Transcript
Page 1: Surat Zaman Dah Edit

SK. SERI KAMPUNG TENGAH KM 5 JALAN MERSING86000 KLUANG JOHOR

Telefon : 07-7712137 Fax : 07-7712136 Email : [email protected]

Ruj. Kami : JBA2024/500-7/2( 31) Tarikh : 17 September 2014

KAMARUL ZAMAN BIN AHMAD (JPNJ/FP: 49966)SK Seri Kampung Tengah,86000 Kluang, Johor.

Tuan/Puan,

PENGISYTIHARAN HARTA MENGIKUT PERATURAN 10,PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perisytiharan harta tuan/puan yang telah dikemukakan kepada urus setia bertarikh 10.9.2014. Dimaklumkan bahawa Ketua Jabatan pada 17.9.2014 telah mengambil maklum ke atas pemilikan harta tuan/puan seperti diisytiharkan dalam borang perisytiharan harta berkenaan.

2. Bersama-sama ini dikembalikan sesalinan borang perisytiharan harta tersebut untuk simpanan tuan/puan.

3. Sukacita pihak urus setia menarik perhatian tuan/puan bahawa apabila pemilikan sesuatu harta, kecuali wang tunai dan simpanan, yang dilaporkan itu tidak lagi dipunyai oleh tuan/puan ataupun apabila memiliki harta baru, tuan/puan hendaklah melaporkan perkara ini kepada Ketua Jabatan dengan segera.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

b/p : Ketua Jabatan ( Nama Jabatan)

s.k. Bahagian Sumber Manusia/ Pentadbiran (Sila rekodkan keputusan perisytiharan harta pegawai ini)

Top Related