Download - model canter.docx
1.0PENGENALAN MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
Model disiplin asertif canter telah diasaskan oleh Lee Canter. Model ini
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini lebih
menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan
murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.
Selain itu, Model disiplin asertif Canter juga memberi tumpuan kepada hak guru
dan hak murid dalam pengurusan bilik darjah, iaitu hak murid untuk belajar
dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru yang mengajar tanpa
gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti
bilik darjah berjalan lancar.
1.2 Ciri-ciri Model Disiplin Asertif Canter
Penetapan peraturan Tiga Jenis Guru Cara Pengurusan
Asertif
Tindakan Pembetulan
Pengurusan disiplin
1.2.2 Tiga Jenis Guru
Menurut Model disiplin asertif Canter, guru dapat dibahagikan kepada 3 jenis,
iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
Jenis guru yang pertama ialah guru yang agresif. Jenis guru ini berimej
garang, tidak bertimbang rasa dan tidak mesra. Mereka berpendapat bahawa
murid merupakan seteru. Mereka menggunakan cara seperti menunjukkan
kuasa, menetapkan peraturan dan tidak bertolak ansur dengan murid supaya
dapat mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah.
Ekspesi muka jenis guru ini sentiasa serius dan tegas .Mereka selalu memberi
arahan-arahan yang keras supaya murid mengikut arahannya tanpa
bantahan.Tindakan ini akan menyebabkan murid berasa terancam,takut dan
tidak diperlakukan dengan adil.
Jenis guru yang kedua ialah guru yang tidak asertif.Jenis guru ini
mempunyai ciri-ciri seperti kelam kabut semasa mengajar,tidak konsisten, tidak
tegas dan mudah putus asa. Guru ini selalu menggunakan pendekatan yang
pasif terhadap murid mereka. Jenis guru ini gagal dalam membantu murid-murid
untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam
menangani tingkah laku murid.
Kadangkala, mereka akan membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di
dalam bilik darjah dan kadangkala akan menjadi terlampau garang terhadap
murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Jenis guru ini akan menyebabkan
murid-murid berasa keliru terhadap guru, dan kelama-lamaan murid tidak akan
menghormati guru ini.
Jenis yang ketiga ialah guru yang asertif. Jenis guru ini selalu menggunakan
pendekatan asertif untuk menguruskan disiplin bilik darjah. Guru yang asertif ini
selalu menunjukkan ciri jelas,yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang
konsisten dengan tegas.Guru yang asertif ini selalu mengambil berat dan berlaku
adil kepada murid-murid mereka.
Selain itu, guru ini juga mengetahui keinginan murid-muridnya dan dapat
membina hubungan saling mempercayai dengan murid.Mereka akan membantu
muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan
dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Mereka akan
menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang
diingini, mengeluarkan perasaan mereka terhadap tingkah laku murid-murid dan
menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima.
Sebagai contoh, guru menetap dan menerang peraturan kelas dengan jelas dan
mengeluarkan perasaan sekiranya murid mematuhi atau melanggar peraturan.
Guru yang asertif juga tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau
terlampau tegas. Guru tersebut selalu memberi penjelasan secara perbincangan
dengan murid-murid dengan mesra dan tenang supaya murid tidak akan berasa
takut dan terancam. Dengan cara ini, murid-murid akan sedar dan jelas bahawa
sebab peratura itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tidak
dipatuhi.
Guru yang asertif dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan
juga dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Secara tidak
langsung, persekitaran pembelajaran yang tenang dapat dibina dan dapat
menyumbang dalam perkembangan pembelajaran murid.