Download - RPH lontar peluru T1
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh :9 Februari 2011 Tingkatan : Tingkatan 1
Hari :Rabu Bilangan Pelajar : 33 orang
Masa :7.45 am – 8.25 am Jantina : Lelaki dan perempuan
Tunjang pembelajaran : Kemahiran
Bidang pembelajaran : Olahraga/acara padang
Unit/fokus pembelajaran : Kemahiran asas lontar peluru
Focus pembelajaran : Teknik lontaran Parry O’Brien/membelakang
Pengalaman sedia ada murid:- Pelajar telah membuat rujukan daripada buku teks terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan arahan guru pada akhir sesi pengajaran yang lepas.
- Pelajar juga telah mengenali acara Lontar Peluru semasa sekolah rendah.
Objektif Pembelajaran : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan diharapkan pelajar dapat;
Psikomotor : 1. Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik melontar peluru gaya Parry O’brien tanpa peluru dengan
betul.
2. Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik melontar peluru gaya Parry O’brien dengan betul.
Kognitif : 1. Menerangkan secara lisan 3 daripada 4 teknik melontar peluru gaya Parry O’brien dengan
kedudukan yang betul.
2. Menyatakan 4 daripada 5 kesilapan yang biasa dilakukan semasa melakukan kemahiran melontar
peluru.
Afektif : 1. Pelajar menunjukan sifat keprihatinan kepada aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti.
: 2. Menunjukan sifat tolenrasi dan kesungguhan semasa melakukan aktiviti.
Stategi mengajar : Stail A- arahan dan Stail E-peningkatan
KBKK/Nilai/Kemahiran : Menganalisis setiap pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti pegangan dan lontaran dilakukan.
Persedian murid : alat tulis dan buku nota.
Persediaan guru : Kon besar (8), kon kecil (20), peluru (8), pita ukur (1), bola softball (17), pancang kayu (12) dan ABM.
Fasa/masa Aktiviti Maklumat P&P Organisasi Catatan
PERMULAAN
1.Pengenalan
( 2 minit )
Penerangan guru - Guru memberitahu murid bahawa mereka
akan belajar teknik pegangan dan lontar
peluru gaya Parry O’Brien/membelakangi
dengan berpandukan carta yang
disediakan.
- Guru membahagikan pelajar kepada 4
kumpulan.
ABM
-carta
-stand
-peluru
-bola
tennis
-frisbee
2.Memanaskan
badan
( 5 minit )
1. Meningkatkan
suhu badan dan
menyediakan
badan (otot)
untuk melakukan
aktiviti.
2. Bermain
permainan
“Frisbee”
3. Aktiviti regangan
Prosedur
- Guru memberikan setiap kumpulan 1
frisbee.
- Pelajar memanaskan badan dengan
permainan Frisbee.
- Regangan dari bahagian kepala hingga ke
bahagian kaki.
- Pelajar membentuk bulatan dalam
kumpulan dan seorang daripada mereka
menjadi ketua.
PERKEMBANGAN
(15 minit)
Tunjuk cara dan
penerangan guru (teknik
pegangan dan
kedudukan peluru).
- Setiap pelajar
dibekalkan satu
kad tugasan
untuk melihat
tahap
peningkatan
pelajar.
- Melalui kad
tugasan tersebut
pelajar dapat
mengenalpasti
kesalahan-
kesalahan yang
mungkin telah
- Guru menunjukan teknik dan kedudukan
peluru kepada pelajar.
a) Gambarajah teknik pegang peluru
Letakkan peluru dibahagian pangkal tiga
jari yang terpanjang atau keseluruhan jari-
jari.
Regangkan sedikit jari-jari.
Pastikan peluru tidak berada pada tapak
tangan.
b) Gambarajah teknik pegang peluru dileher
sebelum peluru dilontar.
dilakukan dalam
melakukan
teknik-teknik
melontar peluru.
Bawa peluru ke leher, sedikit bawah
daripada dagu.
Suku menghala keluar badan dengan
pangkal lengan membuat sudut 45 darjah
dengan badan.
Guru menyatakan otot yang terlibat dalam lakuan
lontar peluru.
Pectoralis major
Bicep
Triceps
Deltoid
Trapezius
Pelajar mengaplikasikan teknik pegangan yang
ditunjukkan oleh guru.
Guru menunjukkan kepada pelajar teknik
melontar peluru gaya Parry O’Brien.
Fasa 1
Lakuan Sedia
Pelontar berdiri membelangkan arah
lontaran.
Kaki bebas diangkat ke atas sambil
bahagian badan dibongkokkan ke
hadapan sehingga selari dengan tanah.
Fasa 2
Lungsuran
Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan
dijengketkan ( lutut dibiarkan bengkok ) ke
belakang.
Serentak dengan pergerakkan ini, kaki kiri
ditendang ke bahagian hadapan bulatan.
Badan pelontar ketika ini masih dalam
keadaan condong.
Fasa 3
Kilasan Badan
Kilasan dilakukan pada akhir pergerakan
lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki
kiri) telah bertapak di belakang papan
penahan, badan pula mula mengilas ke
atas dan ke hadapan.
Lungusuran dan kilasan badan hendaklah
dilakukan sebagai satu pergerakkan yang
terus menerus supaya tidak menjejaskan
pengumpulan daya untuk membuat
lontaran.
Fasa 4
Lontaran, ikut lajak dan pulihan
Memusingkan bahu dan pinggang ke arah
lontaran.
Menolak peluru keluar sekuat hati
mengikut lajak sehingga kepada
kedudukan pulihan.
Melepaskan peluru dan membiarkan
badan dalam keadaan relaks.
Latihan Ansur Maju
1. Pelajar bergerak bebas melakukan
membuat latihan ansur maju 1 – 4 tetapi
dengan arahan daripada guru.
Latihan Ansur Maju 1.
1. Pelajar berdiri menghadap ke arah
kawasan lontaran dan melakukan gaya
lontaran menggunakan bola tennis
(melontar dari kedudukan berdiri).
Latihan Ansur Maju 2.
1. Pelajar berdiri dengan bahu kiri
dihadapkan ke arah kawasan lontaran.
Kaki diregangkan.
2. Putarkan bahu kiri ke kanan sambil
merendahkan badan.
3. Berat badan dipusatkan di kaki kanan
(belakang)
4. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak
(sudut 45 darjah).
Latihan Ansur Maju 3.
1. Pelajar berdiri merusuk di bahagian
bulatan/hadapan sambil bola tennis
diletakkan pada leher.
2. Pelajar melakukan gaya lontaran merusuk
ke hadapan dengan bergerak ke hadapan
(ketingting) dengan menggunakan kaki
kanan.
3. Kilaskan badan sambail melakuakan gaya
melontar.
Latihan ansur Maju 4.
KEMUNCAK
(15 minit)
Pelajar mengaplikasikan
teknik Parry O’Brien
dengan menggunakan
peluru sebenar dan
menandakan kad
tugasan yang telah
diberikan setelah selesai
melakukan 3 kali
lontaran.
1. Pelajar berdiri dengan membelakangi
kawasan lontaran.
2. Badan dicondongkan ke hadapan
sehingga badan berada di atas kaki
kanan.
3. Pelajar melungsur selangkah ke
belakang, mengilas dan melontar.
Aplikasi teknik Parry O’ Brien
1. Pelajar mengaplikasikan teknik lontaran
gaya Parry O’Brien.
2. Pelajar dibahagikan kepada 2 hingga 4
kumpulan oleh guru.
3. Setiap pelajar akan melakukan 3 kali
percubaan di dalam bulatan sebenar.
4. Pelajar diminta untuk mengisi kad tugasan
yang diberikan.
PENUTUP
(3 minit)
Menyejukkan badan
Refleksi bersama
pelajar.
Pelajar melakukan PNF (Proprioceptive
Neuromuscular Facilitation) secara berpasangan.
Guru menunjukan cara PNF yang betul.