drama dongeng sang puteri

Upload: soreambang

Post on 14-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    1/9

    Drama Dongeng Sang Puteri(Wan Ahmad Ismail)

    Sinopsis

    Babak 1Permulaan babak ditunjukkan tentang Mamat dan Putera sedang berkejar-kejar keranaMamat mengambil topeng dan kipas Putera. Kemudian ditunjukkan watak Puteri yangsedang tidur dan disisinya ialah Nenek Kebayan iaitu nenek Puteri. Apabila sedar daritidur Puteri menceritakan tentang mimpinya yang menyuruhnya erkahwin denganlelaki dan lelaki tersebut akan mengikut segala kata-katanya. Namun Puterimengatakan kepada Nenek Kebayan yang mimpinya tidak bagus , keran dia tidak patutmenyuruh lelaki mengikut kata-katanya. Kemudian Kebayan dan Puteri menjamuselera, Puteri bertanya dari mana makanan tersebut, dan Kebayan menjawab dariseorang pemuda. Sedang mereka makan, Mamat yang juga kawan aik Puteri datangmemberikan makanan yang sama dia juga membawa pakaian dan subang yang hanyaada sebelah sahaja. Sebelahnya lagi entah kemana. Puteri mencuba pakain tersebut danmemakai sebelah subang setelah Mamat memintanya pakai. Babak satu ditutup denganPuteri, Kebayan dan Mamat berlari mencari tempat berteduh kerana hari hujan.

    Babak 2Babak kedua dimulakan dengan Kebayan mengejtkan Puteri di tempat selalu Puteritidur. Namun bukanPuteri yang tidur di tepi Putera. Putera bangun dan menyatakan diatidak sempat solat subuh. Kemudian Kebayan menceritakan tentang kehidupannya yangtinggal ditempat itu. Dia tidak mahu meminta simpati terhadap orang lain. Selagiterdaya dia akan menjaja demi mencari makanan buat dia dan Puteri. Putera mengajakKebayan ikutnya sarapan di kedai mewah, namun ditolak oleh Kebayan kerana maluakan dirinya. Tetapi Puteri tetap mengajak dengan mengatakan tak semestinya orang

    kaya sahaja dapat pergi kedai mewah, kadang-kadang mereka juga berhutang denganbank. Kemudian Mamat datang dengan basikal untuk menemani Kebayan menjaja .Mamat melihat Putera dan mengatakan dia kenal dengan Putera, kerana Putera telahmemberikannya makanan , pakaian dan sebelah subang. Namun, Putera mengatakandia tidak kenal Mamat, dia juga mengajak Mamat ke kedai untuk makan dengannya danKenayan . Tetapi Kebayan risau akan Puterinya yang tidak juga muncul lau mengatakandia mahu menunggu Puteri . Puteri datang tidak lama selepas itu dan mengatakan diamemasuki istana dan sudah makan disitu apabila Puteri menolak perlawaan Puterauntuk ikut sama makn di kedai . Putera tetap mengajak supaya Puteri boleh berceritapanjang disana nanti

    Babak 3Pada babak ini , Sultan Mahmud detang berbual-bual dengan Puteri dan mengajakPuteri tinggal bersamanya. Puteri mengatakan dia akan ikut tinggal bersama SultanMahmud, jika nenek dan Mamat ikut serta . Sultan Mahmud tidak keberatan jika NenekKebayan ikut juga, cuma Mamat tidak dibenarkan kerana Mamat bukannlahketurunannya. Puteri berasa pelik, kerana dia juga bukan keturunan Sultan Mahmud ,teatpi Sultan Mahmud memberitahu Puteri yang dia ialah ayahandanya dan Puteriadalah anaknya yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu . Sultan Mahmud mengatakan

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    2/9

    bahawa Nenek Kebayan tahu akan segalanya, dan menyatakan bahawa sebelah lagisubang yang pernah diberikan olehnya kepada Puteri ada pada Nenek Kebayan.

    Babak 4Kebayan mencerikan tentang asal usul Puteri, di mana bondanya pernah bekerja

    sebagai perempuan joget di kelab malam. Kemudian dia berkahwin dengan TengkuMahmud, tetapi dihalau selepas Sultan Mahmud tahu siapa diri bondanya ketika dulu.Bondanya dihalau pada ketika itu, bondanya sedang mengandungkan Puteri. Selepassetahu melahirkan Puteri bondanya pergi ke Singapura. Bekerja sebagai perempuankelab malam dan berkahwin dengan orang sana. Tiga tahun selepas itu, terdengarkhabar mendengarkan bondanya mati. Puteri sedih apabila mengetahui bondanya matisebagai penari kelab malam juga. Namun, neneknya mengatakan bahawa ibunya mati dibilik sembahyang di kelab itu. Sultan Mahmud tang kembali mengajak Puteri danKebayan tinggal denganya, namu Puteri tidak mahu kerana neneknya tidak mahu lagidihina. Dia lebih rela tinggal di situ, Sultan Mahmud tidak memaksa dan memberikantempoh kepada Puteri dan Kebayan memikirkan hal ini. Tidak lama selepas SultanMahmud pergi, Mamat datang mengajak Pteri mendengar cerita Putera. Mamatmengatakan juga bahawa Putera menuggu mereka di Rumah Besar dan kemudian akanmembawa mereka ke rumah sakit kerana Tengku Mahmud sakit Leukimia.

    PemikiranPerbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Ayahanda Puteri iaituTengku Mahmud, golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitu seorangpenari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. BondaPuteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaandarjat antara mereka.

    Persoalan

    Persoalan kemiskinan hidup masyarakat.Contoh: Nenek Kebayan dan Puteri hidup di dalam keadaan daif di kawasan setinggan.

    Persoalan penguasaan ekonomi oleh pendatang.Contoh:Nenek Kebayan hidup merempat di tanah air sendiri berbanding dengangolongan penjajah.

    Persoalan isu pemerdagangan manusia.Contoh: Mamat berasa risau apabila mendapati puteri hilang. Dia risau jika puteri diculik atau diperdagangkan .

    Persoalan kasih sayang dalam keluarga.Contoh:Tengku Mahmud amat menyayangi anaknya dan berusaha mencari anaknyawalaupun sudah 17 tahun tidak berjumpa.

    Persoalan mementingkan darjat, status.Contoh: Ibu Puteri dihalau keluar oleh keluarga Tengku Mahmud yg berketurunanistana setelah dia adalah penari kelab malam.

    7. Keperitan hidup zaman penjajahan. Contoh Nenek Kebayan hidup menderitapada zaman penjajahan Jepun dan terpaksa makan ubi kayu. Mereka juga dipaksa

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    3/9

    Watak dan Perwatakan

    Puteri Lelawati AyuSeorang yang penyayangContoh : Puteri amat menyayangi Nenek Kebayan

    Seorang yang suka merendah diriContoh : Puteri selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal diaseorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat.

    Seorang yang setiaContoh : Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan,walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana.

    Seorang yang tidak suka meminta-mintaContoh : Puteri berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakan ahlineraka.Seorang yang tabahContoh : Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yangbusuk dan kotor.

    Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.Contoh : Puteri tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa bagindamerupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut

    Nenek KebayanSeorang yang penyayang

    Contoh, dia amat menyayangi puteri dan bonda puteri

    Seorang yang tabah.Contoh : Nenek Kebayan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun hidup dalamzaman penjajahan Jepun.

    Seorang yang taat kepada perintah Allah.Contoh : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan solat, selalu membaca Al-Quran,dan patuh pada hukum hakam agama.

    Seorang yang suka bercerita

    Contoh : Nenek Kebayan bercerita keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.

    Seorang yang tidak suka meminta-minta.Contoh : walaupun hidup menderita pada zaman Jepun akibat kekurangan makanandan kezaliman Jepun, Nenek Kebayan tidak meminta-minta.

    Seorang yang bertanggungjawab.

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    4/9

    Contoh : Nenek Kebayan sangat bertanggungjawab menjaga Puteri dari kecil hinggabesar seperti cucunya sendiri.

    Tengku Mahmud BagindaSeorang yang bertimbang rasa

    Contoh: Baginda tidak mendesak Puteri untuk tinggal bersama-samanya di istana tetapibaginda memberikan masa untuk Puteri berbincang dengan neneknya dan berfikirtentang tawaran baginda tersebut.

    Seorang yang tidak beraniContoh: Baginda tidak dapat mempertahankan isterinya yang telah disingkirkan dariistana hanya kerana isterinya merupakan seorang penari joget.

    Putera Zainal AbidinSeorang yang bijak menyamarContoh: Putera telah menyamar sebagai pemungut barang buangan sewaktu bagindaingin mendekati Puteri dengan nenaknya.

    Seorang yang pemurahContoh: Putera ingin membelanja nenek Puteri, Mamat dan Puteri makan sarapan dikedai makan besar.

    Seorang yang berkebolehanContoh: Putera memiliki kebolehan bermain sandiwara, membuat topeng, kipas danterompah.

    Mamat Besar JalilSeorang yang baik hati

    Contoh: Mamat selalu mengutamakan Puteri iaitu apabila dia membawa makanankepada Puteri.

    Seorang budak lelaki yang nakalContoh: Mamat pernah mencuri topeng kepunyaan Putera.

    Seorang yang penyayangContoh : Mamat menyayangi Puteri.

    Plot

    Permulaan Putera mengejar Mamat yang telah mencuri topeng dan kipas yang merupakan

    barangan jualan Putera.

    Perkembangan

    Puteri bermimpi mendengar suatu suara yang mengkehendakinya berkahwindengan anak raja dan menjadi menantu raja.

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    5/9

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    6/9

    (Dongeng Sang Puteri halaman 231)

    Latar MasaWaktu Siang,Ketika Putera mengejar Mamat kerana Mamat telah mengambil topeng Putera

    18 tahun dahuluKetika Puteri masih bayi , Nenek mendodoikan Puteri tentang 'Dongeng Puteri'

    Tiga tahun kemudianDimana ibu Puteri meninggal selepas tiga tahun meninggalkan Puteri kepada NeneknyaKetika itu Puteri masih bayi .

    Waktu PetangKetika Nenek dan Puteri sedang bercerita di bawah pokok .

    SemalamanPeristiwa ini berlaku apabila Puteri tidak pulang semalaman kerana Puteri dijemput keRumah Besar milik Tengku Mahmud .

    Tengah hariContohnya: Sewaktu Kebayan Kembang Kasturi mengejutkan Putera Zainal Abidinyang tidur di tempat Puteri Lelawati Ayu .Latar TempatKampung SetingganTempat tinggal Puteri dan Kebayan

    Tempat di mana Kebayan membesarkan Puteri

    Rumah BesarRumah Besar merupakan rumah Tengku Mahmud dan Puteri pernah memasuki rumahtersebut kerana telah dijemput oleh Tengku .

    Kelab MalamDimana tempat ibu Puteri bekerja sebelum berkahwin dengan Tengku Mahmud.Kemudian mereka bercerai, ibunya kembali bekerja semula di kelab malam

    SingapuraDi mana tempat kelab malam ibu Puteri bekerja dan berkahwin dengan orang di sana .

    MasjidIbu Puteri mati ketika sedang solat di dalam masjid yang dekat dengan tempat kerjanyadi kelab malam.

    Latar MasyarakatMasyarakat istana / golongan bangsawanTengku Mahmud Baginda ialah dari golongan bangsawan / istana.

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    7/9

    Masyarakat melayu setingganPuteri dan Kebayan ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor.

    Masyarakat penyayang

    Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya, walaupun terpisah 16 tahun, bagindatetap mencari anaknya.

    Masyarakat yang suka bersedekahMamat dan Puteri menerima makanan dan pakaian dari sedekah seseorang yang baikhati.

    Masyarakat yang mentaati perintah AllahIbu Puteri telah meninggal dunia semasa sedang solat walaupun dia seorang penarikelab malam

    Masyarakat yang melakukan aktiviti kraf tanganPutera melakukan kerja kraf tangan untuk menyara hidup seperti membuat topeng,terompah.

    Masyarkat miskinKebayan menjaga Puteri dalam serba kekurangan di kaasan setinggan yang kotor dandaif.

    Masyarakat yang suka tolong menolongMamat sentiasa membantu Puteri dan Kebayan.

    Nilai

    Nilai kasih sayangContoh: Puteri yang begitu menyayangi nenek (Kebayan) hingga dia sanggup tinggalbersama nenek itu di kawasan setinggan yang kotor dan busuk demi kasih dansayangnya terhadap nenek itu.

    Nilai ketaatan kepada agamaContoh: Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang, selalu mengaji Al-Quran, mengikut hukum-hakam dan perintah Allah.

    Nilai ketabahanContoh: Nenek Kebayan merupakan seorang wanita tua yang tabah dalam menghadapi

    dugaan dan ujian dalam kehidupannya. Meski hidup dalam kemiskinan di kawasansetinggan, Nenek Kebayan tetap membesarkan Puteri walaupun mengalami kesempitanhidup.

    Nilai kerajinanContoh: Nenek Kebayan rajin berusaha untuk memperoleh rezeki yang halal.Walaupun dia hanya berjaja, tetapi pekerjaan itu tidak pernah disesalinya, malah dialebih suka berjaja kerana akan mendapat sesuatu yang baik dalam hidupnya.

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    8/9

    Nilai bertanggungjawabContoh: Nenek Kebayan ialah seorang yang bertanggungjawab kerana telahmembesarkan Puteri dengan baik selama 16 tahun setelah ditinggalkan oleh bondanya.

    Pengajaran

    Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau kelas dalam kehidupankerana akan mendatangkan kesan negatif kepada kita.Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku Mahmud Baginda telahmengahwini anak Kebayan Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget.Kesannya telah menyebabkan isterinya disingkirkan dari istana.

    Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada kita.Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah memelihara Puteri Lelawati Ayuselama 16 tahun setelah kematian bondanya.

    Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan selalumembaca Al-Quran.

    Kita hendaklah sentiasa mengawal pergerakan anak-anak kita agar mereka tidakmelakukan perkara yang tidak sihat.Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget tanpapengetahuan Kebayan Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasipergerakan anaknya itu.

    Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.

    Contohnya : Kebayan Kembang Kasturi tabah menghadapi penderitaan hidup sewaktuzaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.

    Gaya BahasaPersonifikasiCerita mimpi nek, mimpi bodoh (hlm233)Jangan lanjutkan cerita yang pilu

    SimileCantiknya macam bonda kamu (ms 240)Tentunya cantiksemacam neneknya itu (ms 247)MetaforaContoh : Lembah buangan (hlm 238)

    HiperbolaContoh : Jambatan emas (hlm 231)

  • 7/30/2019 Drama Dongeng Sang Puteri

    9/9

    Sinkof/sinkope nek (hlm 233) [nenek]tak (hlm 238) [tidak],nak (hlm238) [hendak]aja (hlm 239) [sahaja]ni (hlm 343) [ini]

    tu (hlm 246) [itu]

    Bahasa asingbahasa Hindi: Maharaja Mughai Shah Jahan, Taj Mahal, Jamunadi Agara, Khurram,(hlm 232)

    Bahasa InggerisPenggunakan kata coke, burger (ms 236)

    Bahasa istanaBeradubertitah (hlm 1)

    Peribahasa/ Simpulan bahasa Anak buangan (hlm 233)Memilih bulu (hlm 245)

    InversiSuara siapa itu? (hlm 233)

    Repitisi / PengulanganLakukan bagaimana?Suara itu hanya menyuruh.Suara siapa itu? (hlm 233)Barangan mana? Barangan itu? Barangan itu bukan barangan yang terbuang. (hlm 246)

    Sudut PandanganDrama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagaipencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:Contohnya: KEBAYAN diam seketika. Dia resah, dia gelisah. Dia mundar mandiruntuk memberikan jawapan. PUTERA dan PUTERI memerhatikan saja gelagatKEBAYAN itu.