penguasaan amalan keselamatan makmal sains … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan...

23
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FAUZIAH BINTI MD. SALEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangnga

Post on 28-Jul-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAUZIAH BINTI MD. SALEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 Saya FAUZIAH BINTI MD. SALEH

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

NAMA PENYELIA

Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(HURUF BESAR)

TUAN HAJI MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN

NO 48, BELAKANG TAMAN ASYRAF, KG SEBERANG MERBAU, REPEK, 17070 PASIR MAS, KELANTAN

Page 3: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

 

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama Penyelia: TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDIN

Tarikh : ………………………………………………………

 

Page 4: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAUZIAH BINTI MD. SALEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 5: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penulis : FAUZIAH BINTI MD. SALEH

Tarikh : ………………………………..

Page 6: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah….

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi

kekuatan kepada diriku dalam menyiapkan kajian ini..

Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta yang sentiasa

menyokong perjuanganku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..

Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas segala ilmu yang

diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan..

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi

sokongan dan dorongan..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di

hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..

Page 7: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayah-Nya kajian ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang. Sekalung

penghargaan kepada penyelia penyelidikan, En Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang

banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa

kenal erti jemu. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik yang

dicurahkan.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pelajar-pelajar

tahun akhir, pengkhususan Pendidikan Sains yang terlibat secara langsung dengan

penyelidikan ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan kerana

sentiasa memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman

hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.

Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Khalawiah Binti

Yusoff yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Md.

Saleh Bin Awang Long, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi

dengan aman di dunia sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala

dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.

Page 8: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

v

ABSTRAK

Sebahagian besar daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains di

sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pelajar mudah terdedah kepada bahaya

sekiranya faktor keselamatan diabaikan. Penguasaan amalan keselamatan makmal

sains dapat mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku, selain dapat

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan

berkesan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti penguasaan pelajar tahun

akhir terhadap amalan keselamatan di dalam makmal sains. Seramai 80 orang

responden dalam kalangan pelajar tahun akhir pengkhususan pendidikan sains telah

dipilih menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah dan rawak

kelompok. Semua data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik

berbentuk aneka pilihan jawapan yang menguji penguasaan amalan keselamatan

makmal sains dari lima aspek iaitu aspek peraturan am, pengendalian bahan kimia,

penyimpanan bahan kimia dan peralatan, keadaan persekitaran makmal sains dan

prosedur pertolongan cemas. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science Version 15.0 (SPSS V15.0 for Windows) dan

dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian

menunjukkan penguasaan bakal guru sains dari aspek peraturan am adalah baik

(79.3%), pengendalian bahan kimia adalah cemerlang (81.5%), penyimpanan bahan

kimia dan peralatan adalah sederhana (63.8%), keadaan persekitaran makmal adalah

baik (73.8%), dan prosedur pertolongan cemas adalah baik (65.0%). Beberapa

implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan pada akhir laporan kajian.

Page 9: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

vi

ABSTRACT

Teaching and learning science process in schools are normally carried out in

the science laboratory. Thus, students are exposed to dangers if safety factors were

ignored. Mastery in science laboratory safety practices can reduce the risk of

accidents. This will ensure that teaching and learning process can be carried out in

science laboratory safely and effectively. The purpose of this study is to identify the

mastery level of safety practice among the final year students in the science

laboratory. Eighty respondents of final year students from science education were

chosen by simple random sampling and cluster sampling. A set of multiple choice

questionnaires was used to test the mastery level of safety practice in five elements

which are general rule, chemical handling, storage of chemical and equipments,

environmental and first aid procedures. Data was analyzed using Statistical Package

for Social Science Version 15.0 (SPSS V15.0 for Windows) and presented in the

form of frequencies and percentages. The research findings indicate that the level of

students mastery in general rules is good (79.3%), handling of chemicals is excellent

(81.5%), storage of chemicals and equipment is moderate (63.8%), environmental

element is good (73.8%), and first aid procedures is good (65.0%). Some

implications and suggestions were given at the end of this report.

Page 10: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kepentingan kajian 8

1.7 Batasan kajian 9

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi istilah 10

1.9.1 Penguasaan 10

1.9.2 Amalan keselamatan 11

1.9.3 Keselamatan makmal 11

1.9.4 Makmal sains 12

1.9.5 Amali 12

1.9.6 Kemalangan 12

1.9.7 Pelajar-pelajar tahun akhir 13

Page 11: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

viii

1.10 Penutup 13

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kepentingan amalan keselamatan 15

makmal sains

2.3 Peranan guru terhadap amalan 17

keselamatan makmal sains

2.4 Disiplin dan sikap pelajar terhadap 20

amalan keselamatan makmal sains

2.5 Peraturan am terhadap amalan 22

keselamatan makmal sains

2.6 Penyimpanan bahan kimia dan peralatan 24

2.7 Keadaan persekitaran makmal sains 26

2.8 Pertolongan cemas dalam makmal sains 29

2.9 Penutup 31

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk kajian 32

3.3 Lokasi kajian 33

3.4 Populasi dan sampel kajian 34

3.5 Instrumen kajian 35

3.6 Kajian rintis 36

3.7 Prosedur kajian 37

3.8 Analisis data 38

3.9 Penutup 39

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 40

Page 12: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

ix

4.2 Analisis data 41

4.2.1 Latar belakang responden 41

4.2.2 Keputusan amalan keselamatan makmal 42

sains secara keseluruhan

4.2.3 Penguasaan amalan keselamatan makmal 43

daripada aspek peraturan am

4.2.4 Penguasaan amalan keselamatan makmal 45

daripada aspek pengendalian bahan kimia

4.2.5 Penguasaan amalan keselamatan makmal 48

daripada aspek penyimpanan bahan kimia

dan peralatan

4.2.6 Penguasaan amalan keselamatan makmal 50

daripada aspek keadaan persekitaran

makmal

4.2.7 Penguasaan amalan keselamatan makmal 52

daripada aspek prosedur pertolongan cemas

4.4 Penutup 55

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 56

5.2.1 Keseluruhan 57

5.2.2 Peraturan Am 57

5.2.3 Pengendalian bahan kimia 58

5.2.4 Penyimpanan bahan kimia dan peralatan 58

5.2.5 Keadaan persekitaran makmal sains 59

5.2.6 Prosedur pertolongan cemas 60

5.3 Implikasi kajian 61

5.4 Cadangan tindakan 63

5.5 Cadangan kajian lanjutan 64

5.6 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 73

Page 13: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan populasi pelajar-pelajar tahun akhir 35

kursus pendidikan sains bagi sesi 2009/2010

3.2 Jumlah pembahagian saiz sampel di pilih 35

secara rawak

3.3 Taburan item soal selidik mengikut aspek 36

kajian

3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan 38

peratus

4.1 Tahap penilaian responden berdasarkan 40

peratus

4.2 Bilangan dan peratus responden mengikut 41

kursus

4.3 Keputusan keseluruhan dalam peratusan bagi 42

setiap aspek kajian

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 43

keselamatan makmal sains daripada aspek

peraturan am

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 46

keselamatan makmal sains daripada aspek

pengendalian bahan kimia

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 49

keselamatan makmal sains daripada aspek

penyimpanan bahan kimia dan peralatan

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 51

keselamatan makmal sains daripada aspek

keadaan persekitaran makmal

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 53

keselamatan makmal sains daripada aspek

prosedur pertolongan cemas

Page 14: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

xi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKNA

IKKPN/ NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Negara

KSKM - Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPK Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Fizik)

SPN - Sarjana Muda Pendidikan Sains

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS - Statistical Package for Social Science

f - Kekerapan

% - Peratusan

& - Dan

Page 15: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Peraturan makmal sains bagi pelajar 73

B Pengelasan dan suhu takat kilat bagi 75

cecair mudah terbakar

C Jadual Krejcie dan Morgan 76

D Set soal selidik 77

E Pengesahan set soal selidik 86

F Analisis data tentang keputusan keseluruhan 87

dalam peratusan terhadap penguasaan bagi

setiap aspek kajian

Page 16: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sedang membangun dan berazam untuk terus berkembang pesat

bagi mencapai wawasan 2020. Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu

bidang yang berpotensi menjadi pengerak kepada pertumbuhan ekonomi dan

kemajuan negara (Mahathir, 1991). Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun

1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan Malaysia menjelang

abad ke dua puluh satu. Ke arah mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat

amat diperlukan (Mahathir, 1991). Selain itu, Malaysia juga perlu melahirkan

tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap

profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.

Oleh yang demikian, pendidikan sains negara mengambil kira perkembangan

dunia sains dan teknologi masa kini. Bagi memastikan bidang sains ini diajar selari

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tumpuan kepada perkembangan individu

yang dinamik, tangkas, berdaya saing dan berdaya tahan seimbang seharuslah

ditekankan. Selaras dengan perkembangan dunia hari ini, pendidikan sains di

Malaysia juga mengalami perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), mata pelajaran sains memberi

tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperluaskan untuk mengkaji sains

sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Oleh itu,

persediaan awal haruslah dipraktikkan oleh setiap guru sains untuk memastikan

Page 17: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

2

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kurikulum sains yang

baru memberi lebih penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan saintifik di

samping aspek kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan penerapan nilai-nilai

murni (Abu Hassan, 2004).

Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia sememengnya telah

diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti dalam kesemua Rancangan

Malaysia di mana pendidikan sains dan teknologi diberi penekanan yang penting.

Pendidikan sains memberi penekanan kepada pemerolehan ilmu dan juga memberi

penekanan khusus kepada keselamatan di dalam makmal sains. Amali sains

merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Aspek keselamatan juga merupakan sesuatu aspek yang harus diajar dan diterapkan

dalam diri setiap pelajar. Menurut Abu Hassan (2004), bagi memastikan aktiviti

amali ini menyeronokkan, pelajar harus diterapkan dengan sikap saintifik dan nilai-

nilai murni dalam diri setiap pelajar.

Aspek keselamatan makmal sains hendaklah diberi perhatian oleh semua

pihak dalam mengendalikan makmal bagi memastikan ianya mempunyai ciri-ciri

kebersihan, keceriaan, dan keselamatan. Keadaan ini akan menjadikan makmal sains

tempat yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, dengan keadaan ini juga ia akan menjadikan makmal sains salah satu

tempat yang selamat untuk menjalankan aktiviti amali. Kemalangan mungkin akan

berlaku sekiranya makmal sains berada dalam keadaan yang tidak teratur. Antara

bahaya atau kemalangan yang mungkin berlaku di dalam makmal sains adalah

kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia.

Misalnya, kes yang berlaku di makmal sains Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh

(Utusan Malaysia, 2004), menyaksikan 19 orang pelajar tercedera akibat paip gas

makmal sains di sekolah meletup. Dua orang daripada mereka dirujuk kepada pakar

mata Hospital Ipoh kerana dipercayai terkena serpihan letupan berkenaan manakala

yang lainnya mengalami pedih mata dan pedih hidung. Mereka juga mengalami

gatal tekak di samping terkejut dengan kejadian berkenaan. Pengarah Pelajaran

Perak, Datuk Adnan Ibrahim berkata, peristiwa itu berlaku ketika 44 orang pelajar

tingkatan satu sedang menjalankan uji kaji menggunakan penunu bunsen di makmal

Page 18: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

3

berkenaan. Menurut pengesahan pihak bomba, kejadian itu berlaku disebabkan paip

gas berkenaan telah bocor akibat dimakan usia.

Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang kepentingan aspek keselamatan

semasa menggunakan makmal sains terutamanya pelajar di mana mereka merupakan

golongan yang sentiasa berhadapan dengan risiko kemalangan yang tertinggi. Ini

kerana, mereka kurang pengalaman dan kurang yakin terhadap apa yang mereka

hendak lakukan di dalam makmal sains. Guru sains, pembantu makmal dan pihak

pengurusan sekolah memainkan peranan yang penting bagi mengelak kemalangan

berlaku. Maka kesedaran tentang aspek keselamatan diri dan amalan peraturan

keselamatan makmal haruslah dipraktikkan bagi mengelak berlakunya kemalangan

semasa menjalankan aktiviti amali di dalam makmal sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak

dijangka ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal sains. Kemalangan dapat

dielakkan sekiranya semua pihak tahu tanggungjawab masing-masing ketika berada

di dalam makmal sains. Oleh itu, semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal

semua pelajar, guru dan pembantu makmal sains perlu mematuhi peraturan

keselamatan makmal (Halimaton dan Zaitun, 1994). Walaupun peraturan

dikuatkuasakan, namum kemalangan masih lagi berlaku di dalam makmal. Masalah

atau isu keselamatan di makmal telah dipertikaikan oleh Kesatuan Sekerja

Kakitangan Makmal (KSKM) di mana KSKM menggesa Kementerian Pendidikan

supaya lebih serius terhadap aspek keselamatan di makmal sains sekolah-sekolah

menengah seluruh negara (Utusan Malaysia, 2001).

Berdasarkan rencana tersebut, presiden KSKM iaitu Roslan Kassim berkata,

hasil kajian yang melibatkan 1,500 buah sekolah menengah mendapati kira-kira

separuh daripadanya, terutama sekolah lama mempunyai kebuk wasap yang tidak

berfungsi dan tidak selamat untuk digunakan. Keadaan ini membahayakan kepada

Page 19: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

4

semua pihak yang menggunakan makmal tersebut, terutamanya kepada kakitangan

makmal yang sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya. Pada masa

yang sama, guru serta pelajar juga terdedah kepada bahaya sekiranya melakukan

amali yang melibatkan penggunaan kebuk wasap tersebut. Ini kerana bahan kimia

mempunyai pelbagai sifat seperti wapnya beracun, menghakis, mudah terbakar dan

sebagainya. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebuk wasap yang dipasang tidak

mengikut spesikasi yang telah ditetapkan untuk kegunaan makmal kimia sehingga ia

boleh menjadi perangkap maut kepada penggunanya. Isu ini juga menimbulkan rasa

khuatir kepada ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal kerana sehingga tarikh

tersebut iaitu 24 September 2001, seramai 20 orang kakitangan makmal yang

bertugas di makmal kimia telah meninggal dunia akibat kanser yang dikhuatiri

berpunca daripada tugas-tugas di makmal tersebut.

Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak

dijangka. Kecuaian adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan boleh

berlaku di dalam makmal sains. Misalnya, kes yang berlaku di makmal sains di

Sekolah Tinggi Kem Nasional Lapu-Lapu, Apas (Cebu Online, 2008) menyaksikan

seorang pelajar yang berusia 15 tahun tercedera akibat luka terbakar ketika menjalani

eksperimen pada 17 September 2008 lepas. Penasihat pelajar tersebut telah meminta

pengetua sekolah untuk mengambil tindakan dengan secepat yang mungkin dalam

memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Mangsa mengatakan

bahawa punca api merebak bermula setelah salah seorang rakan sekelasnya

menuangkan alkohol ke dalam bara api ketika mereka membuat eksperimen bahan

api. Keadaan ini menyebabkan kulitnya menjadi biru dan rambutnya terbakar.

Selain itu, satu kemalangan telah terjadi di dalam makmal kimia di mana

seorang pelajar telah tercedera ketika memanaskan kelalang kon. Kejadian ini

terjadi ketika mangsa sedang mengacau larutan trimetilsilietuna yang dimasukkan di

dalam kelalang kon dan kelalang kon tersebut telah pecah akibat terlalu panas (The

Tech Online Edition, 1995). Kejadian ini dapat dielakkan sekiranya pengetahuan

tentang amalan keselamatan makmal di patuhi oleh semua pihak. Oleh itu, amalan

keselamatan di dalam makmal sains perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan diri

daripada berlakunya kemalangan.

Page 20: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

5

Guru juga memainkan peranan yang penting dalam mengelak kemalangan

yang mungkin akan berlaku dalam makmal sains. Guru-guru yang leka di hadapan

kelas tanpa memerhatikan pelajar-pelajarnya menjalankan eksperimen akan

menyumbangkan kepada kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan di dalam

makmal sains. Guru seharusnya menerangkan ciri-ciri sesuatu bahan kimia yang

merbahaya kepada pelajar-pelajar seperti bahan kimia mudah meruap, mudah

meletup dan mudah bertindak balas apabila didekatkan pada sumber api yang boleh

menyebabkan berlakunya letupan. Terdapat banyak kes yang berlaku akibat

kecuaian guru dalam mengawasi pelajar-pelajarnya ketika menjalankan aktiviti

amali di dalam makmal sains. Sebagai contoh, kemalangan di mana lima pelajar dari

Sekolah Tinggi Bishop Kelley, Tulsa, telah mencampurkan kalium diklorat ke dalam

satu bekas yang mengandungi sulfur dan menyebabkan letupan. Mereka mengalami

kecederaan serius dan telah dihantar ke hospital (The Pantagraph, 2002). Antara

kemalangan lain yang berlaku disebabkan kecuaian guru adalah kejadian yang

berlaku di Sekolah Tinggi Genoa-Kingston, Genoa. Kejadian ini berlaku disebabkan

oleh tindakbalas bahan kimia iaitu metanol dengan garam menghasilkan letupan.

Kejadian ini telah mengakibatkan tujuh pelajar tercedera manakala tiga pelajar

berada dalam keadaan kritikal (The Pantagraph, 2001).

Kemalangan bukan sahaja berlaku disebabkan oleh kecuaian tetapi

kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh kerosakan peralatan eksperimen.

Penggunaan instrumen-instrumen atau alatan yang rosak mestilah dielakkan bagi

mengelak kecelakaan, contohnya seperti salur getah gas bocor atau alat radas yang

retak. Menerusi rencana surat khabar Utusan Malaysia yang bertarikh 2 Julai 2004,

satu letupan telah terjadi di makmal sains. Kejadian ini terjadi berpunca daripada

paip gas yang bocor akibat daripada kerosakan paip gas tersebut yang terlalu lama

digunakan. Berikutan kemalangan sentiasa berlaku di mana-mana sahaja, maka

keselamatan makmal sains adalah perlu dititikberatkan untuk mengelak kemalangan

ketika berada di dalam makmal sains.

Oleh itu, sekiranya semua pihak dapat menguasai semua amalan keselamatan

makmal sains, ini dapat mengurangkan risiko terjadinya kecelakaan di dalam

makmal sains. Pengetahuan yang luas tentang amalan keselamatan makmal sains

Page 21: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

6

perlulah dititikberatkan sepenuhnya oleh semua guru sains, pembantu makmal

mahupun para pelajar. Ini bertujuan untuk menghindarkan diri dan individu lain

daripada mengalami kemalangan. Semua pihak juga perlu tahu cara mengatasi dan

mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan. Guru yang

lemah dalam menguasai pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah

berlaku. Sepatutnya, sebelum suatu eksperimen dijalankan dalam sesi pengajaran,

guru perlulah memastikan diri mereka lengkap dengan pengetahuan dalam mengatasi

sesuatu masalah sekiranya kemalangan berlaku di dalam makmal sains.

Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang amalan keselamatan

makmal sains. Menurut hasil kajian Mohd Afnizam (2003), mendapati pengetahuan

responden berkaitan dengan teknik pengendalian radas dan bahan kimia berada pada

tahap yang sederhana. Kajian dilakukan ke atas 80 orang pelajar tingkatan empat

aliran sains di beberapa buah sekolah sekitar kawasan Johor Bahru. Kajian ini,

hanya menekankan satu aspek sahaja di mana ia tidak boleh menggambarkan

penguasaan amalan keselamatan makmal sains yang sebenar. Begitu juga dengan

kajian Mohd Dom (2003), yang hanya menekankan satu aspek sahaja iaitu tahap

pengetahuan responden tentang teknik-teknik kimia. Kajian ini dilakukan ke atas

kakitangan sokongan makmal dan hasil kajian mendapati bahawa kakitangan

sokongan makmal mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang teknik-teknik

kimia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan menekankan lima aspek untuk

menggambarkan penguasaan sebenar responden tentang amalan keselamatan

makmal sains. Aspek-aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah peraturan am,

pengendalian bahan kimia, penyimpanan bahan kimia dan peralatan, keadaan

persekitaran makmal, dan prosedur pertolongan cemas. Kelima-lima aspek ini akan

menggambarkan penguasaan sebenar responden tentang amalan keselamatan

makmal sains berbanding dengan kajian-kajian lepas yang hanya menekankan

kepada satu aspek sahaja.

Page 22: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

7

1.3 Pernyataan Masalah

Pihak kerajaan bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan peralatan

makmal sains sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih

berkesan. Selain itu, pihak kerajaan dan sekolah juga bertanggungjawab

menyediakan peraturan yang berkaitan dengan aspek keselamatan di dalam makmal

sains. Ia bertujuan untuk memberi perlindungan dan garis panduan yang perlu diikut

oleh setiap pelajar, guru serta pihak pengurusan sekolah sebelum, semasa dan

selepas menjalankan aktiviti di dalam makmal sains. Sebagai contoh surat pekeliling

ikhtisas tentang keselamatan makmal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1974),

yang harus di patuhi oleh pelajar bagi mengelak berlakunya sebarang risiko

kemalangan. Selain itu, pekeliling ini juga menjelaskan tentang keperluan yang

perlu ada bagi sesebuah makmal sains sekolah. Walau bagaimanapun, kemalangan

tetap boleh berlaku sekiranya wujud unsur-unsur kecuaian dan kejadian di luar

kawalan manusia.

Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH),

kejadian kemalangan yang berkaitan dengan makmal sains tetap berlaku walaupun

kemudahan keselamatan disediakan secukupnya. Hal ini disebabkan oleh,

kurangnya penguasaan tentang amalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas

menjalani aktiviti di makmal sains. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat

penguasaan amalan keselamatan makmal sains dalam kalangan pelajar-pelajar tahun

akhir, iaitu bakal guru sains dalam mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan

berlaku.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan amalan

keselamatan makmal sains dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir daripada

aspek:

Page 23: PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan ... Selaras dengan perkembangan dunia

8

i. Peraturan am

ii. Pengendalian bahan kimia

iii. Penyimpanan bahan kimia dan peralatan

iv. Keadaan persekitaran makmal

v. Prosedur pertolongan cemas

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah ditetapkan, terdapat

beberapa persoalan kajian. Persoalan kajian ini ialah apakah penguasaan pelajar-

pelajar tahun akhir terhadap amalan keselamatan makmal sains daripada aspek:

i. Peraturan am

ii. Pengendalian bahan kimia

iii. Penyimpanan bahan kimia dan peralatan

iv. Keadaan persekitaran makmal

v. Prosedur pertolongan cemas

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah, ia dapat menyalurkan

pengetahuan kepada pelajar-pelajar tahun akhir betapa pentingnya sikap

mengutamakan keselamatan semasa berada di dalam makmal sains supaya kejadian

yang tidak diingini dapat dielakkan. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat

dijadikan sebagai garis panduan kepada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu bakal guru

sains dalam mengendalikan makmal sains dengan selamat. Dengan adanya kajian

ini, diharap bakal guru sains akan dapat meningkatkan budaya kerja yang lebih baik,

serta membimbing para pelajar mengamalkan budaya kerja yang selamat. Selain itu,

hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai petunjuk terhadap keberkesanan

pendidikan keselamatan makmal bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap