Download - laporan amali (alkhohol)
PRAKTIKAL 3
Tajuk : Etanol, eter dan amina.
Pengenalan : Alkohol adalah sumber bukan hidrokarbon dan mengandungi unsur-
unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Etanol adalah sejenis alcohol.
Amina adalah sebatian organic yang berasal daripada ammonia di
mana satu atau lebih atom hydrogen digantikan dengan kumpulan
alkyl atau aryl. Eter ialah komponen kimia yang yang mengandungi
atom aksigen yang dihubungkan kepada dua kumpulan alkyl atau aryl.
Objektif : Untuk menyediakan sampel etanol dan mengkaji sifat-sifat kimia
etanol.
Bahan/radas :
1
glukosa, kentang dimasak, nanas lenyek, beras, ubi kayu, pisang lenyek,
yis, air kapur, air suling, air paip, kalium dikromat (VI), asid sulfuric pekat,
kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat,kelalang penyulingan,
penyumbat, penyumbat satu lubang, thermometer, condenser Lieberg, salur
penghantar, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, tiub
getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, mangkuk penyejat,
penyepit, tabung uji, penitis, forsep.
A. Penyediaan Sampel Etanol
Prosedur :
Rajah 1(a): penyediaan etanol
Rajah 1(b): penyulingan etanol
1. Kira-kira 20g glukosa dilarutkan dalam 150cm3 air suling dalam kelalang kon yang bersih.
2. kira-kira 10g yis dimasukkan ke dalam larutan dan digoncang sehingga sebati.
3. kelalang kon ditutup dengan penyumbat yang dipasang dengan salur penghantar. Satu
hujung salur penghantar itu dimasukkan ke dalam air kapur seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1 (a).
4. radas itu dibiarkan di tempat yang panas pada suhu kira-kira 35oC selama 4-5 hari.
5. sebarang perubahan diperhatikan dari masa ke semasa.
6. selepas kira-kira 4-5 hari, hasil penapaian dituraskan. Hasil turasan yang diperolehi
dimasukkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.
7. radas untuk penyulingan disediakan seperti rajah 1(b).
2
8. kelalang penyulingan dipanaskan sehingga campuran di dalamnya mendidih. Etanol yang
disulingkan keluar pada julat suhu 78-80oC dikumpul.
9. warna dan bau sulingan dicatatkan.
10. langkah 1 hingga 9 diulang menggunakan kentang dimasak, nenas lenyek, beras, ubi kayu
atau pisang lenyek untuk menggantikan glukosa.
B. Mengkaji Sifat Kimia Etanol
Prosedur :
B1. Mengkaji pembakaran etanol
Rajah 2: Pembakaran etanol
1. kira-kira 2cm3 etanol dituangkan ke dalam mangkuk penyejat.
2. etanol dinyalakan dengan menggunakan kayu uji bernyala.
3. kebolehbakaran etanol dan sifat nyalaan (warna dan kejelagaan) dicatatkan.
Keputusan :
Ciri pembakaran Pemerhatian
Kebolehbakaran Mudah terbakar
Warna nyalaan biru
3
Kejelagaan nyalaan Tiada jelaga
B2. Mengkaji pengoksidaan etanol.
Prosedur :
Rajah 3: pengoksidaan etanol
1. Kira-kira 10cm3 larutan kalium permanganate dituangkan ke dalam tabung didih.
2. Kita-kira 10 titis asid sulfuric pekat ditambahkan ke dalam tabung didih
menggunakan penitis.
3. Kira-kira 3cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran tersebut.
4. Radas disediakan seperti Rajah 3.
4
5. Tabung didih dipanaskan dengan nyalaan sederhana sehingga campuran
mendidih.
6. Bau hasil sulingan dicatatkan.
Perbincangan :
1. Namakan enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol.
Zimase
2. Tulis persamaan kimia untuk menunjukkan penguraian glukosa kepada etanol.
C6H12O6 2C2H5OH + 2CO2
glukosa etanol
3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.
Penyulingan bereringkat bertujuan untuk mengumpul etanol tulin pada takat didih
etanol iaitu 78oC.
4. Tulis persamaan kimia yang menunjukkan pembakaran etanol.
C2H5OH + 3O2 2CO2 + 3H2O
Etanol
5. Apakah fungsi larutan kalium permanganate dalam eksperimen ini?
Untuk mengoksidakan etanol kepada asid etanoik melalui proses pengoksidaan.
6. Tulis persamaan kimia yang menunjukkan pengoksidaan etanol.
C2H5OH + 2 [O] CH3COOH + H2O
Etanol agen pengoksidaan asid etanoik
7. Ramalkan pemerhatian anda apabila eksperimen tersebut ditinggalkan lebih daripada satu
minggu? Terangkan jawapan anda.
Yis akan mati. Apabila kandungan etanol di dalam larutan penapaian mencapai 15%, ia
membunuh yis dan proses penapaian akan terhenti.
5
8. Adakah etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan? Jelaskan jawapan anda.
Tidak, kerana ia mudah tersejat dan mudah terbakar.
Kesimpulan :
6