dpsk etn 302

17
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia D D O O K K U U M M E E N N P P E E N N T T A A K K S S I I R R A A N N S S T T A A N N D D A A R R D D K K O O M M P P E E T T E E N N S S I I ( ( D D P P S S K K ) ) Untuk KOLEJ VOKASIONAL (KV) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia JANUARI 2014 Program : TEKNOLOGI ELEKTRONIK Kursus : PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) Kod : ETN 302 Semester : 3

Upload: ronie-lesron

Post on 26-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ETN 302

TRANSCRIPT

Page 1: DPSK ETN 302

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

DDOOKKUUMMEENN PPEENNTTAAKKSSIIRRAANN SSTTAANNDDAARRDD KKOOMMPPEETTEENNSSII

((DDPPSSKK))

Untuk

KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

JANUARI 2014

Program : TEKNOLOGI ELEKTRONIK Kursus : PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO

(2) Kod : ETN 302 Semester : 3

Page 2: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 0 © LP, JANUARI 2014

KANDUNGAN

Halaman

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Hasil Pembelajaran Kursus 3

3.0 Pentaksiran Hasil Pembelajaran 3

4.0 Maklumat Kursus 4

5.0 Standard Kompetensi 5

6.0 Tafsiran 6

7.0 Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi Kursus 2 Penyelenggaraan Audio dan Video

7

i

Page 3: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 1 © LP, JANUARI 2014

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 4: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 2 © LP, JANUARI 2014

1.0 PENDAHULUAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) Bil. 195/2010 bertarikh 20 Disember 2010 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran telah meluluskan TIGA (3) perkara iaitu program penjenamaan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional, menambah baik kurikulum sedia ada dan memperkenalkan kurikulum bidang mengikut keperluan negara.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 2/2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada Jun 2011 telah meluluskan kertas cadangan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional yang merupakan satu kaedah untuk mengukur pelbagai kompetensi vokasional sebagaimana yang ditetapkan oleh Kurikulum Kolej Vokasional.

Pada 31 Jan. 2012, Lembaga Peperiksaan telah menerima kurikulum 16 kursus Kolej Vokasional rintis hingga tahap 3 atau 4 yang sedang dilaksanakan pada tahun 2012 di lima belas (15) buah Kolej Vokasional rintis dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pentaksiran di Kolej Vokasional telah direkabentuk dan dilaksanakan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam dua bentuk iaitu Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). PB dijalankan secara formatif seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. PA pula dijalankan pada minggu peperiksaan yang ditetapkan oleh kolej menggunakan instrumen dan peraturan penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi (DPSK) yang dikeluarkan oleh LP dijadikan sebagai panduan untuk guru membimbing dan mendapatkan maklumat tahap penguasaan kompetensi serta keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif Kolej Vokasional untuk melahirkan murid berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati kehendak industri serta berkompetensi usahawan.

Page 5: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 3 © LP, JANUARI 2014

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Satu kesinambungan dari Audio dan Video Maintenance 1. Kursus ini mengandungi sistem persidangan audio , sistem televisyen litar tertutup ( CCTV ) dan sistem antena. Kursus ini juga menyediakan pelajar untuk menjalankan kerja penyelenggaraan dan mengesan kerosakan menggunakan alat dan peralatan yang sesuai serta boleh melakukan ujian kefungsian dengan merujuk kepada manual.

3.0 PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus , pelajar akan dapat :-

1. Menjalankan membaikpulih sistem persidangan audio, sistem litar televisyen tertutup ( CCTV ) dan menggantikan komponen yang rosak.

2. Mengenalpasti simtom dan mengesan kerosakan . 3. Mentafsir litar skematik bagi sistem persidangan audio, sistem litar televisyen tertutup ( CCTV ) dan sistem antena. 4. Menyediakan alat dan peralatan ujian untuk mengesan kerosakan. 5. Menyediakan laporan mengesan kerosakan dan baik pulih. 6. Melakukan ujian kefungsian. 7. Melaras arah sistem antenna dan fungsi kawalan kekunci pengguna. 8. Melakukan penyelenggaraan pencegahan untuk antenna. 9. Menggunakan alat dan peralatan ujian. 10. Mengamalkan prosedur keselamatan.

Page 6: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 4 © LP, JANUARI 2014

4.0 MAKLUMAT KURSUS

KURSUS : PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2)

KOD KURSUS : ETN 302

ARAS : 2 SEMESTER 3

JAM KREDIT : 1 + 2

JAM BELAJAR : Teori : 1.0 jam/minggu

Amali : 4.0 jam/minggu

Page 7: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 5 © LP, JANUARI 2014

5.0 STANDARD KOMPETENSI

NAMA KURSUS STANDARD KOMPETENSI

K2 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 2

K2K1 BAIK PULIH KEROSAKAN SISTEM PERSIDANGAN AUDIO

K2K2 BAIK PULIH KEROSAKAN SISTEM CCTV

K2K3 MELAKUKAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN UNTUK ANTENA

Page 8: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 6 © LP, JANUARI 2014

6.0 TAFSIRAN

Standard Kompetensi Perlakuan/ tingkahlaku yang menunjukan penguasaan murid yang standard dalam sesuatu tugasan/ duti.

Penyataan Standard Kompetensi Satu penyataan yang menerangkan tentang perlakuan/ tingkahlaku kompetensi yang standard

Penunjuk Kompetensi Senarai kompetensi yang perlu dilakukan oleh pelajar di setiap tugasan/ duti sehingga ke peringkat kompeten.

Page 9: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 7 © LP, JANUARI 2014

7.0 DOKUMEN PENTAKSIRAN STANDARD KOMPETENSI (DPSK)

STANDARD KOMPETENSI PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI PENUNJUK KOMPETENSI CATATAN

K2K1

BAIK PULIH KEROSAKAN SISTEM PERSIDANGAN AUDIO

K2K1.1 Mengenalpasti simtom

kerosakan sistem persidangan audio

- Menerangkan operasi

gambarajah blok dan litar mengikut manual pengguna.

- Merangkan pelbagai jenis sistem

persidangan audio mengikut standard pengilang.

- Mengenalpasti simtom dan

kerosakkan sistem persidangan audio merujuk kepada gambarajah litar.

- Mentafsir penemuan kerosakan mengikut manual pengguna.

K2K1.2 Mengesan kerosakan menggunakan peralatan ujian yang sesuai.

- Mengenalpasti peralatan ujian

mengikut keperluan kerosakan sistem persidangan audio.

- Menggunakan peralatan ujian

berdasarkan keperluan kerosakan sistem persidangan audio.

KURSUS 2 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 2

Page 10: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 8 © LP, JANUARI 2014

- Menulis laporan mengikut

prosedur kerosakan dan baik pulih.

- Mengamalkan peraturan

keselamatan mengikut peraturan kerja.

K2K1.3 Menggantikan komponen yang rosak

- Melakukan kerja pematerian dan

nyah pateri mengikut teknik yang betul berdasarkan prosedur kerja.

- Mengenalpasti komponen yang rosak mengikut spesifikasi komponen.

- Menggantikan komponen yang

rosak mengikut laporan kerosakan.

- Mengenalpasti alat tangan

mengikut keperluan kerosakan sistem persidangan audio.

Page 11: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 9 © LP, JANUARI 2014

M2K1.4 Menguji kefungsian.

- Mengenalpasti peralatan ujian

mengikut keperluan kerosakan sistem persidangan audio.

- Mengendalikan peralatan ujian mengikut keperluan mengesan kerosakkan.

- Memastikan tempat kerja sentiasa

bersih, kemas dan selamat mengikut standard persekitaran bengkel (SWE).

- Mengamalkan peraturan

keselamatan mengikut peraturan kerja.

Page 12: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 10 © LP, JANUARI 2014

STANDARD KOMPETENSI

PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI PENUNJUK KOMPETENSI CATATAN

K2K2 BAIK PULIH SISTEM CCTV

K2K2.1 Mengenalpasti simtom kerosakan sistem CCTV

- Menerangkan operasi

gambarajah blok dan rajah litar merujuk manual servis.

- Menerangkan fungsi kekunci alat

kawalan jauh mengikut manual servis.

- Mengenalpasti simtom dan

kerosakan sistem CCTV merujuk rajah litar.

- Mentafsirkan kerosakan mengikut

manual servis.

K2K2.2 Mengesan kerosakan menggunakan peralatan ujian.

- Mengenalpasti peralatan ujian

mengikut keperluan kerosakan CCTV.

- Menggunakan peralatan ujian berdasarkan keperluan kerosakan CCTV.

- Menulis laporan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.

Page 13: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 11 © LP, JANUARI 2014

- Mengamalkan langkah-langkah dan peraturan keselamatan mengikut peraturan kerja.

K2K2.3 Menggantikan komponen yang rosak

- Mengenal pasti teknik pematerian

dan nyah pateri mengikut prosedur kerja.

- Melakukan teknik pematerian dan

nyah pateri mengikut prosedur kerja.

- Mengenalpasti kerosakan

komponen merujuk kepada spesifikasi komponen.

- Menggantikan komponen yang

rosak merujuk kepada laporan servis.

- Mengenalpasti alat tangan

mengikut keperluan kerosakan CCTV.

Page 14: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 12 © LP, JANUARI 2014

K2K2.4 Menguji kefungsian

- Mengenalpasti peralatan ujian

mengikut keperluan kerosakan CCTV.

- Mengendali peralatan mengikut

kerosakan CCTV.

- Memastikan tempat kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat mengikut standard persekitaran bengkel (SWE).

- Mengamalkan langkah-langkah dan peraturan keselamatan mengikut peraturan kerja.

Page 15: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 13 © LP, JANUARI 2014

STANDARD KOMPETENSI

PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI PENUNJUK KOMPETENSI CATATAN

K2K3

MELAKUKAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN ( PREVENTIVE MAINTENANCE ) ANTENNA

K2K3.1 Menyediakan jadual penyelenggaraan

- Mengenalpasti keperluan jadual

penyelenggaraan pencegahan bagi pelbagai jenis antena dan aksesori dengan pemeriksaan mengikut pembahagian lokasi antenna merujuk kepada spesifikasi kerja.

- Mengenalpasti keperluan

sumber-sumber perancangan kerja yang bersesuaian dan pemeriksaan bagi mematuhi spesifikasi kerja.

- Mengenalpasti jenis-jenis

antenna dan mentafsir lukisan aksesori dan teks mengikut perancangan kerja penyelenggaraan.

- Mengenalpasti saiz sebenar,

jenis serta kuantiti bahan dan komponen dan membuat pemeriksaan bagi mengikut spesifikasi kerja.

Page 16: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 14 © LP, JANUARI 2014

- Mendapatkan jadual penyelenggaraan pencegahan mengikut keperluan sistem antena.

- Mengamalkan prosedur keselamatan merujuk kepada spesifikasi pengilang.

K2K3.2 Menjalankan kerja penyelenggaraan pencegahan sistem antena

- Melakukan pemeriksaan bagi

pemasangan sistem antena mengikut spesifikasi pengilang.

- Menjalankan penyelenggaraan

sistem antena mengikut perancangan kerja.

- Melakukan pelarasan sistem

antena mengikut spesifikasi pengilang.

- Mengamalkan langkah-langkah keselamatan mengikut spesifikasi pengilang.

K2K3.3 Menguji kefungsian.

- Mengenalpasti fungsi alat

kawalan pengguna bagi ujian kefungsian mengikut manual panduan.

Page 17: DPSK ETN 302

TEKNOLOGI ELEKTRONIK PENYELENGGARAAN AUDIO DAN VIDEO (2) ETN 302

           Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 15 © LP, JANUARI 2014

- Melakukan ujian kefungsian sistem antenna mengikut keperluan keselamatan.

- Mengamalkan peraturan

keselamatan bagi individu dan peralatan mengikut keperluan keselamatan.