Download - Pendidikan Islam-Akidah Islam
AKIDAH
DEFINISI
BAHASA:
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat
atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Akidah menurut pengertian
bahasa dapat ditafsirkan dalam pelbagai makna,antaranya ialah : Perkataan akidah
adalah berasal daripada kata kerja ‘AQADA yang bermaksud simpul atau ikat. Ia
juga sering dikaitkan dengan jual beli,contohnya : ‘AQADA AL-BAY’ yang
bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga dikaitkan dengan
perjanjian ,contohnya: ‘AQADA AL-‘AHDU yang bermaksud mengeratkan ikatan
perjanjian . Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di
atas.
ISTILAH
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang
muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang
berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman
dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan
taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari
Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa
yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Aqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (
.yang bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu (ع�ق�د�
Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau
'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama
ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah SWT yakni
mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah SWT sebagai Rabb (رب),
Malik (مل�ك), dan Ilah (إل�ه) seperti dapat dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 1, 3,
4, Surah An-Nas ayat 1, 2, 3.
Akidah menurut pengertian istilah ditakrifkan dengan pelbagai definisi,
antaranya: Ibn Taimiyah yang meninggal dunia pada tahun 1263
Masihi ,mentakrifkan akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa ,hati menjadi
tenang kepadanya , beroleh keyakinan dalam kalangan ahlinya serta tidak
bercampur dengan sebarang keraguan.
Pengertian menurut Al-Firuz Abadi (1329-1415M), akidah ialah sesuatu yang
diikat dan disimpul didalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang
sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
Daripada takrif ini, akidah merupakan suatu pegangan yang berbentuk
keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyelewang.
Sesuatu yang sebati di dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan
agama seseorang.
Menurut Imam Al-Ghazali (1058-1111 M), akidah ialah berpegang dan
membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan
syak.
Daripada takrif yang dikemukakan ini ,jelaslah kepada kita bahawa akidah itu
bersumberkan dalil yang pasti dan dipercayai. Ianya datang daripada Allah dan atas
dasar inilah terangkum di dalamnya beberapa persoalan akidah yang wajib diimani
oleh setiap Muslim.
Kepercayaan kepada Allah merupakan pokok yang menjadi asas dalam
akidah Islamiyyah.bertolak daripada asas inilah lahirnya kepercayaan kepada Rasul-
rasul, Kitab-kitab, para Malaikat, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar. Perkara-
perkara ini merupakan sesuatu yang bersifat ilmiah,wajib diyakini, dijadikan
pegangan di dalam hati setiap orang-orang Islam kerana ia telah sabit di dalam Al-
Quran dan hadis-hadis Rasulullah.
Menurut Al-Murtada Al-Zabidi (1732-1791 M), akidah ialah apa yang
dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ia tersemai di
dalam hati dan jiwa.
Takrif yang dikemukakan oleh Al-Murtada Al-Zabidi ini hamper sama dengan
takrif yang dikemukakan oleh Al-Firuz Al-Abadi,Cuma bezanya Al-Zabidi tidak .
menyebut akidah itu tidak dicampuri oleh unsur-unsur yang meragukan.
Namun begitu, dapat difahami bahawa keyakinan yang dimaksudkan di sini
ialah keyakinan yang tidak bercampur dengan unsur-unsur keraguan kerana, tidak
dikatakan yakin jika ada keraguan. Secara umumnya, Al-Zabidi menegaskan
bahawa akidah itu adalah sesuatu yang bersemadi didalam jiwa dengan penuh
keyakinan dan kepastian kepada Allah, Tuhan pencipta mutlak.
Secara umumnya, kita dapat mentakrifkan bahawa Akidah (Aqidah) ialah Ilmu yang
membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan
sifat-sifat kesempurnaanNya. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan
mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa
kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt. Akidah sebenar adalah akidah
yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu Akidah
Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah
swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara
mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah)
sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan
keimanan kepada Allah swt
Di dunia akidah berperanan untuk menjadi sumber kekuatan pada diri seseorang
kerana dalam diri manusia ada ruh, akal, kalbu, emosi dan fizikal. Semua ini
mempunyai makanan yang tersendiri.
Ruuh akan meronta-ronta kalau ia jauh daripada Penciptanya kerana keseimbangan
alam ini adalah berasaskan kepada kedekatan seseorang kepada Pencipta. Jika
sesuatu itu tidak mengikut peraturan dan arahan daripada apa yang telah
ditetapkan, ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dan kecelaruan.
Ruuh akan kuat apabila ia dekat dengan sumber tenaga yang memberi kekuatan.
Kedekatan ini akan makin jelas apabila amalan-amalan yang dilaksanakan adalah
berpaksikan kepada tauhid Ilahi atau Uluhiyyah, bukan sekadar Rabbi atau
Rububiyyah.
Antara amalan-amalan yang perlu diusahakan bagi mendapatkan kekuatan daripada
Allah ialah amalan ibadah khusus dan dalam masa yang sama apa-apa ibadah am.
Yang penting amalan tersebut:
Kerana Allah
Mengikut syariat sebagaimana ditunjukkan oleh sunnah Rasul
Di akhirat pula, akidah berperanan untuk menyelamatkan dan melayakkan diri untuk
mendapat keridhaan dan nikmat syurga daripada Allah.
Kerana di akhirat, yang akan dibawa ialah hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera
ialah hati yang mempunyai amalan serta kepercayaan yang sahih. Itulah akidah.
Ikatan-ikatan akidah itulah yang akan mengemudi seseorang untuk menuju jalan
yang sejahtera dan bertemu dengan Penciptanya. Pada waktu itu, tidak bermanfaat
anak pinak dan harta benda. Akidah bukan sekadar dijaja atau dilaungkan pada
mulut tetapi perlu dinobatkan dalam bentuk iktikad (hati), penyataan (lisan) dan
pelaksanaan (anggota badan).
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara
umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara
istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan
konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal
dan akhlaknya.
Tauhid
Tauhid adalah dakwah pertama para Rasul. Setiap Rasul, semuanya
mengajak kepada tauhid. Nabi Nuh [Al-A’raf: 59], Nabi Hud [Al-A’raf: 65], Nabi
Shaleh [al-A’raf:73]. Umat Islam adalah umat aqidah.Oleh itu bertauhid yang betul
merupakan asas bagi semua amalan yang soleh. Tanpanya amalan itu tidak
diterima. Firman Allah :
ال� و� ال�حا� ص� ع�م�ال� ل�ي�ع�م�ل� ف� ب�ه� ر� اء ل�ق� و �ج ي�ر� ك�ان� م�ن ف�
� دا أ�ح� ب�ه� ر� ب�ع�ب�اد�ة� ر�ك� ي�ش�
“Barang siapa mengharapkan pengampunan Tuhannya, maka hendaklah ia
mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam
beribadah kepada Tuhannya”.
(Al_Kahfi :110)
Kalimat Tauhid berasal dari kata "Wahhada" yang kemudian diubah menjadi
Tauhid. Dari segi bahasa ia bermaksud meng"Esa"kan, yakni meng "Esa" kan Allah
S.W.T. Adapun dari segi istilah, ilmu Tauhid itu ialah :
"Suatu cabang Ilmu Pengetahuan yang membahaskan masalah yang
berhubungan dengan wujud Tuhan dan segala sifat-sifatNya, sama ada sifat
yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah, juga membahaskan masalah yang
berhubung dengan Rasul-rasul serta sifatnya."
Firman Allah :
ل�ئ�ن� ب�ل�ك� ق� م�ن� ال/ذ�ين� إ�ل�ى و� �ل�ي�ك� إ ي� أ�وح� د� ل�ق� و�
ن� م� ل�ت�ك�ون�ن/ و� ل�ك� ع�م� ب�ط�ن/ ل�ي�ح� ك�ت� ر� أ�ش�
ر�ين� اس� ال�خ�
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang
sebelummu, jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah
amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi
(Az Zumar : 65)
BAHASA:
Menurut pengertian bahasa,tauhid mempunyai beberapa maksud, antaranya: tauhid
menurut pengertian bahasa ialah menetapkan sesuatu itu esa.
Tauhid menurut pengertian bahasa juga bermaksud mengakui bahawa sesuatu itu
Esa atau mengEsakan.Ia juga bermaksud mengakui atau mengiktikadkan bahawa
Allah itu Esa.
ISTILAH
Tauhid menurut pengertian istilah dapat diertikan dengan maksud berikut:
a. tauhid membawa maksud mengakui bahawa tiada Tuhan kecuali Allah.
b. tauhid membawa maksud mengetahui, mengakui, menetapkan, dan
meyakinkan yang sebenarnya disembah hanyalah Allah.
c. tauhid menurut pengertian istilah ialah sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah
yang disokong oleh dalil-dalil yang jelas dan nyata.
d. tauhid menurut pengertian ulama Mutakallimin atau ulama Tauhid bermaksud
suatu ilmu yang membahaskan Esanya Allah dan segala sifat yang wajib
bagi-Nya dan segala sifat yang mustahil serta sifat yang harus bagi Allah.
Ilmu tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan Allah,
sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul.
e. ilmu tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang cara-cara untuk
menetapkan akidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil
meyakinkan, sama ada dalil-dalil itu merupakan dalil naqli, dalil akli atau
melalui dalil naluri jiwa.
Pecahan Tauhid
Dalam pengakajian Ilmu Tauhid, Tauhid boleh dibahagikan kepada 3;
Tauhid Rububiyah
Tauhid Uluhiayah
Tauhid Asma’ Was Sifat
Tauhid Rububiyah
Bermaksudnya adalah mengesakan Allah SWT dalam segala
perbuatanNya, seperti dalam hal mencipta, memberi rezeki, menghidupkan dan
mematikan, serta mengatur makhluk. Seorang muslim haruslah meyakini bahwa
Allah SWT tidak memiliki sekutu dalam RububiyahNya. Tauhid rububiyah, secara
fitrah diakui oleh setiap orang, termasuk orang2 musyrik, termasuk juga jin, karena
Allah menciptakan semua makhlukNya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-
Nya. Tidak ada umat mana pun yang menyangkalnya. Di hati setiap manusia sudah
difitrahkan untuk mengakuiNya.
Doktor Abdul Aziz Al-Salman menjelaskan pengertian Tauhid Rububiyyah
iaitu suatu keyakinan kukuh bagi seseorang hamba bahawa Allah, Tuhan yang
Maha Esa dalam mencipta apa sahaja, memberi rezeki dan mentadbir alam jagat ini.
Dialah Maha Pengatur Segala Makhluk dengan segala nikmat dan Tuhan yang
menganugerahi makhluk-makhluk-Nya daripada kalangan para Anbia’ dan pengikut-
pengikutnya dengan akidah yang benar, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat
dan amal soleh.
Menurut kata-kata Al-Shiekh Abu Bakar Jabar Al-Jazari pula, ianya memberi
pengertian bahawa Tauhid Rububiyyah ialah menafikan dan menolak sebarang
sekutu bagi Allah dalam sifat Al-Rububiyyah yang mutlak,mencipta, memberi rezeki,
memegang kuasa pemerintahan, mentadbir, mematikan dan menghidupkan,
memberi, dan menarik semula nikmat,mendatangkan bahaya dan manfaat,
memuliakan dan menghinakan.
Tauhid Rububiyyah dikenal juga dengan istilah Tauhid Al-Kauli Al-‘Iktikadi
oleh sesetengah ulama ilmu tauhid kerana ia melibatkan pengakuan dengan hati
akan kewujudan Allah yang Maha Esa, memuji-muji atas kurniaan yang tidak
terhingga kepada makhluk-makhluk-Nya.
Tauhid Uluhiyah
Bermaksudnya adalah mengesakan Allah SWT dalam setiap jenis
peribadatan yang telah disyariatkan. Seperti shalat, puasa, zakat, haji, do'a, nadzar,
sembelihan, berharap, cemas, takut, dan sebagainya yang tergolong jenis ibadah.
Jika seorang hamba beribadah sesuai dengan apa yang diinginkan syariat, ikhlas
hanya untuk Allah, serta tidak menjadikan sekutu bagiNya dalam ibadah tersebut,
maka inilah yang dinamakan Tauhid Uluhiyah. Tauhid inilah yg sebenar dituntut oleh
Allah, yaitu mengesakan Allah dalam hal ibadah. Jadi, Tauhid uluhiyah adalah
tauhid ibadah, karena ilah maknanya adalah ma'bud (yang disembah).
Dari penjelasan diatas, kita dapat melihat hubungan antara Tauhid
Rububiyah dengan tauhid Uluhiyah. Siapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk
Allah, dengan mengimani tidak ada pencipta, pemberi rizki dan pengatur alam
kecuali Allah, maka ia harus pula mengakui bahwa tidak ada yang berhak menerima
ibadah dengan segala macamnya kecuali Allah SWT, dan itulah tauhid uluhiyah.
Tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyah. Jadi, Tauhid Rububiyah
mengharuskan adanya Tauhid Uluhiyah.
Doktor Abdul Aziz Al-Salman mentakrifkan Tauhid Uluhiyyah sebagai
mengetahui dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan
kekuasaan-Nya terhadap segala makhluk-Nya dengan mengabdikan diri hanya
kepada-Nya dan mengikhlaskan agama terhadap Allah semata-mata.
Selain itu,pendapat lain menurut Al-Shiekh Abu Bakar Jabar Al-Jazari pula,
Tauhid Uluhiyyah dapat ditakrifkan sebagai mengEsakan Allah dalam urusan ibadat
yang telah diwajibkan-Nya ke atas hamba-hamba-Nya mengikut cara yang telah
ditetapkanyang mencakupi amalan hati dan anggota yang lain dan tidak
mempersekutukan Allah dalam apa jua ibadat yang disertai oleh sikap tidak
mengakui dan tidak mengiktiraf pihak yang lain daripada Allah untuk menerima
pengabdian hamba-hamba-Nya.
Tauhid Asma’ Was Sifat
Sedangkan Tauhid Asma' wa Sifat maksudnya adalah menetapkan nama-nama dan
sifat-sifat Allah sebagaimana yang Dia tetapkan untuk diriNya atau apa yang telah
ditetapkan oleh RasulNya. Tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui
Allah daripada RasulNya. Maka siapa saja yang meng-ingkari nama-nama Allah dan
sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama-nama dan
sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia
telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya.
Allah memerintahkan kepada kita untuk menyeru kepadaNya dengan menggunakan
nama-nama yang telah ditetapkanNya. Hal ini menunjukan bahwa Rububiyah dan
Uluhiyah-Nya mengharuskan adanya Asma' dan sifat Allah. Allah menetapkan
asma'Nya sendiri yang kesemuanya adalah husna, sangat baik. Asma' Allah
mengandung makna dan sifat yg sempurna.
Setiap nama (asma') menunjukkan kepada sifat daripada sifat-sifatNya ::
Asma' ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan sifat rahmah (kasih sayang),
As-Sami' dan Al-Bashir menunjukkan sifat sam'u (mendengar) dan bashar
(melihat),
al-`Alim menunjukkan sifat `ilmu (pengetahuan) yang luas,
al-Karim menunjukkan sifat karam (dermawan dan mulia), dan begitu
seterusnya �
Tauhid merupakan suatu cabang yang wajib diketahui dan dikuasai oleh semua
insan yang bergelar umat Islam. Banyak nas-nas daripada Al-Quran telah
membuktikan bahawa umat Islam wajib untuk mentauhidkan dan mematuhi perintah
Allah.
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-
orang yang ) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk
bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya
adalah kepunyaan Allah swt
Iman
Bahasa:
Kepercayaan, keyakinan atau pegangan. Kepercayaan kepada sesuatu perkara.
Istilah:
Keyakinan yang mantap di dalam hati, diujarkan dengan lidah, dan diamalkan
dengan anggota.
Rukun Iman:
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Nabi dan Rasul
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Beriman kepada Allah
Mempercayai bahawa Allah itu wujud dan Allah-lah yang hanya layak disembah
serta mempunyai sifat kesempurnaan dari segi sifat dan zatnya.
Beriman kepada malaikat
Percaya bahawa malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan dari nur tidak makan,
tidak tidur, dan tidak berjantina.
Beriman kepada Nabi-nabi
Beriman kepada semua nabi-nabi dan rasul-rasul yang diturunkan oleh Allah sejak
zaman Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W. Rasul yang wajib
diketahui sebanyak 25 sahaja.
Beriman kepada Kitab
Percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada nabi dan rasul.
Zabur : Nabi Daud A.S
Taurat : Nabi Musa A.S
Injil : Nabi Isa A.S
Al Quran: Nabi Muhammad S.A.W
Beriman kepada Hari Akhirat
Percaya bahawa akan berlaku hari kiamat yang talah dinyatakan dan dijanjikan oleh
Allah di dalam Al Quran.
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Percaya kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah ke atas setiap perkara
selepas berusaha dan bertawakal.
Sebagai umat Islam kita mestilah menjaga dan memelihara iman kita. Dengan
mempelajari ilmu tentang agama Islam agar kita menjadi hamba Allah yang taat dan
beriman kepadaNya.