Download - Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata PelajaranBahasa malaysia
SEKALUNG PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah NYA dapatlah
saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar,
panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat esei
ilmiah ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa
hadapan dan saya amat menghargainya. Pengalaman menyiapkan tugasan esei ilmiah ini
cukup menarik bagi saya.
Sekian Terima Kasih.
PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) adalah merupakan proses terpenting di
dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran
bergantung sepenuhnya di atas bahu guru yang memegang amanah untuk melaksanakan
proses
tersebut. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada
pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung
tanpa
kehadiran guru.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka peranan yang sangat besar
perlu
dimainkan ileh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah
pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan
pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan
penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga
negara
yang cemerlang.
Oleh itu, esei ilmiah ini dihasilkan untuk mengkaji sejauh mana kejayaan
sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam
bilik
darjah mampu mencapai objektif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah
pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu dilakukan. Esei ilmiah ini
mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tiga aspek utama iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran),
pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.
1.0 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.1 Maksud Falsafah
Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia. Philo
bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh itu,
falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan. Mencari kebenaran adalah
satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan
adalah diperlukan dalam mencari kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha
mencari kebenaran. Namun demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa
pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan
yang mantap dan nilai-nilai yang teguh.
Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga
didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk
mengetahui kebenaran yang hakiki.
Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih
luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang
lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah
berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman”.
Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani)
Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.
Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti
Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-
cabang ilmu yang utama, iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan
estetika serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang
kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi focus kepada ilmu.
Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada
persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi terdiri daripada dua aspek, iaitu etika dan estetika.
Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah laku manusia
yang betul. Estetika member pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual.
Manakala logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah
yang betul atau sebaliknya.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu
falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung
pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang
akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan
dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah
pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang
membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan
di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah
umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan
eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan
pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam
kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika
Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh pengetahuan hanya melalui
pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada
falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini lahir idealisme yang menghasilkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.
Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan
diterima umum.
Asal usul leksikal pendidikan´ adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang
bermaksud memelihara atau mengasuh´. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan´
diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.
Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang
berhubung kait dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah
berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan
yang telah ditetapkan juga, maka segala perancangan dalam pendidikan termasuk
penetapan dasar-dasar, pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum,
aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya akan berfokus dan menuju ke arah yang
sama.
Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan´. Jelaslah bahawa falsafah
pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan
falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
“Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan
ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian),
aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.
Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak
membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik.
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Rajah 1 : Lima Nilai Falsafah yang Terkandung dalam FPK
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
Berdasarkan penyataan falsafah ini, matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan
secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah
yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya
dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak
mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan
kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk
menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat
Malaysia.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan
selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses
asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang
ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan
kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman
bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi
juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan
bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.
2.0 Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.
Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna
pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.
Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun
Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan,
pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima
prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat Malaysia.
Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh
ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara
falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah
aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah
dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat
FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia
yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses
pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat
yang:
2.1 Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan
atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem
pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-
pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan
individu, masyarakat dan negara.
Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor
yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang
mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) ialah:
FPN telah dimurnikan pada tahun 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan FPK:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi
agama lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini,
khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas
dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat
dihayati daripada pernyataannya, laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.”
Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang
kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung
kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama
lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.
Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkan rakyat
Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam
dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun
Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan
penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian
perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di
atas.
Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat
membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.
Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap
kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu
matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani.
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang
seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan
sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia mengnadapi
cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula
tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.
Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula
membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup
dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu
insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan
mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini
dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu,
FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.
3.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penterjemahannya Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain
itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di
samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan
Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran
mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi
kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa
Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga
terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh
semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah
menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.
3.1 KONSEP DAN PENGERTIAN.
(a) Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi
panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang
berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek
itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum,
kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini
menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa
Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.
Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan
Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita – cita murni semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi
kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras,
iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.
HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk
memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan
dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan.
Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar
cara belajar, dan pelbagai lagi. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan
keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
pekerjaan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu
secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan
Pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi Matlamat,
Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran
Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Sukatan Pelajaran
Sekolah Rendah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran bagi enam tahun
persekolahan. Kandungan Sukatan Pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga
tahun enam.
b) Nilai–Nilai Estetika
Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan
perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid
menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani
dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap
kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan
kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain
aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk
kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam
bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.
Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan
keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini
bermakna nilai – nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti
Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain – lain.
4.0 HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada
landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara
Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab
profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini
memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan
tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap
sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang
merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu
sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada
sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan
memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.
Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita
dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu,
perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program
pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan
berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika
menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap
peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional
menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang
diterima audiens (para pelajar).
Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan
organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi
perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi
pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif
demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam
kalangan mereka.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan
demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini
penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam
beberapa aspek. Antaranya :
· Rohani
· Jasmani
· Bakat
· Akhlak
· Sosial
· Nilai–nilai estetika
(a) Intelek
Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami
(menganalisa), akal budi, golongan – golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan,
golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam
melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.
Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi
merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar
yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu
memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu
sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat
melahirkan insan yang berinovatif tinggi.
(b) Rohani
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanak–
kanak atau murid–murid. Aspek nilai–nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri murid–murid
seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur,
kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid–murid,
murid–murid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka.
Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara–perkara
negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.
(c) Jasmani
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping
rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh
menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa
Melayu dengan menyelitkan elemen–elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang
petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun
mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan
lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.
(d) Bakat
Dalam kalangan murid–murid kita mempunyai bakat–bakat tertentu seperti menyanyi,
berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti
lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat
murid–murid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita,
nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon,
daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat.
(e) Akhlak
Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain
yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilai–nilai
murni ke dalam diri murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua
mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.
(f) Sosial
Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid–murid sekolah. Sosial ini boleh
dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi.
Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–
guru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik.
Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul
mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri
sesetengah murid.
(g) Nilai – nilai estetik.
Nilai–nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa
Melayu, nilai–nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya,
dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi.
Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai
kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-
lain seperti metafora, personafikasi, dan lain – lain.
5.0 Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahikran insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang
perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini
meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa
pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam
Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa,
dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki,
2003).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina
(C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kita tahap kebolehan dan kemampuan
murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C)
dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran
berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang
dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak
seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada
di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian
sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini
Yusoff, 2003).
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid
yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa imu, sesuai dengan semangat Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan kea rah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini
adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia.
Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini
mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika
ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk
memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu
diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
• Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann
sehari-hari;
• Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan
bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan
pengetahuan dan hiburan;
• Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;
• Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli
masyarakat yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini
selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003).
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik
dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-
murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat
bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini
juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran
boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa,
atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik,
Sejarah dan lain-lain.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi
penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan
minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan
bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan
kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang
telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang
telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk
program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang
boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap
sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu
barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi
murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian,
kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul
di tahap yang lebih tinggi.
6.0 Hasrat KSSR
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh
Malaysia bermula Tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa
yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa
kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai
pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori
bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang.
Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses
menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada
berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan
dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilaitambah
kemahiran menaakul.
Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai
dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian,sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula
menekankan aspek kerohanian, sikap dannilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui system pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan
norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga
memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan
kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.
Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia
yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan
mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat,
negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepadapengupayaan konsep
pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan
(sustainable and renewal energy). Selain itu,tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan
semangat patriotisme danperpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan
agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usahapembangunan
negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal
persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan
pembangunan ilmu, kemahirandan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti
PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.
Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal
insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality).
Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu
pengetahuan, berintegriti,patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam
kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.Namun,
pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam
aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun
kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada
individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah dan
mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam
kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin
kepada diri, keluarga, masyarakatdan negara.
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.
Kesihatan jasmani murid menjaminpembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan
jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan
tahapkematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid
juga perlu diberi penekanan.
Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan
dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.Sejajar dengan perkembangan
komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjangliterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk
memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan
perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid
perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran
menganalisis di samping kemahiran ICT.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap
dan nilai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar
untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: -
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
-Pekerja berilmu
7.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Ke Arah Menterjemah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk
KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard
Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran) sebagai bahan kurikulum
menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu
menjelaskan fungsi KSSR yang member fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari keperluan
untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada
Elemen Merentas Kurikulum:
· Kreativiti dan inovasi
· Keusahawanan
· Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat
mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan
kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan.
KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang
digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu
pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni
ketika melakukan aktiviti kelas.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi;
Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat
dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan
aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek
Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam
bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam
standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid
berkomunikasi.
Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat
memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka
ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan
kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang
secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam
suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan
minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan
pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 1: Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan
murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta
hubungan sosial dalam kehidupan harian.
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan
teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan
pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam
situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila;
viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
untuk memberi respons dengan betul;
x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai
bahan.
xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk
memupuk minat membaca;
xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xv. menulis imlak dengan tepat.
xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun;
xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;;
dan
xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan
kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Pada akhir pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya
kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta
berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam
pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.
8.0 KANDUNGAN STANDARD DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA KSSR
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui
dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini
berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian
Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di
sekolah jenis kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang
dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran
serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.
8.1 Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid
dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai murni.
8.2 Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan
pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
8.3 Kemahiran
Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran
berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti
dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal
jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi
respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada
keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan
intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa
yang betul.
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada
penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan
yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat
menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni
bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui
teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita,
berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa
kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga
menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang
digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi
kemahiran berbahasa mereka.
Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang
betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta
penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran
merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran, pengayaan dan
pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru dan kebolehan
murid.
Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut:
Tema
Tajuk
Fokus Utama
Fokus Sampingan
Objektif
Pengisian Kurikulum
Sistem Bahasa
Media
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada
pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran
yang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan
pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini
dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.
Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan pencapaian
sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah
dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
pentaksiran yang berterusan guru dapat memastikan tindakan susul yang perlu diambil ke
atas seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.
Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan
penggunaan
bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu
mengikut kemampuan murid dan kadar masa untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.
Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan ialah murid yang
dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini
hendaklah diberikan bahan yang berbeza daripada murid pemulihan. Bahan yang digunakan
perlu lebih mencabar minda dan digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan
guru yang paling minima. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa
dan bahan-bahan untuk aktiviti boleh diberikan kepada murid.
Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu
memberi penjelasan cara melakukan latihan pengayaan dan memberi ruang untuk murid
tersebut membuat latihan yang diberi secara sendiri. Pada masa yang sama guru perlu
memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.
9.0 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen
merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan
insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut:
9.1 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains,
dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh
guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
9.2 Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan
yang
berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni
dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk
secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara nilai murni
ialah:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
Seseorang guru mestilah meletakkan nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran.
Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan
keseimbangan dari segi intelek, rohani , emosi, dan jasmani.
9.3 Patriotisme dan Kewarganegaraan
Elemen patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara, serta berbangga sebagai
rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dan kewarganegaraan dipupuk melalui mata
pelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai jati
diri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.
9.4 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Peraturan
sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
9.5 Sains dan Teknologi
Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan
melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan
sains dan teknologi. Kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
9.6 Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi
alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan
kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.
9.7 Kreativiti dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan
individu murid. Selain itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan
atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta
kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu digandingkan dalam pengajaran
dan
pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.
9.8 Keusahawan
Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan
membudayakan
keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai
moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam
kalangan murid.
9.9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan
supaya murid dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid
menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui
TMK
untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti
internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan
kehidupan.
9.10 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam
pengisian kurikulim. Penekanan kepada unsur bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia(KSSR) atau Bahasa Melayu(KBSR) dapat membentuk
murid-murid menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Kemahiran bernilau tambay yang
dimaksudkan ialah :
A) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemhairan berfikir merangkumi kemahiran murid mengkonsepsikan idea,
meyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan seharian
dan kerjaya murid pada masa hadapan.
B) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya
mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan
menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian
dan mengakses maklumat melalui internet.
C) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar ini perlu diajarkan kepada murid supayua mereka peka terhadap teknik
pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid-murid meningkatkan
pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalaknnya
seumur hidup.
D) Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid –murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kin, dan masa depan. Ini
bermakna murid-murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
E) Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik,
visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid-murid dengan menyediakan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
F) Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,
yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
G) Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelaharan yang mengaitkan isi pelajaran
dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal
dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.
10.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA KSSR
10.1 Konsep 5P
Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep
5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan
pembelajaran
disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran
tersebut adalah seperti yang berikut:
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini
juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan,
sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam
standard kandungan. Penggabungjalinan berlaku antara :
· Sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa
· Antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa
· Antara kemahiran bahasa dnegan kosa kata
· Antara kemahiran bahasa dengan peribahasa
Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu
dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain. Penyerapan ialah proses menyerapkan
pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia (KSSR) atau Bahasa Melayu (KBSR).
10.2 Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu
Subjek: Bahasa Melayu
Tahun: 4
Tema: Keluargaku Sayang
Tajuk: Keluarga Bahagia
Hasil Pembelajaran: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Contoh aktiviti :
Berdasarkan gambar keluarga, murid diminta menulis
ayat tunggal dan ayat majmuk.
Murid menyusun ayat tunggal dan ayat majmuk yang
dibina menjadi sebuah cerita tentang ‘Keluarga Bahagia’.
Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah
dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat
diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan
minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan
bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti
pengayaan perlu diberikan penekana kepada murid-murid berbeza tahap kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai pembelajran lebih awal atau dalam
jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti yang lebih mencabar
untuk dilaksanakn secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
10.3 Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran
belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
10.4 Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan
tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran
tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping
itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini,
perancangan dan
penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu
kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri
murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang
berikut:
Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga
asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar
menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga.
Kemasyarakatan
Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai
bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak
mulia, hormat - menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Kesihatan dan Kebersihan
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal,
mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat
pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup
sihat.
Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika
berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat
memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan.
Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada
toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid
dalam usaha memupuk semangat perpaduan.
Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang
terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.
Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh
murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.
Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid
menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani
serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat
kekitaan dan setia kepada negara.
Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau
sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang
baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insane yang
berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan
mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan
bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid
cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.
Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas
pertanian dan
penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk
kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam
kehidupan.
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan
keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai
diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan
membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.
11.0 Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam
Pengajaran & Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.
Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya
bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu
membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap
murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan
modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid
nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi
dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan,
menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK
menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.
Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan
tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Dokumen Standard
Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran) dalam setiap pengajaran dan
pembelajaran setiap hari.
Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
kemahiran guru menyampaikan ilmu. Guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik
dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah
laku murid-murid atau pelajar-pelajar. Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada proses
pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik
darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan murid-murid. Rentetan daripada itu,
pengajaran yang efektig dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat
pembelajaran. Guru harus membuat penilaian terhadap pengajaran yang dilakukannya
bagi mengenal pasti kelemahannya supaya dapat membuat penambahbaikan dalam p & p
seterusnya.
Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan cabaran Wawasan yang berhasrat untuk
menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991). Oleh itu,
Perubahan yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa
Melayu masa kini. Guru-guru mestilah sentiasa kreatif dan inovatif supaya dapat
merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara berkesan,
menarik dan menyeronokkan (didik hibur).
12.0 LAMPIRAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Penutup
Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat
pendidikan di negara kita ini. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan
sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Guru memainkan peranan juga
dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang
mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Maka semestinya guru memainkan
peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar dengan lebih berkesan
sekali.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi
melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek,
emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
menjadi kenyataan.
Peranan guru boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan
para guru di Malaysia. Antara cabang-cabang berkenaan ialah metafizik, epistemology,
aksiologi, dan juga logik. Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan
haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi mnejayakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, KBSR dan KSSR (yang akan menggantikan KBSR) agar anak didik kita
seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti. Dengan penerapan
unsure-unsur Falsafah Pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan sejaya-jayanya.
Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek
rohani, intelek, emosi, dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
RUJUKAN :
Atan Long. 1976.Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008.
Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim:Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.
Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004.
Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:Kayazano Enterprise
Falsafah Pendidikan danKurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan