Download - PENGENALAN 5S

Transcript

1

5S KE ARAH

PENGURUSAN KERJA YANG BAIK

2

PENGENALAN

Aktiviti-aktiviti 5S telah bermula di Jepun selepas Perang Kedua bertujuan menghapuskan kekotoran dan mengemaskinikan kilang-kilang mereka.

Hampir setiap syarikat mempraktikkan prinsip-prinsip 5S tanpa disedari.

Banyak syarikat pula telah melaksanakan pengurusan dan kebersihan untuk mengurangkan senarai harta benda ( inventori ), barangan persendirian, peralatan dan lain-lain dari tempat kerja.

3

PENGENALAN

Sebelum perlaksanaan 5S, erti kata 5S ialah :

SELERAK SEMAK SAMPAH-SARAP SUSAH SAKIT

4

JENIS-JENIS TEMPAT KERJA

Tempat Kerja Kelas 3 : Tempat kerja yang baik mempunyai ramai pekerja membuang

sampah di merata-rata tempat tetapi seorang pun membersihkannya.

Tempat Kerja Kelas 2 : Tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja membuang sampah

di merata-rata tempat tetapi mempunyai sekumpulan pekerja-pekerja membersihkannya.

Tempat Kerja Kelas 3 : Tempat kerja di mana tiada seorang pun membuang sampah di

merata-rata tempat tetapi setiap pekerja menjaga kebersihan persekitaran.

5

SINDROM “NIH”

Senarai Sindrom “Not Invented Here ( NIH )”

X Itu bukannya cara kita

X

X

X

X

Budaya mereka berlainan

Kita tidak mempelajari cara begitu

Kita telah mencubanya, tetapi tidak berhasil

Kita buat apa yang terdaya

6

JENIS SINDROM “NOT INVENTED HERE ( NIH )”

Jenis A : Menolak SepenuhnyaTerlalu yakin kerana kejayaan yang lalu atau terlalu memihakKepada budaya atau cara tersendiri

Jenis B : Meniru Tanpa BatasanApabila adanya idea-idea yang baru, perlaksanaan dilakukansecara terbuka dan boleh mengakibatkan kegagalan dan menyerahkalah pada akhirnya

Jenis C : Penerimaan Secara PemilihanMemilih perkara-perkara yang boleh dilaksanakan padamulanya dan melaksanakan dengan teliti.Mempelajari dengan berlatih sehingga perkara-perkara yang sesuai dilaksanakan dan diperbaiki kemudian.

7

SINDROM “NIH”

Halangan-halangan yang selalu dihadapi apabila sesuatu idea dicadangkan :-Terlalu sibuk untuk mempelajariMasa yang tidak mengizinkanTiada peruntukanTeori berbeza dari latihanTidak mematuhi polisi syarikatTiada pertalian atau perhubunganTidak waras atau tidak masuk akalTiada apa-apa lagi perlu anda lakukan?Adakah anda tidak berpuas hati dengan kerja anda?Saya sudah mengetahui akan keputusannya, walaupun kita tidak melakukannyaSaya tidak akan bertanggungjawabAnda perlu fikir yang lebih baik dari yang ini

8

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN 5S

Kepentingan #1 : Manfaat kepada pekerja-pekerjaMemupuk sikap berdisiplin dan kesedaran terhadap tempat kerjaMendorong ke arah kerja yang lebih bersih dan kemasMempertingkatkan semangat berpasukanPekerja akan lebih berdisiplin dalam mengikuti prosedur kerja yang menghasilkan tempat kerja yang lebih selamat

Kepentingan #2 : Manfaat kepada mesin / peralatanMasalah mesin atau kerosakan boleh dikesan dengan cepatMemastikan ketetapan pengukuran yang lebih baikMenambahkan kecekapan dan ketahanan mesin / peralatan

9

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN 5S

Kepentingan #3 : Manfaat kepada barangan separa-siapMemastikan pemprosesan yang lancarMemperbaiki dan meningkatkan produktivitiBahan mentah atau produk mudah diuruskanPenggunaan sepenuhnya kawasan

Kepentingan #4 : Manfaat kepada barangan siap dan pelangganMenghasilkan imej yang baik dan bersih kepada pelangganKualiti barangan yang tinggiMempromosikan syarikat sebagai salah satu syarikat yang terbaik

10

INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSAAN 5S

PDCADikenali sebagai :-

Plan ( Merancang ) Do ( Perlaksanaan ) Check ( Pemeriksaan ) Action ( Tindakan Susulan )

PDCA adalah proses di mana standard yang baru ditentukan hanya setelah dikaji dan disemak dan digantikan dengan standard yang lebih baru dan baik.

ActionAction

PlanPlan

CheckCheck

DoDo

11

INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSAAN 5S

PDCAMerancang ( PLAN )

Menubuhkan sebuah jawatankuasa 5S Membentuk pelan tindakan untuk setiap aktiviti 5S

Perlaksanaan ( DO ) Aktiviti 5S dihebahkan pada secara menyeluruh Menyediakan latihan dan didikan kepada pekerja-pekerja Memilih sehari di mana semua orang membersihkan dan

mengemaskan tempat kerja masing-masing

12

INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSAAN 5S

PDCAPeriksa ( CHECK )

Menilai hasil daripada perlaksanaan 5S

Tindakan Susulan ( ACTION ) Menilai kembali dan mengambil tindakan susulan

Action

Check

Plan

Do

13

INTERGRASI PDCA DI DALAM PERLAKSAAN 5S

Menubuhkan jawatankuasa 5S

Membentuk pelan untuk4S yang pertama

Mempromosikan 5S secara rasmi

PLAN

DO

CHECK

ACTION

DIS

IPLIN

Latihan dan didikan

Semua orang menjaga kebersihan

Semua orang mengemas

Memeriksa dan pengiktirafan

Tindakan susulan diambil

14

PERLAKSANAAN 5S

5S adalah satu pendekatan yang dapat digunakan untuk memperbaiki dan mengekalkan asas-asas pengurusan.

5S adalah asas pengurusan sebagai :- Satu prinsip pentadbiran Satu teknik pentadbiran

Aktiviti-aktiviti 5S adalah bertujuan untuk mengubahkan secara berkualiti ke atas cara manusia berfikir dan berkelakuan, dan, melalui perubahan ini, mutu penyelenggaraan peralatan dan suasana kerja dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

15

PERLAKSANAAN 5S

“5S” bermaksud :-

SEIRI – simpan apa yang perlu sahaja, asingkan dan buang yang benar-benar tidak perlu, i.e permudahkan.

SEITON – mengaturkan lokasi untuk semua, i.e susun.

SEISO – utamakan kebersihan, i.e kebersihan.

SEIKETSU – melaksanakan Seiri, Seiton dan Seiso seluruh organisasi, i.e piawaian.

SHITSUKE – memastikan bahawa setiap orang patuh peraturan-peraturan 5S, i.e mematuhi.

16

PERLAKSANAAN 5S

Panduan untuk melaksanakan SEIRI :-

Asingkan barang-barang yang diperlukan dari yang tidak diperlukanAsingkan barang-barang yang tidak diperlukan dari tempat kerja :-

i. Barang-barang yang tidak pernah digunakan : perlu dilupuskanii. Barang-barang yang jarang digunakan : simpan dengan rapi

Asingkan semua barang-barang yang berlebihan dari tempat kerja seperti :-

i. barangan pembuatan ( work pieces )ii. barangan bekalaniii. barangan persendirianiv. Peralatan

Gunakan tag-tag atau penanda seperti TAG MERAH untuk membuangkan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.Menetapkan seseorang untuk mengemaskan dan menguruskan tempat penyimpanan am.

17

PERLAKSANAAN 5S

Simpankan barangan yang diperlukan sahaja oleh setiap individu di tempat masing-masing.Uruskan tempat-tempat kerja / penyimpanan.

Mempraktikkan SEIRI

LANGKAH 1Lihat di sekeliling anda atau tempat kerja anda.Benda-benda yang tidak diperlukan lagi hendaklah dikenal pasti seperti :-

i. Diari-diari atau memo-memo lama yang tidak lagi mengandungi maklumat yang diperlukan

ii. Pena-pena yang sudah kehabisan dakwat dan tidak lagi boleh digunakan

iii. Alat-alat yang sudah patah atau haus

Buangkan serta-merta!

18

LANGKAH 2

Lihat di sekeliling anda atau tempat kerja anda sekali lagi.Kenal pasti barangan kepunyaan rakan sekerja atau syarikat anda.Barangan tersebut tidak harus dilupuskan tetapi memerlukan simpanan untuk seketika sebelum dilupuskan.Perlaksanaan “Notis Pelupusan” perlu dipertimbangkan untuk mengenal pasti barangan yang perlu dilupuskan.Notis pelupusan mestilah mengandungi maklumat-maklumat seperti :-

i. Kenyataan tentang barangan yang tidak diperlukanii. Tarikh notis tersebut dikeluarkaniii. Jangka masa penyimpanan sebelum dilupuskaniv. Tarikh pelupusan atau tarikh luputv. Ruangan maklum balas dari empunya barangan tersebut untuk

kebenaran pelupusan atau tidak

PERLAKSANAAN 5S

19

PERLAKSANAAN 5S

LANGKAH 3

Pada akhir jangka masa tersebut, Notis Pelupusan harus diperiksa semula sama ada maklum balas telah diberikan dan tindakan perlu diambil.

Untuk melupuskan harta benda syarikat yang tidak diperlukan lagi, harus mendapat kebenaran dari pihak majikan terlebih dahulu atau ianya ditentukan oleh pihak majikan.

20

PERLAKSANAAN 5S

Mempraktikkan SEITON

OBJEKTIFa) Barangan yang diperlukan mudah dicapai, dicari, disimpan dan

dikeluarkanb) FIFOc) Penjimatan ruang dan masa

PANDUANi. Tempat untuk setiap benda dan setiap benda mempunyai

tempatnya sendiriii. Letakkan atau simpankan semua peralatan dan buku panduan /

rujukan dekat dengan tempat kerjaiii. Mencipta tempat penyimpanan seperti rak, supaya ianya lebar dan

tidak jauh ke dalam.

21

PERLAKSANAAN 5S

iv. Tempat penyimpanan hendaklah diatur sepanjang dinding untuk menjimatkan ruangan.

v. Simpan sekali benda-benda yang sama, benda-benda yang berlainan disimpan di barisan yang berasingan.

vi. Jangan menindan barangan, gunakan rak atau para jika perlu.

vii. Gunakan bekas-bekas yang kecil untuk mengemas barangan yang kecil.

viii. Gunakan warna untuk mengenal dengan lebih cepat.

ix. Label perlulah jelas untuk setiap barangan dan tempat penyimpanan.

x. Gunakan pendinding, pintu atau tingkap yang lut sinar untuk penglihatan.

xi. Gunakan troli yang khas untuk menyimpan peralatan, penyukat, alat-lat pengukur yang diperlukan.

22

LANGKAH 1

Lihat bagaimana benda-benda disusun di tempat kerja anda dan periksa sama ada anda berpuas hati dengan susunan itu atau tidak.Dapatkan masa yang diambil untuk mencari sesuatu yang diperlukan.Susunan barangan di tempat kerja anda haruslah mudah diperoleh dan dikenali oleh anda dan rakan sekerja anda.

LANGKAH 2

Perancangan perlu dilakukan untuk menyimpan barangan.Lokasi penyimpanan haruslah berdekatan dengan tempat kerja anda iaitu mudah dicapai.Keperluan yang jarang sekali digunakan, harus disimpan pada jarak yang agak munasabah jaraknyaYang penting sekali adalah penjimatan masa apabila mencapai apa yang diperlukan.

PERLAKSANAAN 5S

23

PERLAKSANAAN 5S

LANGKAH 3

Melabelkan dan / atau menandakan adalah amat penting apabila mempraktikkan “ SEITON”.

Dengan melabelkan susunan anda atau lokasi, sesuatu benda yang perlu dicari mudah diperoleh dan perlulah dikembalikan ke tempat asalnya pada masa yang singkat.

24

PERLAKSANAAN 5S

Mempraktikkan SEISO

OBJEKTIFa) Kebersihan menjamin tempat kerja yang lebih selesa dan selamat.b) Kebersihan akan menghasilkan suasana yang lebih jelas begitu juga

menjimatkan masa.c) Kebersihan dapat memastikan mutu kerja yang tinggi dan barangan.

PANDUANi. Alat mengumpul habuk atau lain-lain alat yang sesuai digunakan

untuk menghindar atau mengurangkan habuk.ii. Menyiasat punca kekotoran dan melaksanakan satu pelan tindakan

untuk membasmi punca kekotoran.iii. Gelungan wayar, kaki mesin dan meja perlu ditutup supaya

kekotoran senang dibersihkan dan dikeluarkan.

25

PERLAKSANAAN 5S

iv. Pekerja-pekerja harus membersihkan peralatan / mesin, kawasan kerja masing-masing dan juga melakukan asas-asas penyelenggaraan.

v. Kebersihan perlu dikekalkan sentiasa.

LANGKAH 1

Kenal pastikan tempat kerja anda dan jumlah rakan sekerja / tenaga kerja.

Aturkan mereka dengan mengagih aktiviti-aktiviti “SEISO” sama rata.

Sediakan jadual harian seperti Jadual Kebersihan untuk sebelum dan selepas kerja.

26

LANGKAH 2

Jadual tersebut hendaklah dipatuhi sama ada sebelum dan selepas kerja mahu pun pada bila-bila masa.

Berikut adalah contoh-contoh untuk melakukan “SEISO” :-

a) Jangan biarkan kekotoran terkumpul. Bersihkan setiap masa / hari supaya kekotoran dapat dikawal sepenuhnya.

b) Kerja-kerja membersih menjadi mudah dan cepat jika dilakukan setiap hari, di mana habuk-habuk terkumpul adalah sedikit. Oleh yang demikian, bersihkan tempat kerja anda sekurang-kurangnya 3 – 5 minit setiap hari.

c) Anda dan rakan sekerja anda haruslah bertanggungjawab membersihkan persekitaran anda.

PERLAKSANAAN 5S

27

PERLAKSANAAN 5S

Menganalisa Semasa Melaksanakan SEISO

Kaedah 5W & 1H digunakan untuk melaksanakan SEISO secara lebih berkesan :- Why – Mengapa harus dibersihkan?

Kebersihan adalah tanggungjawab semua Where – Di manakah perlu dibersihkan?

Kawasan penyimpanan, peralatan & mesin dan persekitaran Who – Siapakah yang harus membersihkannya?

Kerja-kerja kebersihan bukan sahaja untuk tukang sapu Setiap orang harus menjaga kebersihan tempat kerjanya sendiri Bergilir-gilir untuk menjaga kebersihan dan penyelenggaraan

peralatan dan mesin dan sebagainya Berkongsi kerja-kerja kebersihan dapat mengurangkan bebanan

kerja

28

PERLAKSANAAN 5S

Menganalisa Semasa Melaksanakan SEISO

When – Bilakah perlu dibersihkan? 3 kaedah yang telah dikenal pasti :-

i) Kebersihan yang ditetapkan

ii) Kebersihan berkala

iii) Jadual kebersihan

How – Bagaimana hendak dibersihkan? Sediakan peralatan kebersihan seperti kain, penyapu dan

sebagainya di tempat am supaya senang di capai. Carta susunan mesin atau carta susunan kawasan kerja

digunakan untuk menunjukkan kawasan-kawasan kritikal dan tidak kritikal untuk kebersihan.

Kaedah-kaedah menjaga kebersihan dipamerkan untuk tempat / bahagian kritikal.

29

PERLAKSANAAN 5S

Pengenalan kepada SEIKETSU & SHITSUKE

Langkah seterusnya adalah :-

i. Mengekalkan semua standard pengurusan yang tinggi

ii. Melatih semua orang mengikut peraturan-peraturan pengurusan yang baik

Langkah pertama, tubuhkan Jawatankuasa 5S di mana diwakili dari pelbagai peringkat dan jabatan.

Ahli-ahli jawatankuasa tidak harus berat sebelah

Peranan-peranan ahli-ahli 5S adalah :-a) SEIKETSU

b) SHITSUKE

30

PERLAKSANAAN 5S

JAWATANKUASA 5S

SHITSUKESEIKETSU

5SAUDIT

TINDAKANPENCEGAHAN

PROMOSILATIHAN

31

Pengenalan kepada SEIKETSU & SHITSUKE

SEIKETSUTerdapat dua cara untuk memastikan dan mengekalkan mutu pengurusan yang tinggi :-

a) Melakukan Audit 5S Menghasilkan Kertas SEMAK Melakukan Audit Mengenal pasti apa yang dijumpai / kawasan bermasalah Mengambil tindakan pembetulan Periksa dan tindakan susulan

PERLAKSANAAN 5S

32

b) Menghasilkan Tindakan Pencegahan Tubuhkan Pasukan Projek atau SGA Perkenalkan Skim Cadangan Mengutamakan Standardisasi

SHITSUKETerdapat juga dua cara untuk mencapai tahap pengurusan yang baik :-

a) Latihan Mengadakan kelas-kelas latihan 5S Mendidik setiap pekerja pada setiap hari

PERLAKSANAAN 5S

33

b) Promosi Pertandingan Kebersihan Kempen Kesedaran Hari 5S Lawatan Kilang

PERLAKSANAAN 5S

34

Panduan untuk melaksanakan SEIKETSU :-

Punca-punca kekotoran disiasat dan melaksanakan satu pelan untuk melenyapkan punca kekotoran tersebut.

Lindungi objek –objek daru habuk-habuk.

Kekalkan kesemuanya dalam keadaan bersih.

Lakukan pengawasan berjadual atau Audit 5S untuk memastikan pelaksanaannya dikekalkan.

Periksa kawasan-kawasan yang perlu diperbaiki.

PERLAKSANAAN 5S

35

Mempraktikkan SEIKETSU

LANGKAH 1

Rancang untuk mengekalkan kesemua 3S yang pertama dengan menjadualkan aktiviti-aktiviti kebersihan dan menyusun tempat kerja.

Pamerkan jadual supaya semua orang boleh mengikutinya.

Rancang untuk sesuatu pembaharuan yang diperlukan untuk mempertingkatkan tempat kerja anda.

LANGKAH 2

Jadual-jadual kerja dan penyelenggaraan perlu dipatuhi.

Lakukan Audit 5S atau pemeriksaan berjadual.

Pastikan kesemuanya dapat dilihat dengan jelas.

Pastikan semua orang mematuhi peraturan-peraturan

PERLAKSANAAN 5S

36

Mempraktikkan SHITSUKE

Pastikan semua orang mematuhi peraturan-peraturan.

Semua orang perlu mendisiplinkan dirinya terhadap 5S.

Lakukan 5S sebagai satu tabiat ke arah pengurusan yang baik.

Mendidik dan menyediakan latihan.

Peranan dan tanggungjawab dikenal pasti.

Didik dan latih rakan sekerja dan pekerja-pekerja anda.

PERLAKSANAAN 5S

37

LANGKAH 1

Tugas pekerja-pekerja pentadbiran adalah membentuk satu budaya kerja di dalam syarikat.

Tugas penyelia pula adalah menanam sikap pengurusan kerja yang baik dan menjadikan 5S sebagai satu tabiat untuk semua pekerja-pekerja.

Pekerja-pekerja bertanggungjawab memastikan pengurusan kerja yang baik dilaksanakan dan dikekalkan.

LANGKAH 2

Berkongsi pendapat dengan mengajar konsep yang baik tentang 5S untuk memperbaiki tempat kerja.

Bertukar-tukar pendapat adalah salah satu cara mengajar dan melatih pekerja-pekerja dan rakan sekerja.

Sedar akan sikap dan tabiat sendiri.

PERLAKSANAAN 5S

38

SEIRI

PERLAKSANAAN 5S

Jangan meletakkan barang-barang :-yang tidak diperlukan di atas / di bawah mejayang boleh menghalang laluan di tempat kerjadi bilik mesyuarat atau bilik yang tertutup

39

PERLAKSANAAN 5S

Simpan barang-barang dan peralatan-peralatan dengan teratur supaya senang dicapai. Jangan meletakkan barang-barang dalam keadaan melindungi atau menghalang alat pemadam api dan alat alat keselamatan.

SEITON

40

PERLAKSANAAN 5S

SEISO

Sentiasa bersihkan mesin-mesin dan peralatan-peralatan. Bersihkan tempat rehat dan kawasan merokok secara bergilir-gilir.

41

Sentiasa memelihara kebersihan pakaian dan kasut kerja. Gunakan tempat membasuh tangan dan tandas dengan betul.

SEIKETSU

PERLAKSANAAN 5S

42

PERALATAN-PERALATAN UNTUK PERLAKSAAN 5S

Untuk membentuk budaya dan suasana ini, infrastruktur- infrastruktur yang berikut perlulah digunakan :-

Perhubungan Awama) Surat – berita ( News Later )b) Poster – posterc) Slogan – slogand) Lencana – lencana

Promosi a) Pertandingan Pendapatb) Hari 5Sc) Lawatan Kilangd) Gambar-gambar

43

Penilaian

a) Mengeluarkan surat kesalahan untuk tindakan pembetulan

b) Audit tahunan oleh majikan

c) Kertas-kertas penilaian

d) Pengiktirafan

Pihak Pengurusan

a) Terdapat dua peranan :-

- memberi sokongan dan menyemai minat di dalam 5S sesama pekerja pelbagai peringkat

- menyediakan sasaran atau wawasan seperti :-

i) Sasaran kebersihan ditentukan

PERALATAN-PERALATAN UNTUK PERLAKSAAN 5S

44

ii) Menetapkan sasaran untuk hasil pencapaian yang berkesan seperti :-

- Menambah ruangan yang dikehendaki - Memperbaiki kecekapan - Mengurangkan inventori dan masa

Pihak Pengurusan Pertengahana) Terdapat tiga peranan dan tanggungjawab:-

- mengadakan latihan 5S yang formal untuk pekerja- pekerja

- mengenal pasti kawasan-kawasan yang lemah dalam penjagaan kebersihan yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dan mengekalkan kawasan-kawasan yang telah dibersihkan

PERALATAN-PERALATAN UNTUK PERLAKSAAN 5S

45

- mengekalkan perlaksanaan 5S melalui pemeriksaan berkala, promosi dan langkah-langkah pencegahan

Pihak Pekerja-Pekerja

a) Terdapat lima peranan dan tanggungjawab:-

- Sedar akan sikap dan tabiat sendiri

- Anggap tempat kerja sendiri sebagai rumah kedua

- Mengambil daya usaha untuk mencantikkan tempat kerja

- Mengambil inisiatif menyumbang pendapat dan cadangan pembaikan

- Lebih bersikap positif terhadap program-program 5S

PERALATAN UNTUK PERLAKSAAN 5S

46

TAMAT


Top Related