a kssr dsp sains tahun 4

Upload: haslida-johari

Post on 14-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    1/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4Mac 2013

    STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

    ELEMEN SAINS

    TAHUN EMPAT

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    2/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    3/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    3

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar denganpelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh manamurid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahappencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada gurutentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modalinsan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    4/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    4

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagitujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberigambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard danmenunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

    boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

    bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    5/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    5

    KERANGKASTANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    6/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABTERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikappositif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABMITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    7/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    7

    MATLAMAT KURIKULUM

    Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini ialah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman

    dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

    OBJEKTIF KURIKULUM

    Kurikulum Standard Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bertujuan:

    1 Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.

    2 Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.3 Meningkatkan daya kreativiti murid.4 Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.5 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat

    keputusan dan menyelesaikan masalah.6 Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.7 Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    8/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    8

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    2 Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    3 Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    4 Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagi menjalankan tugasan

    5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

    6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    9/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Mengetahui perkara-perkaraasas dalam sains dan

    teknologi

    D3Pernafasan manusia

    D4Perkumuhan dan penyahtinjaanmanusia

    D10Proses fotosintesis

    D11Panjang

    D12

    Luas

    D13Isi padu

    B1D3E1Menyatakan manusia bernafas menggunakanhidung, trakea dan peparu

    B1D4E1Menyatakan maksud perkumuhan

    B1D4E2Menyatakan maksud penyahtinjaan dan hasilnyahtinja

    B1D10E1Menyatakan tumbuhan membuat makanansendiri melalui proses fotosintesis

    B1D11E1Menyatakan maksud panjang dan unit piawaiukuran panjang

    B1D12E1

    Menyatakan maksud luas dan unit piawai bagiluas

    B1D13E1Menyatakan maksud isi padu dan unit piawaibagi isi padu

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    10/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    10

    D14Jisim

    D15Masa

    D19Pengaratan bahan

    B1D14E1Menyatakan maksud jisim, unit piawai jisimdan mengenal pasti alat pengukur jisim

    B1D15E1Menyatakan maksud masa, unit piawai masadan mengenal pasti alat pengukur masa

    B1D19E1Mengenal pasti objek berkarat dan tidakberkarat

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    11/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    11

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu danFaham

    B2Memahami perkara-perkaraasas dalam sains danteknologi

    D4Perkumuhan dan penyahtinjaanmanusia

    D5Manusia bergerak balas terhadaprangsangan

    D6

    Pewarisan manusia

    D7Tabiat yang mengganggu proseshidup manusia

    D8Organ pernafasan haiwan

    B2D4E1Mengenal pasti organ dan hasil perkumuhan

    B2D5E1Menyatakan manusia bergerak balas apabilaorgan deria menerima rangsangan danmemberi contoh dalam kehidupan harian

    B2D6E1

    Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisidaripada keturunan

    B2D7E1Menyatakan tabiat-tabiat yang menggangguproses hidup manusia

    B2D8E1Mengenal pasti organ-organ pernafasan bagi

    haiwan

    B2D8E2Menyatakan haiwan yang mempunyai lebihdari satu organ pernafasan

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    12/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    12

    D10Proses fotosintesis

    D15Masa

    D17Sumber asas bahan

    D19Pengaratan bahan

    B2D10E1Menyatakan apa yang diperlukan olehtumbuhan bagi proses fotosintesis

    B2D10E2

    Menyatakan proses fotosintesis menghasilkankanji dan oksigen

    B2D15E1Menyatakan masa boleh diukur berasaskanperistiwa yang berulang secara seragam

    B2D17E1Mengenal pasti sumber asas bagi bahan yangdigunakan untuk membuat objek

    B2D19E1Mengitlak objek berkarat diperbuat daripadabesi

    B2D19E2Menyatakan cara mencegah pengaratan

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    13/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    13

    D20Sistem suria

    D23Kepentingan teknologi

    B2D20E1Memerihalkan ahli-ahli dalam Sistem Suria

    B2D20E2Menyatakan bahawa planet berputar pada

    paksinya dan pada masa yang sama beredarmengelilingi Matahari mengikut orbitnya

    B2D23E1Menjelaskan melalui contoh alat yangdigunakan untuk mengatasi had keupayaanmanusia

    B2D23E2Menyatakan teknologi merupakan salah satuaplikasi pengetahuan sains untuk mengatasihad keupayaan manusia

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    14/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    14

    BAND PERNYATAANSTANDARD

    DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Faham danBoleh Buat

    B3

    Mempamerkan keupayaanmengetahui danmemahami perkara-perkara asas dalam sainsdan teknologi

    D1

    Kemahiran proses sains

    B3D1E1

    Memerhati(Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untukmengumpulkan maklumat tentang objek danfenomena)

    B3D1E2Mengelas(Menggunakan pemerhatian untukmengasing dan mengumpulkan objek ataufenomena berdasarkan ciri yang sama)

    B3D1E3Mengukur dan menggunakan nombor(Membuat pemerhatian secara kuantitatifdengan menggunakan nombor atau alatberunit piawai atau alat yang diseragamkansebagai unit rujukan)

    B3D1E4Membuat inferens(Membuat kesimpulan awal yang munasabah,yang mungkin benar atau tidak benar untukmenerangkan sesuatu peristiwa ataupemerhatian)

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    15/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    15

    D2Kemahiran manipulatif

    D3Pernafasan manusia

    D4Perkumuhan dan pernyahtinjaanmanusia

    B3D1E5Meramal(Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwaberdasarkan pemerhatian dan pengalamanyang lalu atau berdasarkan data)

    B3D1E6Berkomunikasi(Menerima, memilih, menyusun danmempersembahkan maklumat atau ideadalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajahatau model)

    B3D2E1Menggunakan dan mengendalikan peralatandan bahan sains dengan betul

    B3D2E2Mengendalikan spesimen dengan betul danselamat

    B3D3E1Melakar laluan udara semasa menarik danmenghembus nafas

    B3D4E1Menyatakan mengapa manusia perlumenjalani perkumuhan dan penyahtinjaan

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    16/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    16

    D5Manusia bergerak balas terhadaprangsangan

    D6Pewarisan manusia

    D7Tabiat yang mengganggu proseshidup manusia

    D11Panjang

    D12Luas

    B3D5E1Membuat inferens tentang kepentingan gerakbalas manusia terhadap rangsangan

    B3D6E1Menyatakan ciri-ciri ibubapa yang diwarisioleh anak

    B3D7E1Menerangkan kesan tabiat yang menggangguproses hidup manusia

    B3D11E1Mengukur panjang dengan menggunakan alatyang tidak piawai

    B3D11E2Menyatakan panjang boleh diukur denganmenggunakan alat piawai

    B3D12E1Mengukur luas permukaan satu objek

    menggunakan alat pengukur piawai

    B3D12E2Mengira luas permukaan segiempat tepat dansegiempat sama menggunakan rumus

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    17/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    17

    D13Isi padu

    D17Sumber asas bahan

    D18Sifat-sifat bahan

    B3D13E1Mengukur isi padu satu kotak lohong denganmenggunakan alat pengukur piawai

    B3D13E2

    Mengira isi padu kubus dan kuboidmenggunakan rumus

    B3D13E3Menyukat isi padu cecair dalam satu bekasmenggunakan alat penyukat isi padu tidakpiawai

    B3D17E1Mengelaskan objek berdasarkan sumberasasnya

    B3D18E1Memberi contoh bahan dari segi kebolehanmenyerap air

    B3D18E2Memberi contoh bahan dari segi kebolehan

    terapung di atas permukaan air

    B3D18E3Mengenal pasti sifat bahan dari segikekenyalan

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    18/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    18

    D21Saiz Bumi, Bulan dan Matahari

    D22Jarak antara Bumi, Bulan danMatahari

    B3D18E4Mengenal pasti sifat bahan dari segikebolehan mengalirkan arus elektrik

    B3D18E5

    Mengenal pasti sifat bahan dari segikebolehan mengalirkan haba

    B3D18E6Mengenal pasti sifat bahan dari segikebolehan penembusan cahaya

    B3D21E1Menyatakan anggaran saiz relatif :Bumi dengan Matahari,

    Bulan dengan Matahari danBulan dengan Bumi

    B3D22E1Menyatakan anggaran jarak relatif Bumi keMatahari dengan jarak Bumi ke Bulan

    B3D22E2Meramalkan keadaan di Bumi jika jaraknya

    lebih dekat dan jika lebih jauh denganMatahari

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    19/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    19

    D23Kepentingan teknologi

    D25Sumbangan teknologi

    B3D23E1Mengenal pasti aktiviti yang mampu dan tidakmampu dilakukan oleh otak, deria dan anggotabadan

    B3D25E1Menjana idea kebaikan dan keburukanteknologi

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    20/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    20

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradab

    B4Menggunakan pengetahuan

    asas sains dan teknologi bagimenjalankan tugasan

    D1Kemahiran proses sains

    D2Kemahiran manipulatif

    D3Pernafasan manusia

    B4D1E1Mengawal pembolehubah

    (Mengenal pasti pemboleh ubahdimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikanhubungannya dengan pemboleh ubahbergerak balas. Pada masa yang samapemboleh ubah yang lain dimalarkan.)

    B4D1E2

    Membuat hipotesis(Membuat suatu pernyataan umum tentanghubungan antara pemboleh ubah yangdifikirkan benar bagi menerangkan sesuatuperkara atau peristiwa. Pernyataan ini bolehdiuji untuk menentukan kesahihannya)

    B4D2E1Melakar spesimen, peralatan dan bahan sainsdengan tepat

    B4D3E1Memerihalkan pergerakan dada semasamenarik dan menghembus nafas

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    21/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    21

    D9Bahagian tumbuhan yangbergerak balas terhadaprangsangan

    D10Proses fotosintesis

    D12Luas

    D13Isi padu

    B4D3E2Mengitlak bahawa kadar pernafasanbergantung kepada jenis aktiviti yangdilakukan melalui pemerhatian pada

    pergerakan dada

    B4D9E1Mengenal pasti bahagian tumbuhan yangbergerak balas terhadap rangsangannya

    B4D10E1Membuat inferens tentang kepentingan

    fotosintesis terhadap hidupan lain

    B4D10E2Menaakul mengapa tumbuhan tidak bergerakseperti haiwan

    B4D12E1Menganggarkan luas permukaan bentuk tidaksekata

    B4D13E1Menyukat isi padu cecair menggunakan alatpenyukat piawai

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    22/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    22

    D16Kepentingan pengukuran

    D20Sistem suria

    D23

    Kepentingan teknologi

    D24Perkembangan teknologi

    D25Sumbangan teknologi

    B4D13E2Mengira isi padu pepejal berbentuk tidaksekata menggunakan kaedah sesaran air

    B4D16E1Membanding dan membezakan ukuran yangdibuat menggunakan alat piawai dan tidakpiawai

    B4D20E1Membuat urutan planet dalam Sistem Suria

    B4D23E1

    Mengitlak manusia mempunyai hadkeupayaan dalam melakukan aktiviti

    B4D24E1Memerihalkan perkembangan teknologi dalambidang pertanian,pengangkutan,pembinaan,komunikasi dan perubatan

    B4D25E1Memerihalkan keperluan penciptaan teknologibaru dalam meneruskan kesejahteraankehidupan manusia sejagat

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    23/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    23

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabTerpuji

    B5Mengaplikasi pengetahuan

    dan kemahiran saintifik untukmembentuk konsep sains

    D1Kemahiran proses sains

    D2Kemahiran manipulatif

    D11Panjang

    B5D1E1Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    (Memerihalkan perubahan parameter sepertilokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat danjisim dengan masa)

    B5D1E2Mendefinisi secara operasi(Memberi tafsiran tentang sesuatu konsepdengan menyatakan perkara yang dilakukandan diperhatikan)

    B5D2E1Membersihkan peralatan sains dengan carayang betul

    B5D2E2Menyimpan peralatan dan bahan sainsdengan betul dan selamat

    B5D11E1Mengukur panjang dengan menggunakan alatdan unit piawai yang sesuai dengan kaedahyang betul

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    24/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    24

    D13Isi padu

    D14Jisim

    D15Masa

    D16Kepentingan pengukuran

    D19Pengaratan bahan

    B5D13E1Menyukat isi padu cecair denganmenggunakan alat dan unit piawai yangsesuai dengan kaedah yang betul

    B5D13E2Mengira isi padu pepejal berbentuk sekatamenggunakan kaedah sesaran air danmenggunakan rumus

    B5D14E1Mengukur jisim objek dengan menggunakanalat dan unit piawai yang sesuai dengankaedah yang betul

    B5D15E1Mengukur masa dengan menggunakan alatdan unit piawai yang sesuai dengan kaedahyang betul

    B5D16E1Menaakul kepentingan mengukurmenggunakan alat pengukur dengan kaedahyang betul

    B5D19E1Menaakul kepentingan mencegah pengaratan

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    25/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    25

    D25Sumbangan teknologi

    B5D25E1Menaakul kepentingan menggunakan bahansecara berhemah dalam penghasilan teknologi

  • 7/30/2019 A Kssr Dsp Sains Tahun 4

    26/26

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 4MAC 2013

    26

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabMithali

    B6

    Mengaplikasikan konsep sainsuntuk menyelesaikan masalahdalam kehidupan harian

    D1

    Kemahiran proses sains

    D15Masa

    D18Sifat-sifat bahan

    D19Pengaratan bahan

    B6D1E1

    Mentafsir data(Memberi penerangan yang rasional tentangobjek, peristiwa atau pola daripada data yangdikumpulkan)

    B6D1E2Mengeksperimen(Merancang dan menjalankan penyiasatanuntuk menguji sesuatu hipotesis,mengumpulkan data,mentafsirkan datasehingga mendapat rumusan daripadapenyiasatan itu)

    B6D15E1Mencipta alat dan memerihalkan ciptaanmengukur masa

    B6D18E1Mencipta objek dan menaakul jenis bahan

    yang dipilih berdasarkan sifat bahan

    B6D19E1Mengeksperimen bagi menentukan faktoryang menyebabkan pengaratan