dsp pendidikan islam kssr tahun 4

23
DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Upload: eiyqah

Post on 29-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KSSR

TRANSCRIPT

Page 1: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF DOKUMEN STANDARD PRESTASI

PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 4

Page 2: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak, mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 3: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

3

MATLAMAT KURIKULUM

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM

Murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pendidikan Islam berkebolehan;

i. Membaca surah-surah terpilih daripada al Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian; iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya; iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya; v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama; vi. Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardu ‘ain dan fardu kifayah; vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. serta menghayati dan mengamal sunnah

baginda; viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Page 4: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

4

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu dengan lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkaikata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kuaiti boleh ditaksir dan dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang

melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 5: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

5

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif. Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasikan permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

2

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

1. TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Page 6: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

6

PERNYATAAN STANDARD PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Band Pernyataan Standard

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali

Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji

Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah terpilih, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

2 Tahu, Faham

Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi.

1 Tahu

Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi.

Page 7: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

7

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Band 1

Tahu

B1 Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, sirah, adab, Rasululllah SAW dan asas jawi.

AL-QURAN B1D1 Boleh membaca surah-surah tertentu:

surah al-Qariah

surah al-‘Adiyat

surah al-Zalzalah

B1D1E1 Membaca kalimah dan potongan ayat dengan bimbingan guru satu daripada surah-surah berikut :

surah al-Qariah

surah al-’Adiyat

surah al-Zalzalah

KEFAHAMAN B1D2 Boleh memahami sejarah penurunan al-Quran.

B1D2E1 Menyatakan tempoh penurunan al-Quran. B1D2E2 Menyatakan bilangan surah dan juzuk.

Page 8: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

8

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Band 2

Tahu dan

Faham

B2 Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas jawi.

AL-QURAN B2D1 Boleh membaca surah-surah tertentu dengan betul :

surah al-Qariah

surah al-’Adiyat

surah al-Zalzalah

B2D1E1 Membaca ayat-ayat dengan bantuan guru atau rakan satu daripada surah-surah berikut :

surah al-Qariah

surah al-’Adiyat

surah al-Zalzalah

KEFAHAMAN B2D2 Boleh memahami sejarah penurunan al-Quran.

B2D2E1 Menyatakan ayat dan surah pertama diturunkan.

TAJWID B2D3 Boleh membaca potongan ayat yang mengandungi hukum mad.

B2D3E1 Membaca dengan bimbingan guru potongan ayat yang mengandungi hukum-hukum mad berikut:

Mad Lin

Mad Arid Lissukun

Mad Wajib Muttasil

Mad Jaiz Munfasil

Mad Silah Towilah

Mad Faraq

Page 9: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

9

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

HADIS B2D4 Boleh membaca dan memahami hadis tentang :

Menghormati tetamu

B2D4E1 Membaca hadis dan terjemahannya dengan bimbingan guru :

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah

dan hari akhirat maka hendaklah

memuliakan tetamunya”

AKIDAH B2D5 Boleh memahami konsep beriman kepada Qada' dan Qadar.

B2D5E1 Menyatakan dengan betul pengertian dan maksud beriman kepada Qada' dan Qadar.

B2D6 Boleh memahami sifat-sifat Allah SWT:

Wahdaniah

Qudrah

B2D6E1 Menyatakan dengan betul pengertian dan maksud satu daripada sifat-sifat Allah SWT:

Wahdaniah

Qudrah

B2D7 Boleh memahami nama Allah SWT "al-Salam".

B2D7E1 Menyatakan dengan betul pengertian "al-Salam".

Page 10: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

10

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

B2D7E2 Menyatakan dengan betul maksud beriman dengan nama Allah SWT "al-Salam".

B2D8 Boleh memahami nama Allah SWT "al-Hadi".

B2D8E1 Menyatakan dengan betul pengertian "al-Hadi". B2D8E2 Menyatakan dengan betul maksud beriman dengan nama Allah SWT "al-Hadi".

B2D9 Boleh memahami konsep pahala dan dosa.

B2D9E1 Menyatakan dengan betul pengertian pahala dan dosa.

IBADAH B2D10 Boleh memahami konsep mandi wajib.

B2D10E1 Menyatakan sebab-sebab mandi wajib. B2D10E2 Menyatakan perkara-perkara yang dilarang ketika berhadas besar.

Page 11: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

11

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Band 3

Tahu,

Faham

dan

Boleh

Buat

B3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

AL-QURAN B3D1 Boleh membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul:

surah al-Qariah

surah al-’Adiyat

surah al-Zalzalah

B3D1E1 Mampu membaca dan menghafaz dengan betul satu daripada surah-surah berikut :

surah al-Qariah

surah al-’Adiyat

surah al-Zalzalah

KEFAHAMAN B3D2 Boleh memahami surah-surah tertentu:

al-Falaq

al-Ikhlas

B3D2E1 Mampu menyatakan dengan betul pengertian satu daripada surah-surah berikut:

al-Falaq

al-Ikhlas

TAJWID B3D3 Boleh membaca potongan ayat yang mengandungi hukum mad.

B3D3E1 Mampu membaca dengan betul potongan ayat yang mengandungi hukum-hukum mad berikut:

Mad Lin

Mad Arid Lissukun

Mad Wajib Muttasil

Mad Jaiz Munfasil

Page 12: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

12

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Mad Silah Towilah

Mad Faraq

HADIS B3D4 Boleh membaca dan memahami hadis tentang :

Menghormati tetamu

B3D4E1 Mampu membaca hadis dan menjelaskan terjemahannya dengan betul :

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah

dan hari akhirat maka hendaklah

memuliakan tetamunya”.

AKIDAH B3D5 Boleh memahami dan meyakini konsep beriman kepada Qada' dan Qadar.

B3D5E1 Mampu menerangkan dengan betul kesan beriman kepada Qada' dan Qadar.

B3D6 Boleh memahami dan meyakini sifat-sifat Allah SWT:

Wahdaniah

Qudrah

B3D6E1 Mampu menerangkan dengan betul kesan meyakini satu daripada sifat-sifat Allah SWT:

Wahdaniah

Qudrah

Page 13: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

13

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

B3D7 Boleh memahami dan meyakini nama Allah SWT "al-Salam".

B3D7E1 Mampu menyatakan hikmah setiap ciptaan Allah SWT.

B3D8 Boleh memahami dan meyakini nama Allah SWT "al-Hadi".

B3D8E1 Mampu menerangkan dengan betul kelebihan orang yang mendapat hidayah Allah SWT.

B3D9 Boleh memahami dan meyakini konsep pahala dan dosa.

B3D9E1 Mampu menjelaskan dengan betul syarat-syarat untuk mendapatkan pahala.

IBADAH B3D10 Boleh memahami dan mengamalkan cara bersuci daripada najis:

Mukhaffafah.

Mutawassitah.

Mughallazah.

B3D10E1 Mampu menerangkan dengan betul cara bersuci daripada najis mukhaffafah. B3D10E2 Mampu menerangkan dengan betul cara bersuci daripada najis mutawassitah. B3D10E3 Mampu menerangkan dengan betul cara bersuci daripada najis mughallazah.

Page 14: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

14

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

B3D11 Boleh memahami konsep mandi wajib.

B3D11E1 Mampu menjelaskan dengan betul cara mandi wajib.

B3D12 Boleh memahami rukun solat.

B3D12E1 Mampu melakukan perbuatan rukun dalam solat dengan betul.

B3D13 Boleh memahami had aurat.

B3D13E1 Mampu menjelaskan dengan betul had aurat lelaki dan perempuan.

SIRAH B3D14 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW.

B3D14E1 Mampu menyatakan dengan betul tindakan Rasulullah SAW dalam menghadapi penentangan terhadap dakwah baginda.

B3D15 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj.

B3D15E1 Mampu menerangkan dengan betul peristiwa Israk dan Mikraj.

Page 15: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

15

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

B3D16 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa perjanjian Aqabah.

B3D16E1 Mampu menyatakan dengan betul sebab-sebab berlakunya perjanjian Aqabah.

B3D17 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

B3D17E1 Mampu menyatakan dengan betul peristiwa berlakunya hijrah Rasulullah SAW.

ADAB B3D18 Boleh memahami adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga

Adab berjiran

Adab di masjid dan surau

Adab menaiki kenderaan

B3D18E1 Mampu menyatakan dengan betul satu daripada adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga

Adab berjiran

Adab di masjid dan surau

Adab menaiki kenderaan

JAWI B3D19 Membaca dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema.

B3D19E1 Mampu membaca dan menulis ayat-ayat pendek daripada pelbagai jenis teks dengan bimbingan guru.

Page 16: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

16

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Band 4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4 Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah terpilih, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

AL-QURAN B4D1 Boleh membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul dan bertajwid :

surah al-Qariah

surah al-A’diyat

surah al-Zalzalah

B4D1E1 Mampu membaca dan menghafaz dengan betul, bertajwid dan beradab satu daripada surah-surah berikut :

surah al-Qariah

surah al-A’diyat

surah al-Zalzalah

KEFAHAMAN B4D2 Boleh memahami surah-surah tertentu:

al-Falaq

al-Ikhlas

B4D2E1 Mampu menyatakan dengan betul pengajaran satu daripada surah-surah berikut:

al-Falaq

al-Ikhlas

HADIS B4D3 Boleh memahami hadis:

Menghormati tetamu.

B4D3E1 Mampu menerangkan dengan betul kepentingan memuliakan tetamu berdasarkan hadis :

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah

Page 17: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

17

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

memuliakan tetamunya”.

AKIDAH B4D4 Boleh memahami dan meyakini konsep beriman kepada Qada' dan Qadar.

B4D4E1 Mampu menyatakan / mempamerkan tindakan positif dalam menghadapi situasi tertentu dengan beradab.

B4D5 Boleh memahami dan meyakini nama Allah SWT "al-Hadi".

B4D5E1 Mampu mempamerkan / menyatakan usaha untuk mendapatkan hidayah Allah SWT secara berterusan.

B4D6 Boleh memahami dan meyakini konsep pahala dan dosa.

B4D6E1 Mampu mempamerkan / melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran secara istiqamah.

IBADAH B4D7 Boleh memahami dan mengamalkan cara bersuci daripada najis:

Mukhaffafah.

Mutawassitah.

B4D7E1 Mampu menunjukkan cara-cara bersuci daripada najis mukhaffafah mengikut syarat-syarat tertentu. B4D7E2 Mampu menunjukkan cara-cara bersuci

Page 18: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

18

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Mughallazah.

daripada najis mutawassitah mengikut syarat-syarat tertentu. B4D7E3 Mampu menunjukkan cara-cara bersuci daripada najis mughallazah mengikut syarat-syarat tertentu.

B4D8 Boleh memahami konsep mandi wajib.

B4D8E1 Mampu menerangkan secara terperinci cara-cara mandi wajib.

B4D9 Boleh memahami rukun solat.

B4D9E1 Mampu melakukan rukun-rukun solat dengan betul dan tertib.

B4D10 Boleh memahami had aurat.

B4D10E1 Mampu menutup aurat dengan betul dan beradab.

SIRAH B4D11 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW.

B4D11E1 Mampu mencontohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadapi situasi tertentu dengan betul.

Page 19: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

19

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

B4D12 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj.

B4D12E1 Mampu menjelaskan iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj dengan betul.

B4D13 Boleh memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa perjanjian Aqabah.

B4D13E1 Mampu menyatakan iktibar daripada peristiwa perjanjian Aqabah dengan betul.

ADAB B4D14 Boleh memahami adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga

Adab berjiran

Adab di masjid dan surau

Adab menaiki kenderaan

B4D14E1 Mampu melakukan dengan betul satu daripada adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga

Adab berjiran

Adab di masjid dan surau

Adab menaiki kenderaan

JAWI B4D15 Membaca dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema.

B4D15E1 Mampu membaca dan menulis dengan betul ayat-ayat pendek daripada pelbagai jenis teks.

Page 20: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

20

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

Band 5

Tahu,

Faham,

Boleh

Buat dan

Beradab

Terpuji

B5 Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.

AL-QURAN B5D1 Boleh membaca, menghafaz dan mengamalkan surah-surah tertentu dengan betul dan bertajwid:

surah al-Qariah

surah al-A’diyat

surah al-Zalzalah

B5D1E1 Mampu membaca dan menghafaz dengan betul dan bertajwid serta mengamalkannya dengan beradab terpuji satu daripada surah-surah berikut :

surah al-Qariah

surah al-A’diyat

surah al-Zalzalah

HADIS B5D2 Boleh mengamal dan menghayati tuntutan hadis :

Menghormati tetamu.

B5D2E1 Mampu mempamerkan cara memuliakan tetamu dengan beradab terpuji berdasarkan hadis :

“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah

dan hari akhirat maka hendaklah

memuliakan tetamunya”

.

Page 21: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

21

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

IBADAH B5D3 Boleh memahami dan mengamalkan cara bersuci daripada najis:

Mukhaffafah.

Mutawassitah.

Mughallazah.

B5D3E1 Mampu mengenal pasti jenis-jenis najis dan menunjuk cara menyucikannya dalam kehidupan seharian.

B5D4 Boleh memahami dan mengamalkan rukun solat.

B5D4E1 Mampu melakukan solat dengan betul, tertib dan istiqamah.

B5D5 Boleh memahami dan mengamalkan had aurat.

B5D5E1 Mampu mengamalkan cara berpakaian mengikut syari'at.

ADAB B5D6 Boleh memahami dan mengamalkan adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga.

Adab berjiran.

Adab di masjid dan surau.

Adab menaiki kenderaan.

B5D6E1 Mampu melakukan dengan betul dan istiqamah satu daripada adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam keluarga.

Adab berjiran.

Adab di masjid dan surau.

Adab menaiki kenderaan.

Page 22: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

22

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

JAWI B5D7 Membaca dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema.

B5D7E1 Mampu membaca pelbagai jenis teks. B5D7E2 Mampu mengaplikasikan kaedah menulis pelbagai jenis teks dengan betul.

Band 6

Tahu,

Faham,

Boleh

Buat dan

Beradab

Mithali

B6 Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

IBADAH B6D1 Boleh memahami dan mengamalkan rukun solat.

B6D1E1 Mampu melakukan solat dengan betul, tertib, sempurna dan istiqamah.

B6D2 Boleh memahami dan mengamalkan had aurat.

B6D2E1 Mampu mengamalkan cara berpakaian mengikut syari'at serta istiqamah.

B6D3 Boleh memahami dan mengamalkan rukun solat.

B6D3E1 Mampu melakukan solat dengan betul, tertib, sempurna dan istiqamah.

ADAB B6D4 Boleh memahami dan mengamalkan adab-adab berikut:

Adab bergaul dalam

B6D4E1 Mampu melakukan dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi satu daripada adab-adab berikut:

Page 23: DSP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4

DSP Pendidikan Islam Tahun 4 04 - 08 Mac 2013

23

BAND PERNYATAAN STANDARD Apa yang murid tahu dan boleh buat

DESKRIPTOR Bagaimana murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

keluarga.

Adab berjiran.

Adab di masjid dan surau.

Adab menaiki kenderaan.

Adab bergaul dalam keluarga.

Adab berjiran.

Adab di masjid dan surau.

Adab menaiki kenderaan.

JAWI B6D5 Membaca dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema.

B6D5E1 Mahir membaca pelbagai jenis teks dengan betul dan boleh dicontohi. B6D5E2 Mahir menulis pelbagai jenis teks dengan betul dan boleh dicontohi.