Download - Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional dan beernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian
ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ini ialah mencari
serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kini dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK) ,telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun
1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas
dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Berikut
merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Pandangan ahli-ahli falsafah yang saya memilih terhadap pendidikan telah mempengaruhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pertama sekali, Confucius yang berpendapat pendidikan
merupakan salah satu cara untuk membina tingkah laku manusia seperti berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Ini berkaitkan dengan
Falsafah Pendidikan kita iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani”. Pandangan Confucius amat sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
kita yang mementingkan nilai-nilai yang beransur moral. Matlamat pendidikan negara ialah
melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Dengan lain perkataan, matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia
yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti kepercayaan kepada Tuhan,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu dan memupuk perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hampir sama dengan
pendapat Confucius iaitu melalui pendidikan seseorang individu dapat membina tingkah laku
yang baik.
Seterusnya, ahli falsafah islam iaitu Ibnu Sina menyatakan bahawa pendidikan harus
diarahkan kepada perkembangan seluruh potensi yang dimiliki seseorang kea rah
perkembangnya yang sempurna iaitu perkembangan fizikal, intelek dan budi pekerti. Perkara ini
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. FPK telah terlalu mempengaruhi
pandangan Ibnu Sina. Beliau menyatakan bahawa manusia dapat membentuk fizikal dan
mentalnya melalui pendidikan. Ini menyatakan dalam FPK iaitu “melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi “jasmani”. Individu yang cergas dapat melakukan
kegiatan tanpa rasa letih.
John Dewey pula memberi pandangan terhadap pendidikan iaitu pendidikan merupakan satu
proses perkembangan individu. Dalam FPK juga menyatakan takrifan ini iaitu usaha yang
berterusan kea rah memperkembangkan poitensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan individu yang seimbang. Perkembangan individu yang diceritakan oleh John
Dewey merujuk JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Ini yang terkandung
dalam FPK dan jelaslah pandangan Dewey mempengaruhi FPK negara kita.
Tambahan pula, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada ayat yang menyatakan bahawa
“pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat berilmu pengetahuan, berakhlak mulai, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Ayat ini dinyatakan oleh Dewey pula sebagi pandangan iaitu pendidikan merupakan satu proses
yang membentuk insan yang mempunyai akhlak moral. Dengan ini jelaslah pandangan Dewey
mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhirnya tokoh falsafah islam iaitu Ibnu Sina yang memberi pandangan terhadap pendidikan
bahawa pendidikan harus diarahkan kepada perkembangan seluruh potensi yang dimiliki
seseorang kearah perkembangannya yang sempurna iaitu perkembangn fizikal, intelektual dan
budi pekerti. Takrifan ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti ini
“pendidikan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, intelek dan rohani”. Beliau menekankan aspek fizikal, mental dan budi pekerti yang sama
seperti FPK. Jika seseorang individu mengalami kekurangan daripada tiga aspek yang
dinyatakan di atas maksudnya individu tersebut tidak menuju ke arah pendidikan yang
sempurna. Pandangan beliau amat padan dengan apa yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Menurut Ibnu Sina pula, keterampilan juga dinyatakan iaitu pemberian perhatian terhadap
pendidikan yang boleh mengukir bakat yang ada pada seseorang itu. Dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan juga terdapat unsur keterampilan iaitu “usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berketerampilan serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Pendidikan merupakan
satu cara untuk mengukir bakat seseorang. Sesetengah orang menyembunyikan bakat mereka
sampai mengetahuinya. Sehubungan dengan ini, pendidikan telah meluahkan bakat mereka
dan membantu mereka untuk menceburi dalam bidang yang mereka mempunyai bakat.
Pendapat ini yang diceritakan oleh Ibnu Sina telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Kesimpulannya, berpandukan kepada penyataan Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK),
adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan contoh-contoh
yang diberi jelaslah pandangan terhadap pendidikan ketiga-tiga tokoh yang saya memilih telah
mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai warga Malaysia yang
mencinta tanah air kita hendaklah menerima pendidikan dengan sempurna dan menyumbang
kejayaan dalam pelbagai bidang untuk membawa Negara kita ke arah yang cemerlang.