UTPSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : POLA PENONTONAN TELEVISYEN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN IBU
BAPA KAWASAN FELDA, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : YAZMIN BINTI YAHYA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
______________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :1307 Blok B1 EN JOHARI BIN HASSAN
Felda Adela,
81900 Kota Tinggi,
Johor.
Tarikh : 29 April 2009 Tarikh : __________________
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(Nama Penyelia)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : ………………………..
Nama Penyelia : ENCIK JOHARI BIN HASSAN
Tarikh : ………………………..
POLA PENONTONAN TELEVISYEN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN
IBU BAPA KAWASAN FELDA, DAERAH KOTA TINGGI , JOHOR.
YAZMIN BINTI YAHYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
DEDIKASI
Dalam menitip selaut ilmu
Dalam meraut segunung pengalaman
Dalam merentas beronak cabaran
Maka inilah wadah kudus
Dari hati penuh tulus
Yang tidak mungkin lupus.
Andai dikesempatan ini masih punya ruang
Moga masih ada detik yang panjang
Untuk terus bersama
Menerokai indahnya ilmu.
Restu, pengorbanan dan doa kalian
Mengiringi setiap detik perjalananku disini
Harapan lebih sedekad lalu tertunai jua
Terima kasih semua di atas segalanya.
Teristimewa buat mak dan ayah, Yahya Bin Mohd Noah dan Zaiton Binti Talib serta
insan teristimewa yang sering berada disampingku dalam suka dan duka.
...Terima kasih semuanya...
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat juga
salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
pembimbing, En Johari Bin Hassan diatas segala nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan
dorongan sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.
Terima kasih juga kepada warga Felda Adela yang sudi memberikan
kerjasama menjadi responden kajian dan turut memberi sumbangan yang cukup
besar kepada penyelidikan saya ini. Tidak lupa buat rakan – rakan seperjuangan yang
sentiasa bersama dalam suka dan duka sepanjang bersama.
Khusus kepada pihak – pihak yang terlibat sama ada secara lansung atau
tidak dalam membantu kejayaan projek penyelidikan ini dijalankan, jutaan terima
kasih diucapkan.
Terima kasih.
ABSTRAK
TV Pendidikan disediakan sebagai salah satu saluran menambah
keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan turut
membantu ibu bapa dalam usaha mendidik anak dengan program – program yang
disediakan. Maka, kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana tahap
penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa, sejauhmana kesedaran ibu
bapa terhadap kewujudan TV Pendidikan dan EDUWEBTV serta masalah menonton
TV Pendidikan yang dihadapi oleh ibu bapa. Instrumen kajian ini adalah berbentuk
soal selidik yang diedarkan kepada seramai 169 orang responden. Manakala
persampelan adalah berbentuk kaedah persampelan rawak berkelompok dimana
responden kajian terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang masih
bersekolah. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
For Social Sciences (SPSS) versi 10 dengan tahap kebolehpercayaan 0.8492.
Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu berbentuk skor
min, frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kekerapan penontonan TV
Pendidikan adalah di tahap yang rendah manakala persepsi responden terhadap TV
Pendidikan dan kesedaran terhadap kewujudan EDUWEBTV di tahap sederhana.
Dari segi masalah penontonan TV Pendidikan, masalah kurang kemudahan
mencatatkan min masalah penontonan tertinggi berbanding masalah masa siaran dan
isi rancangan. Namun begitu, terdapat perbezaan signifikan diantara tahap
pendidikan responden dengan kesedaran responden terhadap kewujudan
EDUWEBTV.
ABSTRACT
Educational Television program was provided as a channel to enhance the
effectiveness of teaching and learning process. The contents of this television
program also can give ideas to parents on how to guide their children effectively. The
purpose of this research was to determine the viewing pattern of Educational TV, the
awareness of Educational TV and the existence of EDUWEBTV and the problem
faced with viewing Educational TV. The instrument of the research was in the form
of questionnaire which was distributed to 169 respondents through randomized group
sampling. The data were analyzed by using Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) version 10.0 for windows with 0.8492 of reliability and presented in the
formed of frequencies, percentages and mean. The research showed that the
percentage of viewers who watch this Educational TV programme regularly was in
the lower level. On the contrary, the perception of Educational TV and the awareness
level of EDUWEBTV existence among the respondents were in the average level.
For the problem of viewing Educational TV, lack of facilities showed the highest
mean as compared to the program contents and unsystematic schedule. However,
there was a significant between respondent educational levels with their awareness
level of EDUWEBTV existence.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Kajian / Istilah 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Ibu Bapa Bandar Dan Luar Bandar 14
2.2.1 Ibu Bapa Dan Pendidikan Anak 16
– Anak
2.3 Kepentingan Televisyen Dalam Pendidikan 18
2.4 Kepentingan Teknologi Informasi Dan Komunikasi 21
(ICT) Dalam Pendidikan
2.5 TV Pendidikan di Malaysia 24
2.5.1 Sejarah Ringkas Penerbitan Siaran 25
TV Pendidikan Dan EDUWEBTV.
2.6 Kajian – Kajian Berkaitan.
2.6.1 Kajian Luar Negara 28
2.6.2 Kajian Tempatan 29
2.7 Kesimpulan 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Lokasi Kajian 33
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 40
3.9 Analisis Data 40
BAB IV ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA
4.1 Pendahuluan 42
4.2 Analisis Data 43
4.2.1 Analisis Data Bahagian A- Latar Belakang 43
Responden.
4.2.2 Analisis Data Bahagian B- Sejauhmana tahap 48
penontonan TV Pendidikan oleh ibu bapa Felda
4.2.3 Analisis Data Bahagian C- Tahap kesedaran 55
terhadap kewujudan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa Felda.
4.2.4 Analisis Data Bahagian D- Pemasalahan tontonan 59
TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan
masyarakat Felda.
4.2.5 Dapatan Dari Cadangan Responden. 64
4.3 Kesimpulan 65
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 68
5.2 Ringkasan Kajian 69
5.3 Responden Kajian 70
5.4 Perbincangan Kajian 71
5.4.1 Perbincangan Bahagian B- 72
Mengenalpasti sejauhmana tahap penontonan
TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa Felda.
5.4.2 Perbincangan Bahagian C- 75
Mengenalpasti tahap kesedaran terhadap
kewujudan TV Pendidikan dan EDUWEBTV
dalam kalangan ibu bapa Felda.
5.4.3 Perbincangan Bahagian D- 77
Pemasalahan tontonan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV dalam kalangan masyarakat Felda.
5.4.4 Perbincangan Cadangan 79
Dikemukakan Responden
5.5 Perbincangan Analisis Inferensi 81
5.6 Rumusan 83
5.7 Cadangan Kajian 84
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.9 Penutup 88
RUJUKAN 89 - 93
LAMPIRAN A - D
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.3.1 Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria. 19
3.4.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 34
Populasi
3.5.1 Taburan Item Bahagian A 36
3.5.2 Skala Likert 37
3.5.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Objektif Kajian 37
3.7.1 Takwim Projek Sarjana Muda (PSM) 39
3.9.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 41
3.9.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 41
4.2.1.1 Taburan Responden Yang Menjawab Soal Selidik 43
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Umur. 44
4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan. 45
4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan. 45
4.2.1.5 Taburan Responden Mengikut Peringkat Pendidikan 46
Tertinggi.
4.2.1.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 47
4.2.1.7 Taburan Responden Mengikut Bil Televisyen. 47
4.2.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Corak 49
Menonton TV Pendidikan Oleh Ibu Bapa Felda.
4.2.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Tahap 51
Penontonan TV Pendidikan Oleh Ibu Bapa Felda.
4.2.2.3 Perbezaan Diantara Kekerapan Menonton Dengan Tahap 54
Pendidikan Responden.
4.2.2.4 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Dengan Tahap 54
Penontonan TV Pendidikan Oleh Responden.
4.2.3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Tahap 56
Kesedaran Terhadap Kewujudan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV.
4.2.3.2 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Responden 58
Dengan Tahap Kesedaran Terhadap Kewujudan
TV Pendidikan dan EDUWEBTV.
4.2.4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pemasalahan 60
Tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV Dalam
Kalangan Masyarakat Felda.
4.2.4.2 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Responden 63
Dengan Pemasalahan Tontonan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV Dalam Kalangan Masyarakat Felda.
4.2.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 64
Cadangan.
4.2.5.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 65
Cadangan Diberikan.
4.3.1 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min : 66
Sejauhmana Tahap Penontonan TV Pendidikan Oleh
Ibu Bapa Felda.
4.3.2 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min : 66
Tahap Kesedaran Terhadap Kewujudan TV Pendidikan
dan EDUWEBTV Dalam Kalangan Ibu Bapa Felda.
4.3.3 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min: 67
Pemasalahan Tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV
Dalam Kalangan Masyarakat Felda.
SENARAI SINGKATAN
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
Felda - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Federal Land Development
Authority).
ICT - Information and Communication Technology
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
SPSS - Perisian Statistical Package For The Social Science
WWW - World Wide Web
SENARAI SIMBOL
f - Frekuensi
% - Peratus
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam
bidang pendidikan. Sistem komunikasi merupakan alat yang penting untuk
menyebarkan maklumat dan juga bertindak sebagai alat komunikasi sesama manusia
untuk berhubung. Sistem komunikasi yang digunakan secara meluas untuk
menyampaikan maklumat adalah melalui penggunaan radio, televisyen dan internet.
Sistem ini dipanggil sistem penyebaran semasa kerana maklumat atau berita akan
disampaikan secara terus kepada kelompok manusia dari semasa ke semasa.
Televisyen dianggap sistem komunikasi penyampaian maklumat yang paling
berkesan kerana menggunakan dua deria penting manusia iaitu 11 peratus
pendengaran dan 83 peratus penglihatan.
Teknologi televisyen kian berkembang pesat setelah berkembangnya
teknologi komputer yang membawa revolusi baru gelombang maklumat dan
telekomunikasi. Potensi televisyen begitu besar dan liputannya begitu meluas
berbanding alat komunikasi yang lain. Persaingan masa depan televisyen turut begitu
sengit antara stesen dan juga persaingan dalam merebut bilangan penonton. Dalam
konteks ini, karisma program dan keyakinan penonton terhadap sesuatu pengendalian
siaran televisyen turut memainkan peranan utama (A. Wahab Hamzah, 2001).
Konsep televisyen sebagai medium multimedia dan bersifat interaktif adalah
suatu cabaran kerana teknologi televisyen bukan bergantung kepada pantasnya
berlaku perubahan tetapi bergantung kepada penghasilan program – program yang
dapat menarik perhatian penonton terhadap kekuatan persembahan. Televisyen
dikatakan paling berkesan meransang ingatan terhadap peristiwa – peristiwa dan
perlakuan serta maklumat – maklumat penting, disamping sebagai media yang
menyeronokkan kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut Atan Long
(1980), dengan satu ransangan, televisyen dapat diikuti oleh bilangan pelajar yang
tidak terhad dengan syarat mudah menerima siarannya serta menarik masa dan
perhatian pelajar untuk mengikutinya. Atas faktor tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah menjadikan TV Pendidikan sebagai alternatif untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Sejak 19 Jun 1972, TV Pendidikan telah wujud dan dilancarkan
perkhidmatannya di sekolah – sekolah di Malaysia bagi membantu dalam proses
pengajaran guru di sekolah dan pembelajaran pelajar. Rancangan TV Pendidikan
merupakan satu program yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
bertujuan menghebahkan pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan
kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Visi TV Pendidikan adalah menjadikan
rancangan-rancangan TV Pendidikan dapat digunakan oleh semua sekolah secara
berkesan dan TV sebagai media utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran
Pendidikan di Malaysia dan menjadi salah satu projek perkembangan pendidikan
bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menurut Sulaiman, peningkatan taraf hidup dan ekonomi negara mendorong
kepada pertambahan permintaan terhadap komputer (1991). Oleh itu, permintaan
terhadap komputer semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa, sekolah dan
masyarakat. Malah, pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha untuk memperluaskan bidang komputer dalam pendidikan dengan
mewujudkan satu sistem penggunaan komputer di sekolah-sekolah di Malaysia.
Melalui sistem ini, aktiviti terancang yang berorentasikan kemahiran mencari,
menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan ditekankan. Kerajaan
turut melancarkan kempen satu rumah, satu komputer bagi menggalakkan
penggunaan komputer sebagai satu alat pembelajaran di rumah. Seiring dengan
perkembangan teknologi yang semakin maju, TV Pendidikan telah dikemaskini
dengan terlancarnya EDUWEBTV. Banyak perubahan dan penambahbaikkan telah
dilakukan mengikut prosedur yang disahkan SIRIM QAS International bagi
mencapai tahap kualiti antarabangsa MS ISO 9001:2000.
EDUWEBTV menampilkan kandungan menarik dan berbeza berbanding
program TV Pendidikan di televisyen malah telah disuntik beberapa elemen yang
menumpu kepada proses pembelajaran dan pengajaran seperti disediakan
Kementerian Pelajaran. Selain itu, EDUWEBTV turut menyelitkan komponen
seperti hal ehwal semasa, wawancara, video dan siaran langsung yang memaparkan
maklumat terkini serta padat dalam bidang pendidikan khusus untuk semua pihak.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Lambakan rancangan berbentuk realiti hiburan dewasa ini seperti Akademi
Fantasia, Gangstarz, Raja Lawak dan sebagainya telah menghiasi skrin televisyen di
rumah. Ini atas permintaan yang tinggi dari penonton yang mula memerlukan subjek
yang diberikan pendekatan lain iaitu berbentuk hiburan. Kerana itu, kegilaan
penonton terhadap rancangan berbentuk realiti dianggap sebagai satu alternatif.
Tanpa disedari, rancangan berunsur pendidikan semakin terpinggir dan semakin
dilupakan. Malah ada dalam kalangan masyarakat tidak sedar akan kewujudan
program TV Pendidikan walaupun ia telah bersiaran berabad lamanya. Promosi yang
dijalankan mengenai TV Pendidikan tidak cukup berkesan lebih – lebih lagi
masyarakat kini tidak mementingkan aktiviti – aktiviti yang melibatkan pendidikan.
Perkembangan teknologi hari ini mengakibatkan perubahan ketara kearah
tuju sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan yang pantas menyebabkan TV
Pendidikan terpaksa bersaing dengan kuasa teknologi semasa sekaligus menidakkan
kebaikan TV Pendidikan itu sendiri. Perkembangan teknologi maklumat
menyebabkan pelajar mempunyai ciri – ciri pendedahan selektif yang berlainan dan
memberi hak pada mereka untuk memilih rancangan yang bersesuaian. Pendedahan
selektif bererti terdapat perbezaan minat, perhatian, persepsi dan tindakbalas
pendengar. Ini memberi cabaran besar kepada pihak penerbitan dalam menerbitkan
sesuatu rancangan agar dapat memenuhi pendedahan selektif pelajar dan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab menjaga, mengawal dan
mengambil berat perihal anak – anak dari segala sudut termasuk pendidikan
(Wolfendale, 1992). Namun begitu, tugas sebagai ibu bapa dewasa ini semakin
mencabar dalam memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Waktu
bersama anak – anak semakin berkurangan sehingga menjadikan tugas mendidik
anak - anak diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Ibu bapa nampaknya lebih
leka dengan pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal pendidikan dan
pembangunan insan anak – anak. Waktu senggang di rumah digunakan dengan
menonton rancangan hiburan dengan alasan bagi menghilangkan tekanan berbanding
menonton rancangan pendidikan bersama anak - anak. Sikap yang dipamerkan
memberi kesan dalam diri anak – anak bahawa tiada galakan untuk menonton
rancangan pendidikan. Sikap ibu bapa dan anak – anak dikenalpasti menjadi punca
utama pengaruh TV Pendidikan tidak dapat diperkembangkan.
Umumnya, ibu bapa memberi sokongan kepada anak – anak dalam bidang
pendidikan dengan menyediakan keperluan khusus untuk pembelajaran anak - anak.
Namun begitu, sokongan ini hanyalah diberi dalam bentuk dorongan dan sokongan
moral sahaja. Kebanyakan mereka tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan
teknologi ini di rumah. Ini mendedahkan satu kelemahan besar dalam pembudayaan
penggunaan teknologi seperti komputer dalam pendidikan yang perlu diatasi.
Sokongan ibu bapa yang lebih meluas dan menyeluruh amat perlu bagi
membudayakan anak-anak mereka agar mereka dapat menggunakan teknologi
dengan yakin pada zaman moden dan globalisasi ini.
Wujudnya pelbagai kafe siber kini menggalakkan anak – anak menghabiskan
masa di tempat – tempat tersebut. Mereka kesana bukan untuk mencari maklumat
untuk pelajaran bahkan untuk menghabiskan masa bermain permainan video bersama
rakan – rakan. Amat mendukacitakan, ada sesetengah anak – anak yang masih muda
dan mentah ini menggunakan kafe siber untuk melayari laman – laman yang tidak
sepatutnya mereka layari. Saluran yang begitu popular dalam kalangan pengguna
internet khususnya golongan pelajar yang masih muda remaja kadangkala dijadikan
medan untuk mereka menghamburkan perkataan-perkataan yang berunsur lucah
yang akhirnya membawa kepada perlakuan-perlakuan seks yang tidak diingini
(Ahmad Kamil Mohamed , 2000). Ini menunjukkan penyalahgunaan internet telah
berlaku oleh anak - anak.
TV Pendidikan telah mengorak langkah dengan menggunakan internet
sebagai media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat yang dikenali sebagai
EDUWEBTV. Namun begitu, kemudahan internet di setiap rumah masih di tahap
yang rendah lebih – lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Program satu rumah, satu komputer yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan pada
suatu ketika dahulu masih belum tercapai sepenuhnya apalagi kemudahan internet
bagi setiap rumah. Sekolah – sekolah khususnya sekolah di luar bandar masih
mempunyai kemudahan komputer yang terhad bagi menampung keperluan sejumlah
pelajar di sekolah apatah lagi komputer di setiap rumah.
Pendedahan penggunaan teknologi internet dalam kalangan masyarakat luar
bandar masih rendah. Walaupun ada diantara mereka mempunyai kemudahan
komputer di rumah, namun hanya sebilangan kecil diantara mereka yang mempunyai
capaian internet. Mereka menganggap penggunaan internet hanya untuk anak – anak
dalam bidang pendidikan walhal internet kini turut digunakan untuk memudahkan
segala urusan contohnya untuk membuat urusan internet perbankan, permohonan
pekerjaan dan sebagainya.
1.3 Penyataan Masalah
Memetik kata – kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Dr
Mahathir Mohamad pada tahun 1976 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai
Menteri Pendidikan, “Radio dan TV Pendidikan tidak digunakan dengan memuaskan
walaupun kerajaan telah membelanjakan lebih 2 juta ringgit setahun untuk
perlaksanaannya”. Sekiranya masalah ini telah dikesan sejak tahun 1970an maka
tidak hairanlah ianya masih kekal sehingga ke hari ini walaupun sudah banyak
perubahan dilakukan.
Dalam kajian ini, ibu bapa dipilih sebagai responden kerana ibu bapa
merupakan insan yang paling dekat dengan anak – anak terutama sewaktu berada di
rumah. Namun begitu, di zaman yang semakin maju dan taraf kehidupan masyarakat
semakin tinggi ini mengakibatkan keperluan hidup masyarakat turut meningkat. Ibu
bapa nampaknya lebih leka dengan pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal
pendidikan dan pembangunan insan anak – anak. Waktu yang diperuntukkan untuk
bersama anak – anak juga semakin berkurangan dan turut tidak mengambil peduli isu
– isu semasa yang berlaku di sekeliling. Apabila pulang ke rumah, mereka lebih
gemar menonton rancangan yang berbentuk hiburan berbanding rancangan
pendidikan dengan alasan untuk menghilangkan tekanan. Jumlah masa dan
kekerapan menonton rancangan pendidikan turut dipertikaikan. Oleh yang demikian,
pengkaji ingin melihat tahap penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa di
luar bandar dari segi kekerapan menonton dan perasaan mereka sewaktu menonton.
Kajian ini bukan sahaja ingin meninjau sejauhmana kesedaran ibu bapa
terhadap rancangan TV Pendidikan yang telah wujud berdekad lamanya malah ingin
menilai kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap TV Pendidikan di internet
yang dikenali sebagai EDUWEBTV. Ini kerana, masih terdapat segelintir masyarakat
memandang sepi terhadap pengaruh TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam
kehidupan walaupun kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk
memastikan kedua – dua media pendidikan ini dapat mencapai matlamatnya dalam
membantu mengatasi masalah kesesuaian masa yang dihadapi oleh pelbagai pihak.
Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran,
Datuk Yusoff Harun, kebanyakan guru dan pelajar termasuk di Sabah dan Sarawak
menghadapi masalah mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan termasuk masa
tayangannya terhad dan menganggu jadual guru yang sepatutnya dijadikan panduan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pihak BTP telah
mengambil peluang dengan menggunakan EDUWEBTV sebagai salah satu alternatif
bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Namun begitu, pelbagai masalah wujud setelah EDUWEBTV dilancarkan
terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar. Kurang kemudahan dan kurang
pendedahan dalam penggunaan teknologi terutama internet menjadikan masyarakat
luar bandar ketinggalan dan menganggap ia sebagai pemasalahan dalam menonton
rancangan pendidikan. Kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Khalid Awang et.al
(2000) menunjukkan 52.59 peratus para pelajar sekolah – sekolah menengah
kerajaan negeri Terengganu mempunyai kemudahan komputer di rumah namun
hanya sebilangan kecil yang mempunyai capaian internet.
Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti pemasalahan penontonan TV
Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa sehingga kedua – dua media
ini dipandang sepi oleh masyarakat terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Dengan adanya kajian ini, pihak – pihak berkenaan seperti BTP dapat mencari
formula yang sesuai sekiranya merasakan penerbitan mereka tidak mendapat
sambutan baik dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini diharap dapat membantu pihak
berkenaan untuk menarik kembali audien dengan mendengar pandangan dari sudut
ibu bapa agar maklumat yang ingin disampaikan dapat disampaikan secara
menyeluruh dan tercapai matlamatnya. Ibu bapa juga seharusnya mempunyai inisiatif
sendiri untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka terutama dalam
bidang teknologi dari semasa ke semasa hal - hal yang berkaitan pendidikan anak –
anak.
Oleh itu, kajian ini bertanggungjawab untuk mencari jawapan sebenar
terhadap tahap penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa, meninjau
sejauhmana kesedaran ibu bapa terhadap kewujudan EDUWEBTV dan TV
Pendidikan serta pemasalahan menonton TV Pendidikan dan EDUWEBTV yang
timbul agar situasi sebenar dapat dilihat dengan lebih jelas dan dapat diatasi dengan
jayanya.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti sejauhmana tahap penontonan TV Pendidikan dalam
kalangan ibu bapa Felda.
ii. Mengenalpasti tahap kesedaran terhadap kewujudan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa Felda.
iii. Mengenalpasti pemasalahan tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV
dalam kalangan masyarakat Felda.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah TV Pendidikan yang disediakan mempengaruhi aktiviti
penontonan televisyen ibu bapa Felda?.
ii. Apakah ibu bapa Felda sedar kewujudan TV Pendidikan dan
EDUWEBTV?.
iii. Apakah pemasalahan dalam menonton TV Pendidikan dan EDUWEBTV
dalam kalangan masyarakat Felda?.