malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman...

32
1.0 KONSEP ETNIK, AGAMA DAN BUDAYA Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman dan bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat serta menuju ke arah status Negara maju melalui cita-cita wawasan 2020 . Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Masyarakat berbilang kaum bermaksud masyarakat yang berbeza dari beberapa aspek seperti etnik, agama dan budaya. Konsep etnik, agama dan budaya memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan perpaduan antara rakyat Malaysia. Konsep-konsep asas ini perlu didedahkan kepada rakyat secara terperinci bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia serta mengelakkan perselisihan faham. Pertama sekali konsep yang memainkan peranan yang menjadikan masyarakat malaysia dalam kumpulan-kumpulan tertentu ialan konsep etnik. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Selain itu, ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. Etnik juga didefinisikan sebagai: An ethnic group is defined as a collectivity within a larger society having real or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns, physical contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal affiliation, nationality, or any combination of these. (Schermerhorn, R. 1996:17) Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia. Ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula Page | 1

Upload: magesswari-muniandy

Post on 12-Aug-2015

37 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

1.0 KONSEP ETNIK, AGAMA DAN BUDAYA

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang

berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup

dalam suasana aman dan bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang

pesat serta menuju ke arah status Negara maju melalui cita-cita wawasan 2020 .

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Masyarakat berbilang kaum bermaksud masyarakat yang berbeza dari beberapa

aspek seperti etnik, agama dan budaya. Konsep etnik, agama dan budaya

memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan perpaduan antara rakyat

Malaysia. Konsep-konsep asas ini perlu didedahkan kepada rakyat secara terperinci

bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia serta mengelakkan

perselisihan faham.

Pertama sekali konsep yang memainkan peranan yang menjadikan

masyarakat malaysia dalam kumpulan-kumpulan tertentu ialan konsep etnik. Istilah

etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu

kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Selain itu,

ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan

kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal

usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional,

makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah

menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan

masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. Etnik juga didefinisikan sebagai:

“An ethnic group is defined as a collectivity within a larger society having real

or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and

cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of

their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns,

physical contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal

affiliation, nationality, or any combination of these.” (Schermerhorn, R.

1996:17)

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia. Ia juga tidak

memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu

Page | 1

Page 2: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu

sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan

turun-temurun daripada nenek moyang itu.

Pada masa yang sama, etnik dibahagikan kepada dua kategori iaitu

perbezaan budaya dan demografi. Kategori pertama ialah perbezaan budaya yang

bermaksud sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola

keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan

ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun,

melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Kategori kedua ialah demografi

iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan

Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

Seterusnya, konsep agama yang memberi identiti kepada kumpulan etnik.

Agama merupakan salah satu prinsip yang dimiliki oleh setiap manusia untuk

mempercayai Tuhan dalam kehidupan mereka. Agama muncul dalam kehidupan

manusia dalam berbagai dimensi dan sejarahnya. Lebih-lebih lagi, agama juga

merupakan suatu sistem kehidupan yang khusus menghubungkan antara manusia

dan tuhan yang merangkumi aspek-aspek kepercayaan, peribadatan dan tatacara

dan kehidupan.

Dari perspektif lain, pergertian agama dari segi bahasa adalah berasal

daripada bahasa Sanskrit yang terdiri daripada dua suku kata ‘a’ yang bermaksud

cara dan ‘gama’ yang bermaksud jalan. Cantuman antara kedua suku kata ini

memberi pengertian agama sebagai cara-cara berjalan atau cara-cara untuk sampai

kepada keredhaan Tuhan. Istilah agama ialah kepercayaan kepada ruh nenek

moyang, kuasa ghaib, dewa, tuhan dan sebagainya.

Disamping itu, sarjan-sarjan barat juga memberi pandangan tentang agama.

Auguste Comte ( 1798-1858 ), merumuskan agama sebagai jawapan dari cara

berfikir manusia dan masyarakat yang cenderung mencari jawapan tepat dari

berbagai masalah alam dan kehidupan. Selain dari itu, Karl Marx ( 1818-1883 ),

anak seorang pengacara yahudi yang dikenal sebagai ilmuwan yang beraliran

sosialis memandang agama bertentangan dengan kemajuan. Bagi mendapatkan

keuntungan kebendaan, atas nama tuhan, pahala, dosa, dan syurga.

Page | 2

Page 3: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Tidak dapat dinafikan bahawa, agama dibahagikan kepada beberapa jenis

menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama

yang sahih dan agama sesat. Kriteria pertama ialah dari segi penyebaran. Dari segi

penyebaran sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu agama universal

dan agama folk. Agama universal merupakan agama-agama yang "besar" dan

mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia.

Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa.

Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha. Agama Folk merupakan agama

yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya

hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya, agama Sikh.

Kriteria kedua adalah dari segi sumber rujukan. Semua agama menganggap

ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga.

Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu

agama bersumberkan wahyu dan agama budaya. Agama bersumberkan wahyu

merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan

daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada

itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang

muktamad. Contohnya, agama Yahudi, Kristian, Islam. Agama Budaya merujuk

kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini

mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti

pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya, agama Buddha, Hindu.

Kriteria ketiga ialah dari segi tanggapan ketuhanan membawa maksud

bahawa agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza

mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan.

Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis iaitu

agama monoteisme dan agama politeisme. Agama monoteisme merupakan agama

yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan.

Contohnya, agama Islam. Agama politeisme merupakan agama yang menganggap

bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan

boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat

China.

Page | 3

Page 4: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Dalam hal ini juga, dapat melihat bahawa agama berfungsi untuk menjaga

kebahagiaan hidup. Manakala, terdapat beberapa fungsi agama dari segi sains

sosial. Fungsi agama pertama ialan memberi pandangan dunia kepada satu-satu

budaya manusia. Hal ini kerana, agama dikatakan memberi pandangan dunia

kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia dan

juga kedudukan manusia di dalam dunia. Fungsi kedua adalah menjawab pelbagai

soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Apa yang dimaksudkan ialah

sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang

tidak terjawab oleh akal manusia sendiri.

Tambahan pula, fungsi ketiga ialah memberi rasa kekitaan kepada sesuatu

kelompok manusia. Umpamanya, agama merupakan satu faktor dalam

pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan

keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku,

pandangan dunia dan nilai yang sama. Fungsi agama terakhir adalah memainkan

fungsi kawalan sosial. Seperti mana kebanyakan agama di dunia adalah menyaran

kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan

kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.

Akhirnya, konsep budaya mementingkan cara hidup manusia yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Konsep budaya mempunyai

perkaitan yang rapat dengan  kehidupan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum,

bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya

satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya adalah satu cara hidup yang

dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk

terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Budaya

merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan

agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa

Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan

melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika

dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga

Page | 4

Page 5: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim,

1963)

Terdapat beberapa istilah yang mentakrif perkataan budaya. Mengikut sudut

etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua

perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau

sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan

upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang

digerakkan oleh budinya. Dari pandangan inggeris pula, istilah “culture” berasal dari

perkataan Latin “colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau

menanam. Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan

pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan

kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada

masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk seseorang

yang mempunyai “culture”.

Selain itu, sumber-sumber juga mengandungi maksud kepada perkataan

budaya iaitu Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai,

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,

sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural

features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed

from within".

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh

didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan

meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,

adat resam, sikap dan nilai. Seterusnya mengikut judul ‘Kebudayaan Secara Umum’

oleh Asmad, erti budaya yang paling umum dan mudah difahamkan ialah cara hidup

sesuatu masyarakat atau sesuatu bangsa.

Tambahan pula, terdapat pelbagai pandangan tokoh-tokoh memberikan

pengertian tentang kebudayaan. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw

Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat

Page | 5

Page 6: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki

masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi sebagai

fahaman determinisme budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai

sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan

konsep ini disebut sebagai organik lampau.

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan

pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur

kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang

membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui

oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh

yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,

undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi

oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara,

iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan

sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Intihanya, daripada kesemua pengertian diatas, kebudayaan dapat

disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan

pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani danjasmani yang menjadi amalan

untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Sebenarnya, budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaaan

dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan

kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.

Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan

orang Inggeris. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat

dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam

menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak

lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india

hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak lelaki.

Justeru, terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya.

Pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti.

Kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu

Page | 6

Page 7: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu

keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu

himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak

biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan

sekeliling.

Namun, budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi

sesuatu budaya ialah boleh dipelajari. Budaya tidak akan lahir secara semula jadi

malah ia perlu dipelajari. Mempelajari budaya melibatkan beberapa proses seperti

difusi, akulturasi, adaptasi, asimilasi dan integrasi. Pembelajaran budaya juga

berlaku dalam keadaan disedari atau tidak disedari, secara langsung atau tidak

langsung serta formal dan tidak formal.

Ciri kedua ialah boleh dikongsi iaitu unsur-unsur budaya dalam sesebuah

masyarakat adalah dikongsi oleh anggotanya. Ini bermaksud setiap perlakuan yang

diamalkan harus dilakukan, disokong, diiktiraf dan dirasai sebagai milik bersama

oleh semua anggota masyarakat. Budaya tidak boleh dianggap sebagai budaya jika

hanya seorang sahaja yang mengamalkannya. Ciri ketiga ialah boleh diwarisi.

Kebudayaan itu juga adalah diwarisi dari generasi terdahulu kepada generasi terkini.

Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah

lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi

kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.

Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Perubahan merupakan ciri budaya keempat. Budaya sentiasa berubah dan

tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada

perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah

digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan

dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi

kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Ciri budaya kelima ialah sejagat. Semua masyarakat di dunia mempunyai

budaya oleh itu menjadikan budaya itu bersifat sejagat atau universal. Namun

begitu, budaya yang dimiliki itu adalah berbeza-beza. Ia disebabkan oleh faktor alam

semula jadi, tahap penyesuaian anggota masyarakat dan pengaruh luar yang

pernah meresap dalam budaya berkenaan. Sebagai contoh setiap masyarakat di

Page | 7

Page 8: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

dunia mempunyai bahasa yang tersendiri. Simbolik merupakan ciri budaya keenam.

Simbolik dalam budaya boleh difahami oleh pendokong kepada sesuatu unsur

budaya tersebut. Sebagai contoh ialah keris yang sangat bernilai dalam masyarakat

Melayu yang melambangkan kekuatan dan kepahlawanan dan diletakkan di satu

tahap yang tinggi.

Seterunya sistem perlambangan merupakan ciri budaya ketujuh. Sistem

perlambangan dalam kebudayaan boleh memberi pengertian tertentu kepada

anggotanya, difahami dan dihormati oleh anggota masyarakat yang mendokong

budaya tersebut. Sistem perlambangan dibahagikan kepada lambang (simbol) dan

isyarat. Lambang perlu dihormati sementara isyarat perlu dipatuhi. Lambang bersifat

arbitrari dan mempunyai makna tertentu mengikut kelompok masyarakat. Contohnya

bendera Jalur Gemilang adalah signifikan kepada masyarakat Malaysia. Isyarat pula

merupakan objek dan perlakuan dalam budaya yang memberikan arahan tertentu

seperti menggamitkan tangan membawa maksud mengarahkan seseorang untuk

datang ke arahnya.

Ciri budaya terakhir ialah pandangan dunia. Kehidupan manusia tidak dapat

dipisahkan dengan alam semula jadi. Oleh itu ia mendorong manusia untuk

memberikan tafsiran terhadap alam sekeling ke dalam kehidupan seharian mereka.

Contohnya dalam masyarakat Melayu, untuk menggambarkan sesuatu yang tinggi ia

seringkali dikaitkan dengan gunung; seperti “cita-citanya tinggi menggunung”,

sementara untuk menunjukkan kesungguhan seperti “gunung yang tinggi akan

didaki” dan sebagainya.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan

bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang

sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan

suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Trens konsep Satu

Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat

tanpa mengenal etnik, agama dan budaya.

Page | 8

Page 9: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

2.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI

DAN MENGURUSKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat

majmuk yang diwakili oleh etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan kumpulan

etnik minoriti yang lain. Taburan peratus penduduk Semenanjung Mlaysia ialah

Melayu (62%), Cina (29%), India (8%) dan bangsa lain (1%). Ketiga-tiga kaum

utama, iaitu Melayu, Cina dan India ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain

dari segi bangsa, agama, bahasa, budaya, tempat tinggal dan cara hidup. Walaupun

terdapat pelbagai kaum, perpaduan amat diberi keutamaan dalam negara kita

supaya dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Kini, terdapat

banyak cabaran yang dihadapi oleh semua pihak dalam menangani dan

menguruskan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara cabaran-cabarannya adalah cabaran dari segi sosial, cabaran dari

segi ekonomi, cabaran dari segi politik, cabaran dari segi nilai dan agama serta

cabaran dari segi globalisasi. Cabaran-cabaran tersebut tidak seharusnya dibiarkan

begitu sahaja, malah perlu diberi pertimbangan supaya dapat menyelesaikan

masalah-masalah perpaduan kaum dan seterusnya menjaga identiti dan nama baik

negara Malaysia.

Apabila kita menyentuh cabaran pertama iaitu cabaran dari segi sosial,

pemisahan fizikal menjadi salah satu cabaran untuk menangani dan menguruskan

perpaduan kaum di Malaysia. Isu ini kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang

diperkenalkan oleh penjajah British. Dulu, masyarakat ditempatkan di lokasi-lokasi

yang tertentu mengikut kaum. Contohnya adalah kaum Melayu ditempatkan di

kampung, kaum Cina pula ditempatkan di bandar dan kaum India pula ditempatkan

di estet. Selain itu, masyarakat juga diberi peluang untuk membuat pekerjaan yang

tertentu sahaja baelasdaskan kaum dan tempat tinggal. Sebagai contoh kaum

Melayu mengadakan pertanian kerana mereka tinggal di kampong. Kaum Cina pula

membuat perdagangan dan perniagaan kerana mereka tinggal di bandar. Kaum

India pula berkerja sebagai penoreh getah kerana mereka tinggal di estet.

Keadaan di atas menyebabkan sesuatu golongan etnik atau kaum tersebut

tidak dapat mengenal dan berinteraksi dengan kaum lain kerana tinggal di lokasi-

Page | 9

Page 10: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

lokasi yang berbeza. Ia juga merenggangkan hubungan dan persahabatan antara

kaum. Selain itu, keadaan tersebut bukan sahaja menguatkan perasaan kekitaan

malah juga menimbulkan prasangka antara kaum-kaum yang lain. Oleh itu,

pengekalan kejahilan dalam kalangan ahli sesebuah kaum terhadap kaum lain ini

yang menjadi salah satu cabaran sosial dalam menangani dan menguruskan

perpaduan kaum di negara kita.

Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 juga menjadi salah satu cabaran dalam

menangani dan menguruskan perpaduan kaum di Malaysia. Peristiwa ini

merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan

di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda

dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Peristiwa ini

juga menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Sebagai kesan, kaum-

kaum lain terutamanya kaum Cina tidak berpuas hati dengan kaum Melayu dan mula

tunjuk kemarahan mereka. Sikap tersebut masih diikuti oleh segelintir masyarakat

dan seterusnya keadaan tersebut menyebabkan mereka kurang berinteraksi antara

satu sama lain. Intihanya, perpaduan kaum masih lagi tida dapat dipertingkatkan lagi

kerana sikap ketidakpuas hati mereka.

Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001 juga merupakan salah satu

peristiwa yang mencetuskan perselisihan faham antara kaum. Naratif peristiwa

bermula pada 4 Mac 2001 di mana sebuah keluarga Melayu sedang mengadakan

kenduri kahwin dan satu keluarga India yang tinggal berdekatan sedang bersiap

untuk mengebumikan salah satu seorang ahli keluarga mereka yang meninggal.

Salah seorang lelaki India tersebut tidak puas hati melihat khemah dinaikkan di atas

jalan di atas jalan di luar kawasan rumah kenduri kerana menghalang laluan

perarakan mayat tersebut. Dia mengambil tindakan menunggang motosikalnya

masuk ke khemah tersebut dan menendang kerusi dan meja kemudian

meninggalkan tempat tersebut. Kemudian lelaki itu kembali lagi bersama kira-kira 10

orang lelaki bersenjata dan bertindak menyerang bapa pengantin dan salah seorang

keluarga pengantin berkenaan. Keesokan harinya, satu kumpulan orang-orang yang

tidak dikenali pula telah masuk ke kawasan India di situ dan merosakkan beberapa

buah kenderaan. Peristiwa-peristiwa begini yang menjejaskan kewujudan perpaduan

kaum di negara kita.

Page | 10

Page 11: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Di samping itu, hak keistimewaan orang Melayu juga merupakan salah satu

cabaran dari segi sosial yang menjadi masalah yang besar dalam menangani dan

menguruskan perpaduan kaum di Malaysia. Sebagaimana kita tahu, orang Melayu

merupakan majority kumpulan etnik yang tinggi berbanding dengan orang Cina dan

orang India. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang

sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa

berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan

merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan

di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Antara kandungan hak-hak keistimewaan orang Melayu adalah tanah khas

untuk orang Melayu. Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran

oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia

Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa

sebarang syarat. Hak keistimewaan seterusnya adalah jawatan khas dalam

kerajaan. Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,

mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang

bukan Melayu. selain itu, peruntukan biasiswa juga merupakan salah satu hak

keistimewaan orang Melayu. Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak

untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Akhirnya, bantuan-bantuan dari segi ekonomi juga terkandung dalam senarai hak

keistimewaan orang Melayu di negara kita. Peraturan hendaklah dibuat untuk

membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran

tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-

aktiviti ekonomi lain. Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan

Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak

istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak

istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-

hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, hak keistimewaan ini yang mencetuskan perasaan yang tidak puas

hati dalam kalangan kaum-kaum lain iaitu kaum Cina dan juga kaum India. Perasaan

sebegitu muncul dalam diri mereka kerana orang Melayu diberi keutamaan

berbanding dengan orang Cina dan orang India. Mereka juga menganggap bahawa

Page | 11

Page 12: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

kaum mereka tidak diberi kepentingan dan juga diasingkan. Intihanya, perkauman

antara kaum sukar untuk dibina kerana ramai orang tidak senang hati dengan

amalan hak keistimewaan orang Melayu. Oleh itu, cabaran hak keistimewaan

merupakan isu sensitif dan juga serius dalam menangani dan menguruskan

perpaduan kaum.

Satu lagi perkara yang menarik tentang soal hak keistimewaan ini ialah

tentang anggapan orang bukan Melayu terhadap bilangan orang Melayu yang

menikmati hak keistimewaan ini. Dari kajian yang dilakukan di Mukim Labu, tiap-tiap

responden bukan Melayu ditanya :

“Dalam tiap-tiap 10 orang Melayu berapa orang Melayu yang mendapat hak

keistimewaan ini?”.

Reaksi mereka kepada soalan ini dapat dilihat dalam Jadual 1:

JADUAL 1

DALAM TIAP-TIAP 10 ORANG MELAYU BERAPA ORANG MELAYU YANG

MENDAPAT HAK KEISTIMEWAAN INI?

JAWAPAN CINA (R*40) INDIA (R*44) JUMLAH (R*84)

1 – 5 orang 3% 27% 16%

6 – 7 orang 5% 23% 14%

8 – 10 orang 8% 19% 13%

10 orang 47% 6% 26%

Tidak Tahu 37% 25% 31%

R* : bilangan responden

Data di Jadual 1 menujukkan bahawa kebanyakan orang bukan Melayu

mempunyai anggapan bahawa sebahagian besar orang Melayu menerima hak

keistimewaan ini. Malah ramai pula yang berpendapat bahawa semua orang Melayu

menikmati hak keistimewaan ini. Anggapan yang demikian sudah tentu boleh

Page | 12

Page 13: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

menimbulkan bermacam-macam perasaan buruk sangka, tidak puas hati, cemburu,

marah dan sebagainya kepada orang Melayu. selain dari itu, jawapan-jawapan ini

juga menunjukkan bahawa 31% daripada responden ini menyatakan yang mereka

tidak tahu langsung tentang pembahagian hak keistimewaan itu. secara umumnya

data ini menunjukkan bahawa ramai sekali dalam kalangan orang bukan Melayu

yang tidak mengetahui kedudukan sebenarnya tentang pemberian hak keistimewaan

ini. Mungkin keadaan ini terdapat juga dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Dalam kajian yang sama misalnya, daripada 50 responden Melayu yang dikaji

didapati hanya lima orang atau 10% saja yang menyatakan mereka ada menerima

hak keistimewaan ini; sedangkan 45 orang atau 90% lagi menyatakan tidak pernah

menerima apa-apa bentuk hak keistimewaan. Di antara lima orang ini, dua

daripadanya adalah terdiri daripada golongan berada di Mukim ini dan memainkan

peranan cergas dalam pergerakan politik UMNO tempatan; manakala yang tiga

orang lagi terdiri daripada petani dan pekerja yang berpendapatan rendah.

Sungguhpun begitu mereka ketiga-tiga ini menjadi ahli jawatankuasa ranting UMNO

dalam Mukim ini.

Keadaan ini membuktikan bahawa keadaan sebenarnya tentang

pembahagian hak keistimewaan ini adalah bertentangan dengan anggapan

kebanyakan orang bukan Melayu. hak keistimewaan ini bukan saja dinikmati oleh

satu golongan kecil orang Melayu; tetapi kebiasaanya mere ini dari golongan yang

berada dan sudah keistimewaan kedudukannya serta menjadi orang kuat UMNO

atau sekurang-kurangyan menjadi penyokong kuat kerajaan. Sebaliknya pula, jika

ada orang Melayu yang Benar-benar memerlukan bantuan tetapi bergerak cergas

dalam parti-parti politik pembangkang, maka kebiasaanya harapan mereka untuk

menikmati apa yang dikatakan hak keistimewaan itu adalah tipis sekali.

Pemberian hak keistimewaan ini sebenarnya menguntungkan lagi golongan

orang Melayu yang sudah keistimewaan kedudukannya; sedangkan sebilangan

besar orang Melayu lainnaytidak berubah juga nasibnya. Oleh itu, isu hak

keistimewaan ini merupakan salah satu cabaran yang sensitif dalam menangani dan

menguruskan perpaduan kaum di Malaysia.

Tambahan pula, sistem pendidikan yang tersendiri juga merupakan salah

satu cabaran sosial yang menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Sebagaimana

Page | 13

Page 14: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

kita tahu, terdapat tiga jenis sekolah rendah yang utama di negara kita iaitu Sekolah

Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT). Kini, sebahagian ibu bapa memasukkan anak-anak

mereka ke sekolah mengikut kaum. Akibatnya, anak-anak hanya dapat berinteraksi

dengan ahli kaum sendiri sahaja. Selain itu, mereka juga hanya dapat menggunakan

bahasa ibunda mereka sahaja. Intihanya, keadaan ini bukan sahaja menyebabkan

berlakunya perpisahan kaum malah juga menyekatkan mereka daripada berinteraksi

antara kaum-kaum yang lain.

Sebagai cara penyelesaian, penubuhan sekolah wawasan merupakan cara

yang terbaik dalam memupuk perpaduan kaum. Sekolah Wawasan adalah sekolah

rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama

tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah

rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap

sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu

sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Tujuan penubuhannya

adalah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai

bangsa dan latar belakang serta menggalakkan interaksi yang maksimum antara

semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan

aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Menurut sumber maklumat Kementerian Pelajaran

Malaysia, terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi

dengan jayanya iaitu :

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Bilangan sekolah-sekolah wawasan perlu dipertingkatkan mengikut peredaran masa

supaya bukan sahaja dapat memupuk semangat integrasi antara pelajar dari

pelbagai aliran malah juga boleh melahirkan generasi yang mempunyai sifat

toleransi serta persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang

bersatu padu.

Page | 14

Page 15: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Cabaran seterusnya adalah cabaran dari segi ekonomi. Sebagaimana kita

tahu, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi iaitu antara kaum-

kaum. Dasar British telah memberikan peluang pekerjaan berdasarkan kaum-kaum

tertentu. Contohnya adalah orang Melayu biasanya menguasai sektor pertanian

seperti tanaman herbal dan sayur-sayuran dan juga perikanan. Orang Cina pula

menguasai perniagaan dan perdagangan. Orang India pula mengusahakan ekonomi

berasaskan ladang. Di samping itu, ekonomi orang Melayu dan orang India sangat

mundur berbanding dengan orang Cina kerana mereka tinggal di luar bandar.

Ekonomi orang Cina pula lebih maju berbanding dengan orang Melayu dan orang

India kerana mereka tinggal di bandar.

Keadaan di atas menyebabkan kaum-kaum tersebut mandominasi dalam

satu-satu bidang pekerjaan sahaja. Contohnya, orang Melayu hanya dapat peluang

untuk mengusahakan ekonomi seperti sektor pertanian, nelayan atau pun

berkhidmat sebagai penjawat awam. Orang Cina pula mempunyai peluang yang

luas untuk mengadakan perlombongan dan perniagaan. Orang India pula hanya

dapat menjadi buruh di estet. Perbezaan ekonomi tersebut manimbulkan rasa tidak

puas hati dalam kalangan masyarakat yang berbeza kaum dan seterusnya

meningkatkan semangat perkauman. Sebagai hasil, mereka masih menghadapi

kesukaran dalam mewujudkan perpaduan antara satu sama lain sampai hari ini.

Cabaran seterusnya yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan

perpaduan kaum di Malaysia adalah cabaran dari segi politik. Sebagaimana kita

tahu, terdapat pelbagai parti politik berasaskan kaum-kaum tertentu. Situasi ini

menguatkan lagi identiti kaum dan juga syak wasangka. Kini sesebuah persatuan

hanya memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakilinya. Walaupun

pemerintahan sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun

parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Di samping itu, parti-

parti politik tersebut juga menggunakan isu bahasa, kebudayaan, pendidikan dan

juga agama sebagai senjata demi kepentingan kaum-kaum yang manjadi ahli parti-

parti tersebut. Intihanya, keadaan ini menyebabkna gagalnya lahir masyarakat yang

bersatu padu di negara kita. Jadual 2 yang diberikan di bawah menujukkan senarai

parti-parti politik mengikut kaum di Malaysia.

JADUAL 2

Page | 15

Page 16: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

SENARAI PARTI-PARTI POLITIK MENGIKUT KAUM DI MLAYSIA

KAUM-KAUM PARTI POLITIK

KAUM MELAYU Pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (UMNO)

Barisan jemaah islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Parti islam Se-Malaysia (PAS)

KAUM CINA Parti liberal demokratik sabah (LDP)

Parti rakyat bersatu Sarawak (SUPP)

Persatuan cina malaysia (MCA)

KAUM INDIA Barisan progresif india Se-Malaysia (AMIPF)

Kogres India malaysia (MIC)

Kongres india muslim malaysia (KIMMA)

Parti progresif penduduk malaysia (PPP)

Cabaran keempat yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan

perpaduan kaum di Malaysia adalah dari segi budaya dan nilai. Sebagai umum,

masyarakat negara kita merupakan masyarakat yang majmuk iaitu menganuti

pelbagai agama, bangsa, budaya, bahasa dan sebagainya. Pada masa yang sama,

ada juga masyarakat masih mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka

yang diwarisi sejak turun-temurun. Setiap kaum menganggap kebudayaan mereka

sahaja yang terbaik berbanding dengan kebudayaan kaum-kaum yang lain. Situasi

ini bukan sahaja menyebabkan rakyat memilh sahabat dari kaum yang sama sahaja

malah juga menyebabkan munculnya polarisi antara kaum. Selain itu, mereka juga

menjadikan pemahaman etrosentrisme sebagai pegangan dalam setiap kaum dan

seterusnya ia memberikan masalah yang besar dalam membetukkan perpaduan di

negara kita.

Cabaran seterusnya yang dihadapi dalam menangani dan menguruskan

perpaduan adalah cabaran globlisasi. Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa

Page | 16

Page 17: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh

mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat

boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari

Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains

dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi

semua manusia.

Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport banyak keburukan yang

merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber

manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan

pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu

oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah

baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,

intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang

rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan

etnik di Malaysia.

Konklusinya adalah cabaran-cabara tersebut bukan sahaja menghalang

kewujudan perpaduan malah juga menjejaskan keharmonian negara kita. Oleh itu,

pihak-pihak yang tertentu harus berganding bahu antara satu sama lain bagi

memupuk perpaduan kaum sejak kecil lagi supaya dapat melahirkan dan

mengekalkan kesejahteraan negara pada masa akan datang.

3.0 KONSEP SATU MALAYSIA

Page | 17

Page 18: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Malaysia merupakan sebuah negara berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum

dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan yang amat menitikberatkan

semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya.

Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan

keselamatan negara. Hubungan antara masyarakat pelbagai kaum seperti kaum

seperti kaum Melayu, Cina, India serta kaum-kaum yang lain ini terjalin erat dan

membentuk masyarakat yang bersatu. Malaysia dikenali di persada dunia

disebabkan keunikannya yang mempunyai pelbagai kaum. Untuk memgekalkan

keamanan dan keunikan ini setiap perdana menteri Malaysia mengambil pelbagai

inisiatif.

Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah

memperkenalkan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' sebagai satu gagasan

peribadi pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira

kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-

sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara

evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam

membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula

pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,

gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan

kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Asas kepada konsep “1 Malaysia” adalah prinsip keadilan untuk semua kaum,

yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-

mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan

kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan

dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada

golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah

penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat

perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap

penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.

ASPEK-ASPEK UTAMA KONSEP 1 MALAYSIA.

Page | 18

Page 19: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Rajah 1 : Pendekatan

Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua

rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang

menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras

Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara

hidup rakyat Malaysia.

Page | 19

Page 20: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Rajah 2 : Aspek Pertama

Konsep 1 Malaysia disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip

penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip

tersebut adalah penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Konsep ini

menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu

kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama

dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Di

samping itu, konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara yang

merupakan prinsip kenegaraan telah lama diterapkan semenjak dahulu lagi boleh

pemimpin terdahulu.

Prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib

semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan juga

menjadi salah satu asas kepada konsep Satu Malaysia. Keadaan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh

itu, dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan

pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Prinsip

keadilan sosial dari segi pendidikan pula diperuntukkan dalam Fasal (1) Perkara 12

Perlembagaan Persekutuan27 yang melarang diskriminasi terhadap mana-mana

warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir

dalam aspek pendidikan yang antara lainnya mengenai kemasukan pelajar ke

institusi pendidikan dan bantuan kewangan.

Ketiga-tiga teras perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk

nilai-nilai seperti hormat-menghormati, rendah diri, kesederhanaan dan berbudi

bahasa. Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat

resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat menuntut kita agar tidak mengeluarkan

kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-

peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. Hormat-menghormati

antara setiap kaum yang berlainan budaya, agama, bahasa, dan adat resam agar

Page | 20

Page 21: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang mampu mengundang

tindakan negative serta menggugat keamanan negara. Contohnya, sebagai rakyat

kita perlu menghormati semua tempat ibadat iaitu masjid, kuil, gereja dan tokong

dengan tidak membuat bising atau sebarang gangguan ketika upacara keagamaan

dijalankan.

Rasa rendah hati atau Tawadhuk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran

bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu

hidup bersama secara harmoni. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita

tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang

dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari

masyarakat  Malaysia. . Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah

setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri, dan seharusnya

kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan

masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai

sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh

terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa,

keadaan dan tempat.

Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang

berbangkit. Malaysia mesti menerima kesederhanaan dan menjadikannya sebagai

amalan dalam semua aspek kehidupan. Ia adalah penting bahawa tingkah laku dan

sikap sederhana yang berasaskan kepada sikap hormat menghormati dan saling

menerima boleh memastikan perubahan positif untuk kebaikan negara. Ekstremisme

dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima kerana ia terbukti membawa kerosakan

kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, hanya kesederhanaan yang boleh

membuka jalan bagi keamanan dan keharmonian. Di samping itu, kita dapat melihat

inisiatif Malaysia dengan menjadikan konsep kesederhanaan sebagai amalan

antarabangsa melangkah setapak lagi dengan pelancaran secara rasmi Yayasan

Pergerakkan Kesederhanan Global. Penubuhan ini dikatakan tepat pada masanya

ketika kesedaran terhadap pentingnya amalan kesederhanaan dalam menghadapi

ancaman puak ekstremis di seluruh dunia.

Selain itu,budi-bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan

berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan. Nilai budi bahasa

Page | 21

Page 22: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

amat dipentingkan. Media massa memainkan peranannya dengan membuat

pelbagai iklan yang berkaitan dengan nilai budi bahasa agar rakyat dapat

memahami intipati nilai tersebut. Selain itu, nilai ini juga dipupuk melalui pelbagai

slogan seperti “ Budi Bahasa Budaya Kita ”. Kepentingan nilai-nilai ini perlulah

diterap sejak kecil lagi oleh ibu bapa agar anak mereka berbudi pekerti mulia pada

masa akan datang.

Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-nilai

yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara

ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam

mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam

persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi

negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Page | 22

Page 23: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

RAJAH 3 : NILAI-NILAI ASPIRASI

Nilai-nilai aspirasi.

1. Budaya Berprestasi Tinggi

Pengamalan budaya berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap

kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat

dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh

rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap

tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak

acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

Kerajaan kita mengambil pelbagai langkah untuk melahirkan budaya yang

bberpretasi tinggi. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan ‘ Program

Page | 23

NILAI-NILAI ASPIRASI

BUDAYA BERPRETASI

TINGGI

BUDATA KETEPATAN

BUDAYA ILMU

BUDAYA INOVASI

KEBIJAKSANAAN

KESETIAAN

KETABAHAN

INTEGRITI

Page 24: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

PERMATA PINTAR ’. Program ini adalah antara insiatif yang diperkenalkan oleh

PERMATA bagi mengenalpasti dan membangunkan kanak-kanak yang berbakat

besar dan semula jadi dalam bidang sains,  teknologi, kejuruteraan dan matematik,

seterusnya menjadi modal insan yang membantu negara mencapai status maju

menjelang 2020. Penaung Program PERMATA, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,

berkata program itu memberi tumpuan dan fokus kepada pembangunan kreatif

melalui pemikiran kritis dan tinggi, kemahiran serta daya kepimpinan.

Selain itu, “PERMATA SENI” mensasarkan kanak-kanak yang memiliki bakat

dalam seni persembahahan termasuklah koir, muzik dan tarian yang berumur antara

tujuh hingga 15 tahun yang dilatih oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan yang berjaya memukau penonton dengan persembahan mereka di serata

dunia. “PERMATA INSAN” pula menggabungkan pembelajaran A-Quran dan

Sunnah dengan seni, sains, alam sekitar dan teknologi. Inisiatif yang lain

diperkenalkan ialah PERKASA REMAJA yang bertujuan memperkasakan golongan

belia bermasalah dengan membangunkan bakat untuk tujuan lebih produktif,

sekaligus mencegah mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Tambahan lagi, untuk meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing negara,

adalah penting kita memupuk budaya berprestasi tinggi di semua lapisan tenaga

kerja di sektor awam dan swasta ke arah ini, pelaksanaan petunjuk prestasi utama

telah dimulakan di dalam sektor perkhidmatan awam dan juga di bawah program

transformasi dengan memberi keutamaan kepada sistem ganjaran berasaskan

prestasi bagi semua tenaga kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk

meneruskan agenda ekonomi berasaskan pengetahuan, adalah penting untuk

memastikan lebih ramai tenaga pekerja mahir berkhidmat di negara ini dan untuk

membendung brain drain rakyat Malaysia.

2. Budaya Ketepatan

Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,

rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati

waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan

kewajipan. Sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan

satu salah satu nilai dalam Budaya Kecemerlangan. Ketepatan pengukuran,

Page | 24

Page 25: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

menguruskan masa, jadual penyampaian, dari segi kualiti amatlah penting. Jika

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan

kecemerlangan, maka setiap produk dan perkhidmatan yang berasal dari Malaysia

akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh

dunia. Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada

kepimpinan berasaskan prestasi.

Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan

kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus,

dan prestasi seseorang boleh diukur. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan

membuat sebarang perubahan jika perlu boleh dilaksanakan. Misalnya pengertian

waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Beliau

berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkara-perkara yang boleh

ketengahkan, meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Pernyataan

seperti ‘lebih kurang’ –sepatutnya tidak wujud lagi dalam perkataan-perkataan yang

diguna pakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan,

dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

3. Budaya Ilmu

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang

terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan

tentera tidak mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam

konteks holistik dan disepadukan dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga

masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya

membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka

minda masyarakat Malaysia.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang

berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian,

kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah

ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya

kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk

Page | 25

Page 26: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan

dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa

Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan

memasuki sekolah kebangsaan. Walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika

dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita

akan bertemu.

Untuk memastikan budaya ilmu kerajaan kita telah mengambil pelbgai langkah.

Antaranya ialah pemberiaan baucer buku. Kerajaan mencadangkan peruntukan

sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar

berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang

pelajar. inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat

Malaysia. Selain itu, kerajaan juga memberikan biasiswa 1 Malaysia kepada pelajar

cemerlang. Nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia disokong oleh Akta

Pendidikan 1996 [Akta 550]. Akta 550 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan

bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kerajaan juga telah

memberikan kepada semua siswa untuk mengurangkan beban mereka.

4. Integriti

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan

sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan

dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan

cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Adalah

penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan

rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini

perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat

tanpa mengira kedudukan.

Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau

salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan

masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh

mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Kerajaan kita sangat menepati janji dengan

mengotakan janji yang dibuat. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang

terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan

dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan

Page | 26

Page 27: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

kesalahan yang dilakukan. Contoh program yang dilaksanakan kerajaan ialah

Konvensyen Integriti Nasional 2012 yang bertemakan “Menangani Persepsi Rakyat

Terhadap Integriti Agensi Penguatkuasaan” pada 6 November lalu di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 [Akta 694] menyokong nilai integriti dalam konsep 1 Malaysia.

5. Ketabahan

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat

Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki

keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang

yang diceburi. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan

dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan

negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala

rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan

cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi

segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu

matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah

bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan yang ada dan

perlu dibaiki. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu

dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang

berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar

dan menakjubkan.

6. Kesetiaan

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada

Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh

setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan

kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan

kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu

organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan

dan. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi

Page | 27

Page 28: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu

dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap semua perhubungan. Kritikan dan

pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan

kepada kejayaan.

Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan

cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada

keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap

perhubungan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang 

kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara

mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering

mengambil kesempatan. Kesetiaan dapat ditingkatkan melalui Program Latihan

Khidmat Negara. Selain itu, bidang pendidikan melalui pengajaran mata pelajaran

Sivik, Moral dan Sejarah nilai kesetiaan dan patriotisme dipeertingkatkan.

7. Kebijaksanaan

kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan

yang baik dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak

sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan

kepentingan sendiri. Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya

mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, memiliki

kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa

perlu terburu-buru. Pelbagai program dan kempen dijalankan oleh kerajaan di

peringkat sekolah untuk mencungkil bakat dan kebijaksanaan para pelajar.

8. Budaya Inovasi

Menerusi konsep 1Malaysia, budaya inovasi diberi keutamaan sebagai satu

daripada nilai aspirasi masyarakat Malaysia. Dengan kata lain, semua pihak perlu

memahami dan mencari kaedah melakukan inovasi dalam kehidupan harian dan

berkerjaya. Sementara peranan agensi seperti Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (Mosti), pada hemat saya menyediakan ekosistem inovasi lebih fokus

menerusi rantaian nilai tinggi terhadap penciptaan produk, kaedah, sistem, perisian,

pendekatan dan pemikiran baru.

Page | 28

Page 29: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Dato’ Sri Najib turut menyarankan agar anggota perkhidmatan awam perlu

berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dengan mencari

penyelesaian kreatif dan inovatif sehingga menjangkau pemikiran dan keberanian

untuk bereksperimen dengan menggunakan kaedah kerja baru di luar kotak

kelaziman. Contoh impak hasil inovasi yang telah berjaya ialah MyKAD di JPN

Melaka yang telah berjaya mengurangkan tempoh menyiapkan setiap MyKAD dari

10 hari/80 jam kepada 1-2 jam.Hospital Putrajaya juga telah berjaya melaksanakan

inovasinya dengan pesakit dapat mengambil ubat serta-merta di kaunter Take N Go

dan 95% pesakit Farmasi Klinik Pakar mendapat ubat dalam masa 30 minit

berbanding hanya 64% sebelum inovasi dijalankan.

Selain itu,Imigresen juga telah menunjukkan satu impak yang besar dalam

pengurusan E-pasport. Inovasi yang dijalankan oleh mereka telah menaik taraf

pejabat penerima pasport Malaysia kepada Pejabat Pengeluar Pasport di pejabat

cawangan negeri dalam tempoh 1 jam hingga 2 jam berbanding tiga hari sebelum

inovasi diperkenalkan. Tambahan lagi, mulai tahun 2010, kerajaan telah bersetuju

memperkenalkan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) sebagai anugerah

sektor awam yang terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf penghasilan inovasi

yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi. Langkah - langkah yang diambil

dan diperkenalkan oleh kerajaan dapat meningkatkan budaya inovasi di negara kita.

Kesimpulan

Kesimpulannya, konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan

pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan

agama di negara ini perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai

satu bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan

menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi

kepentingan rakyat dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira

kaum dan agama.

Page | 29

Page 30: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

4.0 RUMUSAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang

kaum sejak sekian lama. Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di malaysia

masyarakatnya mampu hidup sebelah menyebelah dengan harmoni. Sebagai

rumusannya, ternyata persoalan hubungan antara etnik di Malaysia adalah sesuatu

yang unik dan kompleks. Hal ini kerana, perhubungan tersebut berlaku secara

beransur-ansuran dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor daripada demografinya

hinggalah kepada persepsi dan psikologi. Keadaan inilah yang telah membentuk

plurality masyarakat Malaysia seperti mana yang ada pada hari ini.

Page | 30

Page 31: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Bagi tujuan memahami sifat, bentuk dan jenis interaksi dan hubungan antara

etnik di Malaysia secara khusus, beberapa elemen penting hendaklah diberi

perhatian. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang dinyatakan di atas

termasuklah sejarah, sosial dan budaya, ekonomi, politik setempat, bahasa,

sentiment dan psikologi. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang yang mahu

memperkatakan hubungan kaum dan kepelbagaian yang terdapat di Malaysia,

memiliki kesedaran dan pengetahuan tentang latar belakang agama, sejarah dan

pelbagai selok-belok lain mengenai bagaimanakah plurality yang terdapat di

Malaysia ini berlaku dan terjadi. Tidak kurang juga pentingnya adalah seorang itu

perlu mengetahui latar belakang dan konsep berkenaan dengan etnik, agama dan

juga budaya bagi melahirkan unsure keharmonian antara satu sama lain.

Di samping itu, masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam

menangani dan menguruskan persoalan perpaduan kaum. Malaysia sebagai negara

majmuk masih perlu banyak melakukan usaha bagi menyuburkan integrasi antara

kaum. Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu sensitif dan boleh

menimbulkan keadaan yang tidak harmoni sekiranya tidak ditangani dengan cara

bijaksana. Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa

ketegangan kaum yang berlaku di tempat lain sekiranya hal ini tidak ditangani

dengan sebaliknya. Pengajaran dari sejarah dan pandangan para sarjana dan

ilmuan boleh dijadikan panduan dalam menguruskan soal perpaduan kaum.

Intihanya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam kapasiti masing-masing

bagi menyuburkan integrasi kaum.

Akhirnya, Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk

memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin

perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara

yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat

menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami

dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan

negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia

di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di

mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Page | 31

Page 32: Malaysia Merupakan Sebuah Syurga Dunia Kerana Kejadian Buruk Jarang Berlaku Di Sini Terutama Ancaman Bencana Alam Dan Peperangan

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan

fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui

konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-

mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia

yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran

secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga

sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina

negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi

dan kesetiaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberi kerjasama dalam

usaha kerajaan supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan

pentadbiran negara untuk mempercepatkan pembentukan 1 Malaysia.

5.0 POWERPOINT

Page | 32