Download - Tesis Penyelenggaraan Komputer
KAJIAN TAHAP KEMAHIRAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER DI
KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMESTER 7
SESI 2006/2007 DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MOHD NURULFITRI BIN ALIAS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2006
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pengakuan Keaslian Penulisan
Nama Pelajar : MOHD NURULFITRI BIN ALIAS
No. Pendaftaran : D20031016629
Nama Ijazah : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Bidang Pengkhususan : TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tajuk Projek Penyelidikan : Kajian Tahap Kemahiran Penyelenggaraan Komputer
Di Kalangan Pelajar Teknologi Maklumat Semester 7 Sesi 2006/2007 Di Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Saya sahkan bahawa segala bahan yang terkandung dalam Projek Penyelidikan ini
adalah hasil usaha saya sendiri. Sekiranya terdapat hasil kerja orang lain atau pihak
lain sama ada diterbitkan atau tidak (seperti buku, artikel, kertas kerja atau bahan
dalam bentuk lain seperti rakaman audio dan video, penerbitan elektronik atau
internet) yang telah digunakan, saya telah pun merakamkan pengiktirafan terhadap
sumbangan mereka melalui konvensyen akademik yang bersesuaian. Saya juga
mengakui bahawa bahan yang terkandung dalam Projek Penyelidikan ini belum lagi
diterbitkan atau diserahkan untuk program atau ijazah lain di mana-mana universiti.
Tandatangan : Tarikh : 24 NOVEMBER 2006
KAJIAN TAHAP KEMAHIRAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER DI
KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMESTER 7
SESI 2006/2007 DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MOHD NURULFITRI BIN ALIAS
Projek Penyelidikan Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Teknologi Maklumat )
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2006
ii
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Amat Pengasih Lagi Amat Penyayang.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syukur ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan kudrat dan izinNya maka saya dapat menyiapkan tesis
ini. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah
penyelia iaitu Cik Hasnatul Nazuha binti Hassan di atas segala tunjuk ajar dan
bimbingan beliau sepanjang tempoh untuk menyiapkan penulisan laporan kajian.
Di samping itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pihak
tenaga pengajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pusat ICT
Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas kerjasama yang diberikan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para
pelajar program Teknologi Maklumat semester 7, sesi 2006/2007 yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam membantu saya menjayakan projek penyelidikan ini.
Kerjasama yang berikan anda amat saya hargai dan semoga ALLAH
S.W.T sahaja yang membalasnya, amin.
Sekian, terima kasih.
Mohd Nurulfitri bin Alias
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran penyelenggaraan
komputer di kalangan pelajar Teknologi Maklumat semester 7, di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini juga membandingkan perbezaan tahap kemahiran
penyelenggaraan komputer antara pelajar lelaki dan perempuan serta faktor yang
mempengaruhinya. Sampel kajian adalah seramai 50 orang responden yang terdiri
daripada 25 orang lelaki dan 25 orang perempuan yang dipilih secara rawak. Kajian
ini adalah berbentuk kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan
kaji selidik. Data yang di kumpul diproses menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 11.5.
iv
ABSTRACT
The aim of the research is to identify the level of computer maintenance among
the semester 7 students of Information Technology at Universiti Pendidikan Sultan
Idris. This research also compared the difference of computer maintenance level
between male and female students and the factor that influence the computer
maintenance level. About 50 respondents chosen randomly in this research consist of
25 respondents from male students and 25 respondents from female students. The
research is a quantitative type and the instrument that used in this research is a set of
questionnaire. All the data that collected using the questionnaire was processed using
Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 11.5.
v
SENARAI JADUAL
JADUAL MUKA SURAT
3.3.1 Skala Likert 15
4.1.1 Markah Min Kajian Rintis 22
4.1.2 Nilai Signifikan Kajian Rintis 22
4.3.1 Markah Min Sampel 26
4.3.2 Nilai Signifikan Sampel 26
4.3.3 Markah Min Bagi Sampel Lelaki Dan Perempuan 29
4.3.4 Respon Pelajar Terhadap Item-Item Yang Berkaitan Dengan Tahap
Penguasaan Penyelenggaraan Komputer 30
5.1.1.1 Persetujuan Responden Terhadap Item 17 Mengikut Jantina 37
5.1.1.2 Persetujuan Responden Terhadap Item 18 Mengikut Jantina 38
5.1.2.1 Persetujuan Responden Terhadap Item 13 Mengikut Jantina 39
vi
SENARAI RAJAH
RAJAH MUKA SURAT
3.3.1 Rajah Formula Cronbach 16
4.2.1 Graf Bar Jantina Responden 23
4.3.1 Graf Bar Markah Responden 25
4.3.2 Graf Bar Perbezaan Markah Min 28
4.4.1 Graf Bar Darjah Persetujuan Item 18 31
4.4.2 Graf Bar Darjah Persetujuan Item 14 32
4.4.3 Graf Bar Peratusan Darjah Persetujuan Responden Terhadap Item 14 33
4.4.4 Graf Bar Peratusan Darjah Persetujuan Responden Terhadap Item 13 34
KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Masalah 2
1.2 Objektif Kajian 4
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Hipotesis Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 8
2.1 Tinjauan Literatur 8
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 12
3.1 Reka bentuk Kajian 12
3.2 Sampel Kajian 13
3.3 Instrumen Kajian 14
3.4 Prosedur Kajian 17
3.5 Analisis Data 18
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN
PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 20
4.1 Kajian Rintis 20
4.2 Maklumat Tentang Responden 23
4.3 Dapatan Kajian 24
4.4 Perbincangan 31
BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 36
5.1 Perbincangan 36
5.1.1 Tahap Penguasaan Penyelenggaraan Komputer 37
5.1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan 38
5.2 Cadangan 40
5.3 Kesimpulan 41
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Teknologi maklumat adalah salah satu mata pelajaran yang dititik beratkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam dasar pendidikan negara. Pada akhir
tahun 1998 sukatan pelajaran telah digubal oleh KPM melalui Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK). Mulai tahun 2000 mata pelajaran ini telah ditawarkan dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini menjadikan mata pelajaran
Pendidikan Teknologi Maklumat sebagai mata pelajaran pilihan bagi Tingkatan
Empat dan Tingkatan Lima di beberapa buah sekolah menengah yang terpilih.
Sekolah-sekolah yang terpilih adalah terdiri daripada sekolah yang mempunyai
kemudahan yang cukup dari segi kemudahan makmal, peralatan komputer dan tenaga
pengajar. Setiap sekolah yang dipilih perlu menyediakan tenaga pengajar yang
berkelayakan dalam bidang teknologi maklumat atau sains komputer. Setiap pengajar
juga disyaratkan memiliki diploma atau ijazah dalam bidang berkaitan.
2
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah salah sebuah Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Teknologi Maklumat dengan Kepujian. Oleh itu, para graduan lepasan ijazah ini
berkemungkinan akan berkhidmat sebagai guru bagi mata pelajaran Teknologi
Maklumat di sekolah. Tugas guru Teknologi Maklumat adalah bukan sekadar
mengajar mata pelajaran ini malah segala masalah yang melibatkan komputer akan
diberikan kepada mereka. Dengan itu, mereka perlulah melengkapkan diri dengan
pengetahuan yang melibatkan teknologi maklumat terutamanya dalam
penyelenggaraan komputer.
Pengetahuan asas yang diperlukan dalam penyelenggaraan komputer adalah dari sudut
perkakasan, perisian dan konfigurasi. Pengetahuan ini sangat penting bagi mengenal
pasti prestasi sesebuah komputer dalam keadaan baik. Adalah menjadi suatu
kebiasaan, perkakasan mekanikal atau elektrik akan mengalami masalah sebelum
gagal yang berkaitan dengan setiap bahagian komponennya (Rood, 1996). Jika
perkara ini berlaku, maka penyelenggaraan perlu dijalankan untuk membolehkan
peranti tersebut kembali berfungsi dengan baik.
1.1 Penyataan Masalah
Program Pendidikan Teknologi Maklumat (PPTM) yang ditawarkan kepada
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah terdiri daripada beberapa
komponen, antara komponen ialah wajib universiti, asas pendidikan, kursus major,
kursus minor dan latihan mengajar.
3
Jam kredit yang perlu dihabiskan untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Teknologi Maklumat ialah 128 jam kredit untuk pelajar biasa dan 114 jam kredit
bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Bagi kursus major salah
satu kursus yang ditawarkan adalah Sistem Komputer (MTR2013).
Kursus ini merangkumi sistem komputer secara keseluruhan, sebahagian
daripada kursus ini adalah kemahiran penyelenggaraan komputer iaitu
dengan mengenal perkakasan komputer, memasang dan meleraikan komputer, serta
melakukan instalasi sistem operasi komputer. Di samping itu, pendedahan kepada
konfigurasi sistem operasi dan perisian juga ada dititik beratkan dalam kursus ini.
Kajian ini merupakan satu pendekatan kepada pihak yang berkenaan untuk
mengetahui kemampuan dan tahap pengetahuan para pelajar teknologi maklumat
mengenai perkakasan, perisian dan konfigurasi komputer. Melalui kajian ini juga
tahap kemahiran asas penyelenggaraan komputer bagi pelajar Teknologi Maklumat
yang telah mengambil mata pelajaran Sistem Komputer (MTR2013).
Selain itu, kajian ini juga penting untuk mengetahui tahap kemahiran para pelajar
untuk menangani masalah yang timbul melibatkan komputer seperti kegagalan
perkakasan dan perisian dan kemahiran para pelajar Teknologi Maklumat membuat
pemasangan perkakasan serta instalasi sistem operasi.
4
1.2 Objektif Kajian
Secara amnya, kajian ini adalah untuk : -
i. Mengenal pasti sejauh manakah kemampuan para pelajar teknologi maklumat
dalam mengendalikan masalah berkaitan komputer
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemahiran para pelajar teknologi
maklumat yang telah mengambil mata pelajaran Sistem Komputer (MTR2013)
dalam penyelenggaraan komputer.
iii. Kenal pasti faktor penguasaan kemahiran penyelenggaraan komputer
dikalangkan pelajar Teknologi Maklumat.
1.3 Persoalan kajian
Persoalan kajian menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana hendak mengkaji
dan sebagainya. Oleh itu persoalan kajian berdasarkan masalah-masalah yang telah
dikenal pasti disenaraikan dalam pernyataan masalah. Soalan kajian ini digunakan
sebagai panduan untuk memastikan kajian ini tidak terpesong daripada tujuan utama
kajian.
Antara persoalan-persoalan yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut : -
i. Sejauh manakah pelajar semester 7 program Teknologi Maklumat di
Universiti Pendidikan Sultan Idris mampu menguasai kemahiran
penyelenggaraan komputer ?
5
ii. Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran penyelenggaraan
komputer antara pelajar lelaki dan perempuan Universiti Pendidikan Sultan
Idris semester 7 program Teknologi Maklumat?
1.4 Hipotesis kajian
Berdasarkan persoalan yang diutarakan dalam bahagian 1.3, hipotesis-hipotesis kajian
adalah seperti berikut :
1.4.1 H0: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris semester 7 program
Teknologi Maklumat mahir dalam penyelenggaraan komputer.
H1: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris semester 7 program
Teknologi Maklumat tidak mahir dalam penyelenggaraan komputer
1.4.2 H0: Kemahiran penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar lelaki
dan perempuan kursus Teknologi Maklumat, Universiti Pendidikan
Sultan Idris semester 7 adalah setara.
H1: Kemahiran penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar lelaki
dan perempuan kursus Teknologi Maklumat, Universiti Pendidikan
Sultan Idris semester 7 adalah berbeza.
6
1.5 Kepentingan kajian
Hasil kajian ini adalah penting untuk dimanfaatkan oleh banyak pusat pengajian tinggi
yang menawarkan Pendidikan Teknologi Maklumat secara amnya dan untuk
kepentingan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya. Kemahiran
penyelenggaraan komputer adalah satu perkara utama yang perlu dikuasai oleh para
pelajar yang mengambil program Teknologi Maklumat.
Di samping itu kajian ini dapat mengenal pasti tahap kemahiran asas
penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar serta dapat menjadikan panduan untuk
meningkatkan penekanan mata pelajaran yang berkaitan. Antara kepentingan utama
kajian ini adalah untuk :
i. Mengetahui sejauh manakah keberkesanan mata pelajaran Sistem Komputer
(MTR2013) bagi pelajar teknologi maklumat.
ii. Memberi pendedahan mengenai kemahiran para pelajar untuk dijadikan garis
panduan bagi mata pelajaran Sistem Komputer.
iii. Sebagai cadangan untuk mata pelajaran Sistem Komputer supaya memberi
penekanan terhadap kemahiran penyelenggaraan komputer.
1.6 Batasan kajian
Kajian ini hanya memfokuskan pada tahap kemahiran penyelenggaraan komputer di
kalangan pelajar teknologi maklumat yang telah mengambil mata pelajaran Sistem
Komputer (MTR2013). Oleh itu, batasan kajian adalah penting untuk mengetahui
7
tahap kemahiran pelajar dengan lebih mendalam. Di samping itu ia juga turut
memudahkan proses kajian. Dari segi pemilihan responden, kajian hanya terbatas
kepada pelajar Major Pendidikan Teknologi Maklumat semester 7 2006/2007 iaitu
seramai lima puluh orang sahaja.
Pelajar-pelajar major yang lain mungkin mempengaruhi dapatan kajian
penyelidik, kekangan masa juga mengehadkan pemilihan sampel. Oleh itu, kajian ini
tidak dapat ditumpukan kepada pelajar-pelajar major yang lain.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai tahap kemahiran asas yang dimiliki oleh
pelajar teknologi maklumat berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini.
Antara isu-isu yang akan dibincangkan adalah kajian tahap kemahiran asas
penyelenggaraan komputer berdasarkan penggunaan pendekatan bermodul, kemahiran
asas penyelenggaraan komputer dan kepentingan menguasai kemahiran
penyelenggaraan komputer.
2.1 Tinjauan Literatur
Pendekatan adalah kaedah atau teknik yang digunakan bagi mencapai matlamat
tertentu. Modul adalah satu set penulisan yang membantu menguasai kemahiran-
kemahiran dalam proses pembelajaran. Penulisan-penulisan boleh terdiri daripada
penerangan, gambar rajah dan langkah-langkah ke arah menguasai kemahiran.
9
Mengikut Kamus Dewan (1994), modul boleh didefinisikan sebagai kursus pelajaran
12 (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah
pencapaian sesuatu kelayakan dan kemahiran. Pada tahun 1960-an, satu rancangan
pembelajaran untuk membolehkan murid maju mengikut kecepatan sendiri dalam satu
kursus tertentu telah dimulakan. Di antara pelopor sistem pengajaran individu ialah
Skinner (1986) dan Keller (1990).
Parcival dan Ellington (1994) telah mendefinisikan pengajaran terancang sebagai:
‘Satu proses yang berlaku dalam suasana tertentu, sangat tersusun, biasanya
dalam bentuk langkah demi langkah dengan maklum balas dilakukan antara
langkah-langkah tersebut’.
Ellington (1985) telah menyenaraikan beberapa media yang boleh digunakan dalam
pengajaran individu. Di antaranya buku teks, pelajaran berasaskan nota edaran, atau
bahan terancang iaitu bahan jenis pandang dengar, makmal bahasa, bahan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan Video Interaktif.
Modul Terancang mula digunakan dalam pelbagai disiplin pada peringkat universiti,
kolej, sekolah rendah dan sekolah menengah (Kulik, 1981; Bangert, Kulik dan kulik,
1983). Dalam bab ini, beberapa kajian lampau ditinjau mengenai keberkesanan
penggunaan Modul Terancang. Ovando (1990) mengatakan bahawa modul sebagai
bahan pengajaran terancang yang telah direka bentuk dan diuji oleh McCleary di
Makmal Penyelidik dan Pembangunan Universiti Utah.
10
Satu kajian sebelum ini telah dilaksanakan untuk mengukur tahap kemahiran asas
penyelenggaraan komputer yang bertajuk Kemahiran Asas Penyelenggaraan
Komputer di kalangan Pelajar Major Program Pendidikan Teknologi Maklumat : Satu
Pendekatan Bermodul. Kajian ini dilaksanakan oleh Mohd Azlan bin Johan (2004)
yang membincangkan tahap kemahiran asas penyelenggaraan komputer di kalangan
pelajar teknologi maklumat yang telah mengambil mata pelajaran Sistem Komputer
(MTR2023). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan
ujian pra dan pos. Perkara yang ditekankan dalam kajian ini adalah untuk mengukur
tahap penguasaan pelajar dari segi mengenal pasti masalah berkaitan perkakasan,
perisian serta konfigurasi tertentu. Pendedahan kepada semua masalah asas yang
berkaitan komputer amatlah diperlukan bagi seseorang yang menceburi bidang
teknologi maklumat bagi melaksanakan tugas yang diberikan.
Mohd Azlan (2004) telah membuat kesimpulan bahawa majoriti para pelajar kurang
menguasai kemahiran asas dalam penyelenggaraan komputer. Pelbagai faktor yang
mempengaruhi keputusan ini. Antara faktor utama adalah kelemahan dari segi masa
latihan makmal yang terlalu singkat, dan penggunaan modul yang kurang berkesan.
Majoriti pelajar mengakui bahawa masa yang diperuntukkan untuk makmal adalah
tidak mencukupi untuk mempelajari cara penyelenggaraan komputer dengan berkesan.
Tambahan pula, pendekatan modul yang dibekalkan boleh mengelirukan para pelajar
kerana singkatan istilah yang kurang tepat dan contoh yang tidak jelas.
Berdasarkan daripada petikan artikel Laurillard, D.M. (2003), yang bertajuk, Guide to
Physical Computer Maintenence,
11
‘Good care of your computer goes beyond just a routine scandisk and
defrag. Besides various software and driver problems a user may have
to deal with, many physical conditions can affect how a PC operates.
With proper care however, you can not only extend the life of your
computer, but prevent possible problems down the road. Many things
can have an effect on a PC. This guide will focus on physical problems
and solutions as well as preventive maintenance.’
Menjadi suatu kewajipan kepada seseorang yang terlibat dalam bidang Teknologi
Maklumat (IT) harus menguasai dalam penyelenggaraan komputer dari segi mengesan
masalah melibatkan perkakasan, mengekalkan prestasi komputer dan menangani
masalah yang melibatkan perisian seperti di jangkiti virus dan sebagainya. Kemahiran
seperti ini sangat diperlukan bagi mengurangkan kos perbelanjaan dalam
penyelenggaraan komputer serta untuk melahirkan generasi yang celik IT seiring
dengan evolusi komputer pada masa kini.
Kemahiran asas penyelenggaraan komputer merupakan suatu perkara yang penting
yang perlu dikuasai oleh seseorang yang melibatkan diri dalam bidang teknologi
maklumat. Kemahiran ini wajib dimiliki oleh setiap individu yang terlibat dan ini
merupakan satu keperluan asas untuk menguasai penggunaan dan pengendalian
komputer dengan lebih efisien. Kemahiran ini boleh dipelajari dengan pelbagai cara
seperti mengikuti kelas literasi komputer, bengkel, dan mengikuti panduan modul
penyelenggaraan komputer.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, kajian menerangkan kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk
mengumpul data dan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Penerangan tentang
reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis data
akan diterangkan secara lanjut dalam bahagian ini.
3.1 Reka bentuk Kajian
Setiap sesuatu kajian atau penyelidikan yang hendak dijalankan haruslah dilakukan
dengan rapi serta teliti. Pemilihan kaedah kajian bergantung kepada kehendak
persoalan kajian. Oleh itu, perancangan adalah penting agar dapatan kajian benar-
benar akan menjawab segala persoalan kajian. Kajian ini akan dijalankan ke atas
pelajar teknologi maklumat semester 7 sesi 2006/2007 di Universiti Pendidikan Sultan
13
Idris. Kaedah yang paling sesuai dijalankan adalah kajian tinjauan yang tergolong di
bawah pendekatan penyelidikan kuantitatif. Ia juga boleh dipanggil sebagai
penyelidikan deskriptif.
Penyelidik menggunakan borang kaji selidik untuk mendapatkan data daripada
responden. Data yang dikehendaki akan dipungut menggunakan borang kaji selidik
tersebut. Soalan kajian yang diberikan kepada responden adalah berkaitan tentang
tahap kemahiran asas penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar teknologi
maklumat semester 7.
3.2 Sampel Kajian
Menurut Mohd Majid Konting. (1993), sampel ialah sekumpulan kecil unsur yang
diambil daripada satu rangka pensampelan. Sampel dikatakan mewakili satu populasi
dalam sebarang kajian. Manakala populasi ialah sekumpulan unsur atau benda yang
menjadi subjek dalam kajian.
Secara amnya, populasi melibatkan semua pelajar dan kakitangan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Manakala sampelnya adalah 50 orang responden yang terdiri
daripada pelajar program Teknologi Maklumat semester 7. Responden yang terlibat
terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan. Sampel kajian
yang dipilih mestilah memenuhi syarat iaitu telah mengambil mata pelajaran Sistem
Komputer (MTR2023). Pemilihan responden dilakukan secara rawak di kalangan
pelajar Teknologi Maklumat bagi mengelakkan berlakunya bias.
14
3.3 Instrumen Kajian
Dalam menjayakan kajian ini, kaedah pendekatan kuantitatif yang menggunakan
soalan kaji selidik telah dipilih. Kaedah ini dipilih kerana kajian ini merupakan satu
penyelidikan deskriptif yang memerlukan data atau maklumat daripada responden.
Ianya digunakan bagi tinjauan untuk mengumpul data mengenai sampel yang dipilih.
Ini dijelaskan oleh Best (1977) yang menyatakan tujuan digunakan soal selidik iaitu;
‘Actually, the questionaire has unique advantages and properly contracted
and administered, it may serve as a most appropriate and useful data-
gathering device in a research project.’
Penggunaan soalan kaji selidik adalah lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama
daripada responden. Borang soal selidik merupakan item berbentuk pilihan tentang
pendapat responden mengenai tahap kemahiran penyelenggaraan komputer. Mereka
bebas memilih dan menyatakan pendapat serta menilai kehendak soal selidik. Soal
selidik ini juga mempunyai item negatif bagi mengelak ‘respon set’. Item-item dalam
soal selidik adalah selaras dengan tajuk kajian bagi mengelak ia terpesong daripada
soalan dan objektif kajian.
Pengulangan item yang lebih kurang sama perlu bagi memudahkan penyelidik
mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh. Kajian ini
menggunakan kaedah ‘cross-sectional’ iaitu data dipungut pada satu ketika daripada
sampel yang mewakili satu populasi pada ketika itu. Responden menjawab item soal
selidik ini berdasarkan skala Likert yang telah ditetapkan pada item kaji selidik.
15
Item kaji selidik ini merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A
mengandungi maklumat diri pelajar, manakala Bahagian B mengandungi 7 pernyataan
dan bahagian C mempunyai 13 pernyataan yang berbentuk skala Likert. Skala 1
merupakan “sangat tidak setuju”, 2 merupakan “tidak setuju”, 3 merupakan “setuju”
dan 4 adalah “sangat setuju” seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Jadual 3.3.1
Skala Likert
Skala Perkara
1 Sangat Tidak setuju
2 Tidak Setuju
3 Setuju
4 Sangat Setuju
Markah minimum yang diperoleh bagi soal selidik ini ialah 20 markah manakala
markah maksimum 80 markah. Markah minimum menunjukkan pandangan pelajar
adalah negatif, manakala markah maksimum menunjukkan pandangan pelajar adalah
positif. Markah sederhana atau markah pemisah bagi soal selidik ini ialah 50.0
markah.
Bagi menilai instrumen kajian, ‘pilot-test’ perlu dilakukan bagi menguji
kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Seramai 20 orang pelajar program Teknologi
Maklumat semester 7 terlibat dalam kajian rintis ini. Kajian rintis yang dijalankan
16
adalah untuk menentukan kebolehpercayaan item kaji selidik yang dibentuk. ’Internal
consistency method’ digunakan untuk menentukan nilai Cronbach α.
Semakin hampir nilai Cronbach α dengan 1, soalan soal selidik itu mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi memudahkan pengiraan untuk mendapatkan nilai
Cronbach , program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) digunakan.
Antara rumus yang digunakan adalah:
Rajah 3.3.1
Rajah Formula Cronbach
Nilai yang diperoleh melalui kajian rintis yang telah dijalankan kepada 20 orang
responden ialah 0.7231. Ini menunjukkan nilai 0.7231 merupakan penghampiran
kepada 1, yang memberi hasil positif terhadap soal selidik tersebut. Justeru itu, soal
selidik ini dapat diteruskan bagi memperoleh hasil yang sahih.
2
2
11
x
i
k
k
mentah )komposisit(skor skor -berkenaanjumlah bagi varians
item semua bagi iansjumlah var
itembilangan
2
2
x
i
k
17
3.4 Prosedur Kajian
Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Bagi
prosedur awal, soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang responden yang dipilih
secara rawak. Kajian rintis ini berfungsi mengukur sejauh mana kebolehpercayaan
soalan yang terdapat di dalamnya. Soal selidik diedarkan kepada responden yang
terdiri daripada pelajar-pelajar major Teknologi Maklumat semester 7 yang telah
mengikuti kursus Sistem Komputer di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasilnya,
nilai yang diperoleh ialah 0.7231 yang menunjukkan soalan tersebut adalah sahih
kerana nilainya adalah hampir kepada 1. Ini kerana, semakin hampir nilai kepada 1,
semakin tinggi kebolehpercayaan soalan kaji selidik itu.
Setelah menjalankan kajian rintis, penerangan ringkas telah diberikan kepada
responden untuk menjelaskan tujuan soal kaji selidik dan cara mengisi borang soal
selidik tersebut. Selama setengah jam masa diberikan kepada responden untuk
menjawab soal selidik. Setelah tamat tempoh yang diberikan, semua set soalan kaji
selidik dikutip semula daripada setiap responden.
Setiap borang soal selidik yang telah dijawab dianalisis bagi mendapatkan keputusan
kajian. Dalam menjalankan kajian ini, etika penyelidikan yang telah digariskan perlu
dipatuhi. Sebagai penyelidik, sikap jujur dan telus dalam melaporkan kajian perlu
dipatuhi. Hak dan kepentingan orang yang diselidiki juga perlu dijaga bagi
menunjukkan rasa tanggungjawab sebagai seorang penyelidik.
18
Terdapat banyak kemungkinan masalah yang boleh timbul semasa menjalankan kajian
ini. Oleh yang demikian, persediaan untuk mengatasi masalah yang timbul perlu
dilakukan. Antara masalah yang terlibat dalam pengisian jawapan ialah responden
tidak menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Oleh demikian, set soalan kaji
selidik itu dibatalkan dan seterusnya digantikan dengan set jawapan yang telah
ditandai oleh responden yang lain bagi mendapatkan hasil yang benar-benar tepat.
3.5 Analisis Data
Analisis data merupakan satu proses yang sistematik untuk mencari dan menyusun
maklumat. Soalan kaji selidik yang telah dijawab, dikumpulkan bagi tujuan
membolehkan penyelidik menganalisis segala maklumat yang diperoleh.
Kajian yang menggunakan proses pengumpulan dan penganalisisan dalam bentuk
kuantitatif menggunakan pendekatan statistik dalam menganalisis data. Ini bermaksud,
ujian statistik yang sesuai perlu digunakan untuk menguji keputusan kajian.
Data dianalisis selepas proses pungutan data berakhir. Bagi ujian ke atas tahap
kemahiran pelajar Teknologi Maklumat semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, nilai markah pemisah diperlukan untuk dibandingkan dengan purata markah
yang diperoleh daripada sampel. Markah pemisah digunakan untuk menentukan
kelulusan markah bagi responden sama ada gagal atau lulus. Markah lulus adalah
lebih besar daripada markah pemisah dan markah gagal adalah lebih kecil daripada
19
markah pemisah. Maka, keputusan dibuat dengan perbandingan tersebut. Nilai markah
pemisah dapat dihitung menggunakan formula :
2
TerendahLikert Skala Soalan Bil.
2
TertinggiLikert Skala Soalan Bil.:Pemisah Markah
:
2
120420
: 50.0
Markah Pemisah = 50.0
Setelah data yang dikehendaki berjaya dikumpulkan, semua data ini diproses
menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) version 11.5
for windows. Kaedah analisis data ini tertumpu kepada penggunaan statistik deskriptif
terutama menggunakan jadual kekerapan (Frequency tables). Manakala ujian-T
digunakan untuk menguji hipotesis ke atas min bagi populasi apabila sampel yang
dipilih adalah menghampiri taburan normal dan nilai sisihan piawai bagi populasi
tidak diketahui. Crosstabs digunakan untuk melihat hubungan bagi perbezaan data
yang dianalisis mengikut jantina lelaki dan perempuan.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
Bab ini menerangkan prosedur dan hasil kajian yang diperoleh. Hasil kajian rintis dan
analisis data yang diperoleh dipertimbangkan. Analisis data dalam bahagian ini adalah
berpandukan hipotesis awal kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1. Justeru itu,
hasil dapatan kajian dibandingkan dengan hipotesis awal kajian. Perbincangan tentang
dapatan kajian juga dibandingkan dengan kajian literatur.
4.1 Kajian Rintis
Dalam melaksanakan penyelidikan, terdapat pelbagai proses yang perlu dipatuhi. Ini
bertujuan mendapatkan hasil kajian yang berfungsi dan bermakna. Antara ciri
penyelidikan yang berkualiti ialah data yang diperoleh mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.
21
Seramai 20 orang responden yang terlibat dalam kajian rintis ini, iaitu melibatkan 10
orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan semester 7, program Teknologi
Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kebolehpercayaan soalan kajian
dapat dikira menggunakan program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS).
Nilai kebolehpercayaan disimbolkan sebagai Cronbach . Nilai Cronbach digunakan
untuk menguji aras kebolehpercayaan soalan kaji selidik. Semakin hampir nilai
Cronbach α dengan 1, soalan soal selidik itu mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Melalui kajian rintis yang telah dijalankan, nilai yang diperoleh ialah
0.7231. Ini menunjukkan nilai 0.7231 merupakan penghampiran kepada 1, yang
memberi hasil positif terhadap soal selidik tersebut. Justeru itu, soal selidik ini dapat
diteruskan bagi memperoleh hasil yang sahih.
Markah pemisah yang digunakan untuk membandingkan markah lulus atau gagal ialah
50.0 . Penggunaan markah pemisah adalah bertujuan untuk menentukan markah lulus
atau gagal bagi setiap responden. Sekiranya markah yang diperoleh adalah sama dan
lebih besar daripada 50.0 (markah pemisah) maka markah responden itu adalah lulus
dan sebaliknya. Dapatan yang menghasilkan nilai yang lebih besar daripada atau
bersamaan 50.0 menunjukkan persepsi positif responden terhadap tahap kemahiran
penyelenggaraan komputer, manakala nilai yang lebih kecil daripada 50.0
menunjukkan persepsi yang negatif. Oleh demikian, hasil kajian rintis mendapati min
bagi data yang diperoleh ialah 51.7 dengan sisihan piawai 6.84490 dan ini
menunjukkan min yang diperoleh daripada kajian rintis tergolong dalam markah lulus
dan ia menggambarkan responden menunjukkan respon positif terhadap kemahiran
penyelenggaraan komputer. Berikut ialah jadual markah min bagi kajian rintis:
22
Jadual 4.1.1
Markah Min Kajian Rintis
Perkara Jumlah
Bilangan responden 20
Markah minimum 40.00
Markah maksimum 68.00
Min markah 51.7000
Sisihan piawai 6.84490
Dalam kajian ini, ujian-T dipilih kerana sampel yang dipilih menghampiri taburan
normal dan nilai sisihan piawai bagi populasi tidak diketahui. Ujian-T dijalankan bagi
mendapatkan nilai signifikan. Nilai signifikan yang diperoleh adalah penting bagi
mengesahkan hipotesis null sama ada diterima atau ditolak. Nilai signifikan yang lebih
kecil daripada 0.05 akan menerima hipotesis null manakala sebaliknya. Dengan
menggunakan aras keyakinan 0.05, nilai signifikan yang diperoleh ialah 0.281. Ini
menunjukkan nilai signifikan yang diperoleh adalah lebih besar daripada 0.050.
Oleh demikian, hipotesis null diterima. Jadual bagi nilai signifikan ialah:
Jadual 4.1.2
Nilai Signifikan Kajian Rintis
Nilai Ujian = 50 (markah pemisah)
Perkara Jumlah
t 1.111
Signifikan ( 2-tailedI ) 0.281
Perbezaan Min 1.7000
23
4.2 Maklumat Tentang Responden
Dalam kajian ini, seramai 50 orang responden terlibat. Seramai 25 orang pelajar lelaki
dan 25 orang pelajar perempuan semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah
mengisi borang soal selidik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar telah
mengikuti kursus Sistem Komputer di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ini adalah
kerana pembelajaran bagi penyelenggaraan komputer terkandung dalam silibus kursus
tersebut. Berikut ialah carta bar tentang jantina responden yang terlibat :
Jantina
PerempuanLelaki
Kek
erap
an
30
25
20
15
10
5
0
Rajah 4.2.1
Graf Bar Jantina Responden
24
4.3 Dapatan Kajian
Setelah kajian rintis mendapat nilai Cronbach yang menghampiri nilai 1, maka
borang soal selidik disahkan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Seterusnya
set soal selidik itu diagih dan data dipungut. Hasil data yang diperoleh dapat dianalisis
bagi mengetahui dapatan kajian yang dijalankan.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran penyelenggaraan
komputer di kalangan pelajar Teknologi Maklumat semester 7 serta faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaannya. Dengan menggunakan program SPSS, data
daripada set soal selidik dimasukkan serta jumlah markah yang diperoleh oleh
responden dihitung. Markah pemisah yang diperoleh daripada rumus ialah :
2
TerendahLikert Skala Soalan Bil.
2
TertinggiLikert Skala Soalan Bil.:Pemisah Markah
:
2
120420
: 50.0
Markah Pemisah = 50.0
Penggunaan markah pemisah adalah bertujuan untuk menentukan markah lulus atau
gagal bagi setiap responden. Markah pemisah yang diperoleh ialah 50.0 dan ini
menunjukkan 50.0 adalah markah lulus yang menggambarkan responden mempunyai
kemahiran penyelenggaraan komputer. Markah terendah yang diperoleh ialah 40,
25
manakala markah tertinggi pula ialah 68 markah. Ini menunjukkan dalam sampel ini
terdapat responden yang tidak mahir dalam penyelenggaraan komputer dan ada
responden yang mahir dalam penyelenggaraan komputer. Taburan markah yang
diperoleh oleh responden dapat dilihat berdasarkan graf bar di bawah:
Markah Responden Lelaki dan Perempuan
JUMLAH MARKAH
68.0
065
.00
61.0
060
.00
57.0
055
.00
54.0
053
.00
52.0
051
.00
50.0
049
.00
48.0
047
.00
46.0
045
.00
44.0
043
.00
40.0
0
Bila
ngan
Res
pond
en
7
6
5
4
3
2
1
0
Jantina
Lelaki
Perempuan
Rajah 4.3.1
Graf Bar Taburan Markah Responden
Dengan sisihan piawai sebanyak 5.35667, nilai min sampel yang diperoleh ialah 50.6.
Ini menunjukkan nilai yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada markah pemisah,
iaitu 50.0. Justeru itu, keputusan yang dapat dibuat ialah sampel mempunyai respon
yang positif terhadap penyelenggaraan komputer secara keseluruhannya. Jadual
markah min bagi sampel adalah seperti berikut:
26
Jadual 4.3.1
Markah Min Sampel
Perkara Jumlah
Bilangan responden 50
Min markah 50.6000
Sisihan piawai 5.35667
Seperti yang telah dinyatakan, nilai signifikan yang diperoleh adalah penting bagi
mengesahkan hipotesis null sama ada diterima atau ditolak. Nilai signifikan yang lebih
kecil daripada 0.05 akan menerima hipotesis null manakala sebaliknya. Nilai
signifikan yang didapati ialah 0.432 dan ini menunjukkan nilainya lebih besar
daripada 0.050. Maka, hipotesis null diterima. Justeru itu, hipotesis null yang diterima
ialah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris semester 7 program Teknologi
Maklumat mahir dalam penyelenggaraan komputer. Nilai signifikan dengan aras
keyakinan sebanyak 95 peratus dapat dinyatakan seperti dalam jadual berikut:
Jadual 4.3.2
Nilai Signifikan Sampel
Nilai Ujian = 50 ( markah pemisah )
t 0.792
Signifikan ( 2-tailed ) 0.432
Perbezaan Min 0.6000
27
Persoalan kajian yang kedua dalam bab 1 bahagian 1.3, iaitu adakah terdapat
perbezaan penguasaan kemahiran penyelenggaraan komputer antara pelajar lelaki dan
perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris semester 7 program Teknologi
Maklumat. Persoalan ini dapat dihuraikan dengan menggunakan data yang dianalisis
daripada program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS).
Markah min digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran
penyelenggaraan komputer secara keseluruhan. Oleh demikian, nilai markah min bagi
sampel lelaki dan perempuan menunjukkan terdapat perbezaan, iaitu markah min bagi
sampel lelaki ialah 53.56 markah dan markah min bagi sampel perempuan ialah 47.64
markah.
Nilai markah min bagi responden lelaki adalah lebih tinggi daripada markah pemisah
iaitu 50.0 markah, maka ini menunjukkan bahawa responden lelaki mahir dalam
penyelenggaraan komputer. Manakala nilai min bagi responden perempuan ialah
47.64 markah dan lebih kecil daripada markah pemisah. Ini membuktikan bahawa
responden perempuan tidak mahir dalam penyelenggaraan komputer.
Perbezaan markah min bagi responden lelaki dan perempuan dapat digambarkan
dalam graf bar berikut:
28
0
10
20
30
40
50
60
Markah Min (Markah Pemisah = 50)
LelakiPerempuan
Rajah 4.3.2
Graf Bar Perbezaan Markah Min
Nilai signifikan yang diperoleh adalah penting bagi mengesahkan hipotesis null sama
ada diterima atau ditolak. Nilai signifikan antara lelaki dan perempuan juga tidak
sama. Nilai signifikan bagi kumpulan sampel lelaki ialah 0.005 dan nilai signifikan
bagi sampel responden perempuan yang ialah 0.000. Ini menunjukkan kedua-dua nilai
signifikan yang diperoleh adalah lebih kecil daripada 0.025, iaitu menggunakan Two-
tails Test.
Dengan demikian, hipotesis null ditolak dan seterusnya hipotesis alternatif diterima.
Sebagai kesimpulan kepada persoalan kajian yang kedua kemahiran pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris semester 7 antara lelaki dan perempuan kursus Teknologi
Maklumat dalam penyelenggaraan komputer adalah berbeza di mana pelajar lelaki
mempunyai kemahiran penyelenggaraan komputer berbanding pelajar perempuan.
Nilai markah min dan signifikan dapat dilihat berdasarkan jadual seperti berikut:
29
Jadual 4.3.3
Markah Min Bagi Sampel Lelaki Dan Perempuan
Jantina Min Markah Bilangan Responden Sisihan
Piawai
Lelaki 53.5600 25 5.67950
Perempuan 47.6400 25 2.84136
Jumlah 50.6000 50 5.35667
Jadual berikut menunjukkan respon daripada pelajar terhadap item-item yang
berkaitan dengan tahap penguasaan penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar:
Jadual 4.3.4
Respon Pelajar Terhadap Item-Item Yang Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Penyelenggaraan Komputer
Bilangan Responden
Item-item soalan kaji selidik Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju Setuju
Sangat
Setuju
Saya menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer selepas mengikuti subjek Sistem Komputer
Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer bagi penyelenggaraan komputer
Saya mampu melakukan penyelenggaraan komputer sendiri
Saya mampu untuk melaksanakan instalasi sistem pengendalian (OS).
Saya mempunyai kemahiran untuk melakukan ‘disk partition and formatting’.
Saya mampu membuat konfigurasi bagi OS
Saya dapat mengesan kerosakan perkakasan komputer
Saya berupaya melaksanakan konfigurasi perkakasan komputer
Saya dapat mengatasi masalah kerosakan perisian (software).
Saya boleh melaksanakan konfigurasi ke atas perisian.
Saya dapat selesaikan masalah berkaitan serangan virus yang memasuki komputer.
Saya lebih gemar menghantar komputer ke kedai untuk di baik pulih
Penyelenggaraan komputer sukar untuk dikuasai
1
0
0
1
1
1
0
1
1
1
1
15
8
15
22
21
25
21
33
28
30
24
30
14
13
21
30
25
24
17
20
11
19
18
22
14
31
19
19
4
3
5
7
8
5
3
1
3
5
4
3
2
31
4.4 Perbincangan
Bahagian ini membincangkan tentang sejauh mana dapatan kajian yang diperoleh
selari dengan kajian literatur. Berdasarkan item lapan belas dalam borang soal selidik
yang menyatakan bahawa pelajar mampu menyelenggarakan komputer sendiri.
Berikut adalah graf bar bagi darjah persetujuan item tersebut:
Darjah Persetujuan
Sangat SetujuSetujuTidak Setuju
Bila
ngan
Res
pond
en
30
20
10
0
5
24
21
Rajah 4.4.1
Graf Bar Darjah Persetujuan Item 18
Berdasarkan graf di atas, terdapat 21 orang responden yang tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa pelajar mampu menyelenggarakan komputer sendiri. Seramai 24
orang responden pula bersetuju dan 5 orang responden sangat bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Oleh demikian, sebanyak 29 orang responden yang telah bersetuju
dengan kenyataan bahawa pelajar mampu menyelenggarakan komputer sendiri. Oleh
32
itu, dapat disimpulkan bahawa para pelajar mampu melakukan penyelenggaraan
komputer secara keseluruhannya.
Berdasarkan item empat belas dalam borang soal selidik yang menyatakan bahawa
latihan amali Sistem Komputer tidak memberi manfaat kepada pelajar, manakala
daripada petikan artikel Laurillard, D.M. (2003), yang menyatakan bahawa antara
tujuan penyelenggaraan adalah untuk menjadikan komputer lebih senang dan mudah
digunakan. Pernyataan tersebut dipersetujui oleh responden dengan peratusan
sebanyak 86 peratus yang tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa latihan amali
Sistem Komputer (penyelenggaraan) tidak memberi manfaat kepada pelajar. Graf bar
mengenai darjah persetujuan mengenai item tersebut dapat dilihat sebagai :
Darjah Persetujuan
SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Bila
ngan
Res
pond
en
30
20
10
0
7
28
15
Rajah 4.4.2
Graf Bar Darjah Persetujuan Item 14
33
Data yang dipungut daripada responden memberi nilai darjah persetujuan yang
berbeza. Seramai 15 responden yang sangat tidak bersetuju, 28 responden tidak
bersetuju dan 7 responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dengan ini, dapatan
kajian juga menyokong artikel tersebut kerana seramai 43 responden tidak bersetuju
bahawa latihan amali Sistem Komputer tidak memberi manfaat kepada pelajar.
Peratusan responden yang tidak bersetuju dengan item empat belas adalah majoriti
iaitu sebanyak 86 peratus. Manakala hanya 14 peratus sahaja yang bersetuju dengan
pernyataan yang menyatakan bahawa latihan amali Sistem Komputer tidak memberi
manfaat kepada pelajar. Berikut adalah graf bar bagi peratusan darjah persetujuan
responden terhadap item 14:
Darjah Persetujuan
SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Per
atus
an R
espo
nden
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
14
56
30
Rajah 4.4.3
Graf Bar Peratusan Darjah Persetujuan Responden Terhadap Item 14
34
Manakala bagi item tiga belas dalam borang soal selidik yang menyatakan bahawa
masa yang diperuntukkan untuk latihan adalah mencukupi, Parcival dan Ellington
(1994), menyatakan bahawa suatu proses yang tersusun biasanya berlaku mengikut
langkah demi langkah. Masa yang mencukupi sangat diperlukan untuk membolehkan
pelajar menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer dengan baik. Graf bar
menunjukkan peratusan darjah persetujuan responden terhadap item 13:
Darjah Persetujuan
Sangat SetujuSetuju
Tidak SetujuSangat Tidak Setuju
Per
atus
an R
espo
nden
70
60
50
40
30
20
10
0
16
60
22
Rajah 4.4.4
Graf Bar Peratusan Darjah Persetujuan Responden Terhadap Item 13
35
Merujuk graf bar, peratusan yang ditunjukkan terdiri daripada 22 peratus sangat tidak
bersetuju, 60 peratus tidak bersetuju, 16 peratus bersetuju dan 2 peratus sangat
bersetuju. Dengan ini, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 82 peratus responden
yang tidak bersetuju dengan item 13 yang menyatakan bahawa masa yang
diperuntukkan untuk latihan penyelenggaraan komputer mencukupi. Oleh itu, dapat
kita perhatikan bahawa masa adalah satu perkara yang sangat penting bagi pelajar
untuk menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer.
BAB 5
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan
Bab ini menghuraikan mengenai perbincangan, cadangan, dan kesimpulan yang boleh
diguna pakai dalam perlaksanaan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam
penyelenggaraan komputer. Ini bertujuan untuk melahirkan pelajar Teknologi
Maklumat yang berkemampuan untuk mengendalikan komputer dengan baik. Hal
demikian kerana sememangnya wajar bagi mereka yang terlibat dengan bidang
teknologi maklumat menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer. Seterusnya,
kesimpulan tentang kajian ini juga telah diolah.
5.1 Perbincangan
Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dipungut menggunakan
borang soal selidik bagi menjawab persoalan kajian. Seramai 50 responden telah
dipilih secara rawak untuk mengisi borang kaji selidik. Berdasarkan persoalan kajian,
37
perkara yang diketengahkan adalah untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam
penyelenggaraan komputer.
5.1.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Penyelenggaraan Komputer
Daripada item 17 soalan kaji selidik yang menyatakan bahawa pelajar mampu
menguasai latihan amali penyelenggaraan komputer, didapati bahawa terdapat
perbezaan respon yang ketara antara pelajar lelaki dan perempuan. Seramai 7 orang
responden lelaki dan 15 responden perempuan yang tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Manakala 18 orang responden lelaki dan 10 responden perempuan yang
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Berdasarkan analisis ini, didapati bahawa
pelajar lelaki lebih menguasai latihan penyelenggaraan komputer berbanding pelajar
perempuan. Jadual di bawah menunjukkan analisis item 17:
Jadual 5.1.1.1
Persetujuan Responden Terhadap Item 17 Mengikut Jantina
Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer bagi penyelenggaraan
komputer
Jantina Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Jumlah
Lelaki 7 15 3 25
Perempuan 15 10 0 25
Jumlah 22 25 3 50
Manakala bagi persoalan kajian kedua, maklumat yang diperlukan adalah mengenai
perbezaan penguasaan penyelenggaraan komputer antara pelajar lelaki dan
perempuan. Persoalan ini dapat dihuraikan berdasarkan item 18 yang menyatakan
38
penyelenggaraan komputer sukar dikuasai. Daripada dapatan kajian, seramai 21 orang
responden yang tidak bersetuju dan 4 orang bersetuju dengan pernyataan tersebut bagi
jantina lelaki. Manakala bagi jantina perempuan, seramai 8 responden tidak bersetuju
dan 17 responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Peratusan responden yang
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut mengikut jantina masing-masing 84
peratus bagi lelaki dan 32 peratus bagi perempuan. Ini menunjukkan terdapat jurang
perbezaan yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan dalam penyelenggaraan
komputer di mana lebih daripada separuh pelajar lelaki menguasai kemahiran
penyelenggaraan komputer dan hanya segelintir sahaja daripada pelajar perempuan
menguasai kemahiran penyelenggaraan. Perkara ini boleh diperhatikan daripada jadual
di bawah:
Jadual 5.1.1.2
Persetujuan Responden Terhadap Item 18 Mengikut Jantina
Penyelenggaraan komputer sukar untuk dikuasai
Jantina
Sangat
Tidak Setuju
Tidak
Setuju Setuju
Sangat
Setuju Jumlah
Lelaki 7 28% 14 56% 2 8% 2 8% 25 100%
Perempuan 1 4% 7 28% 17 68% 0 0% 25 100%
Jumlah 8 21 19 2 50
5.1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan
Kesukaran pelajar untuk menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer adalah
disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor utama yang mempengaruhi penguasaan
39
pelajar adalah waktu pembelajaran bagi latihan amali penyelenggaraan komputer.
Daripada item 13, persoalan yang di kemukakan adalah mengenai masa yang
diperuntukkan mencukupi. Berdasarkan dapatan kajian, seramai 41 responden tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut dan hanya 9 orang responden yang bersetuju
dengan pernyataan yang menyatakan bahawa masa yang diperuntukkan adalah
mencukupi. Jadual di bawah menunjukkan analisis bagi item 13:
Jadual 5.1.2.1
Persetujuan Responden Terhadap Item 13 Mengikut Jantina
Masa yang di peruntukkan untuk latihan penyelenggaraan komputer mencukupi
Jantina Sangat Tidak
Setuju
Tidak
Setuju Setuju
Sangat
Setuju Jumlah
Lelaki 3 17 4 1 25
Perempuan 8 13 4 0 25
Jumlah 11 30 8 1 50
Berdasarkan analisis item 13, didapati majoriti responden tidak bersetuju dengan masa
yang diperuntukkan untuk mempelajari dan menguasai latihan amali penyelenggaraan
komputer. Oleh hal demikian, boleh di katakan faktor utama yang mempengaruhi
tahap penguasaan komputer adalah masa yang di peruntukkan bagi pembelajaran
amali penyelenggaraan komputer.
40
5.2 Cadangan
Kajian ini amat penting untuk menilai tahap kemahiran penyelenggaraan komputer
bagi pelajar Teknologi Maklumat yang bakal bergelar sebagai guru. Ini kerana hasil
dapatan kajian memberikan respon yang menunjukkan tahap sebenar kemahiran yang
dimiliki oleh para pelajar Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tambahan pula, kajian ini juga menunjukkan perbezaan tahap penguasaan
penyelenggaraan komputer antara pelajar lelaki dan perempuan.
Menurut artikel Laurillard, D.M. (2003), yang bertajuk Guide to Physical Computer
Maintenence, penyelenggaraan komputer yang baik boleh memudahkan dan
mengoptimumkan penggunaan komputer. Masalah perisian dan perkakasan boleh
menyebabkan pelbagai masalah dan mempengaruhi operasi komputer. Oleh hal yang
demikian, adalah wajar bagi seseorang yang mendalami ilmu teknologi maklumat
memahami dan menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer untuk memastikan
komputer sentiasa dalam keadaan yang optimum.
Antara kekangan yang timbul dalam penguasaan kemahiran penyelenggaraan
komputer adalah masa yang diperuntukkan untuk latihan penyelenggaraan komputer
adalah tidak mencukupi. Oleh hal demikian, proses pengajaran yang tersusun tidak
dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. Perkara ini telah ditekankan oleh
Parcival dan Ellington (1994), yang menyatakan bahawa suatu proses yang tersusun
biasanya berlaku mengikut langkah demi langkah, mengikut proses yang tersusun.
Justeru itu, tenaga pengajar perlulah menyusun semula masa yang diperuntukkan bagi
latihan penyelenggaraan komputer mengikut kesesuaian silibus.
41
5.3 Kesimpulan
Daripada analisis kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar program
Teknologi Maklumat semester 7 sesi 2006/2007 di Universiti Pendidikan Sultan Idris
mempunyai tahap kemahiran penyelenggaraan komputer yang sederhana secara
keseluruhannya. Ini dapat dibuktikan dengan nilai min data yang diperolehi adalah
hampir sama dengan markah pemisah. Walaupun demikian, responden bagi jantina
perempuan mempunyai tahap penguasaan kemahiran penyelenggaraan komputer
paling rendah berbanding pelajar lelaki. Perkara ini boleh dirujuk dalam ruangan
perbincangan sebelum ini.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, penguasaan pelajar dalam kemahiran
penyelenggaraan komputer adalah kurang memuaskan walaupun mereka dalam
kategori sederhana. Perubahan tertentu perlu dilaksanakan bagi subjek yang terlibat
iaitu Sistem Komputer (MTR2013) mengikut kesesuaian silibus. Peranan tenaga
pengajar juga adalah penting bagi meningkatkan tahap dan penguasaan kemahiran
penyelenggaraan komputer di kalangan pelajar dengan menggunakan pendekatan yang
berkesan.. Justeru itu, kesedaran dan tanggungjawab pelajar adalah sangat penting
untuk membolehkan perlaksanaannya berjalan dengan lancar.
RUJUKAN
Dewan Bahasa & Pustaka (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka
Ellington, H.I. (1985). Producing Teaching Materials: A Hardbook For Teachers And
Trainers. London: Kugan Page
Keller, F.S. & Sharman, J. (1990). The Keller Olan Hardbook. Menlo Park,
California.
Kulik, J.A. (1981). Intergrating Findings From Different Level Of Instruction . ERIC;
ED208040.
Laurillard, D.M. (2003). Guide to Physical Computer Maintenence. Dicapai Mac 23,
2006 daripada http://www.opentechsupport.net/
Mohd Azlan Johan (2004). Kemahiran Asas Penyelenggaraan Komputer Di Kalangan
Pelajar Major Program Pendidikan Teknologi Maklumat : Satu Pendekatan
Bermodul. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.
Ovando, M.N. (1990). Competency Based Individualized Learning Modules: An
Approach To Differentiated In-Service Education. ERIC; ED332776.
Parcival, F. & Ellington, H.I. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan
(Terjemahan Oleh Noran Fauziah Yaacub). Kuala Lumpur: Dewan bahasa &
Pustaka (DBP).
Skinner, B.F. (1986) The Technology Of Teaching. New York; Appleton-Centory-
Crofts.
Lampiran A
BORANG SOAL SELIDIK
SATU TINJAUAN: TAHAP KEMAHIRAN ASAS PENYELENGGARAAN
KOMPUTER DIKALANGAN PELAJAR MAJOR TEKNOLOGI
MAKLUMAT SEMESTER 7 SESI 2006/2007
Borang Lampiran A ini adalah borang soal selidik untuk mengumpul makluma t
berkenaan dengan tahap kemahiran asas penyelenggaraan komputer. Anda
diharap menjawab soalan dengan tepat dan jujur. Segala maklumat yang diberikan
adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini semata-mata. Segala
maklumat menjadi hak saya setelah borang ini diserahkan semula. Kerjasama dan
keikhlasan anda amatlah dihargai dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.
BAHAGIAN A
Sila isikan maklumat atau tandakan ( √ )pada ruangan yang berkenaan.
Maklumat Guru.
1. Jantina:
lelaki perempuan
2. Umur:
20 – 24 tahun
25 – 30 tahun
30 tahun ke atas
3. Bangsa:
Melayu
Cina
India
Bumiputra
Sabah Sarawak
4. Kelulusan akademik memasuki UPSI :
STPM MATRIKULASI
DIPLOMA PKPG
Lampiran A
5. Gred mata pelajaran Sistem Komputer (MTR2013) : _____________
6. Semester pengajian pada sesi 2006/2007 :_________
7. Adakah anda mempunyai komputer peribadi?
Ya Tidak
8. Adakah anda mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan komputer sebelum
memasuki UPSI:
Ya Tidak
BAHAGIAN B
( Faktor penguasaan kemahiran penyelenggaraan komputer )
Tandakan ( / ) pada ruang yang di sediakan.
STS - sangat tidak setuju
TS - tidak setuju
S - setuju
SS - sangat setuju
STS TS S SS
1 2 3 4
1 Saya berminat dengan subjek yang dikhususkan bagi
program teknologi maklumat
2 Subjek Sistem Komputer memberi pendedahan kepada
kemahiran penyelenggaraan komputer
3 Latihan amali Sistem Komputer menyediakan pembelajaran
penyelenggaraan komputer
4 Saya lebih mudah memahami latihan amali
penyelenggaraan komputer
5 Masa yang di peruntukkan untuk latihan penyelenggaraan
komputer mencukupi
6 Latihan amali Sistem Komputer tidak memberi manfaat
kepada saya
7 Saya kurang berminat mempelajari kemahiran
penyelenggaraan komputer.
Lampiran A
BAHAGIAN C
( Tahap kemahiran penyelenggaraan komputer )
Tandakan ( / ) pada ruang yang di sediakan.
STS - sangat tidak setuju
TS - tidak setuju
S - setuju
SS - sangat setuju
STS TS S SS
1 2 3 4
1 Saya menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer
selepas mengikuti subjek Sistem Komputer
2 Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer
bagi penyelenggaraan komputer
3 Saya mampu melakukan penyelenggaraan komputer
sendiri
4 Saya mampu untuk melaksanakan instalasi sistem
pengendalian (OS).
5 Saya mempunyai kemahiran untuk melakukan ‘disk
partition and formatting’.
6 Saya mampu membuat konfigurasi bagi OS
7 Saya dapat mengesan kerosakan perkakasan komputer
8 Saya berupaya melaksanakan konfigurasi perkakasan
komputer
9 Saya dapat mengatasi masalah kerosakan perisian
(software).
10 Saya boleh melaksanakan konfigurasi ke atas perisian.
11 Saya dapat selesaikan masalah berkaitan serangan virus
yang memasuki komputer.
12 Saya lebih gemar menghantar komputer ke kedai untuk
di baik pulih
13 Penyelenggaraan komputer sukar untuk dikuasai
Lampiran B
Min Responden Lelaki dan Perempuan JUMLAH
Jantina Mean N Std. Deviation Lelaki 53.5600 25 5.67950 Perempuan 47.6400 25 2.84136 Total 50.6000 50 5.35667
Statistik Deskriptif N Minimum Maximum Mean Std. Deviation JUMLAH 50 40.00 68.00 50.6000 5.35667 Valid N (listwise) 50
Graf Bar Kekerapan Responden Mengikut Jantina
Jantina
PerempuanLelaki
Keke
rapa
n
30
25
20
15
10
5
0
Lampiran B
Markah Responden Lelaki dan Perempuan
JUMLAH MARKAH
68.0
065
.00
61.0
060
.00
57.0
055
.00
54.0
053
.00
52.0
051
.00
50.0
049
.00
48.0
047
.00
46.0
045
.00
44.0
043
.00
40.0
0
Bila
ngan
Res
pond
en7
6
5
4
3
2
1
0
Jantina
Lelaki
Perempuan
Graf Bar Item 14
Darjah Persetujuan
Sangat SetujuSetuju
Tidak SetujuSangat Tidak Setuju
Pera
tusa
n R
espo
nden
70
60
50
40
30
20
10
0
16
60
22
Lampiran B
Graf Bar Item 14 (Bilangan Responden)
Darjah Persetujuan
SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Bila
ngan
Res
pond
en
30
20
10
0
7
28
15
Graf Bar Item 14 (Peratusan Responden)
Darjah Persetujuan
SetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Pera
tusa
n R
espo
nden
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
14
56
30
Lampiran B
Graf Bar Item 18 (Bilangan Responden)
Darjah Persetujuan
Sangat SetujuSetujuTidak Setuju
Bila
ngan
Res
pond
en
30
20
10
0
5
24
21
Crosstabs
Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer bagi penyelenggaraan komputer Count
Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer
bagi penyelenggaraan komputer Total
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Jantina Lelaki 7 15 3 25 Perempuan 15 10 0 25 Total 22 25 3 50
Masa yang di peruntukkan untuk latihan penyelenggaraan komputer mencukupi Count
Masa yang di peruntukkan untuk latihan penyelenggaraan
komputer mencukupi Total
Sangat Tidak
Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Jantina Lelaki 3 17 4 1 25 Perempuan 8 13 4 0 25 Total 11 30 8 1 50
Lampiran B
Jadual Kekerapan
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju Setuju
Sangat Setuju
Saya menguasai kemahiran penyelenggaraan komputer selepas mengikuti subjek Sistem Komputer
Jumlah 1 15 30 4
Saya mampu menguasai latihan amali Sistem Komputer bagi penyelenggaraan komputer
Jumlah 0 22 25 3
Saya mampu melakukan penyelenggaraan komputer sendiri
Jumlah 0 21 24 5
Saya mampu untuk melaksanakan instalasi sistem pengendalian (OS).
Jumlah 1 25 17 7
Saya mempunyai kemahiran untuk melakukan 'disk partition and formatting'.
Jumlah 1 21 20 8
Saya mampu membuat konfigurasi bagi OS Jumlah 1 33 11 5 Saya dapat mengesan kerosakan perkakasan komputer
Jumlah 0 28 19 3
Saya berupaya melaksanakan konfigurasi perkakasan komputer
Jumlah 1 30 18 1
Saya dapat mengatasi masalah kerosakan perisian (software).
Jumlah 1 24 22 3
Saya boleh melaksanakan konfigurasi ke atas perisian. Jumlah 1 30 14 5 Saya dapat masalah berkaitan serangan virus yang memasuki komputer.
Jumlah 1 14 31 4
Saya lebih gemar menghantar komputer ke kedai untuk di baik pulih
Jumlah 15 13 19 3
Penyelenggaraan komputer sukar untuk dikuasai Jumlah 8 21 19 2