Download - seni dalam pendidikan
1.0 Pengenalan
Sebagai seorang pendidik yang berwibawa dan berdedikasi, pelbagi ilmu
yang mengambil kira keperluan murid yang berbeza harus diperolehi. Justeru
pemilihan jenis bahan bantu belajar yang digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran amat penting supaya dapat melicinkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, tugasan mata pelajaran seni dalam pendidikan pada
semester ini berfokuskan kepada penerapan elemen seni visual dan juga seni
muzik dalam merancang pengajaran. Hal ini adalah bagi memenuhi keperluan
murid yang berbezaan antara satu sama lain. Antara jenis perbezaan gaya
pembelajaran murid adalah, terdapat murid yang belajar dengan cara visual iaitu
melihat, ada murid yang belajar dengan cara auditori (pendengaran) dan juga
ada dalam kalangan murid yang belajar dengan gaya kinestatik iaitu pergerakan.
Jadi, tugasan ini telah melengkapkan guru pelatih dengan ilmu yang
diperlukan seperti menghuraikan lagu kurikulum standard sekolah rendah
(KSSR), melukis cerita kanak-kanak tanpa dialog dan juga merancang
rancangan pengajaran harian (RPH) yang mengambil kira aspek seni dalam
pendidikan. Oleh itu, ilmu yang diperoleh itu diharapkan mampu membantu guru
pelatih untuk bersedia mengajar dengan baik dan berkesan apabila bergelar
seorang guru kelak.
1
2.0 Analisis lagu kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan lagu
patriotik.
2.1 Lagu Kssr 1: Gajah Menari
Saya seekor gajah di hutan sunyi
Mencari kawan-kawan, sama menari
Lenggang, lenggang, lenggang ke kanan,
lenggang, lenggang ke kiri
Bam.. bam… bam… bam..
Saya seekor tikus di lubang kecil,
Mencari kawan-kawan sama menari,
Jengket, jengket, jengket ke kanan,
Jengket, jengket, jengket ke kiri,
Ting… tng... ting... ting
2
2X
2.1.1 Huraian lagu kssr 1
Tajuk lagu ini adalah “Gajah Menari” dan bertemakan kesunyian jika hidup tanpa
teman. Tema lagu ini menekankan kepentingan mempunyai rakan atau sahabat supaya
hidup tidak diselubungi dengan kedukaan. Oleh itu, kita akan dapat mengetahui betapa
penting hubungan sosial kita sesama manusia.
Lagu ini mengisahkan seekor gajah dan tikus yang tinggal tinggal di kawasan
yang berlainan. Kedua-dua haiwan ini ingin mencari kawan untuk sama-sama
berseronok dan bergembira. Lagu ini juga menerangkan jenis habitat yang diduduki
oleh dua haiwan yang berlainan dan amat ketara dari segi saiznya. Haiwan liar dan
besar seperti gajah tinggal di dalam hutan yang sunyi dan jauh daripada manusia.
Manakala tikus yang kecil seperti itu tinggal dalam lubang-lubang kecil dan haiwan
seperti ini selalu di lihat oleh manusia, tidak seperti gajah yang selalunya hanya dapat
dilihat di zoo.
Antara mesej yang dapat difahami berdasarkan lirik tersebut adalah kita haruslah
bergaul dengan masyarakat sekeliling supaya tidak bersendirian. Jelas dapat dilihat
lagu ini sangat mengambil berat akan kepentingan hidup bersosialasi. Mesej yang
positif seperti ini akan memberi pengajaran kepada murid supaya bergaul bersama
rakan mereka supaya mereka tidak merasa bosan, sunyi dan tertekan. Tambahan lagi,
terdapat frasa “mencari kawan” pada lirik lagu tersebut yang menegaskan supaya murid
mencari rakan dan perkara seperti inilah perlu dipupuk supaya murid sentiasa selesa,
ceria dan berasa selamat dengan keadaan atau persekitaran di sekolah.
Antara perkara ilmiah yang boleh dibuat kepada murid berdasarkan lagu ini ialah,
guru dapat mencungkil pengetahuan murid mengenai jenis-jenis haiwan berserta
habitatnya. Setelah murid tahu yang gajah seekor haiwan liar yang tinggal di hutan,
3
guru boleh menanyakan lagi kepada murid antara jenis haiwan lain yang turut tinggal di
kawasan hutan seperti gajah. Di sini, murid akan menjana idea masing-masing untuk
menjawab soalan. Misalnya mereka mungkin menjawab badak sumbu, seladang, singa,
harimau dan sebagainya. Jadi, secara tidak langsung murid akan cuba mengaitkan isi
kandungan lagu tersebut dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Lagu tersebut juga mengandungi beberapa nilai murni yang amat bermanfaat
seperti hormati-menghormati. Baris kedua dalam setiap rangkap meminta murid
mencari kawan untuk menari bersama membawa maksud bahawa, dalam setiap
perkerjaan yang dilakukan, murid haruslah hormat akan rakan mereka. Jadi, dengan
kekreatifan guru yang baik, nilai hormat tersebut akan diterap dengan baik. Nilai lain
yang dapat dilihat adalah bekerjasama. Frasa “menari bersama” membawa satu nilai
yang tersirat yang menyeru murid supaya melakukan sesuatu secara bekerjasama.
Walaupun dalam lagu tersebut hanya mengkehendaki murid menari bersama, tetapi
maksudnya yang sebenar adalah meminta murid bersama-sama dalam melakukan
segala perkara. Jadi, guru boleh mengapplikasikan nilai bekerjasama ini dengan
membuat aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Pada masa yang sama, kemahiran
berkomunikasi antara murid turut dapat diperkembangkan.
Lagu berkenaan juga bleh diajar secara kreatif melalui aktiviti seni dalam
pendidikan. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah lakonan dan melakukan aksi
mengikut lirik lagu “action song”. Misalnya pada lagu tersebut terdapat dua watak utama
iaitu Sang Gajah dan juga Sang Tikus. Guru boleh meminta seorang murid untuk
memegang watak sebagai gajah dan seorang lagi murid memegang watak sebagai
tikus. Apabila murid lain menyanyikan lagu tersebut, murid yang memegang watak
gajah dan tikus itu akan berlakon dan melakukan aksi mengikut lagu. Jadi, secara tidak
langsung aktiviti seni dalam pendidikan iaitu nyanyian dan lakonan telah diterapkan
semasa pengajaran pada hari tersebut. Di samping itu, guru boleh juga meminta murid
melukis dan seterusnya mewarna watak dalam dalam lagu itu, iaitu gajah dan tikus.
Murid boleh melukis topeng untuk mereka gunakan semasa melakukan “acion song” .
4
Melalui lukisan ini, murid akan nampak secara visual dan faham dengan lebih baik
mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru pada hari itu.
2.2 Lagu Kssr 2: Jom Mengira
Satu tambah satu jumlah berapa
Satu tambah satu jumlahnya dua
Satu tambah dua cubalah kira
Satu tambah dua jawabnya tiga
Mari mengira bersama-sama
Ilmu berguna hingga dewasa
Satu tambah tiga jumlah berapa
Satu tambah tiga jumlahnya empat
Satu tambah empat cubalah kira
Satu tambah empat jawabnya lima
2.2.1 Huraian Lagu
Lagu kedua yang dipilih ialah lau “jom mengira” dan lagu ini bertemakan
kepentingan menimba ilmu. Tema lagu ini amat sesuai kerana ia selaras dengan
5
objektif atau matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang menggesa setiap individu
menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh sepanjang hayat.
Lagu ini mengisarkan tentang pengiraan dalam matematik. Lagu ini juga
meminta manusia untuk belajar tentang konsep asas matematik dan ia amat sesuai
memandangkan ini adalah lagu khusus untuk murid tahun 1. Jadi murid-murid pada
peringkat umur sebegini digesa untuk mempelajari asas pengiraan yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian. Seperti yang sedia maklum, matematik
merupakan satu asas atau kepentingan utama dalam hidup setiap manusia di muka
bumi ini. Kemahiran matematik seperti penambahan di atas dapat diapplikasikan dalam
situasi harian seperti urusan jual beli, masa dan waktu sukatan dan sebagainya.
Selain itu, lagu ini turut meminta murid mengajak rakan supaya bersama-sama
mengira dan yang paling penting di sini lagu tersebut menekankan kepentingan ilmu
kepada manusia. Frasa “ilmu berguna hingga dewasa” jelas memfokuskan kepada
kepentingan ilmu sepanjang hayat. Hal ini amatlah bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Negara kita iatitu pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Jadi, murid digalakkan untuk menuntut ilmu sebanyak atau sedalam yang
mungkin hinggalah mereka dewasa.
Antara perkara ilmiah yang boleh dibuat perkaitan dan diperkembangkan melalui
lagu tersebut adalah belajar operasi penambahan melalui pergerakan. Melalui nyanyian
yang kelihatan santai ini pada masa yang sama guru dapat melihat sama ada murid
melakukan perkara yang betul atau tidak semasa menyanyi. Misalnya ketika menyebut
nombor dua, guru harus memastikan murid menunjuk nombor yang betul menggunakan
jari. Jadi secara tidak langsung proses pembelajaran murid akan semakin mantap.
Selain itu, aktiviti ilmiah lain yang dapat dibuat adalah seperti mengadakan kuiz yang
berkaitan dengan lagu. Lagu tersebut berfokuskan matematik, jadi guru bolehlah
mengadakan kuiz matematik dengan tujuan menguji kefahaman murid.
6
Lagu ini turut mengandungi beberapa nilai murni yang amat baik untuk
diamalkan oleh murid. Antara nilai yang dapat dilihat di sini ialah, rajin. Hal ini dijelaskan
pada ayat “ilmu berguna hingga dewasa”. Ayat tersebut menerangkan bahawa
seseorang yang menimba ilmu dengan sebanyak mungkin tidak akan pernah rugi
kerana ilmu yang ada boleh digunakan sehingga ke akhir hayat. Misalnya dalam lagu
tersebut lebih berfokus kepada ilmu matematik kerana liriknya melibatkan pengiraan.
Secara amnya, bidang matematik merupakan satu bidang yang luas jangkauannya.
Ilmu matematik boleh dilihat dari pelbagai sudut, misalnya matematik digunakan
dalam urusan jual beli (wang), sudut dan ruang (keluasan sesuatu tempat) bentuk-
bentuk geometri (pembinaan bangunan) masa dan waktu dan juga sebagainya. Antara
nilai lain yang dapat ditafsirkan melalui lagu ini adalah nilai mengajak orang membuat
kebaikan. Hal ini jelas dapat dilihat dalam lirik lagu tersebut pada baris yang kelima iaitu
“Mari mengira bersama-sama”. Melalui lirik ini, murid mengajak rakan-rakannya untuk
belajar matematik. Jadi, murid akan sentiasa lebih didorong dan lebih bermotivasi untuk
belajar matematik kerana dengan adanya sokongan-sokongan luar seperti itu. Di
samping itu, nilai kerjasama juga merupakan antara nilai yang tersirat dalam lirik lagu
tersebut. Nilai kerjasama dapat dilihat apabila murid mengajak rakan mereka turut serta
menyanyi dan mengira bersama-sama. Sekiranya guru mengubah lirik lagu ke aras
yang lebih tinggi, contohnya pada lagu tersebut murid hanya mengira nombor hingga
lima dan guru menaikkan aras sehingga nombor sepuluh, maka murid akan
bekerjasama berbincang bersama rakan untuk mencari jawapannya. Justeru, secara
tidak langsung pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif dapat diterapkan di dalam
kelas.
Lagu tersebut boleh diajar secara kreatif dengan menggunakan pelbagai cara.
Antaranya, guru boleh meminta murid menyanyi sambil melakukan pergerakan.
Misalnya, “satu tambah satu cubalah kira”, guru boleh meminta muru menunjukkan
angka yang disebut semasa menyanyi. Jadi murid tidak akan merasa bosan kerana
mereka sentiasa berfikir dan bergerak. Selain itu, guru boleh juga meminta seorang
murid menulis jawapan di hadapan kelas sambil murid lain menyanyi. Di sini kita dapat
7
lihat, sama ada mereka sedar ataupun tidak, semasa mereka menyanyi mereka
sebenarnya sudah belajar asas dalam pengiraan. Aktiviti sebegini sudah tentunya
mampu mengekalkan isi pelajaran dengan lebih lama dalam ingatan murid. Selain itu,
antara aktiviti lain yang boleh dibuat oleh guru melalui lagu ini adalah dengan
menggunakan flash card. Guru boleh membuat flash card berbentuk seperti lolipop
yang mengandungi angka yang ada pada lagu tersebut. Setiap kali murid menyanyi
mereka boleh memilih dan mengangkat flash card itu sebagai jawapannya.
2.3 Lagu patriotik 1: Tanggal 31
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
8
2X
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka.
MERDEKA!
2.3.1 Huraian lagu
Lagu ini berjudul Tanggal 31 dan dinanyikan oleh Allahyarham Sudirman Arshad
pada tahun 1982. Lagu ini bertemakan kemerdekaan sesuai dengan tajuknya iaitu Hari
Kebangsaan negara kita. Jadi, tema lagu ini menyatakan bahawa tarikh Malaysia
mencapai kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957.
Rangkap pertama lagu ini menceritakan kemerdekaan kita merupakan satu
sejarah yang seharusnya dikenang dan diingati oleh setiap rakyat negara ini. Pada
rangkap yang pertama ini juga mengandungi perkataan sejarah yang membawa
maksud setiap rakyat haruslah memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan
pejuang-pejuang tanah air negara. Manakala pada rangkap yang kedua pula, lagu ini
menyatakan pada hari kemerdekaan tanah melayu jatuh pada 31 Ogos 1957. Setiap
kali tiba tanggal keramat ini, sambutan secara besar-besaran diadakan dengan tujuan
meraikan kemenangan negara ini mencapai status negera yang bebas daripada
penjajah. Justeru, pada tarikh ini rakyat Malaysia diminta supaya bergembira, serta
meraikan dengan penuh meriah. Hari ini dikatakan hari yang mulia dan bahagia kerana
sekiranya kita tidak mencapai kemerdekaan, rakyat jelata negara kita mungkin akan
terus dijajah oleh kuasa asing dan segala hasil ekonomi kita dikuasai oleh negara luar.
9
Pada ketika itu, kita hanya bagaikan lembu yang ditarik hidungnya. Justeru, lagu ini
meminta kita bersyukur akan kemerdekaan yang dicapai.
Rangkap ketiga lagu ini pula, meminta seluruh rakyat tanpa mengenal usia dan
jantina menyambut hari kemerdekaan. Hari kemerdekaan ini boleh disambut di mana-
mana sahaja. Sekiranya rakyat tidak dapat menyambut hari ini dengan meriah seperti
menghadirkan diri ke dataran merdeka dan sebagainya, kita masih boleh menyambut
dengan cara lain seperti menonton di televisyen sekeluarga dan menceritakan kepada
anak-anak tentang sejarah kemerdekaan negara kita. Selain itu, ibu bapa dirumah juga
boleh memasang bendera sebanyak yang mungkin dengan tujuan menyemarakkan lai
semangat kemerdekaan sesuai dengan baris terakhir lagu tersebut iaitu laungan penuh
semangat perkataan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali.
Antara perkara ilmiah yang boleh dibuat perkaitan berdasarkan lagu tersebut
adalah, mengaitkan situasi dunia zaman sekarang dengan zaman dahulu. Sebagai
contoh, guru boleh menceritakan kepada murid kehidupan masyarakat di negara ini
sebelum merdeka dan kemudian meminta murid membandingkan dengan kehidupan
yang mereka lalui pada zaman kini. Masyarakat dahulu hidup dalam keadaan yang
susah dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan masyarakat sekarang yang
hidup dengan penuh kemewahan, kecanggihan dan keselesaan. Melalui aktiviti seperti
ini, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan terjana dalam diri murid iaitu dengan
membuat perkaitan dua situasi kehidupan yang berbeza dan memberi pandangan
mereka terhadap perubahan zaman yang berlaku.
Antara perkara ilmiah lain yang boleh dibuat perkaitan adalah mengadakan bulan
kemerdekaan di sekolah. Aktiviti-akviti yang berkaitan boleh disediakan sepanjang
minggu itu seperti pertandingan bersajak, menyanyi, mengarang esei, berpantun dan
sebagainya yang berkaitan dengan kemerdekaan. Melalui aktiviti-aktiviti yang
terkandung dalam bulan tersebut, secara tidak langsung murid akan terdedah dengan
ilmu yang pelbagai mengenai kemerdekaan Malaysia. Justeru, murid akan dapat
mengaitkan pengalaman-pengalaman mereka pada bulan kemerdekaan itu dengan
10
mata pelajaran sejarah di sekolah dan hal ini segikit sebanyak menambahkan minat
serta memotivasikan mereka untuk belajar dan mengetahui dengan lebih dalam
mengenai kemerdekaan negara ini.
Antara nilai murni yang terdapat dalam lagu ini adalah bersyukur. Hal ini jelas
dapat kita lihat, lagu tersebut menyeru kita supaya menyambut hari kemerdekaan
dengan penuh meriah dan berjiwa merdeka. Oleh itu, setiap rakyat di negara ini
haruslah berjiwa bebas dari sebarang ancaman atau bahaya dan bukan lagi berjiwa
seperti dikongkong oleh mana-mana pihak kapitalis. Masyarakat negara kita juga
haruslah bersyukur kerana dapat hidup di negara ini dengan penuh aman dan makmur
jika di dibandingkan dengan negara-negara luar seperti Afghanistan, Iraq dan malahan
negara jiran seperti Thailand dan Indonesia pun tidak seaman negara kita. Kita bebas
dari sebarang ancaman kuasa luar, kita bebas dari malapetak dan bencana alam dan
kita bebas dari jenayah yang melampau.
Nilai lain yang boleh dilihat berdasarkan lagu tersebut adalah mengenang jasa.
Lagu ini membawa maksud tersirat bahawa dengan adanya pengorbanan daripada
perajurit-perajurit terdahulu, Negara kita dapat mencapai kemerdekaan pada tanggal 31
Ogos 1957. Pengorbanan yang tersangat besar itu seharusnya dihargai dan dalam
konteks seorang murid, murid haruslah menghargai jasa seorang guru yang telah
mendidik mereka hingga berjaya. Secara tidak langsung, nilai pengorbanan juga
diterapkan di dalam lagu. Perajurit terdahulu telah mengorbankan nyawa demi
mencapai satu kebebasan kepada generasi hadapan dan sebaggai seorang murid,
murid haruslah mengambil iktibar dan dijadikan contoh dengan berkorban masa dan
waktu demi mencapai kejayaan yang berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat.
Antara cadangan bagaimanan lagu tersebut bola diajar secara kreatif adalah
dengan melakukan aktiviti lakonan muzikal. Sebagai contoh, guru membahagikan murid
kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama diberikan watak-watak protagonis seperti
askar melayu dan masyarakat kampung. Manakalan kumpulan kedua diberikan watak
antagonis seperti tentera jepun, orang inggeris dan juga talibarut penjajah. Justeru,
11
melalui lakonan seperti ini, murid akan lebih jelas dan faham akan situasi yang berlaku
pada zaman dahulu. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan nyanyian berserta
pergerakan (action song). Murid akan menyanyi sambil melakukan pergerakan tertentu
yang sesuai dengan lirik. Misalnya pada frasa “tanggal 31” , murid boleh menyanyi
sambil menunjuk jari kanan tiga dan satu pada jari kiri. Begitulah pada baris-baris lagu
yang seterusnya.
Guru juga boleh menerapkan aktiviti seni visual berdasarkan lagu ini. Murid
diminta melukis sebarang objek yang berkaitan kemerdekaan seperti bendera Malaysia,
keris, tentera, kereta kebal dan sebagainya. Melaluinya, murid akan menjana pemikiran
yang lebih kritis berkenaan dengan kemerdekaan.
2.4 Lagu patriotik 2: Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama Negara
12
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan Negara
Keranamu negara Malaysia
Malaysia... Terima kasih Malaysia!
2.4.1 Huraian lagu
13
Lagu patriotik yang kedua dipilih berjudul Keranamu Malaysia. Lagu ini
bertemakan semangat rakyat dan rasa kesyukuran rakyat terhadap kehidupan yang
aman dan makmur di negara ini. Hal ini sesuai dengan perkataan “kerana mu” yang
sangat banyak diulang pada setiap baris. Suku kata ‘mu’ di situ merujuk kepada negara
kita Malaysia.
Rangkap pertama lagu ini menceritakan kehidupan manusia dari segi pekerjaan
pada masa kini sudah berubah berbanding dahulu. Sebagai contoh nelayan dahulu
hanya mengunakan sampan sendiri untuk mendapatkan hasil laut dan petani seperti
pesawah hanya mengetam padi secara sendiri menggunakan tangan. Tetapi hal ini
berbeza dengan situasi sekarang yang menggunakan alat yang lebih moden dan
canggih. Nelayan kini sudah menggunakan teknologi enjin manakala pesawah pula
sudah menggunakan mesin padi untuk untuk memungut hasil dengan lebih banyak.
Disebabkan lahirnya generasi yang semakin bijak pandai, maka wujudlah teknolgi yang
mampu menghasilkan pengeluaran yang lebih besar kuantitinya.
Rangkap kedua pula menceritakan tentang kehebatan negara Malaysia
melahirkan rakyat yang berintelek dan mampu menghasilkan kereta buatan sendiri.
Dengan lahirnya jenama tempatan seperti proton, hal ini telah menunjukkan negara kita
mampu menandingi negara-negara dunia kelas pertama lain tidak lama lagi. Tidak
mustahil jenama kereta tempatan negara ini akan popular dan banyak diperkatakan di
serata dunia. Rangkap ketiga pula menerangkan bahawa kecanggihan dunia teknologi
pada masa kini. Kemudahan internet di negara kita semakin meluas dan oleh yang
demikian setiap lapisan masyarakat sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar
dapat saling berhubungan antara satu sama lain.
Perkhidmatan internet di hujung jari seperti ini memudahkan masyarakat dalam
pelbagai uurusan harian disamping membantu dalam memberi informasi terkini kepada
setiap individu. Rangkap keempat pula menerangkan tentang mesej ingin berterima
kasih kepada pemimpin-pemimpin negara kita yang telah sedaya upaya memajukan
14
dan memakmurkan negara. Disebabkan kemajuan dan kemakmuran yang diciptalah
rakyat dapat merasai keselesaan yang sempurna di negara ini. Manakala pada rangkap
yang terakhir pula mengisarkan tentang kesanggupan rakyat untuk berkorban apa
sahaja demi kemakmuran negara. Misalnya, pihak polis dan tentera siap sedia
berkorban jiwa dan raga untuk mempertahankan negara, barisan pemimpin yang
sentiasa berkorban masa dan tenaga dan tidak ketinggalan juga warga pendidik yang
tidak jemu mencurahkan ilmu demi melahirka generasi yang maju dan berdaya saing.
Antara perkara ilmiah yang boleh dibuat perkaitan berdasarkan lagu ini adalah
guru mengaitkan sikap murid zaman sekarang dengan sikap yang sepatutnya ada pada
diri murid. Sebagai contoh, guru boleh melakukan soal jawab mengenai bagaimana
Malaysia mencapai kemerdekaan, apakah kejayaan Malaysia, mengapakah Malaysia
berjaya, mengakap kita hidup dengan selesa dan sebagainya. Hal ini kerana murid
pada zaman sekarang semakin kurang nilai menhargai sumbangan negara terhadap
rakyat. Contohnya, negara kita telah menyediakan pendidikan rendah dan menegah
secara percuma, namun masih ada murid atau pelajar yang masih tidak bersyukur
dengan nikmat yang diberikan lalu mereka tidak mengadirkan diri ke sekolah atau
dengan kata lain ponteng. Jadi, guru haruslah bijak membuat perkaitan antara lagu ini
dengan diri murid supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka sedang lakukan.
Antara nilai murini yang boleh dikenal pasti berdasarkan lagu ini adalah nilai
kesyukuran. Murid digalakkan untuk bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang.
Telah banyak nikmat yang dikecapi seperti hidup yang aman dan selesa, pendidikan
yang percuma, bantuan biasiswa dan sebagainya. Rakyat seharusnya bersyukur dan
menggunakan nikmat yang diberi tersebut untuk membuahkan hasil yang baik yang
mampu menjadi tonggak dan memacu kemajuan negara.
Nilai lain yang boleh dikenal pasti adalah nilai cinta akan negara, taat setia
kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk negara. Nilai-nilai ini jelas
ditunjukkan pada rangkap yang kelima iaitu pada ayat “keranamu nyawa
dipertaruhkan”, “keranamu rela kami berjuang” dan juga “demi bangsa kedaulatan
15
negara”. Lagu ini menggesa rakyat supaya menanamkan semangat cinta akan negara
dan sanggup berjuang demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Dalam konteks guru dan murid di sekolah, guru haruslah menerapkan nilai-nilai
seperti ini dengan sentiasa berpesan supaya tidak melakukan sebarang perkara yang
negatif. Misalnya sewaktu lagu negaraku dinyanyikan, murid harus berhenti dan jika
ternampak ada bendera Malaysia yang terjatuh, murid haruslah mengambilnya dan
meletakkannya di tempat yang sesuai. Perkara-perkara sebegini sudah cukup
menunjukkan integriti seorang murid dalam menghormati negaranya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan kreatif berdasarkan lagu ini adalah,
guru boleh merancang rancangan pengajaran harian yang kreatif dengan menerapkan
unsur seni dalam pendidikan seperti melakukan pergerakan atau Action Song sambil
menyanyikan lagu tersebut bersama pelajar. Alat bantu mengajar seperti penggunaan
peti suara (speaker) juga boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti di dalam kelas
menjadi lebih menarik apabila ianya disertakan dengan audio. Penggunaan alat bantu
mengajar seperti bendera Malaysia juga menarik untuk digunakan semasa pergerakan
dilakukan.
16
3.0 Lukisan cerita kanak-kanak
17