Download - Standard prestasi ppp_guru
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
STANDARD PRESTASI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
DERAF 1DERAF 1
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
1. Standard Prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
2. Asas Pembangunan Standard Prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
3. Matriks Prestasi PPP Kumpulan Guru Akademik (Pemberatan Berdasarkan Peranan, Dimensi dan Gred)
4. Matriks Prestasi PPP Kumpulan Guru Akademik (Pemberatan Berdasarkan Peranan, Dimensi dan Gred)
5. Standard Prestasi PPP Mengikut Gred
5.1Kumpulan Guru (PdP)
5.2Kumpulan Kepimpinan
2
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
STANDARD PRESTASI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh seseorang individu dalam sesuatu bidang/tugas
yang telah dilalui dalam satu tempoh berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan.
Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan
telus. Selain daripada itu standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenalpasti tahap
pencapaian yang diharapkan kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah
peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Asas Pembangunan Standard Prestasi PPP
Standard prestasi dibangunkan berasaskan kompetensi yang standard yang di bangunkan bagi setiap bidang tugas.
Sebagai contoh Standard Prestasi bagi guru di Ontario adalah berdasarkan 16 kompetensi yang telah digariskan
dalam Ontario College of Teachers’ Standard of Practice for the Teaching Profession (OCT, 2010). Asas
pembangunan standard prestasi bagi PPP di Malaysia adalah berdasarkan Standard Guru Malaysia, Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Kompetensi Pemimpin Sekolah atau KOMPAS dan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia yang telah diguna pakai dalam membangunkan kompetensi dan potensi PPP selaras dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
3
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Rajah 1: Asas Pembangunan Standard Prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
4
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard Prestasi bagi PPP mengandungi kepada empat (4) standard iaitu Standard 1: Kemahiran, Standard 2: Nilai
Profesional, Standard 3: Pengurusan Aktiviti dan Standard 4: Sumbangan Profesional seperti yang digambarkan
dalam Rajah 1.
Rajah 2: Matriks Standard Prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
5
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Rajah 3: Standard Prestasi PPP (Kumpulan Guru)
6
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Wajaran PPP Berdasarkan Peranan, Dimensi dan Gred (Kumpulan Guru Akademik)
Peranan Guru
Wajaran Berdasarkan Peranan dan Gred DG
PPLD PPPS PPLD & EX_PPLD PPPS
2941*
(<10t)32 34 38
41 (>10t)
44 48 52 54Gred Khas
Waj
aran Suri Teladan1 1 1
Konsultan2 1 1
Peneraju Pemuafakatan Strategik3 1 2 2
Penggerak Komuniti Pembelajaran4 1 1 1
Pencetus dan merangka strategi mewujudkan kreativiti dan inovasi PdP5 1 2 2
Peneraju kajian Penyelidikan6 1 2 2 2
Pembimbing dan Mentor7 1 1 1 1 2 2 2 2 2
Skor
Per
atus
an Dimensi 1: Kemahiran 55% 55% 55% 55% 55% 55% 55% 55% 55% 55% 55%
Dimensi 2: Nilai Profesional 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30%
Dimensi 3: Pengurusan Aktiviti 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10%
Dimensi 4: Sumbangan Profesional 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5%
[x/100]*80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80%
Dimensi 5: Keberhasilan Murid 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20%
100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
Matriks Prestasi PPP Kumpulan Guru Kaunseling & Jurulatih
7
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
(Pemberatan Berdasarkan Peranan, Dimensi dan Gred)
Peranan Guru
Wajaran Berdasarkan Peranan dan Gred DG
PPLD PPPS PPLD & EX_PPLD PPPS
2941*
(<10t)32 34 38
41 (>10t)
44 48 52 54Gred Khas
Waj
aran Suri Teladan1 1 1
Konsultan2 1 1
Peneraju Pemuafakatan Strategik3 1 2 2
Penggerak Komuniti Pembelajaran4 1 1 1
Pencetus dan merangka strategi mewujudkan kreativiti dan inovasi PdP5 1 2 2
Peneraju kajian Penyelidikan6 1 2 2 2
Pembimbing dan Mentor7 1 1 1 1 2 2 2 2 2
Skor
Per
atus
an Dimensi 1: Kemahiran 60% 60% 60% 60% 60% 60% 60% 60% 60% 60% 60%
Dimensi 2: Nilai Profesional 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30% 30%
Dimensi 3: Pengurusan Aktiviti 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5%
Dimensi 4: Sumbangan Profesional 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5% 5%
[x/100]*80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80% 80%
Dimensi 5: Keberhasilan Murid 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20% 20%
100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
8
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
STANDARD PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
9
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
a) Standard 1: Dimensi Kemahiran Kumpulan Guru
StandardGuru Akademik Guru Bimbingan dan Kaunseling
STANDARD 1:DIMENSI
KEMAHIRAN
1. PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP):
Guru berkeupayaan merancang dan melaksana PdP dengan kaedah penyampaian yang sesuai dan dapat meningkatkan pencapaian murid yang berkualiti.
Standard Prestasi:Guru patut mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk:
1. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Guru Bimbingan dan Kaunseling berkeupayaan merancang dan melaksana Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan nilai dan etika perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti. Standard Prestasi:Guru Bimbingan dan Kaunseling patut mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk:
1.1 Merancang Merancang PdP berasaskan rancangan pengajaran tahunan mengikut Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Takwim Persekolahan.
1.1 Merancang dan Mengurus 1.1.1 Merancang program dan mengurus data maklumat murid. 1.1.2 Mengurus prasarana bagi Proses Bimbingan dan Kaunseling.
10
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
StandardGuru Akademik Guru Bimbingan dan Kaunseling
1.2 Melaksana 1.2.1 Menyampaikan ilmu berdasarkan objektif yang eksplisit, aktiviti yang merangsang dan menarik bersesuaian dengan kecerdasan pelbagai dan kemahiran murid. 1.2.2 Mengintegrasikan aspek aspek pedagogi, dan teknologi ke arah menyusun strategi pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan yang diajar. 1.2.3 Mampu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pelibatan murid secara optimum mengikut kesesuaian pelbagai sumber pendidikan dalam jangka masa yang diperuntukan. 1.2.4 Mampu berkomunikasi secara mesra dan berkesan.
1.2 Melaksana perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1.2.1 Mengendalikan sesi kaunseling/bimbingan individu dan kelompok. 1.2.2 Menyebarkan maklumat berkaitan perkhidmatan 1.2.3 Mengendali ujian psikometrik serta memberi bimbingan ke arah pendidikan kerjaya 1.2.4 Melaksanakan pelbagai aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah pencegahan, pengembangan dan pemulihan.
11
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
StandardGuru Akademik Guru Bimbingan dan Kaunseling
1.3 MentaksirMampu membina dan menggunakan teknik penyoalan yang menarik untuk menggalakkan pelibatan pembelajaran, meningkatkan pencapaian murid, serta menjana pemikiran kritis dan kreatif dalam penguasaan ilmu.
12
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
b) Standard 2: Dimensi Nilai Profesional Kumpulan Guru
Standard Kumpulan Guru
STANDARD 2:DIMENSINILAI PROFESIONAL
2. NILAI PROFESIONAL2.1 Amalan Professional: Pematuhan etika kerja dan memperlihatkan nilai, sikap dan tingkah laku yang positif kepada murid.
Standard Prestasi:2.1.1 Guru mempamerkan nilai profesional yang diamalkan dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru
berdasarkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan.2.2 Sahsiah Kepantasan bertindak selaras dengan kematangan emosi dan keyakinan diri serta mengamalkan kerja sepasukan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengukuhkan prestasi sekolah. Standard Prestasi:Guru memiliki ciri-ciri sahsiah yang membantu meningkatkan profesionalisme keguruan iaitu:
2.2.1 Keupayaan melaksana dan menyelesaikan sesuatu arahan atau perancangan berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan.2.2.2 Kebolehan untuk menetapkan hala tuju dan keupayaan membuat keputusan dalam melaksanakan tugas dan Tanggungjawab.2.2.3 Melaksanakan tugas dengan berkesan secara berpasukan dalam menjayakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.2.2.4 Memberikan tumpuan dan usaha untuk memahami serta memenuhi keperluan pelanggan.
2.3 Potensi Keupayaan memimpin secara berwawasan dan membuat keputusan bersesuaian dengan perubahan secara kreatif dan inovatif.
Standard Prestasi:Guru mempamerkan potensi kepimpinan mengikut bidang tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
2.3.1 Kebolehan untuk menetapkan hala tuju, membangkitkan komitmen pasukan dan mempunyai keinginan untuk memimpin rakan sejawat.
2.3.2 Keupayaan untuk membuat keputusan.2.3.3 Keupayaan untuk berubah dan menghadapi risiko profesionalisme keguruan.2.3.4 Berupaya menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif selaras dengan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
13
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard Kumpulan Guru
2.4 Keilmuan dan Pengetahuan: Kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan dengan mematuhi peraturan dan pekeliling bagi menguasai kepakaran dalam bidang tugas yang berkaitan. Standard Prestasi:Guru memahami dan menguasai ilmu dan pengetahuan dalam melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab yang meliputi perkara-perkara berikut:
2.4.1 Dasar kerajaan yang berkaitan dengan bidang tugas.2.4.2 Pekeliling yang berkuat kuasa dan berkaitan dengan bidang tugas.2.4.3 Fungsi dan spesifikasi bidang tugas yang berkaitan.2.4.4 Pengetahuan dan kefahaman kurikulum, ilmu pendidikan pembelajaran dan pengajaran.
2.4.5 Berpengetahuan dan berkemahiran tentang pentaksiran (membina item pentaksiran, skema pemarkahan, moderasi pemarkahan, analisis data dan tindakan susulan).
14
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
c) Standard 3: Dimensi Pengurusan Aktiviti Kumpulan Guru
Standard Kumpulan Guru
STANDARD 3:DIMENSI PENGURUSANAKTIVITI
3. AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH/KOKURIKULUM3.1 Kokurikulum/ Sukan: Keupayaan pengendalian aktiviti kokurikulum/sukan. Standard Prestasi: 3.1.1 Guru merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti kokurikulum/ sukan berdasarkan bidang
kepakaran atau tugasan.3.2 Tugasan Khas Keupayaan pengendalian tugasan khas. Standard Prestasi:3.2.1 Guru merancang dan melaksanakan tugasan khas yang dipertanggungjawabkan.
15
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
d) Standard 4: Dimensi Sumbangan Profesional Kumpulan Guru
Standard Kumpulan Guru
STANDARD 4:DIMENSISUMBANGAN PROFESIONAL
4. SUMBANGAN PROFESIONAL
4.1 Bimbingan Dan Motivasi Keupayaan merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program bimbingan dan motivasi serta berkongsi idea untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Standard Prestasi:
4.1.1 Guru berupaya memberi tunjuk ajar, bimbingan dan motivasi kepada rakan sekerja dari segi peningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas.
4.2 Sumbangan Memberikan sumbangan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan prestasi organisasi/komuniti. Standard Prestasi:
4.2.1 Guru berupaya memberi sumbangan profesional kepada organisasi dan sumbangan di luar tugas rasmi kepada komuniti.
16
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
STANDARD PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
MENGIKUT GRED
17
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard 1: Dimensi Kemahiran Kumpulan Guru Akademik
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*1. PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP):
Keupayaan merancang dan melaksana PdP dengan kaedah penyampaian yang sesuai dan dapat meningkatkan pencapaian murid.
Mempunyai asas pengetahuan dan kemahiran untukmembuat perancangan serta menyampaikan ilmu dengan menggunakan sumber pendidikan bagi PdP murid,mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kelas dan masa dan mampu berkomunikasi dan menggunakan teknik penyoalan yang baik dalam proses PdP.
Berpengetahuan dan berkemahiran untukmembuat perancangan serta menyampaikan ilmu dengan menggunakan sumber pendidikan secara optimum bagi mengukuhkan pembelajaran murid Berkomunikasi dan menggunakan teknik penyoalan untuk menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian murid
Berpengetahuan tinggi dalam perancangan, penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran,
Berkomunikasi serta menyampaikan ilmu dengan menggunakan sumber pendidikan secara maksima bagi pengukuhan pembelajaran murid Mampu memberi bimbingan dan motivasi kepada murid
Mahir dalam perancangan, penyampaian ilmu pengetahuan dan komunikasi. Memimpin dalam PdP dan menganalisis prestasi murid, membuat rumusan serta refleksi PdP.
Pakar dalam membuat perancangan, penyampaian ilmu pengetahuan dan komunikasi.
Suri teladan kepada rakan sekerja dalam menganalisis prestasi murid, membuat rumusan serta refleksi PdP.
Konsultan dalam membuat perancangan, penyampaian ilmu pengetahuan dan komunikasi.
Suri teladan kepada rakan sekerja dalam menganalisis prestasi murid, membuat rumusan serta refleksi PdP.
18
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
serta mampu menilai prestasi murid, membuat rumusan serta refleksi
PdP.
dan rakan sekerja dalam PdP, menganalisis prestasi murid, membuat rumusan serta refleksi PdP.
19
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard 2: Dimensi Nilai Profesional Kumpulan Guru Akademik
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*
2.1 AMALAN PROFESIONAL :
Pematuhan etika kerja dan memperlihatkan nilai, sikap dan tingkah laku yang positif kepada murid.
Mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
Menjadi contoh kepada rakan sekerja dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
Membimbing rakan sekerja dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
Memimpin rakan sekerja dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
Menjadi pakar rujuk dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
Menjadi konsultan dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
2.2 SAHSIAH:Kepantasan bertindak selaras dengan kematangan emosi dan keyakinan diri serta kerja sepasukan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengukuhkan prestasi sekolah
Melaksanakan sesuatu arahan atau perancangan mengikut sasaran, mampu membuat keputusan serta boleh bekerjasama dalam pasukan dalam melaksanakan tugas.
Melaksanakan sesuatu arahan atau perancangan mengikut sasaran dengan mempelbagaikan strategi, mempamerkan kematangan dalam membuat keputusan serta menjadi contoh rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Merancang dan mengurus sesuatu arahan atau perancangan mengikut sasaran dengan mempelbagaikan strategi, mempamerkan kematangan dalam membuat keputusan serta membimbing rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Menilai dan merancang penambahbaikan sesuatu arahan atau perancangan dengan lebih strategik dan kreatif, mempamerkan kebijaksanaan memilih dan membuat keputusan yang tepat serta memimpin rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Menyelaras dan menetapkan sesuatu arahan dan perancangan secara holistik, mempamerkan keberanian dan kebijaksanaan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk organisasi serta menjadi pakar rujuk rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Melaksanakan sesuatu arahan atau perancangan mengikut sasaran, mampu membuat keputusan serta boleh bekerjasama dalam pasukan dalam melaksanakan tugas.
20
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*
2.3 POTENSI :
Keupayaan memimpin secara berwawasan dan membuat keputusan bersesuaian dengan perubahan secara kreatif dan inovatif
Mengetahui hala tuju, memberi komitmen kepada pasukan dan mampu membuat keputusan yang sesuai dengan situasi semasa
Mengaplikasikan hala tuju, memberi komitmen kepada pasukan, mempunyai ciri-ciri untuk memimpin rakan sejawat dan mampu membuat keputusan sesuai dengan situasi semasa
Menetap hala tuju, membangkitkan komitmen kepada pasukan, membimbing rakan sekerja dan mampu membuat keputusan sesuai dengan situasi semasa.Berupaya menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menyelaras dan menetapkan hala tuju, membangkitkan komitmen kepada pasukan dan mampu membuat keputusan sesuai dengan situasi semasaBerupaya untuk berubah dan menangani risiko menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menyelaras dan menetapkan hala tuju, membangkitkan komitmen kepada pasukan dan mampu membuat keputusan sesuai dengan situasi semasaMempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk berubah dan menangani risiko menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menyelaras dan menetapkan hala tuju, membangkitkan komitmen kepada pasukan dan mampu membuat keputusan sesuai dengan situasi semasaMempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk berubah dan menangani risiko menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
21
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*
2.4 KEILMUAN DAN
PENGETAHUAN :
Kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan dengan mematuhi peraturan dan pekeliling bagi menguasai kepakaran dalam bidang tugas yang berkaitan
Mengetahui dasar-dasar kerajaan, mematuhi pekeliling dan peraturan serta menguasai fungsi dan spesifikasi bidang tugas.
Mengetahui dan memahami dasar-dasar kerajaan, mematuhi pekeliling dan peraturan serta menguasai dengan mendalam fungsi dan spesifikasi bidang tugas.
Mengetahui dan memahami dasar-dasar kerajaan, mematuhi pekeliling dan peraturan serta menguasai dengan mendalam fungsi dan spesifikasi bidang tugas.Menguasaiilmu pendidikan dan kurikulum, serta berpengetahuan tentang pentaksiran
Mengetahui dan memahami dasar-dasar kerajaan, mematuhi pekeliling dan peraturan serta menguasai dengan mendalam fungsi dan spesifikasi bidang tugas. Menguasai dan berkemahiran dalamilmu pendidikan, kurikulum, serta pentaksiran (membina item pentaksiran, skema pemarkahan,
Menjadi pakar rujuk dalam dasar-dasar kerajaan, pekeliling dan peraturan serta mahir tentang fungsi dan spesifikasi bidang tugas. Pakar dalam bidang tugas pengurusan pendidikan dan pentaksiran (membina item pentaksiran, skema pemarkahan, moderasi pemarkahan, analisis data dan tindakan susulan)
Menjadi konsultan dalam dasar-dasar kerajaan, pekeliling dan peraturan serta mahir tentang fungsi dan spesifikasi bidang tugas. Pakar dalam bidang tugas pengurusan pendidikan dan pentaksiran (membina item pentaksiran, skema pemarkahan, moderasi pemarkahan, analisis data dan tindakan susulan)
22
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
moderasi pemarkahan, analisis data dan tindakan susulan)
23
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard 3: Dimensi Pengurusan Aktiviti Guru Akademik
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*3.1 KOKURIKULUM/ SUKAN :Keupayaan pengendalian aktiviti kokurikulum/sukan
Melaksanakan sesuatu perancangan dan membantu pelaksanaan perancangan, pengendalian aktiviti kokurikulum/ sukan.
Melaksanakan sesuatu perancangan dan membantu pelaksanaan perancangan, pengendalian aktiviti kokurikulum/ sukan.
Merancang, mengurus, melaksana dan menilai aktiviti kokurikulum/ sukan berdasarkan bidang kepakaran atau tugasan. Mampu membimbing rakan sekerja dalam pengendalian aktiviti kokurikulum /sukan
Mahir dalam menilai dan merancang penambahbaikan aktiviti kokurikulum/ sukan berdasarkan bidang kepakaran atau tugasan dengan kreatif dan strategik. Memimpin rakan sekerja dalam kerja berpasukan pengendalian aktiviti kokurikulum /sukan
Pakar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kokurikulum/ sukan. Menjadi pakar rujuk rakan sekerja dalam kerja berpasukan pengendalian aktiviti kokurikulum /sukan
Konsultan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kokurikulum/ sukan. Menjadi pakar rujuk rakan sekerja dalam kerja berpasukan pengendalian aktiviti kokurikulum /sukan
24
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*3.2 TUGASAN KHASKeupayaan pengendalian tugasan khas
Melaksanakan sesuatu tugasan khas yang dipertanggungjawabkan dan mampu membuat keputusan serta boleh bekerjasama dalam pasukan untuk melaksanakan tugas
Melaksanakan sesuatu tugasan khas yang dipertanggungjawabkan dengan mempelbagaikan strategi, mempamerkan kematangan dalam membuat keputusan serta menjadi contoh rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Merancang dan mengurus sesuatu tugasan khas yang dipertanggungjawabkan dengan mempelbagaikan strategi, mempamerkan kematangan dalam membuat keputusan serta membimbing rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Menilai dan merancang penambahbaikan tugasan khas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih strategik dan kreatif, mempamerkan kebijaksanaan memilih dan membuat keputusan yang tepat serta memimpin rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Menyelaras dan menetapkan sesuatu tugasan khas yang dipertanggungjawabkan secara holistik, mempamerkan keberanian dan kebijaksanaan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk organisasi serta menjadi pakar rujuk rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
Menyelaras dan menetapkan sesuatu tugasan khas yang dipertanggungjawabkan secara holistik, mempamerkan keberanian dan kebijaksanaan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk organisasi serta menjadi pakar rujuk rakan sekerja dalam kerja berpasukan.
25
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
Standard 4: Dimensi Pengurusan Aktiviti Guru Akademik
26
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*4.1 BIMBINGAN DAN MOTIVASI:Keupayaan merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program bimbingan dan motivasi serta berkongsi idea untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Berusaha meningkatkan kompetensi dalam bidang tugas sejajar dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki
Berusaha memantapkan ilmu pengetahuan yang dimiliki, mampu berkongsi ilmu dan memotivasi rakan sekerja dan mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam pelbagai situasi berkaitan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas
Mampu menghasilkan idea baru sejajar dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, membimbing dan memotivasi rakan sekerja serta mengaplikasi ilmu pengetahuan dengan kreatif dan inovatif selaras dengan Kemahiran Berfikir Atas Tinggi (KBAT)dalam pelbagai situasi berkaitan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas.
Penguasaan ilmu pengetahuan yang mampu membangkitkan komitmen kepada pasukan dan sentiasa membimbing dan memotivasi rakan sekerja dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran. Berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menangani risiko, menghasilkan idea baru dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif.
Suri teladan dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pakar yang mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk menginovasi ilmu pengetahuan sedia ada sejajar dengan perkembangan semasa serta sentiasa membimbing dan memotivasi rakan sekerja.
Konsultan dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pakar yang mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk menginovasi ilmu pengetahuan sedia ada sejajar dengan perkembangan semasa serta sentiasa membimbing dan memotivasi rakan sekerja.
Standard Prestasi Versi 22 Ogos 2013
27
PERMULAAN BERASPIRASI KOMPETEN PROFISEN STRATEGIS BERWAWASANPPPS DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 GRED KHAS CPPLD/EX-PPLD DGA29 DGA32 DGA38/DG41*4.2 SUMBANGAN :Memberikan sumbangan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan prestasi organisasi/komuniti
Memberi sumbangan profesional berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas kepada organisasi dan melibatkan diri dalam aktiviti bersama komuniti setempat
Memberi sumbangan profesional kepada organisasi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dan sumbangan kepada komuniti setempat secara aktif di peringkat zon/daerah
Memberi sumbangan profesional kepada organisasi berdasarkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas utama dan sumbangan kepada komuniti setempat secara aktif di peringkat zon/daerah dan negeri
Memberi sumbangan profesional kepada organisasi berdasarkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas utama dan sumbangan kepada komuniti setempat secara aktif di peringkat zon/daerah negeri dan kebangsaan
Memberi sumbangan profesional kepada organisasi berdasarkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas utama dan sumbangan kepada komuniti setempat secara aktif di peringkat zon/daerah negeri, kebangsaan dan antarabangsa
Memberi sumbangan profesional kepada organisasi berdasarkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas utama dan sumbangan kepada komuniti setempat secara aktif di peringkat zon/daerah negeri, kebangsaan dan antarabangsa