Download - makmal hematologi
MAKMAL HEMATOLOGI
PENGENALAN
Makmal Hematologi di Hospital Nukleus Labuan menjalankan beberapa jenis ujian iaitu
ujian Full Blood Count (FBC), ujian Prothrombin Time (PT), ujian Partial Thrombopastin Time
(PTT), ujian Eritrosit Sedimen Retikulosit (ESR), ujian Pencelupan Vital Supra (RETIC COUNT,
ujian penyedian Filem Darah Nipis (FDN), dan ujian G6PD. Ujian FBC dijalankan bagi
mengesan jumlah sel darah merah dan sel darah putih serta platelet samada dalam julat normal
ataupun abnormal. ujian PT, PTT dijalankan bagi mengesan untuk memastikan samada pesakit
tersebut mempunyai haemostasis yang normal ataupun abnormal. Disamping itu, terdapat
beberapa ujian lain yang dilakukan di dalam Makmal Hematologi salah satunya adalah ujian
G6PD. Ujian G6PD dilakukan biasanya pada bayi yang baru lahir. Terdapat juga ujian D–Dimer
yang dilakukan dalam Makmal Hematologi, iaitu merupakan ujian khas dan hanya dilakukan
oleh kaki tangan makmal sahaja. Dalam Makmal ini mempunyai dua kaunter penerimaan
spesimen iaitu kaunter luar terutamanya untuk pesakit luar seperti KP1 (Klinik Pakar 1), KP2
(Klinik Pakar 2) dan KP3 (Klinik Pakar 3). Manakala kaunter dalam penerimaan spesimen dari
semua wad yang berada dalam Hospital ini dan penerimaan spesimen dari OPD (Out Patent
Department).
MAKMAL HEMATOLOGI
Raja Saidatul NadiaPSKH (Kimia Hayat) C41
Aisah Bt. DimanJTMP U32
Muklis @ Bob b. TaimJTMP U32
Ivy Emily John JTMP U29
Tajuk Ujian : Ujian Full Blood Count (FBC).
FBC adalah sel-sel yang beredar dalam aliran darah pada amnya terbahagi kepada tiga jenis
iaitu sel-sel-sel darah putih (Leukosit), sel-sel darah merah (Eritrosit), dan platelet (Trombosit).
Pengiraan yang yang tinggi atau rendah mungkin menunjukkan kehadiran pelbagai bentuk
penyakit, dan seterusnya pengiraan jumlah darah adalah yang paling kerap dilakukan dalam
bidang perubatabn, kerana pengiraan jumlah darah ini dapat menggambarkan keseluruhan
status kesihatan am pesakit.
Bahan dan radas:
I. Mesin analyzer CELL – DYN Ruby
Reagen :
I. WBC lyse
II. HGB lyse
III. Diluent/sheath
Sampel :
I. Sel darah merah
Prinsip :
SEL – DYN Ruby merupakan sistem penganalisa dalam makmal hematologi yang mempunyai
pelbagai parameter automatik yang direka khas untuk mendiagnos sel secara klinikal di dalam
makmal yang digunakan secara in vitro. Instrumen ini menggunakan teknologi MAPSS (Multi –
Angle Polarized Scatter Separation) untuk mendiagnos, menganalisis, mengira dan
membezakan sel – sel (sel darah putih, sel darah merah dan platelet) pada sampel darah
pesakit. Selain itu, instrumen ini menggunakan laser dan memancarkan cahaya optik untuk
menganalis tanpa memerlukan refleks kepada mod ujian yang lain. Tahap hemoglobin akan
ditentukan dengan kaedah kolorimetri dan pembilangan sel – sel adalah tertakluk kepada saiz
dan ukuran setiap sel darah pesakit.
Kaedah ujian :
I. Sampel yang diterima mestilah bersesuaian dengan pemohonan ujian.
II. Sampel yang diterima mestilah mempunyai label dan maklumat pesakit yang lengkap
pada borang dan tiub sampel.
III. Borang dan sampel yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan akan dilakukan
kepada wad atau klinik berkenaan.
IV. Sampel yang mengandungi label dan borang yang lengkap akan diambil dan
pendaftaran pesakit serta pemohonan ujian pesakit akan dilakukan.
V. Bagi ujian FBC, tiub yang digunakan adalah tiub EDTA bewarna ungu.
Prosedur :
I. Sampel yang diterima akan disebatikan dengan menggunakan mesin ‘mixer’ sebelum
ujian dijalankan.
II. Nama dan kad pengenalan pesakit akan ditaip pada skrin mesin.
III. Letakan tiub yang mengandungi spesimen darah menyentuh ‘ probe’.
IV. Tekan panel dibelakang ‘ probe ‘ untuk memulakan sedutan spesimen.
V. Biarkan spesimen disedut sehingga ‘probe’ naik keatas yang menandakan proses
sedutan telah tamat.
VI. Letakan spesimen di rak yang disediakan.
VII. Spesimen tadi akan melalui proses pencairan dan pengiraan sel- sel darah putih, sel
darah merah dan platelet.
VIII. Setelah pengiraan selesai keputusan akan keluar di skrin dan direkod dalam borang
permintaan ujian.
IX. Keputusan akan dikaji, sekiranya memuaskan laporan akan direkod dan dikeluarkan.
Tetapi jika keputusan tidak memuaskan, ujian akan diulangi.
Interpretasi ujian :
Julat Normal
Total White Blood Cell ( TWBC)
Dewasa 4.00 – 11.0 x 10 9/L
Bayi 10.00 – 26.0 x 10 9/ L
Kanak – kanak 1tahun
Haemoglobin ( HB%)
Lelaki 13.5 – 18.0 g/dl
Perempuan 11.5 – 16.5 g/ dl
Bayi ( darah tali pusat ) 13.6 – 19.6 g/dl
Bayi kurang 3 bulan 9.5 – 12. 5 g/dl
Budak 1 tahun 11.0 – 13.0 g/dl
Budak 10 – 12 tahun 11.5 – 14.8 g/dl
Packed cell Volume ( PVC ) 37.7 – 53.7
Total Red Blood Cell ( TRBC ) 4.06 – 4.69
Mean Cell Volume ( MCV ) 81.1 – 96.0
Mean Cell Haemoglobin ( MCH) 27.0 – 31.2 picogram
Mean Cell Haemoglobin Concentration ( MCHC ) 31.8 – 35.4
Neutrofil (NEU) 39.3 – 73.7 %
Lymposyte (LYM) 18.0 – 48.3 %
Monosyte (MONO) 4.40 – 12.7 %
Eosinofilik (EOS) 0.600 – 7.30 %
Basofilik (BASO) 0.00 – 1.70 %
Tajuk Ujian : Ujian Prothombine Time (PT)
Ujian PT dijalankan bersama- sama dengan ujian PTT bagi mengesan pesakit tersebut telah
mengalami pendarahan atau lebam yang tidak dapat dijelaskan,tromboemlism,keadaan akut
seperti pembekuan sebagai faktor yang digunakan pada kadar normal yang atau dengan
keadaan yang kronik seperti penyakit hati. Apabila seseorang mempunyai kes trombotik atau
keguguran labih dari satu kali,PTT merupakan sebahagian daripada penilaian untuk
antikoagulan pecah atau antikardiolipin antibodi.
Bahan dan Alat Radas :
I. Kuvet
II. Bering
III. Mikropipet
IV. Finnipipette
Reagen :
I. Neoplastine
Sampel :
II. Serum
Prinsip :
Prinsip ujian ini terdiri daripada penggunaan Tromboplastin kalsium untuk mengukur masa
pembekuan plasma atau serum pesakit dan untuk membandingkan dengan julat normal.
Secara keseluruhannya, aktiviti pembekuan faktor II (protrombin), faktor V (proaccelerin), faktor
VII (proconvertin), faktor X (stuart faktor) dan faktor I (fibrinogen).
Kaedah Ujian :
I. Sampel yang diterima mengandungi label dan borang yang di isi dengan lengkap.
II. Pemohonan ujian yang diminta mestilah bersesuaian dengan sampel yang diterima.
III. Bagi ujian PT dan PTT, sampel yang diterima mestilah didalam tiub yang bewarna biru
kerana tiub ini mengandungi antikoagulan sodium sitrat.
IV. Setelah itu, sampel yang diterima mestilah diempar terlebih dahulu untuk memisahkan
sel darah merah dengan serum.
V. Sampel disimpan pada rak berdekatan dengan mesin incubate PT dan PTT.
VI. Pendaftaran dan pemohonan ujian akan dilakukan bagi sampel dan borang yang
lengkap.
VII. Manakala bagi sampel atau borang yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan
akan dilakukan pada wad atau klinik yang berkenaan.
Prosedur :
I. Masukkan baring di dalam kuvet dan di simpan pada incubate.
II. 50ul plasma atau serum di masukkan ke dalam kuvet tadi.
III. Tekan ‘1’ ‘test mode’ dan tekan ( ).
IV. Tekan ‘1’ untuk ujian PT dan tekan ( ).
V. Tekan ‘1’ untuk kedudukan kuvet pada incubate dan tekan ( ) sebanyak dua kali.
VI. Incubate dilakukan selama 60 saat.
VII. Kuvet tadi di pindahkan setelah berbunyi dan finnpipette – positif ‘4’, Neoplastine Cl plus
‘100ul’ di masukkan kedalam kuvet tadi.
VIII. Tekan ( ) untuk incubate.
IX. Tunggu sehingga result keluar dan rekod.
Interpretasi ujian :
Julat Normal
Prothrombin Time 11.5 – 14.5 sec
Tajuk Ujian : Ujian Partial Thrombopastin Time (PTT)
Ujian Partial Thrombopastin Time (PTT) adalah ujian darah yang dijalankan pada beberapa
masa diambil untuk darah membeku. Ia boleh membantu mengesan jika pesakit mempunyai
masalah pendarahan atau pembekuan.
Bahan dan Alat Radas :
I. Kuvet
II. Bering
III. Mikropipet
IV. Finnipipette
Reagen :
I. CK Prest
II. CaCl2
Sampel :
I. Serum
Prinsip :
Ujian Partial Thrombopastin Time melibatkan recalcification plasma dalam kehadiran jumlah
cephalin yang standad (pengantian platelet) dan faktor XII pengaktif (kaolin). Ujian PTT
melibatkan laluan pembekuan intrinsik (faktor XII, XI, IX, VIII, X, V, II dan I) kecuali platelet.
Kaedah Ujian :
I. Sampel yang diterima mengandungi label dan borang yang di isi dengan lengkap.
II. Pemohonan ujian yang diminta mestilah bersesuaian dengan sampel yang diterima.
III. Bagi ujian PT dan PTT, sampel yang diterima mestilah didalam tiub yang bewarna biru
kerana tiub ini mengandungi antikoagulan sodium sitrat.
IV. Setelah itu, sampel yang diterima mestilah diempar terlebih dahulu untuk memisahkan
sel darah merah dengan serum.
V. Sampel disimpan pada rak berdekatan dengan mesin incubate PT dan PTT.
VI. Pendaftaran dan pemohonan ujian akan dilakukan bagi sampel dan borang yang
lengkap.
VII. Manakala bagi sampel atau borang yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan
akan dilakukan pada wad atau klinik yang berkenaan.
Prosedur :
I. Masukkan baring di dalam kuvet dan di simpan pada incubate.
II. 50ul plasma atau serum di masukkan ke dalam kuvet tadi.
III. Masukkan CK prest ‘50ul’ pada kuvet tadi.
IV. Tekan ‘1’ “test mode” dan tekan ( ).
V. Tekan ‘2’ untuk ujian APTT dan tekan ( ).
VI. Tekan ‘1’ untuk kedudukan kuvet pada incubate dan tekan ( ) sebanyak dua kali.
VII. Incubate dilakukan selama 180 saat.
VIII. Kuvet tadi di pindahkan apabila berbunyi dan finnpipette – positif ‘2’, CaCl2 0.025 ‘50ul’
di masukkan ke dalam kuvet tadi.
IX. Tekan ( ) untuk incubate.
X. Tunggu sehingga result keluar dan rekod.
Interpretasi ujian :
Julat Normal
Partial Thromboplastine Time 28.0 – 45.0 sec
Tajuk Ujian : Eritrosit Sedimen Rate (ESR), Kadar Pemendapan Eritrosit.
ESR berdiri untuk kadar pemendapan eritrosit. Ia juga dikenali sebagai ‘kadar sed’. Ia adalah
ujian yagn secara tidak langsung mengukur berapa banyak keradangan ada di dalam badan.
Bahan dan Alat Radas :
I. Tiub Westergent
II. Mesin ESR
Sampel :
I. Sel Darah Merah
Prinsip :
Kadar pemendapan eritrosit (ESR), ialah kadar di mana sel – sel darah merah mendap
dalam tempoh 1 jam. Ia adalah ujian hematologi umum dan untuk menjalankan ujian, darah
anticougulate diletakkan dalam tiub yang tegak, yang dikenali sebagai tiub Westergent dan
kadar pemendapan sel – sel darah marah diukur dan dilaporkan dalam mm/h. Sejak di
perkenalkan penganalis automatik ke dalam makmal klinikal, ujian ESR telah dilakukan secara
automatik.
Kaedah Ujian :
I. Tekan ‘ON’.
II. Masukkan empat ‘SENSOR TEST CUVETTES’.
III. Tekan ( ) tiga kali sehingga ‘SENSOR TEST’ kelihatan.
IV. Tekan (RUN) sehingga ‘SENSOR TEST RUN’ kelihatan.
V. Tunggu sehingga ‘SENSOR TEST OK’.
VI. Tekan ( ) untuk sambungkan ujian.
Prosedur :
I. Pindahkan sampel darah ke dalam kuvate.
II. Masukkan kuvate ke dalam ‘MINI VES’.
III. Tekan ( ) sehingga ‘WESTERGENT 1H’kelihatan.
IV. Tekan (RUN).
V. Tekan ( ) untuk tengok result.
Interpretasi ujian :
Julat Normal
Kaedah Westergen (ESR) : mm/hr
Lelaki : 0.15 mm/hr
Perempuan : 0.20 mm/hr
Tajuk Ujian : Ujian Pencelupan Vital Supra (Reticulocyte Count).
Ujian pengiraan jumlah retikulosit adalah ujian yang dijalankan apabila RBC yang menurun atau
hemoglobin menurun dan hematokrit bagi mengesan fungsi sumsum tulang. Jika pengesanan
yang kurang pasti,kaedah ini boleh memastikan lagi jika pesakit tersebut mempunyai
keabnormalan pada sumsum tulang nya. Ujian ini juga dapat dijalankan andainya pesakit
disyaki mempunyai gejala atau simptom seperti pucat,keletihan,kelemahan,sesak nafas atau
najis berdarah. Pengiraan retikulosit dilakukan bersama-sama dengan mengira 1 RBC,
hematokrit, hemoglobin untuk memantau bagi fungsi sumsum dan tindakbalas kepada rawatan.
Bahan dan Alat Radas :
I. Tabung uji
II. Maker
III. Mikropipet
IV. Incubater
V. Slaid
VI. Sisip kaca
VII. Mikroskop
Reagen :
I. Larutan ‘Supra-Vitral’
Sampel :
I. Sel Darah Merah
Prinsip :
Reticulocyte adalah sel – sel darah merah muda yang mengandungi baki ‘basophilic
ribonucleoprotin’ dalam struktur nukleusnya. Bahan ‘Basophilic’ ini akan bergantung dengan
pewarna seperti Brilliant Cresyl Blue atau New Methylene Blue untuk membentuk mendapan
biru yang berbintik – bintik atau berantai – rantai.
Kaedah Ujian :
I. Sampel yang diterima mestilah bersesuaian dengan pemohonan ujian.
II. Sampel mestilah mempunyai label dan maklumat pesakit yang lengkap pada borang
dan tiub sampel.
III. Borang dan sampel yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan akan dilakukan
kepada wad atau klinik berkenaan.
IV. Sampel yang mengandungi label dan borang yang lengkap akan diambil dan
pendaftaran dan pemohonan ujian pesakit akan dilakukan.
V. Bagi ujian Reticulocyte, tiub yang digunakan adalah tiub EDTA bewarna ungu.
Prosedur :
I. 1 tabung uji diambil dan dilabelkan nama pesakit atau nombor bagi pemohonan ujian
yang banyak.
II. 50ml sampel darah dan 50ml reagen retic akan di pipetkan kedalam tabung uji tadi.
III. Sebatikan tabung uji yang berisi sampel dan reagen tadi.
IV. Masukkan kedalam incubater selama 30 minit.
V. Buat smear, smear yang dibuat mestilah mengandungi ciri – ciri yang betul (mempunyai
kepala, badan dan ekor).
VI. Keringkan pada udara.
VII. Lihat bawah mikroskop.
VIII. Hasil keputusan akhir diambil dan direkodkan.
Interpretasi ujian :
Julat Normal
Dewasa : 0.2-2 %
Bayi : 2.5-6 %
Tajuk Ujian : Ujian Penyediaan Filem Darah Nipis (PBF).
Filem darah nipis biasanya dilakukan untuk menilai populasi sel darah apabila FBC mempunyai
perbezaan yang dilakukan dengan pembilang sel darah secara automatic,menunjukkan
kehadiran sel-sel abnormal atau belum matang. Ia juga boleh dilakukan apabila pesakit disyaki
terdapat gangguan atau penyakit yang menjejaskan pengeluaran sel darah seperti anemia
1,berkurangan atau pengeluaran abnormal sel di dalam sumsum tulang serta pemusnahan sel
peningkatan.
Bahan dan radas :
I. Slaid
II. Sisip kaca
III. Mikropipet
IV. Mikroskop
Sampel :
I. Darah
Reagen :
I. Alkohol
Prinsip :
PBF (Peripheral Blood Film) atau film daran nipis yang diwarnakan dengan pewarna
tertentu dan diperiksan dibawah mikroskop. SDM normal digambarkan sebagai normochromic
(warna yang normal) dan norocytic (saiz yang normal). Nilai MCV seolah – olah memberi
pertunjuk kepada saiz SDM. Nilai MCV yang rendah selalu berhubungkait dengan saiz SDM
yang lebih kecil daripada normal (microcytosis) sebaliknya nilai MCV yang tinggi berhubungkait
dengan saiz SDM yang lebih besar (macrocytosis). SDP (Sel Darah Putuh) digamberkan
sebagai ‘morphologically normal’ pada individu yang sihat. Kehadiran sel – sel atypical
lymphocytes, atypical mononuclear dan toxic granulation selalunya berhubungkait dengan
infeksi. Impression yang diberikan adalah berdasarkan smear darah dan keputusan ujian darah
yang lain.
Kaedah :
I. Sampel yang diterima mestilah bersesuaian dengan pemohonan ujian.
II. Sampel mestilah mempunyai label dan maklumat pesakit yang lengkap pada borang
dan tiub sampel.
III. Borang dan sampel yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan akan dilakukan
kepada wad atau klinik berkenaan.
IV. Sampel yang mengandungi label dan borang yang lengkap akan diambil dan
pendaftaran dan pemohonan ujian pesakit akan dilakukan.
V. Bagi ujian Filem Darah Nipis, tiub yang digunakan adalah tiub EDTA bewarna ungu.
Prosedur :
I. Sampel yang mengandungi label dan borang yang di isi dengan lengkap akan di ambil.
II. Slaid dan sisip kaca di ambil dan sampel darah pesakit di ambil.
III. Dengan menggunakan mikropipet, sampel darah di ambil dan dititiskan ke atas slaid.
IV. Sisip kaca digunakan untuk membuat filem darah nipis.
V. Filem darah nipis yang baik menggandungi kepala, badan dan ekor.
VI. Smear di keringkan pada udara dan di fiksasi menggunakan alkohol.
VII. Biarkan smear kering pada udara sebelum dilihat dibawah mikroskop.
VIII. Keputusan yang dilihat akan diambil dan direkodkan ke dalam keputusan pesakit.
Interpretasi ujian :
Julat normal
Peripheral Blood Film : 7.5 µm.
Tajuk Ujian : Ujian Glucose- 6 – phosphate – Dehydrogenase (G6PD).
Ujian G6PD adalah yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang mengalami jaundis berterusan
sebagai bayi yang baru lahir yang tidak boleh dijelaskan oleh sebab lain. Ia juga boleh
dilakukan terhadap pesakit yang telah mempunyai lebih dari satu kes yang tidak dapat
dipastikan anemia hemolitik. Pengulangan ujian G6PD adalah dilakukan mungkin sekali sekala
bagi mengesahkan penemuan awal atau jika keputsan adalah normal dalam sebuah kes
hemolisis.
Bahan dan Alat Radas :
I. Tabung uji
II. Penebuk kertas
III. Kertas G6PD
IV. Mikropipet
V. Maker
VI. Jam
Reagen :
I. Glucose – 6 – Phosphate Dehydrogenase (G6PD)
Sampel :
I. Darah
Prinsip :
Haemolysate dieramkan bersama dengan glucose – 6 – phosphate sebagai substrate
dan triphosphopyridine nuclestide (TPN) sebagai co – enzyme bersama-sama dengan Brilliant
Cresyle Blue Dye. Pengurangan hydrogen daripada glucose – 6 – phosphate dari hasil adanya
G6PD di dalam campuran tindakbalas dan melibatkan pengurangan TPN kepada TPNH. Dye
yang dicampurkan di kurangkan kepada sebatian yang tidak berwarna yang sama anggaran
banyaknya dengan TPNH yang didapati. Ketiadaan atau kekurangan enzyme akan melibatkan
timbulnya warna itu.
Kaedah Ujian :
I. Sampel yang diterima mengandungi label dan borang yang di isi dengan lengkap.
II. Pemohonan ujian yang diminta mestilah bersesuaian dengan sampel yang diterima.
III. Bagi ujian G6PD, biasanya sampel diterima pada kertas kecil yang mempunyai darah
pesakit dan di kelipkan sekali dengan borang pesakit.
IV. Pendaftaran dan pemohonan ujian akan dilakukan bagi sampel dan borang yang
lengkap.
V. Manakala bagi sampel atau borang yang tidak lengkap akan ditolak dan pemberitahuan
akan dilakukan pada wad atau klinik yang berkenaan.
Prosedur :
I. 1 Tabung uji di ambil dan di labelkan bersesuaian dengan nama pesakit atau nombor
bagi sampel yang banyak.
II. Kertas yang mengandungi sampel darah pesakit di ambil dan ditebuk dan diletakkan di
dalam tabung uji tadi.
III. Reagen G6PD akan diletakkan kedalam tabung uji tadi sebanyak 50ml menggunakan
mikropipet.
IV. Jam akan digunakan untuk menetapkan masa selama 15 minit.
V. Kertas G6PD diambil dan sampel tadi diletakkan ke atas kertas itu dan di keringkan.
VI. Masukkan kertas itu kedalam kotak khas untuk ujian G6PD ‘sinaran UV’ dan tekan suiz
‘ON’ serta lihat keputusannya.
VII. Hasil akhir keputusan akan di rekodkan.
Interpretasi ujian :
I. G6PD NORMAL
II. G6PD DEFICIENT
III. G6PD INTERMEDIATE
LEISHMAN
Pewarnaan Leishman
Prinsip:
Pewarnaan Leisman merupakan campuran Methylene Blue dan Eosin. Larutan pewarna
Leishman mewarnakan filem darah dengan kandungan alkohol metilnya. Sebagai pewarna
neutral dalam medium beralkohol, pewarna Leishman hanya menunjukkan tindak balas
pewarnaan setelah ditambah larutan penimbal.
Tujuan:
Untuk menghasilkan tindak balas warna pada sel-sel darah yang terbahagi kepada tiga
komponen utama : nukleus, sitoplasma dan granul.
Prosedur:
1. Letakkan filem darah nipis di atas rak, banjirkan slaid dengan pewarna Leishman dan
biarkan selama 30 saat hingga 1 minit.
2. Tambahkan 2 ml larutan penimbal pH 6.8 dan biarka selama 10 minit.
3. Bersihkan slaid filem darah dengan air mengalir untuk membersihkan sisa metalik pada
filem darah.
4. Biarkan filem darah nipis kering.
Keputusan:
Komponen sel Warna
Nukleus Ungu-merah jambu
Sitoplasma limfosit Biru ke kelabu kebiruan
Granul neutrofil Merah jambu keunguan
Granul eosinofil Oren kemerahan
Granul basofil Ungu gelap
Platelet Keunguan
Eritrosit Kemerahan