7UNIT 2
Islam sebagai peradaban dan tamadun
Sumber tamadun
Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tamadun
tersebut. Dalam konteks tamadun manusia, terdapat empat sumber iaitu:
Tamadun yang bersumberkan material atau kebendaan seperti
bangunan-bangunan. Contohnya, Tamadun Rom seperti
Colosseum, Pantheon dan Circus Maximus.
Bersumberkan
kebendaan
Tamadun yang bersumberkan intelektual iaitu pencapaian akal
fikiran yang tinggi. Contohnya, karya Pythagoras (580 – 500
SM), Plato (427 – 347 SM) dan Aristotles (384 – 322 SM).
Bersumberkan
akal fikiran
Tamadun yang bersumberkan mistik atau kerohanian.
Contohnya, Tamadun Mesir dan Tamadun India.
Bersumberkan
kerohanian
Tamadun yang bersumberkan wahyu Allah. Contohnya,
Tamadun Islam.
Bersumberkan
wahyu
Oleh itu, anda dapat lihat keempat-empat sumber sesebuah tamadun iaitu
kebendaan, akal fikiran, kerohanian dan wahyu telah menjadi sumber asas dalam
memanifestasikan kewujudan tamadun-tamadun agung yang muncul sepanjang
sejarah ketamadunan manusia.
Aktiviti 2.1
Nyatakan sumber-sumber tamadun.
1. ________________________________________________
2. ________________________________________________
3. _______________________________________________
4. ________________________________________________