Download - note f3 (2)
Bab 6 : Sumber-sumber utama
Sumber
Sumber Manusia Sumber Semula Jadi
Sumber Budaya
- Tenaga kerja manusia dari segi fizikal dan manusia
- Sumber yang diperolehi daripada alam semula jadi
- Hasil ciptaan manusia
Sumber Boleh diperbaharui
- Sumber alam yang dapat digunakan secara berterusan dan bekalannya tidak akan habis
- Contohnya, air, tanah, angin, hutan, tenaga suria
Sumber Tidak Boleh diperbaharui
- Sumber yang akan kehabisan apabila digunakan
- Contohnya, petroleum, gas asli, bijih timah, arang batu
Bab 7 : Taburan Pelbagai Sumber
Sumber Mineral
Bukan Logam
Petroleum, gas asli, pasir, permata, batu kapur
Logam
Bijih timah, emas, kuprum, bijih besi, bauksit
Sumber Mineral
Di Malaysia
Sumber mineral yang utama di Malaysia ialah petroleum dan gas asli. Kawasan utama perlombongan petroleum dan gas asli terletak di luar pantai
Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak. Kaolin terdapat di sekitar Bidor (Perak), Tuaran (Sabah), sekitar Kuching
dan Sri Aman (Sarawak) yang digunakan untuk pembuatan seramik, tembikar dan jublin
Bauksit dilombong di Teluk Ramunia (Johor), Sematan ( Sarawak) untuk pembuatan tin aluminium
Emas dilombong di Bau (Sarawak), Raub (Pahang) untuk pembuatan barangan hiasan wanita dan duit syiling
Batu kapur dilombong di Langkawi (Kedah), Kaki Bukit (Perlis) untuk pembuatan simen dan kapur
Bijih timah dilombong di Lembah Klang dan Lembah Langat (Selangor), Lembah Kinta (Perak) untuk industri mengetin makanan, industri pateri.
Arang batu dilombong di Silimpopon (Sabah), Silantik, Mukah (Sarawak), Batu Arang (Selangor) untuk dijadikan bahan bakar
Kuprum (tembaga) dilombong di Mamut (Sabah), Sematan (Sarawak) untuk pembuatan wayar
Sumber Hutan Di
Malaysia
Hutan hujan tropika (Hutan Khatulistiwa)
- Terletak di kaki Banjaran Tititwangsa, Banjaran Keledang, Banjaran Bintang, pedalaman Kapit, Sri Aman, Miri, kaki Banjaran Crocker, pedalaman Sandakan
- Sumber kayu keras seperti merbau, cengal, meranti, rotan untuk menghasilkan kayu gergaji, papan lapis, perabot & kraftangan
Hutan paya air tawar
- Tasik Chini, Rompin, Mersing, Dataran Hilir Perak, muara Sg. Rejang
- Sumber : Pokok mengkuang, palas, nipah
Hutan paya air masin
- Muara Sungai Merbuk, Nibong Tebal, Sibuyau, teluk Darvel- Sumber : pokok bakau , gelam, ramin, nibung- Kegunaan pokok bakau : buat arang kayu dan cerucuk
Hutan pantai
- Pantai Cahaya Bulan, Desaru, Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang- Sumber: pokok ru, tapak kuda, rumput pantai
Hutan gunung
- Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Tahan, Banjaran Crocker, Banjaran Tama Abu
- Sumber: orkid, periuk kera, bunga rafflesia, kulumpair, lumut
Sumber Tenaga
Di Malaysia
Petroleum dan Gas asli
- Petrol dan diesel digunakan untuk alat pengangkutan- Gas asli dijadikan sebagai bahan bakar
Tenaga Nuklear
- Sumber terhad dan mahal- Memerlukan kepakaran yang tinggi- Digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, pembuatan &
penilaian alam sekitar
Tenaga Biomas
- Tenaga altenatif yang amat berpotensi di Negara kita- Dihasilkan daripada hampas kelapa sawit dan sisa tanaman
digunakan bagi menghasilkan gas metana dan etana yang dijadikan sebagai bahan bakar
Kuasa hidroelektrik
- Menyumbang 7% daripada jumlah tenaga asas di Malaysia- Merupakan tenaga yang mesra alam
Tenaga Suria
- Sesuai digunakan di Malaysia kerana menerima pancaran matahari sepanjang tahun
- Merupakan tenaga yang mesra alam
Sumber Tenaga Di Negara Lain
Tenaga suria di Jepun
- Memasang “photovoltaic” di bumbung rumah
- Guna secara luas di kawasan pedalaman
Tenaga Ombak di Perancis
- Digunakan untuk menjana tenaga elektrik
-
Tenaga Pasang Surut di China
- Digunakan untuk menjana tenaga elektrik
- Stesen jana kuasa di Jiangxia dan Wenzhou
Tenaga Angin di Belanda
- Digunakan untuk menjana tenaga elektrik
- Menggunakan kaedah kincir angin
Tenaga Biomas di India
- Menggunakan najis binatang untuk hasil gas metana untuk jana elektrik
- Guna di kawasan perindustrian dan perumahan
Tenaga Geoterma di Iceland
- Kedudukannya di kawasan gunung berapi menyebabkannya mempunyai air kolam panas untuk hasil tenaga haba
Bab 8 : Kepentingan Pelbagai Sumber
Kepentingan Pelbagai Sumber
Pembangunan Infrastruktur
Penerokaan pelbagai sumber membantu penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, komunikasi, bekalan elektrik, air dan pendidikan
Bahan mentah
Sumber mineral menjadi bahan mentah dalam industri berkaitan
Hutan bekalkan kayu dan sumber perubatan
Peluang Pekerjaan
Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan dari peringkat penerokaan dan peringkat hiliran
Pendapatan Negara
Sumber mineral dan hutan merupakan pendapatan eksport utama negara kita
Barang siap yang diperbuat daripada sumber semula jadi dieksport
Pembukaan kawasan baru
Penerokaan sumber hutan dan sumber mineral seperti bijih timah, petroleum dan gas asli membolehkan pembukaan kawasan baru
Bab 9 : Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Kepupusan
Bekalan sumber hutan berkurangan Sumber mineral kehabisan Kepupusan flora & fauna Habitat haiwan musnah
Banjir
Air larian membawa tanih terhakis ke sungai
Sisa lumpur dan tanah lombong mengalir ke dalam sungai
Mendapan sungai bertambah dan sungai jadi cetek
Pencemaran Udara
Pembakaran kayu di kawasan hutan
Pembebasan gas dan asap semasa pencarian dan penapisan petroleum dan gas asli
Perlombongan kuari menyebabkan udara berhabuk
Pencemaran Air
Air larian bawa tanah terhakis ke dalam sungai
Proses penapisan petroleum dan gas asli melepaskan bahan kimia
Pengasingan mineral daripada tanah dengan guna air mencemarkan sungai
Perubahan Pandang Darat (Landskap)
Penerokaan bijih timah meninggalkan lubang dalam dan sukar ditimbus
Kawasan hutan menjadi gondol
Hutan menjadi tasik akibat pembinaan empangan
Peningkatan Suhu
Kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan bumi terima pancaran matahari secara terus
Proses sejatpeluhan tumbuhan berkurangan
imbangan gas terganggu
Hakisan
Permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan air mengalir
Merosakkan cerun bukit Struktur tanah tidak stabil
dan tanah runtuh mudah berlaku
Bab 10 ; Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber
Pemeliharaan
Langkah mengekalkan sumber sedia ada melalui perancangan, pengawalan dan penyelenggaran bagi menjamin bekalan pada masa depan
Pemuliharaan
Langkah membaiki atau memulihkan sumber atau kawasan pengeluaran sumber yang telah diterokai
Kepentingan Pengurusan Sumber
Mengelakkan Kepupusan
Penerokaan sumber hutan secara berterusan menyebabkan kepupusan flora dan fauna
Perlombongan sumber mineral juga akan mengalami kepupusan jika tidak diurus dengan baik
Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem adalah satu kawasan yang terdiri daripada komponen biotik dan abiotik
Keseimbangan ekosistem akan terjejas jika salah satu komponen berkurangan
Menjamin Bekalan Berterusan
Pengurusan sumber yang berkesan akan menjamin bekalan pada masa depan
Langkah –langkah Pengurusan Sumber
Pemeliharaan
Penebangan terpilih Rawatan silvikultur
Pemuliharaan
Tubuh estet hutan Penghutanan semula Mewarta taman negara & hutan
simpan
Penguatkuasaan Undang-undang
Mengawal kegiatan pembalakan Menjalankan penyelidikan dan
pembangunan Menjaga kawasan taman negara dan
hidupan liar
Pendidikan
Pendedahan tentang kepentingan sumber
Kempen kesedaran
Pengurusan Sumber Air Di Jepun
Penyelidikan & penyahgaraman air laut untuk kegunaan industri & domestik
Menggalakkan kaedah pembetungan & sanitasi berkos murah
Rawatan air sisa rumah setempat
Pengurusan lembangan sungai
Pembaikan sistem kawalan banjir
Memajukan dan membangunkan teknologi perawatan air
Penyelidikan penggunaan air laut dalam
Kitar semula air sisa industri
Bab 11: Kegiatan Ekonomi Utama
Sektor Perkhidmatan
Jenis Kegiatan Ekonomi
Primer
Kegiatan yang memperoleh hasil terus daripada sumber alam
Contoh: perlombongan, pembalakan, pertanian
Sekunder
Kegiatan menukar barangan mentah kepada barangan siap
Contoh : perkilangan
Tertier
Kegiatan yang menyediakan perkhidmatan
Contoh: pelancongan, perdagangan, pendidikan, pengangkutan
a) Pelancongan
Pelancongan Tema
- Melancong pada masa tertentu- Contoh: Citrawarna Malaysia
Pelancongan Sukan
- Melihat & menyertai sukan yang diadakan di sesebuah negara
- Contoh :Le Tour de Langkawi
Pelancongan Pertanian
- Melancong ke kawasan pertanian. Contoh Tanah Tinggi Cameron
Pelancongan Kesihatan
- Melancong sambil mendapat rawatan kesihatan.contoh Hospital Selayang
Pelancongan Ekologi
- Nikmati keindahan alam- Contoh: Taman Negara
Pahang
Pelancongan Rekreasi
- Melawat taman yang terdapat di Malaysia
Pelancongan Pendidikan
- Melancong sambil belajar. Contoh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pelancongan Budaya & Rekreasi
- Nikmati kebudayaan tempatan. Contoh : Muzium Negara
b) Perdagangan
Perdagangan Antarabangsa
- contoh : perniagaan borong, perniagaan runcit
Perdagangan Dalam Negara
- Perniagaan yang melibatkan eksport dan import
c) Kewangan - Contohnya: perbankan, perniagaan, insurans, pasaran komuniti, pasaran saham, pajak gadai
d) Pengangkutan
Pengangkutan Darat
- Contoh: bas, LRT, teksi, lori, monorel, kereta api
Pengangkutan Air
- Contoh : kapal kargo, kapal kontena, kapal tangki, feri
Pengangkutan Udara
- Contoh: kapal terbang, helicopter, perkhidmatan kargo
e) Pendidikan
Awam
- Contoh: Universiti Malaya, Politeknik, Universiti Sains Malaysia, sekolah rendah, sekolah menengah,
Swasta
- Contoh: Universiti Multimedia
Perindustrian
a) Industri berasaskan sumber ialah industri yang menghasilkan barangan dengan menggunakan sumber seperti kayu balak, kelapa sawit dan sebagainya
b) Industri bukan berasaskan sumber meliputi industri membuat kereta (automotif), motosikal, industri elektrik dan eletronik, industri perkapalan
Perlombongana) Bijih timah- Lembah Kinta (Perak), Kuala Langat (Selangor)b) Petroleum & gas asli- Tapis, Kerteh, Pulai (Terengganu), Lutong, Baram
(Sarawak), Erb Barat, Tembungo (Sabah)c) Kuprum – Mamut (Sabah)d) Arang batu- Merit Pilah, Bintulu, Balingan (Sarawak)e) Bauksit- Teluk Ramunia (Johor)f) Kaolin- Tapah, Bidor (Perak), Ayer Hitam (Johor)
Pertaniana) Tanaman makanan – ditanam untuk keperluan diri dan keluarga. Contoh:
padib) Tanaman jualan(komersil) - tanaman yang hasilnya untuk dijual seperti
kelapa sawit, koko, getah
Pembalakan- Hasil hutan di Malaysia terdiri daripada kayu keras seperti keriung,
meranti, cengal, jeluntung, seraya putih- Kayu balak diproses menjadi pelbagai perabot, papan lapis, kayu gergaji
a) Perikanan pinggir laut –dijalankan di pinggir laut dengan mengguna bot, kail, kelong
b) Perikanan laut dalam – dijalankan di kawasan laut melebihi 30km dari pantai. Contoh Laut China Selatan, Laut Sulu. Bot besar yang dilengkapi dengan kemudahan dingin beku, radar digunakan.
c) Perikanan air tawar – dijalankan secara kecil-kecilan oleh petani di paya, tasik. Ikan yang diternak ialah ikan patin, haruan, puyu, keli
d) Akuakultur – dikenali sebagai perternakan dalam sangkar. Ikan yang diternak ialah ikan tilapia, kap, jelawat,patin
e) Ikan hiasan – dijalankan oleh penternak ikan di Sri Medan (Johor). Ikan yang diternak ialah flower horn, kaloi, kelisa, pelaga
Perikanan
Bab 12 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi
Faktor Fizikal
a) Bentuk muka bumi Tanah pamah – penanaman padi &
perindustrian Kaki bukit beralun – penanaman kelapa sawit
& getah Tanah tinggi – penanaman teh & sayuran,
pelancongan Pinggir laut – pelancongan & perikanan
b) Tanih Aluvium – padi sawah Laterit – kelapa sawit & getah Pasir – kelapa Gambut - nanas
c) Iklim Panas dan lembap sepanjang tahun
menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi Suhu sederhana di tanah tinggi sesuai untuk
penanaman teh dan pelancongan Monsun Timur Laut menghalang perikanan
di pantai timur Semenanjung Malaysiad) Bahan mentah
Sumber seperti kayu balak, kelapa sawit, getah, petroleum, gas asli digunakan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian
Faktor Kemanusiaan
a) Teknologi Penggunaan teknologi yang canggih
meningkatkan produktiviti dan kualiti serta menjimatkan kos dan masa pengeluaran
b) Dasar kerajaan Penyediaan pelbagai kemudahan
pemasaran, penyelidikan, kredit, khidmat sokongan
Contoh: Dasar Pertanian Negarac) Pasaran
Permintaan yang tinggi dari luar dan dalam negara
d) Modal Modal digunakan bagi membiayai
kegiatan ekonomi Modal diperoleh dari luar dan dalam
negara e) Infrastruktur
Jaringan pengangkutan, bekalan elektrik dan air, jaringan komunikasi untuk melicinkan kegiatan ekonomi
f) Buruh Mengupah buruh kurang mahir dari luar
negara Terdapat pusat latihan dan institusi
kemahiran bagi melatih tenaga kerja berkualiti. Contohnya, Institut Kemahiran MARA (IKM)
Bab 13 : Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Negara
Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Negara Malaysia
Peluang Pekerjaan
Banyak peluang pekerjaan diwujudkan
Kadar pengangguran rendah
Pendapatan rakyat meningkat
Pemindahan Teknologi
Mendorong peningkatan teknologi melalui ciptaan dan inovasi
Contohnya, Institusi Piawaian Malaysia (SIRIM) menjalankan penyelidikan & pembangunan
Peningkatan Taraf Hidup
Pendapatan per kapita meningkat
Kuasa beli bertambah Rakyat menikmati
pelbagai kemudahan
Pendapatan Negara
Pendapatan daripada hasil eksport
Meningkatkan tukaran wang asing
Memperoleh hasil cukai melalui kutipan cukai
Pengurangan Import
Barangan pengguna & produk makanan yang dahulunya diimport kini dikeluarkan dalam negara
Menggalak pertumbuhan industri berasaskan sumber
Mengurang aliran keluar tukaran wang asing
Galak Industri Kecil & Sederhana (IKS)
Peningkatan Infrastruktur
Pembinaan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, pelabuhan, bekalan elektrik dan air
Proses Pembandaran
Hasil daripada kegiatan perlombongan dan penemuan sumber semula jadi seperti bijih timah, petroleum, gas asli
Contoh : Kuala Lumpur berkembang pesat disebabkan perlombongan bijih timah
Bab 14: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Pencemaran
Berlaku pencemaran udara & air
Kualiti udara & air semakin merosot
Kesan Rumah Hijau
Peningkatan suhu yang ketara di atmosfera kerana gas yang dilepaskan memerangkap lebihan haba dari bumi
Hasil daripada pertambahan kilang & kenderaan
Kepupusan Sumber
Simpanan sumber mineral & hutan semakin berkurang kerana dieksploitasi dengan giat
Hujan Asid
Air hujan bertindak dengan sulfur dioksida & oksida nitrogen yang dilepaskan dari kilang dan kenderaan bermotor
Biasa berlaku di kawasan perindustrian
Pulau Haba
Peningkatan suhu Berlaku kerana banyak bangunan konkrit yang dibian
secara rapat & pembinaan jalan raya yang memerangkap haba.
Berlaku di kawasan perindustrian dan bandar
Perubahan Pandang Darat (Lanskap)
Hutan menjadi kawasan pertanian Pembangunan infrastruktur Tasik bekas lombong bijih timah Hutan menjadi gondol
Penipisan Lapisan Ozon
Berlaku kerana penggunaan CFC dan baja nitrogen. Contohnya, peti sejuk, penghawa dingin
Bab 15: Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
a) Penghutanan Semula- Tanam semula hutan yang telah ditebang dengan menanam pokok yang berharga, cepat matang.
Contoh: yemane, cengal, akasiab) Kitar Semula
- Libat aktiviti memproses barang yang terbuang dijadikan barang baru yang berfaedah- Contoh: tin aluminium, kaca, majalah
c) Pendidikan Alam Sekitar- Diberi kepada para pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke university- Contoh: Kajian Tempatan, Geografi dan Sains
d) Kempen- Dijalankan oleh pihak kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, PERHILITAN, organisasi bukan
kerajaan (NGO)- Saluran melalui TV, radio, akbar, majalah dan poster
e) Penguatkuasaan Undang-undang- Undang-undang digubal untuk mengawal semua pihak supaya tidak mencemarkan alam sekitar- Contoh: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Peraturan Kenderaan Bermotor(kawalan asap) 1977
f) Penyelidikan & Pembangunan (R&D)- Mencipta kaedah pengeluaran dan penggunaan produk yang tidak mencemarkan alam- Contoh:Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM, MPOB
g) Penggunaan Tenaga Mesra Alam- Guna sumber tenaga yang mesra alam- Contoh: bina stesen jana hidroelektrik, tenaga suria, petrol tanpa plumbum
Rawatan Air Di Negara Lain
a) Jepun – guna air rawatan semula di kilang, pejabat dan hotel. Contoh projek yang dijalankan ialah Reclaimed Water Use Project
b) Singapura – guna Newaterc) China – guna air rawatan semula untuk
pertanian dan perindustrian
Langkah Kitar Semula Di Negara Lain
a) Jerman – Guna Sistem Green dot & Ordinan Bungkusan
b) Denmark – mengutamakan kitar semula berbanding pelupusan & kena cukai pelupusan. Contoh : Program Cukai Hijau, Program Waste 21
c) Taiwan – mengharam pengedaran beg plastic percuma & wajib kitar semula bahan tertentu.Contoh : Program 4 dalam 1
Bab 16 : Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Hubungan Perdagangan
- Menggalakkan & meningkatkan perdagangan
- Mengurangkan pelbagai halangan dagangan & merendahkan kos dagangan
- Contoh: Pusat Perdagangan MalaysiaMATRADE
Pelaburan
- Pelaburan ekuiti ialah pelabur asing melabur dalam Malaysia. Contoh: Mitshubishi (Jepun) labur dalam Syarikat PROTON
- Pelaburan langsung asing ialah syarikat asing buka operasi di Malaysia. Contoh: Acer dari Taiwan
Pasaran
- Memperluas pasaram bagi bahan mentah dan barangan kilang
- Barangan yang dieksport ke negara ASEAN, Amerika Syarikat, Jepun ialah petroleum mentah, produk kayu
- Malaysia import jentera, alatan elektronik dari negara ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat
Pemindahan Teknologi
- Meliputi aspek penerapan kemahiran, kawalan kualiti, penggunaan peralatan modal, mesin
- Syarikat dapat tingkat perkembangan inovasi & penciptaan teknologi baru
- Contoh: projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan PROTON
Bahan Mentah
- Industri di negara kita dapat bahan mentah yang tidak terdapat dalam negara. Contoh: Malaysia import barangan elektronik dari Amerika Syarikat
- Eksport barangan yang banyak dikeluarkan dalam negara
Buruh
- Membolehkan Malaysia mendapat buruh yang ramai & murah
- Merendahkan kos operasi kerana kadar upah buruh asing rendah
- Rakyat Malaysia berpeluang bekerja di negara lain