Download - Proposal nyonye
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK M/SURAT
1.0
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Masalah Kajian
1.6 Persoalan kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Hipotesis Kajian
2-8
2.0 BAB 2 SOROTAN LITERATURE 9-11
3.0 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Kaedah Kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Populasi Kajian
12-16
4.0 BAB 4 HASIL KAJIAN 17
5.0 BAB 5 KESIMPULAN 18
Bibliografi 19
2
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)1, Baba adalah keturunan Cina
yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan
kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya.
Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)2 lagi, Nyonya pula adalah
panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami, iaitu
perempuan Cina dari golongan Baba. Keturunan Baba Nyonya ini lahir hasil daripada
perkahwinan campur antara kaum Cina dan kaum Melayu.
Menurut Baba Koh Kim Bok (2013)3 masyarakat Baba Nyonya merupakan
kaum minoriti yang terkenal di Melaka. Masyarakat ini mempunyai keunikan yang
tersendiri apabila mereka mengasimilasikan budaya Cina dan Melayu dalam budaya
mereka. Oleh itu, cara hidup mereka mempunyai banyak persamaan dengan budaya
Melayu dan juga budaya Cina. Pertalian darah dengan orang Melayu ini menyebabkan
mereka mempunyai tempat yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Melayu.
Secara ringkasnya, ciri dan identiti masyarakat Baba dan Nyonya dapat
dibezakan dengan masyarakat etnik lain melalui budaya berpakaian, makanan, pesta
dan perayaan, kesenian, bahasa dan tulisan, kepercayaan dan agama serta adat
perkahwinan. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang
merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu,
1 Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 90
2 Ibid.
3 Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat
Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di
Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
3
mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien yang merupakan bahasa keturunan
mereka. Pertuturan mereka juga wujud percampuran antara Hokkien dan Melayu
umpamanya "mana lu mau pergi, "ini gua punya", "mak mana, mak ada loteng tidur", Hai
yaa hujan lebat, tak pi tutup jendela,". Selain itu, Baba Nyonya juga masih mengekalkan
kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan Tahun
Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama
Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.
Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi
masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka
seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan cara makan
orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan.4
Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan
masyarakat Baba, tetapi mereka masih mengekalkan amalan asal-usul mereka.
Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kedua-dua pengantin
memakai pakaian yang indah dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina
tradisional serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional
Cina. Walau bagaimanapun, kesan modenisasi di abad 21 ini telah meninggalkan sedikit
demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih
diamalkan.
1.1 Latar Belakang
Masyarakat Baba Nyonya telah wujud di Melaka sejak abad kelima belas lagi. Menurut
sejarah, Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dengan negara China sejak
kurun ke-15 yakni ketika pelabuhan Melaka dibuka pada 1402 M.5
4 Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press. Hlm. 27.
5 Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm. 69.
4
Rombongan Laksamana Cheng Ho telah diutus bagi menguatkan hubungan
perdagangan. Selain itu, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada Sultan untuk
mengahwini Puteri Hang Li Po tersebut, maka berlakulah perkahwinan campur di
kalangan pemerintahan apabila Puteri Hang Li Po dari China berkahwin dengan Sultan
Mansur Syah.6
Selepas itu, asimilasi ini terus berlaku apabila ramai pedagang dari China
berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum Cina ini kebanyakannya berasal dari wilayah
Hokkien, mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya
berkahwin dengan wanita tempatan dan membina generasi mereka.
Sehingga hari ini keunikan etnik Baba Nyonya boleh dilihat di Perkampungan
Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock Bandar Raya Melaka Bersejarah.
Muzium Warisan Baba dan Nyonya juga terletak berdekatan. Bangunan Muzium ini
merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Generasi Baba
Nyonya ini bagaimanapun tinggal merata di seluruh Melaka terutamanya di kawasan
perkampungan di pinggir bandar.
1.2 Permasalahan Kajian
Menurut Baba (2013), cara hidup masyarakat tradisi Baba Nyonya Melaka sangat
berkaitan dengan gaya hidup Melayu. Malahan mereka menjunjung kesenian budaya
Melayu Melaka seperti berpantun, berdondang sayang, mengunyah sirih dan turut
mengajar anak mereka pantang larang Melayu seperti dilarang menyampuk bila orang
tua sedang berbual, dilarang menggoyangkan kaki ketika duduk dan dilarang keluar
rumah tanpa izin.
6 Ibid. Hlm. 70.
5
Namun begitu, menurut beliau lagi, kecenderungan golongan muda generasi
di abad 21 ini tidak lagi berminat menonjolkan identiti sebagai Baba Nyonya. Misalnya
golongan muda ini tidak lagi gemar memakai kebaya, bersanggul dan memakai kasut
manik kebanggaan Baba Nyonya. Soal perkahwinan pula, mereka gemar mencari
pasangan sendiri berbanding menanti calon pilihan keluarga yang menjadi adat mereka.
Hal ini menyebabkan berlaku lagi perkahwinan campur dalam kalangan
masyarakat Baba Nyonya apabila mereka berkahwin dengan etnik lain. Hal ini juga
menyumbang kepada penyebab terhakisnya identiti dan budaya Baba Nyonya hari ini.
Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengetahui halatuju budaya dan adat
masyarakat Baba Nyonya tradisi dalam menghadapi abad 21 ini. Selain itu, kajian ini
juga terarah untuk mengukur sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan
adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan arus kemodenan dan hanya diamalkan oleh
generasi terdahulu sahaja. Selain itu, kajian ini juga mengukur tahap penghayatan dan
pengetahuan generasi muda mengenai adat tradisi peranakan Baba Nyonya di Melaka.
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif yang terkandung dalam kajian ini adalah:
i. Mengenal pasti budaya dan adat masyarakat tradisi Baba Nyonya di Melaka.
ii. Mengukur tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat peranakan
Baba Nyonya di Melaka.
iii. Menjelaskan kepentingan pengekalan ciri dan identiti masyarakat minoriti
tersebut.
6
1.4 Kepentingan Kajian
i. Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih mendalam
lagi tentang adat tradisi yang diamalkan masyarakat peranakan Baba Nyonya di
Melaka.
ii. Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya generasi muda masyarakat
peranakan Baba Nyonya di Melaka agar menghargai dan mengekalkan adat dan
tradisi mereka agar tidak terhakis pada masa akan datang.
iii. Kajian ini juga bersesuaian pada masa kini kerana generasi senior yang
mengamalkan adat Baba Nyonya masih hidup dan mampu memberi sumbangan
kepada kajian ini untuk dijadikan sumber primer.
iv. Kajian ini juga penting dalam industri Kebudayaan dan Kesenian Negara.
v. Penyelidikan ini penting kepada generasi baharu Baba dan Nyonya supaya
mengetahui apakah amalan dan pegangan masyarakat Baba dan Nyonya dahulu
yang diambil daripada masyarakat Melayu.
1.5 Masalah Kajian
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan etnik dan integrasi dalam
masyarakat majmuk Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pengkaji dalam menjalankan kajian.
i. Kurangnya sumber rujukan daripada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu
menyebabkan rujukan perlu terjemah di dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana
penulis yang pakar dalam bidang ini berasal dari keturunan baba dan
menerbitkan buku dalam bahasa Inggeris.
7
ii. Selain itu, sukar bagi pengkaji membezakan etnik cina dan etnik baba nyonya
ketika mengedarkan borang soal selidik kerana etnik Baba Nyonya mempunyai
paras muka seperti Cina juga.
1.6 Persoalan Kajian
Soalan penyelidikan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah:
i. Apakah ciri budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi di Melaka?
Pakaian
Bahasa pertuturan seharian
Agama dan kepercayaan
Masakan dan makanan
Sambutan dan perayaan
ii. Adakah mereka masih mengekalkan adat dan tradisi tersebut sehingga hari ini?
Sangat tidak setuju (STS)
Tidak setuju (TS)
Tidak pasti (TP)
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)Setuju
iii. Berapa ramaikah generasi muda daripada etnik ini yang masih mengekalkan ciri
dan identiti tersebut?
8
1.7 Skop Kajian
Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Melaka merupakan satu-
satunya negeri yang mempunyai kolonis terbesar masyarakat unik ini. Oleh itu, kajian ini
telah memfokuskan tentang ciri-ciri, identiti budaya dan adat masyarakat peranakan
Baba Nyonya di Melaka serta menilai tahap pengamalannya sekarang. Melalui kajian ini,
kita dapat mengenal pasti aspek budaya yang semakin dilupakan oleh golongan minoriti
ini.
1.8 Hipotesis Kajian
Adat dan budaya tradisi masyarakat Baba Nyonya kurang diamalkan oleh generasi abad
21.
9
BAB 2
SOROTAN LITERATURE
Kajian mengenai Baba Nyonya ini tidak terlalu banyak dibincangkan sejak 10 tahun
kebelakangan ini. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat oleh penulisan
luar negara dan dalam negara berkenaan dengan topik Baba Nyonya ini.
Menerusi jurnal Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (2010),7 beliau memetik
kata-kata Louis Wirth (1945), yang menganggap komuniti Cina di kawasan kampung
tebing Sungai Kelantan sebagai kelompok yang berasimilasi kerana mereka bukan
sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan seharian, malah, corak
pakaian mereka seperti pakaian orang Melayu dan juga kerana kebanyakan aspek
kehidupan mereka lebih mirip kepada kehidupan orang Melayu setempat. Malah mereka
menggelarkan diri mereka sebagai ‘orang Cina-Melayu.’ Kajian beliau telah
membuktikan bahawa masyarakat Baba Nyonya di Kelantan masih lagi menggunakan
bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.
Pendapat beliau boleh disahkan lagi dengan hasil kajian yang dibuat oleh
beliau dalam Jurnalnya Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan
Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia.8 Berdasarkan kajian yang dibuat di
Kampung Bukit Katil dan Umbai Melaka pada 2009, beliau menyimpulkan bahawa
masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan budaya dan cara hidup Baba
7 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010). Elements of Language
and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6,
No. 6; June 2010.
8 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara Hidup Kemelayuan
Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.
10
Nyonya. Namun begitu, data yang dikutip menunjukkan pengekalan budaya ini hanya
terhadap kepercayaan pantang larang, makanan, seni bina kediaman dan sistem
mengurus kematian. Sebaliknya terdapat tradisi yang semakin dilupakan seperti
dondang sayang, berpantun dan berpakaian.
Pendapat mengenai ancaman budaya dan tradisi baba Nyonya ini juga telah
diutarakan sendiri oleh Encik Baba Koh Kim Bok selaku Presiden Badan Kesenian Baba
Nyonya Negeri Melaka semasa Seminar Wacana Peranakan diadakan di Melaka pada
2013. Menurut beliau, hari ini, hanya sebilangan kecil orang Baba Nyonya yang
mengamalkan budaya ini. cara pemakaian dan hiasan yang digunakan dalam upacara
adat semakin berkurangan. Hanya segelintir keluarga yang masih menyimpan alat dan
kelengkapan tradisi mereka dan dijadikan barang antik. Perkakasan rumah seperti
pinggan dan mangkuk yang diperbuat daripada porselin yang cantik dan unik juga tidak
lagi dimiliki oleh semua. Harga untuk mendapatkan barang tradisi seperti baju kebaya
dan kasut manik pula mahal dan mencecah ratusan ringgit. Selain itu, beliau turut
mendakwa bahawa terdapat segelintir masyarakat Baba yang sanggup menjual rumah
pusaka mereka.
Dalam seminar yang sama, Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong daripada Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia juga ada
membentangkan kertas kerjanya.9 Menurut beliau, masyarakat peranakan Baba Nyonya
Melaka adalah etnik asal yang membentuk masyarakat peranakan atas faktor sejarah
dan demografi. Namun begitu, terdapat generasi yang menamatkan etnik peranakan ini
apabila berkahwin dengan etnik Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu
sepenuhnya dan ada yang berkahwin dengan etnik cina dan tidak lagi mengamalkan
budaya Baba Nyonya ini. Menurut beliau lagi, terdapat perbezaan tahap kesedaran
9 Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan Pemeliharaan Budaya dan
Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka
pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
11
masyarakat peranakan yang tinggal di bandar dengan masyarakat peranakan di
kawasan kampung. Etnik peranakan di kawasan kampung ini lebih cenderung
mengekalkan amalan tradisi nenek moyang mereka kerana suasana kampung yang
kurang dipengaruhi oleh ancaman globalisasi.
Selain itu, terdapat juga beberapa buku yang mengetengahkan adat dan
budaya masyarakat Baba Nyonya ini. Misalnya dalam penulisan Jonny Chee (2008),10
beliau telah menyampaikan beberapa buah pantun Baba Nyonya yang semakin
dilupakan oleh generasi hari ini. Irama pantun Baba Nyonya tersebut nampak unik
apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Hokkien dalam penyusunan
pantun. Beliau juga mengulas tentang kepentingan pengekalan adat berpantun ini dan
beliau membuat perbandingan adat pemakaian busana pengantin masyarakat Baba
Nyonya dahulu dengan sekarang yang lebih moden dan ala barat.
Oleh itu, budaya dan adat tradisi Baba Nyonya ini masih diamalkan oleh segelintir
masyarakat etnik ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung.
Namun begitu, budaya mereka turut menerima ancaman apabila berlaku asimilasi.
10
Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources. Hlm. 84.
12
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan tinjauan awal berbentuk kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal
pasti tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat Baba Nyonya dalam
kalangan masyarakat etnik tersebut di abad 21 ini.
3.2 Kaedah Kajian
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam mengutip data
dan mencari maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Antaranya adalah:
3.2.1 Pemerhatian ikut serta: Kaedah ini dijalankan secara langsung semasa melawat
ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang
dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kajian ini.
3.2.2 Temu bual: Kaedah ini digunakan semasa meninjau corak kehidupan responden di
kawasan kajian. Beberapa soalan temu bual di ajukan yang berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap pengamalan budaya dan identiti kelompok mereka sendiri
terhadap penerimaan dan mengamalkan budaya Baba Nyonya. Temu bual tidak
berstruktur dijalankan kepada golongan tua dan muda.
3.2.3 Keperpustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan
buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi membantu kajian.
3.3 Instrument Kajian.
3.3.1 Soal Selidik: Instrumen kajian dengan menggunakan borang soal selidik lebih
praktikal dan berkesan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan
13
kebenaran gerak balas yang diberi oleh sampel. Ini kerana jawapan yang diberikan tidak
dipengaruhi oleh tingkah laku ataupun sikap penyelidik. Oleh itu, borang soal selidik
telah dibentuk bagi mengutip data. Borang tersebut akan di edarkan secara rawak
kepada penduduk di kawasan kajian. Borang soal selidik terbahagi kepada dua
bahagian.
Borang 1: Beberapa soalan tidak berstruktur diberikan bagi menguji tahap pengetahuan
mereka terhadap adat tradisi Baba Nyonya. Soalan mudah ini berkaitan dengan budaya
mereka.
Apakah nama pakaian tradisional yang dipakai oleh Baba dan dipakai oleh Nyonya?
Bahasa pertuturan seharian masyarakat Baba Nyonya adalah ?
Agama dan kepercayaan tradisional Baba Nyonya pada asalnya adalah ?
Senarai kan beberapa jenis makanan tradisional Baba Nyonya?
Nyatakan sambutan dan perayaan yang menjadi tradisi masyarakat Baba Nyonya?
Tuliskan sebuah pantun yang anda masih ingat.
Borang 2: Beberapa soalan berstruktur akan diajukan bagi menilai tahap pengamalan
adat tradisi Baba Nyonya dalam kalangan masyarakat. Setiap item soal selidik pada
bahagian ini akan menggunakan sistem Skala Likert lima peringkat yang berbeza bagi
menunjukkan tahap persetujuan responden daripada ekstrem yang negatif ke ekstrem
positif. Misalnya dalam jadual 1 di bawah.
Skor 1 = Sangat tidak setuju (STS)
Skor 2 = Tidak setuju (TS)
Skor 3 = Tidak pasti (TP)
Skor 4 = Setuju (S)
Skor 5 = Sangat Setuju (SS)
Jadual 1
14
Skala jenis ini memberi pilihan daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang
lain dengan memberi jawapan tidak pasti di tengahnya. Skala Likert dikatakan
mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kelebihan berbanding
skala-skala lain. Dalam soal selidik ini, responden dikehendaki memberi jawapan
dengan memilih salah satu daripada lima aras persetujuan terhadap item-item yang
dikemukakan. Pembahagian skor mengikut lima aras persetujuan adalah seperti berikut:
Setiap jawapan kemudiannya dikodkan semula daripada lima pilihan kepada
tiga pilihan sahaja. Jawapan bagi skor 1 dan 2 digabungkan menjadi tidak setuju,
jawapan bagi skor 3 kekal sebagai tidak pasti dan jawapan bagi skor 4 dan 5 diambil kira
sebagai setuju. Ia bertujuan untuk memudahkan analisis data dilakukan. Antara contoh
Jadual penggunaan skala likert dan borang soalan soal selidik yang digunakan adalah
seperti di bawah:
SKALA 1 2 3 4 5
ITEM SOALAN BILANGAN RESPONDEN
1 Saya selalu bangga menjadi etnik Baba Nyonya apabila ditanya umum.
2 Saya mengamalkan adat tradisi Baba Nyonya dalam kehidupan saya di mana saya berada.
3 Saya seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup
15
moden.
4 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Melayu
5 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Cina
6 Saya masih menjaga rumah pusaka moyang kami.
7 Jika saya mahu berkahwin, saya akan berkahwin dengan pasangan pilihan keluarga.
8 Saya akan mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat moyang kami.
9 Saya sukakan pasangan daripada etnik Baba Nyonya
10 Saya tidak kesah asal usul etnik pasangan saya.
11 Saya mempunyai banyak koleksi baju tradisional Baba Nyonya.
12 Saya suka memakai baju tradisional dalam kehidupan seharian saya
13 Saya ada menyimpan koleksi kasut manik tradisional
14 Saya suka makanan tradisional Baba Nyonya
15 Saya pandai memasak masakan Baba Nyonya
16 Saya masih makan menggunakan tangan.
17 Saya beragama Buddha.
18 Saya masih mempercayai pantang larang tradisi keluarga saya.
19 Saya tidak akan keluar rumah tanpa keizinan keluarga
20 Saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu
16
3.3.2 Pita rakaman: Digunakan untuk merakam percakapan dan corak kehidupan
seharian masyarakat Baba dan Nyonya.
3.3.3 Penganalisisan Data SPSS: Data mentah yang diperoleh dipindahkan ke dalam
program SPSS. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan format mengikut kategori
penyelidikan yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kemudian graf bandingan
akan dibina.
3.4 Populasi Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih bandar Melaka sebagai tempat kajian.
Populasi yang dipilih adalah di kalangan mereka yang berketurunan Baba dan Nyonya.
Bidang kajian tidak mempunyai batasan umur dan jantina. Pengkaji hanya membataskan
kajian ini mengikut jumlah responden yang dipilih secara rawak. Kira-kira 70 orang
responden akan dipilih dari beberapa kawasan yang dikenal pasti mempunyai kelompok
masyarakat Baba Nyonya.
21 Saya juga pandai bertutur bahasa Hokkien
22 Saya pandai berpantun dan mahir membalas pantun
23 Saya juga pernah menyanyikan lagu dondang sayang
24 Saya prihatin terhadap adat dan budaya tradisi etnik saya
25 Saya selalu terlibat dalam program kesedaran terhadap budaya Etnik Baba Nyonya yang dianjurkan oleh NGO atau kerajaan.
17
BAB 4
HASIL KAJIAN
Merujuk kepada Hasil penyelidikan terdahulu telah menggambarkan bahawa masyarakat
Baba dan Nyonya telah mengekalkan budaya tradisi mereka yang condong kepada
budaya Melayu. Namun begitu, tidak sepenuhnya identiti ini dikekalkan. Terdapat juga
pendapat yang mendakwa bahawa identiti dan adat ini tidak lagi bertahan.
Percanggahan idea ini mungkin kerana tempoh kajian dilakukan pada waktu yang lama
dan dalam tempoh itu, generasi muda telah menerima pelbagai proses perubahan
budaya, adat dan identiti baharu.
Antara budaya yang semakin terhakis adalah budaya kesenian dan muzik.
Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau
keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu
kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik moden
telah mempengaruhi generasi kini. Penyelidikan terhadap unsur makanan Melayu dan
permainan tradisional Melayu mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih
menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Unsur masakan
kemelayuan masih kekal dalam masakan masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka lebih
gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis, dan sambal.
Namun begitu, kajian sebenar belum dijalankan dan data juga belum dikutip
bagi mengesahkan hipotesis awal kajian ini.
18
BAB 5
KESIMPULAN
Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap
sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah
diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka
kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat
Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi
kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam
sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu
sendiri.
Sehingga hari ini, Keturunan Baba dan Nyonya itu masih wujud terutamanya
di Melaka dan Pulau Pinang.11 Namun begitu, ciri dan identiti masyarakat Baba Nyonya
generasi pertama, kedua dan ketiga etnik peranakan tidak mampu dikekalkan oleh
generasi di Abad 21 ini atas beberapa faktor seperti modenisasi dan perkahwinan
campur dengan etnik lain. Hakikatnya, kebudayaan masyarakat Baba Nyonya ini
mempunyai keunikan yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya
budaya ini tidak pupus dalam jangka masa panjang kelak.
Dapat disimpulkan bahawa, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah
berasal dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina
yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan
masyarakat Baba. Pengamalan budaya ini pada hari ini masih ada tetapi tidak sekuat
generasi tradisi moyang mereka.
11
Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm. 4.
19
Bibliografi
Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa
Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba
Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah,
Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010).
Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya
Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6; June 2010.
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara
Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba
dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.
Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication
Sdn.Bhd.
Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources.
Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press.
Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan
Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar
Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di
Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.