Transcript
Page 1: Topik 7 tabiat buruk manusia

1

TOPIK 7 : TABIAT YANG MENGGANGGU PROSES

HIDUP MANUSIA

1. Sesetengah manusia mengamalkan tabiat buruk.

2. Antara tabiat buruk tersebut ialah seperti berikut:

Makan Makanan Yang Seimbang.

1. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam

kadar yang diperlukan oleh badan.

2. Badan juga perlu mendapat cukup air supaya kita boelh mengekalkan suhu badan

yang optimum.

Page 2: Topik 7 tabiat buruk manusia

2

3. Makan makanan yang seimbang sangat penting kerana:

a. Tumbesaran yang sihat

b. Membekalkan cukup tenaga untuk melakukan aktivti

c. Mencegah penyakit

d. Mengekalkan kesihatan yang baik

4. Jika kita tidak makan makanan yang seimbang, kita akan mengalami masalah berikut:

5. Kurangkan makanan yang berlemak, bergula dan berminyak supaya badan kita

sentiasa sihat.

Page 3: Topik 7 tabiat buruk manusia

3

6. Banyakkan memakan buah – buahan dan sayur – sayuran dan meminum air kosong.

7. Kita juga perlu bersenam setiap hari supaya badan kita sihat.

Tujuh Kelas Makanan Utama.

1. Karbohidrat

a. Fungsi : Memberi tenaga kepada badan

b. Contoh: Nasi putih, roti, ubi kentang, jagung.

2. Protein

a. Fungsi : Membina sel badan baru dan membaiki sel badan rosak

b. Contoh: Ikan, daging lembu, telur ayam, daging ayam

Page 4: Topik 7 tabiat buruk manusia

4

3. Vitamin

a. Fungsi : Melawan penyakit

b. Contoh: Semua buah – buahan dan sayur – sayuran

4. Garam mineral

a. Fungsi : Menjaga kesihatan badan

b. Contoh: Semua jenis makanan yang sihat

5. Lemak – Jangan makan terlalu banyak lemak!

a. Fungsi : Mengekalkan suhu badan

b. Contoh: Marjerin, minyak masak, santan

Page 5: Topik 7 tabiat buruk manusia

5

6. Serat

a. Fungsi : Memudahkan kita buang air besar

b. Contoh: Semua sayuran dan buahan.

7. Air

a. Fungsi : Mengekalkan suhu badan, komponen darah

b. Contoh: Air minuman dan jus buahan.

Page 6: Topik 7 tabiat buruk manusia

6

Merokok

1. Asap rokok mengandungi banyak bahan beracun.

2. Antara bahan beracun termasuklah:

a. Nikotin

b. Tar

c. Karbon monoksida

3. Semua bahan – bahan di atas boleh merosakkan peparu dan otak manusia.

4. Merokok boleh menyebabkan penyakit – penyakit berikut:

a. Kanser peparu

b. Kesukaran bernafas

c. Serangan jantung

d. Batuk berdarah

e. Strok

f. Nafas berbau busuk

g. Gigi menjadi kuning

5. Merokok juga boleh menyebabkan ketagihan. Jika seseorang itu sudah ketagih, dia

susah untuk berhenti merokok.

6. Harga rokok sangat mahal. Jika kita merokok, kita hanya akan membazir wang dan

kesihatan juga terjejas.

7. Peparu orang yang tidak merokok berbanding peparu perokok.

Page 7: Topik 7 tabiat buruk manusia

7

Menghidu gam

1. Menghidu gam adalah tabiat yang tidak sihat.

2. Menghidu gam juga boleh menyebabkan ketagihan.

3. Gam mempunyai bahan kimia beracun di dalamnya.

4. Jika kita menghidu bau gam, bahan beracun itu akan masuk ke dalam peparu dan

merosakkan jantung sekali.

5. Jika jantung rosak, peredaran darah akan menjadi tidak menentu. Hal ini boleh

menyebabkan kematian.

6. Bau gam yang beracun juga boleh merosakkan otak dan peparu.

7. Orang yang menghidu gam boleh menjadi:

a. Pening

b. Halusinasi

c. Hilang koordinasi

d. Agresif

Page 8: Topik 7 tabiat buruk manusia

8

Minum Alkohol (Arak)

1. Minuman beralkohol dikenali sebagai minuman keras atau minum arak.

2. Contoh minuman beralkohol ialah ialah bir, wiski dan wain.

3. Minuman beralkohol boleh menyebakan kerosakan organ dalaman dan otak menjadi

perlahan.

4. Hati ialah organ yang paling teruk rosak.

5. Kesan minum minuman beralkohol:

a. Hati menjadi rosak

b. Otak menjadi lembap

c. Penglihatan kabur

d. Tidak boleh berjalan betul

e. Tidak boleh memandu

f. Mabuk

Page 9: Topik 7 tabiat buruk manusia

9

Penyalahgunaan Dadah

1. Dadah ialah bahan yang merosakkan kesihatan manusia.

2. Contoh dadah ialah:

a. Heroin

b. Morfin

c. Ganja

d. Syabu

e. Kokain

f. Pil ekstasi

3. Kebanyakan dadah adalah ubat yang digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit.

4. Apabila dadah disalahguna untuk tujuan lain, dadah menjadi berbahaya dan boleh

menyebabkan ketagihan.

5. Orang yang ketagih dadah akan selalu berhalusinasi.

6. Ia boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian.

LATIHAN

1. Kita perlu makan makanan ……………………………………….. untuk kekal sihat.

a. Ringan

b. Seimbang

2. Salah satu tabiat buruk yang boleh mengganggu proses hidup manusia ialah

……………………………………………

a. Menghidu gam

b. Bersenam

3. …………………………………………… dan minuman …………………………………………. boleh

melambatkan gerak balas seseorang terhadap rangsangan.

a. Dadah ; beralkohol

b. Bersenam ; berkarbonat

Page 10: Topik 7 tabiat buruk manusia

10

4. Pemandu yang …………………………………….. boleh menyebabkan kemalangan.

a. Mabuk

b. Waras

5. Merokok dan mengambil dadah boleh menyebabkan ………………………………….

a. Ketenangan

b. Ketagihan

6. Namakan kelas makanan yang ditunjukkan oleh burger di bawah.

a. Roti …………………………………………..

b. Daging …………………………………………..

c. Sayur …………………………………………..

d. Keju …………………………………………..

7. Berikan TIGA jenis bahan beracun yang terdapat di dalam rokok.

a. ……………………………………………………………..

b. ……………………………………………………………..

c. ……………………………………………………………..

8. Padankan pernyataan dengan istilah yang betul.

a. Orang yang kerap merokok. ………………………………………………

b. Bahan yang menyebabkan mabuk. ………………………………………………

c. Bahan pelekat yang dihidu dan beracun. ………………………………………………

Page 11: Topik 7 tabiat buruk manusia

11

9. Bulatkan makanan yang kurang baik untuk kesihatan.

10. Namakan penyakit – penyakit berikut.

Rickets Obesiti Migraine

Kurang air Serangan jantung Goitre

Page 12: Topik 7 tabiat buruk manusia

12

11. Mengapakah kita perlu bersenam dengan kerap? Berikan DUA sebab.

a. ………………………………………………………………………………………………………………………..

b. ………………………………………………………………………………………………………………………..

12. Nyatakan kelas makan yang betul bagi setiap makanan di bawah. Tulis di bawahnya.

KARBOHIDRAT PROTEIN SERAT LEMAK

Page 13: Topik 7 tabiat buruk manusia

13

13. Rajah di bawah menunjukkan keadaan seorang lelaki.

a. Nyatakan satu inferens tentang keadaan lelaki ini.

………………………………………………………………………………………………………………………

b. Nyatakan DUA bahan bahaya yang diambil oleh lelaki ini.

i. ……………………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………………………

14. Berikan SATU cara untuk hidup secara sihat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

15. Berikan DUA kesan buruk tabiat merokok.

a. …………………………………………………………………………………………………………………….

b. …………………………………………………………………………………………………………………….


Top Related