Download - Perlembagaan di Malaysia
-
Bab 6: Perlembagaan di Malaysia
Bab 6: Perlembagaan di Malaysia
-
Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah
negara. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara dan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintahan atau rakyat.
Mengandungi peruntukan-peruntukan umum: Corak pemerintahan negara Hak-hak asasi rakyat Kewarganegaraan Agama Bahasa Pilihanraya
Perlembagaan diteguhkan lagi dengan pelbagai dokumen tambahan dan sumber lain. Ia boleh dipinda mengikut perkembangan semasa.
-
Kedudukan Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa- undang-undang tertinggi
yang diperuntukan diperingkat persekutuan dan peringkat negeri.
Pada peringkat persekutuan, Parlimen yang diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk menggubal akta iaitu undang-undang peringkat persekutuan manakala diperingkat negeri, Dewan Undangan Negeri diberi kuasa menggubal enakmen iaitu undang-undang negeri.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan pembatalan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sekiranya undang-undang tersebut tidak dibuat mengikut peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Institusi mahkamah bertindak mengawal dan menjamin keluhuran perlembagaan.
Yang DiPertuan Agong mempunyai kedudukan istimewa sebagai ketua negara. Melalui konsep raja berperlembagaan, walaupun baginda merupakan ketua bagi ketiga-tiga badan utama kerajaan, kuasa baginda adalah tertakluk pada sekatan dalam perlembagaan.
Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
-
Bentuk2 perlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan yang dikumpul dan
disusun dalam satu surat.
Kukuh dan sukar dipinda kecuali
disebut dalam perlembagaan boleh
dipinda.
Parlimen boleh membuat undang-
undang yang tidak bertentangan
dengan kebebasan asasi.
Mahkamah mentafsir undang-
undang dan lindung perlembagaan.
Perlembagaan Tidak Bertulis
Meliputi semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul
dalam satu surat.
Contoh: Akta Parlimen dan
keputusan mahkamah.
-
Mewujudkan satu bentuk
pemerintahan yang adil. Fokus
pada tolak ansur antara kaum dari
segi hak istimewa, bahasa, agama
dan sebagainya.
Mengelakkan
penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah.
Mengawal pergerakan
kerajaan dan rakyat. Bagi
mengelakan dominasi
kuasa oleh satu pihak
sahaja.
Sebagai alat untuk
menyelesaikan masalah.
Menjadi rujukan dalam
menyelesaikan masalah dan
menjatuhkan hukuman.
Menjamin riwayat
negara bangsa.
Mengekalkan identiti
bangsa.
Menjamin keamanan dan
kestabilan negara.
TUJUAN
-
Agama Islam agama
rasmi
Pengasingan Kuasa
Demokrasi BerparlimenKebebasan Undang-
undang
CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Malaysia sebagai Persekutuan
Ketinggian Perlembagaan Raja Berperlembagaan
-
PROSIDUR PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui proses pindaan di Parlimen.
Pengubahsuaian pada Perlembagaan Malaysia diperlukan mengikut perubahan dan perkembangan keadaan semasa di dalam dan luar negara.
Syarat-syarat untuk membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan: Mendapat persetujuan dari 2/3 ahli dalam setiap dewan
Parlimen tanpa persetujuan luar. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah
dan Sarawak boleh dipinda dengan persetujuan lebih 2/3 ahli dalam tiap-tiap dewan Parlimen jika dipersetujui oleh mana-mana Yang DiPertua Negeri.
Perkara-perkara yang menyentuh mengenai raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan beberapa perkara sensitif perlu mendapat perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja sebelum mendapatkan persetujuan lebih 2/3 ahli setiap dewan dalam Parlimen.
-
Bahasa Agama
KewarganegaraanKedudukan Istimewa
Hak Asasi
PERUNTUKAN
UTAMA
-
Bahasa kebangsaan Kenapa dan bagaimana akhirnya Bahasa Melayu dipilih
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara? Kesesuaian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
mudah dipersetujui oleh semua pihak atas rasional berikut: Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua
Franca) di rantau ini sejak berabad-abad lamanya. Berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain, Bahasa Melayu
mudah dipelajari. Bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara. Menggunakan aksara (tulisan) rumi selain tulisan jawi. Mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang
mudah dieja
-
Agama Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Walau bagaimana pun agama-agama lain boleh dianuti oleh
rakyat dengan harmoni dan aman. Dalam Perlembagaan Malaysia diperuntukan bahawa negeri-
negeri yang mempunyai sultan atau raja, ketua agama Islam mereka adalah sultan atau raja berkenaan manakala tanpa sultan atau raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan, ketua agama Islam ialah Yang DiPertuan Agong.
Agama memainkan peranan memupuk nilai-nilai murni dikalangan rakyat.
-
Kewarganegaraan Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang
oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara. Kedudukan ini memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu.
Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang warganegara adalah: Berhak menjadi pemilih pilihanraya. Layak mengambil bahagian aktif dalam politik. Layak mengisi jawatan eksekutif yang dikhaskan untuk warganegara. Bebas memiliki hartanah serta layak dipertimbangkan keistimewaan
yang berhubung dengan pembangunan harta. Berhak menerima faedah dan kemudahan dalam negerinya termasuk
faedah kebajikan, pelajaran dan sebagainya. Bebas bergerak dalam seluruh negeri. Tidak boleh dibuang negeri.
-
Cont
Pendaftaran
Kuatkuasa
Undang-undang
NaturalisasiPercantuma
n wilayahKewarganegara
an
-
Cont Kehilangan hak warganegara:
Menjadi warganegara satu negeri asing. Menggunakan segala hak dan kemudahan dalam negeri lain. Seorang wanita menjadi warganegara negeri asing melalui
perkahwinan. Tidak lagi taat setia pada negara Malaysia. Berniaga/berhubung dengan negeri musuh. Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh lima tahun
berturut-turut setelah dia menjadi warganegara Persekutuan, dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan atau didenda tidak kurang RM 5,000.
-
KEDUDUKAN ISTIMEWA: Orang Melayu dan Pribumi Sabah dan
Sarawak Perlembagaan Malaysia mempunyai satu
peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara hak-hak istimewa orang Melayu dan diperluaskan kepada kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini melibatkan simpanan khas bagi orang Melayu dan bumiputera, beberapa kuota dalam: Pemegangan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Pemberian biasiswa Lapangan ekonomi (pengeluaran permit dan lesen)
-
Hak asasi Boleh digolongkan dalam dua kategori:
Kebebasan mutlak Kebebasan terhad
Hak-hak yang diperuntukkan hanya boleh diubah dengan majoriti dua pertiga dari jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan
Antara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan: Kebebasan diri Pengabdian dan kerja paksa Kesamarataan disisi undang-undang Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan Kebebasan beragama Kesamarataan dalam pelajaran Hak untuk berharta Perlindungan dari undang-undang jenayah