8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 1/11
Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Menyelami dunia si penghisap darah
Menyelami dunia si penghisapdarah
8 August 2018
Di kebanyakan negara tropika, penyakit berjangkit bawaan organisma jenis
arthropoda, seperti nyamuk, bukanlah sesuatu yang asing. Kebanyakan dari
organisma ini menjadi pembawa wabak penyakit melalui penyebaran
molekul darah yang tercemar dengan patogen penyakit, seperti virus denggi
melalui gigitan nyamuk Aedes. Penularan penyakit berjangkit seperti ini
memerlukan usaha bersepadu dari pelbagai komponen masyarakat bagi
mengawalnya di tahap yang minimum.
NAHRIZUL ADIB KADRI, UM
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 2/11
Menyedari kepentingan memberi pendedahan kepada generasi muda
mengenai ekologi dan biologi keluarga arthropoda ini, Pusat Kecemerlangan
Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti
Malaya (UM) telah menganjurkan sebuah bengkel praktikal bersama 30 orang
pelajar sekolah SK Petaling Jaya (1), Selangor baru-baru ini. “Tujuan utama
bengkel ini adalah bagi memberi gambaran yang jelas mengenai pusingan
kehidupan tiga jenis athropoda utama, iaitu nyamuk, kutu sengkenit, dan
lalat hitam. Impak mereka terhadap manusia juga turut dikongsi bersama
peserta,” kata Dr. Zubaidah Ya’cob, pensyarah dan penyelidik TIDREC yang
menyelaras program ini.
Dr. Zubaidah Ya’cob
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 3/11
“Program seumpama ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh TIDREC.
Kami memilih untuk melibatkan diri bersama kanak-kanak sekolah berusia 10
dan 11 tahun, dan berkongsi dengan mereka mengenai biologi serangga-
serangga penghisap darah, seperti nyamuk aedes, kutu sengkenit, dan lalat
hitam. Pengetahuan asas ini, termasuklah peranan yang boleh mereka
mainkan dalam membendung penyebaran penyakit, adalah penting untuk
dipupuk bermula dari peringkat sekolah rendah,” katanya.
Menurut Zubaidah lagi, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan untuk
mencari kaedah kawalan vektor yang lebih lestari. Beliau percaya usaha
memupuk kesedaran pelajar sekolah dari peringkat awal akan membuahkan
hasil, terutamanya dalam memperkenalkan lalat hitam yang berpotensi
sebagai penyebar cacing parasit kepada haiwan dan manusia.
“Saya gembira kerana para pelajar berpeluang untuk menjejakkan kaki ke
makmal universiti sebenar yang dilengkapi pelbagai kemudahan
penyelidikan. Saya percaya para pelajar akan lebih bersemangat untuk
mendalami bidang sains selepas ini, terutamanya selepas mengendalikan
mikroskop untuk meneliti spesimen serangga yang sangat kecil,” kata Lee
Suet Leng, Penolong Kanan SK Petaling Jaya (1) yang mengiringi kumpulan
peserta program di Makmal Program Ekologi dan Biodiversiti, Institut Sains
Biologi, Fakulti Sains, UM.
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 4/11
Para pelajar meneliti �siologi kutu sengkenit dan lalat hitam di bawah
mikroskop
Aktiviti utama yang dijalankan bersama pelajar sekolah ini adalah
pemerhatian bentuk dan �siologi sampel ketiga-tiga spesies ini di bawah
mikroskop yang disediakan. Para peserta seterusnya turut melakukan
beberapa aktiviti sampingan bagi mengukuhkan pemahaman mereka,
termasuklah menjawab soalan kuiz, melengkapkan ‘puzzle’, dan membina
model serangga yang dilihat menggunakan tanah liat. Mereka juga
berpeluang menggunakan kanta realiti maya 3D bagi bermain dengan
aplikasi khas yang membenarkan mereka mempelajari mengenai nyamuk
Aedes dengan lebih dekat. Paling menarik, mereka turut membina sebuah
perangkap nyamuk menggunakan bahan-bahan terbuang.
“Usaha yang boleh diumpamakan sebagai ‘melentur buluh dari rebungnya’
ini diharap akan menampakkan hasil di masa akan datang dalam melahirkan
generasi yang celik mengenai serangga vektor, dari segi biologinya dan
peranannya sebagai agen penyakit. Usaha pendedahan ini juga diharap
dapat membentuk generasi Malaysia akan datang yang lebih
berpengetahuan dan mencintai bidang sains, terutamanya dalam kajian
serangga vektor,” kata Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar, Pengarah TIDREC, dan juga
penasihat program.
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 5/11
Peserta dan penganjur bergambar kenangan setelah tamat program.
Program yang menerima geran penyelidikan dari Pusat Komuniti dan
Kelestarian UM (UMCares) ini turut bekerjasama dengan penyelidik dari
Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan tajaan barangan dari syarikat
penghapus serangga perosak antarabangsa.
UM BENGKEL PENDIDIKAN
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 6/11
STAY CONNECTED
Iklan
Iklan
Top 5 Video Hangat
1 Usim tuan rumah Majlis Pentauliahan Kor Sispa IPT 2018
2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 7/11
Iklan
3 Politeknik Hulu Terengganu mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015
4 Mahasiswa UM bina jaringan kepakaran harta tanah di Batam
5 Jom ramai-ramai ke Pesta Buku UPSI Kali Ke-16!
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 8/11
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kespembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehinggaSubuh dia menjerit dengan kuat”- Saksi
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 9/11
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernahmencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Dr Amalina Bakri dedah 4 rahsia mudah nak POWER dalam BahasaInggeris!
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralihperhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Agaknya kenapa iPhone jadi tumpuan pelajar?
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 10/11
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, inisemestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Ini akibatnya jika anda tak balik mengundi... nombor 3 tu paling seram!
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu akuberada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Ini sebab jarang mimpi arwah mak dan ayah, ramai yang tak tahu...
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus
https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 11/11
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janjipenangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)bagi...
PTPTN: Selagi gaji belum cecah RM4,000, tak perlu bayar - Dr Maszlee
TAKWIM IPT/IPTA
25 - 26 JUN 2018
30 MEI 2018
28 MEI 2018
2 OKT 2018
14 - 20 MEI 2018
Universiti Malaysia Pahang: International Conference on Language Learning & Teaching - Masa: 8am - 5.0Opm
UMT: Pendaftaran Baharu SPM/setaraf di Bilik Seminar Eksekutif Kompleks Siswazah Urusetia: JPA
Call for paper: NALI SYMPOSIUM 2018 di CTL Hall, UTM Lead Masa: 8.00am - 5.00pm
Structural Equation Modeling Workshop anjuran Julius Centre University of Malaya (JCUM) Masa: 9.00 pagi
Ujian MEdSI Dijalankan