([email protected]) fakulti pendidikan, universiti · pdf filemenggunakan pembentangan dalam...

16
1 PEMBANGUNAN KOMPETENSI UTAMA PELAJAR-PELAJAR DI UNIVERSITI: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA UNIVERSITI NASIONAL DI MALAYSIA DAN INDONESIA Dr Mohammed Sani Ibrahim ([email protected] ) Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Profesor Dr Saedah Siraj ([email protected]) Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Dr Hadiyanto ([email protected]) Fakultas Pendidikan dan Latihan Keguruan, Universitas Jambi, Indonesia Abstrak Kajian ini mengkaji tahap kemahiran generik pelajar (kompetensi-kompetensi komunikasi, Teknologi Maklumat, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain, dan kompetensi kursus spesifik) di Universiti Nasional di Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia-UKM) dan Universiti Nasional Indonesia (UI). Laporan kendiri pelajar mendedahkan bahawa pelajar-pelajar UI telah menilai kemahiran generik mereka lebih tinggi daripada pelajar-pelajar UKM, dan dalam kalangan pelajar-pelajar pengurusan perniagaan di UKM, mereka menilai kemahiran generik masing-masing lebih tinggi daripada mereka di UI, sementara dalam Jabatan Ekonomi, pelajar-pelajar UI memberi skor yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar UKM. Analisis Regresi Berganda menunjukkan kompetensi-kompetensi kursus spesifik, belajar cara belajar dan pengiraan adalah berhubungan secara signifikan dengan pelajar-pelajar UI. Kata Kunci: kemahiran generik, pembangunan, amalan, universiti, pendidikan tinggi. 1. Pengenalan Banyak kajian yang dijalankan oleh Pumphey dan Slater [1], Curry et al. [2], Borthwick dan Wissler [3], Crebert et al. [4], Bath et al. [5], British Council di Australia (BCA) [6], dan Jones [7] telah menyatakan bahawa para majikan tidak berpuas hati terhadap tahap kemahiran generik yang dimiliki oleh pelajar-pelajar prasiswazah untuk kebolehpasaran pekerjaan dengan melaporkan bahawa pelajar-pelajar tidak dipimpin secukupnya dengan kemahiran- kemahiran generik sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. Kebanyakan kajian mencadangkan bahawa pembangunan kemahiran generik lebih baik difasilitatorkan dengan cara memberi peluang untuk mengaplikasi secara praktikal, dan bukannya dengan hanya bercakap atau mendemonstrasikan tentang apa yang perlu dilakukan. Pendekatan

Upload: ngokhuong

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

PEMBANGUNAN KOMPETENSI UTAMA PELAJAR-PELAJAR DI UNIVERSITI: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA UNIVERSITI NASIONAL DI MALAYSIA DAN INDONESIA

Dr Mohammed Sani Ibrahim ([email protected])

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Profesor Dr Saedah Siraj ([email protected])

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Dr Hadiyanto ([email protected])

Fakultas Pendidikan dan Latihan Keguruan, Universitas Jambi, Indonesia

Abstrak

Kajian ini mengkaji tahap kemahiran generik pelajar (kompetensi-kompetensi komunikasi, Teknologi Maklumat, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain, dan kompetensi kursus spesifik) di Universiti Nasional di Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia-UKM) dan Universiti Nasional Indonesia (UI). Laporan kendiri pelajar mendedahkan bahawa pelajar-pelajar UI telah menilai kemahiran generik mereka lebih tinggi daripada pelajar-pelajar UKM, dan dalam kalangan pelajar-pelajar pengurusan perniagaan di UKM, mereka menilai kemahiran generik masing-masing lebih tinggi daripada mereka di UI, sementara dalam Jabatan Ekonomi, pelajar-pelajar UI memberi skor yang lebih tinggi daripada pelajar-pelajar UKM. Analisis Regresi Berganda menunjukkan kompetensi-kompetensi kursus spesifik, belajar cara belajar dan pengiraan adalah berhubungan secara signifikan dengan pelajar-pelajar UI.

Kata Kunci: kemahiran generik, pembangunan, amalan, universiti, pendidikan tinggi.

1. Pengenalan

Banyak kajian yang dijalankan oleh Pumphey dan Slater [1], Curry et al. [2], Borthwick dan Wissler [3], Crebert et al. [4], Bath et al. [5], British Council di Australia (BCA) [6], dan Jones [7] telah menyatakan bahawa para majikan tidak berpuas hati terhadap tahap kemahiran generik yang dimiliki oleh pelajar-pelajar prasiswazah untuk kebolehpasaran pekerjaan dengan melaporkan bahawa pelajar-pelajar tidak dipimpin secukupnya dengan kemahiran-kemahiran generik sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. Kebanyakan kajian mencadangkan bahawa pembangunan kemahiran generik lebih baik difasilitatorkan dengan cara memberi peluang untuk mengaplikasi secara praktikal, dan bukannya dengan hanya bercakap atau mendemonstrasikan tentang apa yang perlu dilakukan. Pendekatan

2

pengajaran yang lazimnya digunakan tidak lagi berbentuk syarahan, kuliah atau persembahan slaid, dimana para pensyarah hanya berdiri di hadapan kelas, menunjukkan slaid demi slaid.Di peringkat universiti masa kini, amalannya perlu bercorak berpusatkan pelajar (student-centred approach), dalam mana, pelajar-pelajar boleh membangunkan kemahiran-kemahiran generik mereka melalui pelbagai aktiviti di bilik kuliah.

Isu-isu yang sama berkaitan pendidikan tinggi telah dibangkitkan dan dibincangkan secara meluas di Malaysia dan Indonesia. Kajian yang telah dijalankan oleh Jelas et al. [8] menunjukkan bahawa kemahiran generik pelajar secara keseluruhannya adalah di tahap sederhana (2-11). Para pelajar juga berpersepsi bahawa kompetensi mereka di dalam aspek komunikasi, teknologi maklumat (IT), pengiraan, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain dan kemahiran-kemahiran berdasarkan disiplin pengajian, yang dibangunkan oleh universiti, juga berada pada tahap sederhana. Hasilan daripada sesi temu duga yang dijalankan di Malaysia seterusnya menunjukkan bahawa ada kepercayaan yang dikongsi secara konsisten bahawa semua graduan perlu memiliki tujuh kemahiran yang sama. Begitu juga, Ambigapathy dan Aniswal [9] melaporkan bahawa komentar-komentar daripada para graduan dan majikan menekankan tentang kepentingan kemahiran-kemahiran generik, terutama sekali dalam bekerja secara berpasukan, di dalam kurikulum. Di Indonesia, Irma [10] melaporkan bahawa para majikan meletakkan kemahiran-kemahiran komunikasi sebagai amat penting untuk kakitangan graduan, diikuti dengan integriti dan kejujuran, bekerja dalam kumpulan, kemahiran terpersonal, nilai-nilai etika, motivasi yang baik, kemahiran-kemahiran organisasi, kemahiran-kemahiran IT, di samping mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi.

Isu-isu ini telah menjadi tumpuan mereka yang berautoriti dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia dan Indonesia untuk membantu pelajar-pelajar prasiswazah untuk membangunkan kemahiran-kemahiran generik sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. Proses pendidikan seharusnya menekankan tentang kepentingan meningkatkan kemahiran-kemahiran generik, iaitu dalam aspek-aspek kompetensi komunikasi, IT, pengiraan, penyelesaian masalah, belajar cara belajar, bekerja dengan orang lain, dan kursus spesifik. Kemahiran-kemahiran ini perlu disepadukan ke dalam metodologi pengajaran dan pembelajaran, untuk menghasilkan graduan-graduan yang memiliki kapasiti pembelajaran kendiri, sebagaimana ditunjukkan di dalam Kerangka Asas untuk Pembangunan Pendidikan Tinggi [11], Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework) [12], dan UNESCO [13].

Sungguhpun penyelidikan yang ekstensif telah dijalankan di pelbagai Negara, masih kurang terdapat kajian yang meninjau situasi ini merentas sempadan, dan oleh itu kajian ini telah dijalankan di kedua-dua universiti nasional (National University of Malaysia (UKM) dan National University of Indonesia (UI).Adalah dijangkakan bahawa kajian ini dapat mengenal pasti tindakan-tindakan positif yang boleh digunakan untuk penambahbaikan kualiti graduan daripada kedua-dua universiti.

3

2. Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual untuk kajian ini (Rajah 1) telah dibangunkan untuk mengilustrasikan sumber-sumber data, proses penyelidikan, dan jenis data yang dipungut untuk mencapai objektif kajian, seperti dihuraikan di bawah.

.

Rajah 1. Kerangka konseptual kajian (disesuaikan daripada Jelas et al. [8], Bennett et al. [14],LTSN [15], Qualification and Curriculum

Auhority (QCA) [16], dan Walter [17]). Kerangka konseptual yang ditunjukkan di dalam Rajah 1 menunjukkan bagaimana penglibatan dan aktiviti pelajar dijalankan di dalam kelas dalam hubungannya dengan pembangunan kemahiran-kemahiran generik. Model kemahiran-kemahiran generik yang dibincangkan di dalam kertas kerja ini merujuk secara dekat kepada apa yang telah dibangunkan oleh Jelas dan Azman [18]. Kemahiran-kemahiran generik didefinisikan sebagai set ketrampilan-ketrampilan atau kebolehan-kebolehan untuk memenuhi tiga keberhasilan berpotensi dalam pendidikan tinggi, iaitu, keperluan dan kriteria pemilihan pada majikan di dalam pasaran buruh, pembelajaran sepanjang hayat, dan kewarganegaraan yang baik. Dalam kajian ini, kemahiran-kemahiran generik dianggap mempunyai tujuh kemahiran: komunikasi, pengiraan, IT, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain, dan kompetensi-kompetensi kursus spesifik (rujuk Jelas dan Azman [18], Bennett et al., [14] dan Cornford [19]). Ketujuh-tujuh kemahiran generik yang dipapar di dalam kerangka konseptual di atas dihuraikan secara ringkas di dalam seksyen di bawah ini. 2.1.Kemahiran komunikasi (Communication Skills)

Kemahiran komunikasi diperlukan untuk membolehkan para graduan menyampaikan idea-idea mereka secara individu atau sebagai ahli kumpulan. Morreale et al. [20], menunjukkan bahawa ketrampilan-ketrampilan ini bersama-sama dengan pelbagai elemen penting untuk

Students’

Engagement and Activities in the

Teaching Process

GENERIC SKILLS

Communication skills Numeracy IT skills Learning how to learn Problem solving skills Working with others Subject-specific

competencies

OUTCOMES Level of generic

skills Development of FEP UKM and

FE UI

4

membuat keputusan, penyelesaian masalah dan perundingan (1-3). Kemahiran-kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan seseoranguntuk menggunakan pendengaran secara aktif, kemahiran menulis, komunikasi oral, kemahiran-kemahiran membuat persembahan, kemahiran-kemahiran menyoal dan memberi maklum balas untuk menegakkan komunikasi yang berjaya (Jawatankuasa Mayer, 1992, seperti yang disebutkan oleh Scottish Qualification Authority [21] 6, Bennett [14], Washer [17] 62-5, Jones [7] 89). 2.2.Pengiraan (Numeracy) Pengiraan didefinisikan sebagai agregat ketrampilan, ilmu, kepercayaan, pola pemikiran, dan proses-proses komunikasi dan penyelesaian masalah yang berkaitan bahawa individu-individu perlu membuat interpretasi dan menyelesaikan banyak masalah dalam siatuasi yang pelbagai dalam kehidupan.(Gal [22] 1, Jelas et al. [8], Washer [17] 62-5). 2.3.Teknologi Maklumat (Information Technology) Kemahiran-kemahiran Teknologi Maklumat merujuk kepada kebolehan individu untuk mengaplikasikan teknologi seperti komputer, aplikasi sofwer, database, dan lain-lain teknologi untuk mencapai pelbagai matlamat akademik, tugasan dan peribadi (Jawatankuasa Mayer, 1992, seperti dinyatakan oleh Scottish Qualification Authority [21]6, ACRL [23], Washer [17] 62-5).Harrington dan Elander [24] merujuk kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memberi pelbagai peluang kepada guru-guru dan pembelajar membina pembelajaran sepanjang hayat masing-masing. 2.4.Belajar Cara Belajar (Learning How to Learn) Belajar cara belajar didefinisikan sebagai penguasaan set ketrampilan dan ilmu untuk belajar secara efisien dan efektif di dalam apa jua situasi pembelajaran (QCA [16]. Pembelajaran memerlukan proses-proses, pemahaman, dan ketrampilan yang boleh dipelajari atau diajari. Apabila seseorang itu dapat menguasainya dalam belajar cara belajar, dia akan mempelajarinya secara efektif dan efisien pada mana-mana peringkat umur. Oleh itu, kompetensi ini dianggap sebagai penting dan berpotensi untuk konsep pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajar arah kendiri (self-managed learner) (Smith [25] 14, Jelas et al. [18], Washer [17] 62-5). 2.5.Kemahiran Menyelesai Masalah (Problem Solving Skills) Kemahiran penyelesaian masalah terdiri daripada kebolehan untuk menyelesaikan masalah secara sistematik, dengan tujuan bekerja ke arah mencari penyelesaian dan belajar daripada proses ini (Jelas et al. [8] dan Washer [17] 62-5). Kebolehan untuk menyelesai masalah akan memberi impak yang besar ke atas kejayaan pelajar dalam apa jua suasana kehidupan (Cook dan Slife [27]). QCA [16] menghuraikan bahawa tujuan kemahiran-kemahiran ini ialah untuk membolehkan para pelajar bagi menyelesaikan masalah secara sistematik di tempat kerja, bertindak ke arah mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dan belajar daripada proses ini.

5

2.6.Bekerja dengan Orang Lain (Working with Others) Bekerja dengan orang lain didefinisikan sebagai kebolehan untuk memenuhi kehendak tanggungjawab kendiri dan bekerja secara rapat secara berpasangan atau dalam sesuatu kumpulan bagi tujuan untuk mencapai objektif yang dikongsi bersama (QCA [16], Jelas et al. [8], dan Washer [17] 62-5). Belajar untuk menjadi ahli penting dalam sesebuah pasukan, adalah satu daripada kemahiran yang paling penting untuk kebolehpasaran kerja (Jawatankuasa Mayer [26], QCA [16]. Kebolehan untuk bekerja sebagai ahli pasukan akan memberi impak yang besar ke atas kebolehan pelajar untuk menjanakan idea-idea baru dan bertindak sewajarnya di dalam apa jua situasi dalam kehidupan di dunia. 2.7.Kompetensi Kursus-Spesifik (Subject-SpesificCompetencies) Kompetensi-kompetensi kursus-spesifik didefinisikan sebagai ilmu, kebolehan, dan tindakan yang diperlukan untuk menyusun dan mengelola serta memberi informasi pada tahap yang sesuai dalam kajian yang berhubung dengan kandungan kursus yang diajar (Jelas et al. [8], Washer [17] 62-5).Ini bermakna bahawa setiap graduan perlu mempunyai ilmu kursus spesifik yang berhubungan dengan disiplin yang dipilihnya, dan perlu memahami bagaimana hendak menghubungkan informasi ini kepada disiplin-disiplin lain dan bagaimana ianya boleh diaplikasi di dalam persekitaran di dunia. 2.8. Penilaian Terhadap Kemahiran Generik (Evaluation of Generic Skills) Amalan dan pembangunan kemahiran-kemahiran generik dinilai dengan menggunakan laporan kendiri yang diberi oleh para pelajar. Laporan-laporan ini menghuraikan cara-cara bagaimana para pelajar terlibat dan menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam proses pembelajaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran generik. Tahap kemahiran generik yang telah dikenal pasti dibandingkan dan dianalisiskan.Sebagaimana ditunjukkan di bahagian terakhir di dalam kerangka konseptual, keberhasilan kajian termasuklah pembangunan generik pelajar di kedua-dua universiti.

3. Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan amalan kemahiran generik dalam kalangan pelajar-pelajar prasiswazah di Fakulti Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia ( FEP UKM) dan Fakulti Ekonomi di Universitas Nasional Indonesia (FE UI). Bidang-bidang fokus utama dalam kajian ini ialah untuk (1) meninjau dan membandingkan tahap kemahiran generik yang diamalkan oleh pelajar-pelajar prasiswazah di FEP UKM dan FE UI, berdasarkan laporan kendiri; (2) untuk meninjau perbezaan dan persamaan dalam amalan kemahiran generik oleh pelajar-pelajar ini; (3) untuk meninjau perbezaan dan persamaan dalam amalan kemahiran generik oleh pelajar-pelajar prasiswazah merentasi jabatan-jabatan di FEP UKM dan FE UI; dan (4) untuk meninjau korelasi dan hubungan antara kemahiran-kemahiran generik dengan pencapaian akademik pelajar di FEP UKM dan FE UI.

6

4. Kaedah Penyelidikan Populasi sasaran kajian ini ialah semua pelajar FEP UKM dan FE UI.Persampelan rawak bertujuan digunakan untuk mendefinisikan sampel kajian. Jumlah sampel dalam kajian ini ialah seramai 689 pelajar – 355 pelajar daripada FE UI dan 334 pelajar dipilih secara rawak daripada FEP UKM. Data untuk kajian ini diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif.Satu soal selidik telah ditadbirkan untuk mendapatkan laporan kendiri pelajar berkaitan dengan tahap kekerapan dalam amalan kemahiran-kemahiran generik.Pelajar-pelajar ditanya untuk memberi respons kepada setiap pernyataan tentang amalan mereka dalam kemahiran generik dengan menggunakan skala Likert 5-poin (tidak pernah, jarang-jarang, kadang-kadang, kerap dan amat kerap; lihat Rajah 2.Sebagai contoh, untuk mendapatkan tahap amalan kemahiran komunikasi bagi pernyataan A1 (dengan menggunakan pembentangan dalam kelas), mereka diminta untuk menilai tahap amalan sebagai tidak pernah, jarang-jarang, kadang-kadang, kerap, atau amat kerap.Skor purata tahap kemahiran generik responden dikira dan diinterpretasikan dalam tiga tahap, seperti ditunjukkan di dalam Jadual 3. Jadual 2.1 Kadar skor kemahiran generik Soal Selidik Pelajar (Skala Likert 5-poin)

1. Tidak Pernah 2. Jarang-jarang 3. Kadang-kadang 4. Kerap 5. Amat Kerap

Jadual 3. Interpretasi Skor Min Skor Purata Interpretasi 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 - 3.66 Sederhana 3.67 – 5.00 Tinggi Seperti ditunjukkan didalam Jadual 3, skor min antara 1.00 dan 2.33 menunjukkan tahap kemahiran generik yang rendah, skor min antara 2.34 dan 3.66 bermakna berada pada tahap sederhana, dan skormin antara 3.67 dan 5.00 tahap kemahirannya ialah tinggi.

4.1. Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Analisis keesahan menunjukkan bahawa semua konstruk kemahiran generik yang dimasukkan di dalam kajian ini mempunyai koefisien alpha Cronbach (>0.7) dan korelasi item yang dibetulkan (>300).Analisis ini menunjukkan bahawa wujud satu ketekalan instrumen antara kajian yang dibuat oleh Jelas et al. [8] dan kajian ini. Analisis faktor juga telah dikendali untuk mengesahkan bahawa item-item bagi setiap konstruk menghasilkan faktor `loading’ yang kuat terhadap konstruk itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi komunikasi menghasilkan faktor `loading’ dalam bezantara . 628 hingga .716, Kemahiran IT dalam bezantara .624 hingga .731, pengiraan dalam bezantara .612 hingga .724, belajar cara belajar dalam bezantara .522 hingga ,719, penyelesaian masalah berada dalam bezantara .482 hingga .707, bekerja dengan orang lain

7

dalam bezantara .596 hingga ,657, dan kompetensi-kompetensi kursus spesifik dalam bezantara .658 hingga ,773. Dapatan-dapatan ini mengesahkan bahawa item-item dalam setiap konstruk mampu menghurai dan mengukur sepertimana tujuannya.

5. Dapatan Penyelidikan Data yang dipungut telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) MS-Windows versi 15.Statistik deskriptif telah digunakan untuk menggambar dan membandingkan pembangunan kemahiran-kemahiran generik pelajar di antara FEP UKM dan FE Ui. Statistik-statistik Inferensi digunakan untuk membolehkan para pengkaji menentukan sama ada wujudnya perbezaan di antara kumpulan-kumpulan responden dan juga untuk menyiasat sama ada wujudnya hubungan di antara PNGK (CGPA) dan kemahiran generik mereka. Statistik inferensi digunakan di dalam kajian ini, termasuk MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda.Dapatan-dapatan berhubung dengan amalan-amalan kemahiran generik pelajar di FEP UKM dan FE UI dilaporkan di bawah ini.

5.1. Tahap Kemahiran-kemahiran Generik Pelajar di FEP UKM dan FE UI Berdasarkan dapatan kajian, pelajar-pelajar di FE UI menunjukkan prestasi yang tinggi di dalam kemahiran generik mereka lebih daripada pelajar-pelajar di FEP UKM.Pelajar-pelajar prasiswazah di FE UI mendapati skor min kemahiran generi (3.67) lebih tinggi daripada pelajar-pelajar FEP UKM. Apabila meneliti penilaian tersebut, didapati bahawa pelajar-pelajar prasiswazah di FE UI memberi skor min yang lebih tinggi untuk komunikasi, IT, pengiraan, belajar cara belajar, penyelesaian masalah dan bekerja dengan orang lain daripada pelajar-pelajar di FEP UKM (lihat Jadual 4). Jadual 4. Perbandingan min, sisihan piawai dan tahap kemahiran generik antara FEP UKM dan FE UI Kemahiran Generik UKM UI ----------------------------------------------------------------------------------- Min S.D. Tahap Min S.D. Tahap Komunikasi 3.48 .526 Sederhana 3.73 .557 Tinggi Teknologi Maklumat (IT) 3.59 .747 Sederhana 3.82 .879 Tinggi Pengiraan 3.50 .548 Sederhana 3.50 .597 Sederhana Belajar Cara Belajar 3.61 .513 Sederhana 3.64 .574 Sederhana Penyelesaian Masalah 3.62 .558 Sederhana 3.66 .573 Sederhana Bekerja Dengan Orang Lain 3.69 .505 Tinggi 3.82 .565 Tinggi Kompetensi Kursus Spesifik 3.58 .552 Sederhana 3.59 .594 Sederhana Kemahiran Generik Keseluruhannya 3.60 .440 Sederhana 3.67 .453 Tinggi

8

5.2. Perbezaan dan persamaan amalan kemahiran generik oleh pelajar-pelajar

Prasiswazah merentasi jabatan di FEP UKM dan FE UI Ujian MANOVA mendapati bahawa pelajar-pelajar pengurusan perniagaan di FEP UKM menilai belajar cara belajar (F= 5.288 dan sig.=.022 <.05), penyelesaian masalah (F=4.358 dan sig. =.038 < .05), kompetensi kursus spesifik (F= 6.159 dan sig. = .014 < .05), dan kemahiran generik keseluruhan (F= .118 dan sig. = .011 <.05) lebih tinggi daripada pelajar-pelajar pengurusan perniagaan di FE UI. Walau bagaimanapun, wujud perbezaan yang signifikan dalam penilaian terhadap kemahiran generik di antara pelajar-pelajar pengurusan perniagaan di FEP UKM dan FE UI dalam aspek komunikasi (F= 1.064 dan sig. = .303 >.05), IT (F= .163 dan sig. = .687 > .05), pengiraan (F = .955 dan sig. = .330 >.05), atau bekerja dengan orang lain (F= .463 dan sig. .497 >.05).Dapatan-dapatan ini dipaparkan dalam Jadual 5.

Jadual 5.Perbezaan dalam Kemahiran Generik Antara Pengurusan Perniagaan (Business Management) di UKM dan Pengurusan Perniagaan (Business Management) di UI

*. Perbezaan min signifikan pada tahap .05.

Perbandingan kemahiran generik antara pelajar-pelajar perakaunan (accounting) di FEP UKM dan FE UI ditunjukkan dalam Jadual 6, mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan dalam komunikasi (F= 1.618 dan sig. =.205 >.05), IT (F=.605 dan sig. =.437 > .05), pengiraan (F=.726 dan sig. =.381 > .05), belajar cara belajar

Variabel Bersandar Variabel Tidak Bersandar Min

Sum Mean

Square F Sig. Komunikasi Buss.Manag. FEP UKM 3.62 .274 1.06 .303 Buss. Manag.FE UI 3.71 IT Buss.Manag. FEP UKM 3.77 .050 .163 .687 Buss. Manag.FE UI 3.74 Pengiraan Buss.Manag. FEP UKM 3.57 .257 .955 .330 Buss. Manag.FE UI 3.52 Belajar Cara Belajar Buss.Manag. FEP UKM 3.73 1.220 5.28* .022 Buss. Manag.FE UI 3.60 Penyelesaian Masalah Buss.Manag. FEP UKM 3.75 1.041 4.35* .038 Buss. Manag.FE UI 3.63 Bekerja Dgn Orang Lain Buss.Manag. FEP UKM 3.80 .108 .463 .497 Buss. Manag.FE UI 3.76 Kompe.Kursus Spesifik Buss.Manag. FEP UKM 3.72 1.442 6.15* .014 Buss. Manag.FE UI 3.58 Kemahiran Generik Buss.Manag. FEP UKM 3.71 2.461 .118* .011 Keseluruhan Buss. Manag.FE UI 3.64

9

(F=2.764 dan sig. = .098 > .05), penyelesaian masalah (F= 2.228 dan sig. = .117 > .05), bekerja dengan orang lain (F=.027 dan sig. = .869 > .05), kompetensi kursus spesifik (F=2.217 dan sig. = .138 > .05), dan kemahiran generik keseluruhannya (F=2.289 dan sig. = .132>.05).

Jadual 6. Perbezaan dalam kemahiran generik antara pelajar-pelajar Perakaunan (Accounting) di UKM dan UI

Variabel Bersandar Variabel Tidak Bersandar Min

Sum Mean Square F Sig.

Komunikasi Accounting FEP UKM 3.52 .457 1.618 .205 Accounting FE UI 3.62 IT Accounting FEP UKM 3.67 .190 .605 .437 Accounting FE UI 3.61 Pengiraan Accounting FEP UKM 3.55 3.179 .726 .381 Accounting FE UI 3.51 Belajar Cara Belajar Accounting FEP UKM 3.60 .751 2.764 .098 Accounting FE UI 3.49 Penyelesaian masalah Accounting FEP UKM 3.64 .603 2.228 .137 Accounting FE UI 3.53 Bekerja dgn orang lain Accounting FEP UKM 3.69 .008 .027 .869 Accounting FE UI 3.68 Kompe.Kursus Spesifik Accounting FEP UKM 3.54 .709 2.217 .138 Accounting FE UI 3.43 CORE Accounting FEP UKM 3.61 .417 2.289 .132 Kem. Generik Keseluruhan Accounting FE UI 3.52 *. Perbezaan Min signifikan pada aras .05.

Walau bagaimanapun, analisis perbezaan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar ekonomi di

FE UI memberi penilaian yang tinggi untuk komunikasi (F=72.016 dan sig. =.000 <.05), IT

(F=40.940 dan sig=.000 <.05), pengiraan (F=21.263 dan sig. =.000 <.05), belajar cara belajar

(F=21.589 dan sig. =.000 <.05), penyelesaian masalah (F=21.589 dan sig.=.000 <.05, bekerja

dengan orang lain (F=33.050 dan sig.=.000 <.05, kompetensi kursus spesifik (F=16.356 dan

sig.=.000 < .05), dan kemahiran generik keseluruhannya (F=44.023 dan sig. =.000<.05) yang

lebih daripada pelajar-pelajar FEP UKM (rujuk Jadual 7).

10

Jadual 7.Perbezaan dalam kemahiran generik antara pelajar Ekonomi UKM dan Ekonomi UI

Variabel Bersandar Variabel Tidak Bersandar Min

Sum Mean Square F Sig.

Komunikasi Economics UKM 3.35 19.819 72.01* .000 Economics UI 3.95 IT Economics UKM 3.51 14.988 40.94* .000 Economics UI 4.03 Pengiraan Economics UKM 3.43 6.834 21.26* .000 Economics UI 3.78 Belajar Cara Belajar Economics UKM 3.55 6.654 21.58* .000 Economics UI 3.90 Penyelesaian Masalah Economics UKM 3.49 9.069 27.75* .000 Economics UI 3.89 Bekerja dgn orang lain Economics UKM 3.62 9.705 33.05* .000 Economics UI 4.04 Komp.Kursus Spesifik Economics UKM 3.49 6.075 16.35* .000 Economics UI 3.82 CORE Economics UKM 3.50 9.558 44.02* .000 COMPETENCIES Economics UI 3.91 *. Perbezaan min signifikan pada aras .05.

5.3 Korelasi dan hubungan di antara pencapaian akademik pelajar dengan kemahiran generik mereka di FEP UKM dan FE UI

Korelasi Perarson telah digunakan untuk menganalisis tahap kekuatan hubungan antara kemahiran generik dengan PNGK/CGPA di FEP UKM dan FE UI. Dapatan kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8 menunjukkan bahawa tidak wujud korelasi secara signifikan antara PNGK/CGPA pelajar dengan komunikasi (r=.028, sig. =.644 > .05), IT (r= -.005, sig. = .933 > .05), pengiraan (r= -.042, sig. = .486 > .05), belajar cara belajar (r=.022, sig. =.715 >.05), penyelesaian masalah (r=.051, sig.=.395 >.05), bekerja dengan orang lain (r=-.068, sig. =.260> .05, kompetensi kursus spesifik (r=-.048, sig. =.425 > .05), atau kemahiran generik secara keseluruhan (r=-.017, sig. = .782 > .05) di FEP UKM. Di FE UI, bagaimanapun, wujud korelasi yang signifikan di antara PNGK/CGPA dan komunikasi (r= .273, sig.=.000 < .05, IT (r= .120, sig. =.033 <.05), pengiraan (r=.153, sig. = .006 < .05), belajar cara belajar (r= .287, sig.=.000 < .05), penyelesaian masalah (r=.182, sig. =.001 < .05), bekerja dengan orang lain (r=.260, sig.=.000 < .05), kompetensi kursus spesifik (r= .332, sig. = .000 <.05), dan kemahiran generil keseluruhan (r=.286, sig.=.000 <.05).

11

Jadual 8 Korelasi Pearson Antara Kemahiran Generik dan PNGK/CGPA Pelajar di UKM and UI

Korelasi antara dua Variabel FEP UKM FE UI r Sig. r Sig.

Komunikasi CGPA .028 .644 .273** .000 IT CGPA .005 .933 .120* .033 Pengiraan CGPA .042 .486 .153** .006 Belajar Cara Belajar CGPA .022 .715 .287** .000 Penyelesaian Masalah CGPA .051 .395 .182** .001 Bekerja dgn orang lain CGPA .068 .260 .260** .000 Kompetensi Kursus Spesifik CGPA .048 .425 .332** .000 KEMAHIRAN GENERIK CGPA .017 .782 .286** .000 **signifikan pada .01 *Signifikan pada .05

Regresi Berganda dengan kaedah stepwise digunakan untuk meninjau sampel daripada FE UI mengikut tujuh variabel tidak bersandar, komunikasi, IT, pengiraan, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain, dan kompetensi kursus spesifik, merentasi variable bersandar PNGK/CGPA pelajar. Dapatan daripada analisis ini menunjukkan bahawa tiga daripada variabel tidak bersandar adalah berhubungan rapat secara signfikan dengan PNGK/CGPA pelajar: kompetensi kursus spesifik, belajar cara belajar, dan pengiraan. Kompetensi kursus spesifik adalah peramal utama PNGK/CGPA pelajar, sementara belajar cara belajar adalah peramal kedua, dan pengiraan sebagai peramal ketiga. Kekuatan ketiga-tiga peramal ialah R²= .159, yang termasuk sumbangan berkombinasi daripada tiga peramal terhadap PNGK/CGPA pelajar. Ini bermakna bahawa ketiga-tiga peramal telah member sumbangan sebanyak 16% kepada PNGK/CGPA pelajar, dengan signifikan p= .00 <0.01. Kompetensi kursus spesifik, sebagai peramal utama, member β =.312, t=3.889, dengan signifikan p= 0.00 <0.01, dan member sumbangan sebanyak 12.4% kepada CGPA pelajar. Ini bermakna bahawa jika skor kompetensi kursus spesifik bertambah 1 unit, maka PNGK/CGPA pelajar seharusnya bertambah sebanyak .312 unit. Peramal kedua, belajar cara belajar, telah menghasilkan β = .241, t = 3.512, dengan signifikan p = .00<0.01, dan menyumbang 2.2% kepada PNGK/CGPA pelajar. Ini bermakna bahawa jika belajar cara belajar bertambah sebanyak satu unit, maka CGPA pelajar seharusnya bertambah sebanyak .154 unit. Peramal ketiga ialah pengiraan, yang menghasilkan β = .154, t = 2.21, dengan signifikan p = .028 < 0.05, menyumbang sebanyak 1.3% kepada CGPA pelajar. Ini bermakna jika skor pengiraan bertambah sebanyak satu unit, maka PNGK/CGPA pelajar seharusnya bertambah sebanyak .154 unit (sila rujuk Jadual 9).

Jadual 9 Regresi Berganda kompetensi kursus spesifik, belajar cara belajar dan Pengiraan terhadap PNGK/CGPA pelajar FE UI

Peramal B Std. Error Beta t Sig. R2

Contribution

Colinearity Statistics Tolerance

VIF

Constant 2.504 .118 21.2 .000 - - .670 1.493 Sub. Spec. .157 .032 .312 4.88 .000 .124 12.4% .578 1.731

12

Comp. LHTL .127 .036 .241 3.51 .001 .146 2.2% .561 1.784 Numeracy .083 .038 .154 2.21 .028 .159 1.3% .670 1.493 R = .353(a), .382(b), .399(c) R2 = .124(a), .146(b), 159(c) AdjustedR2= .122(a), .140(b), .151(c) Constant = 2.504 Standard Error = .118

6. Diskusi

Dapatan kajian yang dibentang dalam kajian ini mendedahkan tentang perbezaan dan persamaan di antara kemahiran generik pelajar di FEP UKM dan FE UI. Secara amnya, data kuantitatif menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan (FE UI dan FEP UKM) boleh dibezakan secara jelas di antara tujuh komponen set kemahiran generik (komunikasi, IT, pengiraan, penyelesaian masalah, belajar cara belajar, bekerja dengan orang lain, dan kompetensi kursus spesifik). Mereka mampu membuat refleksi terhadap tahap kemahiran generik masing-masing, dan untuk mengenal pasti mana-mana daripada tujuh kemahiran generik itu yang mereka masih amalkan.

Sungguhpun pelajar-pelajar FE UI member penilaian terhadap kemahiran generik mereka tinggi jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar di FEP UKM, kedua-dua fakulti perlu menggalakkan dalam aspek pembangunan komunikasi, IT, pengiraan, belajar cara belajar, penyelesaian masalah, bekerja dengan orang lain, kompetensi kursus spesifik, dan kemahiran-kemahiran generik keseluruhan pada pelajar-pelajar mereka. Adalah dijangkakan bahawa para graduan akan lebih memahami dan mampu menganalisis keadaan-keadaan di tempat kerja mereka dengan minda yang kritikal dan menggunakan kemahiran generik masing-masing untuk berjaya di dalam kerjaya mereka, dapat memuaskan majikan masing-masing, dan member sumbangan kepada negara mereka. Adalah amat penting, disebabkan oleh kekurangan amalan dari segi kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar-pelajar prasiswazah, maka FEP UKM sepatutnya menggalakkan para pensyarahnya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperbaiki kemahiran-kemahiran komunikasi pelajar bagi memastikan mereka mencapai skor minimasekurang-kurangnya 3.67 hingga 4, iaitu, bahagian terendah dalam band `tahap tertinggi’ kemahiran generik, menurut Bennett et al. [14] dalam interpretasi skor min.

Kajian ini juga mendapati bahawa pelajar-pelajar FE UI telah menilai tahap komunikasi, IT, bekerja dengan orang lain, dan keseluruhan kemahiran generik mereka lebih tinggi daripada pelajar-pelajar di FEP UKM. Ada banyak penjelasan boleh dibuat tentang perkara ini: pertama, persaingan antara universiti di Indonesia adalah lebih jika dibandingkan di Malaysia. Sebagai sebuah universiti yang unggul di Universiti Indonesia, FE UI cuba untuk melestarikan kualiti graduannya pada tahap yang tinggi daripada lain-lain universiti di Indonesia. Sebab kedua ialah bahawa pasaran kerja di Indonesia lebih kompetitif daripada di Malaysia, satu situasi yang memaksakan FE UI untuk membekalkan pelajar-pelajarnya dengan kompetensi-kompetensi kebolehpasaran untuk menyediakan mereka bagi menghadapi persaingan tersebut. Penerangan ketiga ialah bahawa FE UI adalah fakulti yang tertua dalam kalangan universiti-universiti di Indonesia, yang telah ditubuhkan 54 tahun yang lalu, jika dibandingkan dengan FE UKM, yang baru ditubuhkan dalam tempoh 37 tahun

13

yang lalu. Ini bermakna bahawa FE UI mempunyai tempoh yang lebih lama untuk sedar tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar-pelajarnya untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan selepas bergraduasi.

Satu lagi isu biasa dalam pendidikan tinggi ialah hubungannya dengan kemahiran generik pelajar dan PNGK/CGPA mereka (BCA[6], Ellis et al [28]. Malangnya, kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran generik tiada mempunyai hubungan dengan PNGK/CGPA pelajar di FEP UKM.Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran generik tidak disepadukan ke dalam sistem penggredan di FEP UKM.Tetapi di FE UI, kemahiran-kemahiran generik memberi sumbangan positif yang kecil kepada PNGK/CGPA mereka, menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran generik dimasukkan ke dalam sistem penggredan di FE UI.

Dapatan kajian ini membangkitkan satu isu yang penting untuk universiti-universiti berkenaan dan lain-lain universiti.Adalah dijangkakan bahawa kedua-dua UKM dan UI wajar memberi kemahiran-kemahiran generik kepada pelajar masing-masing sepanjang tempoh pengajian mereka.Kemahiran-kemahiran generik yang terhad yang didedahkan oleh kajian ini perlu diprihatinkan.Secara spesifik, kajian kami mempersoal andaian bahawa kemahiran-kemahiran generik adalah keberhasilan yang tidak dapat dielakkan bagi tempoh masa belajar di universiti, dan sebagaimana yang dibincangkan, ini membangkitkan satu isu yang menjadi tumpuan di dalam dan di luar institusi pendidikan tinggi.Pensyarah-pensyarah/dosen-dosen perlu mengaitkan sebahagian besar daripada silibus pengajaran mereka lebih eksplisit, untuk menghubungkaitkan secara kuat di antara kandungan ilmu dan kemahiran generik. Pada masa yang sama, penggunaan kemahiran generik perlu dihebahkan sebagai satu daripada kekuatan dalam latihan prasiswazah di universiti.

Para graduan seharusnya memiliki ilmu yang tinggi dan lebih baik daripada masa mereka memasuki universiti, dan penambahbaikan ini adalah datangnya daripada kurikulum program prasiswazah, dan bukannya kerana mereka telah lulus pengajian setelah berada di universiti selama tiga hingga lima tahun. Graduan perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran generik yang mempunyai kualiti kebolehpasaran kepada majikan mereka. Dengan mengamalkan kemahiran-kemahiran generik ini di dalam dan di luar bilik kuliah akan membolehkan pelajar-pelajar menjadi lebih efektif, menjadi pembelajar yang mampu berdikari, dan meningkatkan peluang mereka berkerjaya selepas tamat pengajian. Kesannya ialah bahawa granduan universiti seharusnya keluar daripada universiti dengan tiga atribut utama, iaitu kebolehpasaran, pembelajaran sepanjang hayat dan kewarganegaraan yang baik (QCA [16], Jelas et al. [8], Washer [17] 58, dan Star dan Hammer [29] 9).Secara ringkasnya, kajian ini memberi sumbangan kepada isu-isu yang berkisar tentang pembangunan kemahiran generik di universiti, dan dapatan ini boleh digunakan untuk memberitahu, menyokong dan merancang inovasi dalam kurikulum universiti dan pengajaran di kedua-dua universiti.

7. Kesimpulan

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Nasional Indonesia (UI), untuk mengenal pasti tahap kemahiran-kemahiran generik yang dibangunkan melalui kursus-kursus di setiap universiti, terutama sekali kursus-kursus yang ditawarkan pada tahun kedua dan ketiga dalam program prasiswazah BEc (Hons), dan juga untuk memantau kesedaran am dan penglibatan dalam mengamalkan kemahiran-kemahiran generik tersebut. Kajian merumuskan bahawa wujud perbezaan dan kesamaan

14

dalam trend amalan kemahiran generik dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Nasional Indonesia.Walau bagaimanapun, amalan kemahiran generik pelajar tidak ditekankan secara bersungguh-sungguh di kedua-dua universiti. Pihak berwajib di kedua-dua universiti perlu mempertimbangkan tentang cara bagaimana kemahiran generik pelajar boleh dinilai, dan menjadikan tahap kemahiran generik sebagai kriteria keperluan bagi bergraduat melalui program-program yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan tinggi yang berkenaan.

Rujukan

[1] Pumphrey J, Slater, J. An assessment of generic skills needs. Skills Dialogues ReportNo.

13. Nottingham: Dfes; 2002.

[2] Curry P, Sherry R, Tunney O. What transferable skills should students develop during their

time in college: Results of Modern Languages Students Survey.Trinity College, Dublin; 2003.

This project is directed by the Steering Committee.

[3] Borthwick, J. Wissler, R. Postgraduate research students and generic capabilities: Online

directions. Canberra: Department of Education, Science and Training Research Evaluation

Programme; 2003.

[4] Crebert G, Bates M, Patrict C, Cragnolini V. Developing generic skills at university, during

work placement and in employment: Graduate’s perceptions. HERD 2004;23(2):148–64.

[5] Bath D, Smith C, Stein S, Swann R. Beyond mapping and embedding graduate attributes:

Bringing together quality assurance and action learning to create a validated and living

curriculum. HERD 2004;23(3):313–28.

[6] Business Council of Australia (BCA). New concepts in innovation: The keys to a growing

Australia. Melbourne: BCA; 2006.

[7] Jones A. Redisciplining generic attributes: The disciplinary context in focus. JStud High

Educ 2009;34(1):85–100.

[8] Jelas ZM, Azman N, Ali MM, Nordin NM, Tamuri AH.Developing generic skills at

graduates: A study of effective higher education practices in Malaysian universities;

Summary report.Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Education; 2006.

[9] Ambigapathy P, Aniswal AG, editors. University curriculum: An evaluation on preparing

graduates for employment.Higher Education Research Monograph 6. Pulau Pinang: National

Higher Education Research Institute; 2005. Online:

http://www.usm.my/ipptn/fileup/University20Curriculum1.pdf. July 18, 2008.

[10] Irma D. Soft skill? Pikiran Rakyat, Thursday, June17, 2007. Newspaper; 2007.

15

[11] Basic framework for higher education development KPPTJP IV. Directorate General of

Higher Education Indonesia; 2003–2010.

Online:http://www.dikti.go.id/Archive2007/KPPTJP_2003_2010.pdf. December 7, 2007.

[12] Malaysian Qualification Framework (MQF).Guidelines on standards of the bachelor

degree level.Volume 1.Kementerian Pendidikan Malaysia; 2005.Online:

http://www.mqa.gov.my/portal2012/dokumen/MALAYSIAN%20QUALIFICATIONS%20FRAM

EWORK_2011.pdf. February 21, 2007.

[13] UNESCO. Higher education in south-east ASIA. Thailand.2006.

Online:http://unesdoc.unesco.org/images/0014/001465/146541e.pdf. November 14, 2007.

[14] Bennett N, Dunne E, Carre C. Skills development in higher education and employment.

Buckingham: SRHE & Open University Press; 2000.

[15] LTSN. Resource guide: The development of key skills in higher education. London: LTSN

Hospitality, Leisure, Sport and Tourism; 2002.

[16] Qualifications and Curriculum Authority. Key skills units (Levels 1-5).London: QCA; 2000.

[17] Washer P. Revisiting key skills: A practical framework for higher education. Journal of

Quality in Higher Education 2007;13(1):5767.

[18] Jelas ZM, Azman N. Generic skills provision in higher education: A Malaysian

perspective. The International Journal of Learning 2005;12(5):200–10.

[19] Cornford IR. Imperatives in teaching for lifelong learning: Moving beyond rhetoric to

effective educational practice. Asia-Pacific Journal of Teacher Education 1999; 27(2):.23-

35[20] Morreale SP, Osborn MM, Pearson, JC. Why communication is important: a rationale

for the centrality of a discipline; 2000.

Online:http://www.natcom.org/nca/files/ccLibraryFiles/FILENAME/000000000158/WhyCo

mmisImportant.pdf. September 8, 2007.

[21] Scottish Qualifications Authority. Key competencies: some international comparisons:

Policy and Research. Research Bulletin, 2; 2003.Online:

http://www.sqa.org.uk/files_ccc/Key_Competencies.pdf. August 29, 2009.

[22] Gal I. Big picture: What does ‘numeracy’ mean? GED Items1997; 12(4/5):Also available

online through Testing Service of the American Council on

Education:http://mathforum.org/teachers/adult.ed/articles/gal.html. January21, 2007.

16

[23] ACRL. Information literacy competency standards for higher education.American Library

Association; 2004.Online: http://www.ala.org/acrl/ilcomstan.html. 23 March, 2009.

[24] Harrington K, Elander J.Using assessment criteria to support student learning.

Investigations in University Teaching and Learning2003;1(1):63–6.

[25] Smith R, M. Learning how to learn: applied theory for adults. Milton Keynes: Open

University Press; 1982.

[26] Mayer Committee. Key competencies: Report of the committee to advise the Australian

Education Council and Ministers of Vocational Education, Employment and Training on

employment-related key competencies for post compulsory education and

training.Melbourne; 1992. Online:

https://isbndb.com/d/book/key_competencies_a01.html. November 9, 2007.

[27] Cook R, Slife B. Developing problem solving skills. Academic Therapy 1985; 21:5–13.

[28] Ellis PJA, BellSB, Ployhart EP, Hollenbeck RJ, Ilgen RD. An evaluation of generic

teamwork skills training with action teams: Effects on cognitive and skill-based outcomes.

Cornell University; 2005. Online:http://digitalcommons.ilr.cornell.edu/articles/46.

December 20, 2007.

[29] Star C, Hammer S.Teaching generic skills: eroding the higher purpose of universities, or

an opportunity for renewal? Oxford Review of Education 2007; 34(2):237–51.