menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri kedah ikuti...

11
8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 1/11 Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Menyelami dunia si penghisap darah Menyelami dunia si penghisap darah

Upload: lamque

Post on 21-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 1/11

Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Menyelami dunia si penghisap darah

Menyelami dunia si penghisapdarah

8 August 2018

Di kebanyakan negara tropika, penyakit berjangkit bawaan organisma jenis

arthropoda, seperti nyamuk, bukanlah sesuatu yang asing. Kebanyakan dari

organisma ini menjadi pembawa wabak penyakit melalui penyebaran

molekul darah yang tercemar dengan patogen penyakit, seperti virus denggi

melalui gigitan nyamuk Aedes. Penularan penyakit berjangkit seperti ini

memerlukan usaha bersepadu dari pelbagai komponen masyarakat bagi

mengawalnya di tahap yang minimum.

NAHRIZUL ADIB KADRI, UM

Page 2: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 2/11

Menyedari kepentingan memberi pendedahan kepada generasi muda

mengenai ekologi dan biologi keluarga arthropoda ini, Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti

Malaya (UM) telah menganjurkan sebuah bengkel praktikal bersama 30 orang

pelajar sekolah SK Petaling Jaya (1), Selangor baru-baru ini. “Tujuan utama

bengkel ini adalah bagi memberi gambaran yang jelas mengenai pusingan

kehidupan tiga jenis athropoda utama, iaitu nyamuk, kutu sengkenit, dan

lalat hitam. Impak mereka terhadap manusia juga turut dikongsi bersama

peserta,” kata Dr. Zubaidah Ya’cob, pensyarah dan penyelidik TIDREC yang

menyelaras program ini.

Dr. Zubaidah Ya’cob

Page 3: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 3/11

“Program seumpama ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh TIDREC.

Kami memilih untuk melibatkan diri bersama kanak-kanak sekolah berusia 10

dan 11 tahun, dan berkongsi dengan mereka mengenai biologi serangga-

serangga penghisap darah, seperti nyamuk aedes, kutu sengkenit, dan lalat

hitam. Pengetahuan asas ini, termasuklah peranan yang boleh mereka

mainkan dalam membendung penyebaran penyakit, adalah penting untuk

dipupuk bermula dari peringkat sekolah rendah,” katanya.

Menurut Zubaidah lagi, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan untuk

mencari kaedah kawalan vektor yang lebih lestari. Beliau percaya usaha

memupuk kesedaran pelajar sekolah dari peringkat awal akan membuahkan

hasil, terutamanya dalam memperkenalkan lalat hitam yang berpotensi

sebagai penyebar cacing parasit kepada haiwan dan manusia.

“Saya gembira kerana para pelajar berpeluang untuk menjejakkan kaki ke

makmal universiti sebenar yang dilengkapi pelbagai kemudahan

penyelidikan. Saya percaya para pelajar akan lebih bersemangat untuk

mendalami bidang sains selepas ini, terutamanya selepas mengendalikan

mikroskop untuk meneliti spesimen serangga yang sangat kecil,” kata Lee

Suet Leng, Penolong Kanan SK Petaling Jaya (1) yang mengiringi kumpulan

peserta program di Makmal Program Ekologi dan Biodiversiti, Institut Sains

Biologi, Fakulti Sains, UM.

Page 4: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 4/11

Para pelajar meneliti �siologi kutu sengkenit dan lalat hitam di bawah

mikroskop

Aktiviti utama yang dijalankan bersama pelajar sekolah ini adalah

pemerhatian bentuk dan �siologi sampel ketiga-tiga spesies ini di bawah

mikroskop yang disediakan. Para peserta seterusnya turut melakukan

beberapa aktiviti sampingan bagi mengukuhkan pemahaman mereka,

termasuklah menjawab soalan kuiz, melengkapkan ‘puzzle’, dan membina

model serangga yang dilihat menggunakan tanah liat. Mereka juga

berpeluang menggunakan kanta realiti maya 3D bagi bermain dengan

aplikasi khas yang membenarkan mereka mempelajari mengenai nyamuk

Aedes dengan lebih dekat. Paling menarik, mereka turut membina sebuah

perangkap nyamuk menggunakan bahan-bahan terbuang.

“Usaha yang boleh diumpamakan sebagai ‘melentur buluh dari rebungnya’

ini diharap akan menampakkan hasil di masa akan datang dalam melahirkan

generasi yang celik mengenai serangga vektor, dari segi biologinya dan

peranannya sebagai agen penyakit. Usaha pendedahan ini juga diharap

dapat membentuk generasi Malaysia akan datang yang lebih

berpengetahuan dan mencintai bidang sains, terutamanya dalam kajian

serangga vektor,” kata Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar, Pengarah TIDREC, dan juga

penasihat program.

Page 5: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 5/11

Peserta dan penganjur bergambar kenangan setelah tamat program.

Program yang menerima geran penyelidikan dari Pusat Komuniti dan

Kelestarian UM (UMCares) ini turut bekerjasama dengan penyelidik dari

Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan tajaan barangan dari syarikat

penghapus serangga perosak antarabangsa.

UM BENGKEL PENDIDIKAN

Page 6: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 6/11

STAY CONNECTED

Iklan

Iklan

Top 5 Video Hangat

1 Usim tuan rumah Majlis Pentauliahan Kor Sispa IPT 2018

2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

Page 7: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 7/11

Iklan

3 Politeknik Hulu Terengganu mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015

4 Mahasiswa UM bina jaringan kepakaran harta tanah di Batam

5 Jom ramai-ramai ke Pesta Buku UPSI Kali Ke-16!

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca

Page 8: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 8/11

KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kespembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...

“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehinggaSubuh dia menjerit dengan kuat”- Saksi

Page 9: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 9/11

Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernahmencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...

Dr Amalina Bakri dedah 4 rahsia mudah nak POWER dalam BahasaInggeris!

Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralihperhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...

Agaknya kenapa iPhone jadi tumpuan pelajar?

Page 10: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 10/11

Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, inisemestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...

Ini akibatnya jika anda tak balik mengundi... nombor 3 tu paling seram!

Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu akuberada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...

Ini sebab jarang mimpi arwah mak dan ayah, ramai yang tak tahu...

Page 11: Menyelami dunia si penghisap darah - umexpert.um.edu.my · 2 53 ahli pengakap negeri Kedah ikuti kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A di IPSAH

8/9/2018 Menyelami dunia si penghisap darah - Kampus

https://kampusuols.com/article/422204/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Menyelami-dunia-si-penghisap-darah 11/11

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janjipenangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)bagi...

PTPTN: Selagi gaji belum cecah RM4,000, tak perlu bayar - Dr Maszlee

TAKWIM IPT/IPTA

25 - 26 JUN 2018

30 MEI 2018

28 MEI 2018

2 OKT 2018

14 - 20 MEI 2018

Universiti Malaysia Pahang: International Conference on Language Learning & Teaching - Masa: 8am - 5.0Opm

UMT: Pendaftaran Baharu SPM/setaraf di Bilik Seminar Eksekutif Kompleks Siswazah Urusetia: JPA

Call for paper: NALI SYMPOSIUM 2018 di CTL Hall, UTM Lead Masa: 8.00am - 5.00pm

Structural Equation Modeling Workshop anjuran Julius Centre University of Malaya (JCUM) Masa: 9.00 pagi

Ujian MEdSI Dijalankan