apakah nilai kerja pekerja kilang? -...

4
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 13(1): 103-106 (2005) Apakah Nilai Kerja Pekerja Kilang? ZAKARIA KASA Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Nilai kerja, soal selidik, pekerja kilang, autonomi, kreativiti ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan nilai kerja di kalangan pekerja kilang di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebanyak 451 orang pekerja kilang telah dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang latar belakang dan nilai kerja responden. Dapatan menunjukkan pekerja kilang menganggap jaminan pekerjaan, perkembangan keIjaya, ganjaran ekonomi, keadaan tempat keIja, kreativiti, gaya hidup dan hubungan an tara pekerja penting kepada mereka. Mereka tidak begitu mementingkan nilai kerja autonomi dan prestij. Selain itu, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan an tara pekerja lelaki dan perempuan bagi nilai kerja kreativiti, hubungan antara pekerja dan autonomi. Pekerja lelaki didapati lebih mementingkan nilai-nilai terse but berbanding pekerja wanita. ABSTRACT The purpose of this study was to determine the work values among factory workers in the district of Hulu Langat, Selangor. A total of 451 factory workers were randomly selected as the sample of the study. Questionnaires were used to collect the data pertaining to the background and work values of the respondents. The findings showed that factory workers assumed that job security, career development, economic rewards, workplace condition, creativity, life style, relation with other workers were important to them. Autonomy and prestige were not so important to them. In addition, the data showed that there was a significant different between male workers and female workers in the values of creativity, relation with other workers and autonomy. Male workers were found to regard these values as more important to them compared to female workers. PENDAHULUAN KeIja adalah fenomena penting dalam kehidupan man usia. Kebanyakan manusia menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka bekerja dalam pekerjaan tertentu yang berbayar. Mereka mempunyai nilai keIja yang mungkin mem- pengaruhi kerja yang mereka lakukan. Dalam hampir semua budaya, nilai kerja adalah bahagian penting bagi keseluruhan set nilai. Nilai kerja telah didefinisikan oleh Super dan Sverko (1995) sebagai suatu set kepercayaan tentang apa yang baik dan diingini berkaitan dengan peranan kerja seseorang dan dianggap sebagai sesuatu yang stabil. Selain itu, Isaacson dan Brown (1997) menyatakan bahawa nilai adalah suatu standard yang mencorakkan tingkah laku seseorang. Nilai kerja adalah penting dalam kehidupan setiap pekerja. Kajian yang dijalankan oleh Putti et al. (1989), sebagai contoh, mendapati nilai kerja intrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen pekerja kepada organisasi. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi ialah bagaimana untuk menarik min at, memotivasi dan mengekalkan pekerja, terutama pekerja muda, yang mem- punyai nilai kerja yang mung kin berlainan daripada orang tua mereka (Loughlin dan Barling 2001). Begitu juga dengan dapatan kajian Stern et al. (1990) yang mendapati pekeIja, terutama yang muda, suka bekerja di tempat kerja yang lebih selesa berbanding orang tua mereka. Terdapat beberapa pembolehubah yang mungkin mempunyai hubungan dengan nilai keIja. Untuk kajian ini, fokus hanya diberikan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan nilai kerja yang signifikan wujud

Upload: vohanh

Post on 20-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 13(1): 103-106 (2005)

Apakah Nilai Kerja Pekerja Kilang?

ZAKARIA KASAFakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Nilai kerja, soal selidik, pekerja kilang, autonomi, kreativiti

ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

ABSTRAKTujuan kajian ini ialah untuk menentukan nilai kerja di kalangan pekerja kilang di daerah HuluLangat, Selangor. Sebanyak 451 orang pekerja kilang telah dipilih secara rawak untuk menjadisampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang latar belakang dan nilaikerja responden. Dapatan menunjukkan pekerja kilang menganggap jaminan pekerjaan,perkembangan keIjaya, ganjaran ekonomi, keadaan tempat keIja, kreativiti, gaya hidup danhubungan antara pekerja penting kepada mereka. Mereka tidak begitu mementingkan nilai kerjaautonomi dan prestij. Selain itu, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antarapekerja lelaki dan perempuan bagi nilai kerja kreativiti, hubungan antara pekerja dan autonomi.Pekerja lelaki didapati lebih mementingkan nilai-nilai tersebut berbanding pekerja wanita.

ABSTRACTThe purpose of this study was to determine the work values among factory workers in the districtof Hulu Langat, Selangor. A total of 451 factory workers were randomly selected as the sampleof the study. Questionnaires were used to collect the data pertaining to the background and workvalues of the respondents. The findings showed that factory workers assumed that job security,career development, economic rewards, workplace condition, creativity, life style, relation withother workers were important to them. Autonomy and prestige were not so important to them.In addition, the data showed that there was a significant different between male workers andfemale workers in the values of creativity, relation with other workers and autonomy. Male workerswere found to regard these values as more important to them compared to female workers.

PENDAHULUAN

KeIja adalah fenomena penting dalam kehidupanmanusia. Kebanyakan manusia menghabiskansebahagian besar kehidupan mereka bekerjadalam pekerjaan tertentu yang berbayar. Merekamempunyai nilai keIja yang mungkin mem­pengaruhi kerja yang mereka lakukan. Dalamhampir semua budaya, nilai kerja adalahbahagian penting bagi keseluruhan set nilai.Nilai kerja telah didefinisikan oleh Super danSverko (1995) sebagai suatu set kepercayaantentang apa yang baik dan diingini berkaitandengan peranan kerja seseorang dan dianggapsebagai sesuatu yang stabil. Selain itu, Isaacsondan Brown (1997) menyatakan bahawa nilaiadalah suatu standard yang mencorakkan tingkahlaku seseorang.

Nilai kerja adalah penting dalam kehidupansetiap pekerja. Kajian yang dijalankan oleh Putti

et al. (1989), sebagai contoh, mendapati nilaikerja intrinsik mempunyai hubungan yangsignifikan dengan komitmen pekerja kepadaorganisasi. Salah satu cabaran utama yangdihadapi oleh organisasi ialah bagaimana untukmenarik minat, memotivasi dan mengekalkanpekerja, terutama pekerja muda, yang mem­punyai nilai kerja yang mungkin berlainandaripada orang tua mereka (Loughlin danBarling 2001). Begitu juga dengan dapatan kajianStern et al. (1990) yang mendapati pekeIja,terutama yang muda, suka bekerja di tempatkerja yang lebih selesa berbanding orang tuamereka.

Terdapat beberapa pembolehubah yangmungkin mempunyai hubungan dengan nilaikeIja. Untuk kajian ini, fokus hanya diberikanuntuk mengenal pasti sama ada terdapatperbezaan nilai kerja yang signifikan wujud

Zakaria Kasa

antara pekerja lelaki dan perempuan. Kajianyang dijalankan oleh Vedanovich dan Kramer(1989), umpamanya, mendapati tidak terdapatperbezaan yang signifikan dalam sebarang nilaikerja antara pekerja lelaki dan perempuan.Bagaimanapun, kajian yang dijalankan olehKraska (1991) mendapati sebaliknya, iaituresponden perempuan mempunyai nilai kerjayang lebih positif berbanding responden lelaki.Daripada perbincangan di atas, terdapatkeperluan untuk menjalankan kajian tentangnilai kerja pekerja di negara ini. Kajian sebeginijarang dijalankan di Malaysia. Dengan mengkajitentang nilai kerja pekerja, kita dapat belajardengan lebih mendalam lagi tentang apa yangdiharapkan oleh tenaga kerja masa depan negara(Loughlin dan Barling 2001). Di samping itu,data yang diperoleh boleh digunakan sebagaipanduan dalam memadankan nilai kerja pekerjadengan pekerjaan yang akan diceburi.

OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk (1) menuJ,Jaunilai kerja di kalangan pekerja kilang di daerahHulu Langat, Selangor, dan (2) mengenal pastisarna ada terdapat perbezaan nilai kerja yangsignifikan antara pekerja lelaki dan pekerjaperempuan.

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian deskriptif yangmenggunakan soal selidik untuk mengumpuldata. Populasi kajian ialah pekerja dalam pelbagaikategori pekerjaan di pelbagai jenis industri ataubidang usaha di daerah Hulu Langat, Selangor.Oleh kerana kajian ini terbatas kepada populasipekerja kilang di daerah Hulu Langat, makadapatan kajian tidak dapat digeneralisasi kepadapekerja kilang di tempat lain di Malaysia. Jumlahsebenar pekerja kilang di daerah Hulu Langattidak dapat ditentukan, maka dalam pemilihansampel, formula Cochran (1977) digunakan.Dengan menggunakan formula tersebut, jikajumlah populasi yang tidak diketahui atau infiniti,jumlah minimum sampel yang diperlukan ialah400. Bagaimanapun, untuk kajian ini sebanyak451 pekerja kilang yang dipilih secara rawakmudah dilibatkan sebagai responden. Olehkerana penyelidik bersama-sama denganpembantu penyelidik yang mentadbir sendirisoal selidik, maka semua pekerja yang terpilihsebagai sampel kajian dapat ditemui danmemberi respons mereka.

Instrumen untuk mengukur nilai kerjapekerja kilang telah dibentuk oleh penyelidikdengan mengubah suai instrumen yang dibentukoleh Super dan evill (1986) dan Wu (1985).Sebanyak sembilan nilai kerja diukur, iaitujaminan pekerjaan, perkembangan kerjaya,ganjaran ekonomi, keadaan tempat kerja,kreativiti, gaya hidup, hubungan antara pekerja,autonomi dan prestij. Setiap nilai kerjamempunyai lima item. Skala yang digunakanialah 1 untuk sangat tidak penting, 2 sebagaitidak penting, 3 penting dan 4 sebagai sangattidak penting kepada responden.

Instrumen yang dibentuk telah diberikankepada panel pakar terdiri daripada enam orangpensyarah untuk meneliti item yang telah dibina.Komen yang diberikan oleh panel pakardigunakan untuk membaiki item dalaminstrumen berkenaan supaya lebih difahami olehresponden. Instrumen tersebut kemudiannyadimasukkan ke dalam soal selidik untuk dikajirintis. Sekumpulan 25 pekerja yang tidak terlibatdalam kajian ini dijadikan sebagai respondendalam kajian rintis. Data yang dikumpuldigunakan untuk membaiki soal selidik dan jugamenganalisis pekali kebolehpercayaan instrumen.Hasil analisis mendapati pekali kebolehpercayaaninstrumen untuk mengukur sembilan nilai kerjaialah antara .84 hingga .94. Pekali keboleh­percayaan nilai kerja secara keseluruhan ialah.90.

Soal selidik telah ditadbir sendiri olehpenyelidik dan pembantu penyelidik denganberjumpa pekerja yang dipilih secara rawak ditempat kerja mereka. Secara purata, respondenmengambil masa 10 minit untuk melengkapkansoal selidik. Penyelidik dan pembantu penyelidikmengumpul soal selidik yang siap diisi.

Data yang dikumpul dianalisis denganmenggunakan perisian SPSS. Data deskriptifdianalisis dengan menggunakan statistikdeskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dansisihan piawai. Perbezaan nilai kerja antarapekerja lelaki dan pekerja perempuan ditentukandengan menggunakan ujian t.

DAPATAN

Semua respond en telah menjawab danmengembalikan soal selidik. Daripada jumlahtersebut, 242 (53.7%) pekerja adalah lelaki dan209 (46.3%) adalah perempuan. Kebanyakanmereka (66%) mendapat pendidikan tertinggisekolah menengah dan 20% daripada mereka

104 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 13 o. 1 2005

Apakah Nilai KeIja Pekerja Kilang?

mendapat pendidikan tertinggi universiti. Darisegi umur, purata umur mereka ialah 25 tahun.Responden termuda berumur 15 tahun danresponden tertua berumur 59 tahun. Majoritiresponden (75%) menerima gaji sebanyakRMl,OOO dan kurang, Hanya 25% daripadamereka menerima gaji lebih RMl,OOO.

Secara keseluruhan, responden mempunyainilai kerja yang positif (min = 3.17, sd = .35).Jika disusunaturkan nilai-nilai kerja mengikutmin tertinggi kepada min terendah, nilai kerjayang dikatakan penting oleh FeSponden ialahjaminan pekerjaan, perkembangan kerjaya danganjaran ekonomi, manakala nilai kerja keadaantempat kerja, kreativiti, gaya hidup dan hubunganantara pekerja dianggap sebagai sederhanapenting. Dua nilai kerja dianggap kurang pentingoleh responden, iaitu autonomi dan prestijOadual 1).

Dapatan kajian juga mendapati t~rdapat

perbezaan nilai kerja yang signifikan bagibeberapa nilai kerja di antara pekerja lelaki danpekerja perempuan. Nilai-nilai kerja tersebutialah kreativiti, hubungan antara pekerja danautonorni. Bagaimanapun, secara keseluruhannyatidak terdapat perbezaan yang signifikan antarapekerja lelaki dan pekerja perempuan Oadual2). Bagi nilai kerja yang terdapat perbezaan,responden lelaki menganggap nilai kerjaberkenaan lebih penting kepada merekaberbanding dengan responden perempuan.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pekerjakilang terutama di kawasan Hulu Langat,

jADUAL 1Nilai kerja pekeIja kilang di kawasan Hulu Langat

Nilai KeIja Min Sisihan Piawai

jaminan Pekerjaan 3.47 0.49Perkembangan KeIjaya 3.41 0.41Ganjaran Ekonomi 3.39 0.46Keadaan Tempat KeIja 3.16 0.45Kreativiti 3.15 0.49Gaya Hidup 3.08 0.48Hubungan Antara PekeIja 3.07 0.49Autonomi 2.96 0.57

Prestij 2.71 0.70

ilai KeIja Secara Keseluruhan 3.17 0.35

Skala: 1 =Sangat Tidak Penting; 2 =Tidak Penting;3 = Penting; 4 = Sangat Penting (n = 451)

Selangor yang kebanyakan mereka tidak ber­pendidikan tinggi dan menerima gaji sebanyakRMl,OOO ke bawah, lebih mementingkan nilaikerja seperti jaminan pekerjaan, perkembangankerjaya dan ganjaran ekonomi. Mereka meng­anggap keadaan tempat kerja, gaya hidup danhubungan antara pekerja sebagai sederhanapenting, manakala auronomi dan prestij sebagaikurang penting. Dapatan ini jelas menggambar­kan keadaan realiti kehidupan golongan pekerjaberpendapatan rendah yang lebih mementingkanpendapatan untuk menampung kehidupanmereka di sebalik memikirkan tentang autonomiatau kuasa dan prestij.

Dapatan kajian ini menunjukkan pekerjalelaki lebih mementingkan nilai kerja autonomi,kreativiti dan hubungan an tara pekerjaberbanding pekerja perempuan. Perbezaan initimbul mungkin disebabkan oleh pelbagai sebabatau faktor. Pekerja lelaki mungkin lebih sukakepada kerja yang membolehkan mereka bekerjasendiri atau mempunyai autonomi sebagaiindividu yang mempunyai ego diri, dan disamping itu dapat memberi sumbangan kepadapekerjaan mereka secara lebih kreatif. Mungkindapatan kajian ini akan berbeza bagi pekerja didalam sektor lain, terutama mereka yang bekerjadalam pekerjaan pada peringkat atasan dalamhierarki pekerjaan dalam sesebuah organisasi.Bagaimanapun, dapatan kajian ini selari dengankajian Kaufman dan Fetter (1980) dan Kanchierdan Unruh (1989), iaitu tidak terdapat perbezaanyang siginifikan bagi n ilai kerja secarakeseluruhan antara pekerja lelaki dan pekerjaperempuan.

jADUAL 2Perbezaan nilai kerja antara responden lelaki dan

responden perempuan (n = 451)

Nilai Kerja Sig.(p)

Kreativiti 3.55 0.00Hubungan Antara PekeIja 2.40 0.02Autonomi 2.33 0.02Gaya Hidup 1.76 0.08Perkembangan KeIjaya 1.23 0.22Prestij 0.70 0.49Ganjaran Ekonomi -0.29 0.78jarninan Pekerjaan -0.27 0.79Keadaan Tempat KeJja 0.17 0.87

Nilai Kerja Secara Keseluruhan 1.86 0.06

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 13 o. 1 2005 105

ZakariaKasa

CADANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, berikutdicadangkan beberapa perkara yang bolehdiambil tindakan oleh majikan jika hendakmembentuk persekitaran kerja yang baik danselesa kepada pekerja.1. Majikan perlu mengelak daripada meng­

amalkan stail kepemimpinan autoritarian,terutama apabila mempunyai ramai pekerjalelaki. Dapatan kajian menunjukkan pekeIjalelaki lebih mementingkan nilai kerjaautonomi, kreativiti dan hubungan antarapekerja. Stail kepemimpinan autoritariankurang sesuai dengan pekerja yangmempunyai nilai kerja berkenaan.

2. Untuk menambahkan peluang kepadapekerja maju dalam kerjaya mereka, pihakmajikan patut menggalakkan pekerjameneruskan pendidikan pada peringkat yanglebih tinggi. Pencapaian mereka dalampendidikan patut dihargai dengan menawar­kan pekerjaan yang lebih baik kepadamereka. lni selaras dengan perkembangankeIjaya yang merupakan nilai kerja keduapenting kepada mereka.

3. Majikanjuga perlu memberi peluang kepadapekerja, terutama pekerja lelaki, berkomu­nikasi antara satu dengan yang lain. Mungkincara terbaik ialah dengan menyediakan bilikkhas untuk mereka berehat pada waktu­waktu tertentu atau menyediakan kantin dimana mereka boleh bertemu pada wakturehat. Bagaimanapun, peluang seperti ituperlu diberikan dengan lebih berhati-hatikerana kemungkinan pengaruh rakansekerja lain, terutama yang jahat, akanmenjejaskan prestasi pekeIja terlibat (Tannerdan Krahn 1991).

4. Suatu kajian yang lebih menyeluruh danmeliputi pelbagai golongan pekerja perludilakukan untuk mengenal pasti nilai keIjapekeIja di dalam pelbagai pekerjaan yangberbeza. Maklumat yang diperolehi daripadakajian berkenaan boleh digunakan untukmemadankan bakal pekeIja yang mempunyainilai kerja tertentu dengan pekerjaan yangsesuai dengan nilai kerja mereka.

RUJUKANCOCHRAN, W.G. 1977. Sampling Techniques. Edisi

Ketiga. New York: Wiley.

Isaacson, L.E. dan D. BROWN. 1997. CareerInformation, Career Counselling, and CareerDevelopment. Edisi Keenam. Boston: Allyn &Bacon.

KANCHIER, C. dan W.R. UNRUH. 1989. Work values:How do managers who change job differ fromthose who do not? Journal ofVocational Behavior26(3): 107 - 116.

KAUFMA , D. dan M.L. FETTERS. 1980. Workmotivation and job values among professionalmen and women: A new accounting. Journal ofVocational Behavior 17(3)s: 251 - 262.

KRAsKA, M.F. 1991. Work Values of High SchoolVocational Education Studies. (ERIC DocumentReproduction Service o. ED 336 532).

LOUGHliN, C. dan]. BARLING. 2001. Young workers'work values, attitudes, and behaviours. Journalof Occupational and Organizational Psychology 74:543 - 558.

Purn, ].M., S. AR\'EE dan T.K. LING. 1989. Workvalues and organizational commitment: A studyin the Asian context. Human Relations 42: 275- 288.

STERN, D.,].R. STONE, C. HOPKINS dan M. McMILLON.1990. Quality of student's work experienceand orientation toward work. Youth and Society22: 263 - 282.

SUPER, D.E. dan D.D. NEVlLL. 1986. The Values Scale.Palo Alto, CA: Consulting Psychology Press.

SUPER, D.E. dan B. SVERKO. 1995. Life Roles, Valuesand Careers. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

TANNER,]. dan H. KRAHN. 1991. Part-time work anddeviance among high school seniors. CanadianJournal of Sociology 16: 281 - 302.

VODANOVICH, S.J. dan T.J. KRAMER. 1989. Anexamination of the work values of parents andtheir children. The Career Development Qy.arterly37(4): 365 - 374.

WU, T.Y. 1985. Relationships among characteristicsof post secondary vocational students and theirwork values. Vocational-Technical EducationResearch Report, 23(1). Penn. State University.(ERIC Document Reproduction Service No.ED 262 - 250).

(Received: 31 January 2005)

106 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 13 No.1 2005