kerana teringat akan pesan ibunya untuk tidak

berkahwin dengan orang putih. Pun begitu, Hasan

meminta sedikit masa dari Laura untuk memberikannya

jawapan.

Page 18: Dunia adalah sebuah apartmen

Cerpen Menjadi Tua memperlihatkan

watak Hasan, seorang lelaki Melayu

yang berada di perantauan;

Manhattan tetapi tetap mengingati

asalnya.

- Hassan mengimbau kenangannnya di

tanah air sewaktu makan tengah hari

bersama Laura. Hasan teringat akan

masakan tanah air, nasi putih yang

masih panas, dengan goreng berlada

ikan sembilang, ulam pegaga dan

sambal belacan.

Page 19: Dunia adalah sebuah apartmen

- Hasan antara lain kerapkali berkata

kepada Laura “ Aku ini orang

Timur, suka bertanya yang peribadi

sifatnya. Menunjukkan salah satu

keperibadian orang timur yang suka

mengambil berat atau mengambil tahu

hal orang lain.

Hassan menceritakan kisahnya

sewaktu kecil tentang neneknya dan

sempat diselitkan kisahnya bersunat.

Page 20: Dunia adalah sebuah apartmen

Penulis juga masih menunjukkan krisis budayayang berlaku pada watak orang Melayu yang berada di rantauan pada watak Hassan.

- Hassan mula keluar ke restoran mahal danmenghadiri ke pertunjukan seni yang mahal-mahal bersama Laura di sekitar Manhattan bersama Laura walaupun dia tidaklahmempunyai wang yang cukup.

- Keakraban Hasan dan Laura membuatkanterkikisnya nilai Timur yang selama ini dijaganya. Hassan mula berpegangan dan berciumandengan Laura tanpa menolak.

- Desakan ibunya untuk tidak membenarkanHassan berkahwin dengan orang kulit putihmembelenggu dirinya apabila Laura menyatakancinta kepadanya pada suatu malam melaluitelefon.

Page 21: Dunia adalah sebuah apartmen

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ketiga-ketiga cerpen

yang dikaji memperlihatkan pemikiran

Melayu yang pelbagai, baik dari segi

budaya, nilai kehidupan, latar sosial dan

sebagainya. Anwar Ridhwan secara

halusnya mengkritik dimana, pengaruh

luar mudah sekali meresap ke dalam

jiwa dan jati diri Melayu sekiranya tidak

dijaga dan dipelihara dengan baik.

Page 22: Dunia adalah sebuah apartmen

Orang Melayu juga harus bangun dan

membuktikan mereka juga mampu

berjaya dan dalam masa yang sama

berpegang pada landasan agama yang

benar dan mengekalkan nilai budaya

tanpa ada sebarang pengaruh.

Pemikiran Melayu juga harus berda

pada minda yang matang dan

tinggi, iaitu harus berpelajaran dan

berfikiran terbuka dalam menjadikan

Melayu sebagai bangsa yang dihormati

dan dipandang masyarakat lain.