Download - TUGASAN RESEARCH METHODOLOGI.docx
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jika dihalusi lagi
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia bercita-cita untuk melahirkan
manusia yang bergelar “al-Insan”. Inilah rupa peribadi warga Malaysia yang ingin
dilahirkan ke dunia. Untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut, maka satu
reformasi pendidikan dari sudut kurikulumnya digubal. Langkah serta usaha menjana
KBSR di sekolah rendah dan KBSM di sekolah menengah adalah salah satu usaha
yang tidak dinafikan keberkesanannya. Secara ringkasnya, salah satu ciri serta
amalan KBSM yang digunakan di sekolah-sekolah menengah kini ialah penekanan
terhadap sistem nilai-nilai murni yang secara tidak langsungnya diketengahkan
melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral, serta distandardkan jenis-jenis
nilai yang sesuai dan dapat diterima secara penyeragaman dan pengingrasian.
(Ghazali Darussalam, 2001:173)
Berpandukan kepada tujuan dan matlamat tersebut, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggariskan Falsafah Pendidikan Islam iaitu;
“ Pendidikan Islam adalah satu usaha Intipati Falsafah Pendidikan Islam
membawa maksud satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah S.W.T. yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.
Ia bermatlamat melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia,
berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menghasilkan
muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnahke arah menjadi khalifah Allah yang bertaqwa.
(Ghazali Darussalam, 2001:175)
Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk
memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul
(sempurna dan lengkap) tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup sebenar
sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di
muka bumi ini. Kurikulum Pendidikan Islam yang telah dirancang dan diubahsuai
dari semasa ke semasa untuk menghadapi zamannya bukan bereti tidak tekal tetapi
kelenturan adalah untuk memantapkan lagi kesan dalaman dan luaran kepada para
pelajar yang menjadi hala sasarannya. Isi kandungan Pendidikan Islam digubal
adalah berorientasikan kepada amalan dan penghayatan Islam. Sukatan pengajaran
dan pembelajaran dirancang untuk pengisian ilmu di minda pelajar melalui akidah,
ibadah, sirah, akhlak dan asuhan membaca al-Quran. (Ghazali Darussalam,
2001:177)
Semua usaha tersebut dilaksanakan untuk melahirkan insan soleh yang kamil,
beriman, berilmu, beramal dan berakhlak kerana itulah matlamat Falsafah
Pendidikan Islam itu sendiri. Namun dalam masa yang sama apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Masih ramai pelajar yang terlibat dengan pelbagai pelanggaran disiplin di
dalam dan luar sekolah. Antaranya ialah masalah ponteng , meniru dalam
peperiksaan, merokok, melepak, membuli, tidak menghormati guru, vandalisme,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. (Suppiah Nachiappan et al., 2012:78).
Manakala Mohd Ismail, 2006, menyatakan bahawa statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran pada tahun 1993 seramai 172,615 pelajar atau hampir 4.1
peratus daripada 4,207,351 pelajar terlibat dengan pelbagai kes salah laku di dalam
dan luar kawasan sekolah. Selain daripada itu, statistik menunjukkan dari tahun
1992-1996 seramai 3,922 pelajar dibuang sekolah akibat pelanggaran disiplin.
Daripada jumlah ini, seramai 3,673 adalah pelajar sekolah menengah. Menurut Ali
bin Suradin dan Eni Eryanti Yusoff (2005), Kementerian Pendidikan melalui
Laporan Gangsterisme di Sekolah Menengah Harian mendedahkan penglibatan
pelajar dalam pelbagai kes seperti salah guna dadah, minum minuman keras,
memiliki senjata api, menceroboh, mencuri, berjudi dan membuli. Manakala pada
tahun 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti seramai 76,300
pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dengan
masalah disiplin.
Persoalan yang timbul ialah “Adakah masih terdapat kekurangan di dalam
usaha mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Islam untuk membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat?”. Kajian ini
menyelidiki dan menjawab persoalan tersebut.
1.2 Pernyataan Masalah
Terdapat banyak kaedah untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan
disiplin pelajar. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), masalah
disiplin boleh ditangani antaranya melalui Pastoral Care iaitu satu bentuk bimbingan
yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya, melalui
bimbingan dan kaunseling, dan modifikasi tingkah laku. Selain dari itu, salah satu
cara untuk menangani masalah akhlak dan disiplin pelajar ialah melalui kaedah
hukuman. Menurut Ahmad Kilami Mohamed (2003), hukuman yang melibatkan
disiplin di sekolah merupakan satu cara untuk mempastikan system pendidikan dapat
dicapai dengan sempurna tanpa gangguan dari salah laku pelajar dan bertujuan untuk
membentuk pelajar yang berdisiplin. Manakala menurut Mohd Ismail (2006), satu
daripada banyak kaedah untuk menangani masalah disiplin remaja di dalam dan di
luar sekolah ialah dengan menggunakan pendekatan Islam, antaranya :
Tumpuan kepada kecemerlangan akademik sahaja hendaklah diubah kepada
penekanan untuk aspek sahsiah;
Tahap kemampuan asas dalam fardhu ain yang masih rendah di kalangan
pelajar perlu dimantapkan lagi;
Masjid hendaklah dijadikan institusi ibadah yang penting oleh pegawai
masjid untuk membentuk masyarakat; dan
Perimbangan kepada ko-kurikulum ke arah pembentukan insan Muslim perlu
dilaksanakan bersungguh-sungguh.
Pernyataan ini dikukuhkan lagi dengan Abdul Rahman Hj. Abdullah (2007),
menyatakan bahawa kaedah terbaik untuk menyelesaikan setiap permasalahan ialah
kaedah penyelesaian secara Islam (al-Halli al-Islami) iaitu pendekatan tauhid,
pendekatan hukum dan juga pendekatan sufi yang berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah. Ini kerana ia berteraskan wahyu Ilahi.
Jika diteliti, matlamat Pendidikan Islam itu sendiri adalah untuk membentuk
dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu,beriman,
beramal soleh dan berperibadi mulia, maka sudah pastilah terdapat penyelesaian
terhadap masalah akhlak dan disiplin pelajar di dalam kurikulum Pendidikan Islam
itu sendiri. Bidang-bidang Pendidikan Islam yang telah disusun di dalam kurikulum
Pendidikan Islam pada hari ini merangkumi enam bahagian iaitu al-Quran, Hadis,
Ibadah, Akidah, Sirah dan Adab. Sekiranya setiap kandungan mata pelajaran
Pendidikan Islam itu bukan sekadar diketahui dan difahami, tetapi diamalkan dengan
benar dan sempurna, pasti setiap permasalahan akhlak dalam kalangan pelajar dapat
diatasi kerana setiap bahagian yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan
Islam tersebut dibentuk berdasarkan falsafah untuk menghasilkan muslim yang
berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan
al-Quran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
(Ghazali Darussalam, 2001:176)
Di dalam kajian ini, penyelidik tidak akan membincangkan satu-persatu
bahagian yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam tersebut. Penyelidik
hanya akan menumpukan kepada satu bahagian sahaja iaitu Bahagian Ibadah. Di
dalam Bahagian Ibadah tersebut, penyelidik akan mengkhususkan kajian ini kepada
salah satu tajuk yang terdapat di dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan Satu iaitu Solat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penyelidik
untuk memilih tajuk Solat untuk dikaji. Faktor utama ialah keutamaan solat
berbanding ibadah-ibadah lain yang telah dizahirkan melalui hadis Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud; “Solat adalah tiang agama, barangsiapa yang mendirikan
solat, sungguh dia telah menegakkan agama, dan barangsiapa yang meninggalkan
solat, dia telah meruntuhkan agama”. Hadis ini menjelaskan bahawa solat itu ialah
tiang agama, tidaklah tegak agama tanpanya. Apabila roboh atau runtuh tiang, maka
akan robohlah binaan Islam (‘Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, 2009:11). Justeru,
pastilah solat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam menyelesaikan
pelbagai permasalahan kerana jika tidak, solat tidaklah diletakkan sebagai asas dalam
agama Islam.
Selain dari itu, Al-Quran menerangkan di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45,
Allah berfirman yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat (dengan tetap),
sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” . Solat memberi kesan pada
pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan
atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.
(Dato’ Dr. Haron Din, 2008:45).
Selain dari itu, melalui pengalaman penyelidik yang terlibat secara langsung
dalam lapangan pendidikan iaitu sebagai seorang guru, dalam mengendalikan
masalah akhlak pelajar, penyelidik mendapati pelajar Islam yang terlibat dengan
masalah akhlak terdiri daripada pelajar yang tidak menunaikan solat lima waktu
dengan sempurna. Oleh itu, penyelidik akan mengkaji sejauh manakah pengaruh
amalan solat terhadap akhlak pelajar Islam. Semoga kajian ini akan memberi
sumbangan dalam menangani permasalahan akhlak pelajar kini.
1.3 Tujuan/Objektif Kajian
1.3.1 Objektif umum :
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah pengaruh amalan solat
terhadap akhlak pelajar Islam.
1.3.2 Objektif khusus :
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan solat harian pelajar Islam.
ii. Mengenalpasti tahap akhlak pelajar Islam.
iii. Mengenalpasti hubungan antara amalan solat dengan akhlak pelajar Islam.
iv. Mengenalpasti bagaimana amalan solat mempengaruhi akhlak pelajar Islam.
v. Mengenalpasti hubungan faktor demografi dengan pengetahuan dan amalan
solat pelajar.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan bagi menghurai dan menjawab persoalan-persoalan
berikut :
i. Sejauh manakah tahap pengetahuan tentang solat dan tahap pengamalan solat
harian pelajar Islam?
ii. Sejauh manakah terdapat hubungan antara amalan solat pelajar dengan akhlak
mereka?
iii. Sejauh manakah tahap akhlak pelajar Islam yang tidak menunaikan solat
dengan sempurna?
iv. Sejauh manakah tahap akhlak pelajar Islam yang menunaikan solat dengan
sempurna?
v. Sejauh manakah faktor demografi mempengaruhi pengetahuan dan amalan
solat pelajar?
1.5 Hipotesis
Terdapat kecenderungan pada pelajar yang menunaikan solat lebih berakhlak.
Terdapat kecenderungan pada pelajar yang tidak menunaikan solat kurang
berakhlak.
Terdapat hubungan yang signifikan antara solat dengan akhlak pelajar.
Terdapat kecenderungan solat mempengaruhi akhlak pelajar
1.6 Kerangka kajian
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini berpotensi untuk mencari, menganalisis serta memberikan satu
dapatan baru yang bermakna dalam usaha menrungkai permasalahan hilangnya adab
menghormati guru di kalangan pelajar kini. Kajian ini juga mempunyai kepentingan
kepada pihak pihak yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan iaitu :
1.7.1 Kepentingan kepada guru Pendidikan Islam ;
i. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang tidak menunaikan solat fardhu dengan
sempurna.
ii. Mengajar kepada pelajar-pelajar cara-cara menunaikan solat fardhu dengan
sempurna.
iii. Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang kesan dan pengaruh solat
terhadap jasmani dan rohani seseorang individu.
SOLAT BERAKHLAK
iv. Mewujudkan keperihatinan dalam menjalinkan interaksi 3 hala iaitu guru
dengan pelajar serta ibu bapa dalam memastikan pelajar menunaikan solat
dengan sempurna demi menjamin generasi yang berakhlak di masa hadapan.
v. Menyelesaikan masalah pelajar tidak berakhlak.
1.7.2 Kepentingan kepada pelajar ;
i. Mendedahkan tentang akhlak sebagai seorang pelajar Islam khususya dan
sebagai seorang Islam umumnya.
ii. Mendapat pengetahuan berkaitan solat fardhu yang sempurna.
iii. Mendedahkan kesan dan pengaruh solat terhadap jasmani dan rohani
seseorang individu.
iv. Menganalisis kekurangan solat fardhu yang ditunai dan memperbaikinya ke
arah yang lebih sempurna.
v. Menenalpasti ketidaksempurnaan solat fardhu yang ditunaikan sekiranya
masih tidak berakhlak walaupun menunaikan telah solat.
1.7.3 Kepentingan kepada ibu bapa ;
i. Mendedahkan kepentingan solat dalam pembentukan jasmani dan rohani
anak-anak.
ii. Mendapat pengetahuan berkaitan solat fardu yang sempurna.
iii. Mendedahkan kepentingan mendidik anak-anak dari umur yang disarankan
oleh Islam untuk menunaikan solat.
iv. Mewujudkan keperihatinan dalam menjalinkan hubungan interaksi dengan
anak-anak dan guru dalam memastikan anak-anak menunaikan solat dengan
sempurna dan berakhlak mulia.
1.8 Definisi/Istilah
Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini supaya
gambaran yang jelas akan didapati apabila membacanya. Kajian ini bertajuk :
“PENGARUH AMALAN SOLAT TERHADAP AKHLAK PELAJAR ISLAM :
KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN MENGKUANG”
Pengaruh
Pengaruh bermaksud kuasa yang terbit daripada orang, benda dan lain-lain ke
atas orang, benda dan lain-lain, kekuatan batin, ghaib dan lain0lain yang
meninggalkan kesan pada orang lain dan lain-lain. (Kamus DBP Edisi ke-3). Di
dalam kajian ini, pengaruh ini merujuk kepada pengaruh amalan solat terhadap
akhlak pelajar Islam.
Amalan
Kamruddin Sulaiman (1995), mendefinisikan amalan sebagai sikap yang
terbentuk dalam diri seseorang bergantung kepada desakan dalaman, tabiat yang
dipelajari dan pengaruh alam sekitar. Amalan ini akan mempengaruhi kehidupan
harian seseorang. Kajian ini akan melihat pengamalan seseorang pelajar dalam ibadat
solat dan pengaruhnya terhadap akhlak pelajar tersebut.
Solat
Solat bermaksud ibadah yang dilakukan dengan perkataan dan perbuatan
khusus yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dalam solat
terdapat syarat wajibnya, syarat sahnya, rukunnya, sunatnya, makruhnya dan perkara
yang menjadikan solat tidak sah ( Abdul Qadir Ar-Rahbawi, 2009:173)
Akhlak
Menurut Ghazali Darussalam (1997), akhlak bermaksudtingkahlaku
seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakansatu gambaran yang
menunjukkan zahir dan batin seseorang. Akhlak juga merupakan gambaran daripada
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang tersusun bagi tindak tanduk manusia yang
telah diatur oleh wahyu bagi kehidupan manusia untuk mencapai matlamat adanya
manusia dalam dunia ini serta bertujuan mencapai tahap-tahap manusia yang
sempurna.
Kajian
Kajian bermaksud suatu kegiatan, usaha atau proses mengkaji sesuatu
(Kamus Dewan,2001:560). Ini bermaksud suatu pemerhatian, penelitian dan
penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mengkuang mengenai pengaruh amalan solat terhadap akhlak pelajar Islam.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini tertumpu kepada pengaruh solat terhadap akhlak pelajar di
kalangan pelajar SMK Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sekolah ini
merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada hampir 99.8% pelajar berbangsa
Melayu dan beragama Islam. Berhampiran dengan sekolah yang dikaji, terdapat
sebuah maktab perguruan dan sebuah sekolah rendah. Pelajar-pelajar sekolah yang
dikaji ini terdiri daripada penduduk sekitar kawasan Mengkuang dan hanya
sebilangan kecil sahaja yang tinggal selain dari kawasan tersebut. Penduduk kawasan
yang dikaji ini terdiri dari majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Hasil kajian ini mungkin hanya sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang hampir
sama sahaja dan tidak sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang berlainan.
1.10 Kesimpulan
Di dalam bab ini, penyelidik telah menjelaskan latar belakang masalah kajian,
objektif, persoalan kajian, kerangka kajian, dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan kajian yang akan dilakukan ini. Dengan ini, diharapkan kajian ini dapat
memberikan sumbangan dalam usaha menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak
pelajar.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan
dengan kajian dan menerangkan teori yang digunakan oleh penyelidik. selain
daripada itu, bab ini akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang
dilakukan oleh penyelidik-penyelidik yang lepas berkaitan topik yang dikaji.
2.2 Teori-teori yang Berkaitan dengan Kajian
2.2.1 Teori Keperluan Abraham Maslow
Mengikut Abraham Maslow (1970), terdapat dua jenis keperluan iaitu
keperluan asas dan keperluan sekunder. Keperluan-keperluan ini boleh disusun
dalam satu bentuk hierarki seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah;
Hierrarki Keperluan Maslow ( Sumber : Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998)
Menurut Abraham Maslow, keperluan asas dikenali sebagai keperluan
fisiologi atau keperluan primer yang terdiri daripada keperluan makan dan minum,
keperluan mendapatkan oksigen, keperluan tidur dan rehat, keperluan pembuangan
kotoran dan keperluan kejantinaan. Manakala keperluan sekunder dikenali sebagai
keperluan psikologi iaitu keperluan untuk keselamatan, kasih sayang, penghargaan,
sempurna kendiri, keperluan mengetahui dan keperluan estetik. ( Boon Pong Ying &
Ragbir Kaur, 1998)
Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2001), dalam memahami konsep
hierarki kehendak yang disarankan oleh Maslow, kita harus tahu bahawa manusia
FISIOLOGI
KESELAMATAN
ESTETIK
MENGETAHUI
SEMPURNA KENDIRI
PENGHARGAAN
KASIH SAYANG
adalah entiti yang sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna
bagi dirinya sendiri. Maslow mengatakan yang seseorangindividu akan bergerakdari
bawah hierarki hingga mencapai tahap yang tertinggi yang terdaya olehnya. Tahap-
tahap keperluan fisiologi harus dipenuhi sebelum bergerak ke arah keperluan
keselamatan dan seterusnya ke tahap-tahap yang di atas. Sekiranya terdapat masalah
pada tahap bawah, individu akan berpatah balik untuk memenuhi keperluan tersebut.
2.2.2 Teori Motivasi Intrinsik
Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2001), Baron (1989) menyatakan
bahawa tidak semua tingkah laku boleh dibentuk melalui skema peneguhan. Ada
sesetengah tingkah laku itu dilakukan kerana individu berkenaan mendapat satu
bentuk kepuasan dalaman atau satu motivasi intrinsik hasil daripadanya. Motivasi
manusia ini boleh difahami dengan pelbagai cara. Rajah di bawah menunjukkan
perbezaan Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik.
Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik
(Sumber : Mahmood Nazar Mohamed, 2001)
2.2.3 Teori Keperluan Imam Al-Ghazali
AKTIVITI YANG DIGEMARI OLEH INDIVIDU
TIDAK MENDAPAT GANJARAN LUARAN
MELAKUKAN AKTIVITI TERSEBUT KERANA GEMARKANNYA
KECENDERUNGAN UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI YANG
SAMA MENURUN
KECENDERUNGAN UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI YANG
SAMA MENINGKAT
MOTIVASI INTINSIK DIKURANGKAN
MOTIVASI INTRINSIK ADALAH KUAT
MELAKUKAN AKTIVITI TERSEBUT UNTUK
MENDAPATKAN GANJARAN
Individu yang pentingkan
motivasi intrinsik
Individu yang pentingkan
motivasi intrinsik
Mengikut Imam Al-Ghazali, manusia terbahagi kepada dua aspek iaitu
jasad dan roh. Jasad merupakan tubuh badan manusia termasuk anggota badan.
Manakala roh merupakan bahagian dalaman yang mengawal segala perbuatan jasad.
Beliau mempunyai beberapa pendapat tentang keperluan manusia yang perlu
dipenuhi oleh pengasuh, guru dan individu itu sendiri. Pengasuh mestilah seorang
wanita yang mempunyai pegangan agama yang kuat supaya dapat mendidik individu
tersebut menjadi orang yang berguna. Seorang guru mesti bersifat penyayang kerana
ini akan memenuhi keperluan kasih sayang kanak-kanak. Manakala individu itu
sendiri mesti menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa, agama dan kepada diri
sendiri kerana dengan menjalankan kewajipan mereka dan menunaikan
tanggungjawab, mereka akan mempunyai perasaan keselamatan dan penghargaan
kendiri yang tinggi. ( Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998)
Menurut Imam Al-Ghazali (1988) di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, solat
memberi kesan besar kepada kesejahteraan kerohanian seseorang kerana ia tunggak
keyakinan, dan merupakan jalan utama untuk mendekatkan diri kepadaNya. Menurut
Imam al-Ghazali lagi, segala pergerakan, perlakuan dan amalan zahir berkaitan solat
bermula dari azan, takbir, penyempurnaan rukun termasuk rukuk, sujud, tasyahhud,
solat fardu dan sunat, solat secara berjamaah, kesemuanya mengandungi rahsia
tersendiri untuk tujuan pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi manusia. Ini
terhasil dengan solat yang bernyawa dan hidup batinnya dengan adanya khusyuk,
niat, hati yang hadir, ikhlas. Khusyuk secara ringkasnya terhasil dari iman dan
keyakinan kerana faktor-faktor seperti memahami apa yang dibaca di dalam solat,
mengagungkan Allah dan takut kepadaNya kerana mengenal dan merasakan
kehebatan kekuasaanNya, mengharapkanNya kerana mengenal kelembutan dan
kemurahanNya, rasa malu kerana mengetahui kelemahan dan keaiban diri, bahaya
hawa nafsu, kurang keikhlasan, kekotoran batin, kerana menyedari kecenderungan
diri kepada kebahagiaan yang segera di dunia, juga kerana menginsafi bahawa Allah
melihat segala rahsia dan getar hati yang tersembunyi.
2.3 Kajian-kajian lepas yang berkaitan
Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok (2008) dari
Universiti Malaya telah menjalankan kajian berkaitan “ Solat; Kebaikan dari
Perspektif Sains”. Objektif kajian ini dilaksanakan ialah untuk menentukan kesan
pergerakan solat terhadap keadaan fizikal dan mental pengamalnya. Kajian ini
menggunakan kaedah kajian saintifik. Di dalam kajian ini, isyarat otak orang Muslim
yang mendirikan solat telah dirakam dan dianalisa. Kajian pertama melibatkan
perubahan isyarat otak semasa tamakninah, manakala kajian kedua pula mengkaji
kesan keseluruhan solat kepada isyarat otak. Isyarat EEG diukur semasa sampel
sedang menunaikan solat. Hasil kajian ini mendapati ibadat solat menghasilkan
keadaan tenang pada otak manusia. Keadaan tenang ini dicapai secara maksimum
sejurus sebelum seseorang itu bergerak melakukan sujud. Kajian ini juga mendapati
amalan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan
emosi seseorang serta selepas melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih
waspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan.
Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan (2009), telah menjalankan
kajian berkaitan “ Pendekatan Islam dalam Menangani Masalah Disiplin Tegar
dalam Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Kajian Kes”. Kajian ini merupakan kajian kes
dijalankan di sebuah sekolah di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini
menggunakan kaedah temubual dan sampel kajian ini terdiri daripada 10 orang
pelajar Islam tingkatan 4 yang menghadapi masalah disiplin tegar. satu program
pemulihan yang menggunakan pendekatan Islam telah digunakan bagi tujuan
pemulihan tingkah laku pelajar-pelajar tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati
pendekatan Islam telah berjaya memulihkan pelajar-pelajar bermasalah disiplin tegar
tersebut.
Misriyyah (2006), dalam kajiannya yang bertajuk “Solat sebagai Satu
Alternatif dalam Mengatasi Masalah Disiplin:Kajian Kes di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temerloh” mendapati pengamalan solat pelajar mempunyai hubungan
dengan masalah disiplin mereka. Pelajar-pelajar yang melakukan amalan soat yang
teratur dan konsisten dapat membendung kemungkinan akan terjebak dalam masalah
disiplin. Manakala kajian yang dilakukan oleh Asmadi et al (2006), berkaitan “Tahap
Pengrtahuan dan Penghayatan Agama dan Hubungannya dengan ketertiban Sosial
dan Akademik di kalangan pelajar Islam di IPTA menunjukkan bahawa pelajar yang
tinggi penghayatan agamanya mempunyai taha ketertiban sosial yang tinggi, begitu
juga dengan tahap ketertiban akademiknya.
Mohd Sabri Mamat, Syed Najmuddin Syed Hassan dan Ab. Halim Tamuri,
telah menjalankan kajian berkaitan “ Amalan Ibadat Harian dan Sumbangannya
kepada Kecerdasan Emosi Remaja”. Kajian ini dijalankan terhadap 674 orang pelajar
tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia. Kajian ini
bersifat kajian tinjauan untuk melihat tahap amalan ibadat harian (solat, puasa,
membaca al-Quran, zikir dan doa) berdasarkan persepsi dan sejauh mana sumbangan
amalan ibadat harian menyumbang kepada tahap kecerdasan emosi remaja
(kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri). Hasil kajian ini mendapati
amalan ibadat menyumbang kepada ketiga-tiga domain kecerdasan emosi seseorang.
Pengkaji menyatakan bahawa kajian ini juga memberi petunjuk kepada pendekatan
pendidikan yang boleh diamalkan di sekolah terutama sekolah berasrama dalam
membentuk keperibadian pelajar.
Nooraini Othman dan Noor Idahwati Mohd Noor (2012) dari Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah menjalakan kajian berkaitan “
Sahsiah, sikap belajar dan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan bertujuan
mengenalpasti hubungan sahsiah, sikap belajar dan pencapaian akademik pelajar
Islam. di dalam kajian ini, sahsiah diukur melalui dua aspek personaliti Islami iaitu
aspek ibadah dan amanah. Analisis diskriptif telah digunakan untuk mendapatkan
nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS versi 1.5.
selain itu, kajian ini juga dilakukan dengan kaedah statistik inferensi (Korelasi
Spearman ) dalam menganalisis untuk melihat hubungan antara pembolehubah. Nilai
Cronbach’s Alpha yang diperolehi ialah 0.92, 0.93 dan 0.93. Hasil kajian mendapati
tidak terdapat hubungan antara sahsiah, sikap belajar dengan pencapaian akademik.
Namun demikian, analisis mendapati terdapat hubungannyang kuat dan signifikan
antara sahsiah dengan sikap belajar. Pengkaji juga menyatakan bahawa ini
menunjukkan sekiranya syahsiah atau personaliti Islami dipupuk dalam diri
seseorang akan menjadikan seseorang itu mempunyai sikap belajar yang positif.
Hubungan yang kuat membuktikan bahawa jika seseorang mampu memahami dan
mengamalkan pendidikan Islam seperti yang mereka pelajari samada secara formal
atau tidak formal, mereka mampu mempunyai personaliti Islami yang unggul.
Asmawati Suhid (2007) di dalam kajiannya menyatakan bahawa agama
merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama, suatu
pendidikan akhlak itu tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara
yang akhirnya membawa kepada kegagalan pendidikan akhlak. Tegasnya,
pendidikan agama dipercayai berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak
khususnya remaja dan seterusnya tingkah laku mereka. Oleh itu, orang yang
berpendidikan agama lebih terarah untukmengamalkan nilai akhlak Islam dan
mengelakkan diri daripada perbuatan buruk. Bagi membolehkan perkara ini
ditangani, antara saranan dan cadangan dikemukakan ialah menggunakan pendekatan
pendidikan yang menekankan proses membagunkan kesedaran diri sebagai asas
dengan menggunakan teori Maslow Terbalik seperti di bawah;
Pelaksanaan tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pelaksanaan tanggungjawab sosial
Pelaksanaan tanggungjawab terhadap diri
Aktualisasi hakikat diri dan tujuan hidup
(pembangunan spiritual)
Gambaran Teori Maslow Terbalik (Sumber: Rohana,2010)
Menurut pengkaji, proses pembangunan manusia bermula dengan kesedaran
diri iaitu bermula dengan pembangunan spritual. Setelah mempunyai pembangunan
spritual yang tinggi dalam diri, manusia akan terdorong untuk menguasai peringkat
yang seterusnya. Begitu juga dengan pelajar, mereka harus disedarkan dan dipupuk
dengan pembangunan spiritual sebelum ke peringkat yang seterusnya kerana di
peringkat ini, pelajar akan sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan akan
sentiasa mempunyai kesedaran diri untuk melakukan perkara yang makruf dan
menjauhi yang mungkar. Secara tidak langsung keperluan-keperluan lain seperti
kebolehan intelektual dan fizikal dapat ditingkatkan dengan mudah. Oleh itu, dengan
menekankan proses pendidikan yang berteraskan pembagunan spritual akan mampu
menjadi landasan yang kukuh bagi melahirkan pelajar yang seimbang, menyeluruh
dan bersepadu selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan.
Salasiah Hanin Hamjah et al. (2012) dari Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menjalankan kajian mengenai “Perkaitan Amalan Spiritual dengan Pencapaian
Akademik Pelajar”. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji bentuk amalan kerohanian
yang dipraktikkan dalam kehidupan pelajar di Fakulti Pengajian Islam. Kajian ini
juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap pencapaian akademik antara
jantina serta mengkaji perkaitan antara amalan kerohanian dengan pencapaian
akademik pelajar. reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan
sampel dilakukan secara persampelan rawak sistematik (N=291). Data dikumpul
melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikaldeskriptif dan inferensi.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara amalan
kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar meskipun perkaitan tersebut adalah
lemah.
2.4 Kesimpulan
Berdasarkan teori-teori yang telah dibincangkan dan kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan kajian, penyelidik membuat satu kesimpulan berkaitan kajian yang
akan dijalankan ini. Teori yang akan digunakan oleh penyelidik di dalam kajian ini
adalah Teori Al-Ghazali yang telah digunakan di dalam beberapa kajian yang telah
dijalankan sebelum ini. Ini kerana ia selari dengan Falsafah Pendidikan Islam yang
mana merupakan satu usaha yang berterusan dalam melahirkan pelajar yang berilmu,
beriman dan berakhlak mulia berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah demi mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat. Ia menggambarkan bahawa asas bagi setiap yang
terzahir dari perbuatan seseorang individu berasaskan pembangunan spiritual atau
dalaman kerana di dalam teori ini, manusia terdiri daripada dua unsur iaitu roh dan
jasad dan setiap perlakuan yang dizahirkan oleh jasad adalah manifestasi keadaan roh
manusia tersebut. Dalam erti kata lain, sekiranya roh individu tersebut patuh dan taat
kepada Allah, maka jasadnya akan menzahirkan perlakuan patuh dan taat tersebut,
begitulah sebaliknya. Melalui kajian yang akan dijalankan ini, penyelidik akan
mengkaji pengaruh solat terhadap akhlak pelajar Islam.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara dua pemboleh ubah,
iaitu amalan solat dan akhlak pelajar Islam. Maka, beberapa pertimbangan telah
dibincangkan untuk menentukan rekabentuk kajian, pemilihan sampel dan instrumen
kajian, prosedur pengumpulan dan analisis data. Pertimbangan begini adalah penting
bagi memastikan perlaksanaan kajian adalah sistematik dan dapat mencapai objektif
kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Mohd Najib (2003) menjelaskan bahawa kajian kualitatif dijalankan
dengan menggunakan kaedah tinjauan/pemerhatian. Kajian ini melibatkan proses
memperihalkan, mencari perhubungan antara pemboleh ubah dan seterusnya
membuat perbandingan serta mencari perkaitan antara pemboleh ubah. Kajian ini
bertujuan melihat pengaruh amalan solat terhadap dalam akhlak pelajar Islam..
Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menjadikan temubual
serta pemerhatian untuk mengkaji dan mengenalpasti pengaruh amalan solat pelajar
Islam terhadap akhlak mereka. Kajian berbentuk kualitatif dipilih kerana melalui
pendekatan ini, lebih banyak maklumat dapat diperolehi daripada responden kerana
jawapan tidak terhad seperti kajian berbentuk kuantitatif yang bersifat nombor dan
statistik. Menurut Mok Soon Sang (2010), penyelidikan kualitatif yang berguna
dapat menyinar sudut gelap, mengubah persepsi orang dengan perspektif yang lain
daripada persepsi sedia ada. Lazimnya, penyelidik melibatkan diri dalam situasi
kajian kualitatif dengan cara aktif dan memperoleh hasil dapatan yang baru dengan
lebih berguna.
Berdasarka kenyataan tersebut, penyelidik memilih untuk menjalankan
kajian ini secara kualitatif dalam mengkaji pengaruh solat terhadap akhlak pelajar
Islam. Melalui kaedah kualitatif juga, penyelidik boleh membuat pemerhatian
terhadap subjek dengan lebih terperinci. Melalui kajian kualitatif juga, penyelidik
berharap akan mendapat penjelasan yang lebih lengkap dan menyeluruh berkaitan
pengaruh solat terhadap akhlak pelajar.
3.3 Kerangka Asas Proses Penyelidikan
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian
Najib (2003) menjelaskan populasi adalah sumber bagi penyelidik untuk
mendapatkan data atau maklumat berkenaan penyelidikan yang dijalankan. Manakala
responden yang terlibat dalam sesebuah kajian hendaklah mewakili keadaan sebenar
keseluruhan populasi.
Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu seramai 850 orang.
Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel
dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Daripada populasi tersebut,
seramai seratus (100) orang pelajar akan dijadikan sampel kajian ini. Penyelidik
memilih sampelan tidak rawak iaitu jenis Persampelan Bertujuan (Purposive
Sampling)(Mok Soong Sang, 2010) dengan mengambil kira ciri khusus iaitu 50
orang pelajar yang menunaikan solat dengan sempurna dan 50 orang pelajar yang
MENGENALPASTI OBJEKTIF DAN TUJUAN
MERANCANG PROSES KAJIAN
MENENTUKAN PENDEKATAN DAN METODOLOGI
MELAKSANAKAN PROSES KAJIAN
MENILAI DAN MENGIFERENSI DATA
MENENTU, MENGESAHKAN KEPUTUSAN DAN DAPATAN KAJIAN
MENYEDIAKAN LAPORAN
tidak menunaikan solat atau tidak menunaikan solat dengan sempurna untuk melihat
pengaruh amalan solat pelajar-pelajar tersebut terhadap akhlak mereka.
3.5 Istrumen Kajian
Instrumen kajian adalah alat untuk mendapatkan data daripada sampel. Dalam
kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual dan pemerhatian sebagai instrumen
kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian.
3.5.1 Temubual
Menurut Normala Ali, Mohammad Syariff Mustaffa dan Roslee Ahmad
(2005), temubual merupakan salah satu alat yang mempunyai tujuan tertentu yang
disifatkan untuk mencari proses definisi yang aktif dan sesuatu fenomena dalam
kajian. Temubual ialah alat yang tidak boleh dilihat secara langsung kerana ia
bertujuan untuk mengutip maklumat secara lisan, mendapatkan reaksi dan bersifat
bersahaja. Terdapat tiga jenis temubual iaitu ; a) Temubual Berstruktur ; b) Tembual
Separa Struktur dan c) Tembual Tanpa- Berstruktur / Tanpa Standard
Penyelidik menggunakan kaedah temu bual adalah kerana penyelidik dapat
berhubung terus dengan subjek secara bersemuka. Dengan ini, secara tidak langsung,
penyelidik dapat membuat pemerhatian terhadap subjek setelah mengenali subjek
dengan lebih dekat. Instrumen kajian adalah penyelidik sendiri (Human Instrument)
yang akan menyoal dan menemu bual responden. Soalan-soalan temubual yang
dibentuk adalah bersumberkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan yang
berkaitan dengan topik kajian yang akan dijalankan dan diubahsuai kurang dari 30
peratus. Soalan-soalan yang akan digunakan di dalam kajian ini bersumberkan kertas
penyelidikan oleh Asmadi dan rakan-rakan (2006) dan kajian Sarjana oleh Misriyyah
bt Che Cob (2005).
Soalan temu bual yang disediakan oleh penyelidik terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian A tentang demografi responden, bahagian B tentang solat
yang dibahagikan kepada tiga pecahan iaitu berkaitan pengetahuan tentang solat,
amalan solat dan persepsi tentang pengaruh solat terhadap akhlak pelajar dan akhir
sekali bahagian C tentang akhlak pelajar.
3.5.2 Tinjauan / Pemerhatian
Menurut Kerlinger (1973), pemerhatian ialah perkara yang dilakukan setiap
hari samada secara sedar atau tidak sedar, manakala menurut Flanders (1974),
pemerhatian adalah satu kaedah untuk merekod maklumat dengan lebih mudah,
ringkas dan tepat. Tujuan pemerhatian ialah ; a) Mengkaji interaksi yang kompleks
dalam latar sosial ; b) Merekod perlakuan yang sedang berlaku ; c) Melihat sesuatu
peristiwa secara langsung ; d) Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
dalam membina prestasi yang diperhatikan ; e) Mengambil nota dan merakam
peristiwa. Dalam kajian ini, pemerhatian dijalankan dalam dua cara iaitu ;
3.5.2.1 Pemerhatian Berstruktur
Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dan
dikenal pasti terlebih dahulu. Melakukan tinjauan, memerhati, mendengar dan
merekod maklumat berdasarkan langkah pengajaran yang disediakan oleh
responden yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan
menggunakan senarai semak.
3.5.2.2 Pemerhatian Tidak Berstruktur
Fokus pemerhatian seperti tingkah laku murid, bahasa tubuh semasa
pengajaran dan pembelajaran seorang guru atau sekumpulan murid dalam
pergerakan dalam bilik darjah. Pendekatan Guru dalam menentukan tingkah
laku yang ada kaitan dengan obejktif kajian. Fakta akan dicatat dan pendapat
melalui interpretasi fakta boleh dilakukan semasa membuat perbincangan dan
cadangan peningkatan pengajaran berpandukan metodologi Imam Al Ghazali
nanti.
3.6 Tatacara Pemerolehan Data
Penyelidik akan menjalankan sendiri temu bual terhadap responden setelah
mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah. Proses temu bual akan
dijalankan di bilik mesyuarat di mana responden akan dipanggil secara individu.
Responden terlebih dahulu akan diberitahu secara bertulis melalui surat
pemberitahuan dan taklimat secara lisan oleh penyelidik juga akan diberikan untuk
memaklumkan tujuan kajian ini akan dijalankan nanti. Setiap responden akan ditemu
bual berdasarkan soalan kajian yang telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat
sehingga mencapai tahap tepu iaitu jawapan yang diberikan oleh responden adalah
sama dengan responden yang lain. Di akhir sesi temu bual, penyelidik menunjukkan
catatan hasil temu bual untuk pengesahan dan mendapatkan persetujuan responden
untuk ditransripsikan. Di samping itu, penyelidik akan menjalankan kaedah
pemerhatian ke atas responden semasa di dalam kelas dan sepanjang mereka berada
di sekolah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang akhlak mereka.
3.7 Tatacara Penganalisaan Data
Setelah data diperolehi, langkah seterusnya ialah membuat analisa terhadap
data tersebut. Terdapat beberapa langkah penganalisaan yang akan dilaksanakan oleh
penyelidik iaitu ; (a) memproses data di mana setiap data diteliti dan dtranskripsikan
berdasarkan bahagian-bahagian soalan bagi setiap responden; (b) membuat
kenyataan berdasarkan data yang diproses iaitu membuat kenyataan berdasarkan
hasil temu bual dengan responden; (c) mengaitkan dapatan kajian ini dengan hasil
kajian-kajian lain yang dijalankan dalam bidang yang sama; (d) membuat
kesimpulan iaitu hasil kajian ini akan dirumuskan berdasarkan dapatan yang terhasil
daripada data yang diperolehi.
3.8 Kesimpulan
Dalam menjayakan sesuatu kajian, terdapat banyak peringkat atau langkah
yang perlu dilakukan oleh seorang penyelidik. bagi penyelidik sendiri, adalah
diharapkan supaya setiap yang telah dirancangkan untuk menyiapkan penyelidikan
ini dapat dilaksanakan dengan teratur supaya memberikan hasil yang tepat dan
terbaik.
BIBLIOGRAFI
Abdul Qadir Ar-Rahbawi. (2009). Fiqh Solat Empat Mazhab. Al-Hidayah Publication : Selangor
Abdul Rahman Hj. Abdullah. (2007). Falsafah dan Kaedah Pemikiran, Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran Islam dalam Menyelesaikan Masalah-masalah Manusia (Edisi Kedua). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur
‘Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh. (2009). 160 Faedah Utama dalam Terapi Sembahyang dan Padah Meninggalkannya. Al-Hidayah Publication : Selangor
Ahmad Kilani. (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah : Huraian Menurut Perspektif Islam. Universiti Teknologi Malaysia : Skudai, Johor
Ali bin Suradin & Eni Eryanti Yusoff. (2005). Penghayatan Nilai-nilai Murni ke Arah Pembentukan Disiplin Pelajar, Prosiding Seminar Pendidikan (JPPG 2005). Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Sains Malaysia
Asmawati Suhid .(2007). Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi. Fakulti Pengajian Pendidikan UPM : Serdang
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi 1. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur
Dr. Asmadi, Prof. Madya Iran Herman, Mohd Khadafi, Mohd Nizho & Mohd Zawawi. (2006). Tahap Pengetahuan dan Penghayatan Agama dan hubungannya dengan Ketertiban Sosial dan Akademik di kalangan Pelajar Islam di IPTA. Kertas Penyelidikan, UUM
Dato’ Dr. Harun Din, Dr. Haji Hassan Salleh, Dr. Sulaiman Yasin & Drs Sidi Gazalba. (2008). Ibadah Pembina Tamadun Manusia. PTS Milennia Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur
Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abbas & Ng Siew Cheok. (2009). Solat, Kebaikan dari Perspektif Sains. Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur
Flanders, Prof Harley. (1974). Positive Operators and a Problem in Control Theory.The Georgia Institute of Technology Press: Atlanta
Ghazali Darussalam .(1997). Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur
Ghazali Darussalam .(2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku. Oxford Fajar Sdn. Bhd. : Selangor
Imam Al-Ghazali. (1988). Ihya Ulumuddin (Terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub; MA.) Victory Ajensi : Kuala Lumpur
Kamaruddin Sulaiman. (1995). Kelemahan Pelajar dalam Bahasa Melayu : Apakah Sebab-sebabnya, Jurnal Dewan Bahasa, 39, 272-318
Kerlinger, Prof N .(1973). Foundations of Behavioral Research. Holt, Rinehart and Winston Press: New York
Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan. (2009). Pendekatan Islam dalam Menangani Masalah Disiplin Tegar dalam Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Kajian Kes. Jurnal of Islamic and Arabic Education. 1(2)2009, 1-14
Mahmood Nazar Mohamed. (2001). Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Misriyyah bt Che Cob. (2005). Solat Sebagai Satu Alternatif dalam Mengatasi Masalah Disiplin : Kajian Kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh. Tesis Sarjana, UUM.
Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin di Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur
Mohd Najib Abdul Ghani .(2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor
Mohd Sabri Mamat, Syed Najmuddin Syed Hassan & AB. Halim Tamuri. Amal Ibadat Harian dan Sumbangannya kepada Kecerdasan Emosi Remaja. Jurnal of Islamic and Arabic Education. (2011). 1 (1) 29-40
Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. : Selangor
Nooraini Othman & Noor Idahwati Mohd Noor. Syahsiah, Sikap Belajar dan Pencapaian Akademik. Jurnal of Psycology & Counseling, Vol. 6, June 2012, 1-10
Normala Ali, Mohd Syariff Mustaffa & Roslee Ahmad (2005), Pendekatan Tembual Sebagai Metod Kajian Kes. Suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia, Impact Journal FP
Razali b. Sharif, Hasimi b. Othman & Usrati b. Mahdi. (2002). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Salasiah Hanin Hamjah, Erny Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit & Zainab Ismail. (2012). Perkaitan Amalan Spiritual dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Kebangsaan Malaysia : Malaysia, AJTLHE Vol.4
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd. : Selangor