Download - Perbandingan Teori Perkembangan Bahasa
2.0 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori perkembangan bahasa dijelaskna dalam 2 Perspektif:
Perspektif Behavioris
Mengikut Ee Ah Meng (1996), perspektif behaviourisme dipelopori oleh John
B. Watson Di university John Hopkins, Amerika Syarikat pada tahun 1913. Selain
daripada J.B Watson, ahli-ahli behaviourisme yang lain ialah B.F. Skinner, I.P
Pavlov dan E.L. Thorndike.
Mereka yang mempercayai aliran bahaviorisme mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara asuhan, iaitu pemerolehan itu ditentukan oleh
persekitaran. Mereka yang mempercayai aliran ini, mengatakan manusia dilahirkan
seperi kain putih, atau suatu tabula rasa, yang seperti piring kosong tanpa apa pun.
Piring ini kemudian diisi oleh persekitaran kita, termasuk bahasanya. Oleh sebab itu,
pengetahuan apa pun yang diperoleh oleh manusia kemudiannya, adalah semata-
mata berasal dari lingkungannya.(Prof. Soenjono Dardjowidjojo ,2007:198)
Menurut Watson, kajian hendaklah bersifat lebih objektif iaitu hendaklah
berdasarkan sesuatu yang boleh dilihat secara nyata, seperti tingkah laku manusia.
Tingkah laku menurut Watson ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan
wujudnya rangsangan. Kedua-dua rangsangan dan gerak balas ini boleh dilihat. ( Ee
Ah Meng 1996)
Hal ini juga disokong oleh Mohd Salleh Lebar (1994:13) bahawa Watson
menyatakan persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan
personaliti dan pembelajaran seseorang. Beliau juga menyatakan tingkah laku yang
kompleks seperti pemikiran dan emosi dipelajari melalui kebiasaan. Dengan kata
lain, tingkah laku seseorang adalah digerak melalui unsur-unsur peneguhan dan
pengalaman yang dilalui seseorang.
Pavlov pula dikaitkan dengan pelaziman klasik. Dalam eksperimennya,
Pavlov menunjukkan bagaimana seekor anjing telah belajar membuat pertalian
antara bunyi loceng (rangsangan terlazim) dengan makanan, hinggakan anjing itu
akan mengeluarkan air liur (gerak balas terlazim) sebaik sahaja bunyi didengar. Hal
ini membuktikan kajian Pavlov dalam perkembangan bahasa kanak-kanak adalah
menekankan rangsangan untuk mendapatkan gerak balas . ( Ee Ah Meng 1996)
E.L Thordike merupakan salah seorang yang penting dalam perspektif ini
telah membuat penyelidikan bersistematik tentang konsep pelaziman instrumental,
Kajian beliau sebenarnya menunjukkan ada kaitan dengan proses pembelajaran
secara cuba jaya atau penyelesaian masalah. Dalam aspek kemahiran bahasa,
perspektif ini diaplikasikan iaitu murid-murid yang berjaya di dalam sesuatu
percubaan atau penyelesaian masalah akan diberi imbuhan atau unsur-unsur
peneguhan yang sesuai.
Pelapor moden pandangan ini seterusnya adalah seorang sarjana psokologi
benama Skinner, dari university Harvard. Bukunya Verbal Bahavior (1957), adalah
sebuah karya yang menumental dan sangat berpengaruh. Daripada eksperimen ini,
Skinner menyimpulkan bahawa pemerolehan kemahiran, termasuk kemahiran
menggunakan bahasa, didasarkan pada adanya perangsang (stimulasi), kemudian
diikuti dengan gerak balas. Apabila respons itu betul, maka subjek diberi hadiah.
Dan apabila salah subjek dihukum. Daripada proses pengulangan seperti ini
muncullah kemahiran. Hal ini disokong oleh Skinner ang menganggap bahasa
adalah kemahiran. Kepercayaan inilah yang menjadi dasar kepada amalan mengajar
bahasa dengan menggunakan latih tubi. Inilah bahagian penting dalam mengajar
bahasa asing dengan menggunakan kaedah lisan dan kaedah Pandang Dengar.
(Soenjono Dardjowidjojo ,2007:198)
2.2 Perspektif kognitif
Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam
suatu situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikologi
berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari
setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar
ketika memasuki akhir abad ke-20.
( Valmband, ( 2008 ), http://Valmband.multiply.com. )
Menurut Haliza Hamzah et.al (2008:65), Teori kognitif oleh Vygotosky ini
menekankan tentang peranan pemodelan.Contohnya kanak-kanak meniru
percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak
mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan
mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang
diteguhkan.
Menurut Vygotosky (1896) dalam buku Haliza Hamzah et.al
(2008:65), memandang bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial,
pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari
bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di sekeliling. Orang-orang
dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar sesuai dengan kefahaman
kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat
mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada
kanak-kanak untuk mempelajari bahasa
Perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif sentiasa berhubung kait
antara satu sama lain. Kanak-kanak yang sentiasa mempunyai keinginan untuk
mengetahui objek di sekitarnya akan mencari nama bagi berbagai-bagai objek yang
dilihatnya. Perbendaharaan kata cepat meningkat dan kanak-kanak dengan pantas
akan menyedari kegunaan bahasa dalam kehidupan. Kegiatan penaakulannya
memperoleh dasar bahasa dan perkataan-perkataan yang diperolehnya digunakan
untuk menaakul. Ini semua diperoleh melalui proses yang menghasilkan bahasa
dalaman, penaakulan berbahasa dan perkembangan konsep-konsep. Akhirnya
bahasa dan penaakulan berpintalan di peringkat makna (Luria, 1982). Flavell (1971)
mengusulkan perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif merupakan
fenomena yang sama.. (Mohammad Daud Hamzah, 1994)
Secara zahir, kanak-kanak menambahkan perbendaharaan kata dengan
cepat mengikut masa. Ibu bapa juga sentiasa mengutamakan kebenaran ujaran-
ujaran yang dikeluakan. Contohnya, jika seorang kanak-kanak melihat kambing dan
berkata ‘ Doggie lari’, ibunya akan menyusul dengan berkata ‘tidak itu kambing’. Jika
yang dilihat itu betul-betul anjing ibunya akan berkata ‘ha, betul! Itu doggie yang lari’
tetapi dalam penyelidikan tentang pemerolehan bahasa tidak pun didapati
pembinaan perbendaharaan kata sebagai proses utama. (Mohammad Daud
Hamzah, 1994)
Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif
merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh
bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai
keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar.
Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu
4 sehingga 5 tahun sahaja.
Vygostsky (1978) percaya perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi
kanak-kanak dengan orang dewasa dan rakan yang lebih berkemampuan. Orang –
orang ini yang membekalkan maklumat dan sokongan yang diperlukan dalam
perkembangan proses minda peringkat tinggi. (Azizi Yahaya et.al 2005).
Haliza Hamzah et.al (2008:65) juga menyatakan bahawa Kanak-kanak
menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak keperluan. Orang dewasa perlu
menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya
akan semakin meningkat daripada yang susah kepada yang kompleks. Guru dan
orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan
kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka
membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.
Vygotsky lebih banyak menekankan bahasa dalam perkembangan kognitif
daripada Piaget. Bagi Piaget, bahasa baru tampil ketika anak sudah mencapai tahap
perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa anak tergantung pada
tahap perkembangan kognitif saat itu. Namun, bagi Vygotsky, bahasa berkembang
dari interaksi sosial dengan orang lain. Awalnya, satu-satunya fungsi bahasa adalah
komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi selanjutnya anak
mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu
memecahkan masalah.
Vygotsky sangat dikenal sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang
memperkenalkan teori sosiobudaya. Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini
merupakan teori gabungan antara kognitif dengan sosial. Teorinya ini juga
menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi
kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian
sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang
sekelilingnya.
Vygotsky banyak menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak lain
dalam memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, kanak-kanak lahir
dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia
luar dan memusatkan perhatian. Namun, kanak-kanak tak banyak memiliki fungsi
mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berpikir dan menyelesaikan masalah.
Pengalaman dengan orang lain secara langsung menjadi semakin mendalam dan
membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Oleh hal demikian, setiap kanak-
kanak berfikir dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.
Teori Vygotsky tentang bahasa sebagai alat untuk seseorang dalam
mengembangkan kognitif mengalami keselarasan dengan pandangan dalam
psikologi pendidikan. Dalam falsafah pendidikan pun beranggapan bahawa manusia
membutuhkan pendidikan untuk bertahan. Manusia membutuhkan bahasa untuk
mampu mendapatkan pengetahuan atau ia mempelajari bahasa yang berfungsi
sebagai alat transformasi pengetahuan tersebut. Lebih dalam bahawa proses
transfer ilmu mampu terjadi dengan menggunakan bahasa sebagai sarananya.
Teori Vygotsky di atas juga mengalami keselarasan dengan teori dalam
psikologi pendidikan. Dalam psikologi pendidikan kita dapat menemukan beberapa
konsep tentang agen-agen perubahan untuk membantu anak mengembangkan
kognitifnya. Agen-agen perubahan dalam psikologi pendidikan adalah keluarga dan
negara. Agen-agen perubahan seolah-olah menjadi tombak dalam usaha
mengembangkan kognitif atau intelektual. Peranan mereka sangat sentral dalam
membantu anak mengolah pengetahuan spontan mereka menjadi pengetahuan
yang lebih tertata, sistematis, dan logis.
Perbandingan teori dalam kemahiran bahasa menurut perspektif behavioris
dan kognitif
Pelapor
Mengikut Ee Ah Meng (1996), perspektif behaviourisme dipelopori oleh John
B. Watson ,B.F. Skinner, I.P Pavlov dan E.L. Thorndike. Manakala perspektif
kognitif dipelopori oleh Piaget dan Lev Vgostsky.
Konsep
Perspektif behaviouris
konsep
Perspektif kognitif
Asuhan dan persekitaran Interaksi sosial
Mereka yang mempercayai aliran bahaviorisme mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara asuhan, iaitu pemerolehan itu ditentukan oleh
persekitaran. Mereka yang mempercayai aliran ini, mengatakan manusia dilahirkan
seperi kain putih, atau suatu tabula rasa, yang seperti piring kosong tanpa apa pun.
Piring ini kemudian diisi oleh persekitaran kita, termasuk bahasanya. Oleh sebab itu,
pengetahuan apa pun yang diperoleh oleh manusia kemudiannya, adalah semata-
mata berasal dari lingkungannya.
Manakala, Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai
perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya
secara individu. Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan
sosial dan budaya dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Daripada usaha
interaksi dengan persekitaran sosial. Vygostsky mencadangkan perkembangan
bahasa kanak-kanak itu banyak bergantung pada orang lain. (Azizi Yahaya et.al
2005)
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa
konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh
lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah
mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.
Prinsip-prinsip
Teori-teori pembelajaran behaviorisme pada amnya boleh diklafikasikan
dalam dua kategori yang utama, iaitu Teori Pelaziman Klasik (yang dipelopori
oleh pavlov dan Watson) dan Teori Pelaziman Operan (yang dipelopori oleh
Thorndike dan Skinner). Teori pelaziman klasik menekankan pembelajaran malalui
perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala teori Pelaziman Operan
mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. (Mok Soon Sang ,2010)
Contohnya, seorang kanak-kanak yang menyebut perkataan bola ketika di
melihat sebiji bola di rumahnya. Sebutan bola itu ialah gerak balas, manakala objek
bola itu ialah rangsangan. Pendekatan ini menekankan pertalian yang rapat antara
rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran akan berlaku sebaik sahaja terbentuk
pertalian antara rangsangan dan gerak balas.
Teori pelaziman klasik digunakan untuk menjelaskan tingkah laku
pembelajaran yang lain. Mengikut teori pelaziman klasik, pembelajaran hanya
berlaku selepas rangsangan diberi. Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri
iaitu tidak sama dengan gerak balas daripada rangsangan yang berdasarkan teori
pelaziman klasik. Jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan
dikekalkan. Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu
adalah disebut sebagai peneguh, atau rangsangan meneguh. Peneguh boleh
bersifat positif dan negatif. Misalnya, ganjaran ialah peneguh positif, manakala
denda ialah peneguh negatif. Bagaimanapun, di bawah konteks pembelajaran,
kedua-duanya menghasilkan peneguhan ke atas gerak balas yang berkenaan.
Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang
menggunakan bahasa peneguhan. Contoh: Apabila seorang kanak-kanak berkata,
“saya dahaga, nak minum.” Ibunya bertindakbalas dengan memberi minuman
kepada kanak-kanak tersebut. Tindakbalas ibunya hasil daripada perkataan anknya
memberi maklumbalas kepada kanak-kanak tersebut bahasa yang digunakan
adalah betul. (Haliza Hamzah et.al ,2008:65)
Manakala, Menurut Haliza Hamzah et.al (2008:65), Teori kognitif oleh
Vygotosky ini menekankan tentang peranan pemodelan.Contohnya kanak-kanak
meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak
mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan
mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang
diteguhkan. Peniruan ini memerlukan bimbingan dari orang lain yang mempunyai
pengetahuan lebih darinya. Proses perdampingan secara dialektika membantu
meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Pengetahuan kanak-kanak yang
awalnya masih dalam bentuk spontan, berubah menjadi semakin tertata, sistematis
dan logis.
Kekuatan
Kekuatan Perspektif behavioris adalah menekankan unsur peneguhan positif.
Mengikut skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu
peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh thorndike sebagai sesuatu yang
memuaskan. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong
individu untuk melakukan perulangan. Contohnya, guru memberi pujian kepada
murid-murid yang berjaya dalam menjawab pertanyaan guru. Hal ini juga dapat
membantu perkembangan bahasa kanak-kanak apabila ibu bapa memberikan
hadiah hasil daripada pengguasaan bahasa yang semakin baik. Contohnya, Ibubapa
memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau
ayat dengan betul dan difahami. (Haliza Hamzah et.al 2008:64),
Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding
kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan
dapat memberikan kelebihan kepada kanak-kanak kerana aspek lisan iaitu
mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian. Boleh dikatakan bahawa
kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk
berkomunikasi antara satu sama lain
Menurut perspektif kognitif, bahasa diperolehi pada peringkat awal tidaklah
bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja seperti yang
dituntut oleh golongan behavior, tetapi peranan kognitif sudah pasti turut sama.
mengikut mereka, tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa seperti sintaksis,
morfologi dan fonologi hanya terbatas kepada apa yang dapat dialami sahaja.
Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan celah
antara Actual Developmentdan Potensial Development, zon perkembangan
proksimal membimbing kanak-kanak belajar dengan teknik scaffolding supaya
membolehkan mereka memperoleh ilmu dan kemahiran bahasa dalam peringkat
yang lebih tinggi.
Pendekatan Vygotsky dalam pembelajaran menekankan scaffolding. Oleh itu,
teori belajar vigotsky adalah salah satu teori belajar sosial sehingga yang dengan
model pembelajaran kooperatif kerana dalam model pembelajaran koperatif terjadi
interaktif sosial iaitu interaksi antara murid dengan murid dan antara murid dengan
guru dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa. Meskipun pada akhirnya
kanak-kanak akan mempelajari bahasa melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky
percaya bahwa kanak-kanak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan
orang lain. kanak-kanak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional
formal tanpa bantuan orang lain.
Menurut Piaget, bahasa baru tampil ketika kanak-kanak sudah mencapai
tahap perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa kanak-kanak
tergantung pada tahap perkembangan kognitif saat itu. Namun, menurut Vygotsky
bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Pada mulanya, satu-
satunya fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang
sendiri, tetapi selanjutnya anak mendalami bahasa dan belajar menggunakannya
sebagai alat untuk membantu memecahkan masalah.
Kelemahan
Perpektif behavioris telah melakukan banyak usaha untuk mencari jawapan
bagaimana bahasa dipelajari dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky (1967) dengan keras
mengkritik Skinner. Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori
behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme tidak memberi
tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia kerana kajian dalam
behavioris lebih kepeda haiwan dan bukan manusia. Behaviorisme tidak
mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa. Beliau
menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan
bahasa itu. Ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi
sosiobudaya. Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-kanak
menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
Peneguhan negatif yang ditekankan dalam perspektif behavioris ialah
stimulasi yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah
laku positif. Peneguhan negatif yang diberikan oleh guru akan menghasilkan tingkah
laku murid yang diingini, tetapi ia akan membawa kesan yang tidak menyeronokkan
kepada murid tersebut. Peneguhan negatif yang tidak sesuai akan menyakiti dan
melemahkan semangat murid. Seperti mengejek kesilapan seseorang individu di
depan orang ramai. Peneguhan negatif juga boleh terjadi dengan mengenakan
denda terhada murid-murid. Oleh itu, peneguhan negatif tidak sesuai dalam
perkembangan bahasa kerana memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Selepas itu, tingkah laku yang tidak diinginai biasanya akan diulangi lagi.
Perspektif kogniitf mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa,
maka tidaklah dapat dinafikan kanak-kanak banyak menguasai lakuan lisan dan
bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan meniru lakuan orang dewasa dan kanak-
kanak lain. Peniruan yang ditekankan oleh Vygotsky memberi kesan yang negatif
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang didedahkan dengan peniruan
keberangkalian akan memperolehi kosa kata yang tidak baik akibat daripada
peniruan gaya bahasa orang dewasa. Kanak-kanak juga tidak akan belajar melalui
sesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa.
Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih
lanjut tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan,
tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka
ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran
bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang
diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan
bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu,
samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969).
Kesan
Berdasarkan teori behavioris dan kognitif, guru adalah model bagi murid
dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada
segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan
betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang
menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid
secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.
Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu
dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat
mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap
keyakinan yang lebih tinggi.
Teori kognitif juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Turut
disokong oleh skinner bahawa melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang
dijalankan oleh guru terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam
berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan
bermotivasi melalui rangsangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran seperti mana yang ditekankan oleh teori behavioris. Apabila murid
melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan
ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini
secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus
belajar.
Aplikasi teori behavioris dan kognitif dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) untuk perkembangan dan peguasaan bahasa kanak-
kanak.
Perkembangan bahasa kanak-kanak memberi implikasi yang positif terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai bakal guru, pengetahuan tentang
pertumbuhan dan perkembangan bahasa membawa banyak faedah kepada guru
dalam mempertingkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap sesi P&P
akan mencapai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Seorang guru boleh mengaitkan kemahiran bahasa dengan pengalaman yang
konkrit. Contohnya: kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh mereka ceritakan
bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca, beri
tumpuan kepada perkataan yang susah. Kemudian bertanya kepada murid dengan
beberapa soalan. Seterusnya, memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons
atau gerak balas yang betul kepada murid. Apabila murid membuat kesilapan guru
perlu menerangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami. Hal ini
akan menambah pengatahuan baharu murid disamping peneguhan yang positif
dalam pembelajaran mereka. Kemudian memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji,
serta pengukuhan yang menyeronokkan
Seterusnya seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang
pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun
strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan
murid semasa P&P dikendalikan. Contohnya, strategi berpusatkan murid dalam
pengajaran bahasa kedua, pasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang
lebih mahir dalam kedua-dua bahasa. Guru menggunakan strategi bercerita,
simulasi, sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran
berbahasa.
Di samping itu, sebagai warga pendidik juga perlulah menggunakan kaedah
pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dalam aspek berbahasa misalnya,
kaedah oral-aural dan ajuk hafaz dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Contohnya guru memberikan petikan dialog situasi kepada murid untuk
dihafaz dan diikuti secara ajukan. Dalam hal ini,secara langsung murid-murid dapat
memperkembangkan kemahiran berbahasa dan menambahkan perbendaharaan
kata seterusnya dapat diaplikasikan dalam komunikasi seharian.
Seterusnya, untuk mengaplikasikan perspektif kognitif , seseorang guru juga
boleh menggunakan pendekatan komunikatif. Sebagaimana yang diketahui,
pendekatan komunikatif menekankan komunikasi dalam p&p. Oleh hal yang
demikian, guru boleh menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi seperti
pengaplikasian teknik seperti teknik sosiodrama, teknik forum, teknik simulasi,
perbincangan dan soal jawab. Dengan penggunaan pendekatan komunikatif ini, guru
boleh mendemostrasikan terlebih dahulu teknik seperti simulasi dengan
menggunakan bahasa-bahasa yang betul dan bertatasusila. Melalui demonstrasi ini,
murid akan meniru gaya serta percakapan guru tersebut. Hal ini dapat
mempertingkatkan perkembangan bahasa murid.
Selain itu, Guru perlu menyusun bahan pengajaran dari mudah ke susah.
contohnya, hukum tatabahasa yang diajar oleh guru tidak perlu dipelajari secara
formal. pengajaran dan pembelajaran harus bermula dengan unit yang terkecil dan
disusuli unit yang lebih besar. latih tubi yang diberikan mengikut tahap mudah
hingga ke tahap yang lebih susah. Guru boleh mempelbagaikan ransangan dan
aktiviti tindak balas. Guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar seperti
gambar-gambar supaya pelajar dapat memberikan tindak balas dan ransangan.
Guru juga perlu memberikan ganjaran kepada tindakan yang betul supaya murid
mengulang tindak balas yang betul sehingga menjadi tindakan bersifat automatis.
Kesimpulannya, teori behaviorisme menekankan peranan persekitarandalam proses
pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitanantara sesuatu
rangsangan dengan sesuatu gerak balas. Pelaziman klasik danpelaziman operan
adalah contoh teori behaviorisme yang menekankan kajiantentang tingkah laku yang
dapat diperhatikan. Peneguhan positif dan negatifmemainkan peranan yang penting
dalam pembelajaran dan boleh meningkatkantingkah laku yang diinginkan. Denda
mempunyai kesan yang tertentu dan tidakdigalakkan sebagai cara untuk mengawal
tingkah laku
Ringkasnya, kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengukuhkan lagi
pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Ini menggalakkan gerak balas diulang.
Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkan gerak balas
yang terhasil. Proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku akan sering
diulang jika terdapatnya peneguhan yang positif atau ganjaran dan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, berupaya mendorong
pelajarmenghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan ke arah pencapaian yang
lebihmemberangsangkan
Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan
banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori
tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan,
proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai
setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak
kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan
berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak
meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan
rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya
berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak
bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama
antara murid, guru dan bahan.