Download - Power Point Edu 7 Feb
Pendemokrasian Pendidikan Di Malaysia
Pendemokrasian pendidikan adalah persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses
pengajaran dan pemelajaran yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara. Ini secara langsung bermaksud tidak harus wujud sebarang diskriminasi dalam bidang atau sektor pendidikan di semua peringkat individu atau masyarakat
Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar
Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat.
Manakala pendidikan pula yang dikaitkan dengan satu usaha adalah merupakan satu proses mendidik atau dididik (the act or process of educating or being educated) untuk memanusiakan manusia.
DEFINISI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKANPendemokrasian yang berasal daripada
perkataan demokrasi mempunyai beberapa definisi dan membawa pengertian yang amat luas.
Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.
Pendemokrasian Pendidikan
3.Menyediakan bilik darjah dan guru-guru terlatih yang mencukupi selaras dengan pertambahan penduduk.
4.Memastikan kanak-kanak memasuki sistem persekolahan dan mencapai tahap competency yang minimum mengikut peringkat-peringkat tertentu.
5.Menyediakan kemudahan asas pendidikan mengikut piawaian yang ditetapkan.
1.Menentukan tiada pelajar buta huruf dalam sistem pendidikan negara. 2.Mewujudkan pendidikan
umum selama 11 tahun.
6. Menentukan kadar penyertaan di tahap yang berikut:Sekolah Rendah : 100%Sekolah Menengah : 100%Sekolah Menengah Atas : 100%Lepasan Menengah (Tingkatan 6 : 60%Institusi Pendidikan Tinggi : 30%
7. Memastikan semua kanak-kanak memasuki sekolah pada umur 5 tahun.
8.Perlaksanaan Pendidikan Wajib di sekolah rendah. 9.Meritokasi
Pendemokrasian Pendidikan Juga Untuk :
Proses penyatuan antara kumpulan yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama, perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum.
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia.
Membentuk 1 bangsa Malaysia yg mempunyai identitinya sendiri berteraskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara.
Definisi Integrasi Nasional
Sekolah satu aliran
- Menggunakan 1 bahasa pengantar yang sama.
“Sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantara paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan”. - Prof Datuk Dr Kamaruddin-
- Melalui sekolah 1 aliran,pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat dengan menggunakan satu bahasa pengantar sahaja,malah murid pelbagai kaum berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing.- Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaum- kaum lain mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun berada di sekolah 1 aliran.
USAHA PENDEMOKRASIAN DALAM PENDIDIKAN
KEPENTINGAN ISU PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Melibatkan pengurus/ pentadbir pendidikan, masyarakat, guru dan pelajar.
1) Pengurus/Pentadbir pendidikan : Isu ini dijadikan asas dan sandaran dalam
membuat perancangan di mana matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.
2) Masyarakat :memberi kesedaran tentang kepentingan dan keperluan pendidikan supaya dapat meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan.
Masyarakat juga dapat berkongsi idea dalam menangani masalah pendidikan dan menjadi penyumbang kepada maklum balas terhadap keberkesanan sistem pendidikan.
3) Guru :Golongan penting dalam menentukan kejayaan perlaksanaan sesuatu perancangan.
Perlu memastikan setiap murid mendapat persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu.
4) Pelajar :Memberi kesedaran dalam jiwa pelajar tentang peluang yang disediakan oleh sistem pendidikan negara.
Pelajar harus sedar bahawa pendidikan adalah untuk masa depan mereka.
• Jadi pendemokrasian pendidikan dapat disimpulkan sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses P&P yang disediakan oleh sistem pendidikan di sesebuah negara tanpa wujudnya sebarang pendiskriminasian di semua peringkat individu atau masyarakat.
• Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan dapat disimpulkan sebagai keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia.