draf rancangan tempatan daerah kangar 2012-2025 - sektor pengangkutan dan pengurusan lalulintas

14
6.1 CADANGAN PEMBANGUNAN AKSESIBILITI DAN PENGURUSAN LALULINTAS Keadaan semasa sistem pengangkutan dan pengurusan lalulintas di kawasan RTD Kangar dilihat memerlukan peningkatan dalam aspek pengurusan dan sistem. Ini berikutan sistem sedia ada tidak mampu menampung keperluan kenderaan semasa yang semakin bertambah terutama di kawasan tumpuan utama di kawasan Bandar Kangar. Jaringan kemudahan awam yang tidak menyeluruh selain tahap fasiliti kemudahan pengangkutan seperti tempat letak kenderaan yang masih tidak mencukupi, adalah antara aspek kekurangan yang perlu dinaiktaraf padacadangan masa kini. Oleh yang demikian, beberapa inisiatif telah diusulkan bagi menyediakan suatu rencana pembangunan bagi masa hadapan bagi menampung pembangunan akan datang yang lebih pesat. 6.1.1 STRATEGI DAN LANGKAH PEMBANGUNAN Pembangunan RTD Kangar akan menumpukan perhatian kepada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Ini selaras dengan dasar Rancangan Fizikal Negara: NPP: Konsep TOD akan dipromosikan sebagai asas perancangan bandar untuk menjamin daya maju pengangkutan awam. NPP: Sistem pengangkutan di semua pusat bandar utama akan mengguna pakai pembahagian mod 50:50 antara pengangkutan awam dan swasta. 6.1-1 6.1.2 TAKRIFAN Pembangunan berorientasikan transit (TOD) ialah pembangunan berbentuk penggunaan bercampur yang ‘walkable’ yang lazimnya ditumpukan kepada kawasan dalam lingkungan 400m daripada stesen transit atau sebarang rangkaian bas awam. Pembangunan akan ditumpukan berdekatan stesen untuk memudahkan transit bagi manusia dan menggalakkan penggunaan ‘rider ships’. Pembangunan bentuk ini menggunakan infrastruktur sedia ada, mengoptimumkan penggunaan rangkaian transit dan mempertingkatkan pergerakan bagi masyarakat setempat. CDP akan mengenal pasti pusat utama, seperti nod komersil, kawasan tumpuan pekerjaan dan nod institusi, sebagai kawasan yang akan dimasukkan ke dalam TOD. TOD adalah antara langkah dalam melaksanakan pendekatan lebih terpelihara kepada perancangan bandar dalam menggunakan tanah sekitar stesen transit.

Upload: hasbullah-saleh

Post on 29-Jul-2015

386 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Kajian DRTD semester 7, UiTM Shah Alam

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Cadangan Pembangunan Sektor Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas Di Empat Lokasi Pembangunan UtamaRajah 6.1.1

6.1 CADANGAN PEMBANGUNAN AKSESIBILITI DAN PENGURUSAN LALULINTAS

Keadaan semasa sistem pengangkutan dan pengurusan lalulintas di kawasan RTD Kangar dilihat memerlukan peningkatan dalam aspek pengurusan dan sistem. Ini berikutan sistem sedia ada tidak mampu menampung keperluan kenderaan semasa yang semakin bertambah terutama di kawasan tumpuan utama di kawasan Bandar Kangar.

Jaringan kemudahan awam yang tidak menyeluruh selain tahap fasiliti kemudahan pengangkutan seperti tempat letak kenderaan yang masih tidak mencukupi, adalah antara aspek kekurangan yang perlu dinaiktaraf padacadangan masa kini.

Oleh yang demikian, beberapa inisiatif telah diusulkan bagi menyediakan suatu rencana pembangunan bagi masa hadapan bagi menampung pembangunan akan datang yang lebih pesat.

6.1.1 STRATEGI DAN LANGKAH PEMBANGUNAN

Pembangunan RTD Kangar akan menumpukan perhatian kepada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Ini selaras dengan dasar Rancangan Fizikal Negara:

NPP: Konsep TOD akan dipromosikan sebagai asas perancangan bandar untuk menjamin daya maju pengangkutan awam.

NPP: Sistem pengangkutan di semua pusat bandar utama akan mengguna pakai pembahagian mod 50:50 antara pengangkutan awam dan swasta.

6.1-1

6.1.2 TAKRIFAN

Pembangunan berorientasikan transit (TOD) ialah pembangunan berbentuk penggunaan bercampur yang ‘walkable’ yang lazimnya ditumpukan kepada kawasan dalam lingkungan 400m daripada stesen transit atau sebarang rangkaian bas awam. Pembangunan akan ditumpukan berdekatan stesen untuk memudahkan transit bagi manusia dan menggalakkan penggunaan ‘rider ships’. Pembangunan bentuk ini menggunakan infrastruktur sedia ada, mengoptimumkan penggunaan rangkaian transit dan mempertingkatkan pergerakan bagi masyarakat setempat. CDP akan mengenal pasti pusat utama, seperti nod komersil, kawasan tumpuan pekerjaan dan nod institusi, sebagai kawasan yang akan dimasukkan ke dalam TOD.

TOD adalah antara langkah dalam melaksanakan pendekatan lebih terpelihara kepada perancangan bandar dalam menggunakan tanah sekitar stesen transit.

Page 2: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Di dalam Rancangan Malaysia ke-9, sejumlah 10 projek jalan telah dipohon untuk seluruh Negeri Perlis dan 3 daripadanya telah pun siap manakala 7 lagi dalam pelbagai peringkat pembinaan. Jalan-jalan yang telah siap ialah :-

i. Jalan Panggas Kechil ke Kg. Baru Serai sepanjang 3.5km

ii. Jalan Ulu Pauh ke Kg. Rambai ke Kg. Chikgu Ali sepanjang 4.0km

iii. Jalan Batu 2 ke Kg. Santan sepanjang 1.8km

Jalan-jalan dalam pembinaan adalah seperti berikut

i. Jalan lencongan dan jambatan Kurong Tengar (1.2km)

ii. ii. Jalan dari Kg. Guar Nangka ke Kg. Chikgu Ali (1.7km)

iii. Jalan dari Changkat Jawi ke sempadan Negeri Kedah (1.17km)

iv. Jalan Lintasan Tengah menyambungkan Jalan Santan dengan Jalan Mata Ayer (2.9km)

v. Jalan Bukit Keteri ke Paya Kelubi ke Semadong (4.7km)

vi. Jalan Padang Telela ke Ulu Pauh ( 6.9km)vii. Jalan Padang Behor ke Jejawi (1.6km)

Untuk RMK-10 pula sebanyak 13 projek jalan telah dirancang iaitu :-

i. Jalan Behor Mali ke Kg. Kepala Sepuloh (3.5km)

ii. Jalan motosikal melintasi landasan kereta api dari Kok Mak ke FELDA Rimba Mas (2.0km)

iii. Jalan Kg. Wai ke Tebing Tinggi menyusuri Sg. Perlis (33.5km)

iv. Jalan Padang Nyu ke Rani Estet ke Jalan Pdang Siding ( 3.5km)

v. Jalan Kg, Salang ke Kg. Abi Tok Hashim ke Kg. Nisam termasuk 2 jambatan (1.8km)vi. Jalan Semadong ke Bukit Chabang (3.8km)vii. Jambatan Kuala Sg. Baru (1.0km)viii. Jalan Sg. Adam ke Kg. Banat (4.0km)ix. Jalan Long Boh ke Behor Mempelam (5.0km)x. Jalan Sg. Batu Pahat ke Wang Mu (9.5km)xi. Jalan Batu Bertangkup ke Timah Tasoh termasuk jejambat melintasi landasan kereta api (6.0km)xii. Jalan Seriab ke Bangsal Lebah (3.0km)

Dengan terlaksananya kesemua projek-projek jalan ini, Negeri Perlis dijangka akan mempunyai rangkaian sistem perhubungan yang lebih baik dan semua petempatan akan mempunyai akses berturap sekurang-kurangnya pada kategori jalan tempatan.

6.1-2

Page 3: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

PG 1.1 CADANGAN NAIKTARAF JALAN 194 JALAN KUALA PERLIS – CHANGLUN DAN JALAN 7 UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN BUS RAPID TRANSIT.

Gambaran Grafik Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk Projek BRT.Rajah 6.1.2

Strategi ini penting untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi lestari di kawasan RTD Kangar. Pertalian wilayah antara konurbasi Kuala Lumpur dan Thailand mampu mempertingkatkan pergerakan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi kawasan ini. Hubungan antara bahagian utara dan selatan kawasan Kangar perlu di pertingkatkan dengan pelbagai alternatif pengangkutan awam seperti kereta api dan jalan raya.

KOMPONEN CADANGAN1.Laluan kenderaan persendirian 2 hala 2 lorong.2.Laluan BRT 2 hala 1 lorong.3.Hentian bas di setiap 2km sepanjang jalan

cadangan.4.Rizab utiliti 3 meter kiri dan kanan.AGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 3 peringkatCATATANCadangan pembangunan perlu dirujuk bersama Garis Panduan Khusus Bus Rapid TransitRAJAH 6.1.2 Pelan Sisip Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk

Projek BRT

6.1-3

PENGUKUHAN SISTEM JARINGAN PENGANGKUTAN INTER DAN INTRA DAN MEMPERTINGKATKAN AKSES DENGAN MEMPERBAIKI HUBUNGAN JALAN

Page 4: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

6.1-4

Page 5: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

PG 1.2 NAIKTARAF JALAN R172, 1002, R122 DAN R16, UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN BUS RAPID TRANSIT.

6.1-5

Gambaran Grafik Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk Projek BRT

KOMPONEN CADANGAN1.Laluan kenderaan persendirian 2 hala 2 lorong.2.Laluan BRT 2 hala 1 lorong.3.Hentian bas di setiap 2km sepanjang jalan

cadangan.4.Rizab utiliti 3 meter kiri dan kanan.AGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 3 peringkatCATATANCadangan pembangunan perlu dirujuk bersama Garis Panduan Khusus Bus Rapid Transit

Page 6: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Lokasi Cadangan Penaiktarafan JalanRajah 6.1.3PG 2.1 PROJEK TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DI BANDAR BARU ULU PAUH DAN STESYEN TRANSIT DI KUALA PERLIS, BANDAR KANGAR DAN PADANG BESAR.

6.1-6

Page 7: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Kawasan Ulu Pauh merupakan pintu masuk utama pengguna jalanraya dari arah selatan Malaysia1

Cadangan ini mampu meningkatkan tahap penggunaan kenderaan awam2

Pelebaran jalan pada masa hadapan tidak akan dilakukan sekiranya pengguna jalanraya keseluruhannya menggunakan perkhidmatan awam3

Satu strategi yang lebih berkesan untuk mengurangkan kesesakan dalam jangka masa panjang4

6.1-7

JUSTIFIKASI CADANGAN

Gambaran Grafik Cadangan Penaiktarafan Jalan Untuk Projek BRT.

KOMPONEN CADANGAN1.1 Bangunan Terminal Pengangkutan2.Laluan bas ekspres dan bas henti-henti.3.1 stesyen teksiAGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 3 peringkatLOT TERLIBAT940, 941, 942, 943, 8327, 8328, 8322, 8323, 8324, 8325CATATANCadangan pembangunan perlu dirujuk bersama cadangan pembangunan projek Bus Rapid Transit (PG 3 C1)

Page 8: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Pelan Sisip Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Ulu Pauh Berfungsi Sebagai Lokasi Perhentian Bas Ekspress, Bas Henti-Henti, Bus Rapid Transit Dan Teksi.Rajah 6.1.4

PG 3.1 LORONG BASIKAL DI DALAM KAWASAN BANDAR KANGAR.

6.1-8

Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Ulu Pauh Berfungsi Sebagai Lokasi Perhentian Bas Ekspress, Bas Henti-Henti, Bus Rapid Transit Dan Teksi.

Page 9: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Projek penggunaan basikal dalam bandar berfungsi untuk menyediakan akses kepada pengguna bagi jarak perjalanan pendek, seperti untuk tujuan ke lokasi yang berhampiran, bersiar-siar dan perjalanan transit-kerja yang selamat dan mudah.

Projek penggunaan basikal akan diserap dengan penggunaan teknologi moden, di mana basikal akan disediakan dan pengguna akan menggunakan basikal untuk apa-apa tujuan dengan istilah `disewa.

Stesyen pengumpulan basikal setempat akan disediakan bagi memudahkan pengguna untuk memperoleh basikal di seluruh kawasan cadangan.

6.1-9

Salah Satu Ciri Bandar Maju Ialah Apabila Perubahan Berlaku Dimana Penggunaan Kenderaan Peribadi Bertukar Kepada Penggunaan Kenderaan Awam

KOMPONEN CADANGAN1.1 Laluan Basikal Selebar 1.2 meter.2.Pos Pengumpulan BasikalAGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 1 peringkatCATATANCadangan pembangunan perlu dirujuk bersama garis panduan khusus

Page 10: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

PG 4.1 MENAIKTARAF LALUAN PEJALAN KAKI DALAM KAWASAN BANDAR KANGAR, KUALA PERLIS, PADANG BESAR DAN ULU PAUH

6.1-10

Penggunaan Basikal Dalam Bandar Yang Mampu Memberi Pelbagai Kelebihan Dalam Pelbagai Aspek

JUSTIFIKASI CADANGAN1. Menghubungkan setiap kawasan yang penting

dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk bergerak

2. Mampu mengurangkan kesesakan dalam bandar

3. Keselamatan pengunjung terjamin kerana lorong berbasikal khas disediakan

4. Sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan pembangunan berteraskan Pembangunan Mampan

5. Mampu mewujudkan masyarakat sihat6. Penggunaan ruang bandar yang menyeluruh

Page 11: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

PG 5.1 PENAIKTARAFAN JALAN KUALA PERLIS R152 JALAN PERSISIR PANTAI KUALA SANGLANG – KUALA PERLIS

6.1-11

KOMPONEN CADANGAN1.1 Laluan Pejalan Kaki Selebar 1.2 meter.AGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 1 peringkatCATATANLaluan pejalan kaki dilengkapi dengan kemudahan lampu jalan dan lanskap lembut bagi menambah keindahan dalam kawasan cadangan

JUSTIFIKASI CADANGAN1. Menghubungkan setiap kawasan yang penting

dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk bergerak

2. Pos kawalan keselamatan disediakan bagi menjamin keselamatan pengguna

3. Keselamatan pengunjung terjamin kerana lorong pejalan kaki yang diasingkan dengan laluan kenderaan

4. Sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan pembangunan berteraskan Pembangunan Mampan

5. Mampu mewujudkan masyarakat sihat6. Penggunaan ruang bandar yang menyeluruh7. Antara aspek penting yang memacu keindahan

kawasan cadangan dengan mewujudkan elemen lanskap yang menarik

Page 12: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Panjang cadangan penaiktarafan jalan adalah sepanjang 18.2 km1

Jalan cadangan memainkan peranan utama dalam menarik pengunjung dalam dan luar kawasan untuk dating beriadah2

Laluan pejalan kaki dan pengguna basikal disediakan yang merupakan elemen yang terdapat dalam cadangan3

Permandangan tepi pantai yang menarik menjadi tarikan utama4

PG 6.1 MENAIKTARAF SISTEM PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM PERLIS.

6.1-12

JUSTIFIKASI CADANGAN

Cadangan Pembangunan Promenade Sepanjang Jalan Kuala Sanglang-Kuala Perlis Mampu Menjadi Tarikan Utama

Pengunjung

KOMPONEN CADANGAN1.Pelebaran jalan sediada selebar 66’.2.Rezab jalan di kiri dan kanan jalan selebar 20’3.Hentian bas.AGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar2.Pihak Swasta

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 2 peringkat.CATATANCadangan penaiktarafan jalan adalah berkaitan dengan cadangan Pembangunan Rekabentuk Di Sahal Perlis (Rujuk cadangan RB 5)

Page 13: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kangar 2012-2025 - Sektor Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas

Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Ulu Pauh Berfungsi sebagai lokasi perhentian bas ekspress, bas henti-henti, Bus Rapid Transit dan Teksi.1

3 Stesyen transit iaitu Stesyen Padang Besar, Stesyen Bandar Kangar dan Stesyen Kuala Perlis berfungsi menjadi stesyen pengumpul Feeder Bus.2

Fungsi Feeder Bus ialah menghubungkan petempatan-petempatan dalam lingkaran zon tertentu dengan stesyen-stesyen transit tertentu. (Stesyen Padang Besar, Stesyen Bandar Kangar dan Stesyen Kuala Perlis)3

Laluan Bas Fast-Track menghubungkan terus ketiga-tiga stesyen transit4

6.1-13

Bukti Kemajuan Sesebuah Kawasan Ialah Apabila Perubahan Berlaku Daripada

Penggunaan Kenderaan Peribadi Bertukar Kepada Penggunaan Kenderaan Awam Yang

Efisyen Dan Mampan

JUSTIFIKASI CADANGAN

Gambaran Grafik Cadangan Penaiktarafan Sistem Pengangkutan Awam

KOMPONEN CADANGAN1.Menambah laluan bas.2.Penetapan jarak masa laluan bas.AGENSI1.Majlis Perbandaran Kangar

TEMPOH PELAKSANAANPembangunan mempunyai 3 peringkatCATATANBerfungsi meningkatkan aliran pengakutan awam dalam menarik lebih ramai pengguna kenderaan awam.